Pemain Catur

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Pemain Catur- Zaharah Nawawi

Sinopsis
“Pemain Catur” mengisahkan enam beradik yang berbangga dengan keturunan
mereka dalam permainan catur. Mereka ialah Uj, Ul, Us, Uk, Ur, dan Um. Ibu mereka
sedang sakit dirawat oleh doktor dirumah. Mereka berketurunan al-Hakam iaitu salah
seorang daripada pemain shatrani yang disegani beberapa ratus tahun dahulu. Uj
merupakan anak sulung dalam keluarga manakala Um pula ialah anak bongsu.
Bagi Uj, Um merupakan adik yang paling mudah dibentuk berbanding dengan
adik-adiknya yang lain. Uj berharap Um dapat mengantikannya sebagai tonggak
keluarga. Lama-kelamaan Um semakin tertarik kepada permainan catur. Um mahu
berjuang bersama-sama bagi menjulang nama al-Hakam yang pernah menjadi juara
catur dunia pada abad ke-17.
Pada suatu hari, Uj ingin menguji pengetahuan Um dalam permainan catur sambil
terus memberikan ransangan kepada Um. Ketika sedang menguji Um, Uk berbisik
suatu khabar buruk tentang Um kepada Uj. Uj memaksa Um mengadakan perlawanan
secara terbuka untuk memperlihatkan bahawa Um terlalu mentah dalam permainan
catur kerana Uj telah memegang gelaran IGM manakala Um masih lagi gelaran FM.
Um terpaksa menerima cabaran Uj. Semua ahli keluarga menjadi kelam-kabut kerana
tidak menyangka peristiwa itu akan berlaku. Uj yakin dapat mengalahkan Um.
Apabila Uj hampir dikalahkan oleh Um, dia menuduh Um sebagai penipu.
Kemudian Uj memaksa Um untuk mengaku kalah. Um cuba menenangkan diri di
bilik air. Sekembalinya dari bilik air, dia duduk semula di kerusi. Sebaik sahaja duduk
sesuatu yang menyakitkan menyembur dibawah meja. Sebotol asid terkuis kaki Um
tumpah. Um menggelupar dan meraung kesakitan. Seisi keluarga menjadi gempar,
rutup dan ruwet.
Tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab meletakkan botol asid itu. Berlaku
tuduh-menuduh antara Um dengan Uj. Permintaan Ibu supaya mereka bertenang juga
diabaikan begitu sahaja. Keluarga ini terpecah kapada dua, iaitu ada yang menyokong
Uj dan ada yang menyokong Um. Manakala keadaan ibu pula semakin tenat.

Tema
Tema cerpen ini ialah keegoaan yang membawa perpecahan keluarga. Disebabkan
keegoan Uj yang mendakwa dirinya paling hebat dalam permainan catur
menyebabkan adik-beradiknya terpecah kepada dua kumpulan.

Persoalan
Pernyataan Huraian/Contoh
Pengabaian terhadap Uj menyerahkan tanggungjawab untuk mengubati ibunya kepada
ibubapa doctor.
“Itu tugas doktor memikirkannya. Kita sudah gaji dua orang
doktor keluarga…” (m/s.144)
Pengkhianatan sesama Salah seorang dari keluarga mereka meletakkan asid di bawah
ahli keluarga meja catur untuk mengenakan Uj ataupun Um.
… Sebotol asid yang terkuis kaki Um tumpah. Um menggelupur
dan meraung kesakitan. (m/s.151)
Sangkaan buruk yang Uj menyangka Um mahu mengalahkannya dalam permainan catur.
menjadi punca “Abang tahu sekarang Um bersungguh-sungguh berlatih untuk
perbalahan mengalahkan abang.” (m/s. 144)
Layanan yang tidak Uj sentiasa mengetepikan adik-beradiknya, kecuali Um.
adil terhadap adik- Uj menggilap bakat Um dengan apa cara jua. Adik-adik lain tidak
beradik sesuai dengan jiwa Uj. (m/s.145)
Kebangaan terhadap Uj sangat berbangga kerana keturunan al-Hakam merupakan jaguh
keturunan catur dunia pada zaman silam.
“…keturunan al-Hakam … iaitu salah seorang daripada dua
pemain shatrani yang disegani dunia beberapa ratus tahun
dahulu.” (m/s.144)

Watak dan Perwatakan

Watak Perwatakan Huraian/Bukti


Uj Anak tertua dalam Uj mempunyai lima orang adik
keluarga beradik
… sudah berbulan-bulan abang
perhatikan Um mengajak Ul,Us,
Uk, dan Ur menjadi pasangan
bermain. (m/s. 144)
Panas baran Uj panas baran apabila
berhadapan dengan cabaran.
Kemarahan Uj yang cuba
disimpan dan disembunyikan
terjengul juga. (m/s. 144)
Bangga akan keturunan Uj sangat berbangga dengan
keturunannya yang dikatakan
yang dikatakan pemain catur
dunia.
Sebenarnya menurut Uj, moyang
kepada moyang kepada
moyangnya lebih hebat daripada
Abu Bakar Yahya as-suli. (m/s.
144)
Pilih kasih Uj hanya memberikan perhatian
kepada Um.
Adik-adik lain tidak sesuai
dengan jiwa Uj. (m/s. 145)
Tidak sanggup menerima Uj tidak rela kalah dalam
kekalahan pertandingan catur dengan Um.
Strateginya tidak menjadi.
Tembok kecundang kian sendeng
ke arahnya. (m/s. 150)
Um Merendah diri Um merendah diri dihadapan
abangnya, Uj.
Um, bagi Abang Uj cuma seperti
David the Gnome dalam siri
kartun Awang Kenit itu. (m/s.
144)

Mengambil berat Um sentiasa berfikir tentang


kesihatan ibunya.
Um memikir bagaiman hendak
mengubati ibu yang sedang
menderita sakit darah tinggi.
(m/s. 155)
Sanggup menerima Um sanggup menerima cabaran
cabaran untuk berlawan catur dengan Uj.
Um terpaksa menerima cabaran
yang bertalu-talu. (m/s. 147)

Latar
Latar tempat
-Di rumah keluarga Uj.

Latar masa
-Pada waktu siang dan malam

Latar masyarakat
-Masyarakat yang mementingkan nama keluarga.
-Masyarakat yang pantang dicabar.
-Masyarakat yang berpecah akibat salah faham.
Plot
Permulaan

-Uj mengajak adik bongsunya, Um yang sedang berada di depan papan catur untuk
berlawan catur dengannya.
-Um menolak ajakan itu kerana dia tidak berminat.
-Um mengatkan dia sedang berfikir tentang kesihatan ibu mereka.

Perkembangan

-Uj memberitahu adiknya bahawa keluarga mereka merupakan keturunan jaguh dunia.
-Uj mengajar Um bermain catur dan Um tertarik kempen mesra catur oleh Uj.

Konflik

-Uk berbisik kepada Uj kononnya Um tekun menelaah buku besar dan tebal tentang
permainan catur untuk mengatasi kehandalan Uj.
-Uj marah akan Um disebabkan dakwaan Uk itu.

Klimaks

-Uj memaksa Um mengadakan pertandingan catur dihadapan keluarga untuk


memperlihat Um terlalu mentah untuk berlawan dengan Uj.
-Ketika Um mengalih pandangan, buah caturnya dialih. Um cuma mengalih buah ctur
itu semula. Kemudian, Uj menuduh Um menipu.
-Um terkuis asid yang diletakkan dibawah meja.
-Berlaku tuduh-menuduh sesama ahli keluarga tentang asid tersebut.
-Ibu yang sedang dalam kesakitan berasa amat sedih akan peristiwa itu.

Peleraian

-Tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab meletakkan botol asid yang


mencederakan Um.
-Keluarga itu terpecah kepada dua kumpulan, iaitu yang menyokong Um dan yang
menyokong Uj.

Teknik Plot

Teknik Plot Huraian/Contoh


Dialog Dialog antara Uj dengan Um
“Kira ialah zuriat kebanggaan, kerana mampu meneruskan
tradisi keluarga menjadi pemain catur yang disegani.”
“Tapi Um tidak tahu apa-apa tentang catur.” (m/s. 145)
Saspens Unsur saspens berlaku apabila
ahli keluarga Uj tertanya-tanya siapa yang meletakkan sebotol
asid yang terkena Uj. (m/s 151)
Kejutan Kejutan berlaku apabila
semua strategi Uj tidak kena ketika berlawan catur dengan Um
dan Um boleh mengalahkan Uj. (m/s. 150)
Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh


Simile Bagi Abang Uj Cuma seperti David the Gnome dalam siri
kartun… (m/s. 144)
Inversi … Um bersungguh-sungguh berlatih untuk mengalahkan abang.
(m/s. 144)
Bahasa Inggeris David the Gnome (m/s. 144)
Peribahasa Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.(m/s.
147)
Metafora Mata kasih ibu…(m/s. 146) dan menelan air mata hiba (m/s.
151)

Nilai
Nilai Huaraian
Hormat-menghormati Um menghormati abangnya Uj.
Prihatin Um mengambil berat tentang kesihatan ibunya.
Yakin diri Uj sangat yakin bahawa Um tidak dapat mengalahkannya.
Tanggungjawab Uj bertanggungjawab menggaji doktor untuk menjaga ibunya
yang sakit.
Tidak berputus asa Uj tidak berputus asa mengajar Um bermain catur walaupun
Um tidak berminat.

Pengajaran

Pernyataan Huraian/Contoh
Kita tidak boleh terburu-buru ketika Uj terburu-buru mempercayai bisikan fitnah oleh
membuat sesuatu keputusan. Uk. (m/s. 147)
Kita tidak boleh bersangka buruk Uj bersangka buruk dengan mengatakan bahawa
terhadap keluarga sendiri Um mahu menadinginya dalam permainan catur.
(m/s. 144)
Sebagai ahli keluarga, kita tidak boleh Ahli keluarga Uj bergaduh disebabkan oleh
bergaduh antara satu sama lain. permainan catur. (m/s. 144)
Kita hendaklah berfikir sebelum Salah seorang ahli keluarga Uj telah meletakkan
melakukan sesuatu dindakan. sebotol asid dibawah meja catur dan terkena kaki
Um (m/s. 151)
Kita hendaklah beruasah mengekalkan Uj berusaha untuk mengekalkan kehebatan nama
nama baik keluarga. keluarganya dalam permainan catur.

You might also like