Pengenalan PBK

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 26

4.

LAPORAN AKTIVITI

4.1

LAPORAN SEBELUM

Pada semester 3 PPISMP,kami guru pelatih bimbingan dan kaunseling telah bercadang
untuk menjalankan satu program pembentukan jati diri dengan nasihat dan dorongan daripada
Pensyarah Pengenalan Kepada Bimbingan dan Kaunseling,Pn.Rokiah Kami telah mengadakan
satu perjumpaan dengan Pn.Rokiah dan berbincang tentang program tersebut.Pada mulanya
kami bercadang untuk menjalankan program ini di Tanjung Bidara,Melaka.Selepas mengumpul
maklumat daripada Pn.Rokiah Kami cuba dapatkan tawaran pakej dari Tanjung Bidara untuk 3
hari 2 malam.Oleh kerana kosnya terlalu tinggi kami bercadang untuk mengadakan program ini
di Johor sahaja.Sedemikian dengan cadangan itu Hotel Sri Malaysia menjadi pilihan kami.Hotel
ini terletak di Mersing,Johor.
Selepas

keputusan

diambil,satu

mesyuarat

pembentukan

jawatankuasa

diadakan.Selepas itu,tugasan diagihkan.Murugan selaku telah pengerusi program menerangan


tugasan yang perlu dilakukan oleh setiap jawatankuasa. Kami juga telah berbincang mengenai
program-program yang akan dijalankan.Kami mendapatkan maklumat terperinci tentang Hotel
Seri Malaysia.Pn.Rokiah telah banyak membantu kami untuk mendapatkan maklumat tentang
Hotel Seri Malaysia. Pada awal bulan Julai 2013 kertas kerja disediakan dengan dorongan dan
nasihat daripada Pn.Rokiah.Ajk buku program membincang dan menyediakan buku program
serta tentatif.Setiausaha program menyediakan borang senarai semak yang diperlukan bagi
setiap AJK.
Justeru itu,setiausaha juga telah menyediakan borang penilaian LPS dan borang refleksi
untuk dilengkapkan oleh semua guru pelatih selepas program tersebut.Selepas semua
persediaan kertas kerja,pengerusi dan setiausaha telah membentang usul berkenaan
perancangan program ini.Kertas kerja ini dihantar ke Hep dalam soft copy untuk mendapatkan
Letter Head.Seterusnya,surat perlulah dihantar dalam 5 hari dari tarikh yang dinyatakan dalam
surat.Kertas dihantar kepada pengarah sebelum menghantar surat.Kertas kerja diluluskan
selepas semua prosedur.Peruntukan yang dianggarkan bagi setiap pelatih adalah RM80-RM85
dan RM145 bagi setiap seorang pensyarah.Pada mulanya kami tidak dapat peruntukan untuk
program ini daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.Ini kerana program ini diadakan di Hotel
34

Seri Malaysia dan bukannya di mana-mana tempat milik kerajaan.Kami bercadang untuk
menanggung sendiri kos yang dianggarkan iaitu RM130 seorang.
Seminggu sebelum program itu, satu lagi mesyuarat diadakan di dalam kelas.Dalam
mesyuarat tersebut, pengerusi telah memberi sedikit ulasan tentang pakaian dan barangbarang atau alatan yang perlu dibawa.Segala persediaan telah dibuat sebelum bertolak ke
Hotel Seri Malaysia,Johor.

35

4.2

LAPORAN SEMASA

HARI PERTAMA
Tarikh

: 04/09/2013

Tempat

: Hotel Sri Mersing

Berikut adalah jadual aktiviti hari ini:


9.45pagi

Berkumpul di Hep/blok I

11.00pagi

Bas bertolak

11.30pagi

Makan tengah hari

2.30ptg

Taklimat program

4.30ptg

LDK 1 - Ice breaking

7.10mlm

Makan malam

8.10mlm

Pembentangan logo kumpulan

9.00mlm

Slot moral 1

Pada hari ini,kami berkumpul di Hep dan blok I semasa hujan renyai-renyai.Bas bertolak
pada pukul 11.00 a.m. dan kami singgah di Kota Tinggi untuk makan tengah hari.Dalam masa
perjalanan yang amat panjang,kami menjalankan aktiviti permainan yang seronok dengan rakan
sekelas.Kami sampai di Hotel Sri Malaysia pada pukul 1.45 petang dan kami berkumpul di lobi
Hotel Sri Malaysia untuk pembahagian bilik.Bilik dibahagikan kepada empat orang dalam
sebilik.Dengan demikian,terdapat sejumlah empat bilik untuk guru pelatih perempuan dan
sebilik untuk guru pelatih lelaki.Keadaan bilik memang selesa.

36

Selepas penyiapan bilik,kami diminta berkumpul di Dewan Sri Mersing pada pukul 2.30
p.m.Kemudian,satu taklimat Program Pembentukan Jati Diri Guru diadakan oleh Pensyarah
Pn.Rokiah supaya guru pelatih dapat memahami beberapa perkara yang perlu dititikberatkan
dan diperhatikan dalam tempoh tiga hari dua malam.Seterusnya,aktiviti Icebreaking
dikendalikan oleh En.Tauhit.Pertama sekali,kami diminta berdiri dalam bulatan besar untuk
menyanyi lagu Semaian Subur ikut arah jam dan lawan jam untuk membangitkan semangat
guru pelatih dan mengingatkan kita adalah warga Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim.Setelah nyanyian,kami diminta duduk dalam bulatan dan sebutkan
nama,negeri asal dan tarikh lahir diri sendiri secara bergiliran untuk mengenali rakan sekelas
dengan lebih mendalam dan ini dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain serta
menguatkan kemahiran peringatan.
Aktiviti yang seterusnya adalah membuat satu bulatan dengan mengikut bulan lahir
masing-masing.Kemudian,setiap ahli kumpulan perlu menanya beberapa soalan yang
berkenaan dengan bilangan adik-beradik,kegemaran makanan,latar belakang keluarga dan
tempat lahir.Selepas itu,kami perlu memberitahu kepada kawan-kawan tentang latar belakang
mereka.Ini dapat membantu kami lebih memahami latar belakang rakan sekelas.Sekarang
sampai masa membawa kenderaan seperti kereta Lamborghini dan Ferrari mengikut kumpulan
yang terdiri daripada 10 orang dalam satu kumpulan.En.Tauhit memotivasi kami membawa
kereta dengan berhati-hati dan bertanggungjawab.Justeru itu,beliau menyuruh kami tekan
minyak kuat-kuat dengan suara yang semangat.Tambahan pula,kami juga membawa motor
dengan pasangan sendiri mengelilingi satu dewan.
Seterusnya,kami dibahagikan kepada lima orang dalam satu kumpulan untuk mencipta
logo dan nama kumpulan masing-masing.Nama kumpulan kami ialah Carl Rogers iaitu pelopor
kepada Teori Permusatan Perorangan di bawah aliran humanistik yang membawa maksud
manusia adalah semulajadi.Kemudian,kami membuat perbincangan tentang logo kumpulan
masing-masing seperti perwakilan warna,maksud setiap gambar dan motto.Motto kami adalah
One Human 1 Hope.Motto ini bermaksud setiap manusia mempunyai sekurang-kurangnya
satu harapan dalam kehidupan.Sebagai seorang kaunselor,kami perlu menghulurkan tangan
kepada setiap manusia tanpa penerimaan syarat,empati dan ketulenan.Selepas aktiviti
ini,minum petang disediakan.

37

Kemudian,makan malam mula pada pukul 7.00 p.m-8.10p.m.Pembentangan logo


kumpulan dimulakan pada pukul 8.10p.m.Dalam pembentangan,setiap kumpulan perlu
memberi penerangan mengenai nama kumpulan,maksud,logo dan motto dan setiap ahli
kumpulan perlu mengeluarkan suara. Selepas pembentangan,slot moral 1 dikendalikan oleh Pn
Hjh Rokiah Bt Buyong.Slot ini merupakan renteten kepada LDK 2.Banyak perkara baru yang
kami perolehi sepanjang slot ini terutamanya berkaitan dengan isu-isu masa kini yang
melibatkan bidang pendidikan. Contohnya, isu-isu di kalangan sekolah dan kepentingan
teknologi.Kami diberi masa selama 30 minit untuk membuat perbincangan mengenai tajuk
kumpulan

masing-masing

untuk

pembentang

esok.Sementara

itu,pensyarah

memberi

pandangan beliau dalam isu-isu yang berkaitan.Di samping itu,setiap kumpulan perlu
menyediakan video yang amat bermakna bagi membangunkan kami bahawa kepentingan
pendidikan dalam zaman sekarang.
Selain itu,satu LDK 2 diadakan dengan menulis surat kepada pasangan sendiri dan
kami diminta duduk dalam bulatan dan baca keluar isi surat tersebut kepada rakan
sekelas.Selepas ini,kami minum malam dengan perasaan penat dan balik ke bilik untuk
perbincangan tajuk slot moral tadi dan menghasilkan power point.Walaupun penat,kami
menikmati masa bersama-sama di dalam bilik.

38

HARI KEDUA
Tarikh

: 05/09/2013

Tempat

: Hotel Seri Malaysia

Berikut adalah jadual aktiviti hari ini:


6.45pagi

Slot Moral

7.00pagi

Mandi & Rehat

8.00pagi

Sarapan

9.00pagi

Taklimat Projek Pelapangan

9.40pagi

Bertolak ke Jeti Mersing

10.40pagi

Bertolak ke Terminal Bas Mersing

12.30tghari

Makanan tengahari

3.00ptg

Bertolak untuk Aktiviti Memukat

5.40ptg

Slot Moral

6.30ptg

Mandi & rehat

7.30mlm

BBQ

9.00mlm

Pembentangan Projek Pelapangan

Aktiviti pada hari ini bermula dengan slot moral pada pukul 6.45 pagi.Sebelum pukul
6.40 pagi, kami telah berkumpul di Dewan Seri Mersing 1 supaya aktiviti boleh dimulakan tepat
pada waktunya. Slot moral pada pagi ini bermula dengan pembentangan daripada kumpulan 1
yang bertajuk Kepentingan Ilmu Kepada Negara.Mula-mula mereka menayangkan satu video
berkonsep dengan tajuk pembentangan.Selepas tayangan video, ada beberapa pelatih guru
39

menanya

soalan

tentang

video

tersebut.Selepas

sesi

soal

jawab,

pembentangan

diteruskan.Dalam pembentangan ini mereka menerangkan tentang jenis-jenis ilmu iaitu ilmu
komunikasi, ilmu agama, ilmu sains & teknologi dan ilmu sukan.Pembentangan ini berlangsung
selama 15 minit.
Selepas slot moral, kami diberikan masa selama sejam untuk mandi dan bersiap untuk
aktiviti seterusnya yang telah dinanti-nantikan oleh semua guru pelatih.Setelah mandi dan
bersiap, kami semua berkumpul di Kafe Hotel Seri Malaysia pada pukul 8.00 pagi untuk
bersarapan.Selepas menikmati sarapan pagi yang menyelerakkan kami berkumpul semula di
Dewan Seri Mersing 1 pada pukul 9.00 pagi.Semua guru pelatih berkumpul di sana untuk
diberikan taklimat tentang projek pelapangan.Setiap kumpulan diberikan sebuah sampul surat
yang mengandungi tugasan yang perlu dibuat untuk projek ini.Tajuk tugasan kumpulan kami
adalah kumpulan anda diminta menemubual individu miskin.Kami akan diberi masa selama
satu jam di Jeti Mersing dan lagi satu jam di terminal bas Mersing.Setiap kumpulan akan
bergerak mengikut ahli kumpulan mereka dengan pengawasan Pn.Rokiah dan En.Tauhit untuk
melaksanakan tugasan yang diberi.Kami diberi taklimat tentang cara-cara untuk menemu
ramah orang yang kami jumpai di sana nanti.Selain daripada itu, kami dinasihatkan untuk
menjaga etika dan tingkah laku kami di jeti dan terminal.
Kami bertolak ke Jeti Mersing pada pukul 9.40 pagi.Setelah sampai di jeti,kami bergerak
mengikut kumpulan masing-masing.Kami meninjau keadaan sekeliling dan memerhatikan
setiap orang supaya kami dapat menemu ramah orang miskin.Dua orang daripada kumpulan
kami dapat menemu ramah 2 orang.Selepas sejam di jeti, kami bertolak ke terminal bas.Disana
pula 3 ahli kumpulan kami menemu ramah 3 orang miskin.Kami bertolak balik ke Hotel Seri
Malaysia pada pukul 11.40 pagi.Kami makan makanan tengahari pada pukul 12.30tengahari.
Dari pukul 1.40 hingga 2.40 tengahari kami diberikan masa untuk membuat persiapan
pembentangan pada malam ini mengenai projek pelapangan.Kami berbincang sesama ahli
kumpulan kami dan mengagihkan tugas yang perlu dibuat supaya bebanan kerja akan
berkurang.Pada pukul 3 petang kami bertolak dari hotel untuk aktiviti memukat. Selama 1 jam
perjalanan, kami pun sampai di tempat berkenaan.Tetapi malangnya cuaca tidak mengizinkan
kami untuk memukat pada hari itu kerana hujan yang lebat diikuti degan petir dan guruh.Oleh
kerana kami tidak dapat memukat, kami dibawa ke kem Bina Insan Guru iaitu Teluk Gorek.
Selepas balik ke hotel, slot moral disambung lagi dengan pembentangan kumpulan 2,3 dan 4.
Tajuk kumpulan 2 ialah ciri-ciri positif/negatif individu.Tajuk kumpulan 3 pula iaitu kumpulan
40

kami ialah isu-isu pelajar di sekolah.Kumpulan terakhir membentang tentang tajuk bimbingan
& kaunseling di masyarakat.
Pada pukul 6.30 petang kami semua dibenarkan balik ke bilik masing-masing untuk
mandi dan rehat.Kami berkumpul semula di kafe pada pukul 8.00 malam untuk BBQ.Pelbagai
hidangan disediakan pada malam itu seperti ayam, udang, sotong, kek, buah-buahan,tom yam,
nasi goreng, mee goreng dan sebagainya.Selepas menjamu selera, kami berkumpul di Dewan
Seri Mersing 1 untuk pembentangan Projek Pelapangan.Setiap kumpulan membentang tentang
tugasan mereka dengan bagus.Aktiviti pada hari ini tamat pada pukul 11.30 malam

HARI KETIGA
41

Tarikh

: 06/09/2013

Tempat

: Hotel Seri Malaysia

Berikut adalah jadual aktiviti hari ini:


6.45pagi

Slot Moral

7.00pagi

Senaman Pagi

7.30pagi

Sarapan

9.00pagi

Refleksi & Penilaian

10.40pagi

Sesi Bergambar

11.00pagi

Bertolak ke IPTI

Hari ini adalah hari terakhir bagi Program Pembentukan Jati Diri Guru Pelatih.Seperti
biasa, kami semua berkumpul di Dewan Seri Mersing 1 untuk Slot Moral pada pagi itu.Selepas
15 minit kami berkumpul di hadapan Hotel Seri Mersing untuk aktiviti senaman.Aktiviti senaman
pada pagi ini dijalankan oleh Hoo Fon Yean dan Pirakhas.Kami semua berjoging di sekitar
pantai diawasi oleh Pn.Rokiah.Setelah berjoging, kami bersarapan di kafe.Aktiviti terakhir kami
pada hari ini adalah refleksi dan penilaian.Kami diarahkan untuk duduk dalam bulatan.Setiap
orang diajak untuk memberikan refleksi dan diberi penilaian oleh Pn.Rokiyah dan
En.Tauhit.Setelah aktiviti itu berakhir, kami pun berkemas untuk balik ke IPTI.Selepas sesi
bergambar, bas bertolak ke IPTI pada pukul 11.00 pagi.

4.3

LAPORAN SELEPAS

42

Selepas menjalani program Pembentukan Jati Diri Guru Pelatih di Hotel Sri Malaysia,
Mersing, kami mula melaksanakan tugasan yang diberikan iaitu menghasilkan laporan
sebelum,semasa dan selepas.
Program ini telah berjalan dengan lancar berlandaskan kekuatan yang kami perolehi
seperti semangat berpasukan dan kerjasama antara guru-guru pelatih dan ini adalah kunci
kepada setiap kejayaan sesuatu program yang diadakan di mana kita haruslah mengamalkan
sikap tolong-menolong antara satu sama lain dalam memastikan program yang dikendalikan
dapat berjalan dengan lancar serta dapat memberi manfaat kepada kita bersama.Selain itu,
bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru penasihat juga telah mendorong kami lebih yakin
dalam merealisasikan projek ini.
Setiap aktiviti yang telah kami lakukan di Mersing sepanjang program telah direkodkan,
dianalisis dan disediakan refleksi.Agak sukar bagi kami untuk menggabungkan hasil dapatan
kami kerana bahan yang diperolehi begitu banyak.Walaubagaimanapun, masalah tersebut
selesai setelah membuat pembincangan antara ahli kumpulan dari kami.
Berikut adalah tindakan yang saya lakukan selepas tamat Program Pembentukan Jati
Diri Guru Pelatih di Mersing.
Perkara/ Tindakan
1. Mengumpul semua dapatan untuk diasingkan mengikut

keperluan

tugasan.

Menaip

laporan dengan menggunakan Microsoft Word. Menaip draf dan mengumpulkan rekodrekod kolaborasi

Berbincang

bersama

rakan-rakan

untuk

tindakan

selanjutnya. Menyusun data dapatan ke dalam bentuk jadual.


2. Menyusun dan mengemaskini maklumat. Menaip tugasan. Mencetak bahan-bahan yang
diambil secara soft-copy.
3. Menyemak kembali kekurangan pada tugasan dan membuat pembetulan yang dapat
dikenalpasti.
4. Menghantar tugasan.

5.0

REFLEKSI

43

5.1

CHONG CHUEY MIIN


Terlebih

dahulu,saya mengucapkan

ribuan

terima

kasih

kepada

pensyarah

Pn.Rokiah,pengarah program Murugan serta rakan sekelas Cham Kuai Peng kerana banyak
berusaha untuk merancangkan program Pembentukan Jati Diri Guru Pelatih Kaunseling pada
semester ini.Saya berasa bersyukur kerana kami telah berjaya menamatkan program kali
pertama bagi kelas Bimbingan pada tahun 2013 dengan lancar.Program Pembentukan Jati Diri
Guru Kaunseling ini telah dilaksanakan pada 4 September hingga 6 September 2013 di Hotel
Sri Mersing,Johor.Program ini dijalankan selama tiga hari dua malam.Sepanjang pelaksanaan
program ini,didapati bahawa perancangan bagi sesuatu program adalah sangat penting
manakala perancangan juga akan berubah atas beberapa sebab seperti pengaruh cuaca dan
pengurusan masa.Sebagai contoh,kami tidak dapat menjalankan aktiviti memukat pada masa
yang ditetapkan kerana hujan lebat dan diikuti degan petir dan guruh.Kemudian,terdapat
beberapa peserta lewat hadir ke slot moral pada hari Rabu dan aktiviti seterusnya telah
ditarikan masa.
Melalui aktiviti lapangan yang telah saya jalankan di Terminal Feri Mersing dan Terminal
Bas Mersing,saya dapat memahami tentang cara kehidupan orang miskin masyarakat setempat
dan cara memperbaiki kehidupan mereka serta kekuatan individu dalam menyelesaikan
masalah.Pada masa yang sama,saya telah mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan klien
dari pelbagai lapisan masyarakat.Saya juga selalu mengingatkan diri sendiri bahawa apabila
bercakap dengan orang lain,kami perlu memberi salam dahulu dengan senyuman yang
manis,berempati, ruang jarak dengan klien dan eye-contact.Semua aspek ini dapat membantu
kami menjalankan komunikasi dengan berjaya.
Sementara itu,saya juga telah belajar cara dan teknik bertanya soalan kepada klien
daripada Kalpana.Klien pertama saya adalah seorang nelayan yang berumur 42 tahun.Dia
seorang lelaki Melayu yang pemalu.Apabila saya tanya soalan,dia hanya angguk kepala atau
senyum saja.Walaubagaimanapun,dia memberi kerjasama kepada saya untuk menjalankan
temubual dengan bersopan santun.Saya hanya menggunakan 10 minit sahaja untuk
menghabiskan sesi temubual.Saya rasa tidak puas hati dengan diri sendiri dan membuat
keputusan mencari klien baru di Terminal Bas Mersing.Selepas penghabisan temubual semua
ahli kumpulan ,saya berjaya jumpa seorang mak cik yang menjual buah-buahan dengan
suaminya selama 30 tahun.Pada kali ini,saya dapat menggunakan teknik bergurau-gurau
dengan senyuman yang manis untuk mendekati maik cik tersebut.Sebelum ini,dia tidak sudi

44

bergaul dengan saya tetapi apabila saya kata buah-buahan dia sedap dia mula mengeluarkan
suara dengan saya.Ini bermakna dia sudi berkongsi pengalaman kehidupan kepada saya.
Bukan itu sahaja, saya juga dapat membina keyakinan diri sendiri semasa membentang
di Dewan Sri Mersing dengan menggunakan mikrofon.Biasanya,saya akan berasa takut dan
tekanan apabila bercakap dengan mikrofon di depan orang kerana risau dengan kesalahan
tatabahasa dan intonasi tetapi kali ini tidak kerana saya anggap semua pendengar sebagai ahli
keluarga diri sendiri dan sanggup berkongsi dengan hasil temubual yang telah kumpulan saya
jalankan.Selain itu,pembentangan slot moral dan logo kumpulan juga membawa banyak input
dan idea yang berguna kepada saya.
Dalam program Pembentukan Jati Diri Guru ini,saya dilantik sebagai ketua
kumpulan.Melalui pengalaman ini,saya perasan sifat kepimpinan seseorang ketua adalah amat
penting bagi menjayakan setiap aktiviti.Perbincangan antara ahli kumpulan memang dapat
memupuk nilai kerjasama dan menerap nilai murni.Kadang-kadang,perselisihan faham akan
berlaku tetapi saya anggap ia sebagai cabaran dan akibatnya hubungan rakan sekelas lebih
erat berbanding sebelum ini.
Selain aktiviti lapangan,kami telah menjalankan sesi icebreaking yang dikendalikan oleh
En.Tauhid dengan aktiviti mengingati nama dan tarikh kelahiran dengan

membuat

bulatan.Seterusnya, rakan-rakan dikehendaki menyebut mengikut urutan.Saya adalah orang


yang terakhir sebut semua tarikh lahir kawan-kawan dan syukurnya saya berjaya.Aktiviti ini
dapat menguji daya peringatan dan pengekalan hubungan dengan seseorang.Selepas ini,saya
boleh ingat semua tarikh lahir kawan-kawan sekelas tanpa merujuk kepada Facebook atau
telefon bimbit lagi.Seterusnya, aktiviti membawa kereta Lamborghini dan Ferrari serta cara
bagaimana membawa motosikal dijalankan dengan bayangan masa lampau.Saya memang
rasa seronok dalam keadaan tersebut.
Dari segi aktiviti riadah berenang dan jogging di tepi pantai, ia dapat mengingatkan saya
berapa pentingnya kesihatan seseorang terutamanya seorang guru kerana kami memainkan
peranan untuk melahirkan insan yang harmonis dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek dan
sosial.Aktiviti tersebut adalah aktiviti kegemaran saya dalam kehidupan kerana udara segar dan
pemandangan yang menarik dapat membantu saya melupakan semua tekanan dan memikirkan
cara atau idea-idea yang baru dan kreatif.
Dalam pandangan saya,program Pembentukan Jati Diri Guru telah membawa banyak
kebaikan kepada kami.Program ini dijalankan dengan lancar walaupun terdapat kelemahan
yang perlu diperbaiki iaitu ketidakan keselarasan pakaian dan lemah dalam pengurusan
masa.Kali ini adalah kali pertama kami menjalankan program,saya percaya kepada kelas kami
akan dapat menambahbaikan kelemahan ini pada aktiviti yang akan datang. Dengan
45

demikian,saya perlu selalu menepati masa supaya satu program dapat dijalankan dengan
lancar.Setakat

ini,saya

puas

hati

dengan

masa

yang

ditetapkan

untuk

setiap

aktiviti.Sehubungan itu,aktiviti ini telah merapatkan jurang antara kawan dan ia telah
meninggalkan kenangan manis kepada kami semua.
Pada pendapat saya, semua aktiviti yang telah dilaksanakan sewaktu program ini sangat
menarik

dan

mempunyai

nilai

murni

yang

dapat

diaplikasikan

dalam

profesion perguruan.Melalui program ini,saya telah mendapat pelbagai pengalaman yang


sangat berguna untuk diaplikasikan dalam profesion perguruan dan juga dalam kehidupan
seharian. Saya akan menambahbaikan kelemahan diri sendiri supaya menjadi seorang guru
kaunselor pada masa akan datang.

5.2 CHOO YING JIE

46

Sepanjang program Pembentukan Jati Diri Guru Pelatih (Bimbingan dan


Kaunseling) ini dilaksanakan, saya dapati terdapat beberapa perkara yang boleh
dibanggakan dan dianggap sebagai faktor kekuatan untuk melaksanakan programprogram unutk pelajar sekolah rendah. Pertama, dari awal proses pemilihan dan
penubuhan jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan
hingga ke pelaksanaan aktiviti dan juga pemulangan alatan-alatan pada hari akhir
program ini kami sentiasa bekerjasama. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata
pepatah, Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semua jawatankuasa saling
bantu-membantu dalam usaha menjadikan program ini berjaya dilaksanakan dan
mencapai objektifnya. Kami juga berjaya dalam berpakat untuk mengenakan pakaian
yang seragam supaya dapat menaikkan imej kami sebagai bakal guru yang disegani.
Kekuatan kedua program ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia ada
kami dalam merancang sesebuah program. Ramai diantara ahli kelas kami yang sudah
mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program seumpama ini
sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak urusanurusan diplomasi, surat menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak
pentadbiran dapat dipercepatkan kerana kami telah mempunyai kemahiran dan
pengetahuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas tersebut.
Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa lubang-lubang kelemahan yang
menggangu dan perlu diperbaiki supaya hasil dan objektif yang direka tercapai.
Pertama dari segi cuaca, sepanjang tiga hari dua malam berada disana iklim cuaca
tidak begitu menentu. Tetapi apa yang sudah tentu, hujan akan turun dalam pada
sebelah pagi mahupun malam dalam satu hari. Oleh itu, kami berasa sedikit kecewa
kerana tidak dapat menjalankan aktiviti memukau di tepi pantai kerana hujan lebat pada
hari tersebut.

Kelemahan kedua ialah, masa yang singkat. Sepanjang tiga hari, dua malam
kami berada disana masa kami bersama-sama tidak banyak. Kami hanya dapat

47

menjalankan semua aktiviti dalam masa yang singkat dan banyak aktiviti telahpun
ditunggalkan. Kebanyakan masa kami cuma menjalankan aktiviti dalam dewan sahaja.

Oleh itu, cadangan yang dapat saya cadangkan bagi mengatasi masalah ini ialah
pada masa akan datang dan sebagai panduan kepada pelajar-pelajar junior supaya
mungkin apabila menjalani program Pembentukan Jati Diri, pastikan tarikh yang dipilih
tidak bertemu dengan hari persekolahan dan mungkin lebih elok jika program seperti ini
dilakukan pada waktu cuti sekolah. Masalah cuaca juga boleh diselesaikan jika
pemilihan terikh dilakukan dengan merujuk ramalan kaji cuaca sekiranya terdapat
aktiviti yang memerlukan kawasan luar dewan yang luas. Sekaligus, perjalanan
program yang telah dirancang berjalan dengan lancar.

Saya bersyukur kerana kami dapat menyempurnakan program mata pelajaran


major kami di Hotel Sri Malaysia di Mersing. Ini memang satu pengalaman yang
berharga selain belajar teori di dalam kelas sahaja. Saya berharap ada peluang untuk
menganjurkan program seperti ini kelak, ia memang memberi pembelajaran
berkomunikasi yang baharu bagi saya dalam bimbingan dan kaunseling.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
_________________
(Choo Ying Jie)
5.3

KALPANA A/P KRISHNAN


Pada 19hb Ogos saya dan rakan-rakan 1 PISMP telah diberikan taklimat tugasan kerja

kursus PBK (Pengenalan Kepada Bimbingan & Kaunseling). Kami diberikan penerangan secara
48

terperinci mengenai soalan-soalan tugasan tersebut. Kami secara berkumpulan dikehendaki


membuat satu kertas kerja program serta membuat laporan mengenai program yang telah
dijalankan.
Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus Pengenalan Kepada Biingan & Kaunseling
ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal
guru bimbingan dan kaunseling. Bukan sahaja ia berfaedah tetapi pengalaman yang dibina
semasa program ini dijalankan juga tidak ternilai. Kami sekelas 1 PISMP Bimbingan &
Kaunseling telah berbincang dengan pensyarah subjek ini iaitu Puan Rokiah Buyong untuk
menjalankan Program Pembentukan Jati Diri Guru. Setelah berbincang kami membuat satu
kata putus untuk menjalankan program ini di Mersing selama 3 hari iaitu dari 4 sehingga 6
September. Keputusan ini diambil kerana pensyarah kami berpendapat bahawa persekitaran di
luar kelas akan member pengalaman yang baru kepada kami semua.
Satu jawatankuasa kerja telah dibentuk supaya permudahkan kerja kami. Setiap orang
melakukan kerja yang diamanahkan dengan baik. Kami membuat persediaan seperti peralatan,
buku program, kertas kerja, jadual program, persediaan pengangkutan, jadual program dan
sebagainya. Pada 3hb September satu taklimat bersama pengerusi telah diadakan pada pukul
1.15 tengahari. Dalam taklimat itu, pengerusi menerangkan peralatan yang perlu dibawa,
tempat berkumpul, masa berkumpul, pakaian yang perlu dibawa serta aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan di Mersing.
Pada 4hb September saya telah berkumpul di hadapan HEP. Setelah semua sampai,
bas bertolak pada pukul lebih kurang 11.00 pagi dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim. Bas berhenti di Kota Tinggi pada pukul 11.30 pagi untuk makanan
tengahari. Setelah makan tengahari perjalanan diteruskan. Saya tidak tidur di sepanjang
perjalanan ke Hotel Seri Malaysia. Saya teruja pabila melihat Bandar Mersing walaupun ia
adalah bukan kali yang pertama. Tepat pukul 1.50 tengahari, saya dan rakan kami sampai di
Hotel Seri Malaysia. Setelah menyimpan barang-barang kami berkumpul semula di Dewan Seri
Mersing 1 pada pukul 2.45.
Aktiviti pertama pada hari pertama ialah ice breaking. Ia dikendalikan oleh En.Tauhit.
pelbagai aktiviti yang kami lakukan pada sesi itu. Aktiviti yang paling saya suka dalam ice
breaking adalah mengingatkan nama rakan dan tarikh lahir dan lafazkan balik kepda semua.
Satu lagi aktiviti ialah kami diagihkan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki
membina logo dan nama kumpulan. Slot Moral juga diadakan dan pembentang dilakukan oleh
49

setiap kumpulan. Aktiviti akhis pada hari pertama ialah kami dikehendaki duduk dalam
berpasangan dan menuli surat kepada pasangan anda secara positif.
Pada hari kedua, kami dikehendaki berkumpul di Dewan Seri Mersing1 pada pukul 6.45
pagi. Saya telah pun pergi 10 minit awal dari masa yang ditetapkan. Ada sesetengah kawan
saya datang lambat dan sebagai naib pengerusi saya mengenakan denda kepada yang hadir
lambat. Selepas menikmati sarapan pagi yang menyelerakan kami berkumpul semula di Dewan
Seri Mersing 1 pada pukul 9.00 pagi. Semua guru pelatih berkumpul di sana untuk diberikan
taklimat tentang projek pelapangan. Setiap kumpulan diberikan sebuah sampul surat yang
mengandungi tugasan yang perlu dibuat untuk projek ini. Tajuk tugasan kami adalah kumpulan
anda diminta menemubual individu miskin. Kami akan diberi masa selama satu jam di Jeti
Mersing dan lagi satu jam di terminal bas Mersing. Setiap kumpulan akan bergerak mengikut
ahli kumpulan mereka dengan pengawasan Pn.Rokiah dan En.Tauhit untuk melaksanakan
tugasan yang diberi. Kami diberi taklimat tentang cara-cara untuk menemu ramah orang yang
kami jumpai di sana nanti. Selain daripada itu, kami dinasihatkan untuk menjaga etika dan
tingkah laku kami di jeti dan terminal. Kami bertolak ke Jeti Mersing pada pukul 9.40 pagi.
Setelah sampai di jeti, kami bergerak mengikut kumpulan masing-masing. Saya meninjau
keadaan sekeliling dan memerhatikan setiap orang supaya saya dapat menemu ramah orang
miskin. Dua orang daripada kumpulan saya dapat menemu ramah 2 orang. Selepas sejam di
jeti, kami bertolak ke terminal bas. Disana pula 3 ahli kumpulan saya menemu ramah 3 orang
miskin. Kami bertolak balik ke Hotel Seri Malaysia pada pukul 11.40 pagi. Pada malam itu saya
bersama ahli kumpulan saya membuat pembentangan tentang projek pelapangan yang kami
lakukan.
Pada hari keesokan, iaitu hari terakhir kami berkumpul seperti biasa pada pukul 6.45
pagi untuk Slot Moral dan selepas itu berjoging di tepi Pantai Mersing. Aktiviti terakhir kami
pada hari ini adalah refleksi dan penilaian. Kami diarahkan untuk duduk dalam bulatan. Setiap
orang diajak untuk memberikan refleksi dan diberi penilaian oleh Pn.Rokiyah dan En.Tauhit.
setelah aktiviti itu berakhir, kami pun berkemas untuk balik ke IPTI. Selepas sesi bergambar,
bas bertolak ke IPTI pada pukul 11.00 pagi.
Ketepatan masa dapat dilihat sewaktu perlaksanaan program tersebut. Ketepatan masa
adalah sanagat penting untuk seseorang guru. Apabila sesuatu aktiviti dimulakan lambat,
seluruh program pada hari itu tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Saya juga dapat
melihat bagaimana interaksi pensyarah yang berpengalaman dengan pelatih guru. Pensyarah
50

sentiasa bertanya soalan kepada pelatih guru semasa setipa pembentangan dijalankan. Sesi
soal jawab antara pensyarah dan kami menyebabkan saya tidak leka dan sentiasa memberi
tumpuan kepada apa yang dinyatakan oleh pensyarah. Slot Moral juga banyak memberi
manfaat kepada saya kerana semua isu yang dibincangkan adalah tentang isu kontemporari
terkini yang berlaku di Malaysia.
Komunikasi dua hala adalah sangat penting sebagai seorang guru bimbingan dan
kaunseling. Itu yang pelajari semasa aktivi pelapangan yang dibuat di Jeti Mersing dan Terminal
Bas Mersing. Ia dalah suatu pengalaman yang baru bagi saya. Bukan senang untuk mendekati
seseorang klien sebagai seorang kaunseling dan juga bukan senang untuk seseorang klien
meluahkan perasaannya pada kauselor. Apa yang saya pelajari daripada projek ini ialah
bagaimana cara mendekati seseorang yang tidak dikenali dan juga bagaimana memulakan
perbualan dengan klien saya. Tips-tips yang diberikan oleh pensyarah seperti eye contact, jaga
rentak suara, senyuman, budi bahasa, sopan santun dan ruang peribadi antara saya dengan
klien masih segar dalam ingatan saya.
Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini yang saya laksanakan
bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat.
Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan
melalui kerja kursus ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara
pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami. Melalui
program ini saya sedar betapa pentingnya sikap bekerja sama antara ahli kumpulan. Setiap
orang mesti memupuk sikap positif dalam diri mereka supaya boleh Berjaya dalam kehidupan.
Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan,
membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan kemahiran komunikasi saya. Selain itu,
tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus
ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya.
Terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu saya jelaskan di sini adalah cuaca. Ada
beberapa aktiviti yang kami rancang terpaksa dibatalkan kerana hujan yang lebat. Walaupun
saya agak kecewa tetapi terpaksa akur dengan keputusan pensyarah demi keselamatan saya
dan rakan-rakan saya. Selain daripada itu masa juga tidak mencukupi untuk program-program
yang telah kami rancang.

51

Cadangan saya adalah program seperti boleh dijalankan pada waktu cuti supaya waktu
matapelajaran lain tidak terjejas. Saya juga berharap aktiviti senaman juga harus dititikberatkan
dan diselitkan pada waktu pagi dan petang kerana jika LDK dijalankan sepanjang hari ini
munkin akan membosankan sesetengah pelajar. Selain daripada itu, program-program ini boleh
dijalankan secara kolaborasi dengan pelajar junior bimbingan dan kaunseling supya
membentuk satu tangga persahabatan antara dua kelas ini.
Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak faedah
kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta
menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru bimbingan dan kaunseling yang
berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama,
bangsa dan negara.

Disediakan oleh,
Kalpana a/p Krishnan
810429-01-5710

5.4

MURUGAN A/L RAMALINGAN

52

Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya membuat perancangan yang sistematik agar
dapat menyiapkannya pada masa yang telah ditetapkan. Puan Rokiyah Buyong selaku
pensyarah Pengenalan Bimbingan dan Kauseling telah menerangkan kepada saya dengan
jelas mengenai kehendak tugasan dan aspek yang dinilai untuk mendapatkan markah yang
terbaik. Hasilnya, saya mendapat gambaran dan garis panduan untuk melaksanakan tugasan
ini.
Saya memberikan penekanan dari segi pengurusan masa, pembahagian tugasan untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu juga, saya mendapatkan beberapa sumber rujukan di
pusat sumber Institut Perguruan Kampus Temenggong Ibrahim sebagai maklumat tambahan
dalam penghasilan ilmiah ini. Banyak pengalaman yang diperolehi di samping dapat menimba
ilmu yang baharu.
Semasa mencari bahan untuk tugasan ini saya dapat mempelajari pelbagai ilmu baharu
yang akan berguna untuk diri saya semasa membuat tugasan lain. Ini kerana semasa mencari
idea untuk tugasan ini dari pelbagai media, saya dapat mempelajari untuk bagaimana
menggunakan sumber cetak dan elektronik untuk mendapatkan isi bagi sesuatu tugasan. Selain
itu, saya juga dapat mempelajari untuk membuat dan menulis rujukan berpanduakan kepada
APA sistem.
Selain itu, saya juga dapat mempelajari eleman kreativiti dan teknologi maklumat melalui
konteks yang sesuai untuk menjayakan tugasan ini. Selain itu, saya juga dapat meningkatkan
kemahiran saya dalam membuat rujukan dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber,
memilih maklumat yang relevan secara sistematik dan bermakna.
Semasa melakukan tugasan ini saya dapat mempelajari pelbagai ilmu yang mana boleh
diguna pakai dalam kehidupan saya. Program pembentukan jati diri yang telah kami buat telah
memberikan banyak impak kepada diri saya. Banyak pengalaman yang saya peroleh
sebelum,semasa dan selepas mengahadiri program jati diri ini.
Saya sedar bahawa perancangan awal sangat penting dalam menguruskan sesebuah
program. Oleh kerana saya diberi amanat sebagai Pengarah Projek bagi program ini saya telah
membuat pelbagai perancangan dari awal lagi. Antaranya membentuk Ahli Jawatankuasa,
mengagihkan

tugasan, membuat kertas kerja, memilih tempat program akan diadakan,

mendapat tawaran pakej dari pihak hotel dan sebagainya. Terdapat juga masalah yang saya
hadapi semasa melakukan perancangan awal ini. Saya mengalami masalah dalam
53

mendapatkan kelulusan kertas kerja Program Pembentukan Jati Diri ini. Saya sedar bahawa
untuk mendapatkan kelulusan dari Pengarah, semua dokumen perlulah lengkap dalam kertas
kerja. Selain itu, sebelum kertas kerja di hantar ke meja Pengarah, kertas kerja tersebut harus
disemak oleh pensyarah pebimbing dan di tandatangani oleh tiga pihak iaitu Ketua Jabatan,
Ketua Jabatan HEP, dan Unit Kewangan. Saya telah mempelajari cara berkomunikasi yang
betul dan berkesan apabila berurusan dengan pihak atasan. Selain itu, saya sedar penggunaan
bahasa yang tepat , gaya percakapan,

penampilan diri dan juga adat amat memainkan

peranan dalam proses komunikasi ini. Ini telah merapatkan lagi silaturahim saya dengan pihak
atasan.
Semasa dalam Program Pembentukan Jati Diri ini, banyak perkara telah memberikan
pengajaran dan tunjuk ajar kepada saya. Anataranya aktiviti-aktivi yang dirancang telah
mengembangkan interaksi peserta program pembentukan jati diri ini. Selain itu, saya Berjaya
berkongsi fungsi kepimpinanya dengan rakan sekelas yang lain lebih sedia mengetepikan
perasaan mereka dan menggalakkan ahli-ahli menolong di antara satu dengan lain. Pensyarah
juga memberi dorongan kepada semua untuk mengambil bahagian dalam perbincanagan dan
ini membimna suasana kumpulan yang sihat serta mempercepatkan proses interaksi yang
positif. Sehubungan dengan itu, saya mendapat tahu bahawa kedudukan peserta seperti dalam
bulatan dan juga dalam kumpulan bukan seperti dalam bilik darjah dapat menggalakkan
komunikasi dengan semua orang. Penggunaan kemahiran kaunseling seperti nmenghubung
pandangan dan pendapat di antara ahli dapat menggalakkan komunikasi dengan semua orang.
Dalam mana-mana kumpulan kecil, proses yang berlaku tidak pernah selicin seperti yang
dihajatkan kerana tiap-tiap ahli dalam kumpulan adalah unik. Dalam proses mereka berinteraksi
dalam kinpulan perselisihan faham dan sengketa telah berlaku. Maka saya telah memastikan
bahawa sengketa yang berlaku diselesaikan dalam suasana yang tenteram dan tenanng
supaya penyelesaiana dapat dicapai dengan tujuan membina. Saya juga peka dalam
memerhatikan keadaan dan memberi bimbingan apabila rakan-rakan saya tersekat dalam
usaha mencari penyelesaian.
Aktiviti lapangan telah banyak memberikan kekuatan diri kepada saya. Kami diberikan
tugas dan dibawa ke dua tempat yang berbeza iaitu Terminal Bas Mersing dan juga Terminal
Feri Mersing. Di sana kami harus menjalankan sebuah temu bual dengan masyarakat disana
dan mencatat maklumatnya. Semasa aktiviti lapangan ini dijalankan saya dapat memahami
gaya hidup masyarakat di Mersing dan bagaimana gaya hidup mereka meninggalkan kesan
54

terhadap cara mereka berfungi sebagai seorang manusia. Saya juga dapat menganalisis dan
menilai seseorang dengan mengumpul maklumat dan menilai keadaan sedia ada. Selain itu
satu lagi cara untuk menilai seseorang ialag dengan menceritakan peristiwa yang paling
mereka ingati semasa kecil lagi. Ini kerana kita hanya mengingati peristiwa yang mempengaruhi
pandangan hidup kita. Saya juga menggunakan teknik prafrasa, konfrontasi,bertanya dan
membuat andaian semasa mengkaji dan menganalisis masalah seseorang.
Program Pembentukan Jati Diri ini secara tersuratnya telah menyedarkan saya kaedah
pengajaran mikro dan makro amat penting kepada seorang guru pelatih khasnya dalam bidang
bimbingan dan kaunseling. Ini kerana teknik ini membantu guru memahirkan diri dalam
beberapa kemahiran seperti latihan menyoal, membuat penilaian, kemahiran menerang,
kemahirang menggunakan sumber dan sebagainya. Selain itu sesi ini juga dapat
mempertingkatkan keyakinan guru-guru untuk mebimbing klien sebenarnya. Melalui rakaman
video dan juga juga gambar semasa program ini dijalankan , kami dapat menyaksikan kekuatan
dan kelemahan diri sendiri semasa semua aktiviti dijalankan seperti aktitviti lapangan dan juga
aktiviti Latihan Dalam Kumpulan.
Secara kesimpulannya sebagai seorang bakal pendidik dalam bidang bimbingan dan
kaunseling ini, saya harus menyediakan diri saya dari segi mental, emosi, koniktif dan lain-lain
lagi agar saya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada klien,masyarakat dan
Negara saya. Saya percaya pengalaman yang saya peroleh dalam program ini dapat dijadikan
sebagai sumber ilmu semasa saya ditugaskan nanti.

Disediakan oleh,

.
(Murugan A/L Ramalingan)

5.5

VALLIMALER A/P SIGARAN


55

Saya bersyukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah Saya
menyiapkan tugasan kerja kursus Pengenalan kepada bimbungan dan kaunseling yang
dipertanggungjawabkan ini dengan sebaik mungkin. Dalam kerja kursus ini kami dikehendaki
mengakses dan mengumpul maklumat berkait dengan personality seorang guru bimbingan dan
kaunseling yang kompeten,merancang kertas kerja program pembangunan diri di luar institute
serta membuat laporan aktiviti sebelum,semasa dan selepas program.
Pada mulanya,kami sukar untuk memahami tajuk ini.Pensyarah kami Pn.Rokiah telah
memberikan penjelasan yang mendalam.Penjelasan beliau banyak membantu kami untuk
memulakan kerja kami.
Matapelajaran ini banyak menyumbangkan input input yang penting dan berguna bagi
saya untuk dipraktikkan pada masa kelak. Saya telah memperolehi pelbagai ilmu dan
maklumat berkenaan skop kajian dan berdasarkan tajuk . Semasa membuat tugasan ini, saya
banyak telah mempelajari tentang teknik-teknik untuk prosedur penyediaan kertas kerja dan
juga laporan.Namun,saya menghadapi banyak kesukaran semasa membuat kerja kursus
ini.Pada mulanya saya memang kurang faham tentang tajuk kerja kursus ini.Selain itu saya
menghadapi kesukaran untuk mengumpul maklumat tentang personaliti seorang guru
bimbingan.Saya mendapat maklumat setelah melayari internet,dari buku dan juga dari
jurnal.Sepanjang masa menyiapkan tugasan ini saya juga menghadapi masalah kekurangan
masa.Ini kerana,terpaksa menyiapkan beberapa kerja kursus sekali.Namun,saya mampu
mengagihkan masa dengan cermat.
Program pembentukan jati diri banyak membantu saya dari pelbagai aspek.Yang
pertama saya sedar akan kepentingan kepimpinan.Kepimpinan yang bagus dan berkesan akan
memberi keputusan yang baik.Saya juga dapat mengenali rakan-rakan saya secara lebih
mendalam.Mereka banyak membantu semasa berada di Mersing.Program khidmat masyarakat
membantu saya mempelajari cara mendekati masyarakat setempat.Iamerupakan satu
pengalaman yang baru.Saya dapat jumpa pelbagai ragam masyarakat dan megetahui keperitan
hidup mereka.Sebelum ini saya hanya pernah mendengar mereka yang miskin.Tetapi melalui
program ini saya dapat mengenali mereka yang susah dengan lebih dekat.

Selain itu,saya juga mempelajari untuk membuat atau mengendalikan sesebuah


program. Saya mengetahui cara-cara atau prosedur yang perlu dilalui untuk sesebuah program.
56

Pertama kali saya belajar cara menyediakan kertas kerja . Program ini juga membantu saya
untuk mengatasi masalah. Saya mempelajari cara-cara untuk menyelesaikan masalah dengan
berbincang dalam kumpulan. Saya menyedari kepentingan bekerjasama. Kerja dalam
kumpulan dapat mengungkil bakat dalam diri individu. Kemahiran-kemahiran yang saya dapat
melalui program ini akan membantu saya semasa di sekolah nanti.
Selepas saya menyempurnakan tugasan yang diberi kepada saya, saya berasa
gembira.Saya mendapat banyak maklumat dan dapat belajar daripada kesilapan yang saya
buat. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana saya dapat
menyelesaikan tugasan yang diberikan pada saya dengan berjaya.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang tak
terhilang kepada Pensyarah-pensyarah kami. Mereka banyak memberikan tunjuk ajar dan
bimbingan kepada saya bukan sahaja untuk melaksanakan tugasan ini . Selain itu, rakan-rakan
juga turut memberi sokongan moral yang banyak membantu saya dalam mengikuti kajian
mengenai tugasan yang diberikan.

Sekian Terima Kasih.

________________
(VALLIMALER A/P SIGARAN)

6.0

RUMUSAN

57

Kesimpulannya,hasil daripada pemerhatian, menemubual dan pengalaman yang dilalui


sepanjang tempoh tiga hari dua malam ini, kita perlu mempunyai perancangan yang rapi
bermula dari peringkat penubuhan jawatankuasa sehinggalah kepada mesyuarat post-mortem
supaya program dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Selain itu, kita boleh jadikan
pengalaman orang lain dan pengalaman lampau sebagai panduan dalam membuat
pertimbangan bijak untuk menghadapi masalah yang mendatang.
Selain itu, seorang bakal guru perlu merasai pengalaman hidup bersama masyarakat
dan membiasakan aktiviti-aktiviti bersama masyarakat seperti gotong royong, program
masyarakat dan lain-lain kerana ia dapat membantu para guru bahkan seorang guru bimbingan
dan kaunseling apabila dihantar ke sekolah untuk mengajar kelak.Setiap latar belakang
komuniti dalam sesebuah masyarakat adalah berbeza dan guru harus tahu petua dan larangan
jika ke tempat orang. Jadi, melalui program seperti ini, guru pelatih dilatih untuk memerhati dan
cuba mengadaptasi dengan komuniti dengan menggunakan kemahiran-kemahiran sosial
seperti berkomunikasi.
Akhir sekali,untuk menjadi seorang guru bimbingan dan kaunseling yang berjaya
seseorang guru haruslah mampu melakukan interaksi sosial yang berguna dengan masyarakat
kerana guru berperanan sebagai agen sosial dalam masyarakat selain menjadi rujukan
disekolah. Tugas guru bimbingan pula ialah menggalakkan sosialisasi dalam masyarakat
melalui didikan kepada generasi baru yang penuh cabaran dan juga melalui integrasi merentasi
kurikulum, agama serta bangsa malah guru juga boleh menggantikan pemimpin kerana kualiti
kepimpinan dan sikap tanggungjawab yang terdapat pada seseorang guru.

BIBLIOGRAFI
58

BUKU
Choong Lean Keow,PHD.(2010). Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Ibrahim Ahmad. (2002). Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Muhd.Mansur Abdullah. (1986). Kaunseling,Teori,Proses dan Kaedah. Selangor: Fajar Bakti
Sdn.Bhd.
Othman Mohamed.(2005). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Sabariahsiron.(2003). Teori Kaunseling Dalam Perhubungan Menolong. Selangor: Pearson
Malaysia Sdn.Bhd.

LAMAN WEB

dspace.unimap.edu.my/.../10%20ciri%20pembimbing Diakses pada 21 Ogos 2013


eprints.utm.my/26364/1/JEPC-06-2012-006.pdf Diakses pada 23 Ogos 2013
ddms.usim.edu.my/.../Pengurusan%20Perkhidmatan%... Diakses pada 1 September 2013
www.sps.utm.my/.../Raudhah%20(1st%20Chapter).pd. Diakses pada 9 September 2013
www.sps.utm.my/.../Raudhah%20(1st%20Chapter).pd. Diakses pada 11 September 2013

59

You might also like