Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Pengenalan

Muzik adalah satu kesenian yang tertumpu kepada aspek pendengaran atau
aural. Muzik amat digemari secara semula jadi oleh kanak-kanak.
Umpamanya kanak-kanak yang berumur 2 tahun akan menggoyanggoyangkan badannya mengikut irama muzik yang di perdengarkan. Semua ini
adalah merupakan bukti bahawa muzik ini digemari secara semula jad.Kanakkanak juga akan mendapat banyak faedah apabila kaedah pengajaran muzik
ditumpukan kepada pengajaran konsep muzik. Antara faedahnya ialah kanakkanak akan memperolehi kemahiran mendengar yang kritikal apabila
menikmati bunyi muzik, di samping nenperoleh kemahiran muzik.
Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan
menggesa kaum guru membuat perubahan dimana salah satu elemen
penting dalam perubahan ialah kreativiti (Hj. Mohd Ali, 1994). Seorang guru
yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kepada kemahiran mengajarnya
semata-mata, tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam setiap sesi P&P
yang disampaikan.Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan
bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah dapat
membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata
pelajaran tersebut, selaras dengan kenyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu
Seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam
pembelajaran bagi para pelajar.
Jika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih bersifat formal, serius
serta bertumpu kepada penguasaan ilmu semata-mata, tetapi pada zaman
yang serba moden ini, perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem
pendidikan negara. Pendidikan sekarang lebih mementingkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna yang menurut guru untuk
menjadi seorang individu yang kreatif dan inovatif. Noor Azmi (1998)
menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang bermaksud aktiviti-aktiviti
yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi
pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain daripada
penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas. Selaras dengan itu, pengkaji
1

terpanggil untuk menghasilkan satu kreativiti dalam pengajaran dan


pembelajaran dengan menyelitkan unsur muzik iaitu nyanyian. Selain dapat
meningkatkan minat murid untuk belajar, nyanyian juga dapat menguatkan
ingatan murid terhadap apa yang dipelajari.
Menurut Noraini (2003), iringan irama lagu dengan rentak tertentu
menguatkan lagi daya ingatan kerana disamping mengurangkan kebosanan,
ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini
selari dengan kenyataan Hj. Ab. Fatah (2000) yang menyatakan bahawa,
pada biasanya maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan
menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak
menyeronokkan.Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu,
semakin mudah maklumat itu diingatkan.Semakin mudah maklumat itu
diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan
jangka panjang.
Penyelidik mengambil inisiatif untuk menggunakan kaedah nyanyian di
dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran dalam usaha menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh murid-murid prasekolah ini.Banyak hasil kajian
lalu (Colwell, 1994 dan Stanley & Hughes, 1997) telah menunjukkan bahawa
nyanyian dapat meningkatkan kemahiran membaca dan mengingat. Menurut
Drosher

(2006)

pula,

pendedahan

terhadap

teknik

nyanyian

dapat

meningkatkan IQ dan perkembangan mental. Manakala bagi pandangan


Butzlaff (2002) dan Lamb & Gregory (1993) kaedah nyanyian dapat
mewujudkan

hubungan

antara

pencapaian

membaca

dengan

teknik

nyanyian.
Maka dengan itu, pengkaji berasakan bahawa penggunaan unsur
muzik melalui kaedah nyanyian adalah amat bertepatan untuk membantu
murid meningkatkan daya ingatan mereka terhadap pelajaran. Menurut Eisner
(2003), muzik penting dalam pendidikan kerana sumbangannya kepada
kognitif membolehkan seseorang pelajar melahirkan perasaanya. Ini turut
dijelaskan oleh Hermann (1991), yang menyatakan bahawa integrasi muzik

dengan mata pelajaran lain akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan
otak kanan.
Selain itu, kenyataan Routier (2003) berkenaan dengan kesan muzik
Mozartterhadap

kanak-kanak

pula

menyatakan

bahawa

terdapatnya

hubungan di antara muzik dengan membaca, menulis, kebolehan menghafal


dan kemahiran matematik.Apa yang menarik dalam dapatan tersebut kepada
para pendidik ialah penggunaan muzik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mampu meningkatkan kualiti pembelajaran. Routier (2003) turut
berkongsi pendapat dengan Prescott (2005) yang menyifatkan integrasi muzik
dengan mata pelajaran akademik yang lain dapat menyuburkan seluruh
kurikulum.
Bahkan Brown (1980) dalam Saayah Abu (2008), menyatakan kanakkanak lahir di dunia ini ibarat sehelai kain putih tanpa ada apa-apa calitan.
Persekitarannya yang akan membentuknya secara perlahan-lahan bagi
membuat pengukuhan pada tingkah lakunya. Pengetahuan dan ketrampilan
bahasanya akan diperoleh melalui pengalaman dan proses pembelajaran.
Dengan demikian,bahasa yang didengari akan dipindahkan melalui pewarisan
kebudayaan, sama seperti orang yang belajar memandu kenderaan.
Kajian Kaedah Nyanyian
Kajian Dalam Negara
Beberapa kajian lepas telah dijalankan dengan menggunakan kaedah
nyanyian dalam pengajaran telah berjaya meningkatkan penguasaan murid
dan murid dapat mengingat dan mengecam serta mengenal dengan cepat
huruf tersebut.
Antara kajian yang telah dijalankan ialah mengecam abjad dalam
kalangan kanak-kanak prasekolah menggunakan kaedah nyanyian. Kajian ini
telah dijalankan oleh Puan Norma bt Ahmad (2014). Menurut beliau,
pencapaian dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran mengecam dengan
menggunakan kaedah nyanyian dapat meningkatkan kemahiran mengecam
3

dan mengenal huruf. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak secara fitrahnya
lebih gemar akan hiburan khususnya muzik. Ini membantu kanak-kanak di
kelas prasekolah ini mengingat dan seterusnya mengecam abjad yang
diperkenalkan dan diajar oleh guru. Secara tidak langsung ia dapat
membantu kanak-kanak di prasekolah ini menguasai kemahiran membaca.
Berdasarkan kajian Puan Norma bt Ahmad (2014), didapati ada
keberkesanan dan peningkatan dalam mengecam dan mengenal huruf.
Perbandingan daripada keputusan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan
amat memberangsangkan. Bilangan murid yang telah menguasai bacaan
hasil daripada proses mengecam dan mengenal abjad telah meningkat
kepada

belum

mengecam

dan

mengenal

huruf

kepada

menguasai

sepenuhnya abjad dari a hingga z. Tiada murid yang mendapat Gred C.


Justeru, tindakan yang diambil oleh beliau dalam kajian ini amat baik dan
berkesan.
Norlida Ahmad (2005), murid akan didorong untuk belajar dengan lebih
berkesan dan bermanfaat melalui lagu. Hal ini jelas menunjukkan
penggunaan muzik dan kaedah nyanyian mampu merangsang minat murid
dan sekaligus meningkatkan daya ingatan mereka sekiranya murid mula
memberi tindak balas yang positif dan penumpuan penuh semasa proses
pengajaran dijalankan di dalam kelas.
Sufian & Osman (2008), juga pernah menjalankan kajian yang bertajuk
Penggunaan Muzik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah.
Hasil kajian mereka mendapati penggunaan muzik dalam proses P&P dapat
menimbulkan

rasa

mengembangkan

seronok
kemahiran

belajar
berfikir

di

kalangan

murid.

murid

Dapatan

serta

dapat

mereka

juga

menunjukkan penggunaan muzik berkesan sebagai alat pengurusan bilik


darjah

di

samping

sebagai

saluran

murid

untuk

melahirkan

perasaan.Hakikatnya, penggunaan muzik dalam mata pelajaran merupakan


salah satu strategi bagi memastikan P&P di bilik darjah menjadi satu
pengalaman yang sukar dilupakan dan secara tidak langsung juga dapat
meningkatkan kualiti pengajaran guru.
4

Kajian terhadap penggunaan muzik (nyanyian) dalam P&P juga telah


banyak dijalankan oleh para penyelidik. Antaranya ialah kajian Edith &
Kamariati (2005) tentang Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran yang dijalankan di Sekolah Tanjung Batu, Tawau, Sabah. Hasil
kajian ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, kumpulan sasaran
menunjukkan reaksi positif . Murid mempamerkan rasa seronok untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan elemen
muzik dan nyanyian yang disampaikan oleh guru.
Ternyata pelbagai kajian mengenai penggunaan muzik (nyanyian)
dalam proses P&P telah dijalankan selama ini dan telah menunjukkan tindak
balas yang positif. Walaupun banyak kajian telah membuktikan muzik dapat
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah,
namun ianya tetap dipandang sepi oleh guru-guru sekolah. Justeru, pengkaji
akan mengambil inisiatif untuk melaksanakan kajian mengenai keberkesanan
kaedah nyanyian dalam meningkatkan ingatan murid, sejajar dengan usaha
untuk menjadi seorang guru yang kreatif. Bagi murid-murid yang lemah,
kaedah menghafal fakta dengan cara nyanyian didapati amat berkesan.
Aktiviti ini bukan sahaja dapat membantu murid menghafal fakta, malah dapat
menimbulkan

suasana

pembelajaran

yang

menghiburkan

dan

menyeronokkan.
Kajian Luar Negara
Kajian luar negara berkisar penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P
juga ada dijalankan. Campbell (1990) dalam kajiannya bertajuk Multiple
Intelligences In The Classroom membuktikan bahawa kaedah muzik dan
nyanyian yang digunakan dalam proses P&P mampu meningkatkan
pencapaian akademik murid. Dalam kajian ini, Bruce Campbell menggunakan
muzik bagi membantu respondennya mengingat fakta.Hasilnya, keputusan
ujian menunjukkan murid yang pada sebelumnya merupakan murid yang
kurang berjaya di sekolah telah menjadi seorang yang berjaya dalam
5

pelajarannya.Maklum balas positif juga diterima daripada responden dimana


mereka menyatakan bahawa mereka merasa terhibur belajar dengan kaedah
ini.Keyakinan serta motivasi diri murid juga meningkat secara tidak langsung.
Berdasarkan kajian-kajian tersebut dapat dirumuskan bahawa kaedah
nyanyian ini berjaya dalam menghasilkan murid-murid menguasai kemahiran
membaca kelak.

You might also like