Beza Mudharabah Dan Musyarakah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERBEZAAN DIANTARA MUDHARABAH DAN MUSYARAKAH

MUDHARABAH
Pembiayaan mudharabah adalah kerjasama antara satu pihak yang memberi
modal kepada pihak yang lain untuk digunakan dalam perniagaan. Pihak bank (sahibul
maal) berkewajipan memberikan 100% dana kepada nasabah (mudharib) dan mudharib
hanya melakukan projek atau aktiviti perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak bank.
Pembahagian keuntungan akan dibahagikan berdasarkan persetujuan diawal kontrak.
Sebarang kerugian yang berlaku akan ditanggung pemberi modal (shahibul maal)
sepenuhnya. Namun begitu, pemegang amanah juga bertaggungjawab jika kerugian
tersebut berlaku disebabkan oleh pemegang amanah.
Teknik pembiayaan mudharabah dalam sistem perbankan Malaysia dan
Indonesia merupakan pembiayaan perlaburan, modal kerja dan penyediaan fasiliti.
Pengiraan bagi hasil atau keuntungan mengikut kaedah revenue sharing (perkongsian
hasil) kerana risiko kerugian lebih kecil. Pendapatan pemilik modal bergantung kepada
usaha dan pembiayaan yang dilakukan dalam aktiviti perniagaan tersebut.

MUSYARAKAH
Pembiayaan musyarakah adalah kerjasama antara dua atau lebih mudharib
sebagai rakan kongsi perniagaan. Masing-masing menyalurkan modal dan
bekerjasama melakukan perniagaan tersebut. Keuntungan dan kerugian dibahagi
mengikut peratusan jumlah modal yang disalurkan.
Teknik perbankan yang diterapkan kepada pembiayaan ini adalah sama seperti
konsep pembiayaan mudharabah, iaitu, mengunakan kaedah revenue sharing
(perkongsian hasil) kerana risiko kerugian yang ditanggung adalah kecil. Melalui
kaedah ini pemilik dana tidak akan rugi atau hasil pendapatan adalah sifar (0).

MUDHARABAH
Modal dibiayai oleh satu pihak, iaitu,
pemberi modal atau pemilik perniagaan
Modal mestilah dalam duit tunai

Pemegang amanah (mudharib)


merupakan satu-satunya yang akan
menjalankan aktiviti perniagaan. Pemberi
modal tidak dibenarkan bersama bekerja
dengan usahawan.
Kerugian kewangan akan ditanggung
sepenuhnya oleh pemberi modal
manakala usahawan hanya akan
mengalami kerja yang sia-sia tanpa perlu
menanggung semua kerugian modal.

MUSYARAKAH
Modal dibiayai oleh semua pemegang
saham mengikut kadar yang dipersetujui
oleh semua pihak
Semua jenis harta yang boleh dinilai dan
mempunyai nilai komersial tertentu boleh
diterima sebagai modal
Semua pemegang saham mempunyai
hak untuk bekerja dan menyumbangkan
kemahiran, pengetahuan, pengalaman
dan dan kepakaran didalam perniagaan
Kerugian kewangan akan ditanggung
oleh semua pemegang saham
berdasarkan nisbah dan kadar saham
masing-masing dalam perkongsian
tersebut.

You might also like