Kompetensi HBML 4403

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 19

FAKULTI : PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER

: SEPTEMBER 2014 (SMP )

KOD KURSUS : HBML4403


TAJUK KURSUS : KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU

NAMA

MOGANA A/P MARIAPPAN

NO. MATRIKULASI

810928025630001

NO. KAD PENGNEALAN

810928-02-5630

NO. TELEFON

010-2030284

E-MEL

d.mogana@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

: SHAH ALAM

ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
- Definisi/konsep akhbar atau majalah
2.0 Kelebihan penggunaan akhbar dan majalah
2.1 murah dan mudah dihasilkan
2.2 bersesuaian dengan tajuk/sukatan
2.3 Penggunaan bahasa yang sesuai
2.4 berita atau maklumat yang berilustari dan menarik
2.5 berpusatkan murid
2.6 tingkatkan pedagogi
.
3.0 Kelemahan
3.1 Kesesuaian
3.2 kredibiliti dan kemas kini
3.3 Aspek teknikal
3.4 Mudah rosak
4.0. Cadangan Penggunaan Akhbar Dan Majalah Di Dalam Bilik Darjah.
4.1. Pemilihan Akhbar Dan Majalah Dalam Pengajaran
5.0 Kesimpulan
Rujukan

Sekalung Penghargaan

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana denga limpah kurnia-Nya akhirnya, saya berjaya
menyiapkan tugasan Kompetensi dalam Bahasa Melayu pada masa yang telah
ditetapkan.
Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada dan Tutor saya kerana
telah memberi panduan dan penerangan yang berguna kepada saya. Saya berasa begitu
bertuah dapat menimba ilmu bersama tuan. Sepanjang belajar dengan saya begitu
gembira dengan kaedah pengajaran tuan. Sudah pasti sayaingin mengikut jejak langkah
puan. Lantaran itu, saya ingin memohon agar tuan menghalalkan semua ilmu yang telah
diberikan kepada saya. Doa saya agar tuan dikurniakan umur yang panjang, diselubungi
kebahagiaan, diselimuti kesihatan dan dikurniakan keberkatan hidup hingga ke akhir
hayat.
Selain daripada itu, saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada ahli
keluarga saya, rakan-rakan sekursus saya atas dorongan serta sokongan moral selama ini
dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
kerja kursus ini
Pada kesempatan ini juga saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan
maaf seandainya ada kata-kata, peri laku serta gurauan kami yang telah membuatkan hati
tuan tersentuh. Maafkanlah saya

1.0 Pengenalan
Definisi akhbar
Akhbar ataupun lebih dikenali sebagai surat khabar berperanan penting dalam
kehidupan masyarakat hari ini. Ia bertindak sebagai media komunikasi massa yang
menyalurkan pelbagai maklumat yang boleh mempengaruhi masyarakat pembaca. Lebihlebih lagi, akhbar merupakan wadah yang paling cepat untuk menyampaikan maklumat
terkini kepada orang ramai.
Menurut Kamaruddin Hussin (1988:1) dalam konteks pengajaran bahasa melayu,
bahan ialah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan proses pengajaran dan
pembelajaran, yang menimbilkan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan
untuk menjadikan pembelajaran menarik.
Mengenai definisi akhbar, Mohd.Taib Osman(1964) menganggap sesebuah bahan itu,
sebagai akhbar sekiranya bahan itu memuatkan berita-berita terakhir, di dalamnya
diberikan kepentingan terhadap berita bukannya rencana dan anggapan penerbit itu
sendiri sama ada bahan penerbitannya sebagai surat khabar ataupun majalah.
Bagi Kleinfield(1979:50) pula akhbar ialah bahan yang isi kandungannya terdiri
daripada gabungan iklan, laporan mengenai hiburan, sukan, pendapat, data dan jadual
(rancangan televisyen, harga pasaran sahan dan lain-lain), berita-berita luar negeri dan
isu-isu yang hangat dalam negeri.
Dalam hai ini, kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran
dan pembelajaran (P & P) akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk
melahirkan pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi
keperluan negara pada masa hadapan. Kaedah pengajaran hari ini tidak lagi dibelenggu
oleh buku teks yang berpusat kepada guru semata-mata. Sebaliknya pengajaran perlu
berpusat kepada pelajar melalui pelbagai aktiviti pembelajaran. Mengamalkan prinsip
kepelbagaian dalam pengajaran sebagai rempah hidup di bilik darjah akan dapat
mewujudkan

keseronokan

dalam

pembelajaran

dan

seterusnya

keberkesanan

pembelajaran kepada pelajar itu sendiri .


Pemikiran kreatif adalah kebolehan mengambil kira maklumat tanpa mengasingkan
ke dalam kotak-kotak tertentu. Satu kaedah berfikir yang memaksa kita mengenal pasti

kaitan-kaitan baru antara fakta-fakta yang dilihat yang dapat menerbitkan idea yang
menyimpang jauh daripada idea sedia ada (Pellegrino dan Politis, 1999). Manakala
pemikiran inovatif pula adalah kebolehan mengubah suai kepada benda yang sedia ada
untuk menjadi lebih baik dan berguna iaitu, sesuatu yang baru diperkenalkan seperti
kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru (Kamus Dewan, Edisi Ketiga, 1994).
Guru berperanan menyampaikan pengajaran kepada muridnya. Sejauh mana
tercapainya objektif ini adalah bergantung kepada kaedah atau cara penyampaian guru itu
sendiri. Guru yang berjaya ialah guru yang bukan sahaja luas dalam ilmu
pengetahuannya, tetapi juga bijak menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang
berkesan .Antara kaedah dan teknik pengajaran yang dikenal pasti sesuai untuk menarik
minat pelajar ialah penggunaan keratan akhbar dalam pengajaran.

2.0 Kelebihan penggunaan akhbar dan majalah


2.1 murah dan mudah dihasilkan
Akhbar dan majalah ialah BBM yang murah dan mudah dihasilkan. Akhbar
merupakan sesuatu bahan yang boleh dimiliki oleh semua golongan masyarkat bagi
tujuan mendapatkan maklumat tepat dan benar. Akhbar merupakan wadah penyebaran
yang berkesan walaupun pada masa ini kita sudah mengalami perubahan zaman yang
menggunakan teknologi yang serba canggih. Akhbar yang bermutu haruslah dihasilkan
untuk melahirkan insan yang berpengatahuan luas yang sesuai digunakan oleh para
pelajar dalam proses pembelajaran.

2.2 bersesuaian dengan tajuk/sukatan


Di samping itu akhbar merupakan sesuatu sumber dan saluran pelbagai maklumat
kepada masyarakat. Hal ini kerana, akhbar memaparkan berbagai-bagai maklumat di
dalam atau di luar negara. Ia meliputi pelbagai bidang seperti kesusteraan, pendidikan,
dan ekonomi. Dengan adanya maklumat-maklumat ini, para pelajar dapat meluaskan
pengetahuan mereka dan tidaklah menjadi katak di bawah tempurung. Melalui akhbar
juga, proses untuk mendapat maklumat menjadi mudah kerana akhbar mudah untuk
diperolehi di mana-mana sahaja oleh para pelajar. Dalam pada itu, rencana atau
maklumat yang dikeluarkan dalam akbar atau majalah seseuai dengan tajuk atau sukatan
pelajaran para pelajar pada hari tersebut. Justeru, jelaslah bahawa akhbar berperanan
untuk menyampaikan maklumat dan sumber kepada para pelajar dalam proses
pembejaran mereka dengan berkesan.

2.3 Penggunaan bahasa yang sesuai


Selain itu, pengggunaan bahasa yang digunakan di akhbar merupakan ia sesuai
dengan

semua

jenis

umur

masyarakat

terutamnaya

golongan

pelajar

yang

menggunakannya unruk proses pembelajaran. Akhbar juga dapat meningkatkan dan


memartabatkan bahasa. Hal ini kerana, kebanyakkan akhbar di negara kita menggunakan

bahasa ibunda iaitu bahasa melayu baku yang mudah untuk difahami oleh semua rakyat
terutamanya oleh para pelajar sewakru menggunakannya untuk tujuan pembelajaran.
Dalam akhbar penggunaaan laras bahsa yang sesuai seperti ayat yang pendek
memudahkan serta sesuai untuk semua tahap umur pelajar. Melalui pembacaan akhbar,
kualiti bahasa para pelajar akan dapat dipertingkatkan dengan mudah. Contohnya, akhbar
seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia. Dengan ini, tatabahasa dan kosa kata para
pelajar dapat ditingkatkan secara tidak langsung. Para pelajar juga dapat menambahkan
perbendaharaan kata melalui penggunaan serta pembacaan akhbar untuk tujuan
pembelajaran di kelas mahupun di rumah. Selain itu, akhbar juga dapat mendorong para
pelajar menulis ayat yang gramatis dalam penulisan dengan adanya perbendaharan kata
yang baharu. Akhbar juga dapat menolong pelajar dalam kefahaman dan oleh itu
mempercepat perkembangan perbendaharaan kata. Dalam pada itu akhbar juga dapat
meningkatkan penguasaan ejaan yang betul dan baku untuk proses pembelajaran.
Justeru akhbar juga dapat memartabatkan bahasa ibunda sendiri.
.
2.4 berita atau maklumat yang berilustari dan menarik
Terdapat pelbagai sudut atau bahagian berita atau maklumat yang berilustari dan
menarik dalam akhbar yang menimbulkan minat para pelajar untuk membacanya.
Gambar-gambar yang terdapat dalam akhbar boleh digunakan untuk mengajar bahasa dan
secara tidak langsung mendorong dan menimbukan minat murid tersebut sesuatu
pelajaran. Idea dan pendapat distrukturkan dalam akhbar secara bersepadu serta matang
daripada penjanaan bacaan dengan akhbar. Maklumat yang berilustari dan menarik yang
terdapat dalam akhbar dapat mempengaruhi fikiran par pelajar dan juga dapat berfikiran
rasional dengan mudah. elaslah di sini bahawa, akhbar dapat merangsang pemikiran baru
para pelajar sama ada dari segi positif mahupun negatif.

2.5 berpusatkan murid


Jika dilihat dari segi interaksi pula, penggunaan akhbar yang berpusatkan murid ini
akan menggalakan interaksi yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Murid tidak akan berasa takut dan malu dengan murid sebaliknya mencuba
segala aktiviti yang diadakan berdasarkan kepada panduan yang telah diberikan oleh
guru. Murid akan bertanya kepada guru sekiranya mereka kurang jelas tentang isi
pelajaran yang diajar. Di samping itu, melalui aktiviti penggunaan akhbar ini juga akan
memupuk semangat kerjasama di kalangan para pelajar. Belajar secara berkumpulan
dalam bilik darjah memerlukan kerjasama yang tinggi di kalangan ahli kerana ianya akan
memberikan impak yang besar terhadap suasana pembelajaran. Semua pelajar
memainkan peranan penting dalam menjaga disiplin diri dan perlu peka terhadap
pengajaran yang diajar oleh guru di semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya semasa belajar suku kata ini murid yang sudah fasih membaca boleh
membantu rakan yang masih lemah penguasaan membaca mereka mengeja perkataan
yang diberikan dalam kad suku kata pada keratan akhbar yang telah disediakan oleh guru.
2.6 tingkatkan pedagogi
Penggunaan akhbar yang berkesan juga akan menggalakkan guru untuk
meningkatkan kadar penggunaan kemahiran pedagogi mereka di dalam bilik darjah. Bagi
menghasilkan perlaksaaan aktiviti yang berkesan, guru akan mengambil kira latar
belakang dan kebolehan para pelajar di dalam kelasnya. Secara tidak langsung ini akan
menjadikan mereka lebih professional dalam mengaplikasikan pelbagai kaedah dalam
usaha untuk mencapai objektif pembelajaran di dalam bilik darjah dengan menggunakan
akhbar sebagai bahan tambahan unruk proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam erti
kata lain dengan adanya integrasi pendekatan yang digunakan akan dapat menghasilkan
suasana pembelajaran yang kondusif kepada semua pelajar kerana mereka tidak terikat
dengan teknik pengajaran tradisional yang agak membosankan dimana ianya lebih
berpusatkan guru sahaja. Aplikasi penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar ini
akan lebih berkesan kerana ianya tidak hanya terikat kepada kaedah talk and chalk.

3.0 Kelemahan
Seperti kita ketahui, akhbar dan majalah adalah suatu alat yang menghubungkan kita
dengan dunia luar. Tanpa media, kita akan sulit mengetahui apa yang terjadi di sekeliling
kita. Oleh kerana itu dapat dikatakan bahwa media adalah sumber informasi utama bagi
semua orang di dunia. Namun terdapat beberapa kelemahan dalam penggunaan akhbar di
bilik darjah bagi tujuan pengajaran.

3.1 Kesesuaian
Tajuk yang disiarkan dalam akhbar tidak menepati kandungan berita yang ditulis. Ini
akan mengelirukan para pembaca yang menbaca berita atau laporan yang dikeluarkan.
Selain itu, bahasa dan kosa kata yang mengelirukan dan terdapat sesetengah berita tidak
sesuai digunakan dalam bilik darjah bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan
tersebut tidak dapat digunakan untuk proses pembelajaran kerana ia tidak sesuai dengan
tahap dan penggunasaan murid yang berada dalam sesuatu kelas.alam sesetengah akhbar
atau majalah berita atau isi kandungannya lebih kepada berita sensasi dan ini tidak sesuai
dijadikan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keratan akhbar
yang digunakan bagi pembelajaran tidak selaras atau sukar dijalin dengan mata pelajaran
yang hendak diajar. Selain itu, sesuatu konsep yang dikeluarkan melalui akhbar kurang
jelas dan sukar difahami oleh pembaca.
3.2 kredibiliti dan kemas kini
Selain itu, fakta-fakta yang dikemukakan adalah daripada sumber-sumber yang
kurang tepat . Ini akan menjurus kepada tanggapan yang salah oleh murid terhadap
sesuatu berita atau artikel yang didapati daripada sesuatu sumber. Murid-murid juga tidak
dapat mengetahui maklumat yang betul mengenai berita atau laporan tersebut. Selain itu,
segelintir fakta-fakta yang berat sebelah dikeluarkan di akhbar tidak esuai untuk
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid harus didedahkan
maklumat yang tepat dan relevan agar ia ddapat membantu mereka untuk berfikir dengan
bernas bagi mendapatkan idea. Isi kandungan laporan atau rencana yang dikeluarkan

tidak logik dan mengelirukan para pembaca yang membaca akhbar terutamanya para
murid.
3.3 Aspek teknikal
Visual yang terdapat dalam akhbar kurang jelas dan tiadak dapat dilihat oleh para
pelajar yang melihatnya ketika menggunakan sewaktu proses pembelajaran di dalam
kelas. Para pelajar tidak dapat lihat gambaran yang sepatutnya kerana para pelajar gemar
visual ketika memepelajari sesuatu.dalam akhbar saiz penglihatan tidak mengikut
formula baris dan saiz visual yang terlal kecil meyukarkan para pelajar untuk membaca
bagi mendapatkan maklumat dengan tepat. Selain itu, akhbar dan majalah hanya
mengendalikan tulisan yang tentu saja tidak dapat didengar oleh komunikasi. Ketiga,
visual yang terbatas. Akhbar dan majalah hanya memberikan visual gambar mati atau
foto yang mewakili atau menguatkan isi berita.

3.4 Mudah rosak


Keempat , pelajar dan guru memerlukan ruang untuk menyimpan akhbar dan
majalah.. Keadaan ini melibatkan kos penyimpanan dan penjagaan bilik. Tambahan pula
akhbar ini mudah koyak, basah dan dalam tempoh yang lama penyimpanannya
mengakibatkan kemerosotan kualiti bahan tersebut, seperti koyak dan bertukar warna
kekuningan.

4.0. Cadangan Penggunaan Akhbar Dan Majalah Di Dalam Bilik Darjah.

Kewujudan pelbagai sumber ilmu terkini, termasuk internet tidak menjejaskan


populariti akhbar sebagai bahan bantu mengajar gurudi bilik darjah.Malah, penggunaan
pelbagai bahan siaran akhbar antaranya berita, rencana, gambar dan ilustrasi mampu
meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran, selain mewujudkan suasana pembelajaran
aktif menyeronokkan. Dengan memanipulasikan bahan berkenaan sebagai bahan
bantu mengajar juga memudahkan tugasan guru kerana tidak perlumengambil masa atau
bersusah payah menyediakannya dalam bentuk bercetak dan lebih menarik.
Masalah pelajar yang kurang membaca juga boleh dkaitkan dengan amalan
pengajaran guru yang kurang memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahan-bahan
bacaan yang sesuai khususnya akhbar (Lim Duan Lib, 1997). Keadaan menjadi lebih
buruk lagi apabila banyak guru yang tidak gemar membaca. Kajian yang dibuat oleh
Mahzan (2004) mendapati bahawa ramai pendidik di negara ini tidak menunjukkan minat
yang tinggi dalam kegiatan membaca. Menurut Mahzan (2004), jumlah pendidik yang
membaca kurang daripada sepuluh jam seminggu adalah hampir 50 peratus daripada
jumlah pendidik dalam kajian beliau. Dengan perkataan lain, mereka hanya membaca
lebih sedikit daripada satu jam sehari. Dengan bacaan yang terbatas, guru tidak dapat
menyampaikan

isi

kandungan

tentang

penulisan

karangan

yang

bernas

dan

meluas.Memandangkan pembelajaran bahasa Melayu di memerlukan pembacaan yang


luas dalam kalangan pelajar-pelajar sedangkan buku teks tidak disediakan dan buku-buku
rujukan juga tidak ditentukan, jadi amat wajar sekali jika guru-guru bahasa Melayu yang
mengajar menitik beratkan pembacaan akhbar dan majalah untuk menjana idea dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Kesan menggunakan akhbar dan majalah yang terdiri daripada pelbagai jenis itu
didapati berbeza antara satu dengan yang lain. Ada yang sesuai pada perkara yang
mempunyai unsur abstrak ikonik dan enaktif. Media terdiri daripada pelbagai jenis boleh
dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah:

a) Media menjadi sumber yang dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran berikut:Memainkan peranan sebagai papan hitam.Menjadi alat yang boleh
mengawal disiplin murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan .Boleh
mengurangkan kebosanan murid di mana menggunakan pelbagai multimedia dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
b)

Media dapat membantu guru menyakinkan diri dan mengurangkan darah gemuruh

(podium fright) semasa penyampaian pengajaran.


c)

Media dapat membantu guru menyampaikan mesej dalam pengajaran, memberi

maklumat yang tepat dan jelas, motivasi murid dalam pembelajaran dan memberi
hiburan (entertainment).
d)

Melalui media keterangan seribu perkataan dapat diperjelaskan dengan sekeping

gambar. Di samping itu juga akhbar dan majalah dapat:


i)

mengurangkan masa penerangan.

ii)

murid dapat belajar lebih.

iii)

murid dapat mengekakalkan kefahaman.

iv)

murid dapat meyakinkan kemahiran dan prestasinya pada subjek yang


dipelajarinya.

e) Penggunaan alat bantu memudahkan kita mewujudkan pengalaman konkrit.


Menurut kajian, kadar ingatan murid berbeza-beza jika mereka membuat kerja
seperti berikut: Jika,
i ) membaca mereka memperolehi 10% dari apa yang dibacanya.
ii) mendengar mereka memperolehi 20% dari apa yang didengar.
iii) mendengar dan melihat mereka memperolehi 30% dari apa yang didengar dan dilihat
iv) memyebut mereka memperolehi 70% dari apa yang didengar, dilihat dn disebut

v)membuat, menyebut mereka memperolehi 90% dari apa yang didengar, dilihat dan
disebut.
Rasional peggunaan keratan surat khabar sebagai alat bantu mengajar(ABM), yang
menggariskan tujuh kepentingan penggunaan ABM:
i.

Meningkatkan minat yang tinggi di kalangan pelajar,

ii.

Memperkembangan kefahaman serta corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan


pelbagai gerak lisan daripada pelajar,

iii. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajar dan oleh itu
menjadikan pelajaran mereka lebih kekal
iv.

Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperoleh dengan mudahnya melalui


cara- cara lain,

v.

Menolong pelajar dalam kefahaman dan mempercepatkan perkembangan dalam


membaca,

vi. Memperkembangkan kegiatan pelajar,


vii. Mendorong pelajar untuk mencari
viii. Menarik perhatian pelajar supaya meminati pelajaran yang diajarkan..

4.1. Pemilihan Akhbar Dan Majalah Dalam Pengajaran


Media boleh digunakan dalam pelbagai cara dan bentuk dengan tujuan untuk
membantu seseorang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pengalaman
yang lepas penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan
dengan berhemah untuk pemilihan kesesuaian media dengan pengajaran.
Terdapat enam panduan yang boleh dilakukan untuk kita membuat pilihan media untuk
kegunaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

i ) Sebelum membuat pemilihan media, pastikan perkara berikut sudah diketahui,


a. Ciri murid yang akan menggunakan media dan kaedah pembelajaran yang telah
dialaminya.
b. Bilangan murid dan tempat atau suasana yang kita akan gunakan media tersebut.
c. Matlamat dan objektif pengajaran tersebut.
d. Tajuk dan kandungan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
e. Pastikan bentuk aktiviti yang akan dilaksanakan nanti.
f. Alat kawalan media yang akan digunakan.
g. Strategi penyampaian guru (cara, mana satu yang akan didahulukan).

ii. Tentukan jenis media seperti bahan-bahan cetak, slaid, OHP, pita video, pita audio,
mikrokomputer dan kemudahan virtual yang hendak digunakan itu ada dan boleh
digunakan.
iii. Tentukan sumber sokongan yang boleh digunakan, terutamanya kakitangan
sokongan, kemudahan yang berkaitan dengan media, masa persiapan juga kemahiran

teknikal tentang penggunaan media pengajaran tersebut semasa pengajaran.


iv. Kenal pasti media dan kelengkapan yang murid boleh gunakan. Hal ini perlu
diketahui kerana sebahagian murid kita sudah melihat, mengalami dan menggunakan
beberapa alat di rumah dan di persekitaran hidup kita. Dari kemahiran yang murid miliki
ini, guru boleh bekerjasama dan melibatkan murid yang mahir dalam pengajarannya.
v. Tentukan cara penyampaian yang hendah digunakan, sama ada komunikasi sehala
atau dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu nanti.
vi. Pastikan tempat dan suasana fizikal yang guru hendak gunakan media itu sesuai
dan boleh memberi kesan yang baik dan objektifnya tercapai.

KESIMPULAN
Umumnya, teknik pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahan surat
khabar dan majalah adalah boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar(ABM) yang
dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan
berkesan, menarik perhatian pengajaran dan pembelajaran bagi membantu pelajar untuk
berfikir dalam hal yang mencabar, mempelbagaikan aktiviti selain menggunakan latihan
dalam buku teks, mengembangkan kreativiti pelajar dan memupuk minat pelajar. Keratan
surat khabar juga melatih pelajar menggalakkan budaya membaca dikalangan mereka.
Selain itu, dapat memotivasikan diri dalam pelbagai aspek dan menerapkan nilai-nilai
akhlak yang baik.

RUJUKAN
Abdul Rashid Jamain. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa
Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
1(1): 1-12.
Ambigapathy Pandian. (1997). Reading in Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Chew Fong Peng. (2011).Tanggapan guru terhadap buku teks dalam pengajaran Bahasa
Melayu di sekolah menengah kebangsaan Malaysia. Kertas kerja di bentangkan di
International Conference of Future Education in Global Challenges pada 19 Mei,. Anjuran
ISSN: 2180-4842. JPBM, Vol. 3, Bil. 2 (Nov. 2013): 18-30 | 30
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Universitas PGRI Adi Buana, Surabaya.
Cheyney, A.B. (1998). Teaching reading skills through the newspaper. 3rd
Dahlia Janan. (2007). Merekayasa amalan pemilihan bahan bacaan Bahasa Melayu,
Diges Pendidik, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.
Ed. Newark: International Reading Association. Fazidah Ahmad. (1994). Penggunaan
akhbar
sebagai bahan pengajaran Bahasa Malaysia (lisan) di peringkat sekolah menengah.
Penulisan Akademik. Universiti Pertanian Malaysia, Serdang.
Gwee Hui Hiong.(1993). Penggunaan akhbar dalam pengajaran kemahiran menulis
karangan. Penulisan Akademik. Universiti Pertanian Malaysia, Serdang.
Izani Daud. (2010). Belajar bahasa dengan keratan akhbar. Pelita Bahasa, Mei, 24-25.
Juriah Long. (2010). Senario dan cabaran pengajaran, pembelajaran Bahasa Melayu
masa kini.

Juriah Long (Pnyt.). Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, 17-32.Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Koh Boh Boon. (1996). Dapatan dan implikasi
kajian tentang kebolehan pelajar tingkatan enam rendah dalam penulisan karangan.Jurnal
Dewan Bahasa, 40(4): 33-37.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003a). Sukatan pelajaran Bahasa Melayu KBSM.
Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.Kementerian Pelajaran Malaysia.
(2003b).
Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Lim Duan Lib. (1997). Penggunaan akhbar dan majalah sebagai alat bantu dalam
pengajaran
Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.Dissertation (M.A), Jabatan Pengajian Media,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Mahzan Arshad. (2004). Kajian terhadap minat membaca dalam kalangan pendidik. Jurnal
Pendidikan, 24: 34-37.
Mahzan Arshad. (2005). Pendidikan teknologi dalam pendidikan literasi Bahasa Melayu.
Masalah Pendidikan, 28: 269-278.
Mohd Jizat Abdol, Abdul Razak Idris & Jessnor Elmy (2006). Teknologi pengajaran dan
pembelajaran. UTM.
Ngui Kuan Sang.(1989).Teknologi pendidikan: penggunaannya dalam pengajaran
Geografi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain.(2009).
Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia.

Noriati A.Rashid, et. al. (2009).Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah
Alam: Oxford Fajar.
Prcival, H.T., Ellington, H.I. dan Race,P., (1993). Handbook of Educational Technology.

You might also like