Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Persamaan dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta

Pendidikan 1996
Pengenalan:
Akta Pendidikan Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta
Pelajaran 1961. Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem
pendidikan kebangasaan untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita
negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu
tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang
baru, ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia
berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar
pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang
masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan undang-undang ini (Akta
Pendidikan 1996) ialah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan
mengenai pendidikan.
Sambil mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat majmuk di Malaysia, Akta
Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan perundagan (Legislative provision)
baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak
atau hasrat Wawasan 2020. Dalam pada itu juga, beberapa peruntukan Akta Pelajaran 1961
yang tidak relevan telah digugurkan.
Telah dikatakan bahawa Laporan Razak boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan
sistem pendidikan kebangsaan yang telah digunakan. Ciri-ciri penting dalam pendidikan
kebangsaan itu ialah:
1.
Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum.
2.
Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama .
3.
Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air dengan
mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya.
4.
Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua pelajar di negara
ini.
Laporan Razak
Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat
akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara yang
diperkatakan ialah:
1.

Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama


3.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama
4.
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan
menengah
5.
Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa
pengantar.
6.
Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama.
7.
Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
8.
Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
9.
Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR),
Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
10.
Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir
Persekutuan ditubuhkan.
2.

Selepas daripada Penyata Razak ini maka telah disesuaikan lagi sistem pendidikan kita ini
oleh Abdul Rahman Talib yang dikenali sebagai Laporan Talib (1960) yang seterusnya
menjadi Akta Pelajaran 1961.
Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961
Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali
dengan Laporan Rahman Talib ialah:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma


Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.
Murid naik darjah secara otomatik
Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.
Pendidikan akhlak dititikberatkan.
Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah
Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka
jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga,
Sains Pertanian dan Perdagangan.
Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di
Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan
pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung
dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan
ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.
Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan
Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk
mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan
Laporan Rahman Talib.
Laporan Hussein Onn (1971)
Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Hussein Onn yang menjadi Mentei Pelajaran ketika
itu.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara
ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam
lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu,
Inggeris, Cina dan Tamil.
Ketika itu, di sekolah-sekola kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan dalam dua
bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Menurut laporan ini:

"Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan negara dan


mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968
bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat
sebagai baasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.
(Laporan Hussein Onn, 1971)
Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan
negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Ini di atas
rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting dan
penguasaan bahasa itu boleh mempetingkatkan pembangunan negara.

Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana kepentingannya dalam


pendidikan tinggi ddan perdagangan dan juga hal- ehwal antarabangsa. Peringkat
penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar

bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa
Inggeris terus menjadi bahasa kedua.
(Laporan Hussein Onn, 1971)
Laporan Mahathir (1985)
Pada bulan september 1974, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet yang
dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri, Dr, Mahathir
Mohamad. Laporan ini bertujuan:
Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang
diamalkan sekarang, dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi
dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan
ini memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan
terlatih.(Laporan Mahathir, 1976)
Tujuan laporan ini adalah sama dengan apa yang didapati dalam laporan Husein Onn.
Matlamat utama tidak lain dan tidak bukan untuk menyatupadukan rakyat seperti yang
terdapat dalam Akta Pendidikan 1961. Sebagai langkah utama alat perpaduan ialah
pendidikan. Input penting dalam pendidikan ini ialah bahasa. Oleh itu aspek bahasa telah
menjadi penekanan. Dalam Laporan ini matlamat pendidikan bahasa Malaysia (Bahasa
Melayu) sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat
haruslah lengkap dan jelas supaya guru-guru mendapat gambaran yang sebenar sebagai
panduan pengajaran harian mereka.
Dalam laporan ini kursus bahasa Malaysia dalam perkhidmatan kepada guru-guru harus
dikaji semula dan penilaian terhadap keupayaan mereka yang telah mengikuti kursus tersebut
harus dijalankan secepat mungkin. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetap
dijamin. Ada dua tujuan bahasa Inggeris diajar diinstitusi pendidikan pada waktu itu:
a.
b. Untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa tersebut dalam kerja dan aktivitinya.
c. Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk digunakan bagi tujuan
pendidikan tinggi.
Akta Pendidikan 1996
Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal
setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak.
Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi
semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan
tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan
dan sekolah swasta.
Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa
pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan
menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan
institusi pendidikan.
Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila
Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna
oleh semua pihak.
Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil
peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan
penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah
di negara kita.
Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori
sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut
sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah.

Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan


menyenggara tadika, maka dari keluarga yang kurang berada di bandar-bandar, akan
berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan
pendidikan rendah.
Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadikatadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.
Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi,
pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta
Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik,
manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi,
perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional
atau program latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan
program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi
pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri.
Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan
Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat
sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar.
Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan
yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut.
Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan pengajaran
Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk
semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.
Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi
pendidikan tersebut.
Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan berdasarkan
pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta
Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara
mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina
swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta
lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.
Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara
ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas-kelas agama seperti bible
classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996.
Perbezaan Dan Persamaan Antara Akta Pendidikan 1996 Dengan Akta
Pelajaran 1961
1.
1.Landasan dan wawasan
Di dalam Akta Pendidikan 1996 dengan jelas memberitahu kepada kita bahawa dasar
pendidikan adalah berlandaskan kepada hasrat wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan
Negara. Ini dijelaskan seperti berikut:
DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia
menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya
saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan
maklumat.
DAN BAHAWASANYA pendidikan mempuunyai peranan penting dalam menjayakan
wawasan negara demi utnuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan
ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu
masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.
.

DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut:
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah untuk menzahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berkhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." (Akta Pendidikan 1996)
Di dalam Akta Pelajaran 1961 kita dapati falsafahnya yang tidak tertulis dan tidak jelas. Yang
kita dapati hanyalah untuk menyatukan kaum di Malaysia selari dengan masyarkat yang
berbilang kaum. Ini dapat dilihat dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan mengikut Laporan
Razak yang menjadi asas kepada Akta Pelajaran 1961:
"Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialahh bermaksud hendak menyatuukan budakbudak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar yang besar, walapun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan
serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur."
(Penyata Razak, Perenggan 12)
2.
Sistem Pendidikan Kebangsaan di semua peringkat
Seksyen 15 dan 16 dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperjelaskan tentang Sistem
Pendidikan Kebangsaan. yang meliputi semua peringkat dan jenis sekolah atau institusi
pendidikan kecuali sekolah ekspatriat.
"The National Education System shall comprise
pre-School education;
primary education;
secondary education;
post-secondary education; and
higher education,
but shall not include education in expatriate schools.
( Education Act 1996, sec.15)
"There shall be three categories of educational institutions in the National Education
System , namely
government educational institutions;
government-aided educational isntitutions; and
private educational institutions.
(Educational Act 1996, sec. 16)
Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 menyebut bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan
hanyalah meliputi sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan sahaja.
"For the purpose of this act, the stages of statutory education system shall be as follws:
primary education;
lower secondary education;upper secondary education;
education in the educational institutions referred to in paragraph (a) to (d) o f section 25.
(Education Act 1961, Sec.19)
3.
Kedudukan Bahasa Kebangsaan
Dalam hal ini kedua-dua akta telah dinyatakan. Dalam Akta Pandidikan 1996 dijelaskan
dalam seksyen 17 tentang kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di
semua sekolah atau institusi kecuali di Sekolah Jenis Kebangsaan atau lain-lain sekolah yang
diberi pengecualian. Di sini soal bahasa telah diperkukuhkan.

" (1) The National language shall be the main medium of instruction in all educational
institutions in the National Education System except an national-type school established
under section 28 or any other educational intitution exempted by Minister from this section.
(Education Act 1996, Sec. 17)
Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 Bahasa Kebangsaan adalah bahasa pengantar sekolah
kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan sahaja.
4.
Kurikulum kebangsaan
Dalam Akta Pendidikan 1996, seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut
kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan. Sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961,
tiada langsung peruntukan.
" (1) The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the National Curriculum
which, subject to subsection (3), shall be used by all schools in the National Education
System."
(Education Ac 1996, Sec.18)
5.
Peperiksaan Awam
Dalam seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan semua sekolah menyediakan
murid untuk peperiksaan awam, melainkan yang dikecualikan. Manakala dalam Akta
Pelajaran 1961 pula tiada peruntukan diberi.
"Every School shall prepare its pupils for examinations prescribed by or unfer this Act or any
regulations made under this Act unless otherwise exempted by or under this Act.
(Education Act 1996, Sec.19)
6.
Bahasa Kebangsaan Sebagai Mata Pelajaran Wajib
7.
Seksyen 17(2), Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai
mata pelajaran wajib di semua sekolah.
(2) Where the main medium of instruction in an educational institution is other than the
national language , the national language shall be taught as a compulsory subject in the
educational institution.
(Education Act 1996, Sec.17)
Manakala dalam Akta Pelajaran 1961, Bahasa kebangsaan adalah wajib bagi sekolah-sekolah
yang dibiayai oleh kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.
8.
Pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
Dalam seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran bahasa Cina
dan Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan boleh
diadakan dengam satu syarat : jika ada permintaan 15 orang ibu bapa atau lebih. Dengan ini
lebih mudah mengadakan kemudahan bagi pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Manakala Dalam Akta Pendidikan 1961, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil boleh diajar dengan
dua syarat:
a.
b. ada permintaan dari 15 orang ibu bapa
c. jika didapati munasabah dan praktik.
Di sini menampakkan kepada kita bahawa Akta Pendidikan 1996 lebih mudah mengadakan
kemudahan bagi pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
1.

Bahasa Kaum Asli


Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran bahasa kaum asli dengan dua
syarat:
2.

a.
b. jika ada permintaan dari 15 ibu bapa

c.

jika didapati munasabah dan praktik


Melalui peruntukan ini , telah memberi pengiktirafan kepada bahasa kaum Bumiputera untuk
diperkembangakan.
Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 tiada diperuntukkan.
(ii) the indigenous languages shall be made avaiable if it reasonale and practicable so to
do and if the parents of at least fifteen pupils in the school so request;
(Education Act 1996, Sec.2)
1.
Kategori Sekolah
Seksyen 16 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan sekolah atau institusi pendidikan
dibahagi kepada tiga kategori : kerajaan, Bantuan kerajaan dan swasta. Manakala dalam Akta
Pelajaran 1961 institusi pendidikan atau sekolah dibahagikan secara tidak langsung kepada
dua kategori iaitu bantuan penuh (termasuk kerajaan dan bukan milik kerajaan) dan swasta.
Klasifikasi institusi pendidikan di bawah Akta Pendidikan 1996 lebih memudahkan
pentadbiran khususnya berkaitan dengan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
2.
Menubuh dan meyenggara tadika
Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996, memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh
dan menyenggara tadika, sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961 perkara ini tidak begitu jelas.
Seksyen ini perlu untuk membolehkan kementerian mengadakan kemudahan prasekolah
kepada kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah.
"The Minister may subject to the provisions of this Act establish and maintain kindergartens"
(Education Act 1996, Sec. 21)
3.
Kurikulum untuk Tadika
Dalam seksyen 22 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan garis panduan kurikulum untuk
tadika bagi menyelaraskan pendidikan di peringkat tersebut dan wajib digunakan oleh
semuua tadika. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961, garis panduan ini tidak wajib
digunakan bagi semua tadika
4.
Tempoh Pendidikan Rendah
Akta Pendidikan 1996 menyebut dengan jelas bahawa pendidikan rendah adalah antara 5
hingga 7 tahun (lihat Seksyen 29). Dengan adanya peruntukan ini, dapat menampung
keperluan murid cerdas, sederhana dan lembab.
Dalam Akta Pelajaran 1961 tempoh pendidikan rendah adalah 6 tahun. Dalam akta ini
tempohnya agak ketat.
"A national or national-type school established under this Act shall provide a course of
primary education designed for duration of six years but which may be completed within to
seven years"
(Education Act 1996, Sec.29)
"national primary school", or Sekolah kebangsaan, means a fully-assited primary school
providing a six-year course of primary edducation appropriate for children between the ages
of six and eleven years;"
(Education Act 1961, Sec.2)
5.
Pendidikan Lepas Menengah
Seksyen 33, Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan pendidikan lepas menengah di Sekolah
Menengah Kebangsaan , kolej atau mana-mana institusi pendidikan lain. Melalui Seksyen ini
boleh manampung dengan jelas kelas tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya. Dalam
Akta Pelajaran 1961, tiada peruntukan yang jelas tentang pendidikan lepas menengah.
6.
Politeknik Boleh Mengadakan Kerjasama
Akta Pendidikan 1996 seksyen 37, membolehkan politeknik mengadakan program kerjasama
dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian.Manakala seksyen 38
membolehkan politeknik mengadakan kursus pengajian atau program latihan bersama

peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan
lain.
Seksyen 37 dan 38 ini amat diperlukan untuk memenuhi keperluan pembangunan tenaga
manusia, berteraskan matematik, sains dan teknologi serta informasi. Dengan ini wawasan
2020 akan menjadi kenyataan dan selaras denga itu juga akan lahirnya sebagai sebuah negara
maju setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Tiada Peruntukan berkenaan dengan perkara ini dalam Akta Pelajaran 1961.
7.
Pendidikan Khas
Selaras dengan sebuah negara yang mahu mewujudkan masyarakat penyayang, maka dalam
Akta Pendidikan 1996 telah diperuntukkan dalam seksyen 40, yang membolehkan Menteri
mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau
menengah. Sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961, perkara ini tidak jelas.
Maktab Perguruan
Melalui seksyen 47 (1) , membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan) mengadakan
kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan program kerjasama dengan
universiti atau institusi pendidikan tinggi lain. Melalui seksyen ini, selaras dengan hasrat
untuk mempertingkatkan kualiti tenaga pengajar, di sekolah-sekolah. Khususnya hendak
memupuk kepada pengeluaran guru-guru sains, matematik dan IT yang lebihh banyak selaras
dengan kehendak dan perkembangan negara dengan menubuhkan sekolah bestari dan
perkembangan teknologi maklumat yang menjadi sebahagian dari unsur kemajuan dan
ketamadunan sesebuah negara khususnya Malaysia.
Dalam Akta Pelajaran 1961, peruntukan mengenai pendidikan guru adalah terlalu umum.
9.
Pengajaran Agama Islam
Dalam Seksyen 50, Akta Pendidikan 1996 , memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib
diajar di semua sekolah termasuk sekolah swasta bila terdapat 5 atau lebih murid Islam. Ini
amat penting untuk syiar dan nilai-nilai murni yang sejagat.
Dalam Akta Pelajaran pula menyebut bahawa Pendidikan Islam diwajibkan apabila terdapat
15 orang atau lebih murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.
10.
Larangan tentang Pengendalian Peperiksaan
Seksyen 69, Akta Pendidikan 1996 mengkehendaki semua pihak yang menganjurkan
peperiksaan awam mendapatkan kebenaran dari Pengarah Peperiksaa. Tujuan seksyen ini
ialah untuk mengesan peperiksaan yang dijalankan oleh pihak luar dan melindungi caloncalon dari tertipu dan mendapat sijil-sijil atau apa-apa anugerah yang tidak diiktiraf oleh
kerajaan.
Perkara yang berkaitan dengan sekyen ini tiada diperuntukkan dalam Akta Pelajaran 1961.
11.
Lembaga Pengelola
Peruntukan dalam seksyen 62, Akta Pendidikan 1996 , membolehkan Lembaga pengelola
sekolah kerajaan yang tidak berfungsi lagi dimansuhkan kecuali bagi sekolah Jenis
Kebangsaan dan sekolah-sekolah tertentu. Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina Kerajaan dikekalkan atas permintaan mereka . Lembaga Pengelola Sekolah Bantuan
Kerajaan dan Sekolah Swasta memang dikekalkan kerana masih diperlukan.
Dalam Akta Pelajaran 1961, semua kategori sekolah termasuk sekolah kerajaan perlu
menubuhkan lembaga pengelola.
8.

Program "Twinning" dan "Lingkage"


Dalam seksyen 77 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan bahawa isntitusi pendidikan
swasta yang menjalankan program "twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat kebenaran
bertulis dari Menteri terlebih dahulu. Tujuan seklsyen ini ialah untuk mengawal institusi12.

institusi pendidikan tinggi swasta yang sedang pesat menjalankan program "twinning" dan
lingkage", selain dari pada memudahkan ke arah Malaysia sebagai "Centre of Education
Excellence".
Dalam Akta Pelajaran 1961, tiada peruntukan tentang perkara ini.
13.
Kuasa Untuk menyiasat
Seksyen 136 Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada Pendaftar untuk menyiasat,
seksyen 137 kuasa untuk masuk tanpa waran, seksyen 138 memulakan dan mejalankan
pendakwaan serta kuasa untuk mengkompaun kesalahan. Dalam ketiga-tiga seksyen ini,
Ketua Pendaftar atau seorang pegawai awam yang diberikuasa bagi maksud itu secara
bertulis oleh Ketua Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari
Inspektor mempunyai kuasa dalam ketiga-tiga perkara dalam ketiga-tiga sekyen tadi.
Seksyen-syeksen ini akan membolehkan Pendaftar Besar bertindak dengan lebih cepat dan
berkesan terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan bagi mengawal kepentingan
masyarakat pengguna.
Dalam Akta Pelajaran 1996, tiada peruntukan-peruntukan seperti ini. Ini adalah merupakan
satu pembaharuan untuk memudahkan penyiasatan dan tindakan diambil kepada mereka yang
melanggari akta ini
Hubungan Akta Pendidikan 1996 Dengan Pekembangan Sejarah Negara
Akta pendidikan 1996 merupakan satu kesinambungan dengan Akta Pendidikan 1961,
sebagai sebuah Akta untuk melihatkan negara yang memunyai masyarakat majmuk hidup
bersatu padu di bawah satu bumbung demokrasi melalui perlembagaan yang telah dibuat
sebegitu rupa. Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai"ethno-centristic" yang
masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman "Cultural
pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil
perhatian dari semasa ke semasa. Unutk mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan
adalah merupakan satu kaedah terpenting. Mendaulatkan satu bahasa sebagai bahasa
kebangsaan untuk semua kaum adalah termasuk dalam ciri ini
Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar
bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara.
Dalam soal ini sepanjang tempoh negara kita merdeka sampai ke hari perkara ini amat
diambil perhatian. Melalui Akta Pendidikan 1996 dengan jelas telah menyentuh tentang
perkara ini.
Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu merupakan amat payah untuk kita selesaikan,
kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk
kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu, menyebabkan
pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk
mencapai perpaduan. Dalam aspek ini, adalah diharapkan semoga melalui Akta Pendidikan
1996 dapat membaiki dan memantapkan perpaduan semua kaum di negara kita.
Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata Razak
dan Rahman Talib dulu telah menampakkan kejayaan . Walaupun tidak sepenuhnya. Dengan
cara menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dengan jelas
kepada kita hasrat kerajaan untuk menyetukan kaum dengan menggunakan bahasa Melayu
dan satu bentuk kurikulum yang sama.
Ekoran dari Akta Pendidikan 1961 telah lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia(1971)
yang menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Hal ini telah menampakkan bahasa
Melayu bukan sahaja untuk dijadikan bahasa untuk pembinaan pemuafakatan tetapi juga
sebagai bahasa ilmu. Menjelang tahun 1983, semua kursus di institusi pengajian tinggi
(sastera, Sains, Kejuruteraan, Perubatan , Undang-undang dan sebagainya) dikehendaki diajar
dalam bahasa Melayu kecuali beberapa kursus yang dilonggarkan penggunaan bahasa

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

pengantar itu. Hal ini kerana semua pelajar yang memasuki universiti-universiti selepas itu
adalah daripada aliran Melayu. Ini semua adalah wujud hasil dari kesinambungan dari Akta
Pendidikan 1961 dan berdasarkan Laporan Tun Hussein Onn (1971) .
Berikut adalah kronologi kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa di sekolah-sekolah:
Merupakan mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan menengah.bahasa pengantar darjah
Satu
Semua sekolah Inggeris ditukar menjadi sekolah Rendah Kebangsaan
Bahasa pengantar tingkat 1
Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sastera
Bahasa pengantar jurusan sastera tahun satu di universiti
Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains
Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan
Bahasa pengantar semua kursus di universiti
Perkembangan pendidikan hendaklah sejajar dengan perkembangan negara. Lantaran itu
masyarakat kian maju sesuai dengan penggunaan sains dan teknologi. Malaysia sebagai
sebuah negara baru tidak kecuali untuk merebut peluang dan berjalan seiring dengan negaranegara lain. Maka satu pendekatan dalam pendidikan harus diambil, dikaji dan dibina semula.
Sejaran negara telah berkembang ke era Sains dan tekonolgi. Oleh itu pelajaran dan
kurikulum pendidikan haruslah berkembang selari untuk memenuhi guna tenaga dan dan
melahirkan masyarakt yang berilmu pengatahuan. Beberapa buah sekolah yang bercorak
teknik dan vokasional telah ditubuhkan.
Kini negara telah mula melangkah ke tahap yang ketiga, dari dunia pertanian, dunia
teknologi, kini zaman dunia teknologi maklumat ( zaman global) yang memerlu kepakaran
dan kecanggihan yang tersendiri. Oleh itu amat sesuai dengan adanya peruntukan-peruntukan
tertentu yang menyentuh berkenaan dengan insititusi yang berbentuk teknik dan vokasional,
kedudukan maktab perguruan, universiti dan sebagainya. Kesemuanya di berikan peranan dan
kuasa-kuasa tertentu untuk meningkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan hasrat dan
falasafah pendidikan negara kita.
Kini, Melalui Akta Pendidikan 1996, bukan lagi hanya mahu melihat dalam aspek perpaduan
semata-mata tetapi merupakan satu akta yang berupa agenda negara yang perlu ditunaikan
kerana bukan sahaja ke arah memupuk masyarakat bersatu padu, tetapi turut menjadikan
masyarakat Malaysia sebagai masyarakat penyayang dan berkahlak mulia. Lantaran itu
wjudnya sekolah-sekolah khas seperti yang telah dinyatakan dalam akta tersebut. Dengan
memberi peruntukan-peruntukan tertentu terhadap institusi pendidikan kita, maka akan
lahirlah masyarkat yang serba maju dan serba boleh . Untuk pengisian agenda negara
bukanlah mudah seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan ini tetapi memerlukajian dari
semasa ke semasa agar ia tetapi sesuai dan mana-mana yang tidak sesuai dalam akta ini perlu
diperbetulkan mengikut kesesuaian.
Komen Terhadap Akta Pendidikan 1996
Akta Pendidikan 1996 telah menampakkan secara jelas, hala tuju dan wawasan pendidikan
kita , tidak seperti Akta pelajaran 1961 yang jelas hanyalah untuk menyatupadukan kaum di
Malaysia. Hal ini penting pada waktu itu sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan tugas
utama untuk menjaga perpaduan kaum. Akta Pelajaran 1961 adalah sesuai pada waktu itu dan
ia perlu diolah semula mengikut kehendak dan aspirasi pendidikan masa kini. Lantaran itulah
lahirnya Akta Pendidikan 1996 yang lebih canggih dan dapat mencapai cita-cita negara
sekarang, yang mahu menjadikan pendidikan sebagai asas pembangunan negara yang dilihat
bukan sahaja pembangunan dari segi material tetapi juga emosi dan jasmani serta
intelektualisme individu.
Dengan adanya akta baru ini, maka hasrat dan cita cita negara untuk menjadi sebuah negara
maju dan berwawasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, dapat melahirkan tenaga

kerja dan rakyat yang mempunyai daya inovatif dan kreatif , turut menyumbang fikiran dan
tenaga dalam mencapai aspirasi negara seperti mana yang termaktub dalam Wawasan 2020.
Walaupun Akta Pendidikan 1996 ini merupakan satu akta yang dapat kita katakan boleh
memenuhi cita rasa dan aspirasi negara tetapi dalam beberapa aspek dan sudut tertentu ia
boleh diperbaiki lagi.
Dalam seksyen 136, 137 dan 138 yang memberi kuasa begitu besar dan longgar kepada
Ketua Pendaftar dan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor untuk
menyiasat, memasuki premis dan membuat dakwaan walaupun tanpa waran dari mahkamah
merupakan satu perkara yang boleh ddikaji semula kerana seolah-olah autoriti dan kuasa
yang ada atau diberikan kepada pengetua atau tuan punya premis tercabar dan boleh
menjejaskan reputasi pendidikan negara. Waupun ini adalah bertujuan untuk menjaga
kebajikan dan kepentingan pelajar dan mutu pendidikan tetapi kekerasan untuk memasuki
premis pendidikan oleh pihak berkuasa itu hendaklah dikaji semula. Kehadiran dan
penggelidahannya di premis pendidikan itu tanpa waran dapat dianggap sebagai satu bentuk
kekasaran.
Dalam soal bahasa bukan bahasa ibunda teutama sekali bahasa Arab (sebagai bahasa AlQuran) tidak disentuh dengan jelas dalam akta ini, tidak seperti bahasa-bahasa lain yang
merupakan bahasa ibunda kaum di Malaysia. Hanya tercatat dalam seksyen 2 , perkara (iii),
Akta Pendidikan 1996 yang berbunyi:
Arabic, Japanese, German or French or any other foreign language may be made
available if it reasonable and practicable so to do;
Bahasa Arab sebagai bahasa untuk memperkembangkan agama Islam sepatutnya diberi
penekanan selaras dengan Islam sebagai agama rasmi negara. Malah bahasa Arab juga adalah
merupakan satu bahasa ilmu yang kita tidak boleh anggap ringan. Sejarah perkembangan dan
ketamadunan khususnya tamadun Islam amat perlu kepada bahasa tersebut supaya ilmu yang
dimilik terutama oleh orang-orang Islam bukan hanya perlu merujuk kepada golongan
orientalis. Rujukan-rujukan agama Islam adalah tidak lepas dan tidak sudah tanpa
menggunkan bahasa Arab.
Peruntukan-peruntukan yang membenarkan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di institusi
pendidikan melalui akta ini sepatutnya disemak semula. Misalnya kedudukan sekolahsekolah ekspatriat begitu bebas, tidak terikat dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan, seperti
yang terdapat dalam Seksyen 15.
Begitu juga dalam seksyen 23, yang membicarakan tentang kedudukan bahasa pengantar di
sekolah tadika. Manakala dalam seksyen 17 perkara 1 , Bahasa Kebangsaan hendaklah
menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan
kebangsaan, tetapi ada juga kekecualian yang diberi iaitu sekolah kebangsaan yang
ditubuhkan dibawah seksyen 28 atau mana-mana pendidikan lain yang dikecuali oleh
Menteri. Di sini menampakkan kepada kita kedudukan bahasa kebangsaan masih lagi belum
mantap sepenuhnya dalam Akta ini.
Kesan daripada membenarkan bahasa-bahasa lain menjadi bahasa pengantar, maka kita dapati
1,290 buah sekolah Kebangsaan Cina dengan 580,000 murid dan 550 buah Sekolah
Kebangsaan Tamil dengan 96,000 pelajar terus menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Manakala 250 buah institusi pendidikan tinggi swasta terus menggunakan Bahasa Inggeris.
(Datuk Zainal Abidin A. Wahid, 1999).
Menurut Datuk Zainal Abidin bin A. Wahid lagi, Pada tahun 1997, iaitu terdapat 84,000
pelajar di Institu Pendidikan Tinggi Swasta. Dari jumlah tersebut cuma 5 peratus sahaja
pelajar Melayu dan di IPTA jumlah pelajar bumiputera adalah 55 peratus dan bukan
bumiputera 45 peratus.
Isu bahasa mempunyai perkaitan yang rapat dengan perpaduan. Perpaduan yang wujud
sekarang memang telah jauh berubah, namun usaha-usaha memupuk dan meningkatkan

perpaduan merupakan agenda penting. Jika pengabaian isu bahasa boleh menjejaskan
perpaduan kerana keadaan ini boleh merosotkan nilai ekonomi bahasa Melayu, boleh
menjejaskan tata bahasa rasmi dan bahasa perpaduan, memburukkan lagi ketidakseimbangan
dari segi penyediaan tenaga iktisas di kalangan bumiputera. Pengabaian bahasa juga boleh
menjejaskan perpaduan negara kerana akan memperluaskan lagi jurang ketidakseimbangan
ekonomi antara kaum, juga mengakibatkan muculnya dua atau tida kumpulan pelajar ; aliran
kebangsaan, aliran Inggeris dan aliran Cina.
Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah telah membahaskan Rang Undang-undang
Pendidikan 1995 di dewan Rakyat, pada 18 Disember 1995 (yang menjadi Akta Pendidikan
sekarang). Di antara kata-kata beliau ialah:

"..Inilah yang tersurat di dalam seksyen 17 (1) rang undang-undang ini. Seksyen ini
menyatakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, tetapi
seksyen ini juga turut memberi kuasa kepada menteri untuk mengecualikan penggunaanya
oleh mana-mana institusi pengajian kita.
Apakah makna kata-kata ini? Apakah ia melambangkan kesungguhan untuk mendaulatkan
Bahasa Kebangsaan atau ia permulaan sikap tolak ansur kita dan seterusnya mebenarkan
kedudukan Bahasa Kebangsaan kita musnah? Atauu ia permulaan kepada usaha untuk
melenyapkan cita-cita Allahyarham Tun Razak untuk menjadikan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa pengantar di semua peringkat?
Bahasa kebangsaan yang bererti bahasa Melayu seperti mana yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan , perkara 152 hendaklah menjadi teras dan asas dalam
memantapkan perpaduan dan pendidikan negara. Oleh itu perkara yang longgar berkenaan
dengan isu ini hendaklah perlu dikaji semula.
Dalam Akta Pendidikan 1996, apa yang nampak kura selesa ialah dari segi kuasa yang
diberikan kepada Menteri. Begitu banyak kuasa yang diberikan. Sehingga menampakkan
bahawa kuasanya bboleh menghapuskan kemurniaan Akta Pendidikan itu. Kuasa Menteri
seperti mana dalam seksyen 143 dalam akta ini adalah dikira begitu besar:

Menteri boleh, jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan sesuatu institusi pendidikan
atau demi kepentingan murid atau awam, melalui perintah yang disiarkan dalam warta,
mengucualikan institusi pendidikan atau mana-mana golongan atau golongan-golongan
institusi pendidikan daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini kecuali
peruntukan pendaftaran, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang
difikirkan patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya
membatalkan pengecualian itu atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.
Walaupun ada beberapa perkara yang bolehh diperbincangkan lagi terhadap beberapa keratan
atau seksyen, tetapi ternyata ia adalah merupakan satu perundangan yang dapat
menggambarkan hasrat negara.Dengan harapan melalui akta ini akan dapat melahirkan satuu
corak pendidikan yang unggul dan menjadi kebanggaan bukan sahaja di negara kita bahkan
di seluruh dunia. Sesungguhnya ciri-ciri lama untuk menyatupadukan kaum masih
terkandung dalam Akta baru ini dan gabungjalin di antara hasrat Akta Pelajaran 1961 dengan
hasrat yang dibincangkan itulah maka lahirnya satu bentuk kurikulum pendidikan yang
canggih dan telah mulai dirasai oleh rakyat kini. Namun usaha-usaha penyemakan terhadap
kedudukan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan di institusi pendidikan, kedudukan institusi
pendidikan dan kuasa-kuasa menteri dan kuasa penyiasat yang tidak memerlukan waran
untuk memasuki premis dan kuasa penggeledahan adalah difikirkan patut disemak semula.
Ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menjaga kemurnia Akta Pendidikan itu sendiri
dan mancapai matlamat pendidikan negara dan Wawasan 2020.

You might also like