Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 35

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

TUGASAN
Jan 2015 SEMESTER

KOD KURSUS

MPU 3123

NAMA KURSUS

TAMADUAN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN


(PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

NAMA PELAJAR

FADZILAH BINTI MOHD YUNUS

NO. MATRIK

E 30209130649

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

CIK SU AZIZAH BINTI HAMDAN

PUSAT PEMBELAJARAN

KOLEJ MCS BANTING

ISI KANDUNGAN
1

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

BIL

KANDUNGAN

MUKA SURAT

SEKAPUR SIRIH

BAHAGIAN A :

Kecemerlangan Tamadun Asia Seringkali Ditenggelami oleh


Kejayaan Tamadun Barat.
Bincangkan pernyataan di atas dengan merujuk kepada artikel bertajuk
Sains dan Teknologi Asia : Hadiah Asia Kepada Dunia oleh Mohd
Koharuddin bin Mohd Balwi.
3

5.

BAHAGIAN B:
Apakah dapat dipelajari daripada tamadun-tamadun purba Mesir,
Mesopotamia, Lembah Indus dan Lembah Hwang He?
a) Tamadun Mesir
b) Tamadun Mesopotamia
c) Tamadun Lembah Indus
d) Tamadun Hwang He

13
19
22
25

BAHAGIAN C :

29

Budaya Ilmu Merupakan Pengaruh Terbesar Dalam Perkembangan


Sesuatu Tamadun.
Bincangkan pernyataan di atas dengan merujuk kepada dua tamadun
berikut.
Tamadun Islam dan Tamadun Cina.
6

RUJUKAN

SEKAPUR SIRIH
2

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan pujipujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, serta selawat dan salam ke atas junjungan nabi
Muhammad SAW, saya mulakan bicara dalam ruangan ini, iaitu Kerja Kursus MPU
3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Sebagai seorang guru, pengisian ilmu perlulah diperbaharui seiring dengan
perkembangan pendidikan masa kini. Biar pun telah bergelar seorang guru, namun
saya merasakan penambahan dan pemantapan ilmu yang telah diperolehi sebelum ini
sangatlah penting demi meningktakan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Saya mendapat banyak faedah daripada tugasan ini kerana saya mendapat
lebih pengetahuan tentang tamadun terutamanya Tamadun Islam dan Tamadun Asia
serta sumbangannya terhadap manusia pada masa kini. Melaui kursus ini kami dapat
menjelaskan konsep dan ciri-ciri sesuatu tamadun, ciri-ciri dan sumbangan tamadun
Islam, tamadun Melayu, tamadun Cina, tamadun India dan tamadun Jepun, serta
menyenarikan nilai-nilai yang dapat dipelajari daripada tamadun-tamadun ini dalam
mempengaruhi masa depan dunia Asia.
Pada kesempatan ini, ingin saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Cik
Su Azizah binti Hamdan, Akademik Fasilitator yang bertanggungjawab membimbing
kami bagi penghasilan kerja kursus ini. Beliau telah memberi garis panduan yang
tepat dengan memberi penerangan dan penyampaian ilmu yang bernas bagi
memudahkan saya dan rakan-rakan pelajar yang lain memahami objektif kursus ini.
Walaupun menghadapi kekangan masa dan komitmen tugas sebagai guru, saya
telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan ini mengikut tarikh
yang ditetapkan.

Segala rintangan dan cabaran yang saya lalui semasa saya

menghasilkan tugasan ini, akan saya jadikan sebagai dorongan untuk saya terus maju
kehadapan. Untuk itu juga saya ingin mengucapkan penghargaan kepada rakan-rakan
sekelas dan keluarga yang turut memberi komitmen sehingga saya dapat
melengkapkan tugasan ini.
Sekian. Terima kasih.

BAHAGIAN A :
Kecemerlangan Tamadun Asia Seringkali Ditenggelami oleh
3

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


Kejayaan Tamadun Barat.
Bincangkan pernyataan di atas dengan merujuk kepada artikel bertajuk
Sains dan Teknologi Asia : Hadiah Asia Kepada Dunia
oleh Mohd Koharuddin bin Mohd Balwi.
1.1.

Pendahuluan.
Perkataan tamadun berasal daripada perkataan bahasa Arab yang telah lama

digunakan dalam Bahasa Melayu, iaitu daripada perkataan Arab maddana, kata kerja
yang bermaksud membuka bandar atau kota serta memperhalus budi pekerti.
Terdapat empat tamadun awal yang terkenal di Benua Asia, iaitu Tamadun
Mesopotamia (Negara Iraq), Tamadun Mesir (Negara Mesir), Tamadun Indus (Negara
India) dan Tamadun Hwang-He (Negara Cina)
Tamadun Asia telah begitu terbukti cemerlang melalui penemuan-penemuan
sains seperti dalam bidang matematik, astronomi, sains perubatan, biologi, fizik,
kimia dan zoology. Bidang teknologi pula kecemerlangan mereka lebih terserlah
dalam bidang kerjuruteraan, perancangan bandar, seni, seni bina, seni pertukangan
termasuklah seni pahat, seni ukir, seni busana, seni anyaman dan seni tenun.
Tamadun Arab-Islam, India, China, Jepun dan Melayu adalah antara Tamaduntamadun yang terdapat di Asia.
Namun begitu seteleh segala ilmu tentang sains dan teknologi yang terdapat di
Asia di bawa ke Eropah, orang-orang barat mula meniru, memperbaiki, memperkaya
dan memperbaharui segala penemuan asal dunia Asia untuk menjadi ilmu yang lebih
baik dan bermanfaat. Melalui pinjam meminjam antara pelbagai budaya dunia yang
meperkayakan tradisi keilmuan kepada mana-mana bangsa yang mahu berusaha
menekuninya, maka menyebabkan ia ditenggelami oleh kejayaan tamadun barat.
1.2.

Kecemerlangan Tamadun Asia Seringkali Ditenggelami oleh Kejayaan


Tamadun Barat.
Kecemerlangan tamadun Asia seringkali ditenggelami oleh kejayaan tamadun

barat,

tamadun dunia hari ini sebenarnya terhutang budi kepada kecemerlangan

pencapaian tamadun Asia. Malahan tamadun Asialah yang menyediakan asas kepada
pencapaian sains dan teknologi dalam pelbagai bidang hingga memungkinkan
manusia hari ini mendapat manfaat yang besar. Tamadun Asia ini meliputi tamadan
4

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


Arab-Islam, Mesir, India, China dan Melayu. Pencapaian tamadun Asia ini meliputi
bidang sains dan matematik seperti astronomi, perubatan, kimia dan fizik. Manakala
dalam bidang teknologi pula pencapaian tamadun ini telah diakui sangat tinggi dalam
bidang pembinaan atau architecture. Selain itu sejarah telah mencatatkan pencapaian
tamadun Asia dalam bidang penciptaan kertas, kompas alat-alat pembedahan, sutera
dan teknologi seni bina.
Pada masa ini Asia telah membuktikan keupayaan mereka dalam bidang
kejuruteraan elektrik dan mekanikal. Lantran itulah dikatakan bahawa sarjana-sarjana
hari ini sebenarnya menyambung kecemerlangan sarjana-sarjana Asia dalam
melakukan

penerokaan,

Development).

pengubahsuaian

dan

penciptaan,

(Research

and

Bukanlah sesuatu yang mustahil pada masa akan dating dengan

semangat dan kesungguhan yang pernah dimiliki oleh leluhur nenek moyang mereka
dahulu, Asia akan bangkit sebagi pusat ketamadunan sains dan teknologi dunia.
a) Matematik dan Astronomi
Pencapaian dalam bidang matematik mempunyai persamaan dengan
pencapaian astronomi kerana dua bidang ini saling melengkapi.

Pencapaian

tertinggi dalam bidang ini dimulai oleh Tamadun India sebelum dibangunkan
dengan lebih pesat dalam tamadun Arab-Islam.

Tamadun India telah

memperkenalkan angka sifar atau kosong. Sebelum nombor sifar hanya ada nombor
positif sahaja, setelah wujudnya angka sifar, wujud pula nombor negatif. Sifar atau
kosong diwakili oleh titik yang dikenali sebagai Pujyam, juga dikenali sebagi
Shukla dan Shubra. Orang Arab kemudian memanggilnya Siphra atau sifr yang
kemudiannya dikenali sebagai Cipher atau Cypher dalam tamadun Barat.
Tamadun India juga telah mencipta system perpuluhan yang terus digunakan hingga
kini.
Pada kurun ke-5 M, satu sistem matematik yang memudahkan pengiraan
tentang Astronomi telah diperkenalkan di India yang dikenali sebagai Ganitam
diperkenalkan oleh ahli matematik India untuk mendalami ilmu Astronomi dan
mereka mula membangunkan ilmu Algebra. Selepas orang Arab memasuki India
pada kurun ke-13 telah mengkaji tentang matematik India, mereka telah
memperkembangan lagi ilmu matematik yang diperolehi dari sini yang
kemudiannya diberi nama Al-Jabar. Al bermaksud stu, Jbar pula bermaksud
penggabungan.

Pada zaman pertembungan antara tamadun Islam dengan barat.


5

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


Kaedah Aljebra ini telah disebarkna ke barat. Algebra yang dikenali pada masa ini
adalah dari al-Jabr yang telah dibangunkan oleh orang Arab dari Bijaganitam yang
berasal dari India.
Matematik terawal India kuno yang diketahui wujud sejak dari kira-kira 3000
2600 SM di Tamadun Lembah Indus (Tamadun Harappan) di India Utara dan
Pakistan. Tamadun India Kuno mengembangkan sebuat system timbang dan ukur
seragam yang mempergunakan system perpuluhan. Suatu teknologi bata yang maju
menggunakan nisbah,

jalan-jalan raya yang diletakkan pada sudut tegak yang

sempurna dan sebilangan betuk dan reka bentuk geometri, termasuk bentuk-bentuk
tempayan, kuboid, kon, silinder, serta lukisan-lukisan bulatan dan segi tiga sepusat
dan bersilang.
Sumbangan Islam dalam bidang Matematik telah disumbangkan oleh AKhawarizmi (780M-863M). Antara sumbangannya dalam bidang matematik, ialah
system nombor. Pengenalan system angka yang sistematik oleh al-khawarizmi bukan
sahaja membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan meliputi operasi
kuasa, log, kosinus dan sebagainya, malah membolehkan ilmu sains dan teknologi
berkembang dengan lebih pesat.
Orang Cina banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik.
Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya
ahli matematik Xu Yue, walaupun alati itu tidak digunakan secara meluas sehingga
masa yang lebih lewat. Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agong
jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di
dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negative. Ahli matematik
Cina juga mengenal pasti nilai pi, system pecahan dan system perpuluhan. Kesemua
kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini.
Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM),
orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang
gerhana dan komet.

Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan

peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan
berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. System calendar Cina juga adalah
salah satu system yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan system lain di
dunia ini.
b) Sains Perubatan

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


Bidang perubatan merupakan asas kepada perubatan moden pada hari ini
adalah sumbangan pencapaian tamadun Asia yang mempunyai banyak penemuan,
sama ada di China, India dan dunia Arab Islam. Orang China mempunyai satu system
perubatan yang saintifik dan pencapaiannya tinggi.

Dokumen paling awal

mengandungi maklumat tentang perubatan China ialah Huang-ti Nei Ching yang
ditulis pada abad ke-3 SM. Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah
teori kosmik dualistic yin dan yang dan juga teori lima elemen. Teori yin danyang
mengatakan bahawa keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang
akan mempengaruhi kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam
badan manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar yin
dan yang boleh dikawal dan ini merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan
Cina tradisional.
Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada
dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal
adalah secocok dengan lima elemen dalam alam semesta.

Misalnya, paru-paru

dianggap mempunyai kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu, seseorang
yang menghadapi gangguan paru-paru mudah menjadi marah. Berdasarkan duan teori
ini doktor Cina tradisional mengambil berat tentang kepentingan melaraskan semual
keseimbangan harmoni badan seseorang pesakit.
Pengetahuan perubatan orang India bermula pada zaman Vedik sebagai sent
ilmu sihir. Unsur-unsur bidang perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan
melalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang wujud
sebelum tahun-tahun masihi. Teks-teks perubatan India seperti Caraka (kurun pertama
hingga ke-2) dan Susruta (kurun ke-4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan
Galen dalam beberapa segi dan lebih maju pada keseluruhannya.
Dalam ajaran agama Islam setiap penyakit datangnya drpd Allah S.W.T dan
hanya Allah yang boleh menyembuhkannya melalui ikhtiar atau usaha yang
dilakukan. Ikhtiar yang dimaksudkan ialah melalui pengambilan rawatan (ubat) serta
doa dan penggunaan ayat-ayat Al-Quran. Hal ini demikian kerana Kesakitan (nyeri)
penyakit ialah cabaran dan dugaan Allah S.W.T untuk menguji ketabahan dan
kesabaran seseorang. Sebenarnya terdapat cara untuk menghindar daripada
menghidap penyakit. Antaranya ialah amalan beriadah dan rekreasi. Menjaga
kebersihan (fizikal, mental & spiritual) dan tidak boleh berputus asa dalam usaha
menyembuhkan semua penyakit.
7

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


Dalam tamadun Islam, banyak perkara yang telah dicapai dan semestinya
digunakan sehingga kini. Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariyya al-Razi (Rhazes)
merupakan ahli perubatan yang pertama membezakan penyakit cacar dan campak.
Dia juga telah membahagikan ubat kepada 3 kategori iaitu galian (mineral), sayuran
(vegetables) & benda hayat (biological).
Ali ibn al-Abbas al-Ahwazi pula merupakan Ahli perubatan yang pertama
menerangkan hubungan antara rangkaian urat dengan arteri. Beliau juga menerangkan
kepayahan untuk menyembuhkan penyakit tibi seterusnya menyedarkan manusia
supaya berjaga-jaga dalam semua perkara terutamanya melakukan perkara yang
mendedahkan mereka kepada penyakit tibi. Beliau juga Berjaya mencipta dan
menerangkan pelbagai jenis pil, bedak, sirap, salap dan sebagainya.
Abu al-Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi pula mempelopori pengetahuan
tentang pembedahan biasa, kaedah mengeluarkan batu dari pundi kencing,
pemotongan organ serta pembedahan mata dan gigi. Beliau juga ada menulis tentang
gynaecologi iaitu masalah yang berkaitan dengan mata & telinga. Ibn Sina (Avicenna)
pula menerangkan dengan lebih lanjut mengenai meningitis dan melanjutkan
penerangan Ali ibn al-Abbas al-Ahwazi mengenai tibi dengan penemuan tentang
proses bagaimana tibi berlaku. Faktor penyakit kuning (jaundice) juga dikenalpasti
oleh beliau.
Selain itu, Abu Qasim ibn al-Khalaf ibn al-Abbas al-Zahrawi telah Mencipta
alat perkakas terutama dalam proses pembedahan dan Berjaya mencipta 300 jenis alat
dan perkakas yang diperlukan dalam perubatan. Di samping itu, buku-buku perubatan
telah ditulis oleh tokoh-tokoh yang dilahirkan dalam tamadun Islam iaitu Shifa, AlUrjuzah fi Tibb Qawanin, Al-Kitab al-Malaki dan sebagainya dan turut diterjemahkan
ke dalam bahasa Barat.
c) Kimia
Ahli kimia Cina dalam usaha mereka mencari satu cara yang dapat membuat
manusia hidup selama-lamanya telah menghasilkan sejenis eliksir kehidupan (elixir
of life). Ia mengandungi bahan-bahan seperti merkuri, plumbum dan arsenic. Bahanbahan ini kebanyakannya adalah bersifat toksik dan ahli kimia sedar akan sifat ini.
Dalam bidang perubatan moden, penggunaan bahan beracun adalah biasa. Walaupun
tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan usia manusia,

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


uji kaji ahli kimia Cina dalam mencampur pelbagai bahan, termasuk bahan beracun,
telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.
Bidang kimia di India lebih tertumpu pada pembuatan ubat. Pengetahuan
kimia tidak digunakan untuk mengubah dan menjadikan logam besi kepada emas,
seperti yang dilakukan di Eropah. Orang India membuat ubat bagi hidup lama, racun
dan antidotnya. Melalui kimia perubatan juga beberapa bahan alkali utama, asid dan
garam logam dicipta dengan proses yang mudah seperti pembakaran dan penyulingan.
Mereka juga dikatakan sudah mencipta ubat bedil.
Dalam cabang kimia Tamadun Islam, Ibn Sina telah membezakan semua jenis
logam dan memperkembangkan ilmu kimia JABIR IBNU HAYYAN. Abu Musa Jabir
Ibn

Hayyan Al-Tusi

telah

memperkenalkan

kaedah

Sejatan,

penyulingan,

pemejalwapan, penghabluran, kaedah oksida logam bakar, percantuman dan turunan.


Beliau juga mncpta asid galian seperti HNO3, H2SO4 yang banyak digunakan dalam
kosmetik. Beliau juga telah mencipta bahan kimia yang boleh melebur emas yang
dpanggil aqua regia dan turut menemukan kaedah pemurnian besi.
Tamadun Islam juga telah mengasaskan penciptaan bahan-bahan kosmetik
melalui penemuan dan pencantuman bahan kimia. Antara kosmetik tersebut ialah,
gincu, deodorant, pisau pencukur, losyen tangan, pewarna rambut, pemutih gigi dan
penghasilan minyak wangi.
Dalam penciptaan teknologi, Ibn Al-Haytham telah mempelopori penciptaan
kamera yang digunakan secara meluas sehingga kini. Beliau mengemukakan bahwa
cahaya bergerak lurus dan digunakan dalam penciptaan kameranya. Di samping itu
kompas dicipta dan digunakan dalam pelayaran dan ini membantu kegiatan
perdagangan berkembang dengan pesat.
d) Fizik
Kuasa Yang dan Yin merupakan suatu kuasa yang berkisar tentang turun naik
gelombang samada pada air, elektromagnet atau atom. Sains Cina menunjukkan
kemajuan dalam bidang optik, kamera, obscura, cermin cekung dan cermin datar.
Bidang fizik yang paling penting ialah perkembangan berkaitan magnet. Merupakan
tamadun yang terawal menggunakan kompas (menggunakan ikan kabus yang
diletakkan batu lod).
Pengetahuan mengenai ilmu fizik dan kimia orang India adalah berkaitan
dengan agama dan teologi. Konsep jirim muncul berdasarkan intuisi dan logika, dan
9

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


bukannya eksperimen. Dipercayai bahawa alam semesta terdiri dari gabungan lima
elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Pengikut Buddha dan Ajivika menolak
angkasa. Hampirsemuaaliranagamadi India percaya bahawa unsur-unadr alam kecuali
angkasa adalah bercirikan atom. Ilmu atom India adalah lebih tulen dan berdikari
dengan sumbangan pakar atom seperti Pakudha Katyayana (sezaman dengan
Buddha).
Menurut Jaina, corak percantuman atom yang berbeza menghasilkan elemenelemen dengan pelbagai sifat. Orang Buddha melihat atom sebagai "occupying
minutest space in the minutest time". Mengikut falsafah Vaisesika pula atom-atom
membuat satu percantuman diacldsin triad yang primari sebelum bercantum untuk
membentuk sesuatu objek bahan. Orang India percaya bahawa elemen-elemen tanah
dan air adalah jenis jatuh, api jenis menaik, padu [solid) dan bendalir jenis
mengembang dalam panas. Tetapi usaha eksperimen yang sebenar dan saintifik tidak
dilakukan dalam bidang ini.
Konsep bunyi ditentukan berdasarkan eksperimen. Latihan bagi meningkatkan
kebolehan mendengar dibuat untuk memahami intonasi sebutan mazmur-mazmur
Veda dengan lebih tepat. Sejak awal lagi oktaf (octave) dibahagikan kepada 22 sruti
(microtone).
Bidang fizik dalam dunia moden ditakrifkan sebagai cabang ilmu yang
berkaitan dengan kejasmanian. Dan tidak merujuk kepada pencipta. Tetapi, Fizik
dalam agama Islam mengutamakan konsep fizik tidak menafikan metafizik iaitu
penekanan dalam perkaitan antara fenomena alam dengan Khaliq. Dalam bidang ini
Kamal al-Din al-Farisi telah membuat penerangan tentang fenomena kejadian pelangi.
walaupun penerangannya dikatakan hampir sama dengan tokoh barat (Theodoric of
Freiberg) namun pada zaman itu dipercayai bahawa penerangan beliau adalah yang
terbaik. Usul mereka pada zaman itu juga sama dengan usul yang digunakan
sekarang.
Ibn Haitham pula dikenali sebagai bapa optik moden. Dia menghabiskan masa
dengan teori fizikal-bayang2, matahari, pelangi dan beliau juga sangat mahir dalam
pelbagai bidang. Al-Biruni yang merupakan ahli fizik juga banyak menganalisis
konsep asas jirim, graviti, ruang dan gerakan bumi.
Surahwadi pula telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Dia juga
mengemukakan konsep alam dan planet tertakluk kepada daya dan hukum yang sama.

10

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


Beliau juga telah membongkar hukum graviti semesta dan menjalankan banyak
eksperimen mengenai cahaya.
e) Teknologi
Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada
kurun ke-15 sehingga kurun ke-11SM. Diperingkat awal permulaannya, budaya Cina
sangat menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana
wujudnya budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal
banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain misalnya, teknologi melbur dan menuang
besi ke dalam acuan (eating of Iron), pengeluaran porselin, pembuatan kertas dan
Loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi. Bagaimanapun,
berikutan perkembangan sejarah, budaya Cina menjadi satu dengan golongan elit
birokratik begitu dominan. Golongan ini telah membawa kesan konservertif terhadap
inovasi, dan selanjutnya telah menghalang segala pengenalan teknik baru kecuali
teknik ini boleh mendatangkan manfaat secara langsung kepada seluruh birokrasi.
Interaksi atau hubungan China dengan Barat kurang terserlah sehinggalah
kemunculan zaman moden.

Namun begitu, wujud pertemuan sekali-sekala yang

berlangsung antaranya pengembaraan Marco Polo pada tahun 1275 1292. Ini telah
menarik perhatian dunia Barat tentang keunggulan teknologi Cina dan seterusnya
berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dari China ke Barat. Ilmu mengenai
sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat dibawa masuk dari
negara China.
menggalakkan

Bagaimanapun, para pemerintah China tidak berminat untuk


penciptaan

atau

perniagaan

dan

perindustrian

serta

tidak

menggalakkan perhubungan perniagaan dengan dunia luar. Kesannya, negara China


telah ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi sehingga abad ke-20 yang
kemudiannya, evolusi politik dan pergolakan social telah membangkitkan kesedaran
orang Cina tentang kepentingan sains dan teknologi moden.
Tamadun India sangat mementingkan bahan besi dalam seni bina seperti
kemahiran yang tinggi dalam pertukangan yang boleh dilihat dengan jelas pada tiang
besi di Delhi dalam abad ke 5M.

Ia merupakan batang besi setinggi 7 meter.

Kelebihannay ialah tahan karat. Barangan keluaran tamadun India juga mendapat
pengiktirafan daripada tamadun lain seperti tamadun Romawi dan Asia Barat.
1.3.

Kesimpulan

11

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


Interaksi

antara

tamadun

adalah

suatu

pertembungan

yang

saling

memperkayakan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Hasil daripada
kreativiti yang tinggi melahirkan banyak manfaat kepada semua tanpa mengira latar
belakang anutan agama, bangsa mahupun budaya.

Pertembungan yang positif

seharusnya digalakkan untuk kebaikan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin
negara suatu hari nanti. Saling faham-memahami persamaan dan perbezaan budaya
tidak seharusnya menjadi penghalang permuafakatan demi kebaikan agama, bangsa
dan negara.
Pihak Barat berusaha menafikan sumbangan tamadun Asia kepada tamadun
dunia, lebih-lebih lagi jika dikatakan tamadun Asia memberi sumbangan kepada
tamadun mereka.

Alasan yang diebrikan bahawa bangsa mereka mencipta

kegelimangan tamdun sejak awal iaitu sebelum kegemilangan tamdun Islam. Justeru
itu, daripada penelitian yang dibincangkan di atas jelas menunjukkan bahawa pihak
Barat memperoleh maklumat tentang tamadun melalui orang Islam.

Kedatangan

mereka ke Andalus dan melakukan pencernaan ilmu melalui kegiatan terjemahan,


jelas bahawa tamadun Asia menjadi saluran penting kepada perkembangan tamadun
Barat. Namun begitu, yang menjadi persoalan pada hari ini ialah apakah orang Asia,
amnya dan orang Islam khasnya mampu mencerna dan menterjemahkan tamadun
yang ada pada Barat hari ini ke pangkuan Asia dan Islam?

BAHAGIAN B
12

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


Apakah dapat dipelajari daripada tamadun-tamadun purba Mesir,
Mesopotamia, Lembah Indus dan Lembah Hwang He?
Tamadun berkembang daripada tahap primitif kepada peringkat yang lebih
maju merupakan satu penyelewengan yang cuba dicipta oleh para evolusionis dalam
sejarah. Jika penyelidikan dan penilitian pendapat para evolusionis, serta mengkaji
sumber rujukan dan penemuan sejarah, pastinya akan ditemui pelbagai tamadun kuno
yang menggunakan teknologi lebih maju dan canggih.
a) Tamadun Mesir Purba
Sumbangan utema tamadun Mesir Purba kepada Ketamadunan manusia adalah
dalam seni bina, iaitu pyramid. Pembinaan pyramid bermula daripada ilham lmhotep,
iaitu saintis, ahli fizik, arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser (3150SM).
Beliau telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu
bata. Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengerang buku sains dan
sastera.

Pembinaan pyramid menggambarkan kreativiti masyarakat mesir Purba

dalam bidang pembinaan. Sehingga hari ini kejayaan mereka masih dikagumi.
Pencapaian Mesir Purba memang terserlah dalam pembinaan tetapi yang lebih
utama lagi ialah kemajuan pendidikan serta pengguanaan kertas.

Pencapaian ini

merupakan hasil kepandaian orang Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok
papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil. Pencipataan kertas telah memudahkan
penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk
menyimpan khazanah bangsa.
Tinggalan tamadun Mesri Purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod
yang tertulis dan terpahat dalam system tulisannya iaitu hieroglif.

Keagungan

tamadun Mesir Purba dapat dibaca daripada tulisan yang terpaha dengan begitu
cantik, halus dan penuh seni makam dan batu.
Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan system pendidikan untuk kanakkanak daripada keluarga atasan. Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang
rendah. Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah
pentadbiran kerajaan. Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan
para pegawai kerajaan terutamnya jurutulis yang sempurna dan terlatih.

Ilmu

geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh
menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan
bangunan dan pyramid.
13

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


Mesir Purba maju dalam ilmu perubatannya telah melahirkan pengamal
perubatan. Mereka ini mendapat status yang tinggi dalam masyarakat Mesir Purba
dan berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat.

Kemajua bidang perubatan

terutamnya proses memumiakan mayat berkaitan rapat dengan kepercayaan orang


Mesir Purba. Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia,
perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan
ilmu hingga hari ini.
Tinggalan daripada tamadun purba Mesir iaitu tamadun Maya dan Sumeria
telah menunjukkan bahawa terdapat pelbagai cabang sains seperti elektrik,
elektrokimia, elektromagnetik, kaji logam, hidrogeologi, perubatan, kimia dan fizik
telah digunakan sehingga ke tahap yang lebih meluas.
Elektrik dijana dan digunakan secara meluas pada zaman Purba Mesir. Bateri
Baghdad dan lampu arka yang pertama telah digunapakai pada masa tersebut.
Penyelidikan dan kajian mendalam terhadap sejarah tamadun Mesir purba
mendedahkan kecanggihan dan kepintaran tamadun purba dalam mengaplikasikan
sumber pencahayaan. Sebagai contoh tiada rekahan mahupun ruang pencahayaan
ditemui pada koridor pyramid mahupun makjam para raja kerana kawasan tersebut
diterangi dengan menggunakan kuasa elektrik.

Ukiran timbul juga menujukkan

bahawa masyarkaat Mesir purba telah menggunakan lampu suluh yang dijana oleh
sumber tenaga tanpa wayar.
Lampu arka yang digunakan di Rumah Api Alexandria merupakan bukti
kukuh, bahawa elektrik telah digunakan semasa zaman Mesir purba. Tenaga yang
diperlukan untuk menjana Rumah Api Alexandria selam 24 jam sehari hanya dapat
dibekalkan oleh satu sumber elektrik yang sistematik.
Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung pada pengawalan aliran air
Sungai Nil yan gmenjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba. Perkemabgan ilmu
matematik seperti algebra, geometri dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam
usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali dalam
setahun. Pemerintahan Mesir Purba telah Berjaya mencipta sister pengairan yang
telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian. Semasa
pemerintahan Firaun Sennuusreet III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan
sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina
terusan untuk mengirkan tanah seluas 10000 hektar. Pengetahuan dalam bidang

14

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


astronomi dan matematik ini membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sister
calendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.

Pimarid Mesir Merupakan Loji Tenaga Raksasa yang Menjana Sumber


Elektrik.
1. Salutan luar Piramid Agung Giza dilitupi dengan batu kapur tufa putih, direka
bentuk dengan tahap kepadatan yang tinggi sehinggakan sebilah pisau cukur
sekalipun tidak dapat mencelah di antara batuan. Batu kapur tufa putih ini tidak
mengandungi magnesium dan memiliki sifat penebatan yang tinggi. Ciri-ciri ini
menghalang elektrik di dalam piramid daripada dibebaskan tanpa kawalan.
2. Blok batuan yang digunakan di bahagian dalam piramid diperbuat daripada sejenis
batu kapur yang mengandungi Kristal, berfungsi sebagai alat pengalir elektrik yang
tinggi dan sejumlah kecil logam digunakan untuk membenarkan pemindahan tenaga
secara maksimum. Ruang laluan di dalam piramid juga dijajari dengan granit. Granit
merupakan bahan radioaktif ringan yang membenarkan pengionan udara di dalam
ruang-ruang tersebut.
Apabila anda memerhatikan kabel elektrik yang diselaputi dengan bahan
penebat, kita mendapati bahawa bahan pengalir dan penebat yang digunakan
mempunyai ciri persamaan seperti dalam pembinaan piramid.
3. Ciri-ciri pengalir dan penebat yang ada pada piramid merupakan salah satu contoh
teknik kejuruteraan yang sempurna. Walau bagaimanapun, sumber tenaga diperlukan
bagi menjana tenaga elektrik.
Plateau Giza merupakan salah satu piramid yang direka khas dengan dipenuhi
sistem saluran air bawah tanah. Pembinaan pyramid ini menggunakan lapisan batuan
khas yang bertujuan sebagai alat perantara tenaga elektrik ke bahagian atas semasa
proses pemindahan air bawah tanah ke permukaan, proses ini dikenali sebagai
AKUIFER. Arus deras Sungai Nil yang melalui akuifer tersebut menghasilkan
tenaga elektrik. Teknik ini dikenali sebagai fisio-elektrik.

15

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


Ruangan bawah tanah piramid berfungsi sebagai konduktor granit yang dibina
di dalam batuan dan dicas menggunakan teknik fisio-elektrik. Arus elektrik ini
kemudianya dialirkan secara langsung ke bahagian atas bilik bawah tanah yang
dilitupi granit. Granit merupakan pengalir elektrik yang sangat baik.
Medan elektromagnet yang dibentuk di bahagian bawah piramid disalurkan ke
lapisan atas piramid dalam bentuk berpusat. Di puncak piramid, terdapat tetopi emas
yang merupakan pengalir elektrik yang sangat baik. Bahagian ini sudah tidak wujud
lagi pada masa sekarang. Ini bermakna bahagian atas piramid telah kehilangan
struktur geometrinya yang sempurna. Tetopi emas ini membantu pengaliran ion-ion
negatif ke ionosfera. Melalui cara ini, maka arus elektrik pun terhasil.

Bagaimana piramid menggerakkan medan elektromagnet bawah tanah


menerusi bantuan akuifer?
Satu teknologi yang seumpama ini, diaplikasikan di Mesir pada 5,000 tahun
dahulu, juga telah digunakan oleh Nikola Tesla, seorang perekacipta teknologi
elektrik pada awal tahun 1900, di sebuah menara yang dibina di Amerika.
Tesla, pencipta teknologi elektrik asas seperti arus, enjin elektrik, radio, laser
dan radar, juga dalam masa yang sama berjaya menghantar bunyi dan gambar di
antara benua di menara Wardenclyffe yang dibangunkannya di antara tahun 1901 dan
1917. Beliau tidak menggunakan sumber elektrik luaran, malah mengaplikasikan
teknologi pemindahan tenaga tanpa wayar.
Tesla juga telah membina menaranya itu di atas akuifer dan menyahcas ionion negatif daripada akuifer ke menara. Teknologi elektromagnet yang digunakan
dalam menara terkenal Tesla ini sama dengan medan elektromagnet yang ditetapkan
dalam pembinaan piramid. Kedua-dua sistem menjana ion-ion negatif dan
mengalirkannya tanpa memerlukan kabel elektrik.

Untuk tujuan apakah elektrik digunakan oleh masyarakat Mesir?


16

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


Ukiran relif jelas menunjukkan bahawa masyarakat Mesir menggunakan
lampu suluh bermentol yang dijana dengan satu sumber elektrik tanpa wayar. Mentolmentol ini mengingatkan kita kepada penerangan Nicola Tesla untuk menunjukkan
bahawa arus elektrik yang diciptanya adalah selamat.
Di Pesta Sedunia Chicago pada tahun 1893, Tesla memindahkan arus elektrik
melalui badannya untuk menyalakan mentol di tangan beliau tanpa menggunakan
kabel elektrik.
Ukiran relif ini menunjukkan antena tanpa wayar. Masyarakat Mesir purba
telah menggunakan antena dan tenaga tanpa kabel untuk komunikasi tanpa wayar.
Ukiran di bahagian kiri menunjukkan sebuah pemancar, dan sebuah penerima
di sebelah kanan. Bukti ini menunjukkan bahawa masyarakat Mesir telah
menggunakan tenaga tanpa wayar secara percuma untuk tujuan komunikasi.
Ukiran relif ini menunjukkan satu kemudahan yang dapat menghasilkan
tenunan. Benang yang digunakan oleh masyarakat Mesir untuk membuat fabrik pada
masa tersebut adalah sehalus pakaian yang dihasilkan oleh mesin pembuatan masa
kini. Tenaga elektrik juga digunakan dalam kilang tenunan mereka.
Terdapat banyak objek emas tinggalan Mesir kuno sebenarnya disaluti emas
dengan teknik yang sangat halus. Saduran emas yang sesempurna itu, memerlukan
penggunaan elektrik.
Ukuran elektromagnetik keseluruhan yang dibuat di sekitar Piramid Agung
Giza adalah sama dengan sukatan yang dibuat semasa berlakunya ribut guruh dengan
petir. Terdapat medan elektromagnet yang kuat di sekitar Piramid Agung Giza. Ini
dapat diperhatikan melalui satu eksperimen mudah. Apabila seseorang berdiri di atas
piramid dengan memegang botol yang dibaluti kain lembap, cetusan api terpercik
keluar dari botol, seolah-olah dia berada di atas satu gelendong bervoltan tinggi.

Piramid Tidak digunakan Sebagai Makam

17

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


Piramid selalu digambarkan sebagai makam para firaun. Namun pada
hakikatnya, tiada inskripsi sedemikian yang tercatat pada koridor Piramid Giza. Ini
membuktikan bahawa piramid merupakan sebuah bangunan yang berfungsi,
bukannya makam.
Sebuah peti batu kosong yang besar telah ditemui di bahagian paksi pusat
piramid, kawasan yang dinamakan sebagai Dewan Raja oleh ahli arkeologi. Mereka
mendakwa bahawa peti ini dahulunya menempatkan keranda firaun, tetapi kini
kosong kerana telah dicuri. Namun penelitian ke atas dimensi peti batu dan lokasinya
mendedahkan hal yang lebih menarik. Di situlah struktur konduktif piramid yang
hilang, dan keseluruhan rekabentuknya menyokong hal berkenaan. Jika satu bahan
superkonduktif dipasang di sini, piramid mampu mengeluarkan elektrik yang cukup
untuk seluruh Mesir. Superkonduktor ini dipercayai merupakan Tabut Perjanjian, yang
diketahui telah berada di Mesir pada zaman purba, dan dimensinya amat bersesuaian
dengan saiz peti batu kosong tersebut.
Nabi Musa (as) pernah diterima oleh Firaun dan berdasarkan rekod sejarah,
baginda diangkat sebagai pentadbir kerana nilai moral, kecerdasan dan keupayaannya
yang tinggi. Salah satu fasa dalam latihan kepimpinan di Mesir purba adalah
pengajaran semua rahsia Mesir dan ilmu tenaga. Sebagai tambahan kepada sifatnya
yang lain, terdapat juga pelbagai rujukan tentang Tabut Perjanjian yang bertindak
sebagai kapasitor, dan bahawa ia adalah sumber tenaga Mesir. Nabi Musa (as)
dipercayai telah membawa Tabut Perjanjian bersamanya sewaktu meninggalkan
Mesir. Menurut rekod sejarah, salah satu sebab Firaun mengejar Nabi Musa (as)
sehingga ke saat-saat terakhir, dan berusaha untuk menangkap baginda pada harga
berapa sekalipun, ialah Tabut Perjanjian kerana Firaun sangat maklum bahawa semua
kegemilangan dan keagungan Mesir akan punah tanpa elektrik.
Rujukan sejarah juga menunjukkan bahawa tamadun Mesir mencapai
kemuncaknya semasa pemerintahan Ramses II, yang hidup sezaman dengan Nabi
Musa (as). Tetapi tamadun tersebut runtuh dalam tempoh kurang daripada 10 tahun
selepas pentadbiran Ramses II, sehinggakan Giza terus diabaikan. Bandar Giza yang
dahulunya merupakan pusat tamadun dunia kekal sepi sehinggalah dinasti lain
menetap di situ.

18

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Adakah masyarakat Mesir purba satu-satunya golongan yang mengguna pakai


teknologi elektrik tanpa wayar?
Ukiran timbul yang ditinggalkan oleh masyarakat Maya dan Assyria juga
menggambarkan teknik sama dengan apa yang digunakan dalam piramid.
Semua maklumat ini sekali lagi membuktikan bahawa tidak ada orang dan
masyarakat primitif pada masa lalu, sebagaimana yang cuba dimainkan oleh golongan
evolusionis. Dari segi ketamadunan, masyarakat yang lebih atau kurang maju telah
hidup bersebelahan sepanjangmasa dalam sejarah. Sebuah masyarakat yang wujud
beribu-ribu tahun yang lalu telah menikmati teknologi yang jauh lebih maju
berbanding dengan mereka yang hidup dalam abad ke-20. Dan ini menunjukkan
kepada kita bahawa pembangunan bukanlah sebahagian daripada proses evolusi, atau
dalam erti kata lain, tidak ada kemajuan linear dari tahap tamadun primitif kepada
yang lebih maju dalam sejarah.

b) Tamadun Mesopotamia
i) Perundangan
Kod Undang-undang Hamurabi merupakan kod undang-undang yang tertua di
dunia. Kod ini digubal oleh Raja Hammurabi (yang memerintah kerajaan Babylon)
dan menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia. Kod Hammurabi
berjaya memainkan peranan penting dalam

mengelakkan masalah dalam masyarakat yang pelbagai kaum dan terdiri

daripada susun lapis yang berbeza.


mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi masyarakat.
19

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

membantu tamadun Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang,


iaitu lebih kurang 3000 tahun (3500 S.M.- 539 S.M.)
Terdapat beberapa ciri-ciri Kod Hammurabi, antaranya ialah,

dipahat pada tembok dan tiang-tiang besar yang tinggo supaya rakyat dapat

membaca dan mengetahui hak mereka.


Prinsip utamanya ialah hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan
kesalahan yang dilakukannya, tetapi hukuman dan denda adalah berbeza

untuk lapisan masyarakat yang berlainan.


Berperikemanusiaan dan berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
Mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang meliputi semua aspek
kehidupan.

ii) Sistem Tulisan


Sistem tulisan yang wujud telah membawa kepada perkembangan sistem
pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis. Urusan pentadbiran dan
perniagaan yang dijalankan di Mesopotamia direkodkan oleh jurutulis mereka.Semua
urusan jual beli disertakan dengan resit, nota urus niaga dan surat kredit. Sistem
tulisan juga telah menghasilkan tradisi kesusasteraan yang mencerminkan falsafah
dan cara hidup orang Mesopotamia seperti epik Gilgamesh. Epik ini merupakan hasil
kesusasteraan yang tertua di dunia.

iii) Aspek Estetika


Cara membuat batu bata telah diperkenalkan kepada dunia oleh tamadun
Mesopotamia. Pembinaan arca dan tiang batu telah dicipta untuk mengindahkan lagi
bangunan seperti zigurat. Contoh arca ialah patung Raja Gudea, pengasas empayar
Sumeria. Raja Chaldea, iaitu Raja Nebuchadnezzar pula membina semula Babylon
dengan begitu indah sehingga kawasan sekitar istanya dikenali sebagai "Taman
Tergantung Babylon". Dalam taman ini terdapat pelbagai jenis pokok serta pokok
bunga yang ditanam pada binaan bertingkat di bukit berteres. Hal ini menampakkan
seolah-olah taman ini tergantung.
iv) Pembinaan Empayar dan Aspek Pentadbiran

20

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


Empayar yang pertama di dunia dibina oleh Raja Sargon ( kerajaan Akkad)
yang berjaya menyatukan wilyah di sekitar Mesopotamia. Hal ini diikuti oleh raja-raja
di tamadun lain, contohnya Firaun Tutmose III (Mesir Purba). Kerajaan Mesopotamia
jugan merupakan kerajann yang pertama dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang
teratur dengan wujudnya undang-undang, tatacara perdagangan dan sistem
perbandaran yang teratur.
v) Sains dan Teknologi
Orang Mesopotamia mahir dalam bidang astronomi. Hal ini membolehkan
mereka mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar( 12 bulan dalam setahun).
Mereka juga menggunakan pengetahuan ini untuk membolehkan mereka menjelajah
menggunakan jalan laut. Mereka juga mencipta ilmu matematik, iaitu sistem mengira
perpuluhan serta konsep matematik seperti tolak, tambah, darab, bahagi dan punca
ganda dua serta ilmu geometri melalui pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang
dan matahari.
Kerajaan Assyria telah memberikan perhatian khusus dalam bidang
perubatan.Kerajaan ini amat mementingkan kesihatan anggta tenteranya. Sebanyak
500 jenis ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah disampelkan serta
dikatelogkan penggunaannya. Catatan tentang cara mengubat penyakit telah dibuat
sebagai panduan kepada pengamal perubatan.
Penciptaan roda merupakan salah satu kejayaan tamadun Mesopotamia. Roda
digunakan dengan kerata kuda bertujuan untuk peperangan atau pada masa aman.
Penggunaan roda juga terdapat dalam kincir air yang bertujuan mengalirkan air ke
kawasan tandus, meningkatkan hasil pertanian dan mengawal banjir.
Alat pengangkutan yang terawal di dunia telah dicipta oleh tamadun
Mesopotamia.Sejak 3000 S.M. orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta
pengangkutan beroda. Mereka telah menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga
mereka berjaya berhubung dengan wilayah di India di kawasan Mediterranean.

21

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

vi) Pembinaan Perpustakaan


Masyarakat Mesopotamia merupakan masyarakat yang pertama membina
perpustakaan . Perpustakaan di raja dibina oleh Ninevah oleh pemimpin seperti
Ashurbanipal (668-627 S.M.). Di situ, berpuluh-puluh ribu kepingan tanah liat yang
tercacat dengan pelbagain jenis ilmu pengetahuan dan sejarah lampau disimpan.
Formula prerubatan, surat, dokumen perniagaan dan kronologi perkembangan sejarah
Mesopotamia juga boleh dijumpai di perpustakaan tersebut.

c) TAMADUN LEMBAH INDUS


Tamadun Indus telah memperlihatkan beberapa ciri yang istimewa.
Penempatan kekal yang wujud di lembah ini telah membaha keapda pembentukan
Bandar terancang.
tembok.

Badarnya tebahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh

Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang


22

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk
upacara ritual dan pembersihan, dan tempat penyimpanan hasil pertanian. Bahagian
kedua Bandar ialah kawasan perumahan. Badar-bandar dalam tamadun dirancang
dengan sebegitu rapi terutama dari sudut susun aturnya yang sistematik. Perancangn
bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometrid an pembinaan serta sumbangan
tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
Bandar-bandar dalam tamadun ini disusun berasaskan blok-blok berbentuk
segi empat dan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan
bersambung antara satu sama lain. Setiap Bandar mempunyai sistem kumbahan yang
terancang. Selain jalan raya, Bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai
yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.
Berbeza daripada tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba, tamadun Indus
tidak meninggalkan maklumat dan sumber yang jelas tentang organisasi sosialnya.
Jumpaan arkeologi telah membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi
keapda dua golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan. Golongan atasan terdiri
daripada pendeta dan pedagang. Kelas atasan yang utama ialah pendeta. Walaupun
wujud dalam bilangan yang kecil, namun para pendeta ini mempunyai kuasa dan
pengeruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamya yang melibatkan
kegaiatan keagamaan. Atas dasar inilah golongan bawahan memberikan ketaatan
kepada golongan pendeta. Oleh sebab tiada bukti tentang kewujudan raja, maka
sejarawan berpendapat bahawa tam[uk pemerintahan dipegang oleh pendeta.
Golongan bawahan pula aterdiri daripada petani dan buruh. Golongan petani
menjalankan aktiviti pertaniana dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut
kepada pihak berkuasa.

Golongan buruh menjalankan kerja seperti menjaga

kebersihanbandar, membina tembok di benteng dan membina terusan.


Masyarkaat lembah indus juga mempunyai pengkhususan pekerjaan yang jelas
terutamanya dalm bidang ekonomi.

Masyarakat ini telah menjalankan pelbagai

kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan.


Aktiviti perdagangan secara khusus membabitkan perdagangan luar termasuklah
dengan Mesopotamia. Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan
melaui penemuan cop mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia.
23

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


Antara hasil perdagangan yang penting termasuklah emas, gading gajah, manik dan
hasil pertanian.
Petani pula menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman
makanan seperti barli, kacang dan sebagainya. Selain menjadi petani dan pedagang,
ada antara ahli masyarakat yang secara khusus menjadi artisan. Mereka terlibat dalam
pembinaan dan penghasilan barangan logam dan tembikar.
Masyarakat dalam tamadun ini juga dikenal pasti telah mempunyai satu
amalan agama. Ini dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai
unsur keagamaan. Antara yang paling penting termasuklah penemuan sebuat patung
yang dirujuk sebagi patung proto-Siva. Objek tersebut menunjukkan seorang yang
duduk bersila denga cara yoga dan terdapat tiga tanduk di kepalanya yang
melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan Siva. Kewujudan objek proto-Siva ini
menjadi sangat penting terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu.
Selain itu, masyarakat dalam tamdun ini jug percaya kepada Tuhan Ibu. Perkara ini
dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan
terhadap Tuhan Ibu ini turut berlaku dalam masyarakat yang mendiami Mesopotamia,
Asia Kecil, Syria dan Palestin.
Masyarakat tamadun Indus telah mempunyai satu sistem tulisan yang
berbentuk piktograf. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini tamadun Indus masih
lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan.
Sumbangan utama tamadun ini termasuklah dalam bentuk keupayaan serta
kebolehan masyarakat Lembah Indus mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki
untuk memudahkan kehidupan mereka hingga akhirnya menjadi asas kepada
perkembangan tamadun. Kebolehan masyarakat Lembah Indus mengeksploitasi
Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian mereka akan menjadi panduan
kepada generasi seterusnya untuk menghasilkan sebuah tamadun yang cemerlang.
i)

Perancangan Bandar.
Tamadun ini sangat dikenali kerana perancangan bandarnya. Kemanpuan

masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar


24

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang geometri dan pembinaan. Keupayaan
untuk mewujudkan sebuah Bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa
memerlukan gabungan kepakaran seperti sudut letak bandarnya dan dari segi
pengisiannya.
Pemahaman terhadap ilmu geometri, kesenian dan matematik hasil daripada
pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamis dan Mesir Purba telah
membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikiti
oleh jalan raya yang lurus. Disamping itu, masyarakat Lembah Indus telah berusaha
meningkatkan mutu bahan binaan iaitu bahan batu bata bukan lagi dihasilkan dengan
pemanasan cahaya matahati. Batu bata yang dihasilkan adalah adalah menggunakan
kepakaran teknologi baru melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi. Berasaskan
perkara ini, kecermalangan perancangan badar dalam tamadun Indus, sebenarnya
merupakan gabungan daripada pelbagai pengetahuandan pencapaian termasuklah
geometri dan matematik serta teknologi pembakaran batu bata.

ii)

Sifat Keterbukaan.
Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan

dengan tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting. Dari sudut
ini, tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak akan
mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan
dengan pihak lain. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir
Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnyasama ada
dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya. Walau bagaimanapun, dalam
konteks hubungan antara tamadunIndus dengan tamadun Mesopotamis, segala
pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.

Secara keseluruhannya, tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat


dunia moden hari ini beberapa aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan

25

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


sesebuah tamadun, termasuk keamanan. Tamadun ialah tunjang kepada kekuatan
sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

d) TAMADUN LEMBAH HWANG HE


Terdapat banyak perkara yang dapat dipelajari daripada Tamadun Lembah
Hwang He, antaranya ialah asas-asas dan nilai-nilai yang terdapat dalam tamadunnya,
ciri-ciri utama tamadunnya dan sumbangan sumbangan penting tamadunnya kepada
tamadun dunia.
Tamadun China bermula kira-kira pada milennium ke 6 Sebelum Masihi
(SM) dan merupakan salah satu daripada tamadun yang terawal di dunia.
Pekembangannya selama 4000 tahun telah membawa kepada kegemilangan dalam
beberapa bidang seperti pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral, penciptaan dan
sains (Ahmad Zaki, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros,2009). Perkembangan tamadun
China dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu zaman pembinaan, zaman peralihan, dan
zaman moden. Sepanjang zaman pembinaan dalam tamadun China, setiap dinasti
bertapak, berkembang dan hancur yang kemudiannya digantikan oleh suatu dinasti
yang lain. Pelbagai dinasti telah muncul seperti Dinasti Shang, Dinasti Chou, Dinasti
Sui dan Dinasti Han. Dinasti Shang merupakan dinasti yang terawal di negara China
dan berpusat di Anyang. Menurut Ahmad Zaki et al. (2012), kewujudan dinasti ini
jelas dibuktikan degan penemuan alat-alat dan tulang manusia yang banyak di
kawasan utara Sungai Kuning di China .
Semasa zaman Dinasti Chou, peperangan telah berlaku dan mengakibatkan
kelonggaran sistem pemerintahan yang memberi kuasa kepada tuan-tuan tanah di
wilayah masing-masing. Hasilnya muncul pelbagai aliran seperti Konfusius, Taoisme
dan Legalisme .Dalam pada itu juga, kehadiran pengaruh Islam didapati berlaku
semasa tamadun China sebagaimanana ysng direkodkan dalam Chinese Annals
.Rekod itu mengisahkan kehidupan orang Arab dalam Dinasti Tang sekitar (618907M.). Terdapat pelbagai bangsa yang beragama Islam mendiami negara China
26

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


seperti bangsa Uighur, Kazakh, Dongxiang, Kirghis, Salar, Tadjik, Uzbek, Tartar, dan
Baoan. Hal ini menyebabkan munculnya masyarakat China Islam dalam tamadun
China ini.
Perkembangan tamadun China kemudiannya diteruskan dengan zaman
peralihan. Zaman ini bermula dengan pencerobohan orang gasar ke atas China
sehingga menyebabkan negara China diperintah oleh kuasa asing (Izzudin, 2012).
Dinasti Song terpaksa berpindah ke Selatan dan berakhir pada 1271 M. Di bawah
pimpinan seorang petani Buddha, Dinasti Ming kembali berkuasa.
Seterusnya, zaman moden bermula pada pertengahan abad ke-19 apabila
Dinasti Ming merupakan keagungan negara China. Tamadun China mengalami
perubahan ketara sekitar 1839-1842, apabila China dikalahkan oleh Barat dalam
Perang Chandu. Dalam pada itu,

pengaruh Barat mula meresap dan telah

mengetepikan amalan dan nilai tradisi tempatan (Izzudin, 2012). Ini menyebabkan
para intelektual China mula mengkagumi sistem demokrasi ala Barat dan ideologi
Komunis. Tahap ini merupakan tahap krisis tamadun yang dialami oleh masyarakat
Cina bagi mempertahankan negara.
Pembentukan Bandar.
Penduduk Cina mendapati Lembah Sungai Hwang-Ho sesuai untuk pertanian.
Mereka mendirikan perkampungan tetap di sana. Penduduk menjalankan aktiviti
pertanian dan penternakan binatang , mengumpul hasil hutan dan memburu
Perkampungan ini berkembang dengan pesat dan mengalami urbanisasi dan
seterusnya menjadi bandar. Bandar ini mempunyai sistem ekonomi dan struktur
masyarakat yang kompleks. Tapak Banpo yang berhampiran bandar Sian moden
merupakan petempatan awal penduduk Hwang He . Contoh bandar atau negara kota
yang wujud ialah Kota Shang (2000 SM), Anyang (1800 SM), Loyang, Changgan dan
sebagainya. Kebanyakan bandar ini muncul di tebing sungai dan tembok telah dibina
untuk melindungi bandar tersebut.
Wujudnya Organisasi Sosial.
Dalam organisasi sosial Tamadun Hwang-Ho, Raja menduduki hierarki yang
tertinggi dalam masyarakat Cina. Di bawahnya, terdapat golongan bangsawan ,
pembesar dan pengawai , mereka merupakan golongan yang berpengaruh di kalangan
rakyat. Selepas bangsawan , pembesar dan pengawai , terdapat golongan petani
27

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


artisan , pedagang . Golongan paling bawah dalam
masyarakat Shang ialah hamba . Perhambaan merupakan
satu ciri utama dalam Dinasti Shang .

Perkembangan Teknologi.
Sains dan teknologi di Tamadun HwangHo maju sejak Dinasti Shang dan bertambah
maju pada zaman Dinasti Chou. Pada zaman Dinasti Shang, gangsa
digunakan untuk membuat alat senjata dan alat pertanian, tanah
liat digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan sebagai alat
perhiasan, sutera dihasilkan dan sistem kalendar dan perpuluhan
diperkenalkan. Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat
daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula
dihasilkan.
Rentetan daripada perkembangan tamadun China ini, beberapa pencapaian dan
sumbangan telah dibuktikan seperti dalam bidang kesusasteraan, sains dan teknologi,
kesenian dan sebagainya. Dalam bidang kesusasteraan dan kesenian, bahasa cina
dapat dikekalkan identitinya walaupun negara China pernah ditakluki oleh kuasa
asing. Ini adalah kerana tulisan cina tidak bersifat fonetik sebaliknya tulisan ini
berbentuk grafik yang telah ditinggalkan kesan terhadap kesusasteraancina dan
penyebarannya (Izzuddin, 2012) Terdapat pelbagai jenis sastera cina klasik seperti
puisi, prosa, drama dan juga fiksyen yang telah dikumpulkan. Sastera-sastera cina ini
dikumpul pada masa konfusius di kawasan Lembah Huang He.
Manakala dari segi sains dan teknologi pula, bidang astronomi, perubatan ,
Matematik dan sebagainya telah dikenal pasti. Semasa zaman Dinasti Zhou, peralatan
astronomi telah dicipta oleh orang cina dan mampu menyediakan maklumat berkaitan
dengan bintang dan astronomi (Abu Hasan, 2010). Sampoa digunakan pertama
kalinya oleh ahli matematik cina iaitu Xu Yue. Buku jiuzhang suanshu ( sembilan bab
matematik) juga menunjukkan penemuan mengenai kuantiti negatif, sistem pecahan
dan perpuluhan. Seterusnya, perkembangan perubatan cina bermula dari sistem

28

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


perubatan tradisional yang terdiri daripada teori kosmik dualistik yin dan yang, teori
lima elemen, dan juga jing dan luo (Hasnan Ika, 2011).
Seterusnya dari bidang kesenian pula, lukisan dan kaligrafi merupakan antara
pencapaian dalam tamadun China ini. Salah satu ciri lukisan Cina ialah hasil daripada
perbuatan spontan dan dibuktikan dengan gerakan berus yang digunakan (Zulkanain
Abd.Rahman, 2000). Tema-tema utama dalam lukisan Cina ialah pemandangan
semula jadi, binatang seperti ikan, bunga dan manusia. Kaligrafi Cina berbeza dengan
kaligrafi Barat kerana peralatan dan material untuk mencipta kaligrafi Cina tidak
sama dengan kaligrafi lain. Ia ditulis bukannya menerusi meja biasa tetapi meja segi
empat tepat atau Chang-Tiao-Cho (Suffian Mansor, 2000). Peralatan lain yang
diperlukan ialah berus, dakwat hitam, kertas mudah telap,dakwat dan batu dakwat.
Kesimpulannya, negara dan bangsa China berjaya mengekalkan kelangsungan
tamadunnya dalam tempoh masa yang panjang kerana mereka kuat mempertahankan
nilai budaya mereka. Ketahanan yang tinggi dan semangat yang kuat untuk
menghadapi pelbagai rintangan dan halangan yang disebabkan oleh pencerobohan
kuasa asing telah menjadikan tamadun China sebagai salah satu tamadun yang unik.
Sumbangan dan pencapainnya tamadun China ini adalah setanding dengan tamadun
dunia yang lain.

29

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

BAHAGIAN D: 8 halaman
Budaya Ilmu Merupakan Pengaruh Terbesar
Dalam Perkembangan Sesuatu Tamadun
Bincangkan pernyataan di atas dengan merujuk kepada Tamadun Islam dan Tamadun
Cina.
PENGENALAN
Ilmu merupakan asas kekuatan sesuatu bangsa dan tamadun. Iman atau agama
yang didasarkan kepada ilmu, ianya bukan sahaja akan mengukuhkan peribadi
berkenaan, malah akan membei kesejahteraan kepada manusia dan alam. Justeru itu
Allah swt menegaskan bermaksud : Bahawa hanya orang yang berilmu berupaya
mentaati Allah dengan sebaik-baiknya.
Peribadi dan bangsa berilmu akan membina kekuatan ekonomi yang berdaya
cipta dan mengatasi segala macam saingan yang dihadapinya. Prof. Paul Kennedy
dari University Yale, Amerika Syarikat, dalam bukunya yang menjadi International
Best-Seller telah menganalisakan faktor-faktor penting kebangkitan dan kejatuhan
kuasa-kuasa besar dari abad ke 16 hingga abad ke 20 Masehi, seperti kerajaan Islam
Turki dan Moghul India; Dinasti Ming China, Jepun, Russia dan negara-negara
Eropah.

Beliau mendpati bahawa dua faktor utama yang salingberkaitan ialah

kewibawaan sister dan kuasa ekonomi, dan kekuatan teknologi ketenteraan. Namun,
masih boleh disimpulkan dari analisanya ini bahwa faktor yang mendasari kedua-dua
faktor akibat ini masih lagi sikap terhadap ilmu dan penghayatan budaya ilmu. Beliau
mendapati sikap puas-hati, jumud dan angkuh golongan-golongan berkuasa di
kalangan ilmuan dan pemerintah di dalam kerajaan Turki, India dan China di atas
adlah antara sebab utama kelemahan sister ekonomi dan teknologi ketenteraan
mereka.
30

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


Malah telah berlaku beberapa kali dalam sejarah bagaimana sesuatu bangsa
yang kuat tetapi tidak ditunjangi oleh budaya ilmu yang baik, akan memeluk dan
menganut nilai-nilai dan ciri-ciri tamadun lain yang ingin ditaklukinya itu.
Contohnya, rumpun bangsa Mongol da Turki yang dulunya amat biadap dan telah
mengakibatkan banyak kerosakan ketamadunan Islam telah memeluk agama Islam,
dan kemudiannya telah melahirkan kekuatan-kekuatan tersendiri dalam sejarah Islam.

Budaya Ilmu Merupakan Pengaruh Terbesar dalam Perkembangan Tamadun


Islam.
Ilmu adalah teras sistem nilai agama Islam dan menduduki tempat yang amat
tinggi. Penekanana terhadap ilmu dalam ajarna Islam jelas ternyata dalam sumbersumber asas agama iaitu al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad saw (Sunnah), dan
semua tokoh-tokoh Islam dari dahulu hingga ssekarang. Penekanan pada pembacaan,
sebagai alat penting dalam usaha keilmuan, dan pengiktirafan Allah sebagi sumber
tertinggi ilmu pengetahuan manusia merupakan perkara awal yang diwahyukan ke
atas Nabi Muhammad saw yang ummi.
Kedudukan istimewa manusia di bumi seperti yang dinyatakan dengan jelas
oleh Allah swt, terletak kepada kelebihannya dalam ilmu pengetahuan. Budaya ilmu
Islam bermula di alam roh lagi. Di alam roh, di mana roh Nabi Adam diajarkan Allah
swt nama-nama segala sesuatu yang tidak diberikan kepada para malaikat dan syaitan.
Berbeza dengan pandangan beberapa tokoh pemikir Yunani dan orang moden
yang meragui keupayaan manusia mengetahui dengan pasti, Islam mewajibkan ilmu
pengetahuan. Tanggungjawab keilmwan terletak kepada semua lelaki dan wanita
yang waras akalnya, bukan bagi segolongan manusia sahaja. Nabi Muhammad sawa
menyatakan dalam satu hadisnya yang terkenal : Menuntut ilmu itu satu kewajipan ke
atas Muslim dan Muslimat.

Tetapi ilmu tidak terbatas sedangkan umur dan

kemampuan manusia amat terbatas, apakah pernyataan tersebut sesuatu yang


mustahil? Tidak, malah ia telah difahami oleh umat Islam sedemikian rupa sehingga
menjadi obor penerang pembina budaya ilmu, sama ada di peringkat individu atau
umat. Menghuraikan hadis ini, Buhanuddin az-Zarnuhi (awal abad ke 13M) dalam
satu tulisannya yang popular, menulis bahawa tidaklah menjadi kewajipan ke atas
setiap orang Islam, lelaki atau perempuan, untuk mempelajari semua perkara.
Kewajipannya ialah memperoleh ilmu mengikut hal ehwal kehidupannay (ilm al-hal).
31

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


Seorang muslim atau muslimat mestilah mengetahui sebanyak yang terdaya untuk
menjalani hel ehwal kehdiupannya dengn sempurna seperti dituntuk oleh Islam yang
meliputi pelbagai aspek kehidupan.
Perkembangan ilmu dalam Tamadun Islam tidak dibahagikan kepada disiplindisiplin khusus. Pemikiran Islam pada zaman khalifah tidak mengkhusus pada bidangbidang tertentu. Sesetengah pemikir pada ketika itu menulis tentang pelbagai perkara
dari sains semula jadi ke aspek kehidupan masyarakat dan sejarah serta agama. Ilmu
pada zaman itu tidak dibahagikan kepada ilmu sekularnya dan agama atau sains
semula jadi, sains sosial atau kemanusiaan. Tetapi pemikir sosial seperti Ibn Khaldun
dan pengembara seperti Ibn Batuttah telah menulis tentang aspek sosial, budaya dan
sejarah dalam masyarakat Islam dan menjadi asas kepada ilmu sains sosial dan
kemanusiaan Islam masa kini.
Bentuk pemikiran sains sosial Islam, khususnya sosiologi dan sejarah, telah
diasaskan oleh pemikir agung Islam, iaitu Ibn Khaldun (Abdul Rahman Abu Zain
Waliuddin bin Muhammad bin Khaldun Al-Maliki). Beliau yang juga tokoh dalam
bidang ekonomi dan politik. Melalui bukunya Muqaddimah atau Pengenalan Kepada
Ilmu Sejarah, beliau telah memperkenalkan satu bidang ilmu yang sekarang ini
dinamakan antropologi dan sosiologi. Ilmu itu kemudiannya dikembangkan oleh
pelopor-pelopor sains sosial Barat yang telah meminjam dan menggunapakai analisis
tamadun dan budaya oleh Ibn Khaldun tetapi menolak komponen agama dalam
analisis mereka.
Dalam pendekatannya itu, Ibn Khaldun meletakkan faktor keagamaan sebagai
salah satu peraturan hidup yang penting yang boleh menyelamatkan sesuatu tamadun
daripada keruntuhan. Faktor keagamaan tersebut telah ditolak oleh pemikir sosial
Barat yang menekankan analisis value-free, empiris, rasionalis dan sekular. (Ismail
Yusoff, 2001). Setelah jatuhnya pengaruh Islam, ilmu sains sosial seperti ekonomi,
politik, sejarah dan sosiologi berkembang dengan pesatnya di Barat dalam bentuk
sekular, liberal danateistik. Ilmu sosial yang dipelopori oleh Ibn Khaldun dan pemikir
sosial Islam lain ditenggelami oleh kemaraan tamadun Barat. Pada hakikatnya
falsafah pemikiran Barat sejak Socrates hingga Freud yang mendasari ilmu
pengetahuan zaman moden Barat telah membuat pilihan untuk memutuskan diri
daripada Tuhan dan menumpu analisis mereka dalam batasan manusia dan alam
sahaja. Oleh itu ilmu pengetahuan Barat, khususnya sains kemasyarakatan dan ilmu

32

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


kemanusiaan telah terlepas daripada hubungan antara manusia dengan Tuhan (Ismail
Yusoff, 2001).
Budaya Ilmu Merupakan Pengaruh Terbesar dalam Perkembangan Tamadun
Cina.
Umumnya masyarakat Cina dari semenjak dahulu lagi memberi penekanan
istimewa kepada pembelajaran dan pendidikan.

Dalam tamadun ini, pendidikan

diebrikan keutamaan sedekian rupa sehinggakan setiap para pentadbir diwajibkan


lulus peperiksaan tertentu. Dalam tamadun Cina juga para cendiakawan mempunyai
pengaruh yang amat besar dalam kehidupan negara dan masyarakat. Tetapi, seperti
yang diperhatikan oleh Rosenthal, Ilmu tidak menduduki martabat satu konsep asas
atau tidak mejadi satu slogan yang dicita-cita oleh semua lapisan rakyat, seperti yang
terdapat dalam tamadun Islam contohnya.
Ilmu dalam pandangan masyarakat Cina, khasnya dari mazhab Konfusiusme
Baru, dipengaruhi oleh penekanan kepada amal. Dalam tradisi pemikiran Cina, amal
dianggap lebih utama dari ilmu dan menjadi perhatian utama individu dan
masyarakat. Malah kecenderungan kuat terhadap amal ini merupakan faktor utama
kenapa kebudayaan Cina tidak mempunyai fasafah formal yang meliputi bidangbidang logic (kaedah berfikir), epistemology (berkenaan sumber-sumber ilmu, caracara memperolehi dan membuktikannya) dan aksiologi (berkenaan nilai).

Tidak

mempunyai falsafah formal bermaksud bahawa mereka tidak menulis dan menghurai
dengn sistematis gagasan pemikiran mereka. Mengikut seorang ahli sejarah falsafah
Cina yang terkenal, Fung Yu-Lan, ahli-ahli falsafah Cina kebanyakannya tidak
menganggap ilmu sebagai perkara penting kecuali yang boleh diamalkan.
Kecenderungan falsafah Cina kepada amal, yang mengarahkan kepada
pembinaan

akhlak, yang tidak

semestinya berdasarkan ilmu dan pemiiran,

dipersetujui oleh Fung Yu-Lan. Beliau memerhatikan bahwa salah satu sebab kenapa
China tidak mempunyai satu system sains yang baik ialah kerana kecenderungan ini.
Satu sebab lagi ialah ketiadaan pemisahan antara diri manusia dengan alam.
Pemisahan ini amat penting dalam mempersiapkan diri untuk mengetahui,
mempunyai ilmu tentang alam dai sekitarnya.
Kecenderungan amali dalam falsafah Cina telah memainkan peranan penting
dalam pertumbuhan teknologi dalam tamadun mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa
tamadun Cina telah memberi sumbangan besar kepada khazanah tamadun manusia,
33

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


sekurang-kurangnya dalam aspek teknologi awalan, seperti pembuatan kertas, sutera,
percetakan kompas, ubat bedik dan lain-lain. Perlu disebut bahawa dalam budaya
ilmu Cina seperti juga dalam budaya ilmu Yunani dan India sehinggalah ke abadke 19
Masehi, peranan wanita hampir tiada langsung.

Walaupun pendidikan diebrikan

kepada puteri-puteri bangsawan, tetapi pendidikan ini, selain dari hal ehwal
kewanitaan, terbatas kepada syair.

GLOBALISASI
Berlaku hubungan dan pertukaran antara tamadun semenjak zaman purba
melalui
a)
b)
c)
d)

Jalan darat, contohnya, Jalan Sutera.


Laut contohnya, Teluk Parsi, Lautan Hindi dan Laut China Selatan
Kuasa tunggal contohnya Central Civilization.
Perang antara kumpulan contohnya seperti Perang Salib.

RUMUSAN
Tidak dinafikan lagi bahwa ilmu merupaka faktor terpenting dalam
menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa atau
umat. Semua agama dan system social manusia menganjurkan ahlinhya kea rah ilmu
pengetahun sekurang-kurangnya sebagai satu faktor penerusan agama, kepercayaan
atau warian dari saru generasi ke generasi yang lain. Tujuannya yang paling utama
ialah untuk mencapai kejayaan dan kekuatan individu dan kumpulan social untuk
kepentingan duniawi seperti semua system social manusia; dan setengahnya seperti
Islam dan beberapa agama lain, meliputi kebahagiaan ukhrawi.
Untuk mencapai matlamat penerusan nilai budaya antara generasi dan untuk
kebahagiaan inilah maka pendidikan, sama ada secara formal, tidak formal dan
informal, dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan dalam setiap masyarakat sepanjang
sejarah manusia.
Kelemahan dan kejatuhan invididu dan bangsa adalah merujuk pada faktor
ilmu juga: iaitu dari segi kepincangan konsep mahu pun dari segi kegagalan dalam
pelaksanaan.

Kepincangan konsep mungkin berasal dari kelemahan penggubal

awalnya seperti semua konsep ilmu hasil pemikiran manusia baik dari ahli-ahli
falsafah Yunani Kuno, China dan Barat moden; atau pun mungkin berasal dari
34

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia


kesilapan tafsiran para pengikut mereka yang terkemudian seperti yang berlaku
kepada konsep ilmu agama Kristian dan Islam.

RUJUKAN
1. Ilmu Pengetahuan Teknologi dan Kemiskinan oleh Annisa Anggun di laman
sesawang

https://annisaanggun93.wordpress.com/2015/01/08/ilmu-pengetahuan-

teknologi-dan-kemiskinan/.
2. S4C Sejarah Tingkatan 4 : Bab 1.5 Tamadun Mesopotamia, oleh S4C Loke Yun
Ju, Tan Yue Ying,

Mythili

Lim dan Tan Zini

di lama sesawang

https://www.blogger.com/profile/07754776119947816527.
3. Rahsia Tersembunyai di Sebalik Piramid Mesih (Bahagian Satu) oleh Harun
Yahya di laman sesawang http://ms.harunyahya.com/ms/Artikel/157451/rahsiatersembunyi-di-sebalik-piramid pada 11hb. April, 2015.
4. Sejarah Blog Tamadun Indus di laman sesawang http://p4a09yllimppc.blogs.smjk.edu.my/sumbangan-tamadun-indus/ pada 11hb. April, 2015.
5. Sumbangan
Tamadun
Indus
dilaman
sesawang
http://remtokimiya.blogspot.com/2013/01/sumbangan-tamadun-indus.html.
6. Tamadun Indus oleh Lim Qiu Hui di laman sesawang http://s4d-2012sejarahtamadunindus.blogspot.com/ pada 12hb. April, 2015.
7. Budaya Ilmu Sebagai Asas Pembangunan Tamadun oelh Dr. Wan Mohd Nor Wan
Daud, University Islam Antarabangsa, Jurnal Pendidikan Islam
8. Sumbangan Tamadun Islam kepada Tamadun Barat, Melayu, China dan India oleh
Shanizam

Mohamad

Poat

dari

laman

sesawang

https://www.scribd.com/doc/39306487/assigment-sumbangan-tamadun-islamkpd-tamadun-barat-melayu-china-dan-india pada 13hb. April, 2015.


9. Sumbangan Islam Dalam Matematik Astronomi dan Perubatan oleh Ain Kamal
dari laman sesawang https://www.scribd.com/doc/79984152/Sumbangan-IslamDalam-Matematik-Astronomi-Dan-Perubatan#download pada 16hb. April, 2015.

35

You might also like