Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG BATU


KAWAN
14110 SIMPANG AMPAT
2/2014

TARIKH

22 JUN 2014

HARI

SABTU

MASA

9.00 PAGI

TEMPAT

BILIK DARJAH

Kehadiran : En. M. Soundrarajan


Cik. K. Tibakarsi

(Guru Besar )

( Ketua Panitia Kajian Tempatan)

AGENDA

1.0

CATATAN

Ucapan Aluan oleh Pengerusi


1.1

Cik.Tibakarsi selaku Pengerusi

Mesyuarat serta

Ketua Panitia Pendidikan Moral telah mengucapkan


ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran
Guru Besar , Guru Penolong Kanan Kurikulum dan
guru-guru Kajian Tempatan ke mesyuarat panitia
kali kedua bagi sesi Tahun 2014.

2.0

Ucapan Guru Besar/ Penolong Kanan


2.1

Guru Besar mengalu-alukan kehadiran guru-guru


ke mesyuarat Panitia Pendidikan Moral kali kedua
ini.

Semua Guru
Pendidikan Moral

3.0

2.2

Beliau mengucapkan syabas kepada guru-guru


yang mengajar Pendidikan Moral.

2.3

Kata beliau, Rancangan panitia adalah untuk


mengatasi kelemahan-kelemahan guru-guru panitia.
Oleh itu, guru-guru perlu menggunakan panitia ini
untuk mengemaskinikan diri mereka dengan
perubahan-prubahan baru.

2.4

Beliau juga menyeru guru-guru menggunakan


Bahan Bantu Belajar dalam kelas semasa
pengajaran dan pembelajaran.

2.5

Guru-guru juga diingatkan menggunakan bahanbahan di pusat sumber dengan seluas-luasnya


supaya murid boleh mengikuti pengajaran dengan
baik.

2.6

Akhir kata, beliau meminta guru-guru menyemak


buku-buku latihan murid dengan teliti dan
mengalakkan murid membuat pembetulan dari
masa ke semasa.

Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu


3.1

Minit mesyuarat kali pertama dibaca oleh Cik.


K.Tibakarsi selaku Pengerusi Majlis dan disahkan
tanpa sebarang pindahan.
Dicadang oleh
: Pn. Kaliammal
Disokong oleh
:

4.0

Perkara Berbangkit
4.1

Guru-guru Pendidikan Moral diingatkan untuk


melaksanakan projek bagi kelas masing-masing
sebelum Ujian Bulan Ogos. Peratusan markah
adalah seperti berikut:

Ujian Bertulis : 70 markah


Ujian Amali : 30 markah (10 markah nilai moral + 20 markah
projek)
4.2

Penolakan markah akan dikenakan atas kesilapan


tulisan / ejaan murid dalam ujian bertulis, iaitu 0.5
markah bagi satu kesilapan.

4.2.1 Panitia telah menjalankan Bengkel Penyediaan Soalan


Ujian Bulanan 2014 pada mulanya walaupun bengkel ini
ditetapkan pada bulan ogas. Namun demikian, bengkelbengkel yang ditetapkan masih belum dijalankan seperti
yang dirancang oleh panitia kerana guru-guru sibuk
dengan program-program sekolah yang lain. Guru Besar
menggesa Ketua Panitia untuk menjalankan bengkelbengkel tersebut secepat mungkin.
4.2.2 Panitia sebulat suara bersetuju untuk menjalankan
bengkel-bengkel itu pada bulan Ogos.
4.2.3 Guru

Besar

menyeru

panitia

untuk

menjalankan

program-program lain seperti yang dirancangkan supaya


tidak akan bertindik pada akhir tahun.

5.0

Isu / Perkara Semasa


5.1

ANALISA UJIAN BULANAN (MAC) TAHUN 3

5.1.1 Menurut Cik. Tibakarsi, enam orang murid tidak dapat lulus
dalam ujian bulan Mac. Seramai lapan orang murid pula
telah menguasai dalam ujian tersebut . Beliau memberi
latihan dan bimbingan untuk murid-murid yang telah gagal.

6.0

Masalah dan Cadangan Guru Pendidikan Moral

6.1 Pn. Kaliamal mengatakan beliau


memberi sepenuh perhatian terhadap murid-murid yang
gagal agar mereka dapat lulus dalam ujian-ujian yang akan
datang.
6.2 Sebagai cadangan Guru Besar menyatakan memberi
sepenuh perhatian terhadap murid-murid yang lemah dan
bermasalah.

7.0

PEPERIKSAAN PKSR 1
7.1
7.2

Kertas soalan disediakan oleh guru matapelajaran


Buat ulangkaji bagi saat terakhir bagi semua kelas

7.3

dan murid-murid.
Kalau guru-guru masih memegang buku latihan ,

dipastikan

kembali

kepada

murid-murid

untuk

mengulang kaji

8.0

Hal-hal lain
8.1

Penolong Kanan menyeru guru-guru menggunakan


format

8.2
8.3

peperiksaan

untuk

mengulangkaji

peperiksaan penggal.
Guru-guru diminta memberi kerja rumah kepada
murid-murid
Guru-guru digalakkan menggunakan ICT dalam P&P.

8.4 Guru Besar juga mengatakan pelbagai teknik pedagogi


dapat menarik minat murid untuk memupuk belajar
dengan lebih yakin. Selain itu, murid juga akan cuba
untuk belajar setelah melihat pelbagai bentuk dalam
ICT.

9.0 Penangguhan Minit Mesyuarat


9.1 Mesyuarat hari ini ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Yang menjalankan tugas,

.............................................

(CIK. K.TIBAKARSI KARUNAGARAN)


Ketua Panitia Pendidikan Moral

Disemak oleh,

.............................................

SONDRARAJAN MAREE
Guru Besar SJK(T)
Ladang Batu Kawan

You might also like