Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Malaysia adalah sebuah negara yang mengeluarkan sayuran untuk kegunaan

domestik dan ekspot. Pada tahun 2009 seluas 38,070 hektar sayuran ditanam
diseluruh negara dengan pengeluaran sebanyak 493,470 metrik tan. Pada tahun
2010 pula seluas 40,980 hektar tanaman sayuran ditanam dengan anggaran
pengeluaran sebanyak 534,400 metrik tan. Negeri Johor merupakan negeri paling
luas menanam dan mengeluarkan sayuran di Malaysia dengan keluasan sebanyak
11,880 hektar pada tahun 2009 diikuti dengan Negeri Pahang (6,540 ha) dan
Kelantan (3,940 ha). Negeri lain yang luas menanam sayuran adalah Sarawak
(3,890 ha), Sabah (2,650 ha) serta Selangor (2,370 ha).

Terdapat lebih dari 22 jenis sayuran yang popular ditanam dan dikeluarkan di
Malaysia yang terdiri dari sayur Jenis Daun ( 9 jenis) dan sayuran Jenis Buah (10
jenis) serta sayur Jenis Umbisi (3 jenis). Sayur jenis daun yang popular ialah Bayam,
Cekur Manis, Daun Bawang, Kailan, Kangkong, Kobis Bulat, Kobis Bunga, Salad dan
Sawi. Sayur jenis buah yang popular ditanam di Malaysia adalah Bendi, Cili, Kacang
Buncis, Kacang Panjang, Labu Manis, Peria, Petola, Terung, Timun dan Tomato. Sayur
jenis umbisi yang popular ialah Lobak Merah, Lobak Putih dan Sengkuang.

Artikel ini ditulis berdasarkan kepada buku laporan tahunan Industri Sayuran
Malaysia terbitan Jabatan Pertanian dan pandangan serta pengalaman penulis
dalam bidang pengembangan pertanian selama hampir 30 tahun. Beberapa Varieti
atau jenis-jenis yang sayuran yang popular akan di bincang pada artikel akan
datang setelah kajian lebih lanjut disiapkan kelak.

SAYURAN JENIS DAUN YANG POPULAR 2010

1. Bayam (Spinach)
Bayam (Amaranthus spp) merupakan sejenis sayur daun yang mendapat
permintaan domestik dan Singapura. Bayam ditanam seluas 3,858 hektar pada
tahun 2009 dengan pengeluaran sebanyak 41,270 mt bernilai RM 66.4 juta.
Kawasan penanaman utama bayam ialah di Johor (2,533 hektar - 80% dari keluasan
semua dan negeri2 lain mananam kurang 250 hektar. Bayam memerlukan masa 30
hari untuk ditanam dan dituai. Varieti popular ialah Bayam Hijau dan Bayam Merah.

Related articles: Bayam (Klik disini)

2. Cekur Manis (Sweet Shoot)


Cekur manis (Sauraous ablicans) ditanam untuk keperluan domestik. Seluas 363
hektar ditanam pada 2009 dengan pengeluaran sebanyak 4,438 mt bernilai RM
10.8 juta. Sarawak merupakan kawasan terluas menanam cekur manis seluas 212
ha) diikuti Sabah (75 ha) dan Selangor (37 ha). Jenis cekur manis di tanam ialah
Cekur Manis Tempatan Daun Lebar, Tempatan Daun Kecil dan Cekur Manis Sabah
(Sabah Sweet Shoot).

Related articles : Cekur manis (Klik disini)

3. Daun Bawang (Spring Onion)


Daun Bawang (Allium fistulossum) ditanam untuk kegunaan domestik. Keluasan
tanaman daun bawang pada 2009 ialah sebanyak 404 hektar mengeluarkan 3,862
mt bernilai RM 10.7 juta. Kawasan penanaman utama daun bawang ialah di C
Highlannd, Pahang (146 ha) dan Sabah (127 ha). Kawasan lain cuma tanam kurang
dari 25 hektar. Daun Bawang ada beberapa jenis yang ditanam seperti daun leper
dan daun bulat.

Bagi tanaman Daun Saderi atau Celery (Apium graviolens) cuma seluas 205 hektar
dengan hasil sebanyak 1,706 mt bernilai RM 9.4 juta hanya di Pahang (195 ha) dan
Kundasang Sabah (5,5 ha).

Related articles:
1. Bawang Daun (Klik disini)
2. Bawang Putih-Garlic (Klik disini)

3. Bawang Merah (Klik disini)


4. Bawang Besar (Klik disini)

4. Kailan (Chinese Kale)


Kailan (Brassica alboglabra) merupakan sayur daun yang mendapat permintaan
tinggi untuk Restoran Masakan Siam bagi menu Kailan Ikan Masin. Seluas 658
hektar kailan ditanam pada 2009 dengan pengeluaran sebanyak 8,967 mt benilai
sebanyak RM 26.4 mt. Kawasan utama penanaman kailan ialah di Johor (198 ha Kawasan Sengkang dan Johor Bahru) diikuti dengan Sarawak (133 ha) dan Melaka
(78 ha). Kailan memerlukan penjagaan khusus bagi menjamin kualiti dan
penghasilan.

Related articles:
1. Kailan (Klik disini)
2. Benih Sayuran (Klik disini)
3. Harga Benih Sayuran (Klik disini)

5. Kangkung (Water Spinach)


Kangkung (Impomea aquatica) kebanyakannaya ditanam untuk pasaran domestik.
Seluas 4,689 ha kangkung ditanam pada tahun 2009 dengan hasil sebanyak 4,678
mt bernilai RM 64.1 juta. Kawasan penanaman utama kangkung ialah di Johor 3,105
ha - hampir 80% dari semua kawasan kangkung).

Artikel: Kangkong (Klik disini)

6. Kobis Bulat (Cabbage)


Kobis Bulat (Brassica oleracea var capitata Linn) ditanam kebanyakannya di
kawasan tanah tinggi. Kobis bulat ditanam dengan keluasan 914 hektar dengan
pengeluaran 12,184 mt bernilai RM 20.1 juta pada tahun 2009. Kawasan penanam
kobis bulat utama di Malaysia ialah di Cameroon Highland Pahang (520 ha) dan

Kundasang Sabah (276 ha) dan Lojing Kelantan (166 ha). Kobis juga ada ditanam di
Sarawak, Kedah dan Terengganu secara kecil2an dinama saiz keluasan kurang dari
5 hektar.

Artikel: Kobis (Klik disini)

7. Kobis Cina (Chinese cabbage)


Kobis Cina (Brassica chinensis var parkinensis) dihasilkan untuk pasaran domestik
dan Singapura. Seluas 300 hektar kobis cina ditanam pada 2009 dengan hasil
sebanyak 6,670 mt bernilai RM 12.0 juta.. Kobis Cina di tanam di dataran tanah
tinggi Cameroon Highland Pahang (150 ha) dan Kundasang Sabah (150 ha).

Artikel : Kobis Cina (Klik disini)

8. Salad (Lettuce)
Salad (Lactuca sativa) ditanam untuk domestik dan ekspot, Direkodkan seluas 654
hektar salad ditanam pada 2009 dengan hasil sebanyak 10,482 ha bernilai RM 38.5
juta. Salad banyak ditanam di Johor (170 ha), Sabah (107 ha) dan CH Pahang (148
ha). Salad digunakan untuk ulam dan ramuan rojak dari jenis tempatan.

Artikel : Salad (Klik disini)


Artikel : Teknologi NTF Salad (Klik disini)

9. Sawi
Sawi bunga atau Choysam atau Leaf mustard ( Brassica chinensis) ditanam seluas
2,052 hektar di Malaysia pada tahun 2009 dengan penghasilan sebanyak 28,065 mt
yang bernilai RM 26.1 juta. Kawasan penanaman utama sawi bunga ialah di
Kelantan (382 ha), Sarawak (301 ha) dan Terengganu (229 ha).

Sawi Putih atau Kai Choy atau Chinese white cabbage (Brassica chinensis) ditanam
seluas 1,063 hektar dengan pengeluaran sebanyak 12,678 mt pada tahun 2009
bernilai RM 26.2 juta. Sawi Putih banyak ditanam di Johor hampir iaitu separuh
keluasan pengeluaran sayuran jenis sawi di negara ini (580 ha). Kawasan utama di
Johor di sekitar Daerah Johhor Bahru, Daerah Kulaijaya daan Daerah Kota Tinggi
serta Daerah Kluang. Pengalaman penulis menunjukkan pengusaha tanaman sawi
menggunakan struktur pelindung hujan untuk mempastikan sawi tidak rosak pada
musim hujan.

Sawi Kerinting (Brasicca spp) ditanam seluas 373 hektar dengan pengeluaran
sebanyak 4,468 mt bernilai RM 7.1 juta terutama di Johor (164 ha). Sawi lain yang
juga ditanam di Malaysia ialah Sawi Pendek (1,243 ha0, Sawi Pahit dan Sawi Jepun.
Sayuran sawi dipasarkan dengan segera ke Pasar Borong untuk mempastikan
kesegarannya.

Related articles fromthis blog:


1. SAWI HIJAU (KLIK DISINI)
2. SAWI PAHIT (KLIK DISINI)
3. SAWI PUTIH (KLIK DISINI)
4. ENDIVE (KLIK DISINI)
5. GROWING BRASSICA (KLIK DISINI)
6. HIDROPONIK (KLIM DISINI)
7. KABAK (KLIK DISINI)
8. KROKOT BELANDA (KLIK DISINI)
9. DAUN SADERI (KLIK DISINI)
10.SERANGGA PEROSAK (KLIK DISINI)

SAYURAN JENIS BUAH YANG POPULAR 2009

1. Bendi
Bendi (Abelmoschus esculentus) atau Ladys Finger atau Okra ditanam untuk
pasaran kebanyakanya domestik. Seluas 1,620 ha bendi ditanam dengan
pengeluaran hasil sebanyak 20,980 mt bernilai RM 63.2 juta . Kawasan utama
penanaman bendi ialah di Johor (381 ha), Kedah (261 ha), Sarawak (222 ha),
Kelantan(135 ha). Bendi 5 segi dan Bendi 7 segi merupakan 2 varieti yang popular
ditanam di Malaysia.

Artikel : Bendi (Klik disini)


Artikel : Gamet (Klik disini)

2. Cili
Cili (Capsicum annum) ditanam untuk pasaran domestik dan Singapura. Seluas
2,898 hektar cili ditanam untuk cili merah kebanyakkannya dengan hasil sebanyak
33,032 mt bernilai RM 157,8 juta iaitu nilai tertinggi kategori sayuran buah. Cili
merah banyak di tanam di Kelantan (838 ha), Johor (534 ha) dan Pahang (370 ha).

Related articles:
1. Chili (Klik disini)
2. Cashflow Chili (Klik disini)
3. Cili Kulai Fertigasi (Klik disini)
4. Cili dalam pot (Klik disini)
5. Cili Padi (Klik disini)
6. Cili Api Centil (Klik disini)
7. Capsaicin yang pedas (Klik disini)

3. Kacang Buncis (French Bean)


Kacang Buncis (Phaseolus vulgaris) ditanam untuk pasaran domestik
kebanyakkanya. Seluas 1,027 hektar kacang buncis ditanam pada 2009 dengan
hasil sebanyak 7,006 mt bernilai RM 27.2 juta. Kawasan penanam utama kacang
buncis ialah Kelantan (343 ha), Pahang (262 ha) dan Sarawak (125 ha).

Artikel: Kacang Buncis (Klik disini)


Artikel: Kacang Botor (Klik disini)

4. Kacang Panjang (Long Bean)


Kacang Panjang (Vigna sinensis) ditanam untuk pasaran domestik dan Singapura.
Seluas 2,781 ditanam pada 2009 dengan pengeluaran sebanyak 35.93 mt bernilai
RM 76.5 juta. Kacang Panjang banyak ditanam di Johor (784 ha) diikuti Sarawak
(401 ha), Perak (331 ha) dan Kelantan (244 ha). Negeri2 lain menanam kurang 200
ha.

Artikel: Kacang Panjang (Klik disini)


Artikel: Kacang Serinding (Klik disini)
Artikel: Kacang Pea (klik disini)

5. Labu Manis (Pumpkin)


Labu Manis (Cucurbita maxima) ditanam untuk pasaran domestik dan ekspot.
Seluas 442 hektar labu manis ditanam pada 2009 dengan penghasilan sebanyak
5,446 mt bernilai sebanyak RM 6.2 juta. Kawasan utama penanamann labu manis
ialah di Kelantan (203 ha). Negeri2 lain menanam kurang dari 50 ha.
Bagi tanaman Labu Air atau dipanggil 'omputih' panggil sebagai Bottle Gourd
ditanam seluas 197 hektar dengan hasil sebanyak 2,122 mt pada 2009. Labu Air
sedap dimasak air atau di proses untuk dijadikan jus atau halwa.

Related articles :1. Labu Manis (Klik disini)


2. Labu Air (Klik disini)
3. Labu Botol (Klik disini)

6. Peria (Bitter Gourd)


Peria (Momordica charantia) ditanam untuk pasaran domestik. Seluas 1,192 hektar
ditanam pada tahun 2009 dengan penghasilan sebanyak 12,108 mt bernilai RM
22.5 juta. Kawasan pengeluaran utama tanaman peria adalah di Pahang (485 ha),
Johor (257 Ha) dan Sarawak (207 ha).
Bagi tanaman Peria katak (Dwarf bitter gourd) cuma seluas 1.7 ha di rekodkan
terutama Tangkak di Johor dengan pengeluaran 16.5 mt sahaja.

Related articles :
1. Peria Katak (Klik disini)
2. Farmers in Malaysia (Klik disini)

7. Petola (Angle loofah)


Petola Segi (Luffa acutangula) merupakan sejenis sayur buah yang ditanam
kebanyakan untuk pasaran domestik. Seluas 1,310 hektar pelola segi ditanam pada
tahun 2009 dengan pengeluaran sebanyak 14,774 mt bernilai RM 24.9
juta.Kawasan penanam petola segi yang banyak ialah di Pahang (399 ha) diikuti
Kelantan (278 ha) dan Johor (214 ha).
Bagi tanaman Petola Ular atau dipanggil sebagai Snake gourd cuma ditanam seluas
19 hektar dengan penghasilan sebanyak 290 mt sahaja kebanyakkanya di Negeri
Johor (75%).

Artikel : Petola Segi (Klik disini)


Artikel : Petola Ular (Klik disini)

8. Terung (Brinjal)
Terung (Solanum melongena) diatanam kebanyakkannya untuk pasaran domestik.
Seluas 1,295 hektar terung ditanam pada 2009 dengan pengeluaran sebanyak
20,746 ha bernilai RM 52.2 juta. Terung banyak ditanam di Pahang (292 ha) diikuti
Kelantan (254 ha), Johor (180 ha) dan Sarawak (169 ha). Negeri2 lain menanam
kurang dari 100 hektar. Terdapat beberapa jenis terung yang ditanam dan di makan
di malaysia seperti Terung Dayak, Terung Meranti, Terung Pipit dan lain-lain lagi.
Terung ditanam untuk kegunaan tempatan dan juga di ekspot.

Artikel: Terung Dayak (Klik disini)


Artikel: Terung Pipit (Klik disini)
Artikel: Terung Meranti (Klik disini)
Artikel: Terung (Klik disini)

9. Timun (Cucumber)
Timun (Cucumis sativus) ditanam untuk tempatan dan ekspot ke Singapura dan
Brunei. Seluas 3,111 hektar timun ditanam pada 2009 dengan pengeluaran
sebanyak 50,851 mt bernilai RM 60.3 juta. Kawasan utama penanaman timun ialah
di Pahang (692 ha), Kelantan (591 ha), Johor (440 ha), Sarawak (406 ha) dan Kedah
(254 ha). Lain2 negeri menanam timun dengan keluasan kurang dari 200 hektar.

10. Tomato
Tomato (Lycopersicum esculentum Mill) ditanam di Malaysia untuk keperluan
domestik. Seluas 1,110 hektar tomato di tanam pada thun 2009 dengan

pengeluaraan sebanyak 35,658 mt bernilai sebanyak RM 78.5 juta. Kawasn utama


pengeluaran tomato ialah di Lojing Kelantan (368 ha), Cameroon Highland Pahang
(627 ha) dan Sabah (85 ha). Kawasan lain menanam tomato ialah Sarawak,
Selangor, Johor dan Melaka.

Related articles:1. Tomato (Klik disini)


2. Harga Benih Sayuran (Klik disini)
3. Menggred buah Tomato (Klik disini)
4. Sistem Fertigasi Autopot (Klik disini)
5. Genetically Modified Food (Klik disini)

SAYURAN JENIS UMBISI

1. Lobak Merah (Carrot)


Lobak merah (Daucas carota Linn) merupakan jenis lobak yang ditanam untuk
keperluan domestik. Seluas 243.2 ha lobak merah ditanam pada 2009 di Cameroon
Highland Pahang (229 ha) dan Kundasang di Sabah (14.2 ha) dengan pengeluaran
sebanyak 404.5 mt. bernilai RM 0.839 juta.

Artikel : Lobak Merah (Klik disini)


Artikel : Sayuran (Klik disini)

2. Lobak Putih (Radish)


Lobak Putih (Raphanus sativus) ditanam kebanyakkannya untuk pasaran domestik.
Lobak putih ditanam dikawasan tanah tinggi seluas 261.1 hektar dengan
penghasilan sebanyak 3,432 mt pada tahun 2009. Negeri yang menanam lobak

putih ialah Ranau Sabah (336.2 ha) ,Cameroon Highland Pahang (229 ha), Perak
(6.9 ha) dan sedikit di Terengganu (0.3 ha).

Artikel: Lobak Putih (Klik disini)


Artikel: Lokio (Klik disini)

3. Sengkuang (Yambean)
Sengkuang Cina (Pachyrhizus erosus) adalah sayuran jenis umbisi yang ditanam
untu kegunaan segar. Terdapat seluas 111.9 hektar tanaman sengkuang dengan
pengeluaran sebanyak 2,426 metrik tan benilai RM 3.6 juta pada 2009. Kawasan
utama tanaman sengkuang pada 2009 ialah di Johor (58.5 ha - Kebanyakkan di
Daerah Muar dan Ledang) , Perak (30.9 ha), Sabah (19 ha) dan Kedah (3.5 ha). Jenis
yang popular ialah Sengkuang Tempatan.

Artikel : Sengkuang (Klik disini)

MENANAM SAYUR....NAMPAK SENANG...


KALAU UNTUNG... HATI SANGAT GIRANG...
SAYUR POPULAR.... MESTI KENA TANAM...
AGAR PELABURAN... TIDAK TERANCAM...
IMPOT DAN EKSPOT...SAYURAN BERTAHUN...
SAYUR BERKUALITI...TIADA SISABAKI RACUN...

You might also like