Contoh Report Latihan Industri

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 42

LAPORAN AKHIR LATIHAN AMALI

Penghargaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi
Allah S.W.T serta selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, para
sahabat dan kaum muslimin dan muslimat. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana
mengkurniakan tenaga, masa dan kesihatan kepada saya dalam menyiapkan tugasan
latihan industri dengan jayanya. Satu penghargaan saya tujukan kepada pihak Fakulti
Senibina Perancangan dan Ukur yang telah memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan
seperjuangan untuk menimba ilmu dan pengalaman supaya bersedia menghadapi realiti
dunia pekerjaan.
Pertama sekali, ribuan terima kasih dipanjangkan kepada pihak Majlis Perbandaran
Taiping yang sudi menerima saya sebagai pelajar latihan industri selama 4 bulan. Tidak
dilupakan penyelia saya Pn. Noor Azila Binti Ramli dan Ketua Jabatan Perancang dan
Pembangunan Bandar Majlis Perbandaran Taiping Encik Syahrulnizam Bin Baharom. Tidak
dilupakan juga En. Mushidi Bin Zainudin, En. Mohd Hafzranie Azreen, Pn. Nadia Yusniza,
Pn Maziah serta rakan latihan industri yang lain. Dengan ilmu yang baru buat diri saya, akan
dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Akhir sekali, ucapan terima kasih saya tujukan kepada ahli keluarga yang tersayang
dimana turut memberi sokongan dan mendoakan kejayaan saya selama ini. Ucapan terima
kasih juga buat mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
membantu saya menjayakan latihan industri.
TERIMA KASIH
Disediakan oleh:

Diselia oleh:

...

MUHAMMAD IZWAN BIN ABDULLAH SANI

PUAN NOOR AZILA BINTI RAMLI

Pelajar Ijazah Sarjana Muda

Penolong Pegawai Perancang Bandar

Perancangan Bandar Dan Wilayah

Jabatan Perancangan Pembangunan Bandar

Uitm Shah Alam

Majlis Perbandaran Taiping

MUHAMMAD IZWAN BIN ABDULLAH SANI (2012529253)

LAPORAN AKHIR LATIHAN AMALI

BAB 1
PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN
Latihan Industri merupakan salah satu komponen utama dalam pembelajaran di
Universiti

Teknologi

Mara

Malaysia.

Semua

pelajar

Ijazah

Sarjana

Muda

Perancangan Bandar dan Wilayah Universiti Teknologi Mara (Kampus Shah Alam)
yang kini telah berpindah ke Kampus Puncak Alam diwajibkan menjalani latihan
industri termasuklah pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi
Pengajian Tinggi Swasta IPTS) yang lain..
Tujuan latihan industri ini adalah membina keyakinan diri dengan pengalaman dan
pengetahuan agar jadi bekalan sebelum menjejaki kaki ke alam pekerjaan. Pelajar
diberi kebebasan untuk memilih syarikat atau organisasi yang relevan dan diminati
samada kerajaan atau swasta. Ia menjadi bonus kepada pelajar yang mendapat
organisasi yang selari dengan bidang yang sedang diambil di universiti. Tambahan
pula, jika organisasi tersebut menyediakan elaun dan gaji kepada pelajar latihan
industri tersebut. Syarikat yang dimohon untuk penempatan tidak semuanya
memberi feedback yang diingini diatas sebab-sebab tertentu. Jadi, pelajar haruslah
bersabar dan bersikap positif terhadap situasi tersebut. Latihan industri ini juga
merupakan salah satu perkara yang perlu dilakukan bagi setiap pelajar sebelum
dianugerahkan Sijil, Diploma mahupun Ijazah dengan syarat wajib lulus latihan
industri.
Selain itu, pelajar dapat mempelajari perkara yang baru berkaitan kursus mereka.
Secara amnya, teori yang dipelajari pelajar di unversiti dan latihan industri adalah
berbeza. Majlis Perbandaran Taiping telah mengambil saya sebagai pelajar latihan
industri dibawah Jabatan Perancangan dan Pembangunan Bandar (JPPB). Semua
maklumat dan aktiviti saya berkaitan dengan JPPB telah saya lampir dan muatkan
sepenuhnya di dalam laporan ini.

MUHAMMAD IZWAN BIN ABDULLAH SANI (2012529253)

LAPORAN AKHIR LATIHAN AMALI


1.2

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI


Program Latihan Industri ini dirancang untuk membantu pelajar mencapai objektif
berikut:

1.3

I.

Mendapat pendedahan secara langsung terhadap profesion serta aplikasi

II.

dalam bidang masing-masing pengadaptasian persekitaran kerja.


Memberi peluang untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan cara

III.
IV.

professional dari pelbagai bidang.


Menimba pengalaman bekerja di dalam suatu organisasi professional.
Membina daya kreatif, pemikiran kritikal, kemahiran teknikal, interpersonal

V.

dan komunikasi.
Menbina jaringan dengan pelbagai agensi-agensi, syarikat dan orang ramai.

TUJUAN LAPORAN
Latihan industri adalah wajib bagi semua pelajar UITM. Apabila tamat latihan industri
yang dijalankan, setiap pelajar harus membuat atau menyediakan laporan lengkap
dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak UITM. Laporan ini bertujuan
untuk menilai sejauh mana keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh
pelajar semasa menjalani latihan industri selama satu semester. Laporan ini juga
merupakan dokumen penting kerana ia boleh dijadikan sebagai bahan bukti pelajar
tersebut telah menjalani latihan industri. Selain itu, laporan ini boleh dijadikan garis
panduan atau panduan rujukan ketika temuduga kelak.
Laporan yang telah lengkap akan diserahkan kepada pensyarah masing-masing
yang telah ditetapkan untuk disemak selepas tamat latihan industri. Ia bertujuan
untuk pensyarah membuat penilaian sebelum memasuki semester baru. Rugilah jika
sesuatu kerja yang baik tidak dicatit atau tidak dijadikan buku laporan kerana ia
boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk masa akan datang. Akhirnya, laporan
yang dibuat mestilah mudah difahami terutama kepada pensyarah yang memeriksa
untuk penilaian rujukan laporan tersebut.

MUHAMMAD IZWAN BIN ABDULLAH SANI (2012529253)

LAPORAN AKHIR LATIHAN AMALI

BAB 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1

PENGENALAN ORGANISASI
Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama.
Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian
Pauh. Klian bermaksud lombong, manakala Pauh pula ialah sejenis buah manga
yang bersaiz kecil. Taiping bermaksud Aman atau Damai dalam bahasa Mandarin.
Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang Negara China yang melakukan
aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Chee Hind an Hai San, yang
begitu ramai di Klian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah
bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata
sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di
darah Larut. Bandar Taiping telah diterokai oleh Long Jaafar pada tahun 1880.
Dengan penemuan bijih timah di kawasan Klian Pauh, kebetulan Long Jaafar telah
memberi galakan supaya orang-orang Melayu membuka lombong bijih timah dan
perusahaan ini telah berjaya member hasil yang lumayan. Long Jaafar kemudiannya
mengimport buruh-buruh Cina dari Pulau Pinang. Di dalam tahun 1850, Sultan
Abdullah Muhammad Shah telah menganugerahkan Larut (Taiping) kepada Long
Jaafar untuk mentadbir dan memajukannya bergelar Orang Besar Jajahan. Long
Jaafar meninggal dunia pada tahun 1857 dan anak keduanya yang bernama Ngah
Ibrahim telah dilantik mewarisi kekuasaan di jajahan bapanya.
Taiping dibawah pemerintahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) oleh Majlis
Perbandaran Taiping (MPT). MPT mempunyai kuasa autonomi dari segi kewangan
dan merupakan sebuah organisasi yang memberikan perkhidmatan Pihak Berkuasa
Tempatan di Bandar Taiping dan kawasan-kawasan operasinya.

Keluasan

keseluruhan kawasan MPT kini menjangkau 116.46km persegi dan sebagai


merealisasikan misi dan wawasan iaitu menjadikan Taiping sentiasa berdaya maju
menerusi perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkualiti. MPT telah mengantur
strategi pengurusan dan pentadbiran sejajar dengan perkembangan dan keperluan
semasa.
Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah ditubuhkan pada 1 September 1979
berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Kawasan pentadbiran MPT
MUHAMMAD IZWAN BIN ABDULLAH SANI (2012529253)

LAPORAN AKHIR LATIHAN AMALI


adalah merangkumi kawasan bandar serta kawasan pinggir bandar.

Sejarah

perkembangan pentadbiran MPT bermula dengan penubuhan Lembaga Kebersihan /


Kesihatan (Sanitary Board) pada tahun 1874. Selepas itu, Lembaga Bandaran
ditubuhkan melalui Akta Lembaga Bab 137 pada tahun 1930. Seterusnya penubuhan
Majlis Perbandaran Berautonomi Kewangan pada tahun 1956. Pada 1 Julai 1977,
Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan ditubuhkan dengan keluasan kawasan
pentadbirannya adalah 33.67 km persegi. Seterusnya pada 1 September 1979,
Majlis Perbandaran Taiping ditubuhkan dengan keluasannya 139.89 km persegi.
Bidang tugas MPT adalah melibatkan perancangan di dalam mencorakkan
pembangunan masa depan kawasan dan memberikan perkhidmatan perbandaran
untuk memenuhi keperluan semasa penduduk. MPT juga telah menetapkan misinya
iaitu menjadikan kawasan MPT sebagai kawasan yang permai, bersih, indah, teratur
dan dinamik. Kawasan MPT terletak di dalam Daerah Larut Matang yang
mengandungi 12 mukim dengan jumlah penduduk mengikut bancian 2010 iaitu
seramai 198,112 orang. Kira-kira 111.47 km persegi adalah kawasan operasi iaitu
kawasan yang diberi perkhidmatan dan dikenakan cukai taksiran tahunan sementara
74.99 km persegi adalah kawasan kawalan iaitu kawasan yang tidak diberi
perkhidmatan tetapi pembangunan terkawal.
MPT mengamalkan 3 peringkat pentadbiran dan pengurusan iaitu majlis menggubal
dasar dan membuat keputusan. Seterusnya, majlis terdiri daripada seorang Yang
DiPertua Majlis Perbandaran Taiping dan 23 orang Ahli. Akhir sekali,majlis yang
dilantik sebagai mewakili masyarakat tempatan. Pada dasarnya bidang tugas MPT
adalah melibatkan perancangan dalam mencorakkan pembangunan masa depan
kawasan Majlis dan memberikan perkhidmatan perbandaran untuk memenuhi
keperluan asas semasa penduduk di kawasan Majlis. Pentadbiran MPT sentisa
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan secara
cekap dan berkesan. Sejajar dengan itu, MPT akan sentiasa berusaha untuk
memberikan dan melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkualiti demi
kecemerlangan, kepuasan dan keselesaan penduduk dan pengunjung. Bagi
mencapai hasrat ini, MPT telah menetapkan misinya iaitu menjadikan kawasan MPT
sebagai kawasan yang permai, bersih, indah, teratur dan dinamaik. Sesuai dengan
misi ini, MPT telah menggariskan tiga kateria yang perlu di beri tumpuan iaitu:
I.

Sentiasa menyediakan perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkualiti

II.

kepada setiap pelanggan.


Sentiasa berusaha menjadikan kawasan MPT maju, bersih dan indah.
MUHAMMAD IZWAN BIN ABDULLAH SANI (2012529253)

LAPORAN AKHIR LATIHAN AMALI


III.

Sentiasa memastikan Akta-akta dan Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa


Tempatan dilaksanakan denganadil dan saksama.

Rajah 2.1: Kawasan pentadbiran di bawah seliaan MPT


2.2

MAKLUMAT RINGKAS ORGANISASI

MUHAMMAD IZWAN BIN ABDULLAH SANI (2012529253)

LAPORAN AKHIR LATIHAN AMALI

Rajah 2.2: Logo rasmi Majlis Perbandaran Taiping


2.2.1

Lambang MPT
Seperti yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Sultan Yusuff Izuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil, Darjah Utama
Seri Mahkota Negara dengan kurnia Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan dan
jajahan takluknya.

2.2.2

Mahkota
Melambangkan kepentingan tatarakyat Taiping pada suatu ketika dahulu
sebagai ibu Negeri Perak. Mahkota itu tertulis dengan perkataan Aman
Selama-lamanya persamaan dengan bahasa Inggeris Everlasting Peace

2.2.3

Perisai
Terletak seketul jongkong timah dan bunga padi yang membawa lambing
sejarah penemuan bijih timah yang terawal di Taiping serta symbol kekuatan
ekonomi Majlis Perbandaran Taiping. Bunga padi memberi pengertian
perpaduan keharmonian dan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping dengan
penduduk setempat.

2.2.4

Tepi Perisai

MUHAMMAD IZWAN BIN ABDULLAH SANI (2012529253)

LAPORAN AKHIR LATIHAN AMALI


Lambang tepi perisai di sokong pada setiap sudut oleh Harimau Malaya
berwarna keemasan dan berbelang hitam yang melambangkan suatu kuasa
tempatan yang melingdungi dan membantu penduduk setempat.
Tiap-tiap seekor menyokong sepohon anak getah (Havea Braziliensis)
berbentuk warna asli. Keseluruhan lambang tersebut berdiri di atas ruang
berumput mengandungi segulung kertas bercogan kata dengan perkataan
Taiping (Tai-peng) yang memberi makna Aman Selama-lamanya dalam
bahasa Cina.

2.3

MISI, VISI DAN MATLAMAT MAJLIS PERBANDARAN TAIPING


2.3.1

Misi
Penggerak yang Berwibawa, Dinamik Berdaya Saing Dalam Penyampaian
Perkhidmatan Perbandaran, Pembangunan dan Pelancongan Kepada
Pelanggan Melalui Pengurusan Yang Berkualiti Dan Kompeten Untuk
Kesejahteraan Dan Kemakmuran Masyarakat.

2.3.2

Visi
Menjadikan Taiping sebagai Bandar Pelancongan Warisan Berdaya Maju,
Sejahtera dan Mampan menjelang tahun 2015.

2.3.3

Matlamat
Menentukan keselesaan penduduk di dalam kawasan Majlis Perbandaran
Taiping

melalui

peningkatan

mutu

perkhidmatan,

perancangan

dan

pengawalan mengikut keperluan semasa, selaras dengan dasar kerajaan


masa kini.
2.3.4

Wawasan
Memastikan Majlis Perbandaran Taiping sentiasa berdaya maju supaya
Bandar Taiping selesa untuk didiami.

2.4

OBJEKTIF MAJLIS PERBANDARAN TAIPING


MUHAMMAD IZWAN BIN ABDULLAH SANI (2012529253)

LAPORAN AKHIR LATIHAN AMALI


I.

Mempertingkatan mutu kehidupan melalui perkhidmatan dan kemudahan

II.

perbandaran yang terbaik dan berkualiti.


Memainkan peranan sebagai jentera kerajaan bagi mencapai matlamat Dasar

III.

Pembangunan Nasional (DPN).


Mengawal dan merancang semua pembangunan yang ada di dalam bidang

IV.

kuasa Majlis Perbandaran Taiping mengikut dasar-dasar Majlis.


Menggalakkan pembangunan soaial, fizikal, ekonomi dan pembangunan

V.

kegunaan tanah secara teratur, cekap dan ekonomikal.


Menyediakan dan melaksanakan kemudahan infrastruktur, serta menyelenggara
ke tahap yang sempurna.
Mengadakan projek landskap

VI.

kemudahan-kemudahan

rekreasi,

dan

pengindahan

lipurdiri,

taman

serta
awam

menyelenggara
supaya

dapat

VII.

mewujudkan suasana alam semulajadi yang harmoni.


Menentukan pengurusan dan pentadbiran jabatan-jabatan Majlis berjalan dengan

VIII.

bersih, cekap, berkesan dan sistematik.


Mewujudkan perhubungan yang baik di antara jabatan-jabatan, agensi-agensi

IX.
X.

yang terlibat dengan hal-hal urusan Majlis.


Mengawal dan memastikan kebersihan di kawasan Majlis sentiasa terjamin.
Menyedia dan mengadakan program kerjasama kemasyarakatan demi
kesejahteraan dan kualiti hidup yang tinggi dan mampan.

2.5

FUNGSI MAJLIS PERBANDARAN TAIPING


Majlis Perbandaran Taiping melaksanakan fungsinya berdasarkan Akta Kerajaan
Tempatan 1976 (Akta 171). Di antara fungsi MPT adalah seperti berikut :
I.

Merancang dan mengawal pembangunan termasuk meluluskan Pelan Susunatur,

II.

Pelan Pertapakan dan Pelan Pinta Ukur.


Mengawal bangunan termasuk meluluskan pelan bangunan, permohonan permit

III.

dan mengeluarkan sijil layak menduduki.


Melesen dan mengawal premis perniagaan, premis sementara, lesen penjaja dan

IV.

iklan.
Memberi perkhidmatan kawalan mutu makanan, kebersihan pusat jualan
makanan dan kawalan penyakit berjangkit.

V.
VI.

Menyelia dan menyelenggara pengindahan bandar dan lanskap yang menarik.


Membina dan menyelenggara jalan, sistem saliran dan menguruskan sistem lalu

VII.

lintas.
Menyediakan dan menyelenggara kemudahan awam seperti pasar, gerai, dewan,
kompleks sukan, kolam renang, taman permainan kanak-kanak, perhentian bas
dan lain-lain seperti kemudahan rekreasi, lipur diri dan istirehat.
MUHAMMAD IZWAN BIN ABDULLAH SANI (2012529253)

LAPORAN AKHIR LATIHAN AMALI

2.6

SENARAI UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG DIGUNA PAKAI OLEH


MAJLIS PERBANDARAN TAIPING
MPT menjalankan tugas dan peranannya berdasarkan kepada Akta dan UndangUndang Kecil yang diterima pakai oleh MPT. Di antara akta utama yang diterima
pakai adalah seperti :
2.6.1

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)


Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) mengandungi peruntukan yang
berkaitan dengan aspek penubuhan, pentadbiran, kewangan, kuasa, peranan
dan tanggung-jawab yang perlu dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT)

2.6.2

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)


Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) akan menentukan
peranan dan kuasa PBT di dalam mengatur, mengawal, merancang
pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan di dalam kawasan
pentadbirannya.

2.6.3

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)


Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) akan menentukan kuasa
PBT berhubung dengan perancangan, pembangunan dan pembinaan jalan,
parit dan bangunan di dalam kawasan pentadbirannya.

2.6.4

Akta dan Undang-Undang Kecil Utama Yang Diterima pakai Oleh MPT
Selain daripada tiga Akta utama yang dinyatakan, pihak MPT juga menerima
pakai Akta dan Undang-Undang Kecil seperti berikut:

Akta Pengangkutan Jalan 1987


Akta Makanan 1983 Dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985
MUHAMMAD IZWAN BIN ABDULLAH SANI (2012529253)

1
0

LAPORAN AKHIR LATIHAN AMALI

2.7

Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975


Akta Petroleum 1984
Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (Am) Negeri Perak 1991
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam Negeri Perak 1984
Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) MPT

1980
Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) MPT

(Jalan, Parit dan Bangunan) 1982


Undang-Undang Kecil Mengawal Pasar Awam dan Pasar Swasta

MPT 1984
Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perusahaan

MPT 1983
Undang-Undang Kecil Lembu Kerbau Merayau MPT 1983
Undang-Undang Kecil (Rumah Urut) 1983 LPKT Taiping
Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Pengawasan

Makanan MPT 1984


Undang-Undang Kecil Dewan Perbandaran MPT 1984
Undang-Undang Kecil Penjaja MPT 1990
Undang-Undang Kecil Taman MPT 1986
Undang-Undang Kecil Iklan MPT 1983
Undang-Undang Kecil Kedai-Kedai Gunting dan Pendandan Rambut

MPT 1983
Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPT 1983
Undang-Undang Kecil Larangan Merokok Dalam Panggung Wayang

MPT 1985
Undang-Undang Kecil Kebersihan Awam MPT 1984
Undang-Undang Kecil Pasar Malam/Sehari MPT 1985
Undang-Undang Kecil Tandas Awam MPT 1990
Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya) MPT

1990
Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing MPT 1990
Undang-Undang Kecil Vandalisme MPT 1992
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan, dan Pelupusan

Sampah Sarap MPT 1992


Undang-Undang Kecil Kerja Tanah MPT 1990
Perintah Lalulintas Jalan (Letak Kereta Bermeter) MPT 1990
Perintah Lalulintas Jalan (Letak Kereta Berat-Tendan) MPT 1981
Undang-Undang Kecil Kawalan dan Penyeliaan Kolam Renang MPT

1996
Undang-Undang Kecil Krematorium

Tempat

STRUKTUR PENGURUSAN DAN PERINGKAT MEMBUAT KEPUTUSAN

MUHAMMAD IZWAN BIN ABDULLAH SANI (2012529253)

1
1

LAPORAN AKHIR LATIHAN AMALI


MPT diketuai oleh Yang Dipertua dan 23 orang Ahli Majlis yang dilantik oleh Kerajaan
Negeri Perak yang dipertanggung jawabkan berkaitan dengan dasar-dasar majlis
dan proses membuat keputusan. Dalam hal yang berkaitan dengan pengurusan dan
pentadbiran, Yang Dipertua dibantu oleh setiausaha dan 8 orang Ketua Jabatan.
Majlis juga mempunyai seramai lebih 706 orang anggota sokongan. MPT
mengamalkan tiga (3) peringkat pentadbiran dan pengurusan iaitu :
I.
II.
III.

2.7.1

Majlis Menggubal Dasar dan Membuat Keputusan


Jawatankuasa Penasihat dan Teknikal
Pengurusan Pelaksanaan dan Penilaian

Ahli Majlis
Badan pembuat dasar dan keputusan tertinggi di PBT ialah Mesyuarat PBT
yang lebih dikenali sebagai Mesyuarat Penuh Majlis. Ianya dianggotai oleh
kesemua Ahli Majlis. Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, MPT
mempunyai 24 orang ahli yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri terdiri
daripada seorang Yang Dipertua dan 23 orang Ahli Majlis yang mewakili
pelbagai pertubuhan politik untuk pembangunan masyarakat tempatan.

2.7.2

Jawatankuasa Penasihat dan Teknikal


MPT telah menubuhkan 14 Jawatankuasa Penasihat dan Teknikal yang
bertujuan untuk kelulusan dan pelaksanaan yang akan dibawa ke Mesyuarat
PBT. Jawatankuasa - jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut :

Tujuan-tujuan Am
Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun
Pengangkutan dan Lalulintas
Kesihatan, Perlesenan dan Penjaja
Pengindahan, Rekreasi, Zoo dan Pelancongan
Jawatankuasa Kebersihan dan Perkhidmatan Bandar
Jawatankuasa Pembangunan Projek
Jawatankuasa Membuka Tender
Jawatankuasa Perancangan dan Kawalan Pembangunan
Lembaga Tender
Lembaga Perlantikan dan Kenaikan Pangkat
Lembaga Tatatertib
Lembaga Perlupusan
MUHAMMAD IZWAN BIN ABDULLAH SANI (2012529253)

1
2

LAPORAN AKHIR LATIHAN AMALI

2.7.3

Mesyuarat Penuh

Pengurusan Pelaksanaan dan Penilaian


Di dalam struktur organisasi yang sedia ada, pihak MPT mempunyai 8
jabatan yang diamanahkan untuk melaksana serta menguatkuasakan dasar
dan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis. Struktur organisasi tersebut
terdiri daripada :

Jabatan Akaun Dan Kewangan


Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
Jabatan Perancangan Pembangunan Bandar
Jabatan Khidmat Pengurusan
Jabatan Kejuruteraan
Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan
Jabatan Zoo
Jabatan Bangunan

MUHAMMAD IZWAN BIN ABDULLAH SANI (2012529253)

1
3

AHLI MAJLIS

YANG DIPERTUA
BAHAGIAN UNDANG-UNDANG (L41)

UNIT AUDIT DALAM (W32)


SETIAUSAHA (N48)

Jab. Akaun & Kewangan


Jab.PenilaianPengurusan
(W41)Jab.Perancangan
Harta (W48)
Pembangunan
Jab.Khidmat
BandarPengurusan
(J48)
Jab.(N48)
Kejuruteraan (J48) Jab.Zoo
Jab.Perkhidmatan Bandar & Kesihatan
(U48) (J41)
Jab. Bangunan
(G48)

Bah.
Perkhidmatan Bandar (U36)
Bah. Zoologi
(G27)
Pentadbiran &
Bah.
Sumber
Penyelengg-araan
Manusia (N41)Infrastruktur
(J44)
Bah. Kawalan
Bah.
Pembangunan
& Penguatkuasaan
(J29)
Bah.Hasil Bah.
(W27)
Teknikal
& Kaw.
Penilaian
(W32) Bah.
(J36)
Bah. Veterinar (G27)
Bah. Pelesenan & Kesihatan
Bah.
Am Kelulusan
(U36)
Pelan
Bah. Cukai
(W27)
Bah.&
Teknologi
(L41)
Bah.Taksiran
Penyelenggaraan
Senitaman
RekreasiMaklumat
(G32)
(J29)
Bah. Pembangunan Projek & Infrastruktur (J41)

Bah. Akaun (W27)

Bah.Pendidi-kan/Seranta (N27)

Unit Letak Kereta


Bah. Penguatkuasaan (N41)
Bah. Pengurusan
Harta (N27)
Bah.Perancangan
& Pembangunan Lanskap (J29)

Bah. Bengkel & Stor (J29)


Bah. Perhubungan Awam (S41)
GIS dan Ran. Pemajuan (J29)

Unit Korporat (N32)


Bah. Projek Khas Rekabentuk Bandar (J29)

Unit OSC (J17)

Bah. Projek Rekabentuk Bangunan (Projek Majl

Rajah 2.3: Carta Alir Organisasi


Majlis Perbandaran Taiping

2.8

FUNGSI FUNGSI JABATAN DALAM ORGANISASI MPT


2.8.1

Fungsi Bahagian Undang-Undang

Mengendalikan

peruntukan undang-undang yang diterimapakai di Majlis


Menyemak fail siasatan daripada pengawai penyiasat
Menyediakan surat-cara mahkamah
Mengkaji tentang undang-undang sedia ada berdasarkan Lucana yang

dihadapi sewaktu perbicaraan


Memberi taklimat dan penerangan

berkenaan penyediaan fail siasatan dan proses sisatan


Memberi nasihat dan pandangan perundangan kepada MPT
Memastikan semua maklumbalas perundangan yang disediakan pada

tahap maksimum bagi mengurangkan risiko kewangan Majlis


Mengumpulkan kes-kes perundangan terkini yang berkaitan dengan isu-

isu Pihak berkuasa tempatan


Menyedia, mengubal, mengemaskini serta memperbaharui semua

pendakwaan

bagi

kesalahan-kesalahan

kepada

pengawai

di

bawah

penyiasat

peruntukan Undang-Undang kecil, Perintah dan kaedah yang digunapakai

dan diwartakan oleh MPT


Memberi kefahaman undang-undang dan mengurus kes-kes saman sivil
Memberi arahan dan mengesahkan tindakan terhadap kes-kes rayuan
ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan kepada peguam

2.8.2

Unit Audit Dalam dan Kualiti


Membantu pengurusan sebagai Agen Kawalan dalaman dan memberi

cadangan penambahbaikan.
Membantu organisasi meningkatkan tahap operasi dengan sistematik dan

berkesan
Meningkatkan keberkesanan proses tadbir urus berdasarkan piawaian
Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan dan Peraturan-Peraturan
Kewangan berkaitan.

2.8.3

Unit Pusat Setempat (OSC)


Bahagian Pusat Setempat atau One Stop Centre (OSC) merupakan salah
satu

daripada

empat

inisiatif

penambahbaikan

sistem

penyampaian

perkhidmatan awam dengan tujuan mengurangkan karenah biokrasi di dalam

prosedur dan proses cadangan pemajuan. Umumnya OSC berfungsi


menerima, menyelaras dan menyeragamkan prosedur dan proses cadangan
pemajuan dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun
Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
(Akta 172) serta Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
2.8.4

Unit Pelancongan, Pendidikan dan Seranta

Menjadikan dan mempromosikan tempat-tempat pelancongan daerah


sebagai tempat yang indah, nyaman, selesa, bersih dan beridentitikan

ciri-ciri tempatan
Membuat syor dan cadangan kepada Kerajaan Negeri mengenai kaedah,
polisi serta langkah-langkah yang efektif bagi kemudahan industri
pelancongan dan membantu melaksanakannya

2.8.5

Jabatan Khidmat Pengurusan


I.

Bahagian Pengurusan dan Sumber Manusia


Pengisian jawatan
Kenaikan pangkat
Skim perkhidmatan
Pentadbiran gaji dan elaun
Pentadbiran pelbagai kemudahan dan keistimewaan
Latihan pekerja
Perjalanan rasmi dan penginapan
Pentadbiran pelbagai cuti
Penilaian prestasi pekerja
Kesihatan dan keselamatan pekerja
Disiplin
Penamatan perkhidmatan
Persaraan
Penyimpanan rekod dan sebagainya

II.

Bahagian Teknologi Maklumat


Mengaplikasikan pengetahuan

kemahiran

ICT

dalam

melaksanakan fungsi tugas berdasarkan keperluan organisasi


Menjalankan analisis dan menjadi sumber rujukan dalam bidang

tugas
Mengurus dan menggembeleng beberapa projek ICT atau unit

serta mensintesis pengurusan sumber, infrastruktur dan kewangan


Menyelenggara peralatan komputer seperti komputer peribadi,
server, pencetak dan sebagainya

III.

dan

Bahagian Hal Ehwal Komuniti dan Sosial

Bahagian yang bertangguangjawab dalam urusan yang berkait rapat


dengan hal ehwal kemasyarakatan dan warga MPT umumnya.
IV.

Bahagian Penguatkuasa dan Keselamatan


Rondaan dan kawalan di kawasan tertentu yang telah ditetapkan
dalam jadual dan mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah

Akta, Undang-Undang Kecil serta peraturan yang telah ditetapkan


Pemeriksaan lesen dan permit dari masa ke semasa
Memberi amaran secara lisan/bertulis/kompaun
Mengambil tindakan merampas, menyita dan tangkapan
Mengadakan
dan
memberi
bantuan
perkhidmatan
penguatkuasaan undang-undang kepada bahagian-bahagian lain

2.8.6

dan orang awam


Menyelaraskan dan menyelesaikan aduan orang awam

Jabatan Akaun dan Kewangan


Pengurusan Kewangan Majlis untuk memenuhi dua matlamat asas, iaitu bagi
memenuhi akauntabiliti awam dan mewujudkan sistem kawalan yang dapat
memenuhi kehendak perundangan Antara tugas asas jabatan ini:

2.8.7

Pengurusan Akaun
Pengurusan Gaji
Pengurusan Kewangan
Pengurusan asset
Pengurusan hasil

Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan


Bagi menyempurnakan fungsi jabatan ini secara berkesan, jabatan ini
dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:I.

Bahagian Kebersihan
Memberikan perkhidmatan kutipan sampah di Pusat Bandar setiap

hari oleh pihak Majlis


Memantau perkhidmatan kutipan sampah di kawasan-kawasan
perumahan selang sehari (3 kali seminggu) yang dijalankan pihak

kontraktor
Memberi perkhidmatan membersih pasar-pasar awam setiap hari
Memberi perkhidmatan membersih, menyapu di jalan Pusat

Bandar dan di jalan-jalan awam


Memantau perkhidmatan pemotongan rumput di bahu-bahu jalan
awam, taman-taman perumahan sebulan sekali oleh pihak
kontraktor

Membersih

longkang-longkang

besar

di

kawasan-kawasan

perumahan dan di pusat bandar oleh pekerja MPT dua kali


setahun
II.

Bahagian Kesihatan dan Pelesenan


Memastikan taraf dan mutu perkhidmatan kesihatan diberi

perhatian sepanjang masa


Memastikan semua premis perniagaan dilesen mengikut syarat-

syarat kelulusan lesen perniagaan MPT


Memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang dan
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak majlis

III.

2.8.8

Bahagian Kawalan Vektor dan Mutu Makanan


Mencegah dari berlakunya penyakit-penyakit bawaan vektor dan
bawaan makanan
Memberi pendidikan kesihatan kepada penduduk
Menjalankan pemeriksaan pembiakan serangga penyakit dan

pemeriksaan pemis perniagaan


Menjalankan kerja-kerja percontohan makanan bagi tujuan analisa

makmal untuk memastikan makanan yang dijual adalah selamat


Jabatan Penilaian dan Harta
Menilai dan menaksir pegangan berkadar di dalam kawasan MPT
Membantu mengoptimakan pendapatan Majlis menerusi dasar percukai

2.8.9

dan pulangan dari harta-harta Majlis


Untuk mengumpul, menerbit dan menyebarkan informasi harta tanah

Jabatan Kejuruteraan

Memberi perkhidmatan penyelenggaraan infrastruktur yang segera dan


memuaskan

untuk

keselamatan,

kesejahteraan

dan

keselesaan

penduduk
Memberi kerjasama dan membentu jabatan dalaman dan luaran Majlis

untuk memajukan imej dan prestasi pentadbiran Majlis


Melaksanakan arahan, pekeliling bersesuaian dengan kehendak dan
dasar-dasar kerajaan kini

2.8.10 Jabatan Perancangan dan Pembangunan Bandar

Melaksanakan pemakaian dan menterjemahkan garis-garis panduan,


dasar-dasar juga undang-undang serta peruntukan akta di dalam konteks

perancangan
Memastikan dan bertanggungjawab untuk mengawal dan menyelaraskan
pembangunan gunatanah

Menyediakan pelan-pelan susunatur untuk projek-projek Majlis


Memberi khidmat nasihat dalam konteks perancangan kepada jabatan-

jabatan lain dan orang ramai


Membuat syor dan memperakukan kelulusan kepada pejabat tanah di
dalam urusan permohonan tanah kerajaan, tukar syarat, pecah

sempadan dan penyatuan tanah


Bertanggungjawab mengimplimentasikan

Perancangan Tempatan
Melaksana dan mengemaskini Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan Taiping
Merancang, melaksanakan dan menyelenggara semua aspek landskap,

pengindahan dan rekreasi


Melaksanakan garis panduan pembangunan warisan sejarah Taiping

keputusan

jawatankuasa

2.8.11 Jabatan Bangunan

Memastikan semua permohonan kelulusan pelan dari pihak perunding


mendapat kelulusan di dalam tempoh yang ditetapkan dan mematuhi Akta
133 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam dan dasar-dasar Majlis

dan garis panduan berkaitan


Memproses semua permohonan Sijil Kelayak Menduduki (CFO) dan CCC
bangunan diperoleh dalam tempoh tidak lebih dari 14 hari dan mematuhi

keperluan teknikal di tapak dan menepati pelan kelulusan


Memantau dari segi penguatkuasaan kerja-kerja pembinaan di atas tapak
yang telah diluluskan bagi permohonan pelan baru dan ubahsuai

tambahan serta permit binaan selaras dengan pelan yang telah diluluskan
Memberi khidmat nasihat dari segi teknikal berkaitan dengan akta dan
dasar-dasar majlis yang digunapakai kepada jabatan/bahagian/unit dalam
MPT dan orang awam

2.8.12 Jabatan Zoo Taiping dan Night Safari

Membantu mengelakkan kepupusan haiwan akibat daripada pemusnahan

habitat
Membentuk masyarakat prihatin dan penyayang pada haiwan dan alam
Menyediakan aktiviti rekreasi yang menjana pembangunan sosial yang

positif
Membantu

penyelidikan
Menjaga kebajikan haiwan dan tidak menggunakan haiwan untuk tujuan

pelajar

hiburan semata-mata

menjalani

latihan

dan

membuat

kajian

serta

Menambah kesefahaman dikalangan masyarakat tentang isu, sebab dan

akibat serta impak dari kepupusan haiwan


Memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali haiwan tempatan
dan eksotik

2.9

STRUKTUR ORGANISASI JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN BANDAR

Rajah 2.4: Carta organisasi Jabatan Perancangan


Pembangunan Bandar

2.10

BUDAYA KERJA 5S
Bagi menjadikan MPT sebuah agensi yang melahirkan warga kerja yang
yangmemberi komitmen yang tinggi dan bertanggungjawab terhadap prosedur dan
tugas masing-masing, serta menghasilkan hasil kerja yang produktif. MPT
mempunyai prinsip tersendiri iaitu amalan 5S. 5S ini ialah:
2.10.1 Sisih
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan
membuangnya.
2.10.2 Susun
Menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah
diambil untuk digunakan tempat untuk semua-semua tempat di tempatnya.
2.10.3 Sapu

Menbersihkan tempat kerja anda denganrapi supaya tiada habuk di lantai,


meja, mesin, komputer dan perkakasnya.
2.10.4 Seragam
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan
membuangnya.
2.10.5 Sentiasa Amal
Menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah
diambil untuk digunakan tempat untuk semua-semua di tempatnya.

BAB 3
SKOP DAN TUGASAN LATIHAN AMALI

Latihan Amali berfungsi memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang tugastugas sebagai perancang bandar. Berikut merupakan skop tugas-tugas latihan amali yang
dijalankan di Majlis Perbandaran Taiping:
3.1

Membuat Kertas Kerja Kebenaran Merancang Sebelum Di Masukkan Dalam


Mesyuarat OSC
Tugasan yang telah diberikan oleh penyelia Puan Noor Azila Bt Ramli adalah
membuat kertas kerja perancangan. Kertas kerja ini dilakukan adalah untuk
merekodkan

segala

maklumat

permohonan

kebenaran

merancang

serta

merekodkan ulasan ulasan daripada jabatan jabatan yang berkaitan dengan

aktiviti pembangunan. Antara jabatan yang terlibat adalah TNB, BOMBA, Jabatan
Pengairan dan banyak lagi. Kertas kerja ini adalah rangkuman pembangunan yang
akan diserahkan kepada YDP sebelum diluluskan.
Perkara perkara yang diletakkan dalam kertas kerja ini adalah, latar belakang
tapak pembangunan termasuklah keadaan sekeliling, kod gunatanah, pelan lokasi,
pelan kunci dan pelan tapak. Maklumat tanah, elemen pembangunan serta ulasan
jabatan juga dimasukkan. Kertas kerja ini dibuat berdasarkan laporan cadangan
pembangunan serta pelan yang telah diberikan oleh pihak konsultan. Selain itu,
lawatan tapak juga dilakukan supaya pihak majlis dapat meneliti dengan lebih tepat
keadaan tapak pembangunan berkenaan.
Sepanjang tempoh latihan industri yang telah dijalankan, terdapat lebih daripada 10
kertas kerja yang telah dibuat. Kebanyakkan pembangunan yang telah dilakukan
adalah pembangunan kawasan industri di Mukim Assam Kumbang serta Mukim
Kamunting. Walaubagaimanapun, terdapat juga permohonan cadangan skim
perumahan serta permohonan kawasan komersil yang telah dilakukan kertas kerja.
Rajah 5 menunjukkan gambaran kertas kerja yang dilakukan.

Rajah 3.1: Gambaran kertas kerja kebenaran merancang pihak MPT


3.2

Melakukan Kajian Kiraan dan Ukuran Tempat Letak Kenderaan serta Cadangan
Penanaman Pokok di Jalan Berek dan Jalan Pasar
Tugasan ini diberikan oleh Encik Syahrulnizam iaitu ketua bahagian jabatan
perancangan pembangunan bandar MPT. Kajian ini diberikan adalah supaya dapat
mengkaji keadaan serta ukuran tempat letak kenderaan di Jalan Pasar serta Jalan
Berek yang dalam proses cadangan penanaman pokok sebagai hiasan landskap
serta mencapai sasaran bandar hijau dan mampan. Kajian ini lebih kepada mengkaji
impak kepada bilangan tempat letak kenderaan sekiranya cadangan penanaman

pokok dilakukan. Tempoh yang telah diberikan untuk membuat kajian ini adalah
selama seminggu iaitu dua hari kajian di tapak cadangan dan selebihnya membuat
design di dalam perisian AutoCAD.
Tugasan yang dilakukan di tapak cadangan adalah mengukur saiz tempat letak
kenderaan termasuklah tempat letak motorsikal. Jenis dan bilangan tempat letak
kenderaan juga di catatkan. Selain itu, saiz jalan juga diukur supaya dapat dinilai
kesesuaian untuk penanaman pokok sebagai pembahagi jalan. Kedudukan tempat
letak kenderaan juga dicatat secara spesifik supaya memudahkan kerja kerja
design di dalam AutoCAD. Ukuran dilakukan menggunakan roda pengukur yang
tersedia di Jabatan Perancang dan Pembangunan Bandar.

Rajah 3.2: Proses catatan bilangan tempat letak kenderaan di tapak cadangan
Bagi tugasan yang dilakukan di pejabat, proses merekabentuk pelan kedudukan
tempat letak kenderaan serta ukuran jalan dan tempat letak kenderaan dilakukan.
proses ini memakan masa yang agak lama kerana untuk memastikan kedudukan
tempat letak kenderaan adalah sama dengan persekitaran sebenar. Selain itu, jenis
dan bilangan tempat letak kenderaan juga harus dimasukkan dengan betul dan
tepat. Perkara ini bertujuan supaya pelan tempat letak kenderaan ini dapat
dimasukkan ke dalam pelan asas kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Taiping
yang dikendalikan oleh Encik Murshidi dan Encik Azreen sebagai pelukis pelan
jabatan sebagai rujukan masa hadapan.

Rajah 3.3: Gambaran sebahagian kecil kawasan tempat letak kenderaan yang di
lakarkan
3.3

Mengedarkan Borang Kaji Selidik Murninets


Tugasan ini diberikan oleh Puan Noor Azila Bt Ramli dalam kajian untuk menentukan
kemampanan bandar Taiping. Borang kaji selidik yang berjumlah lebih daripada 700
set telah diagihkan kepada pelajar pelajar latihan industri untuk diedarkan. Borang
kaji selidik ini dibahagikan kepada 4 jenis iaitu pendapat penduduk, NGO dan
peniaga terhadap bandar Taiping serta borang kajian kegembiraan penduduk.
Borang kaji selidik ini dilakukan selama seminggu. Melalui kajian ini, pelajar dapat
mempelajari tentang kemahiran berkomunikasi bersama orang ramai, kemahiran
menjalankan kaji selidik secara formal dan kemahiran pergerakan berkumpulan.
Tugasan ini telah menunjukkan dunia sebenar kaji selidik dan dapat membantu
dalam membuat kaji selidik untuk menyiapkan thesis pelajar.

Rajah 3.4: Borang kajiselidik Murninets dan manual pelaksanaan Murninets


3.4

Melakukan Kaji Selidik Kepentingan Biodiversiti Bukit Larut Bersama Pihak Jabatan
Landskap Negara
Tugasan kaji selidik biodiversity ini dilakukan di Bukit Larut di bawah pemantauan
pihak Jabatan Landskap Negara. Tugasan ini dilakukan adalah sebagai tinjauan awal
reaksi pengguna sebelum cadangan pembangunan pusat biodiversiti di Bukit Larut.
Cadangan ini di lakukan oleh Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Taiping di
bawah seliaan Encik Mad Khalid bin Nayan bersama Encik Mior Rosli bin Abdullah
dan meminta kelulusan dan peruntukan daripada pihak Jabatan Landskap Negara.
Disebabkan itu, Jabatan Landskap Negara melakukan kaji selidik sebelum kelulusan
peruntukan dikeluarkan. Selain kaji selidik pandangan orang awam, kajian untuk
mengenalpasti jenis flora dan fauna juga dilakukan untuk memastikan biodiversiti
Bukit Larut adalah tinggi.

Rajah 3.5: Tinjauan Borang Kaji Selidik Biodiversiti Bukit Larut

3.5

Melayani Kunjungan Pegawai Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri


Perak, Kedah, Pulau Pinang Serta Semenanjung Malaysia
Kunjungan yang diterima dari pihak JPBD Perak, Kedah, Pulau Pinang serta
Semenanjung Malaysia adalah disebabkan pihak Majlis Perbandaran Taiping hendak
melakukan pengubahan / penggantian Rancangan Tempatan Daerah Larut Matang.
Kunjungan mereka adalah kerana faktor negeri berjiran dan untuk memastikan
pembangunan wilayah adalah dalam keadaan baik dan tidak bercelaru. Sebagai
pihak tuan rumah, Majlis Perbandaran Taiping telah membawa pihak tersebut
mengenali kawasan Taiping serta sejarahnya. Pihak terbabit dibawa meronda di
Heritage Trails di Bandar Taiping. Dengan melawati heritage trails pengunjung
dapat mengenali lebih dekat serta mengetahui sejarah sejarah warisan Taiping
yang tidak terdapat di tempat lain.

Rajah 3.6: Kunjungan pegawai pegawai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Negeri
3.6

Mengikuti program program Majlis Perbandaran Taiping


Selain daripada aktiviti pejabat seperti pembuatan kertas kerja, program program
anjuran Majlis Perbandaran Taiping juga disertai. Antaranya adalah seminar OSC
Tech Online dan Program pelancaran Rapid Kamunting. Program program seperti
ini memberikan pendedahan kepada pelajar tentang cara pengurusan program serta
pembangunan terbaru yang terdapat di Taiping. Program program seperti
ini,adalah batu ukur penambahbaikan pengurusan Majlis Perbandaran Taiping
terhadap kawasan pentadbirannya. Selain program program seperti itu, program
program rohani juga banyak di anjurkan oleh MPT dan disertai oleh pelajar praktikal.

Rajah 3.7: Perasmian Bas Rapid Kamunting di Stesyen Keretapi Taiping

Rajah 3.8: Merasmikan Bas Rapid Kamunting


3.7

Melakukan Lawatan Tapak Bagi Penilaian Penarafan Bintang Pihak Berkuasa


Tempatan Seluruh Malaysia
Lawatan lawatan tapak adalah dilakukan untuk menunjukkan bukti pembangunan
mampan sebagai usaha pihak Jabatan Perancangan dan Pembangunan Bandar
bagi mencapai Bandar Mampan. Program penarafan bintang ind dilakukan oleh
kementerian perumahan dan kerajaan tempatan untuk dinilai tahap effektif and
efisyen sesebuah PBT dalam mencapai PBT bertaraf lima bintang. Program ini
mengukur segala kerja serta pembangunan yang dilakukan oleh setiap jabatan dalah
sesebuah PBT. Dengan itu, setiap jabatan di bawah MPT telah bekerjasama dalam
memastikan MPT berada di tahap yang terbaik. Pihak Jabatan Perancang dan
Pembangunan Bandar juga tidak terkecuali.

Rajah 3.9: Bersama staff bahagian perancang bagi tinjauan ke kebun komuniti dan
laluan berbasikal

Dengan itu, lawatan tapak dilakukan dalam mengumpul segala pembangunan yang
dapat menyumbang kepada markah Majlis Perbandaran Taiping. Antara lawatan
tapak yang dilakukan adalah pemantauan Kebun Komuniti di Kg Tersusun Bukit Jana
serta pembangunan laluan berbasikal di Taman Aor Mesra di Mukim Pengkalan Aur.
Perkara yang dilakukan adalah mengambil gambar keadaan kawasan serta
melakukan temuramah terhadap Encik Shahidan yang mengetuai pengurusan Kebun
Komuniti. Segala maklumat yang dikumpulkan dimasukkan dalam rekod jabatan.
3.8

Melakukan Tinjauan Terhadap Pengurusan dan Kebersihan di Taman Tasik Taiping


Tugasan ini diberikan oleh Encik Syahrunizam untuk menyiasat serta memberikan
pandangan terhadap Taman Tasik Taiping yang diuruskan oleh pekerja pekerja di
bawah Jabatan Landskap. Dengan menggunakan kamera serta buku catatan,
tinjauan dilakukan di seluruh Taman Tasik Taiping. Masalah masalah yang dijumpai
adalah pokok tidak ditrim dengan baik, masalah sampah dalam tasik, tandas yang
terbiar dan banyak lagi.

Rajah 3.10: Melakukan tinjauan di sekitar Taman Tasik Taiping

Rajah 3.11: Pembentangan kepada Encik Syahrulnizam berkenaan masalah Taman


Tasik di Bilik Mesyuarat Mawar
Kemudian, segala maklumat maklumat yang dikumpul dimasukkan ke dalam slide
powerpoint untuk di bentangkan kepada Encik Syahrulnizam dan wakil wakil
Jabatan Landskap. Setelah diteliti, kekurangan staff menjadi faktor utama masalah
terbabit berlaku. Pekerja yang seramai 9 orang hendak menguruskan dua buah
taman tasik iaitu Taman Tasik Taiping dan Taman Tasik Kamunting adalah tidak
munasabah. Mengikut pernilaian, jika hendak menguruskan kedua dua taman tasik
dengan baik sekurang kurangnya 30 orang pekerja baru memadai. Selepas itu,
Encik Syahrulnizam mengarahkan kami untuk menyiasat kerja yang dilakukan oleh
pekerja taman tasik samada mengikut jadual mahupun tidak. Hasil daripada
siasatan, didapati pekerja pekerja tersebut membuat pekerjaan mengikut jadual
dan faktor kekurangan pekerja adalah faktor utama masalah Taman Tasik.

3.9

Menguruskan Pelan Pelan Susunatur yang Diterima Daripada Pihak Pemaju untuk
dimasukkan ke dalam pelan asas Taiping.
Tugasan ini adalah diberikan oleh Encik Murshidi sebagai pemeriksaan pelan
susunatur yang diberikan oleh pihak konsultan. Apabila sesebuah cadangan
pembangunan hendak dilakukan oleh pemaju, pihak konsultan yang mewakili
pemaju hendaklah menghantar permohonan kebenaran merancang kepada pihak
MPT. Permohonan hendaklah disertakan bersama pelan susunatur atau pinta ukur,
laporan cadangan pembangunan (LCP) dan cd yang mengandungi pelan susunatur
terbabit. Segala permohonan tersebut akan diserahkan kepada OSC dan cd yang
mengandungi pelan pertapakan tersebut akan diserahkan kepada Encik Murshidi
atau Encik Azreen yang bertugas sebagai pelukis pelan.

Rajah 3.12: Pemeriksaan serta penambahbaikan pelan pembangunan stesyen minyak


Pelan akan diperiksa untuk memastikan koordinat serta urkuran yang dilakukan
adalah betul sebelum permohonan tersebut dimasukkan ke dalam mesyuarat
kelulusan OSC. Sekiranya terdapat kesalahan dalam pelan yang diberikan,
permohonan kebenaran merancang tersebut akan dibekukan sehingga pihak
konsultan memperbetulkan kesilapan tersebut.

Setelah kelulusan cadangan pembangunan tersebut diterima, pelan pertapakan


tersebut akan di masukkan kedalam pelan asas kawasan pentadbiran Majlis
Perbandaran Taiping. Encik Murshidi telah meminta pelajar latihan industri untuk
membantunya melakukan pemeriksaan serta memasukkan pelan pelan yang telah
diluluskan de dalam pelan asas.

Rajah 3.13: Memeriksa koordinat pelan pertapakan lot perumahan di Mukim Pokok Assam
sebelum dimasukkan ke dalam Pelan Asas Majlis Perbandaran Taiping
Tugasan ini dikendalikan menggunakan perisian AutoCAD iaitu perisian yang penting
dalam kerjaya perancang bandar. Dengan mendapat tugasan ini, kemahiran
AutoCAD pelajar akan dapat digilap dengan suasana dan gaya kerja yang lebih
professional. Selain itu, pelajar juga dapat belajar menggunakan koordinat dalam
merekabentuk cadangan pembangunan dalam AutoCAD.

3.10

Menjalankan Pemantauan Serta Penguatkuasaan Terhadap Pembangunan yang


Tidak Mengikut Spekulasi Yang Ditetapkan Majlis Perbandaran Taiping
Tugasan dilakukan dengan lawatan tapak ke kawasan perusahaan ringan di Mukim
Tupai bersama Encik Effendi. Didapati terdapat tiga kawasan perusahaan syarikat
kitar semula yang telah dibangunkan di kawasan tersebut. didapati, pembangunan
yang dilakukan tidak mengikut pecahan lot yang diberikan oleh pihak Majlis
Perbandaran Taiping serta telah masuk ke dalam rizab jalan yang dicadangkan oleh
pihak MPT. Ukuran semula tapak pembangunan kawasan perusahaan syarikat
terbabit telah dilakukan menggunakan pita pengukur.

Rajah 3.14: Pelan Susunatur yang telah dibaiki

Rajah 3.15: Tapak IKS yang melanggar cadangan pembangunan gunatanah


Kemudian, pelajar praktikal dikehendaki mengemaskini pelan tapak mengikut
kedudukan semasa dalam pelan asas kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran
Taiping. Perkara ini dilakukan kerana pembangunan tersebut telah dibangunkan dan
agak

susah

untuk

dilakukan

pindahan.

Selain

itu,

kertas

kerja

masalah

pembangunan tersebut juga dilakukan oleh pelajar latihan industri. Kertas kerja
tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Penilaian untuk dinilai semula keluasan
serta harga tanah tersebut supaya cukai yang dikenakan adalah selari dengan saiz
pembangunan tersebut. Denda juga akan dikenakan kepada pihak yang terlibat.
3.11

Tugasan Tugasan Lain


Selain daripada tugasan yang di terangkan di atas, terdapat banyak lagi tugasan lain
yang memupuk pelajar dalam persediaan menghadapi dunia perancangan bandar.
Antar tugasan lain adalah mengendalikan pameran publisiti RT pengubahan Daerah
Larut Matang dan Selama, membuat pelan kawasan lapang seluruh Daerah Larut
Matang, memahami dan meringkaskan laporan Blueprint Greater Kamunting
kedalam Power point supaya dapat dibentangkan kepada Setiausaha Majlis,
mengekod fail fail perancang kedalam sistem Chanting File yang dibangunakan
oleh Encik Syahrulnizam, membantu orang awam bagi membeli dan mendapatkan
pelan lot yang tersedia dalam aplikasi Mapinfo dan banyak lagi tugasan yang
diterima. Tugasan tugasan ini adalah memberikan ilmu yang berguna kepada
pelajar latihan amali dalam menghadapi dunia sebenar pekerjaan.

Rajah 3.16: Membantu orang awam bagi pembelian pelan gunatanah dan lot

Rajah 3.17: Pengurusan pameran publisiti pengubahan Rancangan Tempatan


Daerah Larut Matang

3.12 Warna - Warni Jabatan Perancangan Pembangunan Bandar Majlis


Perbandaran Taiping

BAB 4
PENUTUP

Latihan industri merupakan langkah yang pertama bagi seseorang pelajar untuk dilahirkan
sebagai pelajar yang berkualiti dan berpengalaman sebelum mula menempuh alam
pekerjaan yang sebenar selepas mendapat penganugerahan ijazah oleh pihak UiTM.
Latihan industri juga satu pendedahan awal kepada dunia pekerjaan sebenar mengenai
perancangan bandar dan wilayah. Tugasan-tugasan yang dilakukan adalah bersesuaian
dengan skop tugas sebagai seorang perancang bandar. Di samping itu, tugasan tugasan
daripada bahagian-bahagian lain juga dapat mendedahkan pelajar kepada skop kerja yang
lebih luas bukan sahaja permohonan kebenaran merancang tetapi pelan bangunan dan sijil
layak menduduki (CFO). Latihan Industri juga mendidik serta menunjukkan bahawa di
kawasan kerja sebenar, kepantasan, kecekapan, kemahiran dan kebolehan melaksanakan
sesuatu projek atau kerja dengan efisien adalah aspek yang perlu ada dalam seseorang
pekerja. Kualiti kerja pula dinilai pada keberkesanannya iaitu adakah ia memenuhi fungsinya
secara optimum. Aspek kecantikan kerja bukanlah menjadi keutamaan tetapi kualiti kerja itu
sendiri.
Latihan industri ini boleh dijalankan di agensi-agensi kerajaan mahupun swasta yang
berkaitan dengan bidang perancangan bandar. Ini bertujuan untuk memberikan pendedahan
kepada pelajar tentang suasana sebenar alam pekerjaan. Ilmu dan pengalaman yang
mereka timba semasa menjalani latihan praktik di agensi tersebut dapat digunakan apabila
mereka tamat belajar kelak. Latihan industri juga memberi pendedahan keadaan sebenar
kepada pelajar tentang kerjaya selepas menamatkan pengajian, memberi peluang pelajar
lebih bersedia sebelum melangkah kealam pekerjaan yang seba mencabar di masa akan
datang.

BAB 5
RUJUKAN

You might also like