Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

DOA SEMPENA HARI GRADUASI

,



Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk
mengadakan dan berada dalam
Majlis Graduasi anak-anak Nadi Permata tahun 2016
Ya Allah Ya Faaalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan
rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis
ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para
pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka
di sekolah yang bertuah ini .
Disaat ini juga kami rafakan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu
agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai
khususnya dalam aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya
menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang
lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah anak-anak kami anak yang taat pada perintah-Mu Ya Allah
anak-anak yang cinta dan kasih pada Rasulullah SAW.anak-anak yang
menjunjung syariat-Muanak-anak yang taat kepada kedua Ibu bapa
anak-anak yang sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara
tercintaserta kurniakanlah kepada mereka kejayaan hidup di dunia dan di
akhirat.

You might also like