Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

60 remaja mula merokok setiap hari

Oleh ROHANI IBRAHIM

KUALA LUMPUR 3 Julai - Kementerian Kesihatan menganggarkan antara 50 hingga 60


remaja memulakan tabiat merokok setiap hari di negara ini.

Sebahagian besar daripada mereka akan menjadi penagih rokok apabila dewasa dengan
setiap seorang akan membelanjakan RM5,544 setahun untuk membeli rokok, pemetik
api, kos rawatan penyakit dan membaiki barang yang rosak kerana asap rokok.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, kos berkenaan dikira
berdasarkan seorang yang menghisap 20 batang rokok berharga RM5.40 sekotak sehari.

Tambah beliau, golongan remaja di negara ini sudah mula mengambil alih tempat orang
dewasa sebagai perokok.

``Satu perkara yang amat sukar dilakukan ialah menghalang atau menyekat golongan
remaja daripada cuba merokok.

``Kempen-kempen anti-merokok yang dijalankan di sekolah-sekolah dan penguatkuasaan


peraturan yang melarang seseorang di bawah umur 18 tahun daripada membeli rokok dan
produk berasaskan tembakau nampaknya belum lagi berkesan,'' katanya.

Abd. Latiff berkata demikian pada pelancaran Minggu Tanpa Tembakau Sedunia
Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Pasar Seni di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Vektor
Kementerian Kesihatan, Dr. Marzukhi Mohd. Isa.

Abd. Latiff menambah, peningkatan jumlah remaja yang merokok adalah kesan daripada
strategi pemasaran yang dilakukan oleh syarikat rokok yang sengaja ditujukan kepada
golongan remaja.

```Ini termasuk iklan jenama rokok melalui media dan juga promosi melalui aktiviti-
aktiviti sukan dan hiburan yang ditaja oleh syarikat rokok.

``Golongan remaja memang mudah terpesona dengan gaya hidup bergaya dan hebat yang
dipaparkan di dalam iklan berkenaan,'' kata beliau lagi.

Oleh itu katanya, semua pihak perlu meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang
bahaya merokok serta berazam untuk tidak merokok.

```Selain mendapatkan khidmat kaunseling dan terapi gantian nikotin di klinik-klinik


yang berdekatan mereka yang ingin berhenti merokok juga boleh berjunjung ke Klinik
Berhenti Merokok, Institut Perubatan Respirotari, Kuala Lumpur,'' katanya.

You might also like