Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 40

BAB 2:

KONSEP MASYARAKAT PLURAL


DI MALAYSIA
HUBUNGAN ETNIK
SADN 1043
DR. MOHD AKRAM DAHAMAN
PUSAT PENGAJIAN UMUM
KOLEJ SASTERA & SAINS UUM

STRUKTUR BAB 2
2.0 Pengenalan

2.1 Definisi Masyarakat Plural


2.2 Ciri-ciri Masyarakat Plural

2.3 Sejarah Masyarakat Plural Di Malaysia


2.4 Bentuk Masyarakat Plural Di Malaysia

2.5 Kesimpulan

komposisi kaum di Malaysia


INDIA
8%

LAIN-LAIN
5%

CINA
25%
MELAYU
62%

J.S Furnivall
Di Burma, seperti di jawa, barangkali perkara yang amat
menarik hati pelawat ialah campuran kumpulan manusia
(eropah, cina, india dan bumiputera). Dalam erti kata yg lebih
tepat, mereka bergaul tetapi tidak bersatupadu. Setiap
kumpulan mempunyai agama, kebudayaan, bahasa, pemikiran
dan cara hidup masing-masing. Sebagai orang perseorangan,
mereka bergaul tetapi di pasar, semasa menjual dan membeli.
Wujudnya satu masyarakat majmuk terdiri drpd kumpulan
manusia yg hidup berdampingan tetapi berasingan dalam satu
unit politik yg sama. Malahan dalam bidang ekonomi, wujud
pembahagian tugas atas garis perkauman

2.0

PENGENALAN

Masyarakat di Malaysia pelbagai kaum & bangsa = plural / majmuk


Melayu, Cina, India, Orang Asli, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak, Lain-lain

2.1

DEFINISI MASYARAKAT PLURAL

Plural (English) = banyak

Plurality (English) = lebih daripada satu, jumlah yang besar & majoriti
Majmuk (daripada Arab iaitu Majmu) = dihimpun/dikumpulkan
Majmuk dalam Sains Sosial = Menerangkan kumpulan manusia yang pelbagai kaum,
bangsa, ras atau etnik, negara, keturunan, bahasa, warna kulit dan adat resam; yang
HIDUP DI SUATU TEMPAT, mengikut peraturan & cara hidup tertentu
Pertama diperkenal oleh J.S FURNIVAL (1956) dalam kajian masyarakat di Burma &
Indonesia
Digunakan untuk menghuraikan masyarakat yang ada ciri-ciri PERPECAHAN & KONFLIK
antara ETNIK dalam SATU PEMERINTAHAN

2.1

Masyarakat

DEFINISI MASYARAKAT PLURAL


(Sambungan)

Plural = masyarakat terdiri pelbagai etnik yang mempunyai agama,

budaya, bahasa, adat resam dan sebagainya, yang tersendiri dan berbeza antara
satu sama lain

2.1.1

MELIHAT PLURALISME DARI PERSPEKTIF POLITIK

Dalam politik, dilihat dalam 2 keadaan


Pertama wujud disebabkan pembahagian kuasa politik tapi disatukan berasaskan
ketaatan & kesetiaan yang mencorakkan nilai bersama (cross-cutting)
Kedua wujud berasaskan hubungan etnik & ras yang berlainan tetapi berada di

bawah satu sistem pemerintahan

2.1.2

MELIHAT PLURALISME DARI


PERSPEKTIF PEMERINTAHAN

Dalam perspektif ini, ada 2 kumpulan pendapat


PERTAMA pemerintahan ada pada tangan kumpulan majoriti. Dicabar? Menjadi
kerajaan 1 parti atau pemerintahan tentera
KEDUA penguasa adalah kuasa asing yang juga etnik minoriti yang dominasi
politik atau ekonomi. Maka ada jurang pemisah antara golongan bawahan dengan
golongan pemerintah. Implikasi? Wujud ketidakseimbangan etnik & budaya.
Cara berlaku ketidakseimbangan? Pindah pusat kota metropolitan dari koloninya &
menguatkuasa pemerintahan dari sana
Cara berlaku ketidakseimbangan? Tindas golongan bawahan & bawa masuk imigran
untuk membangun & menguasai ekonomi & sosio-budaya tempatan
Cara berlaku ketidakseimbangan? Penjajah seterusnya menggariskan peraturan
tertentu kepada golongan yang dijajah, menggubal dasar awam, pentadbiran,
undang-undang, pendidikan, kebudayaan dll

2.1.2

MELIHAT PLURALISME DARI


PERSPEKTIF SOSIAL & BUDAYA

Juga dua pendapat berbeza

PERTAMA PLURAL DARI SEGI SOSIAL = Lahir daripada perbezaan struktur


sosial dalam kalangan pelbagai etnik, bukannya budaya
KEDUA - PLURAL DARI SEGI BUDAYA = Perbezaan budaya pelbagai etnik, bukan
perbezaan struktur sosial

2.2
CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURAL :
2.2.1
MESTI WUJUD KONFLIK
Dibahagikan kepada 2 bahagian berasaskan MEDAN KONFLIK
Pertama PANDANGAN MARXIST = Menolak faktor etnik dalam konflik
tapi menyokong konflik kelas antara bourjuis (kapitalis/penguasa) dengan
proletariat (pekerja/petani)
Konflik adalah aspek dalam HUBUNGAN KELAS, bukan perbezaan kaum
Cadangan MARXIST? Revolusi bersenjata & berdarah proletariat
mengalahkan borjuis
Kedua PANDANGAN JOHN REX = Walau wujud sistem sosial tapi konflik
etnik lebih ketara & tegang jika perbezaan berlaku di atas garis ekonomi
John Rex rumuskan ciri utama masyarakat plural sebagai = meluasnya
konflik, percanggahan, ketegangan & paksaan
Konflik mudah berlaku bila tiada konsensus nilai dalam kepelbagaian
budaya

2.2
2.2.2

CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURAL :


TIDAK MESTI WUJUD KONFLIK

FUNGSIONAL = mengkritik teori konflik kelas sebagai lemah kerana


abaikan perpaduan, abaikan fenomena sosial & tak hiraukan ikatan sosial
antara etnik
Pendekatan masyarakat istimewa yang digunakan oleh teori mesti wujud
konflik tidak sesuai. Sebab? Masyarakat plural bukan masyarakat istimewa
yang tak berbeza daripada masyarakat biasa yang ada susun lapis
kompleks, atau masyarakat yang ada masalah etnik minoriti
Dari segi politik, masyarakat plural berada di bawah sistem politik yang
berganding bahu walaupun hidup berasingan, kurangnya interaksi antara
etnik & hanya terbatas dalam jual-beli di pasar
Ekonomi juga terpisah mengikut garis etnik di mana setiap etnik berfungsi
dalam sektor ekonomi tersendiri, namun masih dapat hidup dalam
perpaduan

2.3 SEJARAH MASYARAKAT PLURAL DI MALAYSIA


Malaysia telah dihuni manusia sejak puluhan ribu tahun yang lalu . Bukti?
Penemuan tengkorak budak lelaki 15 tahun di Gua Niah yang berusia
40,000 tahun lalu
Empayar Kesultanan Melayu Melaka zaman pluraliti kerana penghijrahan
berlaku tanpa dipaksa, tanpa paspot & visa. Maka ada yang menetap terus
Sebelum penjajah Barat datang pun sudah berciri pluraliti. Penjajah
Barat? Sebabkan perubahan BESAR pada komposisi rakyat Tanah Melayu
kemasukan orang Cina & India secara besar-besaran e.g 1870-an: 0.5
juta penduduk, 1921: 3.3 juta
1931: Cina (53%) lebih ramai dari Melayu (44.7%)
1957: Melayu (49.8%), Cina (37.2%), India (11.3%), Lain-lain (1.8%).
Sebab? Berlaku migrasi subetnik Melayu dari seluruh alam Melayu
terutama Indonesia.
Orang Jawa sudah bermigrasi sejak abad ke-15 lagi, berhenti bila Melaka
dijajah Portugis tapi kembali pada kurun ke-19

2.3 SEJARAH MASYARAKAT PLURAL DI MALAYSIA


Orang Minangkabau sudah menetap di Negeri Sembilan sejak abad ke-14 dan
berlanjutan sampai abad ke-17.

Orang Bugis bertumpu di Selangor, Perak & Johor.


Orang Banjar?
Wajah baru masyarakat plural bila Malaysia terbentuk pada 1963 .

Di Sabah ada orang Kadazandusun, Bajau, Murut, Suluk, Cina dan lain-lain.
Di Sarawak ada orang Iban, Bidayuh, Melayu, Melanau, Cina dan lain-lain

2.3.1 PRIBUMI ORANG ASLI


1995: Orang Asli berjumlah 95,362
Menurut Fauziah & Ruslan (2000) ada 3 kumpulan besar iaitu Negrito,
Senoi & Melayu Asli
NEGRITO: Ada 6 klan/suku Kintak, Kensiu, Jahai, Menderiq, Bateq &
Lanoh
SENOI: 6 klan Temiar, Semai, Che Wong, Jahut, Semoq Beri & Mahmeri
MELAYU ASLI: Temuan, Semelai, Jakun, Seletar, Orang Kanak & Orang
Kuala
Negrito ada kepercayaan kepada Karai/Karei sebagai Tuhan, Orang Hidup
& Tok Pendin; percaya dosa, pahala & pembalasan di akhirat
Kepercayaan Senoi lebih kurang Negrito
Melayu Asli percayai Animisme

17

2.3.2

MELAYU

Kumpulan etnik terbesar = 10 juta orang


Secara Perlembagaan Persekutuan, Orang Melayu = ISLAM + bertutur BAHASA
MELAYU + mengamalkan ADAT ISTIADAT MELAYU
Masuk Islam = Masuk Melayu? Dianggap begitu kerana akan fasih berbahasa Melayu
& hidup seperti Melayu hasil pergaulan
Secara kebudayaan, Melayu = 1 rumpun bangsa dengan ciri umum budaya +
bahasa + keturunan ras MELAYU. Maka orang Melayu secara ras berselerak dari
Taiwan di utara hingga ke Kepulauan Pasifik di selatan, dari Papua New Guinea di
timur sehingga Madagascar di barat
Secara teori asal-usul, orang Melayu dikatakan keturunan Melayu-Deutro yang
berhijrah dari Yunan di Selatan China ke kawasan di selatan tanah besar Asia pada
1500 S.M
Lebih kepada hipotesis yang ditentang sejarawan tempatan
Sebab lain ditentang? Tinjauan di Yunan tidak menemui apa-apa bukti yang dapat
dihubungkan dengan orang Melayu

2.3.2

MELAYU (sambungan)

Teori lain: orang Melayu mula mendiami Tanah Melayu sejak 2500 S.M.
Penduduk terbesar di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Thailand, Filipina &
merata tempat di Alam Melayu. Mereka orang Melayu Asli (Proto Malay) dalam
kelompok Austronesia yang bertutur bahasa Melayu
Sebelum Islam: orang Melayu menganut Animisme, Hinduisme & Buddhisme
Selepas Islam pada abad ke-15 orang Melayu & Islam bagaikan tidak dapat
dipisahkan
Islam mempengaruhi orang Melayu dalam beragama, pendidikan, ilmu
pengetahuan, bahasa, sastera, adat resam, budaya, seni dll
Islam menubuhkan kerajaan-kerajaan Melayu Islam bermula dengan Melaka
Maka Melayu adalah ETNIK PERTAMA memerintah & berkerajaan di
Semenanjung, juga etnik utama & tunggak masyarakat plural di Malaysia

Tradisinya, orang Melayu di luar bandar & terlibat dengan kegiatan peasantry
e.g pertanian sara diri, menangkap ikan, kraftangan dll turun-temurun
Dasar pecah & perintah British cuba menelantarkan Melayu. Merdeka?

2.3.3 CINA
Etnik kedua terbesar selepas Melayu. Hubungan China dengan Semenanjung
Tanah Melayu seawal Kerajaan Langkasuka yang diasaskan pada 100M

Pada akhir abad ke-18 & awal abad ke-19, Pulau Pinang & Singapura menjadi
destinasi utama penghijrahan orang Cina
Juga ada di Johor sebagai peladang gambir & lada hitam. Diberi kawasan
(kangkar) sepanjang sungai menerusi Surat Sungai oleh Temenggung Johor
kepada ketua (Kangcu)
Di Larut, Long Jaafar membawa masuk buruh dari Negeri Selat untuk
melombong bijih timah. Di Lukut & Sungai Ujong juga sebagai pelombong
Gelombang kemasukan buruh Cina semakin hebat dengan perkembangan
perlombongan.
Lebih ramai lagi datang bila China tidak stabil akibat pemberontakan & perang
saudara ekoran zalimnya kerajaan & merebaknya rasuah. Di China juga kerap
berlaku malapetaka e.g banjir & kemarau panjang sehingga petani menderita
Asalnya tidak berniat menetap. Maka masih dianggap pendatang

2.3.3

CINA (sambungan)

1930-an: cenderung menetap kerana tertarik dengan suasana politik &


ekonomi. Juga disebabkan imigran wanita Cina turut datang

British cuba memberikan kerakyatan dengan Malayan Union


Di Sabah, orang Cina masuk sebagai peladang tembakau melalui agen di
Singapura
Dari Tanah Besar & Hong Kong, orang Cina masuk ke Sabah dari 1820-an
melalui Laut Cina Selatan. Ketara di Sandakan
Di Sarawak, orang Cina masuk menerusi Sambas & Pontianak. Berkerja
sebagai pelombong emas di Bau, buruh dan sebagainya

2.3.4

INDIA

Hubungan India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah lama wujud hasil
perdagangan. Pengaruh Hinduisme menubuhkan kerajaan-kerajaan maritim
Hindu-Buddha seperti Langkasuka sebelum Melaka lagi
Sejak sebelum abad ke-19, yang datang sebagai pedagang ada yang cekap
sehingga digelar Saudagar Raja (Diraja)
Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824, British membawa masuk orang
India dari Bengkulu iaitu orang tawanan (banduan) yang ditukar antara dua
pihak itu. Mereka berkerja sebagai pembina bangunan kerajaan, jalan dll
1840-an: buruh India dibawa berkerja di ladang tebu, Seberang Perai
1874: Ladang kopi & teh mula dibuka. British bawa masuk lagi kerana upah
murah & dimudahkan pentadbiran British di India
Kebanyakannya buruh dari India Selatan, 80% keturunan Tamil
Juga Malabari dari Pantai Malabar, serta orang Telugu dari Andhra Pradesh
Orang Malayali & Ceylon diambil sebagai kerani, pembantu hospital, kakitangan
KTM & Tandil (mandur) ladang kerana boleh bercakap Inggeris

2.3.4

INDIA

Dari utara India, orang Punjabi dibawa masuk sebagai sepoi/tentera


British iaitu Malay States Guides yang ditubuh pada 1896 & pemandu
kereta lembu
Orang India di Malaysia bukan homogenous
India sanggup ditinggalkan untuk Tanah Melayu yang lebih makmur &
politik lebih stabil kerana:
1) Sistem kasta yang tegas hadkan pergerakan kasta rendah dalam
pekerjaan;
2) Ledakan dalam pertumbuhan penduduk & ramai tak ada kerja

2.3.5

BUMIPUTERA SABAH

Ada 29 etnik yang dikelaskan sebagai Bumiputera Sabah dan 12 etnik


Bukan Bumiputera (6 etnik masyarakat Cina, Pakistan, India dll)

Secara umum digolongkan Bumiputera Islam/Melayu, Bumiputera Bukan


Islam/Melayu & Cina
Bumiputera Islam: Melayu, Brunei, Suluk, Bugis, Bisaya, Bajau, Idahan,
Banjar, Tidong, Sungei, Illanun, Kadayan & Cocos
Bumiputera Bukan Islam: Kadazan/Dusun, Murut, Kwijau, Lotud, Rungus,
Tambanuo, Dumpas, Maragang, Paitan, Minokok, Rumanau, Mangkaak &
Sino-Filipina
Cina terbahagi mengikut kumpulan dialek bahasa masing-masing
Melalui Laut Sulu, Sabah menerima pengaruh Filipina. Sedang melalui Laut
Sulawesi, diterima pengaruh Indonesia
Pada zaman pemerintahan British North Borneo Chartered Company (18811946), berubah menjadi masyarakat plural dengan kemasukan suku-suku
seperti orang Cina, India, Cocos & Indonesia

2.3.6

BUMIPUTERA SARAWAK

30 suku kaum, yang didiami sejak 40000 tahun lalu. Bukti? Orang
Paleolitik di Gua Niah

Dikatakan berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara, datang ke Sarawak


kerana kekayaan bumi Sarawak seperti hasil laut, hasil hutan & galian
(antimoni & emas)
Bumiputera Sarawak: ORANG PESISIR = Melayu & Melanau

Bumiputera Sarawak: PENDUDUK PEDALAMAN = Iban, Bidayuh, Bisayan,


Murut, Punan, Kayan, Kenyah, Kenawit, Kedayan & Kelabit
Iban suku terbesar, diikuti Melayu, Bidayuh (Dayak Laut), Melanau &
Orang Ulu (Kenyah, Kayan, Kedayan, Murut, Kelabit, Bisayan, Punan dll)

2.4 BENTUK MASYARAKAT PLURAL MALAYSIA


2.4.1 Politik
Demi kepentingan politik & ekonomi, British menjalankan dasar
pecah dan perintah pemisahan etnik Melayu, Cina & India
disengajakan
Melayu setia kepada Tanah Melayu, Cina setia kepada Negara China
& India setia kepada Negara India
Maka ada masalah dalam menuntut kemerdekaan.
diselesaikan sendiri antara etnik, baru merdeka pada 1957

Apabila

Pilihanraya 1955: Melayu, Cina & India bersatu dalam 1 pakatan parti
iaitu PERIKATAN maka demokrasi berjalan lancar
Bila masing-masing etnik mengurus etniknya, maka berebut sumber
yang terhad

Diburukkan lagi sesetengah pemimpin etnik cuba popular & meraih


sokongan dalam etniknya
Maka berlaku konflik & perbalahan seperti Peristiwa 13 Mei 1969
Maka sedarkan banyak pihak terutama pemimpin untuk berubah

2.4 BENTUK MASYARAKAT PLURAL MALAYSIA


2.4.2 Ekonomi
Selepas merdeka, masalah sosioekonomi & sosiopolitik masyarakat
cuba diatasi oleh kerajaan

Asalnya ekonomi yang ditinggalkan oleh British bersifat laiszes


faire/ sistem ekonomi bebas. Juga wujud sistem ekonomi moden di
samping sistem ekonomi tradisional
Sistem ekonomi moden penjajah= Tumpu pada perdagangan getah &
bijih timah; Berorientasi budaya bandar & asas pasaran bandar
dengan corak pengurusan & teknik organisasi berteraskan bandar
yang dikawal British; Banyak melibatkan Cina & India
Sistem ekonomi tradisional = Ekonomi pertanian terutama padi &
ikan; Didominasi Melayu; Teknik pengeluaran, pemasaran, tenaga
kerja & modal berlandaskan budaya Melayu luar bandar
Maka wujud sistem ekonomi dualisme - 2 orientasi & 2 tumpuan
berbeza tapi bergerak seiring dengan garis etnik
Pemisahan etnik berlaku akibat pemisahan ekonomi

2.4 BENTUK MASYARAKAT PLURAL MALAYSIA


2.4.2 Ekonomi (Sambungan)
Melayu di pedalaman, Cina di lombong & India di estet
Interaksi & sosialisasi sedikit dan terhad di pasar sahaja
Berlaku jurang ekonomi yang amat ketara di mana Melayu luar bandar
jauh ketinggalan di belakang
Selepas merdeka, Rancangan Pembangunan Ekonomi dilaksana pada 4
peringkat:
i. Rancangan Pramerdeka: meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah
Melayu (1950-1955) & Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama
(1956-1960)
ii. Rancangan Selepas Merdeka: merangkumi Rancangan Persekutuan Tanah
Melayu Kedua (1961-1965) & sebahagian Rancangan Malaysia Pertama
(1966-1970)
iii. Rancangan dalam Dasar Ekonomi Baru
iv. Dasar-dasar pembangunan negara

2.4 BENTUK MASYARAKAT PLURAL MALAYSIA


2.4.3 Agama & Kepercayaan
Agama antara ciri terpenting masyarakat plural di Malaysia.

Agama diamalkan dan diwarisi dari generasi ke generasi


Antaranya: Islam, Buddhisme, Hindu, Kristian, Confucianisme & Taoisme.
YANG LAIN?
Perkara 3 Perlembagaan Malaysia: Islam agama rasmi

Agama-agama selain Islam boleh diamalkan secara aman & damai


Setiap orang berhak menganut agamanya tanpa sekatan

2.4 BENTUK MASYARAKAT PLURAL MALAYSIA


2.4.4 Pendidikan
Sebelum merdeka: Pendidikan Melayu bersifat Pengajian al-Quran
dengan bahasa pengantar Melayu
Sebelum merdeka: Pendidikan Cina berasas pengetahuan klasik
Confucius yang berorientasi Tanah Besar China
Sebelum merdeka: Pendidikan India berbahasa Tamil & buku-buku
diimport dari India, beri pengetahuan tentang budaya, sejarah &
geografi India
Maka zaman penjajah tidak ada dasar pendidikan yang jelas
British biarkan ada 4 aliran pendidikan: Inggeris, Melayu, Cina &
Tamil. Keempatnya ada perbezaan ketara dari segi matlamat, sukatan
pelajaran, bahasa pengantar & pendidikan guru
Sekolah Melayu hanya untuk menjadikan orang Melayu petani &
nelayan lebih baik
Sekolah Inggeris untuk pengajian tinggi di seberang laut

Sekolah Cina untuk lanjut pelajaran ke China

2.4 BENTUK MASYARAKAT PLURAL MALAYSIA


2.4.4 Pendidikan (Sambungan)
Sekolah India untuk menarik lebih ramai buruh India ke estet

Selepas merdeka diwujudkan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk


capai matlamat 1 entiti politik yang merdeka
Matlamatnya memenuhi keperluan pembangunan & mencapai
integrasi nasional
Sistem ini dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan
mata pelajaran & orientasi sebagai wadah menyatukan
kepelbagaian budaya, nilai & norma masyarakat dalam 1 acuan demi
membentuk 1 identiti kebangsaan
2 laporan dipersetujui iaitu Penyata Razak 1956 & Penyata Rahman
Talib 1960 yang mengiktiraf penggunaan Bahasa Melayu sebagai
alat penyatuan tanpa menjejaskan etnik-etnik lain

2.4 BENTUK MASYARAKAT PLURAL MALAYSIA


2.4.4 Pendidikan (Sambungan)
Menurut Akta Pendidikan 1957:

i.

Sekolah pelbagai aliran dibenarkan & pengajaran dalam bahasa


ibunda masing-masing dibenarkan

ii.

Apabila bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, maka


sekolah-sekolah Cina & Tamil wajib mengajar bahasa Melayu
sebagai salah satu mata pelajarannya

iii. Pendekatan mata pelajaran Sejarah, Geografi & buku-buku teks


yang lain mestilah berteraskan Malaysia dan bukan lagi
berteraskan Negara China & India

2.4 BENTUK MASYARAKAT PLURAL MALAYSIA


2.4.5

Kebudayaan

Setiap etnik utama di Malaysia mewarisi tamadun & kebudayaan besar di


dunia
Dasar Kebudayaan Kebangsaan dirumus dalam Kongres Kebudayaan
Kebangsaan di Kuala Lumpur pada Ogos 1971. Ia diperkenal sebagai usaha
memupuk integrasi nasional
Dasar Kebudayaan Kebangsaan merumuskan:
i. Kebudayaan kebangsaan mesti berasaskan kebudayaan penduduk peribumi
negara ini
ii. Unsur-unsur daripada kebudayaan-kebudayaan lain yang sesuai dan munasabah
boleh digabungkan ke dalam Kebudayaan Kebangsaan
iii. Islam akan menjadi satu unsur penting dalam Kebudayaan Kebangsaan
Norma & nilai pelbagai etnik yang diterapkan dalam Kebudayaan Kebangsaan
adalah norma & nilai sejagat yang positif & boleh wujudkan kesatuan &
kesetiaan kepada negara

2.4 BENTUK MASYARAKAT PLURAL MALAYSIA


2.4.5

Kebudayaan (Sambungan)

Contohnya kesopanan, kejiranan, saling memahami, saling menghormati,


toleransi, kerjasama, saling membantu dll
Dalam masyarakat Melayu, amalan gotong-royong diketengahkan kerana
ia mempamerkan nilai kerjasama & bantu-membantu. Ini tidak
bertentangan dengan nilai mana-mana bangsa kecuali bangsa yang terlalu
mementingkan diri sendiri
Konsep Kebudayaan Kebangsaan merangkumi penggunaan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa rasmi & perhubungan antara pelbagai etnik
Ia bukan sekadar penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
kerana Akta Bahasa Kebangsaan 1967
Bahasa Kebangsaan digunakan dalam urusan-urusan & majlis-majlis rasmi
kerajaan
Juga menjadi bahasa pengantar di sekolah & universiti
Dalam pergaulan sehari-hari?

2.5

KESIMPULAN

Malaysia memiliki sejarah masyarakat yang tersendiri, khususnya dalam


pembentukan masyarakat plural
Bentuk-bentuk masyarakat Malaysia hari ini adalah unik kerana budayanya
yang pelbagai, namun dapat hidup dalam keadaan aman & harmoni
Sikap memahami & bertoleransi sesama etnik amat penting untuk dipupuk
& diamalkan agar suasana muhibbah akan terus terjalin & seterusnya
pembangunan negara berjalan lancar & tersusun

SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like