Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KERTAS KERJA CADANGAN

PEMBINAAN MASJID PRIMA BERUNTUNG


DI LOT 20129 & 20165,
PRIMA BERUNTUNG, SEKSYEN 20, BANDAR SERENDAH,
DAERAH HULU SELANGOR,
SELANGOR DARUL EHSAN

Pemaju/Pengurus Projek
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Prima Beruntung
16 Jalan Anggerik 2D/2
Prima Beruntung, 48300 Rawang
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603 60 2121 88 Fax :+603 60 2161 88
Email address : masjid.pb@gmail.com

1.0 PENDAHULUAN

Masjid merupakan satu institusi utama agama Islam yang selain


daripada merupakan sebagai tempat beribadat secara berjemaah penduduk
setempat, ianya juga mempunyai pelbagai fungsi lain yang boleh
melahir sebuah masyarakat yang berjiwa murni dan berakhlak mulia.
Prima Beruntung yang kedudukannya diseberang Lebuhraya Utara Selatan
agak terpisah dari komuniti setempat Bukit Beruntung/Bukit Sentosa.

Prima Beruntung ini merangkumi Fasa Anggerik & Mawar serta komuniti
orang asli mempunyai lebih kurang 1,000 orang penduduk. Selain itu
kemudahan prasarana baru seperti jalan dari Sungai Buaya/Batang
Berjuntai ke Prima Beruntung bakal menjadi pemangkin didalam
menjadikannya sebagai Growth Centre di Hulu Selangor ini.

Kepesatan pembangunan serta penambahan penduduk di kawasan Bukit


Beruntung yang terletak didalam kawasan Koridor Automotif Negara
telah menyebabkan penambahan yang ketara bilangan jemaah terutamanya
pada hari Jumaat. Masjid-masjid yang sedia ada dilihat tidak mampu
lagi untuk menampung penambahan bilangan penduduk/jemaah ini.
Pembukaan kilang Tan Chong/Nissan yang mempunyai kapasiti pekerja
hingga 5,000 orang pekerja bakal menambahkan masalah ini.

Menyedari masalah yang bakal timbul sekiranya tidak ada usaha-usaha


konkrit untuk menyelesaikan masalah ini maka cadangan pembinaan
Masjid Prima Beruntung ini adalah tepat pada waktunya.

2.0 OBJEKTIF

Objektif utama kertas cadangan ini adalah untuk memohon kebenaran


merancang untuk mendirikan sebuah masjid di sebuah kawasan seluas 3.5
ekar yang telah digazetkan untuk pembinaan sebuah masjid oleh pihak
pemaju taman perumahan ini iaitu Europlus Corporation Sdn Bhd. Pihak
Europlus pada dasarnya telah bersetuju untuk menyerahkan tanah
tersebut kepada pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Prima Beruntung
melalui suratnya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Prima
Beruntung, Ybhg Dato Hj Yusof bin Hj Saidin yang bertarikh 23hb May
2006 rujukan surat tersebut 14(PI)/EC/SPM-JPMPB/2006- 012. (Sila
rujuk Appendix A1).

3.0 LATARBELAKANG

Kedudukan Prima Beruntung yang tersendiri lebih kurang 5 km daripada


Masjid Bukit Sentosa mewajarkan sebuah Masjid didirikan bagi

kemudahan penduduk setempat. Dengan jumlah keseluruhan unit rumah


yang telah disiapkan di kedua-dua Fasa Anggerik & Mawar Prima
Beruntung ini melebihi 1,000 unit, keperluan kepada sebuah Masjid
untuk kegunaan komuniti tempatan adalah satu yang amat mendesak.
Selain daripada Fasa Anggerik & Mawar serta perkampungan orang asli
Prima Beruntung juga juga berdekatan dengan Taman Perumahan Adenieum
serta kawasan Perindustrian yang bakal menjadikan Masjid ini tumpuan
utama penduduk/perkerja dikawasan yang disebutkan tadi.

Buat masa ini tidak ada sebuah pun tempat ibadat samada surau mahu
pun masjid didirikan di sini. Walau bagaimana pun pihak penduduk
telah mengambil inisiatif sendiri dengan menguna kan dua buah rumah
kosong sebagai surau dengan kebenaran pemilik masing-masing. Pihak
penduduk Prima Beruntung sedia maklum tentang terdapat 2 lot tanah di
Prima Beruntung ini yang telah diperuntukan untuk pembinaan surau dan
Masjid dikawasan ini. Penduduk berpendapat bahawa pembinaan Masjid
adalah lebih sesuai kerana kedudukan tapak masjid berkenaan adalah
ditengah-tengah diantara Fasa Anggerik dan Mawar berbanding dengan
tapak cadangan surau yang teletak agak jauh di penghujung fasa
Anggerik.

Dengan pembinaan Masjid yang terletak dilokasi yang strategik ini


akan menguntungkan penduduk dikedua-dua Fasa Anggerik dan Mawar
berbanding dengan kedudukan lokasi Surau yang hanya khusus untuk
sebahagian kecil penduduk Fasa Anggerik sahaja.
Tanah sekarang ini telah pun diserahkan kepada pihak kerajaan dan
telah pun digazetkan untuk pembinaan Masjid tersebut. Sehubungan
dengan itu pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Prima Beruntung telah
membuat keputusan untuk mendapatkan kebenaran dari pihak Pejabat
Agama Islam Selangor agar cadangan ini dapat disegerakan dan menjadi
kenyataan secepat yang mungkin. (Pihak JAIS telah memberi kebenaran
dalam suratnya yang bertarikh 4/12/2009, Sila rujuk Appendix A4)

4.0 LOKASI TAPAK CADANGAN MASJID

Lokasi tapak cadangan Masjid Prima Beruntung ini sebenarnya telah


digazetkan oleh pihak Pemaju, Europlus Corporation Sdn Bhd

sepertimana yang telah dilakarkan/dinyatakan didalam Pelan kepada


Jabatan Perancang Bandar & Desa, Majlis Daerah Hulu Selangor. Pihak
Majlis Daerah Hulu Selangor telah mengesahkan didalam surat mereka
bertarikh 8hb Mac 2006 rujukan surat tersebut (51) dlm. MDHS.439/13
kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Prima Beruntung, Ybhg
Dato Hj Yusof bin Hj Saidin bahawa lot-lot tanah tersebut iaitu lot
20129 (3.0 Ekar) dan 20165 (0.66 Ekar) telah dirizabkan sebagai tapak
masjid untuk kegunaan masyarakat Islam. (Sila rujuk Appendix A2).

Lanjutan daripada itu pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Prima


Beruntung yang bermesyuarat pada 16hb November 2007 telah bersetuju
untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Teknikal yang bertanggung jawab
untuk menyediakan cadangan-cadangan tertentu Projek Pembinaan Masjid
Prima Beruntung. Bagi menyediakan pelan cadangan tersebut pihak
Konsultant Ukur Tanah telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja
pengukuran serta penandaan batu sempadan bagi kedua-dua tapak tanah
yang berkenaan. Kerja-kerja pengukuran tersebut telah dijalankan pada
29hb Januari 2008. (Sila rujuk Appendix A3 untuk Pelan Kerja Ukur
Tanah yang dinyatakan)

5.0 KONSEP CADANGAN MASJID

Dengan adanya pelan kerja-kerja ukur tanah maka pihak Jawatankuasa


Teknikal telah mengadakan beberapa siri mesyuarat/perbincangan dan
akhirnya berjaya menyiapkan konsep reka bentuk Masjid Prima Beruntung
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pembinaan Masjid Prima Beruntung pada 16hb November 2007 .

Perlu dijelaskan disini bahwa Jawatankuasa Pembinaan Masjid Prima


Beruntung telah menetapkan agar Kompleks Masjid Prima Beruntung ini
mempunyai 2 komponen utama iaitu :1. Kompleks Masjid Utama
2. Kompleks Asrama Maahad Tahfiz Al Quran
Masjid yang dicadangkan ini bakal dijadikan sebagai Pusat Aktiviti
Sosial bagi menampung keperluan penduduk seperti:-

1. Urusan Pengurusan Jenazah


2. Majlis Perkahwinan
3. Pusat Tahfiz Al Quraan lengkap dengan Asrama penginapan
pelajar.
Pelan susun atur tapak dan adalah seperti yang ditunjukan didalam
Appendix A3.

Maahad Tahfiz Al Quran

Pusat Maahad Tahfiz Al Quraan ini adalah pusat tahfiz sedia ada yang
telah dijalankan semenjak 3 tahun yang lalu di 2 buah rumah bungalow.
Sehubungan dengan itu pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Prima
Beruntung telah berbincang dengan Pengusaha Tahfiz untuk sama-sama
menyertai projek pembinaan Masjid. Pihak tersebut telah memberikan
respond yang positif dan bersetuju untuk membiayai sebahagian
daripada kos pembinaan.
Pada amnya detail spesifikasi Masjid Prima Beruntung adalah seperti
berikut :-

1. Luas Keseluruhan Tanah 3 Ekar


2. Luas Keseluruhan Masjid 17,137 kaki persegi
3. Luas Tingkat Atas 7,482 kaki persegi
4. Luas Tingkat Bawah 9,655 kaki persegi
5. Luas Dewan Solat Utama 2977.75 kaki persegi
6. Kapasiti Dewan Solat Utama 450 jemaah
7. Luas Bilek Imam/Pejabat 96.7 kaki persegi
8. Luas Bilek Pengurusan Jenazah 129 kaki persegi

9. Bilangan Paip Wuduk 40 Nos


10.

Bilangan Tandas 20 Nos

11.

Bilangan Bilek Mandi 2 Nos

12.

Bilangan Tempat Letak Kereta 63 Nos

13.

Bilangan Tempat Letak Motor 45 Nos

Pada amnya detail spesifikasi Asrama Maahad Tahfiz Masjid Prima


Beruntung adalah seperti berikut :1. Luas Keseluruhan Asrama 4,902 kaki persegi
2. Luas Tingkat Atas 2,451 kaki persegi
3. Luas Tingkat Bawah 2,451 kaki persegi
4. Luas Bilek Asrama 2,687.5 kaki persegi
5. Luas Dewan Makan 537.5 kaki persegi
6. Luas Rumah Warden 1,677 kaki persegi
7. Kapasiti Asrama Lelaki 75 Orang
8. Kapasiti Asrama Perempuan 75 Orang

SUMBER PEMBIAYAAN MASJID PRIMA BERUNTUNG

Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Masjid Prima Beruntung pada 16hb


November 2007 telah dimaklumkan berkenaan dengan beberapa pihak yang
berminat untuk membiayai sebahagian daripada kos pembinaan Masjid
Prima Beruntung. Salah satu syor yang dikemukakan oleh wakil daripada
pihak penderma agar pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Prima
Beruntung memperuntukan sebahagian daripada tapak cadangan Masjid ini
sebagai tapak untuk didirikan Asrama Maahad Tahfiz Masjid Prima
Beruntung.

Pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Prima Beruntung dasarnya


bersetuju dengan cadangan tersebut yang bakal menjadikan Masjid ini
bukan sahaja sebagai tempat beribadat tetapi juga bakal menjadi Pusat
Ilmu Al Quraan yang terkemuka di daerah Ulu Selangor ini. Pihak
Jawatankuasa juga berpendapat dengan adanya pelajar-pelajar tahfiz di
kawasan Masjid ini akan lebih meghidupkan Masjid ini dengan amalanamalan yang diberkati. Pelan Susun Atur yang dikemukakan juga
mengambil kira lokasi tapak cadangan Asrama Maahad Tahfiz
tersebut. Selain daripada itu beberapa nama lain pihak penderma yang
berpotensi untuk membiayai sebahagian kos pembinaan telah dikemukakan
kepada Jawatankuasa untuk tindakan selanjutnya sekiranya cadangan
pembinaan Masjid ini mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam
Selangor.

7.0 SOKONGAN

Adalah menjadi harapan kami agar niat suci kami untuk mendirikan
sebuah Masjid dikawasan Prima Beruntung ini akan mendapat sokongan
daripada semua pihak. Pembinaan Masjid ini di atas tanah yang telah
digazetkan didalam pelan Perancang Majlis Daerah Hulu Selangor akan
dapat mengelakkan daripada sebarang isu-isu sensitif. Dikhuatiri
kegagalan mendirikan Masjid ditanah yang telah diperuntukkan akan
menyebabkan pihak-pihak lain mengambil kesempatan dengan menukar
status perancangan tanah tersebut diatas alasan tanah tersebut tidak
dituntut atau gagal dibangunkan sebagaimana perancangan asal.

Masjid ini akan dimanafaatkan dengan pelbagai majlis ilmu yang dapat
mendidik generasi muda, remaja dan kanak-kanak agar pembangunan
rohani mereka seimbang dengan pembangunan fizikal. Kewujudan Masjid
ini insyAllah akan dapat meningkatkan syiar Islam dikawasan ini yang
menambah minat penduduk setempat untuk bersama-sama menyertai serta
mengimarahkan program-program masjid.

8.0 PENUTUP

Akhir kata sama-sama lah kita berdoa kepada Allah SWT agar kita
diberi kekuatan didalam usaha mendirikan Masjid ini serta
dipermudahkan segala urusan baik dari segi urusan kelulusan pihak
berkuasa, kewangan, pembinaan, kerjasama yang erat dari semua pihak
dan lain lain lagi.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Appendix A1 (Penyerahan Tapak Masjid - 23/5/2006)

Appendix A2 (Pengesahan Tapak oleh MDHS - 8/3/2006)

Appendix A3 (Plan Tapak Masjid)

Appendix A4 - Surat Kebenaran Pembinaan Masjid Prima Beruntung Dari


JAIS (4/12/2009)

P O S T E D B Y M A S J I D P B AT 1 1 : 0 8 AM
LABELS: DOKUMEN RASMI

You might also like