Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 51

KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI

PERINGKAT TADIKA ATAU PRA SEKOLAH

Imran Ariff Ariffin


Faizul Ab Kadir
Khadijah Ibrahim
Rizawati Abd Halim
Wan Zurianti Wan Abdullah

Jabatan Kemahiran Hidup


(Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional)
(Universiti Pendidikan Sultan Idris 2010)
20 Oktober 2010

ABSTRAK
Penulisan ini berkisarkan kajian-kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di
peringkat tadika atau pra sekolah. Penulisan ini telah di jalankan secara terperinci bagi
mengetahui serba sedikit mengenai isu-isu, polisi kurikulum, dasar, pengajaran dan pembelajar
(P&P) dan juga masalah berkaitan penglibatan ibu bapa di peringkat tadika/prasekolah.
Penulisan ini juga akan menyentuh tentang masalah-masalah yang di hadapi oleh pihak sekolah
terutama guru-guru yang mengajar pelajar tadika/prasekolah. Selain itu, penulisan ini juga akan
membincangkan bagamana pihak sekolah menyelesaikan masalah pelajar tadika/prasekolah dan
masalah hubugan pihak sekolah dengan ibu bapa. Namun, secara keseluruhan penulisan ini
dirujuk berdasarkan bahan-bahan yang terbukti kesahihannya melalui kajian-kajian yang telah di
buat oleh tokoh-tokoh dalam dunia pendidikan sebelum ini..

1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang
menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun
sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal. Berikutan Akta
Pendidikan 1996 , pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk
masuk ke sekolah rendah.
Peruntukan ini menunjukkan penumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah. 162. Selaras dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan
seimbang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah kerana
pengalaman prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak-kanak seterusnya.
Pendidikan prasekolah pada tahun 1990-an tidak banyak berbeza daripada pendidikan
prasekolah

pada tahun 60-an bahkan selalu menarik perhatian para ibu bapa, masyarakat

mahupun pemerintah sebagai pengambil keputusan iaitu mereka menyedari bahawa kualiti masa
awal kanak-kanak termasuk prasekolah merupakan cermin kualiti bangsa pada masa akan
datang.

2.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN ISU-ISU YANG TIMBUL DALAM


PENDIDIKAN
PRASEKOLAH
Menurut kajian Grace (1992) dalam Surayah Zaidon (2003), dalam pendidikan prasekolah,
kaedah yang selalu digunakan untuk mentaksir pelajar adalah dengan menggunakan portfolio
iaitu rekod proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak. Proses pembelajaran boleh
direkod melalui portfolio kerana kandungan portfolio mampu menunjukkan apa yang telah
dipelajari bagaimana kanak-kanak mempelajarinya dan bagaimana kanak-kanak berinteraksi
dengan orang lain dalam menyempurnakan tugasan mereka. Menurut Surayah Zaidon (2003)
lagi, portfolio Kanak-kanak Prasekolah merupakan satu dokumentasi penting yang dapat
menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program
prasekolah. Oleh sebab itu portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai
perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak. Namun, didapati pelaksanaannya sekadar sebagai
satu fail untuk mengumpul hasil kerja kanak-kanak. Ini merupakan satu kerugian yang besar
bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga keseluruhan pelaksanaan program prasekolah.
Pelaksanaan portfolio yang bertepatan adalah penting bagi menjamin perkembangan kanakkanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak
Manakala menurut kajian Seefeldt (1990), kanak-kanak mempunyai repertoir tingkah
laku yang terhad untuk ditafsir dan tidak dapat menggunakan bahasa dengan tepat untuk
menerangkan pengalaman yang dialami. Kaedah lain seperti rujukan norma atau penggredan
melalui ujian bertulis tidak digunakan kerana tidak sesuai untuk pelajar prasekolah yang tidak

berupaya menggunakan bahasa yang tepat untuk menerangkan pengalaman atau pembelajaran
yang dialami dan repetior tingkah laku mereka terhad. Seseorang guru prasekolah tidak wajar
memberikan soalan ujian berbentuk esei kepada pelajarnya kerana pinilaian berbentuk esei tidak
boleh membantu dalam merangsang idea kana-kanak dan dikhuatiri akan memberi tekanan
kepada mereka. Perkara sebegini seharusnya dielakkan kerana ianya boleh merencatkan proses
perkembangan idea dan bahasa kanak-kanak. Pendekatan seperti penggunaan portfolio lebih
sesuai dan praktikal untuk pelajar prasekolah.
Satu kajian oleh Nor Hashimah dan Khadijah (2000) menunjukkan guru tidak
mempunyai masa membuat penilaian formatif terhadap pelajar ketika perlaksanaan Pendidikan
Islam dan Moral di peringkat prasekolah. Oleh kerana guru banyak memberi tumpuan pada
persediaan dan perlaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah, pemerhatian, senarai semak dan rekod
individu jarang dilakukan. Hal ini kerana para ibu bapa lebih menekankan pencapaian akademik
dan kognitif pelajar seperti asas perkiraan dan bahasa. Keadaan ini juga menyebabkan aspekaspek yang menunjukkan perkembangan kanak-kanak seperti perkembangan sahsiah dan sikap
pelajar tidak menyeluruh perlaksanaannya dan hanya dibincangkan bersama ibu bapa yang
berminat terhadap perkembangan anak-anak mereka.

Bagi melaksanakan penilaian ini juga, para guru perlulah mempunyai kemahiran yang
cukup dan cekap dalam pemerhatian terhadap pelajar. Menurut kajian Mohamad (1993) berjudul
Tugas dan Masalah Guru Dalam Mengendalikan Kurikulum Prasekolah yang dijalankan ke atas
12 orang guru tadika dan 11 orang pembantu guru Tabika Perpaduan mendapati aspek penilaian
perkembangan

kanak-kanak

telah

diketahui

namun

guru

menghadapi

kesukaran

mengendalikannya akibat kurang kemahiran. Isu yang sama timbul dalam kajian Rohaty (1996b)

bertajuk Educational Assessment of Malaysian Preschoolers. Kajian tersebut juga menunjukkan


guru kurang berpengetahuan tentang kepelbagaian jenis kaedah penilaian perkembangan kanakkanak walaupun aspek-aspek penilaian perkembangan kanak-kanak telah diketahui namun
perlaksanaan penilaian perkembangan tersebut sukar dijalankan. Aspek-aspek seperti jasmani,
emosi, rohani dan intelektual (JERI) seharusnya dinilai menggunakan pendekatan berbeza oleh
guru mengikut kaedah yang dipelajari semasa dalam pengajian mereka. Kesemua aspek tersebut
memerlukan pemantauan berterusan sepanjang sesi persekolahan.
Menurut kajian Rohaty (2003) dalam Surayah Zaidon pula menunjukkan penilaian yang
dijalankan cenderung kepada perkembangan akademik dan kognitif iaitu lebih menumpu kepada
pelaporan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa berbanding aspek lain yang juga penting dan
perlu dititik beratkan seperti jasmani dan rohani, sahsiah, komunikasi dan sosial kanak-kanak.
Pendekatan rujukan norma seperti ujian untuk menentukan gred markah dan kedudukan
dijalankan kepada kanak-kanak. Perkara yang berlaku ini tidak sesuai untuk kanak-kanak
tersebut kerana perbuatan melabel menggunakan keputusan penilaian tersebut pada peringkat
prasekolah akan membebankan kanak-kanak seterusnya akan mengganggu perkembangan emosi
dan tingkah laku mereka. Para guru dan ibu bapa juga akan mengalami tekanan kerana harapan
untuk memajukan kanak-kanak tersebut. Kebanyakan ibu bapa lebih mengharapkan kepada
pihak prasekolah untuk memajukan anak-anak mereka dan meningkatkan prestasi anak-anak
dalam akademik dan kognitif. Oleh disebabkan hal ini, para guru lebih mengutamakan penilaian
kognitif pelajar walaupun mempunyai kesedaran tentang kepentingan perkembangan pelajar
dalam aspek-aspek lain.
Menurut teori Ekologi Bronfenbrenner (1977), ahli keluarga khususnya ibu bapa
mempunyai peranan penting sebagai agen sosialis dalam kehidupan kanak-kanak dan

mempunyai pengaruh paling besar ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak. Pengaruh
baka dan persekitaran memberikan kanak-kanak kadar dan tahap perkembangan yang berbezabeza. Interaksi pengaruh-pengaruh tersebut membantu dalam menentukan pencapaian
perkembangan ke satu tahap yang maksimum. Oleh hal yang demikian, perkembangan kanakkanak sama ada dalam aspek kognitif, fizikal atau kerohanian perlu lebih diterapkan dari
kediaman kanak-kanak itu sendiri berbanding di prasekolah.

2.1

ISU DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT KETIKA MENGAJAR DI


PERINGKAT
PRASEKOLAH.

2.1.1

Celik Huruf

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM), Datin Asariah binti Mior Shaharuddin
berkata, KPM menetapkan agar semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) ketika melangkah ke tahun empat sekolah
rendah sebelum penghujung 2012. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar
Penyelidikan Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Zon Sabah di Kota
Kinabalu pada awal Oktober 2009.
Sukatan pelajaran prasekolah, antara lain, bertujuan untuk mencelikhurufkan murid. Ada
guru Bahasa Melayu beranggapan bahawa semua murid yang diterima masuk ke kelas tahun satu
sudah celik huruf. Apabila anggapannya itu meleset, mereka mengeluh. Mereka berasa berat
untuk mengajarkan a-b-c kepada beberapa orang murid yang tidak berpeluang mengikuti kelas

prasekolah. Ada juga murid yang sudah mengikuti prasekolah tetapi masih belum celik huruf.
Murid-murid ini menokok jumlah murid yang perlu dicelikhurufkan oleh guru Bahasa Melayu
tahun satu.
Dahulu, pada semester pertama, memang ada program khas. Mulai tahun 2006 KPM
memperkenalkan pula program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010 menyatakan, KIA2M bertujuan untuk
memastikan murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar di
sekolah. Tujuan ini tidak tercapai apabila pada akhir Ogos 2006 hampir 100 ribu murid tahun
satu belum celik huruf. Pada akhir September 2009 pula sebanyak 85,000 murid tahun satu
belum menguasai 2M.
Berdasarkan sasaran yang diuar-uarkan oleh Menteri Pelajaran dan timbalannya dalam
BHO, pada tahun hadapan dan tahun 2011 jumlah murid tahun satu yang belum celik huruf pada
akhir tahun dijangka masih dalam lingkungan 50,000 orang. Malah, apabila kita mengambil kira
jumlah kelahiran yang semakin meningkat, jumlah ini tidak banyak berubah pada akhir tahun
2012. Jadi, penetapan sasaran 85 hingga 87 peratus kanak-kanak berpeluang mengikuti
prasekolah pada tahun 2012 itu rendah.
Penetapan sasaran yang rendah ini pasti menghampakan pendukung PIPP yang ingin
melihat murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar di sekolah.
Kenyataan bahawa semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran 3M
selepas melangkah ke tahun empat pula bagaikan mengesahkan kehampaan pendukung PIPP.
2.1.2

Kesukaran Menguasai Konsep Nombor

Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak
prasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran
Matematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangan
kanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar kanak-kanak
simbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di
sekeliling (Rohani et. Al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor
dengan keadaan sebenar.

2.1.3

Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Kanak-Kanak Prasekolah

Tempat penyimpanan hasil kerja adalah juga satu masalah penggunaan portfolio. Terdapat
berbagai bentuk portfolio yang boleh diselenggara. Antaranya menggunakan kotak, fail, folder
atau disket. Cara menyimpan hasil kerja banyak bergantung kepada pengalaman guru
menyelenggara portfolio pada tahun-tahun sebelumnya. Akibat ketidakcekapan guru mengumpul
hasil kerja, sikap guru yang tidak selektif, guru sering kali memasukkan kesemua hasil kerja
tanpa dianalisis. Ini menjadikan bahan yang dikumpul terlalu banyak dan menjejaskan bentuk
fizikal portfolio.

Kajian Umi Kalsom Takriff (2003) dalam Surayah Zaidon (2004), berjudul Persepsi Guru
Terhadap Pelaksaan Penilaian Di Prasekolah JAWI mendapati guru melibatkan kanak-kanak

semasa mengumpul hasil kerja walaupun kesemua hasil kerja disimpan ke dalam portfolio tanpa
melalui proses pemilihan. Penyemakan pula adalah secara langsung atau spontan di mana guru
memberi komen secara lisan tentang kesalahan hasil kerja terus kepada kanak-kanak. Kandungan
portfolio terutamanya hasil seni dipamerkan di kelas. Kajian tersebut mendapati pengesanan
perkembangan keseluruhan kanak-kanak memerlukan pemerhatian ke atas aktiviti kanak-kanak
dan interaksi bersama kanak-kanak selain dari maklumat dari hasil kerja.
Hasil kerja yang dikumpul terbatas kepada yang berasaskan kertas yang berbentuk
lembaran kerja dan hasil tulisan yang merupakan salinan atau adaptasi dari buku-buku rujukan di
pasaran. Pengumpulan kandungan portfolio tidak dijalankan mengikut prosedur tertentu dengan
penglibatan kanak-kanak yang terhad. Dari segi tatacara menilai kandungan portfolio, kaedah
semakan yang paling menonjol adalah secara memberi ganjaran. Penyemakan yang dijalankan
adalah lebih berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu.
Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap
perkembangan.
Menurut Surayah Zaidon (2004), penyemakan yang dijalankan adalah lebih berbentuk
perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu. Penganalisaan kandungan
portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan. Kajian beliau telah
mengenal pasti antara masalah yang dihadapai guru dalam menggunakan portfolio secara
berkesan adalah latihan yang terbatas, bilangan kanak-kanak yang terlalu ramai, peruntukan
masa yang banyak diperlukan untuk menilai hasil kerja kanak-kanak dan limitasi portfolio dalam
menggambarkan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan.
Banyak kajian menunjukkan guru tadika mempunyai pengetahuan yang terhad dalam
aspek penilaian perkembangan kanakkanak akibat pendekatan latihan pra perkhidmatan yang

berunsurkan teori dan mengetepikan ataupun memperlekehkan pengaplikasian teori. Bakal guru
perlu diberi pendedahan kepada input yang dapat merealisasikan matlamat pelaksanaan
penilaian. Kanakkanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad bagi dinilai. Justeru, guru
perlu didedahkan kepada pelbagai alat pentaksiran pemerhatian daripada segi teori dan pratikal
seperti rekod anekdot,dapat menjamin bakal guru benar-benar faham bentuk penilaian yang perlu
dijalankan di peringkat prasekolah dan tidak mengambil jalan mudah dengan menggunakan
ujian-ujian yang hanya menguji perkembangan kognitif kanakkanak.

2.1.4

Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal

Perubahan kurikulum prasekolah yang sering berlaku di Malaysia banyak menyusahkan proses
pembelajaran dan pengajaran guru di peringkat prasekolah. Kurikulum standard prasekolah
kebangsaan amat menekankan pengajaran sains awal kepada kanak-kanak prasekolah. Perubahan
ini menyebabkan guru-guru prasekolah kurang pengetahuan dalam pengajaran sains awal. Hal
tersebut juga memberi kesan terhadap sikap dan keyakinan guru-guru prasekolah dalam
pengajaran sains awal.
Menurut kajian Zurida Ismail dan Hashimah Yunus (2004), dalam mengkaji sikap dan
pengetahuan dalam pengajaran sains awal di peringkat sekolah,

walaupun umumnya

menunjukkkan respon positif terhadap pengajaran sains awal tetapi masih terhadap guru
sebanyak

(7.4%) yang menyatakan mereka merasakan pengajaran sains awal tidak begitu

menarik. Manakala hampir 40% pula berpendapat mereka menghadapi kesukaran untuk
memahami sains dan beranggapan pengajaran sains awal mengambil masa yang panjang. Selain
itu terdapat juga guru yang belum mempunyai pengalaman dalam mengajar mata pelajaran
sains. Pengetahuan dan sikap yang positif penting dalam pengajaran sains awal di prasekolah.

3.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

3.1 Perlakasanaan Aktiviti Belajar Melalui Kaedah Bermain


Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat perhatian di
semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup
seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di rumah. Di Malaysia, program
pendidikan prasekolah adalah satu program pendidikan untuk golongan kanak-kanak berusia
antara 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara

formal di Tahun Satu

sekolah rendah.
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan
kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga
kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa
dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Main adalah sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta,
kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan
kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi
pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan
kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik
darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya.
Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk
melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Almy (1984,

Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa
mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui
permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak kanak melibatkan diri dalam
permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan tokohtokoh lain dimana dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut; Pertama, main
adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk kepuasan semasa
melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada kebebasan memilih
oleh peserta.
Mengikut Vygotsky (1962) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.
Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam
pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan
dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawalsituasi dan
menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran
yang tinggi melalui bermain. (Spodek et al. 1987, p. 181). Jerome Singer (Spodek,1983)
menganggap imaginative play sebagai usaha kanakkanak menggunakan kebolehan fizikal dan
mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan,
kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi
masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif.
Namun begitu, masih terdapat isu iaitu guru sukar untuk melaksanakan kaedah belajar
melalui bermain kepada kanak kanak. Strategi pengajaran dan pembelajaran masih bertumpu
kepada aktiviti menyebut, mengeja, membaca, menulis, melukis dan mewarna. Perbezaan
strategi pengajaran guru KEMAS, JAIM, PERPADUAN , KPM, DAN SWASTA terdapat pada
pendekatan yang digunakan dalam pengajaran, bentuk rancangan pelajaran yang disediakan dan

interaksi guru-murid dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kebanyakan guru juga
tiada atau pun kurang kefahaman serta tidak memahami perkembangan dan minat kanak-kanak
disamping keperluan mereka.
Bersabit dengan tugas-tugas melaksanakan pengajaran melalui aktiviti bermain, terdapat
faktor - faktor masalah guru-guru dalam menjalankan aktiviti belajar melalui bermain. Antara
faktor faktor tersebut adalah mereka kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk
menyampaikan aktiviti belajar melalui bermain. Menurut mereka lagi, masalah ini berpunca
daripada perkembangan yang pesat dalam pendidikan prasekolah. Guru-guru yang ditemubual
mengatakan mereka berkeyakinan bahawa masalah yang dihadapi ini boleh diatasi jika mereka
diberi peluang mengadakan perbincangan pendidikan dengan pakar-pakar, pentadbir dan
penyelidik pendidikan prasekolah (Almy, 1984).
Menyentuh hal tersebut, kebanyakan guru-guru mengatakan terdapat beberapa perkara
penting berkaitan dengan masalah kekurangan pengetahuan dan kemahiran iaitu seperti guru
kurang faham dengan pendekatan dan cara-cara penyampaian aktiviti, guru kurang yakin dengan
pengajaran yang ingin disampaikan, guru juga kurang memahami psikologi kanak-kanak, guru
kurang mahir membuat alat bantu mengajar, guru kurang faham dengan kurikulum prasekolah
kebangsaan, dan guru mengalami kesukaran membuat pemerhatian dan penilaian ke atas kanakkanak (Almy, 1984).
Masalah yang paling ketara dalam melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain ialah
bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar yang dibekalkan mestilah selari dan bersesuaian
dengan permainan dan konsep yang perlu melibatkan keenam-enam komponen iaitu komponen
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi, Perkembangan Kognitif, Perkembangan Fizikal,
Perkembangan Kerohanian dan Moral, Perkembangan Kreativiti dan Estetika dan Perkembangan

Sosioemosi. Boleh dikatakan guru-guru prasekolah memahami dan berpengalaman dalam


pengurusan dan pengendalian tadika, tetapi bahan bantu mengajar tidak mencukupi. Mereka
boleh menggunakan bahan terbuang tetapi ia bergantung kepada kreativiti guru sendiri dalam
mengolah bahan tersebut. Bahan-bahan seperti kotak tisu, kotak mancis, cawan plastik, botol
plastik, tin susu, bekas telur, daun kering dan lain-lain lagi boleh digunakan sebagi bahan bantu
mengajar yang menjadi pemangkin dalam kaedah belajar melalui bermain. Walau bagaimanapun
usaha ini menjadi sia-sia sahaja jika tiada strategi yang tepat dan betul.
Kebanyakan guru juga masih kurang faham tentang Huraian Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan 2003. Mereka menghadapi kesukaran untuk menentukan kebolehan mental dan
fizikal murid. Mereka juga sukar menentukan apakah jenis aktiviti tahap pelajaran yang hendak
dijalankan supaya menjadi lebih berkesan. Turut dikenalpasti ialah masalah yang berkaitan
dengan penyediaan bahan pengajaran. Didapati isi kandungan buku aktiviti oleh panel tadika
masing-masing perlu disesuaikan dengan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengan
tahap umur dan pencapaian kanak-kanak. Ini pula menyebabkan kesukaran guru mengenal pasti
tahap-tahap pencapaian kanak-kanak seperti menentukan hasil pembelajaran tersebut (Rohani
Abdullah ,2004).
Masalah juga timbul untuk menyediakan peralatan dan keselesaan kanak-kanak
beraktiviti belajar melalui bermain. Masalah ini berpunca daripada tempat belajar yang sering
digunakan untuk majlis dan upacara kemasyarakatan. Ini mengakibatkan keceriaan sekolah tidak
dapat dibentuk mengikut matlamat tadika yang sebenarnya. Terdapat banyak kelas atau
bangunan di mana kelas ini dijalankan tidak begitu selesa dan kurang menggalakkan dari segi
pembelajaran kanak-kanak tabika. Contohnya, terdapat sebahagian tadika yang begitu sempit,
tandas yang tidak sesuai dan tiada pagar yang sesuai untuk keselamatan kanak kanak.

Pada amnya mereka masih kekurangan kemahiran menyoal, mengarah, menilai dan membuat
dendaan. Ini penting kerana seseorang guru prasekolah seharusnya mempunyai kemahiran
mengendalikan kelas di samping menjadi pembimbing, penasihat, pengajar, pentadbir dan lainlain lagi kepada kanak-kanak ini (Rohani Abdullah, 2004).
Mengenai proses penyampaian aktiviti, masalah yang ditimbulkan berkisar kepada
penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan boneka, model-model, doh serta bahan lakonan
kurang dititik beratkan. Perkara yang menjadi punca masalah adalah disebabkan kurang
kemahiran, kurang peruntukan membiayai pembuatan bahan dan peralatan. Ini dikuatkan lagi
dengan faktor sikap yang negatif di sesetengah kalangan guru tersebut. Berkaitan dengan
penilaian, jelas terbukti bahawa kemahiran pengukuran dan penilaian di kalangan guru-guru
masih di tahap asas. Konsep penilaian yang melibatkan pemerhatian, temuduga, ujian dan
persepsi masih belum difahami sepenuhnya oleh sesetengah guru-guru. Umumnya kemahiran
pengurusan mikro di kalangan guru-guru masih ditahap yang minima.

4.0 DASAR
"Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah Dasar yang komprehensif bagi
memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia
menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia.
Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada".
Penyataan Dasar ini penting memandangkan kanak-kanak merupakan kumpulan
masyarakat yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan, ibu bapa, NGO dan pihak swasta supaya

mereka dibesarkan mengikut acuan Malaysia ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti
tinggi dan berperibadi mulia. Justeru semua pihak yang bertanggungjawab perlu menggembleng
tenaga, kepakaran dan sumber, menyediakan program, perkhidmatan, pendidikan dan latihan,
perlindungan serta kemudahan-kemudahan yang dapat merangsang perkembangan positif kanakkanak.

5.0 PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PRASEKOLAH


Dalam keadaan masyarakat sekarang ini, sebahagian besar ibu bapa bekerja sehingga
mempunyai waktu yang sangat terhad bagi merangsangkan anak-anaknya di rumah. Ibu bapa
dari keluarga kurang bernasib baik kurang memperhatikan tentang pentingnya stimulasi pada
usia awal ini.Menurut Rohaty (2003) dalam kajiannya di Malaysia, seringkali keadaan di rumah
kurang merangsangkan pembelajaran di persekitaran mereka. Sedangkan ibu bapa daripada
golongan berada biasanya sibuk bekerja dan kurang dapat meluangkan masa bagi melayan anakanak mereka ke arah penyediaan pengetahuan dan kemahiran yang menjadi syarat kejayaan di
sekolah. Akhirnya ibu bapa kehilangan peluang untuk mengembangkan anak-anaknya secara
maksima. Pendidikan prasekolah boleh menjadi institusi yang membantu ibu bapa
menyelesaikan permasalahan ini.
Menurut Morrison (1978) pengertian penglibatan ibu bapa yang komprehensif adalah
proses aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk membantu ibu bapa mencari kekuatan dan
bakatnya serta menggunakannya bagi diri mereka sendiri dan keluarga. Penglibatan ibu bapa
sangat menentukan pencapaian kanak-kanak dalam matlamat yang telah ditetapkan oleh
pihak prasekolah. Conway (2003) menyatakan penglibatan ibu bapa perlu lagi digalakkan kerana
memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan sosial dan kejayaan akademik kanak-

kanak. Dapatan kajian daripada Arnold (2008) dan Izzo et al. (1999) menunjukkan bahawa
penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi menentukan pecapaian akademik kanak-kanak yang
tinggi. Miedel and Reynolds (1999) juga mendapati bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih
tinggi di prasekolah berkaitan dengan kemahiran membaca kanak-kanak yang lebih baik, kadar
keciciran yang lebih rendah, masa yang lebih pendek di kelas pendidikan khas ketika kanakkanak berada di kelas lapan. Dapatan Marcon (1999) juga menyatakan bahawa penglibatan ibu
bapa yang lebih tinggi dan jenis penglibatan yang lebih aktif berkaitan dengan kemahiran
berbahasa kanak-kanak yang lebih baik, perkembangan sosial, motor, dan adaptif yang lebih
baik. Kajian lain yang dilakukan di Head Start, Amerika Syarikat, mendapati bahawa penglibatan
ibu bapa berkaitan dengan keterampilan dan perilaku di kelas (Taylor & Machida, 1994).
Merujuk kepada dapatan kajian-kajian ini, penglibatan ibu bapa sangat penting dan pihak
sekolah harus menumpukan perhatian kepada cara-cara untuk melibatkan ibu bapa bagi
menyokong kejayaan pendidikan kanak-kanak. Guru dan pengetua perlu menyokong penglibatan
ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di prasekolah dan menyamakan persepsi pengetua dan para guru
tentang penglibatan ibu bapa. Ibu bapa perlu memahami kepentingan pendidikan prasekolah bagi
kehidupan kanak-kanak mereka di masa hadapan sehingga penglibatan mereka di prasekolah
boleh ditingkatkan. Penglibatan ibu bapa merupakan manifestasi daripada persepsi terhadap
pendidikan prasekolah. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah merupakan topik
utama daripada kajian ini.
Namun begitu, terdapat beberapa masalah berkaitan dengan penglibatan ibu bapa di
prasekolah. Masalah yang pertama berkaitan dengan persepsi ibu bapa terhadap pendidikan
prasekolah. Sebagai negara kepulauan yang luas dan mempunyai masyarakat yang majmuk,
persepsi ibu bapa akan pentingnya pendidikan prasekolah sangat beragam dan masih banyak ibu

bapa yang tidak menyedari kepentingan pendidikan prasekolah (Direktorat Pendidikan Anak
Usia Dini, 2007). Ibu bapa daripada keluarga kurang bernasib baik cenderung kurang
menganggap kepenting pendidikan prasekolah. Apalagi bila mereka tinggal di luar bandar yang
tidak mempunyai akses kepada pendidikan prasekolah. Persepsi ibu bapa yang rendah mengenai
kepentingan pendidikan prasekolah ini mengakibatkan penglibatan mereka di pendidikan
prasekolah juga rendah. Ibu bapa dari kelompok rendah kurang berpartisipasi dalam pendidikan
anak-anak mereka di sekolah (Grolnick et al., 1997). Ibu bapa biasanya mesti bekerja untuk
menyokong kewangan keluarga sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk terlibat di
prasekolah. Keadaan ini menjadi lebih buruk apabila latar belakang pendidikan mereka juga
rendah sehingga kurang menganggap penting penglibatan mereka di prasekolah. Sedangkan ibu
bapa daripada golongan tinggi menganggap tidak perlu terlibat banyak di sekolah kerana sudah
membayar mahal kepada pihak prasekolah. Kesibukan mereka juga menjadi faktor kurangnya
penglibatan mereka di prasekolah. Masalah kedua adalah masalah persepsi guru dan pengetua
tentang penglibatan ibu bapa yang dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan dan pengalaman
guru dan pengetua. Persepsi tentang sejauh mana ibu bapa boleh terlibat berbeza antara guru dan
pengetua, antaranya sejauh mana ibu bapa boleh terlibat dalam membuat keputusan di
prasekolah, sejauh mana ibu bapa boleh membantu guru dan pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dan sejauh mana ibu bapa boleh dilibatkan dalam bidang kurikulum
di prasekolah. Persepsi guru dan pengetua ini juga berkaitan dengan keperibadian guru dan
pengetua. Ada guru yang introvert, mempunyai sikap tidak mahu dibetulkan oleh ibu bapa,
berpendapat tidak perlu melibatkan ibu bapa terlalu banyak kerana mereka pasti tidak
mempunyai masa. Thomas (1987) menyatakan masalah timbul bila guru enggan bekerjasama
dengan ibu bapa yang bukan daripada golongan profesional. Di Indonesia 99 peratus prasekolah

diurus oleh pihak swasta di mana kewangannya sangat bergantung kepada yuran pelajar dan
pihak penyokong atau penderma (Direktorat Pembinaan TK dan SD, 2008). Keadaan ini juga
mempengaruhi pihak prasekolah untuk menumpukan perhatian pada program yang melibatkan
ibu bapa di prasekolah.

6.0 KESIMPULAN
Melalui kajian-kajian lepas yang telah dibuat, terdapat beberapa isu dan permasalahan yang
sering menyukarkan pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah. Para guru dan pihak
pentadbiran seharusnya bekerjasama dalam mengawal dan menyelesaikan segala masalah yang
akan dan bakal dilalui apabila berada ditahap pendidikan prasekolah.
Sememangnya kita perlu mengetahui keadaan kanak-kanak di peringkat prasekolah,
bagaimana tahap pemikiran dan tingkahlaku mereka supaya segala apa yang kita lakukan akan
meningkatkan lagi kepercayaan dan keyakinan mereka dalam melakukan sesuatu perkara.
Pihak kerajaan harus mewujudkan lebih banyak sekolah-sekolah pendidikan yang
berteraskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bagi kanak-kanak prasekolah yang
bakal menerajui Negara kita suatu hari nanti.

Akhir kata, kerjasama semua pihak terutamanya pihak kerajaan harus diwujudkan dengan
pihak-pihak kementerian pendidikan supaya segala perancangan yang akan dilakukan bagi
kanak-kanak prasekolah akan lebih terjamin keberkesanannya.

BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam
pengajaran bahasa, Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Almy, M. 1984. A child right to play.In J.F. Brown (ED).Administrating
for young children. Washington: NAEYC.
Almy, M., Monighan, P., Scales, B., & Van Hoorn, J. (1984). Recent research on play:
The teacher's perspective. In L. Katz (Ed.), Current topics in early childhood
education, V (pp. 1-22).
Arnold, D.H., Zeljo, A. & Doctoroff, G.L. (2008) . Parent involvement in preschool:
Predictors and the relation of involvement to prelitery development. School

Psychology Review 37 (1), 74-90.


Bronfenbrenner, U., & Morris, P. A. (1998). The ecology of developmental processes.
Dalam W. Damon (series Ed.) & R. Lerner (Vol. Ed.), Handbook of child
psychology: Vol I, Theoretical models of human development (pp. 993-1028), New
York:Wiley.
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan:
Bacaan asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London : HMSO
Conway, J. (2003). Parental involvement in school can work wonders for children. Diperoleh
pada 21 Ogos 2010 http://www.ahwatukee.com/afn/opinion/editorial/010815e.html.
Flansburg, S. (1994). Math Magic. New York : Harper Perennial
Fagen R.1981. Animal Play Behaviour, Oxford University Press.
Grace, C. 1992. The portfolio and its use: Developmentally appropriate assesment of young
children. ERIC Digest. (Online) http://www.ericdigests.org/1992-1/use.htm muat turun
pada 20 Ogos 2010
Grolnick,W.S., Benjet, C., Kurowski, C.O., and Apostoleris, N.H. (1997). Predictors of
parent
involvement in children's schooling. Journal of Educational Psychology 89, 538548.
Hunt, J.M. (1961). Intelligence
Kamaruddin dan Siti Hajar. (2004), Pedagogi Asas Pendidikan, Kuala Lumpur:
Kayazano Enterprise

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003.Huraian Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian Kurikulum Kebangsaan
Prasekolah.Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah. Kuala
Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Marcon, R. A. (1999). Positive relationships between parent school involvement and public
school inner-city preschoolers development and academic performance. The School
Psychology Review 28(3), 395412.
Miedel, W. T., & Reynolds, A. J. (1999). Parent involvement in early intervention for
disadvantaged children: does it matter? Chicago longitudinal study. Journal of School
Psychology 37(4), 379402.
Mohamad Hj. Abu Daud. 1993. Tugas dan masalah guru dalam mengendalikan kurikulum
prasekolah. Disertasi Ijazah Sarjana Pendidikan.Universiti Malaya.
Mohd Isa Abd Razak (2009). Celik Huruf : Semua Pihak Perlu Lebih Bersungguh
Menanganinya diperoleh pada 20 Ogos 2010 daripada http://mohdisaabdrazak.blogspot.com/2009/11/celik-huruf-semua-pihak-perlu-lebih.html
Morrison, G.S. (1978). Parent involvement in the home, school and community. Ohio:
Charles E. Merrill Publishing Company.
Nor Hashimah Hashim & Khadijah Zon.2000. Pelaksanaan penilaian pendidikan Islam
Dan Moral: Satu tinjauan di prasekolah. Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Universiti Sains Malaysia.
Piaget, J. (1952). The child's conception of number. New York: Norton
Rohani Abdullah (2004). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Rohaty Mohd. Majzub. 2003. Pendidikan prasekolah: Cabaran kualiti. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rohaty Mohd. Majzub. 1996b. Educational assessment of Malaysian preschoolers.Projek IRPA.
Sarina Baharuddin (2009), Definisi Pengajaran dan Pembelajaran (Online) diperolehi

pada

20 Ogos 2010 http://sarinapraktikum.blogspot.com/2009/07/definisi-pengajaran-danpembelajaran.html


Seefeldt, C.1990. Assessing young children. In Seefeldt (Ed.). Continuing issues in early
childhood education. Upper Saddle River, NJ: Merrill/ Prentice Hall.
Spodek.B. (ed). 1983. Handbook of Research in Early Childhood Education. New York:
The Free Press.

Surayah Zaidon (2004). Satu Tinjauan Penggunaan Protfolio Kanak Kanak Prasekolah.
Maktab Penguruan Islam : Jabatan Bahasa.
Surayah Zaidon. 2003. Persepsi guru parasekolah terhadap penggunaan portfolio.
Disertasi Sarjana Pendidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Taylor, A. R., & Machida, S. (1994). The contribution of parent and peer support to Head
Start childrens early school adjustment. Early Childhood Research Quarterly 9(3/4), 205387.
Thomas, G. (1987). Extra people in the classroom. Educational Research 29, 173-81
Vygotsky, L.S. (1962). Thought and Language. Cambridge, M.A : Mit Press.
Zurida Ismail dan Hashimah Yunus (2004), Sikap Dan Keyakinan Guru dalam Pengajaraan
Sains Awal diperolehi pada 20 Ogos 2010 daripada http://eprints.usm.my/

2.0 Penilaian dalam Mengenal Pasti Kemajuan Kanak-kanak


2.1 Konsep Penilaian
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan
dan pencapaian murid. Guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak
dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat
penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan.
Penilaian ialah proses mengumpul maklumat dan mengesan kemajuan kanakkanak dalam aspekpengetahuan, kemahiran dan penguasaan kanak-kanak terhadap
sesuatu proses pembelajaran bagi membantu perkembangan yang seterusnya.

Proses ini dijalankan secara berterusan dan bersesuaian dengan objektif


pembelajaran dan tahap perkembangan individu setiap kanak-kanak semasa kanakkanak mengalami proses pembelajaran.
Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti
yang tepat tentang sesuatu perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian
ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi
menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.
Arthur et.al. (1996) berpendapat penilaian ialah proses mengumpul bukti dan
membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian.
Ia juga membawa maksud proses mengumpul data dan membuat pertimbangan
tentang keberkesanan program pengajaran, polisi dan prosedur.
2.2 Matlamat Penilaian
Penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya
dengan
pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah untuk
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Menurut Putri Zabariah dan Rohani
(2007) penilaian dijalankan adalah supaya guru dapat:
2.2.1 Mengesan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh;
2.2.2 Melihat perubahan pada perkembangan setiap kanak-kanak;
2.2.3 Membuat

perancangan

dan

pengubahsuaian

aktiviti

pengajaran

untuk

membantu meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak;


2.2.4 Mempelajari keperluan setiap kanak-kanak;
2.2.5 Mengesan keberkesanan aktiviti, rutin, dan strategi yang digunakan;
2.2.6 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari
semasa ke semasa.
2.2.7 Memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa, pakar-pakar kesihatan, guru
besar dan pegawai-pegawai yang memantau;
2.2.8 Menghargai hasil kerja kanak-kanak; dan
2.2.9 Membuat tindakan susulan serta-merta
2.3 Kaedah Penilaian
Penilaian di peringkat prasekolah bercorak tidak formal dan dijalankan ke
atas kanak-kanak secara pemerhatian yang berterusan. Pemerhatian adalah satu
kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara sistematik, jelas dan
tepat. Penilaian dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap tingkah laku, perbualan

atau interaksi dan hasil kerja murid. Oleh sebab kadar penerimaan dan kefahaman
sesuatu konsep bagi setiap murid adalah berbeza, maka penilaian sangat sesuai
dilakukan secara individu.
2.3.1 Pemerhatian
Pemerhatian

ialah

pengamatan

kepada

perlakuan

kanak-kanak yang

bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian, pemerhatian


adalah satu kaedah yang sistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul
data atau maklumat atau merekodnya dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran
memerhati secara prihatin pada apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak melalui
pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil kerja kanakkanak.
Melalui
memerhatikan

pemerhatian
dan

menilai

terhadap
murid

tingkah
semasa

laku
aktiviti

kanak-kanak,
bermain

guru

boleh

pondok-pondok,

menyusun blok bersama rakan-rakan, semasa mereka bermain bersama rakanrakan atau bersendirian, semasa aktiviti pembelajaran seperti membuat kolaj dalam
kumpulan, aktiviti mengikat tali kasut, menyelesaikan masalah bersama rakan dan
sebagainya.
Manakala pemerhatian terhadap perbualan atau interaksi yang boleh
diperhatikan ialah semasa perbualan atau interaksi antara murid dengan guru,
perbualan atau interaksi antara murid dengan murid, interaksi murid dengan bahan,
main peranan, bercerita dan bersoal-jawab, semasa aktiviti nyanyian, hafazan,
bacaan dan lain-lain. Pemerhatian ke atas kanak-kanak hendaklah dilakukan dalam
semua domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Selain itu, guru boleh menilai hasil kerja murid melalui rekod kerja yang
dikumpulkan dan menjadi sumber maklumat kemajuan kanak-kanak, kekuatan,
kelemahan, konsep, dan kemahiran yang mereka ketahui dan kuasai. Setiap bahan
atau hasil kerja murid dikumpulkan dalam bentuk portfolio. Beberapa bahan yang
dikumpulkan dalam portfolio murid ialah hasil lukisan, mewarna, lakaran, tulisan,
buku skrap, kraf tangan, buku kecil, dan model, video kanak-kanak, gambar yang
diambil semasa kanak-kanak menjalani aktviti pengajaran dan pembelajaran di
prasekolah dan sebagainya.

2.4 Waktu Penilaian

Dalam konteks pendidikan prasekolah, setiap pengajaran yang disampaikan


oleh guru kepada kanak-kanak hendaklah dinilai. Penilaian ke atas kanak-kanak
hendaklah dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung
sama ada secara berkala masa atau mengikut kekerapan yang perlu.
Hal ini bersesuaian dengan pendapat Putri Zabariah dan Rohani (2007)
bahawa penilaian ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran mesti bermula
daripada awal, semasa dan di akhir pembelajaran. Segala maklumat yang
dikumpulkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran memberi suatu
gambaran berkenaan penguasaan kanak-kanak. Melalui proses penilaian yang
dijalankan, guru dapat mengikuti perubahan yang berlaku daripada semasa. Justeru
itu, waktu penilaian ke atas kanak-kanak adalah secara berterusan dan tiada had
masa tertentu.
2.5 Tindakan Susulan
Sebagaimana

yang

terkandung

dalam

Huraian

Kurikulum

Prasekolah

Kebangsaan (2003), Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan


pengayaan, setelah dikenal pasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid.
Aktiviti

bimbingan

dirancang

bagi

membantu

murid

mengatasi

masalah

pembelajaran agar kelemahan murid tidak terhimpun. Proses penilaian hendaklah


dilaksanakan

semula.

Aktiviti

pengukuhan

merupakan

pengukuhan

kepada

pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti pengayaan hendaklah


dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti yang lebih
mencabar setelah aktiviti, kemahiran, atau aspek yang sepatutnya dipelajari telah
dikuasai atau disiapkan.
Semasa menjalankan tindakan susulan guru boleh menyediakan aktiviti bagi
membantu murid yang memerlukan lebih perhatian atau pun aktiviti yang lebih
mencabar. Kepekaan guru dalam penilaian berterusan ini dapat meningkatkan
pencapaian setiap murid ke tahap yang optimum. Antara kebaikan menjalankan
tindakan susulan di prasekolah ialah:
2.5.1 Kelebihan murid dalam pencapaian boleh diperkukuh dan dipertingkatkan
melalui aktiviti yang mencabar. Kekurangan tahap pencapaian murid boleh
dibantu melalui bimbingan yang sewajarnya.
2.5.2 Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara
individu, kumpulan, dan kelas melalui proses pembelajaran.
2.5.3 Murid yang telah menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu
disokong dan diberi dan diberi lebih banyak aktiviti pengukuhan bagi
meningkatkan pencapaian.

2.5.4 Murid yang belum menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu diberi
aktiviti bimbingan dan sokongan yang bersesuaian dengan aras penguasaan
murid tersebut.
2.5.5 Guru juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa tahap penguasaan anak
mereka untuk memperoleh sokongan tambahan di rumah.
3.0 Penilaian Semasa Kanak-kanak Bermain
Dari sudut psikologi terdapat 12 aspek perkembangan yang dapat dikenal
pasti semasa memerhati kanak-kanak yang sedang bermain. Walau bagaimanapun
hanya lima aspek perkembangan yang akan dibincangkan iaitu:
4.1 Aspek Perkembangan Kognitif
Banyak kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan
pembelajaran kanak-kanak.Mengikut Piaget (1983, keupayaan adaptasi psikologikal
adalah amat penting dalam memastikan perkembangan struktur kognitif atau
mental kanak-kanak. Piaget memandang main sebagai aktiviti pengukuhan untuk
tingkah laku yang baru dipelajari. Walaupun main bukan kesamaan dengan
pembelajaran, apa yang pasti, main mempermudahkan cara pembelajaran. Ini
adalah kerana bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh
pengalaman baru agar dapat diadaptasikan dalam struktur kognitif mereka.
Banyak

aktiviti

yang

boleh

dilakukan

untuk

membantu

merangsang

perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru boleh menggalakkan kanak-kanak


berfikir dengan cara mengadakan permainan yang boleh mencabar pemikiran
kanak-kanak seperti bersoal-jawab apa yang mereka akan rasa sekiranya mereka
menjadi sebuah buku, menjadi sebuah basikal, dan sebagainya. Permainan seperti
ini mendorong kanak-kanak berfikir secara spontan dan secara langsung akan
membantu perkembangan kognitif mereka.
Aktiviti lain yang guru boleh jalankan ialah aktiviti permainan air. Permainan
air boleh dijalankan di dalam atau di luar kelas. Tempat air boleh berbentuk tetap
atau sementara. Guru perlu mengambil kira beberapa aspek semasa kanak-kanak
menjalani aktiviti main air. Antaranya ialah penyediaan bahan, penyediaan tempat
atau ruang, pakaian yang sesuai, mestilah berdekatan dengan sumber air, dan
mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu.
Berbagai

perkara

dalam

aspek

kognitif

dapat

dikembangkan

melalui

permainan air seperti kemahiran menyiasat, menjalankan eksperimen, membuat


anggaran, dan membuat perbandingan. Selain itu, kanak-kanak juga dapat
menambah pengetahuan tentang konsep isi padu, kapasiti, saiz, bentuk, konsep
penyerapan,

timbul

tenggelam,

serta penyejukan

dan

pemanasan. Melalui Permainan

air kanak-kanak

boleh meneroka

persekitaran,

mempelajari perkara baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah. Aktivitiaktiviti yang boleh dijalankan semasa main air yang boleh menggalakkan
perkembangan kognitif ialah:
4.1.1 Memerhati dan meneroka ciri-ciri air seperti menuang air ke dalam beberapa
bekas berbeza saiz dan bentuk melalui cara seperti membuat teh tarik.
4.1.2 Membanding dan membezakan serta membuat anggaran isi padu air.
4.1.3 Menjalankan eksperimen seperti menyediakan larutan air daripada bahanbahan berbeza seperti garam, pasir, gula, batu, dan sebagainya.
4.1.4 Melakukan penyelenggaraan pada akuarium yang mengandungi hidupan air.
4.1.5 Bermain dengan kenderaan air atau objek untuk mengetahui konsep
tenggelam dan timbul.
Aktiviti bermain dengan bongkah juga boleh mengembangkan kognitif kanakkanak. Contohnya bagi meningkatkan kefahaman kanak-kanak mengenai bentuk,
saiz dan ciri-ciri, kanak-kanak boleh menjalani aktiviti dengan cara bermain seperti
mengumpulkan bongkah mengikut ciri-ciri yang ditetapkan iaitu mengumpulkan
semua bongkah berwarna merah, mengumpulkan semua bongkah berbentuk bulat,
segi tiga, segi empat dan sebagainya. Menurut Piaget ( 1962 ), main dengan binaan
mengajar pelbagai konsep kuantitatif dan ruang.
Selain itu, melalui aktiviti bermain dengan bongkah juga kanak-kanak dapat
meneroka kemahiran awal sains yang merupakan salah satu cabang perkembangan
kognitif. Contohnya, bagi kemahiran membezakan warna dan bentuk, guru akan
menggunakan bongkah pelbagai warna dan bentuk. Kanak-kanak menyusun dan
mengumpul bongkah mengikut warna serta menamakan warna itu. Kanak-kanak
memberikan bongkah yang sama warna seperti yang dikehendaki guru. Permainan
diulang dengan kanak-kanak membezakan bentuk pula.
4.2 Aspek Perkembangan Bahasa
Melalui bermain juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak.
Permainan yang melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak
menguasai dan membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka juga
menyedari setiap objek di persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan
yang tersendiri. Guru boleh menjalankan aktiviti bagi memberi peluang kepada
kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti bermain bongkah,
bermain pondok-pondok, main pasir dan main peranan.
Melalui aktiviti bermain bongkah, kanak-kanak bermain dengan bongkah yang
pelbagai warna, saiz, dan bentuk. Mereka membuat binaan seperti rumah,

jambatan, jalan raya, bangunan, kenderaan dan sebagainya. Semasa aktiviti ini
berjalan guru menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan seperti bercerita,
berimaginasi, dan menyanyi ketika bermain dengan bongkah. Oleh itu, secara tidak
langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui permainan
ini juga kanak-kanak akan berbincang sesama sendiri mengenai bahan binaan
mereka. Guru juga hendaklah memberi perangsang dengan mengemukakan
beberapa soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita
mengenai aktiviti yang mereka lakukan.
Aktiviti main pondok-pondok juga boleh menggalakkan perkembangan bahasa di
kalangan kanak-kanak. Sewaktu bermain pondok-pondok, kanak-kanak meniru
perwatakan ahli keluarga seperti bapa, ibu, kakak, abang, dan adik. Mereka juga
akan meniru perwatakan orang-orang di sekeliling mereka seperti doktor, anggota
polis, guru, peniaga dan sebagainya. Sewaktu bermain kanak-kanak akan berbual
sesama mereka berdasarkan watak yang telah dipilih. Aktiviti yang baik ini perlu
dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan daripada guru. Melalui aktiviti ini
aspek perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dipertingkatkan.
Selain aktiviti main bongkah dan main pondok-pondok, aktiviti main sambil
menyanyi juga adalah satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan
penguasaan bahasa

mereka.

Dengan

nyanyian

juga

dapat

memperkenalkan

pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan
difahami olehkanak-kanak. Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang
melalui sebutan semasa menyanyi.
Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row Your
Boat atau dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil membuat
aksi mendayung sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang tangan
pasangannya dan kaki bertemu kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan kaki
bergerak secara berselang-seli seperti mendayung sampan sambil menyanyi lagu
tersebut dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan iringan muzik.
Sepanjang aktiviti tersebut kanak-kanak kelihatan sangat gembira. Aktiviti tersebut
diulang beberapa kali sehingga kanak-kanak dapat menyebut lirik lagu itu. Melalui
aktiviti inikanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dan secara
langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin bertambah.
Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru
bunyi yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan
rakannya

bercakap

dan

meluahkannya

dengan

cara

tertentu.

Contohnya,

permainan lagu berantai membolehkan kanak-kanak menghafal, menghasilkan ,

mempelbagaikan dan memanipulasikan perkataan dalam pelbagai situasi. Mereka


membina perkataan yang lucu, mudah, dan mereka cerita khayalan daripada
pengalaman
meningkatkan

mereka

sendiri.

perkembangan

Dengan
bahasa

cara

ini,

kanak-kanak.

kanak-kanak
Contoh

guru

permainan

dapat
lagu

berantai ialah seperti:


Malam yang sepi pi pi
Pak Mat jual topi pipi
Topinya koyak yakyak
Pak Mat jual tempoyak yakyak
Tempoyaknya basi sisi
Pak Mat jual nasi si si
4.3 Aspek Perkembangan Sosial
Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari
sejak kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah
kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan
bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah
cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam
kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan
mematuhi peraturan.
Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah lakutingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang
efektif. Sebaliknya Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai
keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi
sosial atau kerja.
Pelbagai aktiviti bermain boleh dilakukan di prasekolah dalam membantu
perkembangan sosial kanak-kanak. Antaranya aktiviti bermain pasir. Permainan
pasir boleh dijalankan di dalam dan di luar kelas. Ruang pasir haruslah berkeadaan
teduh dan selesa untuk kanak-kanak bermain. Guru harus menyediakan pelbagai
peralatan untuk memberi peluang kepada murid membuat penerokaan dan
penemuan baru serta bersosialisasi dengan rakan-rakan. Semasa bermain pasir
kanak-kanak akan berkongsi dan bergilir-gilir menggunakan peralatan bersama
rakan-rakan, hormat-menghormati, menghargai sumber dan idea orang lain, dan
bekerjasama sesama rakan.
Selain itu, aktiviti bermain di taman permainan juga boleh menggalakkan
kanak-kanak meningkatkan aspek perkembangan sosial di kalangan kanak-kanak.
Hal ini demikian kerana, semasa aktiviti bermain di taman permainan kanak-kanak

perlu bergaul dengan semua rakan sebaya. Di samping itu, mereka dilatih bersifat
sabar dan mematuhi peraturan kerana perlu bergilir-gilir semasa bermain dengan
alatan permainan yang terhad. Secara tidak langsung kanak-kanak ini belajar untuk
menghormati perasaan dan hak orang lain.
Begitu juga aktiviti bermain pondok-pondok, bermain doh ataupun semasa
bermain permainan dalaman seperti congkak, dam ular, ketingting dan sebagainya.
Semasa bermain bersama rakan-rakan, kanak-kanak sebenarnya sedang belajar
cara-cara berinteraksi dan bersosial bersama orang lain di luar daripada lingkungan
ahli keluarga. Memberi pendedahan sosial yang awal kepada kanak-kanak
memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran di samping dapat
menanam sifat berani dan berani ke hadapan.
Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti main ini menggalakkan
kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan
sosial

mereka.

Semasa

bermain

dengan

kanak-kanak

lain,

kanak-kanak

akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana
penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.
4.4 Aspek Perkembangan Emosi
Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di
peringkat prasekolah. Contohnya, aktiviti bermain yang dijalankan semasa berada
di sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli
falsafah sejak zaman Greek lagi. Tidak hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza,
Descartes, Hobbes, dan Hume telah mengemukakan teori-teori berkaitan emosi
yang menjadi asas kepada penyelidikan tentang emosi dan kaitannya dengan
kehidupan manusia.
Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang mempunyai
perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui
bahasa badan ataupun gerak geri seseorang. Bahasa badan ialah pergerakan badan
seperti postur dan ekspresi wajah. Mengikut Daniel Goleman ( 1997 ), emosi
merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawak keadaan
psikologikal dan biological, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk
bertindak. Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal ,
iaitu bahasa bukan lisan.
Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya
taakulan, kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang
dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi

Aristotle juga, emosi mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi
kehidupan manusia secara keseluruhannya.
Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting.
Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka
mungkin tidak akan berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi
dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi positif
amat dititik beratkan terutamanya dalam aktiviti bermain. Ini adalah kerana
bermain dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada
kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan
berimaginasi tanpa gangguan.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan
perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktiviti Komponen Kreativiti dan
Estetika. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan
perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan mereka dalam pelbagai cara.
Contohnya aktiviti seni visual dengan menggunakan warna air. Kebanyakan kanakkanak suka bermain dengan warna air kerana pada mereka aktiviti ini mencabar
kebolehan mereka. Aktiviti percikan dan tiupan warna air di atas kertas lukisan.
Semasa

aktiviti

ini

dijalankan,

kelihatan

kanak-kanak

seronok

dan

emosi

kegembiraan terpancar di wajah mereka. Banyak lagi aktiviti seni visual yang boleh
dijalankan di prasekolah dalam membentuk perkembangan emosi kanak-kanak.
Selain itu, perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru mengajar
aktiviti nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana muzik digemari
secara semula jadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan
gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Aktiviti muzik dapat membantu
menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Antaranya semasa penyertaan
kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan, kanak-kanak akan menyanyi dan
menari bersama rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan
perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian
ini

dijalankan.

Oleh

itu,

guru

dapat

menilai

sejauh

mana

meningkatnya

perkembangan emosi seseorang kanak-kanak.

4.5 Aspek Perkembangan Fizikal


Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan
perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta

kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira


sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk
bersenam.

Ini

membolehkan

kanak-kanak

meningkatkan

kemahiran

yang

membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam
masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap
bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan.
Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal
kanak-kanak. Komponen Perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek
penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar,
kesihatan dan keselamatan. Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dapat
dikembangkan melalui empat aspek yang telah dinyatakan. Antara strategi
pengajaran

dan

pembelajaran

yang

boleh

dijalankan

untuk

memupuk

perkembangan fizikal kanak-kanak ialah:


4.5.1 Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar
Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan
yang aktif, pantas, dan mencabar. Dengan bermain terutamanya dalam permainan
aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka
serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan
sistem saraf.
Aktiviti pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi
sihat. Selain itu, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran fizikal serta dapat
meningkatkan lagi keupayaan pergerakannya melalui pengalaman yang diperolehi
melalui permainan, pergerakan kreatif dan gimnastik.
Misalnya, aktiviti bermain di padang permainan, aktiviti seperti memanjat
dan menuruni gelongsor, bergayut pada monkey bar , bermain buaian dan
sebagainya dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.
4.5.2 Aspek Perkembangan Motor Halus
Kemahiran

motor

halus

ialah

kemahiran

yang

melibatkan

kemahiran

menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata.
Penguasaan psikomotor halus yang baik amat penting dalam membantu pergerakan
asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak. Antara aktiviti dalam bentuk
permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal dalam
aspek ini ialah seperti merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas,
melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.

Salah satu aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak dalam membantu


aspek perkembangan fizikal ialah bermain dengan doh. Sebelum kanak-kanak
bermain dengan doh, guru hendaklah membimbing kanak-kanak membuat doh
sendiri. Menyediakan doh sendiri memberi peluang kepada kanak-kanak merasa
sendiri struktur doh dan memilih sendiri warna yang mereka suka. Biarkan kanakkanak menggaul dan menguli doh dengan tangan. Dengan cara ini, ia melatih
pergerakan motor halus kanak-kanak. Proses mengadun, menggaul, meramas
adalah baik untuk jari-jemari kanak-kanak dan ia juga adalah latihan awal bagi
persediaan untuk menulis.

PENGENALAN
Secara umumnya penilaian bolehlah ditakrifkan sebagai satu kaedah atau satu
sistem yang digunakan untuk membuat sesuatu perancangan baru yang lebih baik
dan lebih berkesan. Ianya bermula dengan membuat pengumpulan maklumat yang
bertujuan untuk membuat sesuatu keputusan. Secara keseluruhannya penilaian
boleh dijalankan oleh pakar-pakar psikologi, pakar psikiatrik, guru pendidikan khas,
guru-guru dan ibu bapa. Umumnya penilaian dijalankan bertujuan untuk
menentukan kekuatan dan kelemahan serta keperluan seseorang pelajar.
D. Stufflebeam, dalam bukunya Educational Evaluation and Decision (Pedagogi 3
Pengujian Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif, Mok Soon
Sang, Kumpulan Budiman Sdn Bhd 1997 ) membuat takrifan, penilaian itu sebagai
proses menentukan, mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk
membuat pertimbangan mengenai tindakan yang akan diambil selanjutnya.
Juga dapat dikatakan bahawa penilaian itu adalah sesuatu rumusan daripada
dapatan data-data yang telah dikumpul. Dengan kenyataan-kenyataan yang tepat
berkenaan tahap pencapaian atau kemerosotan perubahan tingkah laku, sikap,
sahsiah, harga diri seseorang atau untuk lain-lain tugasan. Dalam konteks ini

pengukuran juga adalah penilaian yang dapat dinyatakan dalam bentuk kuantiti
iaitu angka atau gred.

JENIS-JENIS PENILAIAN PSIKOLOGI


Menurut ahli-ahli psikologi penilaian terbahagi kepada beberapa kategori.
Antaranya seperti berikut ;
iiiiiiivvviviiviiiix-

Penilaian Pengesanan
Penilaian Diagnostik
Penilaian Perkembangan
Penilaian Pencapaian
Penilaian Aptitut
Penilaian Kebolehan
Penilaian Kerjaya
Penilaian Personaliti
Penilaian Kesihatan Mental

PENILAIAN PENGESANAN
Definisi Penilaian Pengesanan
Penilaian pengesanan ialah satu penilaian tidak formal yang dilakukan
kepada kanak-kanak berumur di bawah tujuh tahun. Penilaian ini dilakukan secara
pemerhatian ataupun dengan cara perbandingan dengan kanak-kanak yang lain.
Penilai terdiri daripada individu yang rapat dengan kanak-kanak tersebut terutama
guru, ibu bapa dan pengasuh. Maklumat yang diperolehi daripada hasil penilaian
akan digunakan untuk merancang aktiviti yang boleh meningkatkan keupayaan
kanak-kanak tersebut.
Tujuan Penilaian Pengesanan
Penilaian pengesanan kanak-kanak yang dilakukan oleh guru dan ibu bapa akan
memberi gambaran awal tentang jenis ketidakupayaan atau perkembangan kanakkanak. Gambaran awal ini penting untuk kita mengenal pasti tahap keupayaan
kanak-kanak.

Sekiranya didapati kanak-kanak menghadapi ketidakupayaan dari aspek tertentu,


guru prasekolah atau ibu bapa dapat mengambil tindakan awal untuk mengatasi
kekurangan tersebut. Antara langkah yang boleh diambil oleh guru dan ibu bapa
ialah merujuk kepada pakar atau perkhidmatan yang berkaitan untuk menolong
kanak-kanak tersebut. Langkah segera ini akan membantu kanak-kanak menangani
ketidakupayaannya.
3.2.1 Mengesan keupayaan kanak-kanak di peringkat awal.
Penilaian pengesanan ini dapat membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti
ketidakupayaan yang dialami oleh anak-anak mereka. Setelah mengetahui tahap
keupayaan kanak-kanak, guru dan ibu bapa bolehlah merancang dan melaksanakan
tindakan yang boleh membantu kanak-kanak tersebut meningkatkan keupayaan
yang sedia ada dengan aktiviti yang berkesan.
3.2.2 Kenal pasti tahap kelebihan yang dimiliki .
Penilaian pengesanan ini dapat membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti
kekuatan atau kelebihan yang dimiliki oleh kanak-kanak. Kanak-kanak terdiri
daripada pelbagai kecenderungan atau kelebihan yang dimiliki contohnya jika
seseorang kanak-kanak itu kelihatan lebih cenderung ke arah aktiviti sosial seperti
bermain bersama kawan dan suka berbual maka guru dan ibu bapa haruslah
meningkatkan kecenderungan itu.
3.2.1

Kumpul maklumat untuk simpanan rekod .

Maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk tujuan rujukan bimbingan dan
perancangan yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut. Maklumat ini juga boleh
diserahkan kepada pihak yang berkaitan sebagai rujukan dalam proses
meningkatkan keupayaan kanak-kanak.
3.2.2

Membantu ibu bapa dan guru menyelesaikan masalah kanak-kanak .

Penilaian pencapaian ini dapat mendedahkan masalah yang dihadapi oleh kanakkanak. Dengan maklumat yang diperolehi dari hasil penilaian ini, guru dan ibu bapa
dapat merancang tindakan susulan untuk mengurangkan masalah atau kekurangan
keupayaan kanak-kanak tersebut. Masalah ini akan dapat dikurangkan sekiranya
perancangan dilakukan mengikut keperluan kanak-kanak.

Kepentingan Penilaian Pengesanan


3.3.1

Dapat mengetahui ketidakupayaan dengan lebih awal.

Dengan adanya penilaian ini, guru dan ibu bapa dapat mengetahui tahap
perkembangan kanak-kanak di peringkat awal. Sekiranya tahap perkembangan
berada pada paras normal, guru dan ibu bapa bolehlah merancang aktiviti yang
boleh mengembangkan lagi kemahiran yang sedia ada. Begitu juga sebaliknya, jika
didapati kanak-kanak itu berada pada tahap perkembangan yang agak perlahan
maka guru dan ibu bapa bolehlah merancang aktiviti yang mampu meningkatkan
kemahiran atau keupayaan kanak-kanak tersebut. Langkah awal yang diambil dapat
membantu kanak-kanak menigkatkan ketidakupayaannya dengan lebih cepat.
3.3.2

Menyediakan perancangan berdasarkan keperluan kanak-kanak.

Setelah melakukan penilaian pengesanan, guru dan ibu bapa akan mengetahui
keperluan anak-anak mereka. Berdasarkan maklumat yang diperoleh itu, guru dan
ibu bapa dapat merancang perancangan yang sesuai dengan keperluan kanakkanak itu.
3.3.3

Kenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak.

Melalui penilaian pengesanan ini juga, guru dan ibu bapa dapat mengenal pasti
kelebihan dan kekurangan kanak-kanak. Setelah mengetahui kemampuan kanakkanak, guru dan ibu bapa bolehlah membuat perancangan untuk
mempertingkatkan lagi kekuatan dan mengurangkan kelemahan yang dimiliki oleh
kanak-kanak tersebut.
3.3.4

Menyediakan laporan untuk rujukan pakar.

Keputusan penilaian pencapaian ini boleh diajukan kepada pakar bagi kes yang
memerlukan khidmat pakar. Maklumat yang diperolehi ini akan membantu pakar
mengenali dan mengesan tahap keupayaan kanak-kanak ini dalam tempoh yang
singkat. Seterusnya proses meningkatkan keupayaan kanak-kanak akan dapat
dijalankan dengan segera dan berkesan.
3.3.5

Simpanan rekod untuk rujukan dan bimbingan.

Rekod atau keputusan penilaian pencapaian yang diperolehi akan disimpan untuk
rujukan dan bimbingan. Rekod ini penting bagi memudahkan guru membuat rujukan
sekiranya diperlukan. Dengan itu kanak-kanak ini akan dinilai dari masa ke semasa
berdasarkan rekod terdahulu dan pencapaian yang telah mereka kuasai.

PENILAIAN DIAGNOSTIK
Definisi Penilaian Diagnostik
Beberapa definisi penilaian diagnostik adalah seperti berikut :Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinasikan penilaian diagnostik ini sebagai
satu penilaian formatif bagi mendapatkan data-data yang menunjukkan kelemahan
tertentu yang menyulitkan proses pengajaran dan pembelajaran . Dari segi
pencapaian akademik , ujian ini dijalankan secara individu yang memberi fokus
utama untuk menilai kebolehan dalam satu atau beberapa bidang .Data - data
terperinci ini dapat memberi maklumat tentang kekuatan dan kelemahan tertentu
yang dapat menyediakan RPI yang sesuai bagi individu berkenaan .
Dalam pendidikan kanak-kanak khas pula, penilaian diagnostik merupakan satu
penilaian yang mendalam dan khusus bagi kanak-kanak yang umurnya atara 6
hingga 7 tahun . Penilaian ini biasanya boleh dilakukan oleh pakar-pakar psiakiatris
dan psikologis dalam mengkategorikan kanak-kanak secara lebih spesifik. Jika
rumusan yang dibuat pakar-pakar ini bercanggah, ibu bapa dinasihatkan
mendapatkan second option apabila merujuk kanak-kanak itu. Buku DSM IV sering
digunakan terutamanya ketika mengdiagnosis masalah mental.
Penilaian diagnostik juga dianggap sebagai satu penilaian dari segi emosi dan
mental seseorang kanak-kanak berkeperluan khas. Penilaian ini lebih khusus dan
spesifik tentang masalah kanak kanak keperluan khas dari segi perubatan.
Jadi dapatlah dirumuskan ujian diagnostik adalah ujian yang memberi
maklumat terperinci supaya langkah-langkah tertentu dan lebih tepat dapat
dijalankan dengan lebih berkesan .
Tujuan Penilaian Diagnostik
Menentukan jenis-jenis ketidak upayaan seseorang kanak-kanak lebih awal secara
lebih spesifik. Jenis-jenis ketidak upayaan ini dipengaruhi oleh factor-faktor dalaman
yang membezakan keupayaan kanak-kanak ini yang biasanya diwarisi dan dipelajari
melalui pengalaman kanak-kanak itu seperti faktor genetik, proses pengamatan,
proses penerimaan, pemikiran dan penyataan .Pengetahuan masalah kesulitan

pembelajaran ini memudahkan guru-guru menggunakan pendekatan pengajaran


sesuai untuk mengatasinya.
Penempatan yang lebih tepat untuk murid-murid ini mengikut aras kebolehannya.
Ini membolehkan murid-murid dapat belajar dengan lebih selesa lagi. Murid-murid
yang lemah memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
kerana tumpuan perhatiannya yang tidak lama di kelas. Persediaan aktiviti P & P
yang menarik dan dipelbagaikan amat dititikberatkan.
Memberikan maklumat tentang masalah kanak- kanak kepada ibu bapa dan guruguru pendidikan khas. Pengetahuan ini dapat dijadikan pelunjuran oleh guru-guru
dalam melaksanakan bimbingan kepada murid-murid yang lemah. Guru-guru juga
dapat menyemak semula factor-faktor yang mempengaruhi keupayaan
pembelajaran murid-muridnya di kelas.
Merancang kaedah rawatan yang bersesuaian dengan ketidak upayaan kanakkanak itu. Ini kerana keupayaan belajar murid-murid adalah berbez. Murid yang
lemah memerlukan banyak masa. Penempatan mengikut kebolehan mengurangkan
rasa tertekan malahan murid-murid dapat belajar dengan selesa.
Memberikan panduan untuk mengendalikan kanak-kanak keperluan khas. Guru
guru dapat mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran kerana proses
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini memerlukan pelbagai kaedah agar
mereka mudah faham. Guru-guru juga harus peka dengan keperluan dan
perkembangan emosi, psikologi dan mental apabila berhadapan dengan kanak kanak keperluan khas ini.
Digunakan untuk mendapatkan maklumat terperinci bagi menentukan kedudukan
murid-murid dalam pelajarannya sebelum guru-guru memulakan sesuatu
isipelajaran. Perolehan data-data ini membolehkan guru-guru mengubahsuaikan
bahan, isi dan kaedah pengajaran mereka mengikut kesesuaian murid-muridnya .
Kepentingan Penilaian Diagnostik
Dapat menentukan jenis-jenis ketidak upayaan kanak-kanak. Oleh itu guru-guru dan
ibu bapa dapat mengenal pasti cadangan atau program intervensi yang boleh
digunakan untuk kanak-kanak tersebut. Ia juga penting kepada ibu bapa untuk

memberi intervensi awal termasuklah mengenal pasti penempatan yang sesuai


untuk kanak-kanak tersebut dalam memberi pendidikan dan membantunya dalam
kehidupan yang lebih selesa.
Menempatkan kanak-kanak ini mengikut kebolehan dan keperluan diri. Murid-murid
berasa tidak tertekan dan belajar dengan selesa kerana guru-guru telah
mengklasifikasi kebolehan mengikut kumpulan. Jadi mereka berasa tidak tersisih
dan akan hilang perasaan negatifnya seperti malu belajar kerana guru-guru
memberi perhatian dan tunjuk ajar yang sama mengikut kebolehan.
Guru-guru dapat menentukan objektif yang hendak dicapai bagi setiap individu
yang berbeza keperluan. Ini kerana setiap kanak-kanak mempunyai perbezaan
dalam diri sendiri dan antara individu. Perbezaan inilah yang mewujudkan pelbagai
keperluan pendidikan yang perlu dipenuhi agar objektif yang dirancang memenuhi
keperluan.
Guru-guru dapat meracang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
mengikut tahap kebolehan murid. Untuk kelas yang lemah, strategi pengajaran
lebih berkesan diperkembangkan seperti mengajar isi yang asas dan kurang
menegaskan kemahiran yang kompleks dan abstrak yang tidak boleh dikuasai oleh
murid ini.
Ibu bapa mendapat maklumat yang lebih jelas tentang ketidak upayaan anak-anak
mereka. Ini dapat membantu ibu bapa mengetahui anaknya mempunyai ketidak
upayaan tertentu lebih mendalam. Fenomena ini membolehkan ibu bapa mencari
khidmat pakar-pakar tertentu bagi melatih anak-anaknya. Hal demikian merupakan
tindakan susulan utama yang boleh dilakukan dengan segera bagi membantu
kanak-kanak itu.

PENILAIAN PERKEMBANGAN
Definisi Penilaian Perkembangan
Perkembangan ialah perubahan secara kuantitatif yang berlaku secara berterusan
dari lahir hinggalah ke akhir hayat. Ia juga dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

Aspek Penilaian Perkembangan


Fizikal.
Penilaian dari segi fizikal merangkumi penilaian dari aspek menggunakan kemahiran
anggota badan. Ianya bertujuan untuk memastikan bahawa kanak-kanak akan
membesar mengikut bentuk tubuh dan ketinggian yang sesuai dengan usianya.
Selain itu, kanak-kanak juga akan dinilai tahap perkembangan dari segi motor halus
dan motor kasar.
Kognitif.
Penilaian perkembangan kognitif merangkumi kemahiran kanak-kanak berfikir
seperti membuat persepsi, memahami konsep, menyelesaikan masalah dan
kebolehan mengingat. Penilaian ini berdasarkan tahap umur kanak-kanak selari
dengan kebolehan kognitif mereka.
Sosial.
Aspek sosial merangkumi kebolehan kanak-kanak berinteraksi dan menyesuaikan
diri dengan kawan-kawan di persekitarannya. Kanak-kanak yang berkebolehan
berkawan dan bermain bersama rakan menunjukkan perkembangan sosial yang
baik. Sekiranya kanak-kanak itu lebih suka menyendiri dan tidak mahu bercampurgaul bersama rakan yang lain menunjukkan bahawa kanak-kanak ini memerlukan
bimbingan untuk menyakinkan dirinya ketika berhadapan dengan rakan-rakan yang
lain.
Emosi.
Aspek emosi merangkumi kebolehan kanak-kanak menguasai dan mengawal
perasaan. Kanak-kanak akan dinilai melalui reaksi yang ditunjukkan oleh mereka
iaitu seperti perasaan gembira, gelisah, pendiam, risau, dan malu. Kanak-kanak
yang emosinya stabil dan tiada tekanan akan menunjukkan sikap yang ceria dan
mempunyai keyakinan diri yang tinggi ketika bersama rakan yang lain. Bagi kanakkanak yang mempunyai tekanan emosi lebih cenderung duduk mendiamkan diri
dan sentiasa diselubungi perasaan takut, bimbang, dan tiada keyakinan diri ketika
berhadapan dengan rakan-rakan yang lain. Kanak-kanak yang menghadapi masalah
ini perlu dibimbing dan sentiasa memberi peluang kepadanya untuk meningkatkan
kembali keyakinan dirinya.
Bahasa Dan Komunikasi.

Aspek ini merangkumi kemahiran bertutur menggunakan bahasa yang difahami.


Perkataan yang digunakan juga jelas selari dengan peringkat umur kanak-kanak.
Kanak-kanak yang berumur empat tahun dan mempunyai masalah artikulasi iaitu
masalah sebutan yang tidak jelas contohnya buku disebut butu, makan disebut
matan, pokok disebut potok dan lain-lain lagi. Untuk mengatasi masalah ini
guru dan ibu bapa mestilah melatih kanak-kanak ini menyebut ayat-ayat mudah
dahulu seperti ayat suku kata terbuka. Setelah menguasai ayat mudah barulah
menyebut ayat suku kata tertutup.

Pengurusan Diri.
Aspek ini merangkumi kebolehan kanak-kanak menjaga dan memelihara diri sendiri
dari segi makan, minum, memakai pakaian, menggunakan tandas, mandi,
kekemasan diri, memakai kasut, dan lain-lain. Kanak-kanak yang biasa, mampu
melakukan perkara-perkara ini pada usia empat tahun ke atas. Sekiranya ada
dikalangan kanak-kanak yang masih gagal melakukan salah satu perkara di atas
contohnya memakai pakaian dan memakai kasut maka kanak-kanak ini perlu di beri
latihan setiap hari agar dapat menguasai kemahiran tersebut.
Tujuan Penilaian Perkembangan
Menilai perkembangan kanak-kanak.
Penilaian perkembangan kanak-kanak bertujuan untuk menilai tahap perkembangan
dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi, bahasa dan pertuturan, dan pengurusan diri.
Sekiranya kanak-kanak ini ketidakupayaan berkembang secara normal, maka guru
boleh menjalankan proses intervensi untuk membantu kanak-kanak tersebut
berkembang mengikut tahap umurnya.
Mengesan kekurangan kanak-kanak
Melalui proses penilaian perkembangan ini, guru dapat mengesan tahap
perkembangan kanak-kanak tersebut. Dari enam aspek penilaian yang telah
disebutkan, mungkin kanak-kanak ini mengalami kekurangan perkembangan dari
segi kognitif dan bahasa. Oleh yang demikian guru dapat merancang proses
intervensi yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut.
Mengambil tindakan untuk mempertingkatkan tahap perkembangan.

Setelah guru mengenal pasti kekurangan perkembangan yang dialami oleh kanakkanak ini, guru merancang program intervensi yang sesuai untuk meningkatkan
tahap perkembangan selari dengan usianya. Proses intervensi ini melibatkan latihan
latih tubi latihan yang berterusan untuk melatih kanak-kanak ini berkembang
mengikut tahap perkembangan yang normal.
Penglibatan keluarga dalam proses mempertingkatkan tahap perkembangan.
Penilaian perkembangan yang dijalankan akan membantu guru dan ibu bapa
mengenal pasti tahap kekurangan kanak-kanak berdasarkan enam aspek tadi.
Kanak-kanak yang mengalami kekurangan dapat dibantu untuk meningkatkan
keupayaan dengan lebih cepat sekiranya guru dan ibu bapa dapat bekerjasama
untuk mengatur program yang sesuai dengan kanak-kanak tersebut. Sekiranya
program pemulihan dilakukan berterusan di sekolah dan di rumah, sudah tentu
kanak-kanak ini akan menguasai kemahiran dengan lebih cepat.
Kegunaan Penilaian Perkembangan
Kanak-kanak akan mengalami perkembangan sejak lahir hingga berumur 6 tahun.
Dalam tempoh ini kanak-kanak akan mengalami banyak pembelajaran dan
berkembang mengikut tahap umur yang tertentu. Perkembangan ini akan terbantut
sekiranya kanak-kanak ini mengalami ketidakupayaan. Ketidakupayaan ini akan
membezakan kanak-kanak ini berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Sekiranya
masalah ini dibiar beralarutan ianya akan memberi kesan jangka panjang kepada
keluarga dan kanak-kanak tersebut. Oleh yang demikian perbezaan ini perlu
dikesan diperingkat awal agar pihak yang rapat dengan kanak-kanak ini seperti
guru dan ibu bapa dapat membantu mengurangkan masalah kanak-kanak ini
melalui program intervensi. Melalui program ini kanak-kanak akan dilatih dan diasuh
sehingga mereka dapat meningkatkan kebolehupayaan dalam kemahiran yang
patut mereka kuasai selaras dengan umur mereka. Dalam hal ini guru dan ibu bapa
perlu memainkan peranan dan sentiasa peka dengan perkembangan kanak-kanak.
Langkah ini penting agar kanak-kanak yang tidak berkeupayaan akan diatasi pada
peringkat awal.

PENILAIAN PENCAPAIAN
Definisi Penilaian Pencapaian
Beberapa definisi tentang penilaian pencapaian adalah seperti berikut :-

Proses mengumpul maklumat atau data tentang pencapaian murid-murid di


sekolah. Penilaian ini dapat memberi gambaran tentang pencapaian murid-murid
dalam mata pelajaran yang diuji. Contohnya, penguasaan murid-murid dalam
isikandungan kurikulum tertentu .
Menilai kecekapan dan kemahiran melalui pemerhatian dan ujian bertulis bagi
mengesan tahap pencapaian murid-murid yang berumur 7 tahun ke atas. Biasanya
ujian ini digunakan oleh ahli psikologis dan guru pendidikan khas untuk menentukan
sama ada murid-murid ini sesuai untuk ditempatkan di kelas inklusif. Ujian
pencapaian ini melibatkan matapelajaran Bahasa Malaysia (membaca dan
menulis), Bahasa Inggeris (reading and writing) , Matematik , Sains dan Pendidikan
Moral .
Penilaian pencapaian merupakan proses menentukan perubahan tingkah laku
seseorang dan pertimbangan nilai. Pertimbangan nilai boleh diperolehi dari
interpretasi hasil pengukuran kuantitatif atau pengukuran kualitatif atau kombinasi
kedua-duanya yang melibatkan 3 perkara iaitu pertama: dapat maklumat daripada
cara mengukur; kedua: menetapkan sesuatu kriteria bagi mengukur dan ketiga:
membuat pentafsiran tentang hasil pengukuran.
Menurut Mokhtar Ismail (1995), Penilaian pencapaian digunakan bagi menilai tahap
pengetahuan, kemahiran dan kecekapan semasa. Contohnya, ujian bulanan di bilik
darjah dan ujian peringkat awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM yang
dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tujuan Penilaian Pencapaian
Mengenal pasti murid yang tidak dapat menguasai kemahiran 3 M. Ini memberi
peluang kepada guru-guru untuk membuat tindakan susulan apabila kelemahan
murid yang dinilai telah diketahui.
Menilai tahap pencapaian kanak-kanak. Murid yang berkebolehan dan yang lemah
dapat dikesan dengan cepat. Pembelajaran murid dapat dipertingkatkan lagi oleh
guru dengan mempelbagaikan kaedah dan strategi P & P.
Untuk merancang bilik darjah yang sesuai . Guru guru akan mengetahui kaedah
dan teknik pengajaran yang sesuai untuk mempertingkatkan keupayaan belajar
murid muridnya dengan menempatkan mereka mengikut kebolehan .

Mengubahsuaikan kurikulum yang sesuai dengan tahap kebolehan dan keupayaan


pencapaian murid murid . Maklumat ini perlu untuk menentukan sama ada
sesuatu program itu inovatif dan mencapai objektif objektif khusus sebagaimana
yang dirancang .
Menginklusifkan murid murid khas . Selepas ujian dijalankan data data
dikenalpasti bagi menentukan sama ada murid murid ini sesuai untuk ditempatkan
di kelas inklusif atau sebaliknya .
Memberi garis panduan mengikut tahap pencapaian . Dengan itu guru guru dapat
membuat perubahan yang dikehendaki daripada maklumat yang terhasil .
Menganalisa kelemahan dan kekuatan murid . Hasil dapatan penilaian yang
diperolehi menjadi perangsang kepada murid murid untuk berjaya. Murid murid
akan tahu kebolehan dan kelemahan dirinya. Guru pula dapat merancang aktiviti
dan kaedah mengajar yang bersesuaian dengan kebolehan murid murid .
Menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid - murid .
Oleh itu , guru guru dapat merancang aktiviti pengayaan , pemulihan atau
memilih perkaedahan yang sesuai dengan tahap pencapaian murid - murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran .
Mengenalpasti masalah murid dalam pembelajaran . Apabila masalah telah dikenal
pasti daripada setiap murid , guru guru dapat membuat tindakan susulan.
Tindakan ini sebagai cara menyemak semula faktor faktor yang mempengaruhi
keupayaan pembelajaran murid murid .
Kepentingan Penilaian Pencapaian
Dapat mengenal pasti keperluan pembelajaran murid murid . Keputusan ini
memberi maklum balas kepada guru guru dan murid murid sama ada guru perlu
beralih kepada topik baru atau sebaliknya dan seterusnya mengenal pasti
pengajaran pemulihan boleh dilaksanakan .
Dapat membuat keputusan jenis intervensi yang akan dilaksanakan . Keputusan
yang diperolehi dapat digunakan oleh guru untuk mengkelaskan kanak kanak

yang mempunyai masalah khas intelek atau emosi . Pemilihan ini juga untuk
menentukan pendidikan lanjutan dan masalah masalah praktis yang lain .
Dapat mengatasi masalah fizikal dengan cara mengumpul murid mengikut tahap
pencapaian murid tersebut . Ujian menjadi kriteria untuk membahagikan kelas
kepada kumpulan kumpulan kecil untuk mengadakan aktiviti atau pengajaran
khas menurut kemampuan masing-masing . Pengkelasan ini dapat mengumpul
murid - murid mengikut tahap kebolehannya .
Dapat membina ABM yang bersesuaian dengan tahap murid . Ini kerana guru guru
akan menghadapi pelbagai kebolehan dan latar belakang murid murid seperti
kumpulan kesulitan pembelajaran yang teruk dan ringan di bilik darjah.
Dapat membuat rumusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran telah
tercapai atau belum . Maklumat ini membolehkan guru guru merancang aktiviti
dan memilih jenis pengkaedahan yang sesuai supaya objektif pelajaran yang
dikehendaki tercapai. Jika belum guru - guru boleh mengubahsuaikannya mengikut
keperluan murid - murid.
PENILAIAN PSIKOLOGI
Definisi Penilaian Psikologi
Apa yang dimaksudkan dengan Penilaian Psikologi adalah penilaian yang
berkaitan secara langsung dengan tingkah laku, mental dan emosi kanak-kanak
yang berkeperluan khas. Secara keseluruhannya Penilaian Psikologi ini
bermatlamatkanuntuk membantu penilai mengawal tingkah laku kanak-kanak
berkeperluan khas dari segi emosi, tingkah laku dan mental mereka. Di sini telah
berlaku peningkatan keperluan minda dan pembentukan respon afektif individu.
Semua proses ini adalah menuju ke arah perkembangan psikologi.
Tujuan Penilaian Psikologi
Penilaian Psikologi amatlah diperlukan terutamanya kepada kanak-kanak
berkeperluan khas. Golongan kanak-kanak ini memerlukan satu kaedah penilaian
yang sesuai dengan keadaan realiti mereka. Kaedah-kaedah yang sering diguna

pakai untuk kanak-kanak normal mungkin tidak mampu untuk membantu


perkembangan tingkah laku, emosi dan mental mereka. Dari itu pengetahuan dan
kemahiran amat penting dikuasai oleh penilai kerana dengan mengenal pasti
keperluan khas ini maka guru dan penilai akan dapat mengadakan rawatan dan
merancang intervensi yang sesuai.
Dalam proses penilai membuat penilaian psikologi ini, beberapa perkara penting
perlu diberi penekanan. Perkara-perkara penting ini adalah bertujuan untuk penlai
memahami akan tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas ini. Antara aspek
tingkah laku yang diambil kira adalah seperti pergerakan jasmani, perasaan, sikap,
pemikiran dan proses menilai itu sendiri.
Tujuan kedua mengapa Penilaian Psikologi ini dibuat adalah untuk mengawal
tingkah laku manusia yang tidak diingini. Secara tidak langsung ini akan membantu
penilai memberi bimbingan akan pembentukan tingkah laku yang tidak baik
kepada tingkah laku yang lebih baik.
Akhirnya Penilaian Psikologi ini juga mampu membantu penilai membuat penilaian,
menyelidik dan membuat pemerhatian tentang tingkah laku kanak-kanak
berkeperluan khas ini.
Kepentingan Penilaian Psikologi
Secara umumnya Penilaian Psikologi ini adalah sangat mustahak terutamanya
kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak berkeperluan
khas. Daripada apa yang telah diperhatikan didapati Penilaian Psikologi ini
memberikan banyak kegunaan.
Salah satu kegunaannya adalah untuk membantu guru memahami tingkah laku
serta perkembangan mental dan emosi kanak-kanak berkeperluan khas.
Pemahaman oleh guru-guru terhadap masalah kanak-kanak ini akan membolehkan
mereka menjalankan tanggungjawab membimbing dengan lebih berkesan. Dengan
itu kanak-kanak berkeperluan khas ini akan merasa diri mereka dihargai dan
merasakan selamat berada di bawah jagaan guru mereka. Kadangkala terdapat
juga kes-kes yang mana guru-guru juga merasa tertekan semasa melayani kanakkanak sebegini. Ini disebabkan guru-guru ini tidak begitu memahami akan tingkah
laku, emosi dan mental kanak-kanak ini.

Selain daripada itu, Penilaian Psikologi ini juga boleh digunakan sebagai satu
komponen untuk membantu guru-guru menyelaras dan menyesuaikan kaedah
mengajar agar bersesuaian dengan kanak-kanak ini. Penyelarasan dan kesesuaian
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah perlu kerana tahap
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak ini sangat jauh ketinggalan di
belakang.
Dengan menguasai kemahiran untuk melaksanakan Penilaian Psikologi ini ianya
juga akan dapat membantu guru-guru menyelasaikan masalah tingkah laku, emosi
dan mental kanak-kanak berkeperluan khas. Masalah-masalah ini memerlukan cara
penyelesaian yang bersesuaian dengan keadaan sebenar kanak-kanak berkeperluan
khas.
Selain daripada itu guru-guru yang terlibat seperti guru-guru taska dan guru-guru
tadika amat digalakkan untuk memberi perhatian terhadap penilaian psikologi ini.
Golongan ini juga seharusnya sedar tentang perkembangan kanak-kanak sebegini.
Guru-guru ini juga sebaik-baiknya dapat menguasai kemahiran untuk menilai
perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas.
Selain daripada itu Penilaian Psikologi ini juga amat berguna untuk
pengesanan pada peringkat awal. Pengesanan yang boleh dibuat melalui penilaian
ini adalah seperti ketidakupayaan murid. Selain itu pengesanan juga akan dapat
diperolehi di kalangan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Akhir
sekali penilaian pada peringkat awal akan mampu untuk mengesan mereka yang
mempunyai risiko mengalami ketidakupayaan.

You might also like