Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN PROJEK PENAMBAHBAIKAN BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SJK (C) CHUNG CHING, RAUB

Saya telah menjalankan internship 1 di SJK (C) Chung Ching, Raub selama 2
bulan. Saya dan rakan telah merancang untuk menjalankan satu projek
penambahbaikan bilik bimbingan dan kaunseling. Dalam perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling, bilik bimbingan dan kaunseling adalah satu tempat yang amat
penting kerana keberkesanan sesi Kaunseling amat bergantung kepada tempat
kaunseling itu dijalankan. Bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah seharusnya
sentiasa berada dalam suasana yang kondusif, teraputik, selesa dan menenangkan.
Oleh itu, suasana bilik bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang cukup
besar dalam memastikan bimbingan dan terapi yang dijalankan mencapai objektif
dan secara langsung membantu menyediakan klien dalam keadaan yang tenang
dalam menangani masalahnya dengan berkesan. Bilik bimbingan dan kaunseling
memberikan persepsi penting terhadap klien yang datang ke bilik ini kerana suasana
yang kondusif dapat meyakinkan ketenteraman dalam diri klien.
Sebelum projek ini dijalankan, saya telah membuat persediaan untuk projek
tersebut. Saya dan rakan telah mengadakan perbincangan bersama dengan mentor
kami

tentang

projek

penambahbaikan

yang

akan

dijalankan.

Kami

telah

menerangkan tujuan kami menjalankan projek tersebut dan cara menceriakan bilik
bimbingan dan kaunseling kepada mentor kami. Kami telah membincangkan tentang
sudut-sudut yang perlu diwujudkan dan dihiaskan untuk menceriakan bilik bimbingan
dan kaunseling. Setelah mengadakan perbincangan dengan mentor, kami pun mula
membuat kertas kerja. Setelah kertas kerja disiapkan, kami telah berjumpa dengan
guru besar untuk menerangkan projek yang akan kami jalankan dan guru besar
telah memberi sokongan yang sepenuhnya kepada kami serta mengesahkan kertas
kerja tersebut. Guru besar telah membenarkan kami menggunakan sumber yang
ada di sekolah untuk menghiaskan bilik bimbingan dan kaunseling. Contohnya, kami
boleh menggunakan kertas warna, kertas A4 dan kertas laminate yang terdapat di
sekolah untuk menghiaskan bilik.
Setelah kertas kerja disahkan, saya dan rakan telah mula menghiaskan bilik
bimbingan dan kaunseling. Kami telah mewujudkan beberapa sudut dalam bilik

bimbingan dan kaunseling iaitu sudut akademik, sudut anti dadah, sudut kerjaya,
sudut keibubapaan dan lain-lain. Sudut-sudut yang diwujudkan boleh menyampaikan
maklumat-maklumat kepada murid. Contohnya sudut anti dadah boleh menyemai
dan menanam sikap benci kepada dadah dalam diri murid. Justeru itu, semasa
menghiaskan sudut-sudut di bilik bimbingan dan kaunseling, kami telah berusaha
untuk menyampaikan maklumat penting kepada murid supaya boleh membawa
manfaat kepada murid di sekolah. Kami telah mencari bahan dan maklumat terkini
dalam internet supaya dapat menyampaikan maklumat yang terkini kepada murid.
Selain menghiaskan sudut-sudut di bilik kaunseling, saya juga menghiaskan papan
notis di dalam dan di luar bilik kaunseling dan maklumat-maklumat di papan notis itu
sentiasa dikemas kini. Hal ini demikian dapat mempromosikan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut. Murid-murid boleh selalu tahu
tentang aktiviti yang akan kami jalankan di bilik bimbingan dan kaunseling bagi
menarik minat murid supaya hadir ke bilik bimbingan dan kaunseling secara
sukarela.
Suasana yang teraputik hasil dari keindahan dan keceriaan bilik kaunseling
sebenarnya mempengaruhi klien yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan.
Bilik bimbingan dan kaunseling yang selesa, kondusif, dan terapeutik dapat
memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat dijalankan dengan lebih
sistematik dan memberikan manfaat yang tidak terhingga kepada murid-murid.

You might also like