Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Di Malaysia, terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India.

Kaum
Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi
lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa
Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui
oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan
antara kaum.
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama yang
digunakan di seluruh Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu diwajibkan dalam urusan
kerajaan dalam memartabatkan lagi bahasa ibunda dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan
1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar
pada semua peringkat persekolahan (KPM, 2001). Mata pelajaran Bahasa Melayu
bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi
selaras sebagai bahasa ilmu (KPM, 2001). Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat untuk
membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran
rakyat, serta berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air.
Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah bertujuan untuk mewujudkan asas
semangat kewarganegaraan yang tinggi dalam jiwa pelajar. Pembelajaran Bahasa Melayu
secara formal kebanyakkan berlaku di sekolah. Kepentingan terhadap penguasaan bahasa
sangat jelas dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Matlamat pendidikan juga bertujuan untuk melahirkan individu yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berketrampilan dalam

berbahasa. Untuk merealisasikan hasrat murni ini, murid-murid mestilah


mempunyai wawasan diri, sikap yang positif dan bermotivasi tinggi terhadap
pembelajaran Bahasa Melayu. Pembelajaran Bahasa Melayu menjadi penting
kepada murid-murid setelah Kementerian Pendidikan Malaysia menyeragamkan
pelaksanaan dasar pendidikan bahasa. Melalui dasar ini bahasa pengantar
peperiksaan menggunakan bahasa Melayu. Oleh itu murid-murid perlu
menguasai bahasa Melayu dengan baik.

You might also like