Pengenalan Kepada Reka Bentuk Landskap

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PENGENALAN LANDSKAP :

1. Maksud Landskap segala tindakan untuk memelihara alam


sekitar dan keindahannya agar manusia dapat hidup dengan
selesa dan harmoni.
2. Landskap adalah pemandangan di atas daratan.
3. Ia merupakan suatu seni mengubah pemandangan rupa bumi
menggunakan unsur-unsur asli dan binaan.
4. Usur asli topografi, air dan tumbuhan.
5. Unsur binaan bangunan dan struktur binaan manusia

1. Kepentingan Landskap Terhadap Kehidupan :


(A) Kepentingan dari segi ekonomi :
1. Mewujudkan peluang perniagaan seperti nurseri dan kedai
bunga.
2. Menggalakkan aktiviti pelancongan.
3. Menawarkan peluang pekerjaan

(B) Kepentingan dari segi alam sekitar :


1. Tanaman pokok dapat mengawal suhu persekitaran.
2. Mengurangkan masalah hakisan tanah.
3. Menyerap bunyi bising kenderaan.
4. Mengawal pencemaran udara dan habuk.
5. Mengimbangi ekologi kehidupan flora dan fauna.
1

(C) Kepentingan dari segi estetika :


1. Rupa bentuk, tekstur, bau dan warna meningkatkan suasana yang
menyegarkan.
2. Kehijauan warna tumbuhan dapat merangsangkan deria
dan memberi ketenangan jiwa.

manusia

TANAMAN DALAM LANDSKAP :

KUMPULAN TANAMAN
LANDSKAP

POKOK RENEK

POKOK HIASAN

POKOK BUNGA
SEMUSIM

POKOK NAUNGAN

POKOK MEMANJAT

POKOK LENDAIR

POKOK HERBA

POKOK PALMA

POKOK PAKU PAKIS

POKOK KAKTUS

POKOK TUTUP BUMI

2. Fungsi Tanaman Landskap :


1. Memberi perlindungan dan teduhan.
2. Membentuk ruang dan sempadan sesuatu kawasan.
3. Mengadang pandangan yang tidak menarik.
4. Mengarah pergerakan atau sebagai petunjuk arah.
5. Melembutkan pandangan dengan mengurangkan kesan binaan
konkrit.
6. Mengurangkan kebosanan.

3. Reka Bentuk Taman Mini :


1. Taman mini ialah tempat penanaman pokok hiasan di satu
kawasan yang terhad.
2. Beberapa pokok hiasan yang dikumpulkan di dalam satu
kawasan dapat mewujudkan keadaan semulajadi yang indah dan
menarik.
3. Terdapat pelbagai prinsip reka bentuk taman mini.

Keringkasan

Skala atau
Ukuran

Keanekaan

Prinsip
Reka
Bentuk
Taman
Mini
Keseimbang
an

Penumpuan

Turutan

PRINSIP REKA BENTUK TAMAN MINI


1. KERINGKASAN :
1. Bermaksud mereka bentuk menggunakan hanya elemen yang
penting di dalam sesuatu gubahan.
2. Gubahan hendaklah ringkas, teratur dan mudah difahami.
3. Beberapa bentuk, warna dan tekstur boleh digunakan berulang
kali di beberapa tempat.
4. Susunan dan kesatuan perlu diwujudkan untuk memudahkan
pemahaman dan pengenalan.

2. KEANEKAAN :
1. Bermaksud menggunakan pelbagai jenis elemen seperti warna,
bentuk, susunan, tekstur dan saiz tanaman dalam mereka bentuk.
2. Ini adalah untuk mengelakkan rasa bosan dan menimbulkan
minat dalam satu gubahan.
3. PENUMPUAN :
1. Bermaksud reka bentuk taman mini yang dibuat menjadi
tumpuan dan menarik perhatian.
2. Elemen tertentu dijadikan daya tarikan.
3. Penumpuan biasanya dibuat pada tempat-tempat yang strategik,
unik dan paling menarik.
4. Dapat diwujudkan dengan menggunakan warna tumbuhan yang
menarik, tekstur yang kasar, bentuk yang unik atau garisan yang
bertemu di satu tempat.
4. PENUMPUAN :
1. Bermaksud reka bentuk taman mini yang dibuat menjadi
tumpuan dan menarik perhatian.
2. Elemen tertentu dijadikan daya tarikan.
3. Penumpuan biasanya dibuat pada tempat-tempat yang strategik,
unik dan paling menarik.
4. Dapat diwujudkan dengan menggunakan warna tumbuhan yang
menarik, tekstur yang kasar, bentuk yang unik atau garisan yang
bertemu di satu tempat.

5. TURUTAN :
1. Bermaksud perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang
lainsecara berperingkat.
2. Ini bertujuan
pergerakan.

untuk

menentukan

arah

pandangan

atau

3. Turutan ini meliputi saiz pokok, ukuran, warna tekstur dan jarak
tanaman.
4. Turutan adalah perubahan yang berperingkat dari suatu elemen
seperti dari tekstur kasar ke sederhana dan halus.

Melakar gambar rajah Buih :


1. Gambar rajah buih ialah lakaran kasar yang berbentuk bulatan
atau bujur telur untuk mewakili tanaman, okbek dan binaan pada
reka bentuk landskap.
2. Ianya dilukis berskala bebas atau anggaran sahaja.
3. Tujuan gambar rajah buih:
1. Memudahkan kerja menyusun jenis tumbuhan dan struktur
binaan.
2. Melihat keseimbangan penggunaan tumbuhan dan binaan.
3. Membantu kerja mereka bentuk projek.
4. Mengetahui kesesuaian tumbuhan yang digunakan.

Menghasilkan pelan induk reka bentuk taman mini :


1. Pelan induk merupakan pelan akhir pembangunan sesuatu
kawasan.
2. Pelan ini menerangkan dengan terperinci mengenai idea
yang telah dicadangkan untuk pelaksanaan.
3. Pelan induk mestilah lengkap, menarik dan kemas untuk
menarik perhatian.
4. Pelan menunjukkan :
1. Jenis tumbuhan yang digunakan
2. Susun atur tumbuhan
3. Kedudukan elemen fokus air pancut, kayu mati,
kolam
4. Jenis objek dan kelengkapan lain

Melakar pandangan perspektif :


1. Ia adalah lukisan pandangan dari arah depan dan belakang.
2. Terbahagi kepada :
1. Pandangan perspektif 1 titik
Dilukis mengikut pandangan hadapan lalu diunjurkan
ke bahagian belakang pada satu titik sahaja.
2. Pandangan perspektif 2 titik
Dilukis pada suatu pandangan depan ke belakang dari
dua arah / titik iaitu kanan dan kiri.
7

Membina Taman Mini :


1. Taman mini boleh dibina:
a) Di dalam bekas terbuka.
b) Di dalam bekas tertutup / terrarium.
c) Di tapak atau plot
2. Prinsip asas untuk membina taman mini ialah saiz, warna,
fokus, bentuk dan keseimbangan.

A. Membina taman mini di dalam bekas terbuka :


1. Sesuai diletakkan di bawah tangga, di ruang tamu atau di
penjuru bilik.
2. Ia perlu dibina dengan menanam pokok dan menyusun hiasan
sampingan di dalam sebuah bekas yang terbuka.
B. Taman mini di dalam bekas tertutup :
1. Taman mini di dalam bekas tertutup dikenali sebagai terrarium.
2. CO2 digunakan untuk membuat makanan dan O2. O2 digunakan
dan membebaskan CO2 semasa respirasi secara berterusan.
3. Semasa transpirasi, wap air dibebaskan dan menjadi titisan air
pada didinding bekas yang akan digunakan oleh tumbuhan.
C. Taman mini di tapak atau plot :
1. Taman mini jenis ini dibina di kawasan lapang, laluan masuk
atau taman rekreasi.

Penyenggaraan ;
1. Penyenggaraan taman mini ialah penjagaan kawasan
sekelilingnya sekiranya di tanam di tapak atau di dalam bekas
tertentu.
2. Penyenggaraan penting dan harus dijalankan secara berterusan
untuk menghasilkan taman mini yang menarik.
3. Antara kerja-kerja penyenggaraan ialah menyiram, sungkupan,
membaja, mengawal perosak dan memangkas.

You might also like