Baca Bahan Temuduga

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 94

Wednesday, April 20, 2011

PANDUAN TEMUDUGA SPP

Panduan Untuk Calon-Calon Temuduga Pegawai Perkhidmatan


Pendidikan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Bacaan
Anda mestilah tahu perkara-perkara berikut secara umum walaupun tidak secara
terperinci.

TERAS PENDIDIKAN NEGARA


- Rukun Negara
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Wawasan 2020
- Islam Hadhari
KEMENTERIAN
- Kementerian Pelajaran Malaysia
- Kementerian Pengajian Tinggi
SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA
- Perkembangan Dasar & Kemajuan Sistem Pelajaran
Kebangsaan
- Perkembangan Pelajaran Masa Kini
SISTEM PELAJARAN MASA KINI
- Pendidikan Pra Sekolah
- Pendidikan Rendah
- Pendidikan Menengah
- Pendidikan Khas
- Program Pendidikan Khas
- Sekolah Sukan

- Sekolah Seni
- Pembestarian Sekolah
- Pendidikan Pasca Menengah & Institusi Pengajian
Tinggi
- Pendidikan Swasta
- Pelan Induk Pendidikan
KURIKULUM
- Teori Pendidikan
- Kurikulum Prasekolah
- Kurikulum Baru Sekolah Rendah
- Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
- Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
- Pengurusan Kurikulum
- Program JQAF
- Kia2M
PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
- Asrama
- Skim Pinjaman Buku Teks
- Biasiswa dan Pinjaman
- Program Bersepadu Sekolah Sihat
- Program Pemakanan Sekolah
- Bimbingan dan Kaunseling
- Malaysia Teacher Standard
PIBG
Skim Baucer Tuisyen
PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA

- Gerak Kerja Kokurikulum


- Sekolah Harapan Negara
- Hari Guru
- Projek Nilam
- Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
- Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan
Pelajaran
- Malaysian Teacher Standard MTS
URUSAN PERKHIDMATAN
- Perintah-Perintah Am
- Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib
Perkhidmatan Awam 1993
- Arahan Perbendaharaan
- Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
- Arahan Perkhidmatan
- Akta Acara Kewangan
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
FAKTOR-FAKTOR PENILAIAN
Calon-calon akan dinilai dari aspek-aspek berikut :
Cara Penyampaian/Berkomunikasi.
Kemahiran berhujah dan kemampuan menyampaikan
buah fikiran dan maksud dengan rasional, logik, jelas,
tepat dan padat adalah faktor utama ke arah kejayaan
seseorang guru profesional. Adalah menjadi andaian
asasi bahawa guru-guru terlatih adalah fasih, cekap
dan terampil dalam menggunakan Bahasa Melayu.
Oleh itu, calon-calon yang didapati tidak cekap dan

tidak fasih dalam penggunaan Bahasa Melayu akan


gagal dalam temuduga.
Guru-guru yang tidak prihatin dalam pengucapan
bahasanya sehingga selalu kabur atau memesongkan
maksud yang hendak disampaikan akan diberi
penilaian yang negatif.
Perawakan Dan Penampilan Diri.
Calon-calon dikehendaki hadir temuduga dengan
berpakaian kemas dan sopan. Calon-calon lelaki
dikehendaki memakai baju kemeja berlengan panjang
dan bertali leher, manakala calon-calon wanita
memakai pakaian yang bersopan.
Pengetahuan Ikhtisas.
Adalah menjadi harapan Lembaga Temuduga bahawa
guru-guru terlatih yang ditemuduga mempunyai
pengetahuan yang wajar dan mempunyai kemahiran
berbincang secara canggih (intelligent discussion)
mengenai perkara-perkara berikut :a) Sejarah pembentukan dan perkembangan Sistem
Pendidikan Negara dari segi dasar, pengurusan dan
pentadbiran, sistem persekolahan, kurikulum dan
sistem penilaian. Adalah diharapkan calon-calon telah
membaca, mengkaji dan menerapkan fakta-fakta
penting di dalam Penyata Razak (1956), Laporan
Rahman Talib (1960), Akta pendidikan 1961 dan
Laporan Kabinet mengenai perlaksanaan Dasar
Pelajaran (1979);

b) Struktur dan sistem pengurusan dan pentadbiran


negara pada peringkat pusat, negeri, daerah dan
sekolah.
c) Falsafah Pendidikan Negara, khasnya dari segi
perlaksanaannya di sekolah dan dalam bilik darjah.
d) Pengetahuan yang mendalam mengenai Dasar
Pembangunan Negara/Wawasan 2020 dan
hubungkaitnya dengan pendidikan dari segi falsafah
dan amalannya.
e) Pengetahuan akademik yang wajar berkaitan
dengan matapelajaran yang diajar
opsyen/matapelajaran pengkhususan di institut/
maktab perguruan/ universiti.
f) metodologi dan perkaedahan matapelajaran yang
diajar dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di
dalam bilik darjah.
g) Konsep, teori dan prinsip pedagogi dan psikologi
dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di dalam
bilik darjah.
h) Falsafah dan konsep mengenai kurikulum dan
perkembangan kurikulum dengan tumpuan khas
kepada KBSR dan KBSM dan hubungkaitnya dengan
matapelajaran yang diajar dan matapelajaran
opsyen/pengkhususan di Institut/maktab perguruan/
universiti.
Pengetahuan Semasa/Am.

Pengetahuan semasa/am dikaitkan dengan aspek


celik budaya. Celik Budaya diertikan sebagai
kepekaan, keprihatinan dan daya ingin tahu terhadap
alam persekitaran hidup dari segi fizikal, sosial,
ekonomi, pentadbiran dan politik. Seseorang yang
celik budaya mempunyai pengetahuan dan maklumat
asas mengenai alam persekitarannya dan dapat
berbincang secara canggih mengenainya dari
berbagai-bagai sudut pandangan dan perspektif.
Laporan Nilaian Prestasi.
Laporan nilaian prestasi adalah juga diambilkira
dalam pemilihan seseorang calon itu. Penilaian ini
dibuat oleh Pegawai Penilai masing-masing dengan
berpandukan kepada format borang yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pendidikan. Antara aspek-aspek
yang dinilai ialah dengan memerhatikan guru
berkenaan mengajar di dalam kelas atau membimbing
murid-murid di dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
Sijil Ko-kurikulum
Bawa sijil-sijil Ko-kurikulum termasuk dari zaman
persekolahan... ada markah untuk Ko-Kurikulum
CALON TIDAK DIPERAKU @ GAGAL
Lemah cara penyampaian/komunikasi
Lemah perawakan/sikap.
Lemah Pengetahuan Am.
Lemah Ikhtisas.

Lemah keseluruhan.

NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

NILAI-NILAI 1MALAYSIA

Oleh : YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak


BAHAGIAN 1 : BUDAYA KECEMERLANGAN
"Saya benar-benar percaya bahawa demi mengubah Malaysia dan
membawa Malaysia ke tahap kejayaan dan pencapaian yang lebih tinggi,
satu nilai yang melungkungi nilai-nilai lain yang akan memastikan
Malaysia menuju trajektori yang betul ialah untuk kita menanamkan
Budaya Kecemerlangan".
"Ini kerana jika anda mempunyai satu set nilai-nilai yang menandakan
anda mempraktikkan Budaya Kecemerlangan, segalanya akan
berkembang dan beralir dari Budaya tersebut. Secara dasar, ianya satu
usaha berterusan. Namun anda perlu menjanakan perkara-perkara yang
akan mendorong orang ramai untuk menyedari betapa pentingnya
Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan
dengan lebih banyak prinsip meritokrasi. Dari situ, anda akan
menegaskan kepentingan prestasi, dan prestasi itu banyak berpaut
kepada Budaaya Kecemerlangan".

Berkenaan aspek-aspek Budaya Kecemerlangan


"Saya rasakan kita perlu mengenalpasti subset-subset yang berkaitan
dengan Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, bagi dikenali sebagai
sebuah masyarakat yang percaya kepada prinsip ketepatan. Ianya satu
subset Budaya Kecemerlangan. Dalam erti kata lain, anda
mementingkan ketepatan. Ketepatan dari segi pengukuran, dari segi
menguruskan masa, dari segi jadual penyampaian, dari segi kualiti. Jika
Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan
kecemerlangan, maka setiap produk yang datang dari Malaysia, setiap
perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan dilihat seperti
mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia".
"Saya harap dapat memberi penekanan kepada kepimpinan berasaskan
prestasi. Dalam erti kata lain, jika anda mahu mengubah Malaysia,
perubahan mestilah berteraskan kepimpinan yang berasaskan prestasi.
Ini bermakna anda mempunyai matlamat-matlamat khusus, dan prestasi
anda boleh diukur. Anda boleh mengawas, anda boleh memantau, anda
boleh mengambil tindakan pembetulan. Anda boleh juga membuat
sebarang perubahan jika perlu. Tetapi ianya penting untuk kita
merasakan bahawa kita sedang mengalami kemajuan, bahawa kita
semakin maju".
"Maksud saya, pengertian waktu, waktu Malaysia, yang sering dijadikan
bahan jenaka orang ramai. Tentang menjaga masa, ketepatan masa
dalam apa jua yang anda lakukan. Saya rasa ianya satu perkara yang
boleh difahami semua orang dan dilihat dalam gaya hidup semua rakyat
Malaysia. Ini antara perkara-perkara yang kita boleh ketengahkan,
mengingkatkan kesedaran untuk merubah di mana perlu. Dan dari segi
cara untuk membatinkan perubahan ini, contohnya, pernyataan seperti
lebih kurang ia sepatutnya tidak wujud lagi dalam leksikon perkataanperkataan yang kita gunapakai seharian. Kita perlu lebih tepat dalam
setiap perbuatan, pertuturan, dalam apa sahaja yang ingin dicapai".
Tentang mempelajari Budaya Kecemerlangan
"Arwah ayahanda saya seorang ahli motivasi, biarpun saya tidak
menyedari hakikat itu pada awalnya. Tetapi secara halus, beliau
menerapkan dalam jiwa kami satu keinginan untuk berjaya dan menjadi
yang terbaik di kalangan rakan seperjuangan, contohnya di dalam bilik
darjah. Arwah mendirikan satu skim ganjaran, sejumlah wang yang kecil.
Jumlahnya tidak lumayan, hanya sedikit wang yang akan dihadiahkan

jika kami berjaya menduduki tempat pertama di dalam mana-mana ujian


atau peperiksaan. Ianya bukan tentang ganjaran wang, tetapi jelas
kegembiraan yang beliau rasai bila anda menjadi pelajar terbaik di dalam
kelas, dan kekecewaan di riak wajahnya jika anda tidak berjaya. Itulah
titik tolak dalam hidup saya untuk menyedari betapa pentingnya untuk
berjaya dan berusaha dengan gigih dalam segala perbuatan".
BAHAGIAN 2 : KETABAHAN
Kehidupan bukan semuanya mudah. Sebarang tanggapan bahawa
kehidupan adalah lakaran lurus yang sentiasa mendaki tanpa
penghujungnya pada saya adalah suatu salah anggapan. Seseorang itu
hendaklah menerima kehidupan sebagai satu siri naik dan turun.
Tetapi jika anda adalah seorang yang percaya kepada kerja keras,
sepenuhnya berdedikasi, dan jika anda tabah menghadapi segala
dugaan, maka apabila anda berhadapan dengan sebarang rintangan,
semestinya anda akan berupaya mengharungi rintangan yang dihadapi
dan berupaya meletakkan diri anda ke pangkal jalan, anda perlu
menghargai dan memahami bahawa ada masa-masanya kesukaran perlu
dihadapi.
Begitu jugalah Malaysia sebagai sebuah negara, kita telah berhadapan
dengan berbagai krisis sebelum ini, sama ada krisis kewangan,
menentang komunis atau berhadapan dengan waktu-waktu bergolak di
dalam sejarah kita. Namun pada setiap keadaan kita telah berjaya
mengharungi krisis tersebut dan menjadi lebih kuat sebagai sebuah
negara. Tetapi semua itu telah dicapai kerana kita telah memberikan
tumpuan sepenuhnya kepada permasalahan tersebut. Kita telah berkerja
dengan gigih dan sentiasa menghadapi rintangan dengan ketabahan
dan akhirnya membuktikan bahawa para pewaham kita adalah salah.
Tentang ketabahan mengharungi perubahan peribadi
Disepanjang kehidupan saya, saya sentiasa perlu berusaha lebih
daripada biasa demi membuktikan kemampuan diri kerana saya tidak
mahu orang lain memandang kepada saya dan berkata "dia berada di
situ kerana nama, atau nama keluarganya melonjakkannya ke situ".
Benar, saya memiliki kelebihan tersebut, namun pada masa yang sama
ia seakan satu bebanan kerana anda perlu sentiasa membuktikan
bahawa anda wajar mendapat semua itu. Malah saya sentiasa menyedari
bahawa saya perlu menunjukkan saya mampu melakukannya, dan

melakukannya dengan baik. Dan dalam hal kekecewaan peribadi, rasa


saya yang paling memilukan dalam ingatan adalah kekecewaan politik
yang saya alami di kawasan saya sendiri pada 1999, apabila saya
menang tipis dengan majoriti yang sangat kecil iaitu 241.
Pada masa itu, ramai yang berkata tidak lama lagi saya akan menjadi
sejarah, dan lebih daripada itu sebahagian daripada mereka
mencadangkan supaya saya bertukar kawasan. Tetapi saya kekal
berpendirian teguh dan menyatakan pada diri sendiri walau apa sekali
pun saya akan terus berjuang. Jika saya perlu jatuh rebah, saya akan
rebah dalam perjuangan. Dan saya menyatakan pada diri sendiri saya
boleh membuktikan bahawa para pewaham adalah silap dan nah,
lihatlah, dalam jangka masa 4 tahun, majoriti yang kecil, majoriti tipis
241 telah dijelmakan kepada majoriti besar berjumlah 22,922 dan
sebagaimana yang anda ketahui, pada Pilihan Raya Umum yang lepas
saya mencapai kejayaan terbaik dari segi majoriti BN untuk sebarang
kawasan pemilihan Parlimen apabila saya berjaya meraih 26,464. Itulah
saiz majoriti yang saya perolehi. Tetapi saya tidak fikir mampu mendapat
majoriti sebegitu besar jika tidak kerana kekecewaan pada 1999. Apabila
mengalami kekecewaan tersebut, saya menyedari perlunya melakukan
lebih lagi. Saya perlu menjadi lebih kreatif serta perlu membawa
pendekatan yang berbeza, dan semua itu telah menghasilkan perubahan
dan peningkatan tersebut, peningkatan besar yang menakjubkan.
BAHAGIAN 3 : PENERIMAAN
Tentang kepentingan penerimaan berbanding toleransi
Saya rasa terdapat perbezaan yang agak ketara di antara keduanya
(toleransi dan penerimaan). Apabila anda menyebut toleransi, anda tidak
berapa sukakannya, tetapi tetap menerimanya kerana anda tiada pilihan.
Tetapi jika anda bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan
keadaan pemikiran bahawa anda menerima sepenuhnya sesuatu itu
secara positif.
Pada saya adalah penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi
semata-mata ini kepada penerimaan. Penerimaan dari segi anda
bersedia untuk menerima sebarang perkara. Jika anda sanggup
menerima sebarang perkara, anda mengambil perkara tersebut dengan
kerelaan, maka saya rasa kapasiti anda untuk melihat kepada semua
perkara secara lebih positif adalah lebih baik berbanding toleransi
semata-mata.

Pada saya itu adalah penting kerana selepas itu anda tidak lagi merasa
terbeban dan anda tidak dipengaruhi oleh sebarang tanggapan melulu
yang negatif dan mahu pula melihat kepada kemampuan terbaik yang
boleh diberikan oleh seseorang itu. Inilah yang kita perlukan untuk
Malaysia. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada bangsa Melayu,
terbaik daripada bangsa Cina, bangsa India, semua kaum lain dan
mengadun semua ini agar secara terkumpulnya kita akan menjadi jauh
lebih besar berbanding bilangan kelompok kaum secara individu.
Tentang peranan kerajaan dalam memupuk penerimaan
Saya rasa kita perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan
dilaksanakan dengan cara yang mencerminkan komitmen kita. Sebagai
contoh, apabila kita bercakap tentang membantu mereka yang miskin,
kita mesti membantu mereka yang miskin dalam semua golongan
masyarakat. Dan pada saya golongan miskin dalam semua golongan
masyarakat wajar dibantu. Maka semua program dan peruntukan
kewangan kita wajib mencerminkan keperluan untuk mengatasi masalah
golongan miskin merentasi semua lapisan etnik dan kaum.Itu adalah
sebagai satu contoh polisi di peringkat tersebut. Terdapat juga
pertimbangan lain, contohnya membangunkan bakat di Malaysia. Pada
saya setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi
sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina.
Sistem sedia ada kita, sistem pendidikan, biasiswa, bantuan kewangan,
semua peluang tersebut hendaklah mencerminkan semua ini, bahawa
tidak terdapat sebarang had. Had tidak ditentukan kerana latar belakang
etnik anda. Had ditentukan adalah kerana keupayaan peribadi anda
sendiri.
BAHAGIAN 4 : PENDIDIKAN
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk manamana negara mencapai kejayaan dan disepanjang sejarah kita telah
melihat hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud,
khususnya dalam konteks semasa. Sebuah empayar yang terbina
daripada kekuatan tentera tidak bertahan dan tidak mampu bertahan.
Maka apabila anda bercakap tentang pendidikan dan pengetahuan, ia
mesti dilihat dalam konteks holistik. Ia juga mesti disepadukan dengan
nilai.

Anda mesti memiliki masyarakat yang menempatkan pendidikan dan


pengetahuan di mercu segala yang lain. Bukan saja kerajaan, tetapi juga
masyarakat sebagai satu nilai. Sebagai contoh, budaya membaca. Jika
anda hanya berharap kepada buku teks formal, anda tidak akan
menimba ilmu sebagaimana sepatutnya. Tetapi jika diri anda berbudaya
membaca, tabiat membaca ini sama ada melalui buku atau pun internet,
maka anda akan berupaya membuka minda masyarakat Malaysia. Dan
saya ingin melihat minda rakyat Malaysia berterusan terbuka.
Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran
(pendidikan) yang berbeza di dalm negara. Kita tidak mempunyai aliran
tunggal dan dengan demikian, kita tidak mempunyai aliran kebangsaan.
Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula untruk
memasukkan sekolah vernakular. Ia menjadi kedua-duanya kekuatan
dan masaalah dan cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang
untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu
saluran pendidikan dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka akan
diasingkan. 95 peratus daripada bangsa China akan memasuki sekolah
China dan 97 peratus daripada bangsa Melayu akan memasuki sekolah
kebangsaan. Maka kita akan kehilangan peluang. Namun apa yang boleh
kita lakukan ialah memastikan terdapatnya peluang untuk kita
berinteraksi dengan melihat kepada kurikulum dan menekankan kepada
nilai bersama, agar walau pun kita terpisah secara fizikalnya, tetapi jika
dipenuhi dengan nilai sistem yang serupa, pada satu peringkat masa
diharap kita akan bertemu pada satu titik persamaan. Apabila kita
bertemu dalam erti kata fizikalnya, kita akan berupaya untuk menghargai
satu sama lain dengan lebih baik lagi.
BAHAGIAN 5 : INTEGRITI
Oleh : YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak
Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan
dan keyakinan rakyat. Pada saya satu cara terbaik untuk mendapatkan
kepercayaan dan keyakinan ini adalah dengan berlaku jujur kepada
rakyat. Bercakap benar kepada mereka. Jika anda telah melakukan
dengan baik, maklumkan polisi yang dilaksanakan adalah betul. Jika
polisi tersebut tidak menjadi, maka anda sewajarnya berani untuk
menjelaskan kepada mereka, beginikita telah melakukan kesilapan
tetapi kita merancang untuk melakukan lebih baik lagi, kita mahu
memperbetulkan kesilapan ini.

Saya rasa rakyat akan menghargai tindakan tersebut. Walaupun anda


berada di dalam kerajaan, anda hanyalah manusia dan manusia
melakukan kesilapan. Kuncinya ialah bukannya anda akan melakukan
kesilapan, tetapi bagaimana anda bangkit daripada kesilapan tersebut.
Adalah diharapkan kesilapan hanya sedikit sahaja, tetapi sebahagian
besar daripada keputusan adalah betul dan bertepatan. Namun akan
terdapatnya ketika disebabkan oleh perubahan keadaan, anda tiba-tiba
menyedari bahawa polisi atau keputusan anda adalah tidak tepat. Tetapi
sebaik anda menyedari bahawa anda kurang tepat, maka berlaku
jujurlah dan maklumkan kepada rakyat.
Anda mesti bercakap benar dan percaya kepada rakyat. Percaya bahawa
rakyat adalah bijak, akan menghargai kejujuran, kebenaran dan bertemu
dan berkomunikasilah dengan rakyat. Selepas satu jangka masa, sudah
tentu anda akan berupaya membina kepercayaan dan keyakinan
tersebut dengan rakyat. Paling penting, tepati janji anda. Jika anda
berjanji, tunaikan. Satu daripada perkara yang boleh mengikis
kepercayaan dan kesetiaan ini ialah jika anda memungkiri janji. Jika
anda berjanjikan sesuatu, anda mesti berpegang pada janji dan
menunaikannya.
BAHAGIAN 6 : MERITOKRASI
Pada dasarnya semua orang tahu makna perkataan ini dan prinsip
meritrokrasi, tetapi ia tidak boleh dilaksanakan dalam erti kata yang
sebenar kerana ada masanya anda perlu mempertimbangkan faktorfaktor tertentu yang lain.
Contohnya, mereka yang kekurangan, atau masyarakat yang tinggal di
kawasan pedalaman, estet-estet dan perkampungan baru yang berada di
luar arus perdana masyarakat yang lebih dinamik. Sudah tentunya
mereka ini memerlukan pertimbangan khas. Namun pada dasarnya,
meritrokrasi bukan saja satu prinsip yang mulia, tetapi satu prinsip yang
diperlukan untuk memacu Malaysia ke arah kejayaan yang lebih hebat.
Sejak awal lagi saya telah membincangkan tentang budaya
kecemerlangan dan satu daripada prinsip budaya kecemerlangan adalah
prinsip meritrokrasi. Jika anda memberikan penghargaan berasaskan
kerana mereka adalah terbaik, sama ada orang yang terbaik untuk
tugasan tersebut atau syarikat terbaik untuk mendapatkan kontrak,
maka semua pihak akan menyedari bahawa mereka perlu berada di
tahap tersebut. Mereka perlu memberikan yang terbaik. Pada saya
setelah menyedari bahawa mereka perlu memberikan yang terbaik, maka

semua itu akan menyerlahkan yang terbaik daripada semua orang. Maka
itu kita tidak mahu Malaysia tidak memberikan sebaik mungkin sebagai
sebuah negara. Melihat kepada Malaysia, menggunakan terma sukan
tinju, saya mahu melepaskan tumbukan melebihi had kategori berat
badannya. Jika anda menggunakan budaya kecemerlangan dan prinsip
meritrokrasi ini, pada saya ia akan menjadi adunan yang diperlukan
untuk kita memaksimakan potensi Malaysia.
Tentang langkah kerajaan ke arah meningkatkan meritrokrasi
Ia memang bermakna bahawa kepelbagaian aspek perkhidmatan
kerajaan dan masyarakat secara keseluruhannya sewajarnya dibentuk
berdasarkan meritrokrasi. Sebagai contoh, pemerolehan kerajaan.
Sewajarnya kita memperkenalkan satu polisi yang memastikan
persaingan pembidaan kerana melalui persaingan pembidaan, peluang
kita memilih syarikat terbaik untuk tugasan tersebut pada harga
terendah dan pada masa yang sama mempunyai kemahiran yang
diperakui adalah lebih besar berbanding pemilihan berasaskan tender
perundingan, contohnya. Prinsip penswastaan sekali pun, sebahagian
daripada permasalahan yang dihadapi tentang asas pengswastaan di
masa lalu, ketika kita terlalu kurangnya pengetahuan tentang bagaimana
untuk melaksanakan pengswastaan, pada permulaannya kita telah
menggunakan prinsip siapa dulu dia dapat. Makanya jika anda
mempunyai gagasan anda akan diberi peluang tersebut. Tetapi
kenyataannya, memandang kebelakang adalah lebih baik untuk kita
mengenal pasti perkhidmatan atau lapangan tertentu yang kita hendak
swastakan dan membukanya untuk pembidaan. Seterusnya cadangan
terbaik boleh dipertimbangkan oleh kerajaan. Jelaslah terdapat contohcontoh khusus tentang bagaimana meritrokrasi boleh digunakan.
BAHAGIAN 7 : RENDAH HATI
Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam
konteks contohnya katakanlah jika anda seorang ahli politik. Begitu
juga jika anda seorang ahli parlimen. Bersikap rendah diri pada
dasarnya adalah satu aset kerana di dalam masyarakat kita, terutamanya
masyarakat tradisional, mereka cenderung menghargai orang yang
memperlihatkan sifat merendah diri. Dalam Islam, ia adalah konsep
Tawaddu`, yakni rendah hati.
Sebagaimana yang anda ketahui di dalam masyarakat Melayu,
seseorang itu tidak boleh menunjuk-nunjuk. Contohnya, apabila anda

keluar melakukan tugas sebagai seorang ahli parlimen, anda mestilah


boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Saya sangat menyedari
akan keadaan bahawa apabila saya melakukan tugas saya sebagai ahli
parlimen, saya sangat selesa dengan keadaan tersebut. Sebagai contoh,
jika saya berada di dalam surau atau pergi ke rumah penduduk miskin di
dalam kawasan saya, saya memastikan tingkah laku saya tidak akan
membuatkan mereka berasa tidak selesa, dan pemergian saya ke sana
bukanlah bertujuan memandang rendah atau bersikap menghina
mereka. Maka itu pada saya ia adalah satu aset.
Namun begitu, bersikap rendah diri bukanlah sebagai satu petanda
kelemahan. Dalam masyarakat tertentu, ia cenderung disalah ertikan
sebagai satu petanda kelemahan. Apabila berurusan dengan orang luar
contohnya, adakalanya anda perlu menunjukkan kekuatan anda. Anda
perlu memperlihatkan keyakinan kerana apabila anda dilihat sebagai
rendah diri pada sudut pandangan mereka, ia dianggap sebagai satu
petanda kelemahan. Maka itu saya merasakan ia juga adalah mengikut
keadaan, anda mesti sedar bahawa dalam lingkungan masyarakat
Malaysia, ia adalah satu aset, tetapi ada waktunya apabila anda
berurusan dengan dunia luar anda perlu memperlihatkan kekuatan dan
kejayaan anda, tetapi bukanlah dengan cara penindasan.
BAHAGIAN 8 : KESETIAAN
Pada saya kesetiaan adalah penting kerana ia adalah asas kepada
kepercayaan. Dalam sebarang perhubungan, kesetiaan adalah penting.
Contohnya sebagai kawan, anda setia kepada kawan anda, kerana
kesetiaan tersebut akan membina kepercayaan. Satu ikatan peribadi
antara anda dengan seorang yang lain.
Tetapi saya juga mentafsir kesetiaan sebagai sesuatu yang tidak
sepatutnya keterlaluan sehingga menjadi kesetiaan membuta tuli. Pada
saya di dalam perkhidmatan kerajaan, sebagai contoh, pentadbiran
kerajaan, semestinya seseorang itu perlu setia kepada pemimpin. Tetapi
seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu juga setia, dalam erti
kata perlakuan pemimpin tersebut, komitednya pemimpin kepada
tugasnya dan berdedikasi. Kesetiaan juga tidak bermakna anda tidak
boleh mengkritik, tetapi sudah tentu anda hendaklah mengkritik dengan
cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan. Saya sudah tentu
akan menghargainya, sama ada ianya perhubungan peribadi atau dalam
konteks rakan sejawat bahawa akan adanya peluang dan waktu untuk
mereka memberikan pandangan yang membina contohnya, malah

kritikan yang pada saya adalah diperlukan. Tetapi kesetiaan juga


hendaklah disertai dengan keupayaan. Anda tidak boleh memberikan
ganjaran kepada seseorang itu hanya kerana dia setia, tetapi melupakan
kenyataan bahawa kesetiaan tanpa kemajuan dan keupayaan adalah
tidak mencukupi. Benar, kesetiaan adalah penting, tetapi ia perlu disertai
dengan pertimbangan lain juga.
Ya, pada saya telah berlalunya hari-hari bila mana kesetiaan disalah
anggap sebagai kepercayaan membuta tuli atau memiliki kuasa penuh
dari segi perhubungan peribadi, yang mana anda boleh melakukan apa
saja yang anda mahu dan tidak dipertanggungjawabkan. Pada saya itu
adalah salah. Pada saya ia adalah merugikan dari segi perhubungan
peribadi atau sama ada di dalam kerajaan bahawa tiadanya ruang untuk
kritikan membina mahu pun pertentangan pendapat. Tetapi ia hendaklah
dilakukan dengan cara yang betul dan dengan niat yang baik
1 MALAYSIA

8 NILAI DALAM KONSEP 1 MALAYSIA


Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato Sri
Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1 Malaysia.
Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan
rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang
menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan
nilai-nilai tersebut adalah:

1. BUDAYA KECEMERLANGAN
Pengamalan

budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke


tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi.
Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara
bergantung setakat mana budaya kecemerlangan
diamalkan oleh rakyatnya.

Budaya

cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan


dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap
pencapaian atau kemajuan.

Prinsip

ketepatan menjadi elemen dalam menentukan


kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat
penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan
orang lain terutama apabila berurusan dengan pihakpihak luar negara.

Ketepatan

pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti


amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan
dan kejayaan.

Negara

luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang


mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang
terutama dalam sistem perdagangan dunia yang
berteraskan eksport.

2. KETABAHAN
Setiap

perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan


ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk
mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat
memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi
segala rintangan dan dugaan.

Rakyat

Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan


cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.

Penggemblengan

semangat bekerja keras, dedikasi serta


tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah
ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.

Ketabahan

dalam menghadapi perubahan peribadi wajar


dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau
kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.

Kejatuhan

atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji


kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu
memperbaikinya secara positif.

Sikap

mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada


takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya

Dalam

menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan


kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang
lebih besar dan menakjubkan.

Semangat

juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu


ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

3. RENDAH HATI
Rasa

rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk


dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk.
Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam
begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu
yang menghormati orang yang merendah diri.

Merendah

diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk


atau mengalah dengan orang lain.

Segala

kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu


ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak
digemari masyarakat Malaysia.

Masyarakat

Malaysia amat menghormati serta menyukai


sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman
dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.

Sikap

merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa,


keadaan dan tempat di mana kita berada.

Apabila

berada di luar negara serta berurusan dengan


masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan
untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan
kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan
dengan cara kekasaran dan penindasan.

4. PENERIMAAN
Konsep

penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang


berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun
pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan
yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara
dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa.
Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain
atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi
berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya
diterima dengan ketidakjujuran.

Malaysia

memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua


perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.

Penerimaan

semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik


amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa.
Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu,
Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta
mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.

Semua

program dan peruntukan kewangan daripada


kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan
saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan
masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.

Semua

peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi,


bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil
mencerminkan keperluan 1 Malaysia.

Pembangunan

diri tanpa mengambil mengira jantina dan


latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh
keupayaan peribadi dan bakat seseorang.

5. KESETIAAN
Prinsip

kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan.


Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua
Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat

negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu


mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara
mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.
Kesetiaan

kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu


organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan,
kejayaan, kecemerlangan dan.

Pengikut

perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan


kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak
setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.

Kesetiaan

akan membina kepercayaan serta menjalin satu


ikatan peribadi antara dua pihak.

Perhubungan

dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan


perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap
perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau
pemimpin.

Kritikan

dan pandangan yang membina perlu diterima


dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada
kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau
kekurangan adalah lambang setia kawan.

Kritikan

dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan


dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala
kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan
bersama.

Pemimpin

atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari


sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.

Kesetiaan

perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan


tugas dengan cemerlang.

Nilai

atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan


kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang
dilaksanakan dalam setiap perhubungan.

Kesetiaan

atau perhubungan yang membuta tuli tanpa


sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan
yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari
agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering
mengambil kesempatan.

6. MERITOKRASI
Meritokrasi

merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan


dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang
layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk
memacu pembangunan negara.

Dalam

keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang


bernasib baik
atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di
kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru
adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu
golongan tersebut.

Meritokrasi

menekankan persaingan secara terbuka


berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa
yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak
dipilih.

Dalam

melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan


berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan
memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.

Dalam

aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat


untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka
dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteriakriteria yang ditetapkan.

Dalam

pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat,


perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui
persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak
yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan
masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik

merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang


dijanjikan.
Prinsip

meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia


dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.

7. PENDIDIKAN
Pendidikan

dan pengetahuan adalah prasyarat penting


untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan
dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat
yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi
kekuatan ketenteraan.

Negara

perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan


pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.

Budaya

membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia


yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.

Sekolah

aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk


memasukkan sekolah vernakular.

Semua

aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina


dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang
berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.

Kurikulum

yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran


hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu
dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.

8. INTEGRITI
Adalah

penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat


kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan
keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini
perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin
sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

Bersikap

jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.

Bercakap

benar walaupun perkara yang disampaikan itu


pahit dan sukar diterima.

Berusaha

memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau


tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi
mendapatkan hasil yang sempurna.

Menepati

janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut


dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis
kepercayaan dan kesetiaan.

Menerima

kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka


walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah
pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar
dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan
yang dilakukan

Kelayakan

dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa


sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah.

Mengetepikan

kepentingan peribadi dalam segala tindakan


dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan
mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin
mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu
dijauhi.

STRATEGI LAUT BIRU

STRATEGI LAUT BIRU


Kakitangan awam perlu terap elemen 'Strategi Laut Biru': Najib 2011/04/04
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mahukan setiap anggota pentadbiran awam
menerapkan empat elemen penting yang terkandung dalam "Strategi Lautan Biru"
dalam pengurusan tugas mereka.

Perdana Menteri berkata, empat elemen tersebut ialah "mengurang", "menghapus",


"mewujud" dan "menambah peluang". Beliau berkata, dengan menerapkan elemen
tersebut, pencapaian dan keberhasilan sektor pentadbiran awam akan terus meningkat.
"Jadi dengan cara pendekatan seperti ini, saya percaya kita akan dapat melihat
pendekatan kerajaan ini bukanlah melalui aspek agenda utama sahaja.
"Tetapi kita gunakan apa sahaja pendekatan kelengkapan pengurusan...pemikiran yang
lebih kreatif supaya pencapaian dan keberhasilan kita dapat ditingkatkan," katanya
ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari
ini.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Ketua
Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Najib berkata, pemikiran "Strategi Lautan Biru" itu membabitkan pemikiran dengan
mengaplikasikan cara kreatif dan inovatif dalam setiap penyelesaian. Selain itu, beliau
berkata setiap penjawat awam juga tidak boleh berfikir secara konvensional iaitu
menuntut peruntukan dan kakitangan lebih, sekiranya melakukan sesuatu tugas
tambahan.
"Kita telah kenal pasti apakah kekangan struktur pelaksanaan kerajaan yang boleh
menjadi hambatan untuk kita memacu maju ke hadapan dengan lebih pantas.
"Justeru itu, kita telah membuat kesimpulan bahawa lapan laporan strategi inisiatif perlu
dilaksanakan. Semuanya ini kita telah laksanakan di pelbagai peringkat dan berbeza
dengan pendekatan dulu," katanya.
Perdana Menteri turut memberi contoh bahawa dalam memastikan sistem
penyampaian kerajaan dapat dilaksanakan dengan cepat seperti dalam urusan
mengeluarkan pasport antarabangsa, maka elemen "mengurang" perlu diaplikasikan
dalam proses berkenaan.
Beliau berkata, langkah pihak berkuasa menahan pegawai dan anggota Jabatan
Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini pula, adalah usaha kerajaan "menghapus"
ketirisan, salah guna kuasa dan rasuah dalam pentabiran awam.
Katanya, kerajaan juga akan berusaha untuk "mewujud" dan pada masa sama,
"menambah peluang" kepada setiap rakyat, termasuk dalam sektor awam dan swasta
di negara ini.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata tonggak utama dalam pentadbiran awam ialah
berpegang kepada prinsip bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan untuk setiap
lapisan rakyat Malaysia.
Sehubungan itu, Najib yang genap dua tahun sebagai Perdana Menteri semalam,
berkata penjawat awam perlu bersikap adil terhadap semua rakyat negara ini.

"Saya ingin mengingatkan bahawa salah satu daripada tonggak utama ialah supaya kita
berdiri atas prinsip bahawa kerajaan kita adalah kerajaan untuk semua rakyat Malaysia
dan kita mesti berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia," katanya.
Najib berkata, sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, kepentingan rakyat perlu
menjadi keutamaan dalam apa jua tindakan, selaras dengan Gagasan 1Malaysia
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Beliau berkata, apabila timbul sesuatu isu atau perkara itu, kerajaan akan melihat
daripada sudut kepentingan rakyat.
Sebagai contoh, katanya, apabila pelajar Malaysia terkandas di Mesir, kerajaan
berusaha untuk membawa pulang mereka ke tanah air.
Selain itu, beliau berkata kerajaan juga telah mengambil tindakan untuk menyelesaikan
masalah berhubung isu novel Interlok.
"Inilah kerajaan kita hari ini, jangan kita melihat daripada aspek kita sahaja, kita mesti
melihat daripada aspek rakyat...rakyat mesti didahulukan," katanya.
Perdana Menteri turut berharap agar penjawat awam terus meningkatkan prestasi bagi
mencapai objektif dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang semakin
mencabar pada masa depan.

GTP Berjaya Hasil Keputusan Paling Pantas Menerusi Enam NKRA

GTP Berjaya Hasil Keputusan Paling Pantas Menerusi Enam


NKRA
KUALA LUMPUR,

28 Mac (Bernama) Program Tranformasi Kerajaan (GTP), yang


dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009, terbukti
menghasilkan kejayaan yang pantas dan besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini,
sekali gus memberikan impak yang positif terhadap jutaan rakyat.
Laporan Tahunan GTP 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM)
menyatakan tanggapan awal dalam keenam-enam Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) membuktikan kerajaan telah mencatat kejayaan yang belum pernah dicapai
sebelum ini.
Ia suatu hasil yang tidak memerlukan penjelasan melalui kata-kata kerana ia dengan
sendirinya menjadi bukti yang jelas lagi nyata. Jika anda mengingini hasil yang berbeza
atau yang lebih baik, anda mesti melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza.
Jika kita mahu melihat perubahan yang meningkat dengan pesatnya dan bukan
sekadar peningkatan biasa maka pelan tindakan yang berani diperlukan, demikian
menurut laporan itu.
Keenam-enam NKRA yang telah mencatat kejayaan ialah seperti berikut:

NKRA MENGURANGKAN JENAYAH


* Jenayah seluruh negara merosot buat kali pertama dalam tempoh empat tahun iaitu
menyaksikan jenayah jalanan dan jenayah indeks, masing-masing merosot sebanyak
35 peratus dan 15 peratus, penurunan tertinggi sejak merdeka.
* Sejumlah 2,001 kes jenayah kekerasan tambahan yang tertunggak berjaya
diselesaikan pada tahun lepas.
* Kesemua 753 balai polis di seluruh negara telah diberikan ranking buat pertama
kalinya berdasarkan prestasi dan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat
awam.
* 14,222 pegawai dan 7,402 kakitangan pejabat sokongan diatur semula kedudukan di
jalanan untuk menjalankan tugas rondaan, sementara kakitangan Pasukan Gerak Am
(PGA) ditugasi semula dengan sokongan angkatan tentera untuk membanteras
jenayah.
NKRA MEMBANTERAS RASUAH
* Pengenalan Penggubalan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 Malaysia
menggalakkan pemberi maklumat untuk tampil ke hadapan bagi mengemukakan
laporan tindakan salah laku dengan memberikan perlindungan terhadap identiti mereka
selain juga kekebalan daripada liabiliti jenayah atau sivil dan perlindungan terhadap
sebarang bentuk tindakan memudaratkan yang diambil terhadap mereka.
* Pangkalan data dalam talian MACC Namakan-dan-Malukan diwujudkan dan
mengandungi nama, gambar, nombor kad pengenalan, serta butir-butir kes pesalahpesalah yang telah disabitkan dengan salah laku rasuah di mana 284 pesalah telah
disenaraikan mengatasi sasaran 84 pesalah pada akhir tahun lepas.
* Laman Sesawang MyProcurement pertama dilancarkan mencerminkan komitmen
kerajaan dengan berjaya menyenaraikan lebih 3,500 kontrak Kerajaan dan tender yang
diiklankan atau diberikan, tarikh dan nilai kontrak selain juga pemenang tender.
* Peningkatan hampir sekali ganda pada peratusan orang ramai yang berpendapat
bahawa usaha Kerajaan memerangi rasuah adalah berkesan daripada hanya 28
peratus pada tahun 2009 kepada 48 peratus pada tahun lepas.
NKRA MEMPERTINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR
* Sistem ranking komprehensif pertama diperkenalkan bagi menjejaki prestasi setiap
sekolah menengah dan rendah untuk memastikan pembangunan sekolah yang
berkualiti dalam sistem tersebut.
* Lebih 700,000 kanak-kanak dalam kumpulan umur 4+ dan 5+ tahun mampu
memasuki prasekolah dalam tempoh setahun iaitu peningkatan seramai 54,569 kanakkanak prasekolah sejak tahun 2009.

* Sebanyak 14 sekolah menengah dan enam sekolah rendah mewujudkan senarai


Sekolah Berprestasi Tinggi Malaysia yang julung-julung kalinya.
NKRA MEMPERTINGKATKAN TARAF KEHIDUPAN ISI RUMAH BERPENDAPATAN
RENDAH
* Pengurangan 44,643 keluarga miskin tegar seluruh negara kepada peratus sifar,
dengan bakinya hanya berjumlah 108 (0.2 peratus) pada 31 Disember tahun lepas.
* 2,000 usahawan wanita berjaya dilatih dan pendapatan mereka bertambah daripada
purata RM750 sebulan kepada RM3,500 setiap bulan atau lebih (untuk tempoh tiga
bulan berturut-turut).
* Buat kali pertama dalam sejarah, 35,095 unit rumah kos rendah telah ditawarkan
untuk dijual kepada keluarga yang benar-benar layak dengan harga subsidi, iaitu 75
peratus lebih rendah daripada harga pasaran.
NKRA MEMPERTINGKATKAN INFRASTRUKTUR ASAS LUAR BANDAR
* Sehingga akhir tahun 2010, hasil pantas yang berikut berjaya dicapai:
- Lebih 35,000 isu rumah tambahan menerima bekalan air bersih.
- Lebih 27,000 isi rumah tambahan menerima bekalan elektrik 24 jam.
- Lebih 16,000 rumah dibina atau dibaik pulih untuk penduduk miskin luar bandar,
- Lebih 750 km jalan-jalan kampung dibina di seluruh negara dengan yang demikian,
berjaya mengubah kehidupan dan memberi makna kepada lebih dua juta rakyat
Malaysia.
NKRA MEMPERTINGKATKAN PENGANGKUTAN AWAM
* Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) dibuka pada Januari tahun ini dengan
kesalinghubungan dengan Express Rail Link (ERL) Transit, Keretapi Tanah Melayu
(KTM) Komuter, rangkaian Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Bandar Tasik Selatan
dapat mengurangkan kesesakan dengan melencongkan lebih 500-600 bas ekspres dari
pusat bandar Kuala Lumpur setiap hari.
* Pembaikpulihan hentian bas di Lembah Klang berskala besar yang pertama
dilaksanakan bagi memberikan lebih perlindungan dan keselesaan kepada penumpang,
dengan menyediakan 634 hentian bas di Ampang Jaya, Shah Alam, Subang Jaya,
Selayang, Sepang, Kajang, dan Petaling Jaya.
* Peningkatan lebih 2.43 juta penumpang menggunakan set kereta api empat gerabak
baru untuk laluan Kelana Jaya (PUTRA Line) yang menawarkan perjalanan yang lebih
selesa, andal, dan mudah membantu menghindarkan masalah kesesakan.
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA KEMENTERIAN (MKRA)

* Pewujudan akauntabiliti kementerian melalui sasaran berorientasikan keputusan, iaitu


MKRA dan Petunjuk Awalan Prestasi Utama Menteri (MKPI) yang dihasratkan untuk
dicapai dan yang perlu dipertanggungjawabkan.
* Menteri-menteri juga diberikan kad skor yang dinilai semula oleh Perdana Menteri dua
kali setahun.

Bahan Rujukan Temuduga SPP -Sekolah Kluster


Bahan Rujukan Temuduga SPP -Sekolah Kluster
SEKOLAH KLUSTER:
Program Pelaksanaan Sekolah Kluster Sehingga Jun 2007 Senarai 30
Buah Sekolah Kluster Yang Telah Menerima Sijil Pengikhtirafan Pada 30
Mac 2007

LATARBELAKANG
- Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari
2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua
PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster
kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6,
Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur
menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar
negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang
dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun
kecemerlangan.
DEFINISI
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal
pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan

kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan


kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun
sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan
sekolah lain di luar klusternya.
TUJUAN
Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam
sistem pendidikan Malaysia.

PELAKSANAAN
Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep
sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah;
Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia
Panel Penasihat - dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr.
Abdul Rahman Arshad
Jawatankuasa Pelaksana dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)
Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi
yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi
terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah
dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah
terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster
Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007.
Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan
kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat
berjalan dengan jayanya.

KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:


Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan
Sekolah Orang Asli.
Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus
Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah
Model Khas.
Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan
Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
(SMPKV).
Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan
Guru (IPG) (PIPP, 2006, ms. 119 dan 121)
Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:
Prasyarat Pertama
Pengukuran Standard Sekolah:
Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang
berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
Prasyarat Kedua
Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun
berturut-turut:
SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):

Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran
dalam UPSR, atau
Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
GPS UPSR : 2 dan ke bawah
c. Syarat Pemilihan
Kecemerlangan murid dalam aspek:
Akademik
Kokurikulum
Sahsiah
Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
Keberkesanan pelaksanaan program KPM
Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh
mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:
Langkah 1: Penerimaan pencalonan
Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex.
Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah
Kluster
Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER


Pemimpin sekolah kluster ialah:
Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)

Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang


Jawatan: school-based post
Guru-guru sekolah kluster pula:
Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di
Sekolah Kluster.
Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam
bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
Nisbah kelas: guru ialah 1:2
Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:
Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil
murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
Ujian saringan sekolah
Akauntabiliti Pemimpin Sekolah:
Berpandukan:
Key Performance Indicator (KPI)
pengurusan sumber manusia dan fizikal
sumber kewangan
pembangunan profesionalisme staf
program kurikulum dan kokurikulum berkesan
lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.
TOR Sekolah Kluster
Autonomi Sekolah:Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:
Umum (untuk semua sekolah)
Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah,
pengajiannya dan niche areas).
Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang
memerlukan kepada:
Pematuhan piawai yang berikut:
Akta Pendidikan 1996

Sistem Pendidikan Kebangsaan


Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis
Panduan dan Surat-surat Siaran
SKPM
Senarai Bidang Autonomi:
Pengurusan Sekolah
Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum
Jaminan kualiti: Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan
standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan
mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.
Peranan Agensi Lain
Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG,
Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:
Biasiswa
Kewangan/Dana
Program Kecemerlangan Akademik
Program Kecemerlangan Kokurikulum
Program Kerjaya

IMPAK SEKOLAH KLUSTER


Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara
dari segi:Program Kecemerlangan Kokurikulum
Program Kerjaya
Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8%
daripada 5.2 juta pelajar
Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara

Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan


sekolah kluster
Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663
sekolah)
Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang
(6.9% daripada 350,000 guru)
Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia

Bahan Rujukan Temuduga SPP -Rukun Negara


Bahan Rujukan Temuduga SPP -Rukun Negara
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos
1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei
1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Teks
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
Memelihara cara hidup demokratik
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
secara adil dan saksama
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden:
Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara


Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai
satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaankepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian
di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang
warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa
penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada
Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian
seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya
keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing,
prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan
dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras
dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan,
sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negerinegeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri
adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia,
jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat
negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah
negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang diPertuan Agong.
Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan

Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi


perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka
sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati,
menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah
pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan
kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia
merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu
gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia
menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah
sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan,
perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama
tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.
Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup
bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara
dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara
memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang
aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan
anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang
kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak
semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang
serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak
dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak
menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang
tidak menurut Perlembagaan.
Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang
rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan
bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan
sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna
dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat
pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi
membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi

yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini
membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung
perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi
suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan
kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa
terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai

Bahan Rujukan temuduga SPP (PIPP)


Bahan RUjukan temuduga SPP (PIPP)
Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan
manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Pendidikan
sebagai alat perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan
merupakan cabaran paling utama dalam usaha negara mencapai matlamat
Wawasan 2020.
Bagaimanakah anda sebagai seorang pendidik mentafsir hasrat tersebut dalam
mewujudkan perpaduan antara kaum dan memperkasakan sekolah?
Pengenalan
Pendidikan yang terdapat di Malaysia mempunyai hubungkait serta pertalian yang erat
bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Di samping itu juga, pendidikan memainkan
peranan yang penting bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan manusia tetapi juga
untuk meningkatkan perpaduan antara kaum.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk
menyumbang ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah
negara maju yang mengikut acuan sendiri. Selain itu juga, pendidikan dijadikan sebagai
alat perpaduan antara kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956.
Sesungguhnya pendidikan yang ada pada hari ini telah memainkan peranan penting di
dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik
hari ini telah membuktikan bahawa mereka berjaya mengimbangkan kewujudan
integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.
Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, pendidikan bermaksud
sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Perpaduan atau solidarity dapat
didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan
negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Di samping itu juga, definisi

perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai penggabungan,


peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu,
sepakat dan sebagainya. Manakala maksud bagi perkataan memperkasakan adalah
memantapkan atau mengukuhkan sesuatu.
Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti
saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Secara
faktanya, sejarah tidak menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa
golongan pendidikan menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.

Penyataan di atas jika diteliti mampu membawa makna munasabah terhadap persoalan
yang kita hadapi, yang kita tafsir dan yang membuat kita bertanya apa signifikannnya
pernyataan tersebut. Sudah tentulah kita dapat menyimpulkan bahawa masyarakat dan
negara dapat diikat dengan adanya permuafakatan, persefahaman dan juga kerjasama.

Pendidikan di Malaysia
Pendidikan adalah penting di dalam pembangunan sesebuah negara. Pendidikan
mempunyai nilai ekonomi, nilai politik dan menjamin kemajuan sosial sesebuah negara.
1. Pendidikan sebelum merdeka
Semasa penjajahan British, sistem persekolahan yang diamalkan adalah dasar 'pecah'
dan 'perintah'. Kerajaan British mengamalkan dasar ' laissez-faire' dengan membiarkan
tiap-tiap sistem persekolahan itu berkembang mengikut haluan masing-masing.
Kesannya, telah wujud empat sistem persekolahan yang berbeza di negara kita pada
masa itu. Hal ini menyebabkan jurang ekonomi dan sosial yang semakin ketara dalam
kalangan rakyat yang berbilang kaum. Kaum Melayu dengan sekolah pondok yang
bersifat tradisional memperlihatkan mutu pendidikan yang amat terbatas dan sekolahsekolah Melayu ini didirikan atas daya usaha orang perseorangan. Manakala kaum
Cina dengan sekolah Cina yang diusahakan oleh sukarelawan Cina, sedangkan
sekolah Tamil pula diuruskan oleh kaum India, menakala Sekolah Inggeris pula diambil
alih oleh mubaligh-mubaligh Kristian.
2. Perwujudan sistem pendidikan kebangsaan
Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat
melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan
sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan
untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Cadangan itu dikenali sebagai
Penyata Razak 1956.
Bagaimana Penyata Razak dapat mewujudkan penyatuan kaum
Laporan Penyata Razak 1956 mengemukakan dua cadangan utama yang menjadi
teras pembangunan pendidikan negara kita. Pertama, laporan ini mencadangkan setiap

kanak-kanak diberi peluang mendapat pelajaran apabila mencapai umur persekolahan.


Kedua, mengesyorkan perwujudan satu sistem pendidikan bagi semua kanak-kanak
agar dapat melahirkan rakyat yang bersatu padu dan berdisiplin.
Bagi mencapai matlamat ini, Penyata Razak mengutamakan sistem pelajaran
kebangsaan yang pertama di Tanah Melayu. Penyata Razak ini kemudian dijadikan
Ordinan Pelajaran 1957 yang mengasaskan satu sistem bercirikan nasional dan
menjamin tempat di sekolah-sekolah rendah bagi setiap kanak-kanak di negara ini.
Laporan Penyata Razak mengemukakan cadangan iaitu:
Penyata Razak ini telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran tahun
1957. Ordinan ini juga mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan
pelajaran yang sama. Laporan ini turut mengakui tujuan kerajaan untuk menjadikan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar secara langsung berkait rapat dengan
usaha pembinaan negara. Bahasa Melayu digunakan dalam konteks untuk membantu
perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan untuk komunikasi pelbagai
kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek. Selain itu, Bahasa Melayu juga dapat
membantu pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa
komunikasi yang mudah difahami.
Bagaimana dasar dan rangka kerja dapat mewujudkan perpaduan dan pembangunan
negara.
Sejarah pendidikan di negara ini, terutamanaya selepas merdeka telah dirangka bagi
pembinaan semula bangsa Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai wawasan
hidup bersama berprinsipkan kepada keadilan sosial. Penekanan kepada konsep
'Malayanization' ialah membina satu bangsa Malaysia yang mempunyai dan taat setia
dan cintakan negara serta dapat menyumbang ke arah masa depan pembangunan
bangsa.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, berlakunya rusuhan kaum yang mengancam
keselamatan negara. Kerajaan menyedari bahawa pendidikan menjadi alat perpaduan
untuk membina rakyat yang bersatu padu dan merapatkan jurang kemiskinan.
Pembangunan pendidikan mestilah selaras dengan ideologi dan hasrat negara untuk
mencapai perpaduan kaum supaya menjadi satu kesatuan nilai untuk menyatupadukan
rakyat dan mewujudkan integrasi nasional. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah
menggariskan 14 belas sasaran Kerja Utama bagi mencapai matlamat wawasan
pendidikan. Sasara kerja yang berkait rapat dengan dengan aspek perpaduan dan
pendidikan ialah Perpaduan Negara dan Kurikulum. Dasar Pendidikan Kebangsaan
memberi penekanan terhadap:
(i) Penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3 M);
(ii) Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1982;
(iii) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkan pada tahun

1989
Kurikulum baru ini juga menekankan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek (JERI). Bertitik tolak dari sinilah hasrat untuk
melahirkan pelajar seperti yang disarankan di atas diterjemahkan dalam Falsafah
Pendidikan Negara (FPN):
" PENDIDIKAN di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".
Rakyat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai murni seperti percaya kepada Tuhan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara dapat direalisasikan ke arah:
(i) Perpaduan kaum dan polarisasi kaum;
(ii) Meneguhkan pembentukan sikap kenegaraan;
(iii) Penerapan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;
(iv) Penerapan nilai-nilai Islam dan
(v) Pembentukan insan yang harmonis dan seimbang
Kesemua penyataan di atas menjadi asas kepada pembentukan Rukun Negara yang
mengamalkan prinsip-prinsip mulia untuk menjadi warganegara yang bersatu padu,
demokratik, adil, toleransi, progresif dan hidup dalam suasana aman dan makmur.
Penerapan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam rancangan kurikulum adalah atas
kesedaran bahawa:
(i) Sekolah merupakan agen yang menjalankan tugas penyebaran ilmu pengetahuan
dan pembentukan akhlak yang murni bagi kanak-kanak kita;
(ii) Melalui sistem pendidikan, kanak-kanak akan dilatih atau diasuh mengikut nilai-nilai
dan norma-norma masyarakat yang kita cita-citakan. Justeru, adalah penting bagi
kanak-kanak diserapkan nilai-nilai murni dalam proses pendidikan dan
mengamalkannya dalam kehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan di antara
kaum.
Nilai-nilai murni yang terkandung di dalam Nilai Teras Pendidikan seperti hormatmenghormati, bekerjasama dan semangat bermasyarakat adalah penting untuk
diterapkan dalam jiwa dan sahsiah para pelajar. Nilai murni telah dilaksankan dalam
kurikulum KBSR yang menekankan konsep perpaduan kaum.

Penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan adalah berdasarkan matlamat Pendidikan


Kebangsaan iaitu pembentukan masyarakat yang bersatu padu. Nilai-nilai murni yang
diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti menanamkan
semangat cintakan nilai-nilai suci dan membentuk sikap positif yang berguna kepada
diri agama dan bangsa. Nilai moral ini sebenarnya di ambil dan dipetik daripada
pelbagai seperti ajaran agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Confucious.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun melancarkan
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pada 16 Januari 2007. PIPP
ini bertujuan melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan mengangkat imej sistem
pendidikan negara di mata dunia.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menggariskan Enam teras strategik bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke arah membentuk Misi
Nasional menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Enam teras itu adalah:
1.Membina Negara Bangsa
2.Membangunkan Modal Insan
3.Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
4.Merapatkan Jurang Pendidikan
5.Memartabatkan Profesion Keguruan
6.Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi tujuan
perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun
2020.
Membina Negara Bangsa
Matlamat PIPP dalam Membina Negara Bangsa ialah melahirkan pelajar yang memiliki
jati diri, patriotik, bermoral, berpegang teguh kepada ajaran agama, penyayang,
demokratik, liberal, berbudaya saintifik dan hidup bersatu padu. Antara strategi
perlaksanaannya ialah:
(i) Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional
(ii) Memperkasa Bahasa Kebangsaan
(iii) Memupuk kefahaman jelas tentang pendekatan Islam Hadhari
(iv) Memupuk kecintaan terhadap seni,warisan dan budaya bangsa
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Agenda memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah Teras strategik yang ketiga di
dalam PIPP 2006-2010 bermatlamat iaitu:
(i) Sekolah Kebangsaan sebagai aliran perdana dan menjadi pilihan utama masyarakat
(ii) Sekolah Kebangsaan sebagai wahana yang paling sesuai untuk perpaduan kaum
Kedua-dua matlamat ini perlu didokong bersama kerana kita yakin bahawa Sekolah
Kebangsaan merupakan wadah terbaik untuk memupuk perpaduan, kerjasama dan
semangat cinta akan negara dalam diri anak-anak didik kita.

Misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangun sistem pendidikan yang


berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu

sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat negara ialah mewujudkan satu
sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:
(i) Semua sekolah pelbagai aliran di bina dalam satu kompleks
(ii) Menyepadukan Sekolah Agama Rakyat/ Kerajaan Negeri serta Sekolah 'Missionary'
selaras dengan sistem pendidikan negara
(iii) Memberi penekanan kepada tema dan fokus perpaduan di dalam aktiviti kurikulum
dan kokurikulum
(iv) Sekolah Wawasan
(v) SBP Integrasi
Hasrat murni kerajaan dapat dicapai sepenuhnya melalui:
Penubuhan Sekolah Wawasan
Matlamat menubuhkan Sekolah Wawasan adalah bertujuan memperkukuh hubungan
dan perpaduan pelbagai kaum dalam kalangan pelajar aliran Sekolah Rendah
Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil. Dengan
menempatkan ketiga-tiga sekolah ini akan dapat menjadi landasan terbaik untuk
mewujudkan integrasi kaumpada peringkat premier lagi. Tujuan utama penubuhan
Sekolah Wawasan adalah:
(i) Mewujudkan semangat muhibah dan perpaduan;
(ii) Merapatkan hubungan antara kaum;
(iii) Integrasi nasional;
(iv) Melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni dan
(v) Menjayakan dan merealisasikan Wawasan 2020.
Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK9)
Rancangan Malaysia Ke 9 merupakan Misi Nasional 2006-2020. Rancangan ini meliputi
Perpaduan Nasional, Modal Insan dan Nilai-nilai Murni. Lima teras utama di dalam
Rancangan Malaysia Ke 9 adalah:
1. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi;
2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk "minda
kelas pertama".
3. Menangani ketidaksamaan sosial-ekonomi yang berterusan secara membina dan
produktif.
4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup dan
5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan perlaksanaan.
Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti sistem pendidikan,
sepanjang tempoh RMK9 empat agenda utama yang perlu diberi tumpuan oleh semua
pihak ialah pertama, memperkasakan Sekolah Kebangsaan; agar ia menjadi pilihan
rakyat. Kedua, membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia; agar generasi
yang dilahirkan nanti mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga,
merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar
bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; agar tidak ada sebarang
golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Keempat, mempertabatkan
profesion keguruan.
Selain daripada empat agenda utama tersebut kita perlu sentiasa ingat bahawa tidak
sampai empat belas tahun lagi kita akan melangkah ke tahun 2020. Hasrat kita adalah

untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Malaysia ketika itu
harus menjadi sebuah negara yang bersatu dengan masyarakat Bangsa Malaysia.

Wawasan 2020
Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia,
khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad pada 28 hb Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s 105). Wawasan 2020
meletakkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju dalam
semua aspek dan dimensi, ekonomi, politik, sosial,
kerohanian, psikologi dan budaya. Hal ini bermakna menjelang tahun 2020, Malaysia
adalah sebuah negara merdeka akan menjadi negara benar-benar maju, mampu
berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat Malaysia dapat
menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap sebagai
cabaran.
Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu diasaskan
kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan masyarakat
Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama. Hal ini bertujuan
mewujudkan masyarakat adil, demokratik, penyayang(caring), progresif dan dinamik,
masyarakat sains dan teknologi. Wawasan 2020 ini juga bermatlamat perubahan
futuristik Malaysia untuk membangun dan maju menjelang abad ke-21. Sembilan
Cabaran yang dikenal pasti adalah seperti:

Sebagai memenuhi hasrat ke arah perpaduan kaum, cabaran yang pertama merupakan
matlamat yang dicita-citakan untuk membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu
padu serta menyanjung masa hadapan yang dapat dikongsi bersama. Menurut cabaran
ini, bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi di peringkat wilayah-wilayah dan
kelompok-kelompok etniknya, duduk dalam keadaan harmoni berasaskan persamaan
hak dan keadilan, membentuk sebuah "Bangsa Malaysia" yang mempunyai kesetiaan
politik dan dedikasi kepada negara.
Cabaran-cabaran di atas sebenarnya membangkitkan rasa kepada para pendidik untuk
melahirkan insan yang dapat memenuhi kehendak negara dan seterusnya
memperkasakan sesebuah sekolah. Bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf
negara maju isu pembentukan satu negara bangsa Malaysia mempunyai makna yang
mendalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat
diidentifikasikan antara kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara
bangsa tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa.
Maka sebarang bentuk kerjasama ke arah kemajuan negara tidak akan terhasil. Bagi
mengisi konsep ini, para pendidik perlu menekankan istilah-istilah seperti perpaduan
negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan
diamalkan.

Masalah perpaduan kaum


Walaupun sistem pendidikan selama ini mendokong Dasar Wawasan Negara (DWN)
yang tonggaknya ialah perpaduan negara, namun masih terdapat segelintir pelajar yang
masih menghadapi masalah dalam perpaduan kaum dalam kalangan mereka.
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah
polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar. Masalah polarisasi kaum atau
pemisahan kaum dalam kalangan pelajar jika tidak dibendung akan menimbulkan
implikasi yang kurang sihat terhadap negara kita.
Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan
kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para
pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran
mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing sahaja. Hal ini akan
menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti merenggangkan hubungan
pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan
dan corak hidup di samping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza
dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.
Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan
negara. Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang
berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar-pelajar
semasa berada dibangku sekolah. Hal ini bertepatan dengan peribahasa yang berbunyi
" Melentur buluh biarlah dari rebungnya ".
Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting.
Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan
perpaduan. Oleh yang demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat
dirobohkan. Adakah kita mahu melihat negara kita hancur angkara sikap para pelajar
kita sekarang? Menyedari hakikat ini, langkah-langkah yang berkesan perlu
diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang
berbilang bangsa dan dalam pada masa yang sama untuk memperkasakan sekolah.

Bagaimana mewujudkan perpaduan kaum dan memperkasakan sekolah


Perpaduan, merupakan asas kekuatan sesebuah negara. Semua ini dapat dicapai
melalui dasar kerajaan seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Bahasa
Kebangsaan, Dasar Kebudayaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Hasrat kerajaan
melalui dasar, pelan dan program yang sistematik ini perlu difahami oleh pelajar yang
akan menjadi tonggak negara kelak. Perpaduan kaum akan dapat diwujudkan melalui
beberapa aktiviti di sekolah.

1. Melalui kegiatan-kegiatan kurikulum


Dalam hubungan ini, peranan guru-guru sangat penting. Para guru mesti menunjukkan
contoh yang baik. Guru-guru harus menyedarkan para pelajar betapa pentingnya
perpaduan kaum. Pertentangan antara kaum tidak menguntungkan sesiapa. Para
pelajar harus sedar, " Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh". Hakikat ini perlu disedari
dan dihayati bersama. Di dalam kelas, semua kegiatan kurikulum hendaklah melibatkan
semua pelajar tanpa mengira kaum. Mereka harus digalakkan berinteraksi dan bergaul
antara satu sama lain. Aktiviti-aktiviti seperti perbincangan, diskusi, forum dan kegiatan
akademik yang lain perlu disertai oleh semua pelajar.
Para guru tidak seharusnya mengamalkan diskriminasi dan memperlihatkan sikap
perkauman. Mereka harus membimbing pelajar-pelajar agar bermesra dan berinteraksi
secara positif. Kerjasama dan komitmen para guru dan sekolah merupakan faktor
utama yang dapat membendung masalah perkauman antara pelajar.
2. Melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum
Di samping kegiatan di dalam bilik darjah, kerjasama antara pelajar berlainan bangsa
boleh dipupuk melalui aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah atau aktiviti-aktiviti kokurikulum.
Dalam hubungan ini, para pelajar perlu digalakkan untuk menceburi bidang sukan dan
permainan, aktiviti kelab dan persatuan dan aktiviti unit beruniform.
a. Aktiviti permainan dan sukan
Selain menyihatkan tubuh badan, sukan boleh meneguhkan lagi pembentukan sikap
kenegaraan dan moral, misalnya melalui permainan bola sepak dan bola tampar,
pelajar berpeluang:
(i) Berinteraksi dengan pelbagai kaum.
(ii) Mendisiplinkan diri mematuhi peraturan.
(iii) Bekerjasama dalam pasukan.
(iv) Mengamalkan sikap toleransi terhadap rakan.
b. Aktiviti kelab dan persatuan
(i) Pelajar dapat berinteraksi di antara satu sama lain.
(ii) Berpeluang memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama dan semangat kekitaan.
(iii) Perpaduan dalam usaha menjayakan projek-projek yang dirancang oleh kelab dan
persatuan mereka.
c. Aktiviti Unit Beruniform
(i) Membentuk sikap kenegaraan melalui aktiviti kawat, berkhemah, gotong-royong,
latihan kecemasan dan lain-lain.
(ii) Menyemai sikap kerjasama, memupuk nilai murni dan semangat kemasyarakatan.
(iii) Mengajar mereka berbincang dan bertukar-tukar fikiran.
Kesimpulannya, penglibatan para pelajar dalam kegiatan berpersatuan, kelab dan
pasukan beruniform akan mengajar mereka berbincang dan bertukar-tukar fikiran.
Kegiatan-kegiatan ini akan menggalakkan mereka bergaul mesra dan tahu menghargai
pendapat atau pandangan rakan. Melalui kegiatan kokurikulum dapat menghapuskan
benteng yang memisahkan pelajar-pelajar antara kaum.

3. Melalui program-program yang dianjurkan oleh sekolah


Selain daripada aktiviti kurikulum dan kokurikulum ini, demi memperkukuhkan
keharmonian dan perasaan muhibah antara kaum dalam kalangan pelajar mereka
boleh didorong untuk bergaul melalui kerja-kerja berkumpulan atau berpasukan.
Contohnya, pelajar perlu diberi kesempatan untuk merancang aktiviti-aktiviti penting di
sekolah. Mereka boleh diberi peluang untuk merancang program sambutan Hari Guru,
temasya sukan tahunan dan pesta-pesta kebudayaan lain. Penglibatan pelajar ini
sudah tentu mendorong mereka untuk berinteraksi dan bergaul. Mereka dapat bertukartukar idea dan saling memahami.
Selain itu, para pelajar patut digalakkan untuk mengadakan lawatan sambil belajar,
perkhemahan dan perkelahan. Aktiviti-aktiviti seperti ini sudah tentu menggalakkan
mereka untuk bergaul mesra. Sehubungan dengan itu, para pelajar juga boleh
digalakkan mengadakan jamuan di dalam kelas. Pada musim-musim perayaan seperti
Hari Raya Puasa, pelajar-pelajar Islam patut mengadakan jamuan Aidilfitri di dalam
kelas, begitu juga dengan perayaan-perayaan lain seperti Tahun Baru Cina, Deepavali
dan juga Krismas. Merayakan perayaan kaum-kaum lain, memberikan impak yang
kukuh dalam hubungan persahabatan antara kaum. Sesungguhnya aktiviti-aktiviti
seperti ini, dapat menjalinkan hubungan mesra antara pelajar berlainan kaum tanpa
perasaan curiga dan prasangka.
4. Melalui kegiatan gotong-royong dan kerja amal
Para pelajar perlu disemai untuk sentiasa bersifat tolong-menolong dan toleransi.
Contohnya kegiatan gotong-royong yang dianjurkan diperingkat sekolah dapat
mewujudkan semangat yang sayangkan sekolah, cintakan kebersihan dan memupuk
semangat muhibah antara pelajar. Melalui kerja-kerja amal pula seperti mengadakan
pungutan derma bagi mereka yang memerlukan bantuan dan melancarkan tabung
kebajikan sekolah adalah satu usaha murni. Hal ini sangat sesuai untuk menambahkan
pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada pelajar dalam perkara-perkara
kemasyarakatan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah.
5. Memupuk kesedaran sivik
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah diperkenalkan dalam KBSM. Melalui
pendidikan Sivik, pelajar dididik supaya menghormati hak orang lain, membentuk
peribadi mulia dan menjadi model kepada rakan-rakan, mempamerkan sifat-sifat mulia
di sekolah dan di luar sekolah. Mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan yang diajar
di sekolah akan mewujudkan semangat kekitaan dan sikap bertanggungjawab pelajar
terhadap diri, sekolah, masyarakat dan negara. Contohnya mereka tidak akan
membuang sampah merata-rata te,pat di sekolah demi menjaga keselesaan orang lain
dan alam sekitar. Hal ini akan mendorong wujudnya hubungan baik sesame insane dan
secara tidak langsung hubungan dapat dipererat.
6. Melalui Pendidikan Sejarah

Mata pelajaran Sejarah telah dijadikan mata pelajaran teras di sekolah menengah.
Bertepatan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan para guru, perlu menanamkan bibitbibit kesedaran dan semangat patriotisme bagi tujuan penyatuan perpaduan dan
pembangunan kewarganegaraan. Pelajar perlu peka bahawa asas-asas pembinaan
negara bangsa ini merujuk kepada pendidikan Sejarah. Sejarah awal ketamadunan
bangsa, sejarah perjuangan bangsa dan sejarah pembinaan semula masa depan nasib
bangsa perlu dimantapkan dalam kurikulum sekolah. Pendidikan Sejarah berperanan
sebagai alat sosialisasi bagi pembinaan bangsa Malaysia. Mengajar mata pelajaran
sekolah mempunyai kaitan erat dengan proses perpaduan kaum dan membina
masyarakat yang bersatu padu di negara ini. Jelaslah, mata pelajaran Sejarah amat
penting untuk mendidik pelajar mengenal erti nilai patriotisme, nasionalisme da identity
bangsa. Pendidikan Sejarah mempunyai peranan besar untuk generasi muda supaya
celik sejarah seperti menghargai semangat juang generasi terdahulu mempertahankan
hak dan rasa cinta akan tanah air demi kemakmuran bangsa dan negara. Contohnya
pelajar digalakkan menyambut Hari Kemerdekaan melalui kempen mengibarkan jalur
gemilang. Hal ini, dapat melibatkan penyertaan semua pelajar untuk menyertai
perarakan sekaligus memupuk nilai perpaduan.
7. Melalui program Bahasa
Selaras dengan tujuan kerajaan memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai alat
perpaduan antara kaum pelbagai program Kebahasaan dan Kesusasteraan boleh
dilaksanakan di sekolah. Contohnya dengan mmenganjurkan Minggu Bahasa, pelajar
digalakkan menyertai pertandingan deklamasi sajak, berbalas pantun, syarahan dan
pidato serta pertandingan menulis cerpen. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat berinteraksi
sesama mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Kesimpulan
Sebagai orang yang paling hadapan dalam dunia pendidikan, para pendidik merupakan
'role model' dan 'uswatun hasanah' bukan sahaja kepada anak-anak didik tetapi juga
kepada keseluruhan anggota masyarakat. Peranan guru amat berat dan mencabar
dalam mencanai dan membentuk anak bangsa agar aspirasi negara menjadi
kenyataan.
Dalam hal ini, semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasional dan negara
pada kedudukan paling utama daripada kepentingan masing-masing. Hal ini dapat
dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada usaha-usaha murni
dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan
mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia tanpa melupakan

matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju
mengikut acuan sendiri.
Sesungguhnya, kejayaan kita melaksanakan dasar-dasar dan program-program negara
yang terbaik mengikut acuan kita sendiri adalah kejayaan kepada bangsa dan akan
menjadi kebanggaan masyarakat seluruhnya.
Aspek-aspek pendidikan yang berasaskan kesepaduan amat penting dan berkesan
untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara ke arah memperkembangkan
potensi individu yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan negara
menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras dengan usaha
untuk melahirkan generasi yang bersatu padu, dapat menyesuaikan diri dalam
masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta menyumbang kepada
keharmonian dan kemakmuran negara. Keadaan ini dapat meletakkan Malaysia
setanding dengan negara-negara maju yang mampu mengangkat sisitem pendidikan
negara ke tahap tertinggi dan bertaraf dunia.
Secara tuntasnya, komitmen daripada semua pihak dalam dunia pendidikan khususnya
para guru amatlah diperlukan dalam mewujudkan perpaduan kaum dan
memperkasakan sekolah sekaligus memenuhi wawasan negara.

NKRA PENDIDIKAN

NKRA
The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its delivery system
The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is
continuously working to better serve the needs of Malaysians
Our real work will begin as we make the transformation of government services happen

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN


Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4
sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

1. Sub-NKRA Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi


NKRA Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan
rendah pada akhir tahun 2012
*Kanak-kanak berkeperluan khas didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah
pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan
kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan

khas.

3. Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi


3.1 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti,
membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek
kurikulum dan anggota perkhidmatan)

3.2 Menghasilkan pelajar yang cemerlang


Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti
unggul dalam semua bidang

3.3 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem


Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi
melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

4. Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah


Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:

ALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti
pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK,
maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke
kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas
prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem
pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga
kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan
dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua
tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak
mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang
warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan
utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu
yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling
penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang
manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama.
Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri
manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah
diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus
menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang
sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat
dan warganegara yang baik dan terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu,
nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan
masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang

berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan


kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu
mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat
manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan
masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi
nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat
dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan
perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada.
Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan
ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada
manusia.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau
perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan
dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan
kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula
dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan
hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi
adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan
seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan
masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab,
berakhlak mulia, dan berbakti.
Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM,
2007

1. Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran Mengurus serta Memimpin Proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P & P)
1.1 Perancangan dan Persediaan
1.1.1 Rancangan Pelajaran Tahunan
1.1.2 Rancangan Pelajaran Harian
1.1.3 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
1.2 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
1.2.1 Set Induksi
1.2.2 Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran
1.2.3 Penilaian
1.2.4 Penutup

1.2.4 Refleksi/Impak
1.3 Pengurusan Kelas
1.3.1 Organisasi kelas
1.3.2 Iklim bilik darjah
1.3.3 Sudut/ruang pembelajaran
1.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
1.4.1 Pembelajaran secara Kontekstual
1.4.2 Pembelajaran Masteri
1.4.3 Kemahiran Berfikir
1.4.4 Kecerdasan Pelbagai
1.4.5 Akses Kendiri
1.4.6 Pembelajaran Koperatif
1.5 Teknik Pengajaran dan Pembelajaran
1.5.1 Simulasi
1.5.2 Tunjuk Cara
1.5.3 Perbincangan
1.5.4 Kerja Kumpulan
1.5.5 Modul
1.5.6 Penyelesaian Masalah
1.5.7 Lawatan
1.5.8 Inkuiri dan Penemuan
1.5.9 Ekspositori / Penerangan
1.6 Kemahiran Pengajaran
1.6.1 Menyoal
1.6.2 Menerang
1.6.3 Memberi Pengukuhan
1.6.4 Pengguna Papan Tulis
1.6.5 Mengguna Variasi Rangsangan
1.7 Penggunaan Sumber dalam Pengajaran dan Pembelajaran
1.7.1 Sumber Elektronik
1.7.2 Sumber Bercetak
1.7.3 Bahan Maujud
1.8 Penekanan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah/Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSR/KBSM)
1.8.1 KBSR
(i) Penggabungjalinan
(ii) Penyerapan
(iii) Pemulihan
(iv) Pengayaan
(v) Penerapan Nilai Murni

1.8.2 KBSM
(i) Pemerolehan Ilmu Pengetahuan
(ii) Peningkatan Daya Intelek
(iii) Pemupukan dan Penerapan Nilai
(iv) Penggunaan dan Penguasaan Bahasa Melayu
(v) Kesepaduan Antara Mata Pelajaran
(vi) Penguasaan Kemahiran Belajar
1.9 Teori Pembelajaran
1.9.1 Behaviourisme
1.9.2 Konstruktivisme
1.9.3 Kognitif
2. Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran Mengurus serta Memimpin Penilaian Kendalian
Sekolah (PKS)
2.1 Tujuan Penilaian
2.1.1 Pelaporan pencapaian
2.1.2 Diagnostik
2.1.3 Penempatan
2.1.4 Pemilihan
2.2 Bentuk Penilaian
2.2.1 Objektif
2.2.2 Subjektif
2.3 Jenis Penilaian
2.3.1 Formatif
2.3.2 Sumatif
2.4 Kaedah Penilaian
2.4.1 Pemerhatian
2.4.2 Lisan
2.4.3 Bertulis
2.5 Langkah-langkah Melaksanakan Ujian
2.5.1 Objektif Ujian
2.5.2 Jadual Spesifikasi Ujian/Jadual Penentuan Ujian
2.5.3 Pembinaan item
2.5.4 Pentadbiran Ujian
2.6 Analisis Keputusan
2.7 Pelaporan
2.8 Tindakan Susulan
3. Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran Mengurus serta Memimpin Pengurusan Panitia Mata
Pelajaran

3.1 Tujuan Penubuhan


3.2 Struktur Organisasi
3.3 Peranan
4. Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran Mengurus serta Memimpin Kegiatan Kokurikulum
(Persatuan/Kelab, Sukan, dan Permainan serta Pasukan Pakaian Seragam)
4.1 Organisasi Pengurusan Kokurikulum
4.2 Perlembagaan/Peraturan/Undang-undang
4.3 Perancangan, Penyelarasan, Pelaksanaan, Pemantauan, Pelaporan serta
Penambahbaikan Program, dan Aktiviti Kokurikulum
5. Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran Mengurus serta Memimpin Pembangunan Sahsiah
Murid
5.1 Penerapan nilai murni
5.2 Pengawalan tingkah laku murid
5.3 Bimbingan dan kaunseling
5.4 Motivasi
5.5 Komunikasi interpersonal dan intrapersonal
6. Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran Mengurus serta Memimpin Pengurusan Hal-hal Rutin
Kelas
6.1 Kehadiran murid
6.2 Kutipan yuran
6.3 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
6.4 Kesihatan murid
7. Pengaplikasian Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)
7.1 SPI. Bil. 1/1972 : Peraturan-peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959
7.2 SPI. Bil. 1 /1985 : Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajaran Sekolah
7.3 SPI. Bil. 4/1986 : Panitia Mata Pelajaran
7.4 SPI. Bil. 3/1987 : Penyeliaan Pengajaran Pembelajaran di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar
Sekolah
7.5 SPI. Bil. 7/1995 : Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-pelajar Sekolah
7.6 SPI. Bil. 3/1999 : Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
7.7 SPI. Bil. 9/2000 : Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di Luar Kawasan Sekolah
7.8 SPI Bil.10/2001 : Semua Guru Adalah Guru Displin.
7.9 SPI. Bil.11/2002 : Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran
7.10 SPI. Bil.12/2002 : Pelaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di SK, SJKT,
dan SM
7.11 SPI Bil.9/2003 : Pelaksanaan Sistem Laporan Adab Belajar (Lab) Murid Murid Sekolah Rendah Dan
Menengah.
7.12 SPI Bil.5/2003 : Dasar Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.

Posted by smpkohort2 at 3:34 AM 0 comments


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

BAHAN KSSR-2011
klik BAHAN KSSR-2011

Posted by smpkohort2 at 3:30 AM 0 comments


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Kurikulum Standard Sekolah Rendah -KSSR

Kurikulum Standard Sekolah


Rendah bermula 2011
Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum
baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia
bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan
permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar
dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata,
KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan
modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia
dan dilatih untuk KSSR.
Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah
khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih
menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa
tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar
dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji
rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.
Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran
manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran
terpilih.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas
Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada
penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta
kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan
sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu


kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan
sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima
dan enam tahun seluruh negara.
Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan
sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah
rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.
KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan
mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra
dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak
prasekolah.
Posted by smpkohort2 at 3:09 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Wawasan 2020
Wawasan 2020
PENDAHULUAN
- SATU KONSEP YANG TELAH DIBENTANGKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DI MESYUARAT MAJLIS
PERDAGANGAN MALAYSIA PADA 28 FEBRUARI 1991.
- BELIAU MENEGASKAN BAHAWA MATLAMAT PEMBANGUNAN NEGARA IALAH MENJADIKAN MALAYSIA ..
SEBAGAI SEBUAH NEGARA INDUSTRI DAN ... PEMBENTUKAN SEBUAH NEGARA MALAYSIA YANG BENARBENAR MAJU MENJELANG TAHUN 2020 ... MENURUT ACUAN KITA SENDIRI ....
- KEMAJUAN YANG DIMAKSUDKAN MELIPUTI ASPEK EKONOMI, POLITIK, SOSIAL, KEROHANIAN DAN SEKTOR
KEBUDAYAAN.
APA ITU WAWASAN?
SATU WAWASAN (VISION) STRATEGIK JANGKA PANJANG SEBAGAI PANDUAN ARAH DASAR YANG LUAS
MELIPUTI PELBAGAI ASPEK BERKAITAN PEMBANGUNAN NEGARA DALAM HUBUNGAN DENGAN
PERKEMBANGAN EKONOMI DUNIA KESELURUHANNYA
MEMBERI PANDUAN ARAH TUJUAN.

MEMBERI PANDUAN SASARAN NEGARA (TAHAP NEGARA MAJU SEPENUHNYA).


JANGKA MASA (30 TAHUN).
MENGAPA PERLUNYA SATU VISION?

1.MEMBERI NATIONAL FOCUS

Wawasan yang jelas dan diterima umum berupaya memastikan bergerak ke hadapan dengan tumpuan
yang lebih jelas, yakin dan serentak

Contoh: Presiden Kennedy menyatakan dalam masa 10 tahun Amerika Syarikat akan berjaya sampai ke
bulan. Setiap anggota NASA dengan sokongan kerajaan dan rakyat bersungguh-sungguh mencapai
wawasan yang ditetapkan.

2.MENDAPATKAN KONSENSUS NASIONAL


Penduduk berbilang kaum dan geografinya berasingan antara wilayah.
Pandangan yang berbezadan perselisihan mengenai masa depan negara

3.SATU PERJANJIAN SOSIO-POLITIK


Menjadi satu panduan utama setiap rakyat membawa negara kepada satu tahap lebih maju di masa
hadapan.
Setiap rakyat setuju-terima mempersetujui arah dan matlamat yang sama.

4.MENYEDIAKAN GARIS PANDUAN BAGI AGENDA PEMBANGUNAN NASIONAL


Satu pandangan jauh ke hadapan.
Wawasan merupakan garis panduan utama bagi:
i)Menetapkan arah tujuan;
ii)Menetapkan matlamat.
iii)Menetapkan strategi;
iv)Menetapkan jangka masa;
v)Menetapkan pencapaian.
MENGAPA TAHUN 2020 ?
PEMBANGUNAN SATU GENERASI DALAM ERA TANPA SEMPADAN DAN PERSAINGAN YANG PESAT (30 tahun)
SATU ERA PEMISAH PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DUNIA (Berjaya/ tidak dalam pembangunan
perindustrian).
BERSAMA DALAM MEGATREND (Ditentukan oleh pembangunan sains, teknologi dan komunikasi)
JANGKA MASA YANG MUNASABAH DAN PRAKTIKAL (Berasaskan kemajuan dan pembangunan yang telah
dicapai).
CABARAN PERTAMA
MEWUJUDKAN SEBUAH NEGARA YANG BERSATU YANG MEMPUNYAI MATLAMAT YANG DIKONGSI BERSAMA.
IAITU SEBUAH NEGARA YANG AMAN, BERINTEGRASI DI PERINGKAT WILAYAH DAN KAUM, HIDUP DALAM

HARMONI, BEKERJASAMA SEPENUHNYA, SECARA ADIL DAN DIDOKONG OLEH SATU BANGSA MALAYSIA YANG
MEMPUNYAI KESETIAAN POLITIK DAN DEDIKASI KEPADA NEGARA.
CABARAN KEDUA
MEWUJUDKAN SEBUAH NEGARA YANG BERJIWA BEBAS, TENTERAM DAN MAJU DENGAN KEYAKINAN
TERHADAP DIRI SENDIRI, BANGGA DENGAN APA YANG ADA, DENGAN APA YANG DICAPAI, GAGAH
MENGHADAPI PELBAGAI MASALAH. MASYARAKAT MALAYSIA YANG MUDAH DIKENALI DARI SIKAP INGIN
MENCAPAI KECEMERLANGAN, SEDAR SEMULA KEMAMPUANNYA, TIDAK MENGALAH KEPADA SESIAPA DAN
DIHORMATI OLEH RAKYAT NEGARA LAIN.
CABARAN KETIGA
MEWUJUD DAN MEMBANGUNKAN MASYARAKAT DEMOKRATIK DAN MENGAMALKAN SATU BENTUK
PERSEFAHAMAN MATANG IAITU DEMOKRASI MALAYSIA YANG BOLEH MENJADI CONTOH KEPADA BANYAK
NEGARA MEMBANGUN.
CABARAN KEEMPAT
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG BERMORAL DAN BERETIKA, KUKUH DALAM NILAI AGAMA DAN
KEJIWAAN DAN DIDORONG OLEH TAHAP ETIKA YANG TINGGI.
CABARAN KELIMA
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG LIBERAL DAN BERTOLAK ANSUR, DI MANA MASYARAKAT PELBAGAI
KAUM DI MALAYSIA BEBAS MENGAMALKAN ADAT, KEBUDAYAAN DAN KEPERCAYAAN AGAMA MEREKA DAN
PADA MASA YANG SAMA MELETAKKAN KESETIAAN MEREKA PADA SATU NEGARA.
CABARAN KEENAM
MEWUJUDKAN MASYARAKAT SAINTIFIK DAN PROGRESIF, MASYARAKAT YANG MEMPUNYAI DAYA
PERUBAHAN TINGGI DAN MEMANDANG KE HADAPAN YANG BUKAN SAHAJA MENJADI PENGGUNA
TEKNOLOGI TETAPI JUGA PENYUMBANG KEPADA TAMADUN SAINTIFIK DAN TEKNOLOGI MASA DEPAN.
CABARAN KETUJUH
MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG DAN BUDAYA MENYAYANGI, IAITU SATU SISTEM SOSIAL YANG
MANA KEPENTINGAN MASYARAKAT ADALAH LEBIH UTAMA DARIPADA DIRI SENDIRI, YANG MANA KEBAJIKAN
INSAN TIDAK AKAN BERKISAR KEPADA ORANG PERSEORANGAN TETAPI DISEKELILING SISTEM KELUARGA
YANG KUKUH.
CABARAN KELAPAN
MEMASTIKAN MASYARAKAT YANG ADIL DALAM BIDANG EKONOMI. IAITU MASYARAKAT YANG
MELAKSANAKAN PENGAGIHAN KEKAYAAN NEGARA SECARA ADIL DAN SAKSAMA, YANG MANA WUJUD
PERKONGSIAN SEPENUHNYA BAGI SETIAP RAKYAT DALAM PERKEMBANGAN EKONOMI. MASYARAKAT
SEDEMIKIAN TIDAK AKAN WUJUD JIKA MASIH ADA PENGENALAN KAUM BERDASARKAN FUNGSI EKONOMI
DAN KEMUNDURAN EKONOMI BERDASARKAN KAUM.
CABARAN KESEMBILAN
MEMUJUDKAN MASYARAKAT MAKMUR YANG MEMPUNYAI EKONOMI YANG BOLEH BERSAING, DINAMIK, GIAT
DAN BERDAYA TAHAN.

Sukar untuk membezakan cabaran ekonomi dan bukan ekonomi. Dari sembilan cabaran jelas cabaran
yang lebih besar ialah cabaran bukan ekonomi. Cabaran yang lebih ketara adalah cabaran politik,
sosial, psikologi dan budaya.

KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020


Malaysia perlu membentuk ekonominya yang berdaya saing supaya mampu mengekalkan keupayaan
jangka panjang serta bersifat dinamik, teguh, berdaya tahan dan berdaya maju.

Petunjuk utama: KDNK perlu dipertingkatkan dari RM115 billion (1990) kepada RM920 billion (2020) 8
kali ganda. Peningkatan pendapatan perkapita sebanyak 4 kali ganda. Pertumbuhan ekonomi7 %.

RRJP2 (1991-2000) & DPN dan RM6 (1991-1995) digubal untuk mencapai Wawasan 2020.

DPN menyenaraikan aspek kritikal seperti berikut:

a.Mewujudkan keseimbangan yang optimum diantara matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan
saksama.

b.Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan
daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.

c.Mengurangkan dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan
ekonomi dalam negara untuk mengalakkan perkongsiann secara lebih adil dan saksama faedah yang
diperolehi daripada pembangunan ekonomi untuk semua rakyat malaysia
d.Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan
yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan bandar dan
luar bandar.

e.Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan
hidup yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati
perasaan bangga dan cintakan negara.

f.Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan
produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam
pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan
semua masyarakat.

g.Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan
sosio ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi
strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses
membangunkan satu ekonomi perindustrian moden.

h.Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu

diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan
pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
DPN juga mengariskan penerusan usaha ke arah pencapaian DEB iaitu mempercepatkan proses
pembasmian kemiskinan dan penyusunan sosial dan ekonomi. Penumpuan yang digariskan oleh DPN:

a.Mengalihkan tumpuan kepada strategi pembasmian kemiskinan di kalangan golongan termiskin di


samping mengurangkan kemiskinan relatif.

b.Menumpukan kepada pewujudan gunatenaga dan pembangunan pesat sebuah Masyarakat


Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang aktif.

c.Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat melalui
pewujudan peluang-peluang yang lebih luas untuk sektor tersebut berkembang.

d.Menumpukan kepada pembangunan sumber manusia sebagai asas penting bagi mencapai matlamat
pertumbuhan dan pengagihan saksama.
PENCAPAIAN LAIN LAIN-LAIN CABARAN
-Cabaran Ekonomi - jelas dan kurang sukar untuk dicapai.
-Cabaran lain seperti cabaran membentuk sebuah negara yang bersatu, pembentukan satu Bangsa
Malaysia, kesetian politik dan negara memerlukan penghuraian lebih terperinci dan matang.
-Bangsa Malaysia - Bangsa yang bermoral, beragama dan beretika tinggi.
-Penduduknya mempunyai psikologikal dan pemikiran yang tidak terkongkong, yakin, bangga dan sedar
akan potensinya ke arah mencapai kecemerlangan.
-Pencapaian matlamat memerlukan tindakan dan komitmen dari berbagai dimensi dan peringkat.

APAKAH PERANAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA DALAM MENCAPAI WAWASAN 2020


i.Dalam usaha untuk mencapai Wawasan 2020, Kerajaan telah menggariskan beberapa ciri
perkhidmatan awam di masa hadapan, antaranya penggunaan sains dan teknologi yang canggih dalam
peralatan dan automasi pejabat serta peningkatan penggunaan teknologi maklumat. Oleh itu, anggota
perkhidmatan awam perlulah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu serta kepakaran yang diperlukan
agar keupayaan menggunakan teknologi yang canggih dapat dipertingkatkan.

ii.Anggota-anggotanya dapat mempersiapkan diri dengan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan,


sepert iilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran tertentu serta mempertingkatkan ketrampilan dan
kualiti keperibadian anggotanya.
iii.Setiap individu perlu melintasi halangan mental yang mempunyai anggapan bahawa keupayaan dan
kemampuan kita adalah terhad. Segala-galanya boleh dilakukan dengan syarat setiap individu perlu
bekerja keras, mengkaji kelemahan-kelemahan yang ada serta kegagalan-kegagalan yang lalu untuk
mencari silapnya dan meninjau faktor yang membawa kejayaan. Apa yang diperlukan ialah keyakinan
diri bahawa kita juga boleh melakukannya, malah dengan lebih baik lagi. Kalau takut mengambil risiko,
kemajuan tidak akan tercapai.

APAKAH CADANGAN CADANGAN-CADANGAN UNTUK MENANGANI CABARAN WAWASAN 2020

(a)Penjawat awam perlu faham peranan dalam menentukan pencapaian mereka sendiri, selain daripada
pencapaian negara.

(b)Mengenalpasti bidang-bidang yang diperluaskan, paradigma lama dan menerima paradigma yang
baru.

(c)Pennjawat awam perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kecekapan sesuai
dengan paradigma baru ini serta penuh yakin bahawa mereka mempunyai kebolehan.

(d)Di mana sahaja pertukaran pendekatan diperlukan, penjawat awam harus membuat pertukaran ini,
termasuklah penghapusan sikap terasing dari masyarakat dan swasta yang menjadi pelanggan mereka.
Piagam pelanggan mesti diterima sepenuhnya.

(e)Penjawat awam perlu sentiasa memikirakan hasil dan sumbangan mereka kepada masa depan dan
tidak hanya memikirakan sumbangan hari ini untuk hari ini.

(f)Penjawat awam sebagai individu boleh menyumbang kepada kejayaan segala usaha, mereka harus
sedar bahawa sumbangan sebagai anggota pasukan adalah lebih berkesan dalam apa jua usaha. Oleh itu
mereka harus mengutamakan yang berkoordinasi dalam pasukan bagi menembusi paradigma lama dan
memasuki paradigma baru.

PENUTUP
MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA MAJU YANG MEMPUNYAI KUALITI HIDUP YANG TINGGI
MALAYSIA HARUS MEMPELAJAI KELEMAHAN DAN KEKUATAN YANG BERLAKU DI NEGARA MAJU.
WAWASAN 2020 TIDAK MEMINTA MALAYSIA MENJADI NEGARA BARAT ATAU JEPUN TETAPI SEBUAH NEGARA
BARU DAN LEBIH MANTAP DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

Posted by smpkohort2 at 3:00 AM 0 comments


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Peraturan P.A (Kelakuan & Tatatertib) 1993


Peraturan P.A (Kelakuan & Tatatertib) 1993
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan, Yang diPertuan Agong membuat peraturan-peraturan yang berikut:

BAHAGIAN I : PERMULAAN

Nama dan mula berkuatkuasa.


1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 15hb Disember 1993.

Pemakaian.
2. (1) Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi seseorang pegawai di sepanjang tempoh
perkhidmatannya dan, berkenaan dengan seseorang pegawai yang tidak memilih untuk memasuki
Sistem Saraan Baru, hendaklah terpakai dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu dan wajar dengan
mengambil kira terma dan syarat perkhidmatannya.
(2) Pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini akan mengakibatkan seseorang
pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Tafsiran.
3. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"disabitkan" atau "sabitan" termasuklah suatu dapatan atau suatu perintah yang melibatkan suatu
dapatan bersalah oleh sesuatu mahkamah jenayah di Malaysia atau di luar Malaysia, atau oleh sesuatu
badan kompeten yang diberikan kuasa untuk menjalankan penyiasatan terus di bawah mana-mana
undang-undang bertulis, bahawa orang yang dipertuduhkan atau dituduh itu telah melakukan suatu
kesalahan;

"emolumen" ertinya segala saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada seseorang pegawai
dan termasuklah gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan elaun bulanan lain;

"gaji" ertinya gaji pokok seseorang pegawai;

"Ketua Jabatan" ertinya seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu kementerian, jabatan,
institusi, agensi atau unit dan termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi
dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberikuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh
pegawai yang bertanggungjawab bagi kementerian, jabatan, institusi, agensi atau unit untuk bertindak
bagi pihaknya;

"pegawai" ertinya seseorang anggota perkhidmatan awam Persekutuan; dan


"Pihak Berkuasa Tatatertib" ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan yang bidang kuasanya
meliputi perkhidmatan yang pegawai tersebut ialah seorang anggota mengikut peruntukan-peruntukan
Bahagian X Perlembagaan Persekutuan, dan termasuklah seseorang pegawai atau sesuatu lembaga
pegawai dalam perkhidmatan awam yang boleh menjalankan fungsi Suruhanjaya berhubungan dengan
pengawalan tatatertib menurut Fasal (5A), (5B) atau (6A) Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan.

BAHAGIAN II : KELAKUAN
4. (1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia
yang tak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan.

Tatakelakuan.
(2) Seseorang pegawai tidak boleh(a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya;
(b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya
bercanggah dengan tugas awamnya;
(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa(i) dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga
menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau
(ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama
perkhidmatan awarn;
(e) kurang cekap atau kurang berusaha;
(f) tidak jujur atau tidak amanah;
(g) tidak bertanggungjawab;
(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau
memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu adalah
tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-angota perkhidmatan awam yang lain;
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah
sebagai ingkar perintah; dan
(j) cuai dalam melaksanakan tugasnya.

Pekerjaan luar.
5. (1) Kecuali setakat yang dia dikehendaki dalam perjalanan tugasnya atau diberikuasa dengan nyata
oleh Ketua Jabatannya untuk berbuat demikian, seseorang pegawai tidak boleh -(a) mengambil bahagian secara Iansung atau tak langsung dalam pengurusan atau perjalanan apa-apa
perusahaan komersil, pertanian atau perindustrian;

(b) mengusahakan bagi mendapatkan upah apa-apa kerja bagi mana-mana institusi, syarikat, firma atau
individu persendirian;
(c) sebagai seorang pakar, memberi apa-apa laporan atau keterangan pakar, sama ada dengan percuma
atau dengan mendapat upah; atau
(d) bertugas sebagai seorang wasi, pentadbir atau penerima.
(2) Walau apa pun peruntukan subperaturan (1), seseorang pegawai boleh memohon kebenaran bertulis
daripada Ketua Jabatan untuk mengusahakan perkhidmatan tertentu daripada jenis yang disebutkan
dalam subperaturan (1) bagi faedah dirinya atau saudaramaranya yang dekat atau bagi mana-mana
badan yang tak mencari keuntungan yang dia ialah seorang pemegang jawatan dalam badan tersebut.
(3) Dengan menimbangkan sama ada kebenaran di bawah subperaturan (2) patut diberi atau tidak.
Ketua Jabatan hendaklah mengambil perhatian akan tatakelakuan yang ditetapkan dalam peraturan 4
dan, khususnya, hendaklah memastikan bahawa pekerjaan luar itu(a) tidak dilakukan semasa waktu pejabat dan semasa pegawai itu dikehendaki menjalankan tugas
rasminya:
(b) tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan untuk menjejaskan kegunaan pegawai itu
sebagai seorang pengkhidmat awam; dan
(c) tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan untuk bercanggah dengan kepentingan jabatan
atau menjadi tak konsisten dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang pengkhidmat awam.
(4) Kecuali setakat yang ditetapkan selainnya, segala jumlah wang yang diterima oleh seseorang
pegawai sebagai saraan kerana memberi mana-mana perkhidmatan yang disebutkan dalam
subperaturan (1) hendaklah dibayar ke dalam Perbendaharaan Persekutuan sementara menunggu
keputusan Perbendaharaan tentang amaun, jika ada, yang boleh disimpan oleh pegawai itu sendiri dan
oleh anggota kakitangannya.
Pakaian.
6. (1) Seseorang pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya rnengikut
apa-apa cara yang ditentukan oleh Kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.
(2) Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri suatu upacara rasmi hendaklah berpakaian
sebagaimana yang ditentukan bagi upacara tersebut dan jika pakaian untuk upacara itu tidak
ditentukan, dia hendaklah berpakaian dengan sepatutnya bagi upacara tersebut.

7. (1) Seseorang pegawai tidak boleh menggunakan atau mengambil (kecuali bagi maksud perubatan
sebagaimana yang ditetapkan oleh seorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta
Perubatan 1971) atau menyalahgunakan atau menagih dadah berbahaya.
Dadah

Akta 50
(2) Perkhidmatan seseorang pegawai yang diperakui oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sebagai
menggunakan, mengambil (selain daripada maksud perubatan), menyalahgunakan atau menagih, dadah
berbahaya berlanggaran dengan subperaturan (1) boleh ditamatkan demi kepentingan awam di bawah
peraturan 49.

(3) Bagi maksud peraturan ini, "dadah berbahaya" ertinya apa-apa dadah atau bahan yang dinyatakan
dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.

Akta 234.
8. (1) Tertakluk kepada peruntukan peraturan ini, seseorang pegawai tidak boleh menerima atau
memberi, atau tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain menerima
atau memberi bagi pihaknya, secara langsung atau tak langsung, apa-apa hadiah (sama ada dalam
bentuk zahir atau selainnya) daripada atau kepada mana-mana persatuan, badan, orang atau kumpulan
orang jika-

Hadiah ,dsb.
(a) penerimaan atau pemberian hadiah itu mempunyai kaitan, dengan apa-apa cara, dengan
perlaksanaan tugas awam pegawai itu; dan
(b) bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan.

(2) Ketua Jabatan boleh membenarkan seseorang pegawai menerima surat pujian daripada mana-mana
persatuan, badan, orang atau kumpulan orang sempena persaraan atau pertukarannya dengan syarat
bahawa surat pujian itu tidak terkandung dalam bekas yang bernilai.

(3) Ketua Jabatan boleh membenarkan pungutan sumbangan secara spontan oleh pegawai-pegawai di
bawahnya bagi maksud membuat sesuatu penyampaian kepada seseorang pegawai dalam jabatannya
sempena persaraan, pertukaran atau perkahwinan pegawai tersebut atau perkahwinan anak pegawai
tersebut atau sempena apa-apa upacara lain yang sesuai.

(4) Jika(a) seseorang pegawai berasa ragu-ragu tentang sama ada bentuk, amaun atau nilai hadiah yang
diterima olehnya adalah sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan; atau
(b) hal keadaan menyebabkan sukar bagi seseorang pegawai untuk menolak sesuatu hadiah atau
cenderamata yang bernilai, yang penerimaannya dilarang oleh peraturan ini, maka hadiah itu boleh
diterima secara rasmi tetapi pegawai itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik,
mengemukakan suatu laporan bertulis kepada Ketua Jabatan yang mengandungi perihalan lengkap dan
anggaran nilai hadiah dan dalam hal keadaan yang hadiah itu diterima.

(5) Apabila diterima laporan yang dibuat di bawah subperaturan (4), Ketua Jabatan hendaklah
memutuskan sama ada-

(a) untuk membenarkan pegawai itu menyimpan hadiah itu; atau


(b) untuk mengarahkan supaya hadiah itu dikembalikan kepada pemberinya melalui Ketua Jabatan.

(6) Bagi maksud peraturan ini, Ketua Jabatan ertinya Ketua Setiausaha sesuatu Kementerian atau ketua
jabatan di peringkat ibu pejabat, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Keraian.
9. Seseorang pegawai boleh memberi atau menerima apa-apa jenis keraian kepada atau daripada
mana-mana orang jika(a) keraian itu tidak dengan apa-apa cara mempengaruhi perlaksanaan tugas rasminya sebagai seorang
pegawai awam bagi kepentingan orang itu; dan
(b) pemberian atau penerimaan keraian itu tidak dalam apa-apa cara tak konsisten dengan
tatakelakuan yang ditetapkan di bawah peraturan 4.

Pemunyaan harta.
10. (1) Seseorang pegawai hendaklah, semasa perlantikannya ke dalam perkhidmatan awam atau pada
bila-bila masa selepas itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan, mengisytiharkan secara
bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan melalui Ketua Jabatan segala harta yang
dipunyai olehnya, atau isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang
bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya. Seseorang pegawai yang tidak
mempunyai apa-apa harta hendaklah dengan demikian mengisytiharkan secara bertulis keadaan
sedemikian.

(2) Jika, selepas membuat perisytiharan di bawah subperaturan (1), seseorang pegawai atau isteri atau
suaminya atau anaknya memperolehi apa-apa harta, sama ada secara langsung atau tak langsung, atau
melupuskan apa-apa harta yang telah diperoleh olehnya atau mereka, dia hendaklah dengan segera
mengisytiharkan pemerolehan atau pelupusan harta itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang
berkenaan melalui Ketua Jabatan.

(3) Jika seseorang pegawai ataul isteri atau suaminya atau anaknya bercadang hendak mernperoleh
apa-apa harta, dan pemerolehan yang dicadangkan itu adalah tak konsisten dengan tatakelakuan yang
ditetapkan dalam peraturan 4, pemerolehan itu tidaklah boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis
diperoleh oleh pegawai itu daripada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

(4) Dalam memutuskan sama ada hendak memberikan kebenaran atau tidak di bawah subperaturan (3)
Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah mengambil kira perkara-perkara yang berikut:
(a) saiz, amaun atau nilai harta itu berbanding dengan emolumen pegawai itu dan apa-apa pendapatan
persendirian yang sah;
(b) sama ada pemerolehan atau pemegangan harta itu akan atau mungkin bercanggah dengan
kepentingan perkhidmatan awam, atau menjadi tak konsisten dengan kedudukan pegawai itu sebagai
seorang pengkhidmat awam, atau dengan apa-apa cara menjadi tak konsisten dengan tatakelakuan
yang ditetapkan di bawah peraturan 4;
(c) pendapat Ketua Jabatan tentang pemerolehan atau pemunyaan harta itu;

(d) apa-apa faktor lain yang dianggapkan perlu oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi
menjaga keutuhan dan kecekapan perkhidmatan awam.

(5) Jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpuas hati dengan perisytiharan harta yang dibuat
oleh pegawai ia hendaklah mengarahkan Ketua Jabatan merekodkan di dalam Buku Perkhidmatan
Kerajaan pegawai itu bahawa perisytiharan itu telah dibuat.

(6) Di dalam peraturan ini"anak" terrnasuklah anak angkat tetapi ticlak termasuk anak yang bukan di bawah tanngungan pegawai
itu; "harta" termasuklah harta daripada apa-apa perihalan, sama ada harta alih atau tak alih, yang
ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

11. (1) Jika Ketua Jabatan berpendapat bahawa seseorang pegawai adalah atau ternyataMenyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian lain yang sah.
(a) menyenggara suatu taraf kehidupan yang melebih emolumennya dan pendapatan persendirian lain
yang sah, jika ada; atau
(b) mempunyai kawalan atau memiliki sumber-sumber kewangan atau harta, harta alih atau tak alih,
yang nilainya tidak seimbang dengan, atau yang tidak boleh semunasabahnya dijangka telah diperoleh
oleh pegawai itu dengan emolumennya dan apa-apa pendapatan persendiriannya yang sah,
Ketua Jabatan hendaklah, melalui notis bertulis, memanggil pegawai itu supaya memberi penjelasan
bertulis dalarn tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis itu bagaimana dia boleh
menyenggara taraf kehidupan tersebut atau bagaimana dia telah mendapat sumber-sumber
kewangannya atau hartanya.
(2) Ketua Jabatan hendaklah, apabila diterima penjelasan di bawah subperaturan (1) atau, jika
pegawai itu tidak memberi apa-apa penjelasan dalam tempoh yang ditentukan, apabila tempoh itu
tamat, melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan dengan melampirkan penjelasan
pegawai itu, jika ada. Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh sesudah itu mengambil tindakan
tatatertib atau apa-apa tindakan lain terhadap pegawai itu yang difikirkannya patut.

Meminjam wang.
12. (1) Tiada pegawai boleh meminjam daripada mana-mana orang atau menjadi penjamin kepada
mana-mana peminjam, atau dengan apa-apa cara meletakkan dirinya di bawah suatu obligasi kewangan
kepada mana-mana orang(a) yang secara langsung atau tak langsung tertakluk kepada kuasa rasminya;
(b) yang dengannya pegawai itu ada atau mungkin ada urusan rasmi;
(c) yang tinggal atau memiliki tanah atau menjalankan perniagaan di dalam kawasan-kawasan
tempatan yang dia mempunyai kuasa rasmi; atau
(d) yang menjalankan perniagaan pernberian pinjaman wang.

Akta 372.
(2) Seseorang pegawai boleh, bagaimanapun, meminjam wang daripada atau menjadi penjamin kepada
mana-mana orang yang meminjam wang daripada bank, syarikat insurans, koperasi, atau syarikat
kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 atau menangung

hutang dengan cara memperoleh barang-barang melalui perjanjian sewa beli dengan syarat bahawa(a) bank, syarikat insurans, koperasi atau syarikat kewangan berlesen itu yang daripadanya pegawai itu
meminjam tidaklah secara langsung tertakluk kepada kuasa rasminya;
(b) peminjaman itu tidak akan membawa kepada skandal awam atau tidak akan ditafsirkan bahawa
pegawai itu telah menyalahgunakan kedudukan awamnya untuk faedah persendiriannya; atau
(c) agregat hutangnya tidak menyebabkan atau tidak mungkin menyebabkan pegawai itu berada dalam
keterhutangan kewangan yang serius sebagaimana yang ditakrifkan di bawah peraturan 13.

(3) Tertakluk kepada peruntukan subperaturan (2), seseorang pegawai boleh menanggung hutanghutang yang berikut:
(a) jumlah wang yang dipinjam atas cagaran tanah yang digadai atau digadaijanjikan, jika jumlah wang
tersebut tidak melebihi nilai tanah tersebut;
b) overdraf atau kemudahan kredit lain yang diluluskan oleh mana-mana institusi kewangan berlesen;
(c) jumlah wang yang dipinjam daripada syarikat insurans atas cagaran polisi insurans;
(d) jumlah wang yang dipinjam daripada Kerajaan atau koperasi; atau
(e) jumlah wang yang kena dibayar atas barang-barang yang diperoleh melalui perjanjian sewa beli.

13. (1) Seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa jua cara pun menyebabkan dirinya berada dalam
keterhutangan kewangan yang serius. Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, ungkapan "keterhutangan
kewangan yang serius" ertinya keadaan keterhutangan seseorang pegawai yang, mengambil kira amaun
hutang yang ditanggung olehnya, telah sebenarnya menyebabkan kesusahan kewangan yang serius
terhadap dirinya.

Keterhutangan kewangan yang serius.


(2) Tanpa menjejaskan peruntukan subperaturan (1), seseorang pegawai hendaklah disifatkan sebagai
berada dalam keterhutangan kewangan yang serius(a) jika agregat hutang dan liabilitinya yang tak bercagar pada bila-bila masa tertentu melebihi jumlah
wang sebanyak enam kali emolumen bulanannya;
(b) jika pegawai itu seorang penghutang penghakiman dan hutang penghakiman itu belum lagi
dijelaskan dalam tempoh satu bulan dari tarikh penghakiman itu; atau
(c) jika pegawai itu seorang bankrap atau seorang pemakan gaji tak solven, mengikut mana-mana yang
berkenaan, selagi apa-apa penghakiman terhadapnya yang memihak kepada Pegawai Pemegang Harta
masih belum dijelaskan, atau selagi tidak ada pembatalan penghukuman kebankrapannya.

(3) Keterhutangan kewangan yang serius kerana apa jua pun sebab selain daripada malang yang tidak
dapat dielakkan yang tidak disebabkan dengan apa-apa cara oleh pegawai itu sendiri hendaklah
dianggap memburukkan nama perkhidmatan awam dan hendaklah menyebabkan dia boleh dikenakan
tindakan tatatertib.

(4) Jika keterhutangan kewangan yang serius yang telah berlaku itu adalah disebabkan oleh malang
yang tidak dapat dielakkan, Kerajaan boleh memberi kepada pegawai itu apa-apa bantuan yang
didapati wajar mengikut hal keadaannya.

(5) Jika seseorang pegawai mendapati bahawa hutangnya menyebabkan atau mungkin menyebabkan
keterhutangan kewangan yang serius kepadanya, maka dia hendaklah serta-merta melaporkan fakta ini
kepada Ketua Jabatan.

(6) Seseorang pegawai yang tidak melaporkan atau melengahkan dalam melaporkan keterhutangan
kewangannya yang serius atau yang melaporkannya tetapi tidak mendedahkan hutangnya dengan
sepenuhnya atau memberi keterangan yang palsu atau yang mengelirukan mengenainya adalah
melakukan suatu pelanggaran tatatertib yang serius (walau apa pun yang mula-mula menyebabkan
keterhutangan kewangan yang serius itu), dan boleh menyebabkan dirinya dikenakan tindakan
tatatertib.
(7) Tanpa menjejaskan peruntukan-peruntukan peraturan ini, jika hutang pegawai terjumlah kepada
keterhutangan kewangan yang serius tetapi dia belum dihukum sebagai seorang bankrap atau sebagai
seorang pemakan gaji tak solven, Ketua Jabatan hendaklah mengkaji semula kes itu dari semasa ke
semasa.

Laporan mengenai keterhutangan kewangan yang serius, dsb. daripada mahkamah dan Pegawai
Pemegang Harta.

14. (1) Pendaftar Mahkamah Tinggi atau Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Pendaftar
Mahkamah Sesyen dan daripada Mahkamah Majistret hendaklah, berkenaan dengan apa-apa dalam
mahkamah masing-masing, melaporkan kepada Ketua Jabatan yang berkenaan tiap-tiap kes mengenai
pegawai awam(a) yang, selaku seorang penghutang penghakiman, didapati daripada fail guaman tidak menjelaskan
hutangnya dalam tempoh satu bulan dari tarikh penghakiman;
(b) yang telah memfailkan petisyen dalam kebankrapannya sendiri atau untuk mendapatkan perintah
pentadbiran pemakan gaji; atau
(c) yang terhadapnya suatu petisyen pemiutang dalam kebankrapan telah diserahkan.

(2) Pegawai Pemegang Harta hendaklah, sebaik sahaja dia telah menyiasat dengan secukupnya tentang
hal ehwal seseorang pegawai awam yang ialah seorang bankrap atau pemakan gaji yang tak solven,
menyampaikan kepada Ketua Jabatan yang berkenaan suatu laporan yang mengandungi perkaraperkara berikut:
(a) Pernyataan Hal Ehwal Yang difailkan oleh si bankrap atau pemakan gaji tak solven itu mengikut
undang-undang kebankrapan yang sedang berkuatkuasa;
(b) amaun ansuran yang diperintahkan atau yang dicadangkan dibuat;
(c) sama ada atau tidak Pegawai Pemegang Harta bercadang untuk memulakan apa-apa prosiding
selanjutnya dan, jika demikian, suatu pernyataan ringkas mengenai jenis prosiding selanjutnya itu;
(d) sebab utama kebankrapan itu;
(e) sama ada pada pendapatnya kes itu melibatkan malang yang tidak dapat dielakkan, kelakuan hina
atau apa-apa hal keadaan lain yang khas, sama ada yang memihak atau tidak memihak kepada pegawai
itu; dan
(f) apa-apa perkara lain yang, mengikut budi bicaranya, dia fikirkan patut disebut.

(3) Ketua Jabatan hendaklah menghantar laporan yang diterima di bawah subperaturan (1) dan (2)
berserta dengan laporannya mengenai kerja dan kelakuan pegawai itu sebelum dan sejak
keterhutangan kewangannya yang serius kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan. Setelah
menimbangkan semua laporan itu Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah memutuskan
sama ada hendak mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai berkenaan dan, jika demikian, apa
tindakan yang hendak diambil.

(4) Jika tindakan tatatertib yang diambil di bawah subperaturan (3) rnengakibatkan hukuman
penangguhan pergerakan gaji, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh, apabila habisnya
tempoh penangguhan pergerakan gaji tersebut, boleh memerintahkan supaya suatu amaun yang setara
dengan amaun yang diterima daripada pergerakan gaji yang dipulihkan itu ditambah kepada ansuranansuran yang kena dibayar kepada Pegawai Pemegang Harta atau kepada mana-mana pemiutang
penghakiman.

(5) Seseorang pegawai yang mendapat pembatalan kebankrapannya bolehlah dikira sebagai telah
memulihkan kedudukan kewangannya dengan sepenuhnya.

15. (1) Seseorang pegawai tidak boleh meminjamkan wang dengan bunga sama ada dengan cagaran
atau tanpa cagaran.

Meminjamkan wang.
(2) Penyimpanan wang secara deposit tetap dalam mana-mana bank atau dalam suatu akaun dalam
mana-mana bank atau dalam mana-mana syarikat kewangan berlesen atau dalam mana-mana sekuriti
atau saham yang diterbitkan oleh Kerajaan atau oleh mana- mana badan berkanun tidaklah dianggap
sebagai meminjamkan wang dengan bunga bagi maksud subperaturan (1).

16. Tiada pegawai boleh melibatkan dirinya dalam pasaran komoditi atau pasaran sekuriti hadapan
sebagai pembeli atau penjual atau selainnya, sama ada dalam pasaran tempatan atau luar negeri.

Penglibatan dalam pasaran komoditi atau pasaran sekuriti hadapan.


17. Seseorang pegawai tidak boleh mengadakan, mengelolakan atau mengambil bahagian dalam manamana refel atau loteri akan harta persendiriannya.

Refel atauloteri
18. Seseorang pegawai tidak boleh menerbit atau menulis apa-apa buku, makalah atau karya lain yang
berasaskan maklumat rasmi terperingkat.

Penerbitanbuku, dsb.
19. (1) Seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara
lain,-

Membuatpernyatanawam,
(a) membuat apa-apa pernyataan awam berhubungan dengan apa-apa dasar, program atau keputusan
Kerajaan di atas apa-apa isu;
(b) memberi apa-apa maklumat faktual berhubungan dengan jabatannya; atau
(c) memberi apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa insiden atau laporan berhubungan dengan
jabatannya, dan dia juga tidak boleh mengeliling apa-apa pernyataan, maklumat atau penjelasan,
sama ada yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain, kecuali dengan kebenaran bertulis
terlebih dahulu, sama ada secara am atau khusus, daripada Menteri yang bertanggungjawab bagi
kementerian atau jabatan di mana dia sedang berkhidmat.

(2) Walau apa pun peruntukan subperaturan (1), seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan
atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain, membuat apa-apa pernyataan awam yang memudaratkan
mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan, atau yang boleh memalukan Kerajaan, atau
membuat apa-apa ulasan mengenai kebaikan atau kelemahan mana-mana dasar, program atau
keputusan Kerajaan, atau mengeliling apa-apa pernyataan sedemikian, sama ada yang dibuat olehnya
atau oleh mana-mana orang lain.

(3) Subperaturan (2) tidaklah terpakai bagi apa-apa pernyataan awam yang dibuat atau yang
dikelilingkan jika kandungan pernyataan itu telah diluluskan oleh Menteri di bawah subperaturan (1)

(4) Bagi maksud peraturan ini, "pernyataan awam" termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang
dibuat kepada akhbar atau kepada orang ramai atau semasa memberi syarahan awam atau ucapan
awam atau dalam mana-mana penyiaran melalui bunyi atau penglihatan atau kedua-duanya.

Laranganbertindak sebagai penyunting,dsb.bagi suratkhabar, dsb.


20. Seseorang pegawai tidak boleh bertindak sebagai penyunting, atau mengambil bahagian secara
langsung atau tak langsung dalam pengurusan atau dengan apa-apa cara membuat apa-apa sumbangan
kewangan atau selainnya kepada, mana-mana penerbitan, termasuk mana-mana surat khabar, majalah
atau jernal, kecuali yang berikut;
(a) penerbitan jabatan atau kakitangan;
(b) penerbitan profesional; dan
(c) penerbitan organisasi sukarela yang bukan bercorak politik.

Mengambilbahagiandalam politik.
21. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperaturan (3), seseorang pegawai dalam
Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil
bahagian aktif dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik, dan
khususnya dia tidak boleh(a) membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada secara lisan atau bertulis, yang memberikan sesuatu
pandangan yang berat sebelah atas apa-apa perkara yang menjadi isu diantara parti-parti politik;
(b) menerbit atau mengeliling buku, makalah atau risalah yang mengemukakan pandangannya yang
berat sebelah atau pandangan orang lain, atas apa-apa perkara yang berkaitan dengan mana-mana
parti politik;

(c) terlibat dalam merayu undi bagi rnenyokong mana-mana calon pada suatu pilihanraya umum,
pilihanraya kecil, atau apa-apa pilihanraya untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik;
(d) bertindak sebagai seorang ejen pilihanraya atau ejen tempat mengundi atau atas apa-apa sifat
untuk atau bagi pihak seorang calon dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau bagi manamana Dewan Undangan Negeri;
(e) masuk bertanding untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik; atau
(f) memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik.

(2) Seseorang pegawai dalam Kumpulan Sokongan yang bukan seseorang pegawai dalam perkhidmatan
perlu boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu
parti politik setelah terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
atau Ketua Setiausaha Kernenterian yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3) Walau apa pun peruntukan subperaturan (1), seseorang pegawai yang dibenarkan bercuti sehingga
ke tarikh persaraannya bagi maksud menghabiskan semua cutinya yang terkumpul boleh mengambil
bahagian dalam aktiviti politik dengan syarat bahawa(a) dia terlebih dahulu telah mendapatkan kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau
Ketua Setiausaha Kementerian yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(b) dengan penglibatan sedemikian dia tidak melanggar peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972.
Akta 88.
(4) Sesuatu permohonan bagi mendapatkan kelulusan di bawah perenggan (3)(a) hendaklah dibuat
sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh pegawai itu dibenarkan bercuti sebelum persaraan.

(5) Tiada apa-apa jua dalam peraturan ini boleh menghalang seseorang pegawai daripada menjadi
anggota biasa mana-mana parti politik.

(6) Seseorang pegawai yang telah diterima rnenjadi anggota biasa mana-mana parti politik hendaklah
memberitahu fakta ini kepada Ketua Jabatannya.

(7) Bagi maksud peraturan ini, " perkhidmatan perlu" ertinya perkhidmatan-perkhidmatan yang
dinyatakan dalam Jadual

Memulakan prosiding undang-undang dan bantuan guaman.


22. (1) Jika seseorang pegawai berkehendakkan bantuan guaman sebagaimana yang diperuntukkan di
bawah subperaturan (3) dia tidak boleh memulakan prosiding undang-undang bagi kepentingan
peribadinya berkaitan dengan perkara-perkara yang berbangkit daripada tugas awamnya tanpa
persetujuan terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

(2) Seseorang pegawai yang menerima notis mengenai permulaan prosiding undang-undang atau
permulaan prosiding undang-undang yang dicadangkan terhadapnya berkaitan dengan perkara-perkara
yang berbangkit daripada tugas awamnya atau yang menerima apa-apa proses mahkamah berhubungan
dengan prosiding undang-undang tersebut hendaklah dengan segera melaporkan perkara itu kepada

Ketua Jabatan bagi mendapat arahan tentang sama ada dan bagaimana notis atau, mengikut manamana yang berkenaan, proses mahkamah itu hendak diakui terima, dijawab atau dibela.

(3) Seseorang pegawai yang berkehendakkan bantuan guaman untuk mengambil dan mengarah
seseorang peguambela dan peguamcara bagi maksud prosiding undang-undang berkaitan dengan
perkara-perkara yang berbangkit daripada tugas awamnya boleh membuat permohonan kepada Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam. Permohonan tersebut hendaklah mengandungi segala fakta dan hal
keadaan kes itu berserta dengan pendapat Ketua Jabatan yang telah dipertimbangkan tentang jenis
penglibatan pegawai itu dan hendaklah dialamatkan dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam melalui Peguam Negara.

(4) Apabila diterima permohonan itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh melulus atau menolak
permohonan tersebut, tertakluk kepada nasihat Peguam Negara tentang-(a) amaun bantuan guaman yang hendak diluluskan;
(b) peguambela dan peguamcara yang hendak diambil dan diarahkan oleh pegawai itu; atau
(c) apa-apa syarat lain yang Peguam Negara fikirkan baik,

dan kepada syarat tersirat selanjutnya bahawa, sekiranya pegawai itu diawardkan kos oleh mahkamah
apabila selesai prosiding undang-undang tersebut, tiada bayaran berkenaan dengan bantuan guaman
yang diluluskan demikian akan dibuat oleh Kerajaan melainkan amaun kos yang diawardkan demikian
kepadanya itu tidak mencukupi untuk membayar caj-caj mengambil dan mengarah seseorang
peguambela dan peguamcara.

(5) Caj untuk mengambil khidmat seseorang peguambela dan peguamcara yang diambil dan diarah oleh
atau bagi pihak seseorang pegawai dalam prosiding, undang-undang berkaitan dengan perkara-perkara
yang berbangkit daripada tugas awamnya selain daripada dengan menurut kuasa kelulusan Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam tidak akan dibayar oleh Kerajaan.

23. (1) Ketakhadiran daripada bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dalulu atau tanpa
sebab yang munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib.

Ketakhadiran.
(2) Jika seseorang pegawai tidak hadir daripada bertugas, Ketua Jabatan hendaklah, dengan seberapa
segera, melaporkan fakta itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berserta dengan tarikhtarikh dan hal keadaan ketakhadiran itu dan apa-apa maklumat selanjutnya yang mungkin dikehendaki
berkenaan dengan pegawai itu.

(3) Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh, setelah menimbangkan laporan dalam
subperaturan (2), mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu mengikut peraturan 27 atau 28.

(4) Bagi maksud peraturan ini, "ketakhadiran" termasuklah kegagalan untuk hadir bagi apa-apa jua

tempoh masa pun pada satu-satu masa dan tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bagi
perlaksanaan tugas-tugasnya.

BAHAGIAN III: TUGAS KAWALAN DAN PENGAWASAN TATATERTIB


24. (1) Adalah menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib
ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dalam tiap-tiap hal pelanggaran
mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

Tugas kawalan dan pengawasan tatatertib.


(2) Seseorang pegawai yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai
bawahannya, atau tidak mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melakukan
pelanggaran tatatertib, hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak
bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

BAHAGIAN IV: PROSEDUR TATATERTIB (Prosedur Am)


25. (1) Tertakluk kepada peruntukan subperaturan (2), tiada pegawai boleh dibuang kerja atau
diturunkan pangkat dalam apa-apa prosiding tatatertib di bawah Bahagian ini melainkan jika dia telah
diberitahu secara bertulis mengenai alasan-alasan yang berdasarkannya tindakan itu dicadangkan
diambil terhadapnya dan telah diberi peluang yang munasabah untuk didengar.

Syarat-syarat bagi pembuangan kerja atau pangkat.


(2) Subperaturan (1) tidaklah terpakai dalam hal-hal yang berikut:
(a) jika seseorang pegawai dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan
dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya; atau
(b) jika Pihak Berkuasa Tatatertib Yang berkenaan berpuas hati bahawa kerana sesuatu sebab, yang
hendaklah direkodkan olehnya secara bertulis, adalah tidak semunasabahnya praktik untuk
menjalankan kehendak-kehendak peraturan ini; atau
(c) jika yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau
mana-mana bahagiannya adalah tidak suaimanfaat untuk menjalankan kehendak-kehendak peraturan
ini; atau
(d) jika apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi telah
dibuat terhadap pegawai itu atau jika apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau
selainnya telah dikenakan ke atas pegawai itu, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan
dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan
pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis.

Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah menentukan jenis kesalahan tatatertib.


26. (1) Jika terdapat suatu pelanggaran tatatertib yang dikatakan telah dilakukan oleh seseorang
pegawai, Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan (a) dalam hal di mana terdapat lebih daripada satu peringkat Pihak Berkuasa Tatatertib, Pihak Berkuasa
Tatatertib yang mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman selain daripada buang kerja atau turun
pangkat: atau
(b) dalam hal di mana terdapat hanya satu peringkat Pihak Berkuasa Tatatertib, Pihak Berkuasa
Tatatertib itu,

hendaklah, sebelum memulakan apa-apa prosiding tatatertib berkenaan dengan pegawai itu,
menimbangkan sama ada pelanggaran tatatertib yang diadukan adalah daripada jenis yang patut
dikenakan suatu hukuman buang kerja atau turun pangkat atau suatu hukuman yang lebih ringan
daripada buang kerja atau turun pangkat.

(2) Jika Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan (dalam hal di mana terdapat lebih
daripada satu peringkat Pihak Berkuasa Tatatertib) mendapati bahawa pelanggaran tatatertib yang
diadukan adalah daripada jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, Pihak
Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah merujukkan kes itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib
yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat.

Prosedur dalam kes tatatertib bukan dengan tujuan untuk buang kerja atau turun pangkat.
27. (1) Jika Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan mendapati bahawa pelanggaran
tatatertib yang diadukan adalah daripada jenis yang patut dikenakan hukuman yang lebih ringan
daripada buang kerja atau turun pangkat, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah
memberitahu pegawai itu secara bertulis fakta-fakta pelanggaran tatatertib yang dikatakan telah
dilakukan olehnya dan hendaklah memberi peluang kepada pegawai itu untuk membuat representasi
bertulis dalam tempoh tidak kurang daripada dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan fakta-fakta
itu.

(2) Jika, setelah menimbangkan representasi yang dibuat di bawah subperaturan (1), Pihak Berkuasa
Tatatertib yang berkenaan mendapati (a) pegawai itu bersalah, ia hendaklah mengenakan ke atas pegawai itu mana-mana satu atau lebih
hukuman yang dinyatakan dalam peraturan 38 yang difikirkannya sesuai dan patut; atau
(b) pegawai itu tidak bersalah, ia hendaklah membebaskannya.

28. (1) Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan yang bersidang untuk menimbangkan suatu kes yang
pelanggaran tatatertib yang diadukan adalah didapati daripada jenis yang patut dikenakan suatu
hukuman buang kerja atau turun pangkat hendaklah menimbangkan segala maklumat yang ada dan jika
didapati bahawa terdapat suatu kes prima facie terhadap pegawai itu untuk dibuang kerja atau
diturunkan pangkat, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah mengarahkan supaya suatu
pernyataan yang mengandungi fakta-fakta pelanggaran tatatertib yang dikatakan telah dilakukan oleh
pegawai itu dan apa-apa alasan yang dicadangkan yang berdasarkannya pegawai itu hendak dibuang
kerja atau diturunkan pangkat dihantarkan kepada pegawai itu dan pegawai itu hendaklah diminta
membuat suatu representasi bertulis, yang mengandungi alasan-alasan yang berdasarkannya pegawai
itu bergantung untuk membebaskan dirinya, dalam tempoh tidak kurang daripada dua puluh satu hari
dari tarikh penerimaan pertuduhan itu.

Prosedur dalam kes tatatertib dengan tujuan untuk buang kerja atau turun pangkat.
(2) Jika, selepas menimbangkan representasi yang dibuat menurut subperaturan (1), Pihak Berkuasa
Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib atau salahlaku oleh pegawai itu
tidak patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, Pihak Berkuasa Tatatertib yang

berkenaan bolehlah mengenakan ke atas pegawai itu apa-apa hukuman yang lebih ringan yang
difikirkannya sesuai dan patut.

(3) Jika pegawai itu tidak membuat apa-apa representasi dalam tempoh yang dinyatakan dalam
subperaturan (1), atau jika pegawai itu membuat representasi yang tidak dapat membebaskan dirinya
sehingga memuaskan hati Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan, Pihak Berkuasa Tatatertib itu
hendaklah terus menimbangkan dan memutuskan sama ada untuk membuang kerja atau menurunkan
pangkat pegawai itu.

(4) Jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa kes terhadap pegawai itu
menghendaki penjelasan selanjutnya, Pihak Berkuasa Tatatertib itu boleh melantik Jawatankuasa
Penyiasatan yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang pegawai kerajaan yang lebih kanan
daripada pegawai yang di bawah penyiasatan.

(5) Ketua Jabatan pegawai yang di bawah penyiasatan itu tidak boleh menjadi anggota Jawatankuasa
yang dilantik di bawah subperaturan (4).

(6) Jawatankuasa Penyiasatan yang dilantik di bawah subperaturan (4)(a) hendaklah memberitahu pegawai mengenai tarikh yang persoalan mengenai pembuangan kerja atau
penurunan pangkatnya akan dibawa ke hadapan Jawatankuasa Penyiasatan dan, jika Jawatankuasa
Penyiasatan itu berpendapat bahawa pegawai itu boleh dibenarkan hadir, bahawa dia hendaklah
menghadirkan diri di hadapan Jawatankuasa Penyiasatan itu untuk membebaskan dirinya; dan
(b) boleh memanggil dan memeriksa saksi-saksi atau mengambil apa-apa tindakan yang difikirkannya
perlu dan patut untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya mengenai kes itu.

(7) Jika saksi-saksi dipanggil dan diperiksa oleh Jawatankuasa Penyiasatan itu, pegawai itu hendaklah
diberi peluang untuk hadir dan untuk menyoal saksi-saksi itu bagi pihak dirinya sendiri dan tiada
keterangan dokumentar boleh digunakan terhadapnya melainkan jika pegawai itu telah sebelum ini
dibekalkan dengan suatu salinan keterangan dokumentar itu atau diberikan akses kepadanya.

(8) Jawatankuasa Penyiasatan itu boleh membenarkan Kerajaan atau pegawai itu diwakili oleh
seseorang pegawai dalam perkhidmatan awam atau, dalarn kes yang luarbiasa, oleh seorang
peguarnbela dan peguamcara, dan tertakluk kepada apa-apa penangguhan yang munasabah dan perlu
untuk membolehkan pegawai itu sendiri membentangkan kesnya, Jawatankuasa Penyiasatan boleh
menarik balik kebenaran itu pada bila-bila masa :

Dengan syarat bahawa jika Jawatankuasa Penyiasatan itu membenarkan Kerajaan diwakili, ia hendaklah
juga membenarkan pegawai itu untuk diwakili dengan cara yang sama.

(9) Jika, semasa menjalankan penyiasatan itu, alasan-alasan selanjutnya bagi pembuangan kerja
pegawai itu telah didedahkan, Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah memberitahu alasan-alasan
tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan; dan jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang

berkenaan fikirkan patut untuk meneruskan tindakan terhadap pegawai itu berdasarkan alasan-alasan
itu, pegawai itu hendaklah diberi suatu pernyataan bertulis mengenai alasan-alasan tersebut dan
prosedur yang dinyatakan dalarn subperaturan (1), (2) dan (3) hendaklah diikuti.

(10) Jika seseorang pegawai yang dikehendaki untuk menghadirkan diri di hadapan suatu Jawatankuasa
Penyiasatan pada tarikh dan masa yang ditetapkan bagi pendengaran itu tidak menghadirkan dirinya,
dan jika tiada alasan yang mencukupi
diberikan bagi suatu penangguhan, Jawatankuasa Penyiasatan itu boleh terus menimbangkan dan
memutuskan aduan itu atau ia boleh menangguhkan pendengaran itu kepada suatu tarikh hadapan.

(11) Setelah tamat penyiasatannya, Jawatankuasa Penyiasatan itu hendaklah membuat suatu laporan
kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan. Jika Pihak Berkuasa Tatatertib itu berpendapat
bahawa laporan itu tidak jelas dalam apa-apa perkara tertentu atau bahawa penyiasatan selanjutnya
adalah dikehendaki perkara itu boleh dirujukkan balik kepada Jawatankuasa Penyiasatan itu untuk
menjalankan penyiasatan selanjutnya dan membuat laporan selanjutnya.

(12) Jika, setelah menimbangkan representasi di bawah subperaturan (1) dan, jika suatu Jawatankuasa
Penyiasatan dilantik, setelah menimbangkan laporan Jawatankuasa itu, Pihak Berkuasa Tatatertib yang
yang berkenaan mendapati-(a) bahawa pegawai itu bersalah kerana salahlaku dan patut dibuangkerja atau diturunkan pangkat,
Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah dengan serta-merta mengenakan hukuman yang sesuai;
(b) bahawa pegawai itu bersalah kerana salahlaku tetapi salahlaku itu tidak patut dikenakan hukuman
buang kerja atau turun pangkat tetapi patut dikenakan hukuman hukuman yang lebih ringan. Pihak
berkuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan keatas pegawai itu apa-apa hukuman yang lebih ringan
yang difikirkan sesuai dan patut; atau
(c) bahawa pegawai itu tidak bersalah kerana salahlaku, Pihak berkuasa Tatatertib itu hendaklah
membebaskannya.

Prosedur Dalam Kes Jika Pegawai Tidak Hadir Tanpa Cuti Dan Tidak Boleh Dikesan
29. (1) WaIau apa pun peruntukan peraturan 52, jika seseorang pegawai tidak hadir tanpa cuti selama
tujuh hari berturut-turut dan tidak boleh dikesan, Ketua Jabatan itu hendaklah menyebabkan suatu
surat dihantar kepada pegawai itu melalui Pos Berdaftar Akuan Terima ke alamatnya yang akhir
diketahui sebagaimana yang diberikan kepada Ketua Jabatan di bawah peraturan 52, mengarahkan
pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas dengan serta-merta.
Pegawai tidakhadir tanpacuti dan tidakboleh dikesan.

(2) Jika, selepas surat itu telah diserahkan,-(a) pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas; atau
(b) pegawai itu tidak melaporkan diri untuk bertugas atau tiada apa-apa jua khabar didengar
daripadanya,

Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang

berkenaan dan Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah memulakan tindakan tatatertib mengikut
Peraturan-Peraturan ini.

(3) Jika surat Pos Berdaftar Akuan Terima dikembalikan tak terserah, Ketua Jabatan itu hendaklah
melaporkan perkara itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa untuk membuang
kerja atau menurunkan pangkat dan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah mengambil
langkah untuk memberitahu dalam Warta bahawa pegawai itu tidak hadir tanpa cuti dan tidak boleh
dikesan.
(4) Bagi maksud peraturan ini, jika surat Pos Berdaftar Akuan Terima itu diterima oleh seseorang lain
selain daripada pegawai yang dimaksudkan, surat tersebut hendaklah disifatkan tak terserah.

Akibat tidak hadir tanpa cuti selepas pemberitahuan dalam Warta


30. (1) Jika pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penyiaran
pemberitahuan dalam Warta, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada Pihak Berkuasa
Tatatertib yang berkenaan dan Pihak Berkuasa Tatatertib tersebut hendaklah memulakan tindakan
tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan ini.

(2) Jika pegawai itu tidak melaporkan diri untuk bertugas dalam tempoh tujuh hari dari tarikh
penyiaran pemberitahuan dalam Warta, pegawai itu hendaklah disifatkan telah dibuang kerja daripada
perkhidmatan mulai dari tarikh dia tidak hadir tanpa cuti.

Perlucut hak dan emolumen kerana ketakhadiran tanpa cuti.


31. (1) Jika seseorang pegawai didapati bersalah kerana tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa
kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah, segala emolumen bagi apa-apa tempoh
yang dia tidak hadir hendaklah dilucuthakkan walaupun Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan tidak
mengarahkan perlucuthakan itu.

(2) Seseorang pegawai yang emolumennya dilucuthakkan di bawah peraturan ini hendaklah diberi notis
bertulis mengenai perlucuthakan tersebut.

(3) Bagi maksud peraturan ini, pelucuthakan emolumen bukanlah suatu hukuman tatatertib dalam
pengertian peraturan 38.

Prosedur Dalam Kes Jika Pegawai Dipertuduh DalamMahkamah Jenayah Atau Dikenakan Perintah
Tahanan,Buang Negeri, Dsb.

Prosedur jika prosiding jenayah dimulakan.


32. (1) Seseorang pegawai hendaklah dengan serta-merta memaklumkan kepada Ketua Jabatannya jika
apa-apa prosiding jenayah dimulakan terhadapnya dalam mana-mana mahkamah.

(2) Jika prosiding jenayah dimulakan terhadap seseorang pegawai, Pendaftar mahkamah atau Penolong
Kanan Pendaftar mahkamah yang dalamnya prosiding itu dimulakan hendaklah
menghantar kepada Ketua Jabatan yang di bawahnya pegawai itu sedang berkhidmat (a) pada permulaan prosiding itu, suatu laporan yang mengandungi maklumat-maklumat yang berikut:
(i) pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan terhadap pegawai itu:
(ii) jika pegawai itu ditangkap, tarikh dan waktu penangkapannya;
(iii) sama ada atau tidak pegawai itu dijamin; dan
(iv) apa-apa maklumat lain yang relevan; dan

(b) di akhir prosiding itu, keputusan mahkamah itu dan apa-apa maklumat berhubungan dengan apaapa rayuan, jika ada, yang telah difailkan oleh mana-mana pihak.

(3) Jika Ketua Jabatan mengetahui bahawa prosiding jenayah telah dimulakan dalam mana-mana
mahkamah terhadap seseorang pegawai yang sedang berkhidmat di bawahnya, dia hendaklah
mendapatkan suatu laporan yang mengandungi maklumat yang disebutkan dalam perenggan (2)(a)
daripada Pendaftar mahkamah atau Penolong Kanan Pendaftar mahkamah dan hendaklah
menghantarkannya kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan
hukuman buang kerja atau turun pangkat berserta dengan syornya tentang sama ada pegawai itu patut
ditahan daripada kerja.

(4) Setelah menimbangkan laporan tersebut dan syor Ketua Jabatan itu, Pihak Berkuasa Tatatertib yang
berkenaan boleh mengambil tindakan untuk menahan kerja pegawai itu mengikut peraturan 44.

(5) Jika prosiding jenayah terhadap seseorang pegawai berkenaan berkeputusan dengan dia disabitkan,
Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun
pangkat hendaklah, sama ada pegawai itu merayu atau tidak terhadap sabitan itu, menggantung
pegawai itu daripada menjalankan tugas-tugasnya mulai dari tarikh sabitannya, mengikut peraturan 46,
sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan di bawah peraturan 37.

(6) Jika seseorang pegawai itu berjaya dalam rayuan terhadap sabitannya dan dibebaskan oleh
mahkamah, dia hendaklah dibenarkan menjalankan semula tugasnya dan dia hendaklah dibenarkan
menerima apa-apa emolumennya yang tidak dibayar semasa dia ditahan kerja dan digantung kerja.

(7) Jika prosiding jenayah terhadap pegawai itu berkeputusan dengan dia dibebaskan dan tiada rayuan
oleh atau bagi pihak Pendakwa Raya terhadap pembebasan tersebut, pegawai itu hendaklah dibenarkan
menjalankan semula tugasnya dan dia hendaklah dibenarkan menerima apa-apa emolumennya yang
tidak dibayar semasa dia ditahan kerja. Walau bagaimanapun jika suatu rayuan dibuat terhadap
pembebasan tersebut, Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman
buang kerja atau turun pangkat hendaklah memutuskan sama ada atau tidak pegawai itu patut terus
ditahan kerja sehingga rayuan itu diputuskan.

(8) Dalam peraturan ini, perkataan "pembebasan" termasuklah suatu pelepasan yang tidak terjumlah
kepada suatu pembebasan.

Tanggungjawab Ketua Jabatan jika terdapat sabitan jenayah.


33. Jika prosiding jenayah terhadap seseorang pegawai berkeputusan dengan dia disabitkan, atau jika
rayuannya terhadap sabitan telah ditolak, Ketua Jabatan hendaklah memohon kepada Pendaftar
mahkamah atau Penotong Kanan Pendaftar mahkamah untuk mendapatkan suatu salinan keputusan
mahkamah itu. Apabila diterima keputusan itu, Ketua Jabatan hendaklah menghantarkannya kepada
Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun
pangkat, berserta dengan rekod perkhidmatan pegawai itu, dan hendaklah mengesyorkan sama ada
pegawai itu patut (a) dibuang kerja atau diturunkan pangkat:
(b) dikenakan apa-apa hukuman selain daripada hukuman buang kerja atau turun pangkat:
(c) ditamatkan perkhidmatannya demi kepentingan awam: atau
(d) tidak dikenakan apa-apa hukuman,

bergantung kepada jenis dan seriusnya kesalahan yang dilakukan berbanding dengan takat yang
pegawai itu telah mernburukkan nama perkhidmatan awam.

Tiada tindakan tatatertib boleh di ambil sementara menunggu penyelesaian prosiding jenayah.
34. (1) Jika prosiding jenayah telah dimulakan terhadap seseorang pegawai dan masih belum selesai,
tindakan tatatertib tidak boleh diambil terhadap pegawai itu berasaskan alasan yang sama dengan
pertuduhan jenayah yang masih belum selesai itu.

(2) Tiada apa-apa jua dalam subperaturan (1) boleh ditafsirkan sebagai menghalang tindakan tatatertib
diambil terhadap pegawai itu sementara menunggu penyelesaian prosiding jenayah itu berasaskan apaapa alasan lain yang berbangkit daripada kelakuannya dalam perlaksanaan tugas-tugasnya.

Akibatpembebasan.
35. (1) Seseorang pegawai yang dibebaskan oleh sesuatu mahkamah daripada pertuduhan jenayah tidak
boleh dikenakan tindakan tatatertib atas pertuduhan yang sama.

(2) Tiada apa-apa jua dalam subperaturan (1) boleh ditafsirkan sebagai menghalang tindakan tatatertib
diambil terhadap pegawai itu atas apa-apa alasan lain yang berbangkit daripada kelakuannya
berhubungan dengan pertuduhan jenayah itu, sama ada berkaitan atau tidak dengan perlaksanaan
tugasnya:

Dengan syarat bahawa alasan-alasan bagi tindakan tatatertib itu tidak boleh membangkitkan secara
substansial isu-isu yang sama dengan isu-isu yang atasnya pegawai itu dibebaskan.

36. (1) Jika Prosedur jika terdapat perintah tahanan, buang negeri, dsb.

(a) suatu perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi telah dibuat
terhadap seseorang pegawai; atau
(b) sesuatu perintah yang mengenakan ke atas pegawai itu apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan,
sama ada dengan bon atau selainnya, telah dibuat terhadap seseorang pegawai,
di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana
bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen,
atau perlindungan wanita dan gadis, Ketua Jabatan hendaklah memohon untuk mendapatkan suatu
salinan perintah itu daripada pihak berkuasa yang berkenaan. Apabila diterima suatu salinan perintah
itu, Ketua Jabatan hendaklah dengan segera mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang
mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat, dan Pihak Berkuasa
Tatatertib yang berkenaan hendaklah dengan serta-merta mengantung pegawai itu daripada
menjalankan tugasnya.

(2) Ketua Jabatan hendaklah menghantar suatu laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang
berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat
berserta dengan rekod perkhidmatan pegawai itu, dan hendaklah mengesyorkan sama ada pegawai itu
patut (a) dibuang kerja atau diturunkan pangkat;
(b) dikenakan apa-apa hukuman selain daripada hukuman buang kerja atau turun pangkat;
(c) ditamatkan perkhidmatannya demi kepentingan awam; atau
(d) tidak dikenakan apa-apa hukuman,
bergantung kepada takat yang pegawai itu telah memburukkan nama perkhidmatan awam.

37. (1) Jika, setelah menimbangkan laporan dan syor Ketua Jabatan yang dihantar mengikut peraturan
33 atau 36, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat -

Pertimbangan Pihak Berkuasa Tatatertib dalam kes sabitan dan tahanan


(a) bahawa pegawai itu patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat, Pihak Berkuasa Tatatertib itu
hendaklah dengan serta-merta mengenakan hukuman yang sesuai;
(b) bahawa pegawai itu tidak patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat tetapi patut dikenakan
hukuman yang lebih ringan, Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan ke atas pegawai itu
apa-apa hukuman yang lebih ringan yang difikirkannya sesuai dan patut; atau
(c) bahawa pegawai itu tidak patut dikenakan apa-apa hukuman, Pihak Berkuasa Tatatertib itu
hendaklah memutuskan sedemikian.
(2) Jika seseorang pegawai itu dihukum dengan hukuman selain daripada buang kerja atau jika tiada
hukuman dikenakan, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah mengarahkan pegawai itu
bertugas semula dan(a) dalam hal jika tiada hukuman dikenakan, hendaklah mengarahkan pegawai itu dibayar apa-apa
bahagian emolumen yang tidak dibayar kepadanya semasa tempoh penahanan kerjanya atau
penggantungan kerjanya;
(b) dalam hal jika hukuman telah dikenakan, boleh, mengikut budi bicaranya, mengarahkan pegawai
itu dibayar apa-apa bahagian emolumen yang tidak dibayar kepadanya semasa tempoh penahanan
kerjanya atau penggantungan kerjanya.

BAHAGIAN V: HUKUMAN

Hukumantatatertib.
38. Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh, jika ia mendapati seseorang pegawai bersalah
kerana melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini, dan setelah mengambilkira
seriusnya kesalahan itu, mengenakan ke atas pegawai itu mana-mana satu daripada hukuman yang
berikut atau apa-apa gabungan dua hukuman atau lebih;
(a) amaran;
(b) denda;
(c) lucuthak emolumen;
(d) tangguh pergerakan gaji;
(e) turun gaji;
(f) turun pangkat; atau
(g) buang kerja.

Denda atau lucut hak emolumen.


39. Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, hukuman denda atau lucuthak emolumen hendaklah dibuat
mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut ;
(a) apa-apa denda yang dikenakan pada mana-mana satu masa tidak boleh melebihi amaun yang setara
dengan tujuh hari emolumen pegawai yang berkenaan itu; dan jika seseorang pegawai didenda lebih
daripada sekali dalam mana-mana satu bulan kalendar, agregat denda yang dikenakan ke atasnya dalam
bulan itu tidak boleh melebihi amaun yang setara dengan empat puluh Iima peratus daripadaemolumen
bulanannya;
(b) hukuman lucut hak emolumen tidak tertakluk kepada perenggan (a) di atas berhubungan dengan
amaun maksimum denda pada mana-mana satu masa tertentu atau dalam mana-mana satu bulan
tertentu; jika hukuman itu berkaitan dengan kesalahan tidak hadir tanpa cuti atau tanpa kebenaran
terlebih dahulu atau tanpa sebab munasabah, amaun emolumen yang hendak dilucuthakkan hendaklah,
melainkan jika diputuskan selainnya oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan, dikira dengan mengambil kira
tempoh sebenar pegawai itu tidak hadir :
Dengan syarat bahawa hukuman ini tidak boleh dikenakan ke atas seseorang pegawai yang tidak hadir
tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab munasabah jika pegawai itu telah
dilucuthakkan emolumennya berkenaan dengan ketakhadiran itu di bawah peruntukan berhubungan
dengan cuti; dan
(c) segala denda atau perlucuthakan emolumen hendaklah dipotong daripada emolumen bulanan
pegawai itu dan hendaklah dibayar kepada Kerajaan.

40. (1) Hukuman tangguh pergerakan gaji boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang
berkenaan bagi tempoh :-

Penangguhan pegerakan gaji.


(a) tiga bulan;
(b) enam bulan;

(c) sembilan bulan; atau


(d) dua belas bulan.

yang Pihak Berkuasa Tatatertib fikirkan sesuai dan patut.

(2) Hukuman tangguh pergerakan gaji yang dikenakan ke atas seseorang pegawai hendaklah
dilaksanakan pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya bagi pegawai itu selepas tarikh
pengenaan hukuman itu oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

(3) Seseorang pegawai yang ke atasnya hukuman tangguh pergerakan gaji dikenakan tidak berhak
mendapat apa-apa pergerakan gaji bagi tempoh dan sepanjang tempoh hukuman itu berkuatkuasa.

(4) Hukuman tangguh pergerakan gaji hendaklah mempunyai akibat-akibat yang berikut :
(a) tarikh pergerakan gaji seseorang pegawai yang ke atasnya hukuman itu dikenakan hendaklah diubah
kepada tarikh pergerakan gaji paling hampir selepas habisnya tempoh hukuman; dan
(b) tarikh pergerakan gajinya hendaklah kekal pada tarikh yang diubah di bawah perenggan (a)
sehingga pegawai itu mencapai tanggagaji maksimum bagi jadualnya.

41. (1) Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan suatu hukuman turun gaji ke atas
seseorang pegawai mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut :

Penurunangaji
(a) gaji itu hanya boleh diturunkan secara mendatar dalam peringkat yang sama;
(b) penurunan gaji itu tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji; dan
(c) tempoh hukuman yang dikenakan tidak boleh kurang daripada dua belas bulan tetapi tidak boleh
melebihi tiga puluh enam bulan pada mana-mana satu masa.

(2) Tarikh pergerakan gaji seseorang pegawai yang ke atasnya hukuman turun gaji dikenakan hendaklah
diubah kepada tarikh pergerakan gaji yang berikutnya selepas habisnya tempoh hukuman itu.

(3) Seseorang pegawai yang ke atasnya hukuman turun gaji dikenakan tidaklah berhak mendapat apaapa pergerakan gaji bagi tempoh dan sepanjang tempoh yang dalamnya hukuman itu berkuatkuasa.

Penurunan pangkat.
42. Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan hukuman turun pangkat ke atas
seseorang pegawai mengikut cara yang berikut:
(a) dengan menurunkan gred pegawai itu kepada gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang
sama; dan
(b) dengan menentukan gaji pegawai itu pada suatu matagaji dalam jadual gaji gred yang dikurangkan

itu, yang adalah gaji yang lebih rendah daripada, tetapi paling hampir dengan, gaji akhir yang diterima
oleh pegawai itu sebelum hukuman dikenakan ke atasnya.

Butir-butir kesalahan dan hukuman hendaklah direkodkan.


43. Tiap-tiap tindakan tatatertib yang diambil terhadap seseorang pegawai yang berkeputusan dengan
suatu hukuman dikenakan ke atas pegawai itu di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah direkodkan
dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai itu dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang
dilakukan dan hukuman yang dikenakan.

BAHAGIAN VI: PENAHANAN KERJA DAN PENGGANTUNGAN KERJA

Penahanan kerja.
44. (1) Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman
buang kerja atau turun pangkat boleh, jika difikirkannya sesuai dan patut dan setelah mengambilkira
perkara-perkara yang dinyatakan dalam subperaturan (2), menahan seseorang pegawai daripada
menjalankan tugasnya jika --

(a) prosiding jenayah telah dimulakan terhadap pegawai itu, dan penahanan kerja itu boleh
dikuatkuasakan dari tarikh dia ditangkap atau dari tarikh saman diserahkan ke atasnya; atau
(b) prosiding tatatertib dengan tujuan untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat telah
dimulakan atau akan dimulakan terhadap pegawai itu, dan penahanan kerja itu
boleh dikuatkuasakan dari tarikh yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.
(2) Dalam mernutuskan sama ada seseorang pegawai patut ditahan kerja, faktor-faktor yang berikut
hendaklah diambil kira oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan:
(a) sama ada jenis kesalahan yang dengannya pegawai itu dipertuduhkan adalah secara langsung
berhubungan dengan tugas pegawai itu;
(b) sama ada kehadiran pegawai itu di pejabat akan mengendalakan penyiasatan; atau
(c) sama ada kehadiran pegawai itu di pejabat untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya yang
biasa boleh memalukan, atau boleh menjejaskan imej, jabatannya.

(3) Seseorang pegawai yang ditahan kerja hendaklah, melainkan jika dan sehingga dia digantung kerja
atau dibuang kerja, dibenarkan untuk menerima tidak kurang daripada separuh emolumennya yang
Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan fikirkan patut.

(4) Jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan memanggil balik seseorang pegawai yang telah
ditahan kerja di bawah subperaturan (1) untuk menjalankan semula tugasnya sedangkan prosiding
jenayah, atau prosiding tatatertib dengan tujuan untuk membuang kerja atau menurunkan pangkatnya
belum selesai, peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah mempunyai kuatkuasa :
(a) perintah penahanan kerja itu hendaklah terhenti dari tarikh pegawai itu menjalankan semula
tugasnya;
(b) pegawai itu hendaklah dibayar emolumennya yang penuh mulai dari tarikh dia menjalankan semula
tugasnya; dan

(c) bahagian emolumennya itu yang tidak dibayar semasa penahanan kerjanya tidak boleh dibayar
sehingga prosiding jenayah atau prosiding tatatertib dengan tujuan untuk membuang kerja atau
menurunkan pangkatnya telah diselesaikan dan suatu keputusan telah dibuat berkaitan dengan
emolumen itu.

(5) Tertakluk kepada subperaturan 32(7), jika seseorang pegawai telah dibebaskan daripada pertuduhan
jenayah, atau telah dilepaskan tetapi pelepasan itu tidak terjumlah kepada suatu pernbebasan atau
telah dibebaskan daripada apa-apa pertuduhan tatatertib, mana-mana bahagian emolumennya yang
tidak dibayar kepadanya semasa pegawai itu telah ditahan kerja hendaklah dibayar kepada pegawai
berkenaan.
45. ( 1) Walau apa pun apa-apa jua dalam Peraturan-Peraturan ini dan tanpa menjejaskan peraturan
44, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan mempunyai kuasa untuk membuang kerja atau

Penahanan kerja bagi maksud penyiasatan.

menurunkan pangkat boleh, bagi maksud memudahkan penyiasatan terhadap seseorang pegawai yang
dikatakan atau disyaki dengan munasabahnya telah melakukan apa-apa kesalahan jenayah di bawah
mana-mana undang-undang bertulis atau telah melakukan pelanggaran tatatertib yang serius, menahan
pegawai tersebut daripada menjalankan tugasnya bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi satu bulan.
(2) Sebelum Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan menahan seseorang pegawai daripada
menjalankan tugasnya di bawah subperaturan (1), faktor-faktor yang berikut hendaklah diberi
pertimbangan :
(a) sama ada pengataan atau pelanggaran tatatertib yang disyaki itu adalah secara langsung
berhubungan dengan tugas pegawai itu; atau
(b) sama ada kehadiran pegawai itu di pejabat akan mengendalakan penyiasatan.

(3) Walau apa pun apa-apa jua peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam PeraturanPeraturan ini, seseorang pegawai yang telah ditahan kerja di bawah subperaturan (1) adalah berhak
menerima emolumennya semasa tempoh penahanan kerjanya itu.

(4) Jika, semasa tempoh penahanan kerja di bawah subperaturan (1), (a) prosiding telah dimulakan terhadap pegawai itu dalam mana-mana mahkamah atas suatu
pertuduhan jenayah; atau
(b) tindakan tatatertib diambil terhadapnya dengan tujuan untuk membuang kerja atau menurunkan
pangkatnya di bawah Peraturan-Peraturan ini,
perintah penahanan kerja yang dibuat di bawah subperaturan (1) hendaklah secara autornatik terhenti
dari tarikh prosiding jenayah itu dimulakan atau tindakan tatatertib itu diambil; dan Pihak Berkuasa
Tatatertib yang berkenaan hendaklah mengambil apa-apa tindakan selanjutnya yang difikirkannya patut
di bawah peraturan 44.

Penggantungankerja.

46. (1) Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman
buang kerja atau turun pangkat hendaklah menggantung seseorang pegawai daripada menjalankan
tugasnya (a) jika pegawai itu disabitkan oleh mana-mana mahkamah jenayah; atau
(b) jika suatu perintah tahanan atau sekatan yang dinyatakan dalam peraturan 36 telah dibuat atau
dikenakan ke atas pegawai itu.

(2) Tarikh penggantungan kerja di bawah peraturan ini hendaklah bermula dari tarikh sabitan atau
tarikh kuatkuasa perintah tahanan atau sekatan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3) Seseorang pegawai yang digantung daripada menjalankan tugasnya -(a) tidak boleh dibenarkan untuk menerima apa-apa bahagian emolumennya yang tidak dibayar semasa
penahanan kerjanya di bawah peraturan 44; dan
(b) tidak dibenarkan menerima apa-apa emolumen dari tarikh penggantungan kerjanya.

(4) Suatu keputusan untuk menggantung kerja pegawai itu hendaklah dimaklumkan kepadanya secara
bertulis.

47. Jika prosiding tatatertib terhadap seseorang pegawai-Penerimaan emolumen yang tidak dibayar.
(a) berkeputusan dengan pegawai itu dibuang kerja, dia tidak berhak kepada mana-mana bahagian
emolumen yang tidak dibayar kepadanya semasa penahanan kerjanya atau penggantungan kerjanya;
atau
(b) berkeputusan dengan pegawai itu dikenakan suatu hukuman selain daripada buang kerja, pegawai
itu boleh menerima apa-apa bahagian emolumen yang tidak dibayar kepadanya semasa penahanan
kerjanya atau penggantungan kerjanya mengikut budi bicara Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan
yang mempunyai kuasa untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat.

48. (1) Seseorang pegawai yang ditahan kerja atau digantung kerja tidak boleh meninggalkan Malaysia
tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pihak BerkuasaTatatertib yang berkenaan; dan jika
pegawai tersebut sedang berkhidmat dengan Perwakilan Malaysia di seberang laut, dia boleh dipanggil
balik ke Malaysia dengan serta-merta dan, sementara menunggu suatu keputusan tentang sama ada dia
patut dibenarkan kembali kepada jawatannya atau dibuang kerja, dia tidak boleh meninggalkan
Malaysia tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

Meninggalkan negara semasa dibawah penahanan kerja atau penggantungan kerja.


(2) Walau apa pun peruntukan subperaturan 44(3) dan 45(3), Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan
hendaklah mengambil segala langkah yang perlu untuk memberhentikan bayaran apa-apa emolumen
kepada seseorang pegawai yang ditahan kerja dan yang telah meninggalkan Malaysia tanpa kebenaran
bertulis terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

(3) Walau apa pun peruntukan subperaturan (1), jika prosiding jenayah telah dimulakan terhadap
seseorang pegawai di negara asing, pegawai itu hendaklah ditahan kerja mengikut peraturan 44 dan
hendaklah diletakkan dalam jagaan Perwakilan Malaysia di negara itu dan dia tidak boleh dibenarkan
meninggalkan negara itu.

BAHAGIAN VII : PENAMATAN DEMI KEPENTINGAN AWAM

Penamatan demi kepentingan awam.


49. (1) Walau apa pun apa-apa peruntukan dalarn Peraturan-Peraturan ini, jika Kerajaan mendapati
atau jika representasi dibuat kepada Kerajaan bahawa adalah wajar perkhidmatan seseorang pegawai
ditamatkan demi kepentingan awam, Kerajaan bolehlah meminta laporan yang penuh daripada Ketua
Jabatan di mana pegawai itu sedang berkhidmat atau telah berkhidmat. Laporan tersebut hendaklah
mengandungi butir-butir berhubungan dengan kerja dan kelakuan pegawai itu dan ulasan-ulasan Ketua
Jabatan, jika ada.

(2) Jika, setelah menimbang laporan yang diterima di bawah subperaturan (1), Kerajaan berpuas hati
bahawa memandangkan syarat-syarat perkhidmatan, kegunaan pegawai itu kepada perkhidmatan,
kerja dan kelakuan pegawai itu dan segala hal keadaan lain kes itu, adalah wajar demi kepentingan
awarn untuk berbuat demikian, Kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan pegawai itu mulai dari
tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Kerajaan.

(3) Adalah sah di sisi undang-undang bagi Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk
mengesyorkan kepada Kerajaan bahawa perkhidmatan seseorang pegawai itu ditamatkan demi
kepentingan awam walau pun prosiding tatatertib belum dijalankan di bawah mana-mana peruntukan
Peraturan-Peraturan ini; dan Kerajaan boleh dengan demikian menamatkan perkhidmatan pegawai
tersebut. Subperaturan (4) hendaklah terpakai berkenaan dengan penamatan perkhidmatan pegawai
awam itu di bawah subperaturan ini.

(4) Walau apa pun apa-apa jua dalam Peraturan-Peraturan ini dan mana-mana undang-undang lain yang
berlawanan, apabila menamatkan perkhidmatan mana-mana pegawai demi kepentingan awam di
bawah peraturan ini, pegawai itu boleh tidak diberikan apa-apa peluang untuk didengar dan seseorang
pegawai yang perkhidmatannya telah ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan ini tidak
boleh, bagi maksud Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan, dianggapkan telah dibuang kerja, tidak
kira sama ada penamatan perkhidmatan pegawai itu melibatkan suatu elemen hukuman atau yang
berkaitan dengan kelakuan berhubungan dengan jawatannya yang Kerajaan menganggap tak
memuaskan atau patut disalahkan.

BAHAGIAN VIII : PELBAGAI

PemakaianPeraturan-Peraturan 1993.P.U. 290/68.P.U. (A) 273/69.P.U. (A) 203/80.


50. Prosedur-prosedur tatatertib yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai

bagi apa-apa pelanggaran apa-apa peruntukan Peratoran2 Pegawai2 Awam (Kelakuan dan Tata-tertib)
(Perentah 'Am, Bab D), 1968, atau Peratoran2 Pegawai2 Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Perentah 'Am,
Bab D), 1969 atau Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab "D")
1980sebagaimana prosedur itu dipakai bagi apa-apa pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan
Peraturan-Peraturan ini.

51. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan ini, Pihak Berkuasa
Tatatertib boleh mengenakan surcaj terhadap mana-mana pegawai mengikut Akta Prosedur Kewangan
1957.
Surcaj.

Akta 61
(2) Tiap-tiap pengenaan surcaj di bawah subperaturan (1) hendaklah direkodkan dalam Buku
Perkhidmatan Kerajaan pegawai itu.

52. (1) Tiap-tiap pegawai hendaklah memberi kepada Ketua Jabatannya alamat kediamannya atau apaapa perubahan alamat itu yang akan menjadi alamatnya bagi maksud menyampaikan kepadanya apaapa notis atau dokumen yang dikehendaki disampaikan di bawah Peraturan-Peraturan ini atau bagi
maksud memberitahunya mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan Peraturan-Peraturan ini.

Penyampaian notis, dokumen.dsb.


(2) Apa-apa dokumen, notis atau apa-apa komunikasi yang ditinggalkan di, atau diposkan melalui pos
biasa ke, alamat bagi penyampaian yang diberikan di bawah subperaturan (1) hendaklah disifatkan
telah disampaikan atau diberitahu dengan sewajarnya kepada pegawai itu.

53. (1) Surat dan pesuratan lain antara Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan dengan pegawai yang
dikenakan tindakan tatatertib hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib yang
berkenaan atau oleh mana-mana anggota Pihak Berkuasa Tatatertib itu bagi pihak Pengerusi.

Tandatangan pada suratdan persuratanl ain.


(2) Walau apa pun peruntukan subperaturan (1), jika Pihak Berkuasa Tatatertib itu adalah Suruhanjaya
Perkhidmatan yang ditubuhkan di bawah Bahagian X Perlembagaan Persekutuan, surat dan persuratan
lain yang dikehendaki ditandatangani boleh ditandatangai oleh Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan
yang berkenaan.

54. (1) Perintah-perintah Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab "D") 1980, kemudian daripada
ini disebut "Perintah-Perintah Am yang dimansuhkan", adalah dengan ini dimansuhkan.

Pemansuhan dan kecualian P.U (A) 203/80.


(2) Jika pada tarikh mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini, prosiding tatatertib belum selesai
di hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan, prosiding itu hendaklah diteruskan di bawah dan

dengan menepati Peraturan-Peraturan ini; tetapi jika pada mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan
ini, mana-mana perkara tatatertib sedang didengar, atau telah didengar tetapi tiada perintah atau
keputusan telah dibuat mengenainya, prosiding itu hendaklah diteruskan di bawah Perintah -Perintah
Am yang dimansuhkan.

(3) Bagi maksud menyelesaikan suatu pendengaran di hadapannya, atau membuat sesuatu perintah
atau memberi sesuatu keputusan mengenai perkara yang didengar sebelum mula berkuatkuasanya
Peraturan-Peraturan ini, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah menyelesaikan
pendengaran itu mengikut kuasa yang terletakhak padanya sebelum sahaja mula berkuatkuasanya
Peraturan-Peraturan ini dan boleh membuat apa-apa perintah atau keputusan yang boleh dibuat
olehnya di bawah kuasa yang terletakhak padanya sebelum sahaja mula berkuatkuasanya PeraturanPeraturan ini.

(4) Bagi rnaksud peraturan ini, "Pihak Berkuasa Tatatertib" hendaklah mempunyai pengertian yang
diberikan kepadanya di bawah Perintah-Perintah Am yang dimansuhkan.

JADUAL PERKHIDMATAN PERLU


(Subperaturan 21(7))
1. Perkhidmatan bomba.
2. Perkhidmatan penjara.
3. Perkhidmatan bekalan air.
4. Perkhidmatan perubatan dan kesihatan awarn.
5. Perkhidmatan perhubungan radio, termasuk perkhidmatan penyiaran dan televisyen.
6. Perkhidmatan pengangkutan melalui darat, air dan udara.
7. Perkhidmatan pelabuhan dan malim, perkhidmatan pangkalan kapal, termasuk perkhidmatan
pemunggahan dan pengendalian kargo, perkhidmatan lapangan terbang dan juruterbang, termasuk
perkhidmatan pengendalian kargo.
8. Mana-mana perkhidmatan yang dikendalikan oleh Jabatan Kerajaan yang berikut :
(a) Jabatan Kimia;
(b) Jabatan Kastam dan Eksais;
(c) Jabatan Imigresen;
(d) Jabatan Laut;
(e) Jabatan Kaji Cuaca.

Dibuat pada 4hb Oktober 1993.

Berteraskan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan
Berasaskan Prinsip KBSR:
- Pendekatan Bersepadu
- Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
- Peluang dan Kualiti Pendidikan yang Sama untuk
Semua Murid
- Pendidikan Seumur Hidup

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN


PELAJARAN MALAYSIBAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULU10

KOMUNIKASI
Kemahiran Asas
(Membaca, Menulis & Mengira)
Bahasa
Matematik

MURID
PERKEMBANGAN DIRI
INDIVIDU
Kesenian dan Rekreasi
Muzik
Seni Visual
Pendidikan Jasmani &
Pendidikan Kesihatan
Kemahiran Hidup
Kemahiran Hidup

MANUSIA DENGAN ALAM


SEKELILINGNYA
Kerohanian, Nilai dan Sikap
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Pendidikan Sivik &
Kewarganegaraan
Kemanusiaan dan Persekitaran
Sains
Kajian Tempatan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

1Komunikasi

Penggabungjalinan kemahiran
bahasa secara lisan dan bukan
lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi


Penguasaan pengetahuan sains,
kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan
kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan
kemahiran berasaskan teknologi

Kerohanian, Sikap &


Nilai
Penghayatan amalan
agama, kepercayaan,
sikap dan nilai

Perkembangan
Fizikal & Estetika
Perkembangan jasmani dan
kesihatan untuk kesejahteraan
diri
Pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasi

Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan
sahsiah diri melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum

Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan amalan
tentang kemasyarakatan dan
alam sekitar setempat, negara
dan global
Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULU12

Kreativiti dan Inovasi

Keusahawanan
Teknologi Maklumat dan
Komunikasi

You might also like