Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

REFLEKSI

Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan
peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah
Seni Cetak bagi subjek Pendidikan Seni. Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini,
pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.
Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan
muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini
memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain
yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi
tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau
bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut
cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini
kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar
memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing
bagi kami tetapi seni cetakan yang diajar oleh pensyarah bimbingan adalah perkara baru
pada saya.
Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah
mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah
pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada
rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan
hasil yang sangat memuaskan. Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga
telah saya mulakan semasa penyediaan bahan-bahan. Kolaborasi-kolaborasi tersebut
antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan
kemahiran dan pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah
banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.
Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa
perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran
pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dalam subjek ini, saya
mempelajari bahawa seseorang guru haruslah kreatif dan mempunyai pengetahuan tentang
seni bagi menarik minat murid dalam melakukan aktiviti kreativiti.

Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah bijak dan
kreatif dalam memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan untuk sesebuah aktiviti
pembelajaran. Kreativiti seseorang guru dalam perkara ini sangat penting dalam membantu
guru menyediakan satu aktiviti dan tajuk pembelajaran yang dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Ciri asas sesebuah bahan yang ingin digunakan mestilah menarik kepada muridmurid. Namun begitu, bahan yang menarik sahaja tidak cukup untuk memastikan sesebuah
aktiviti pembelajaran itu dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sebaliknya, sesebuah bahan
tersebut haruslah benar-benar dapat membantu keberkesanan sesebuah aktiviti
pembelajaran tersebut. Justeru itu, kreativiti idea seseorang guru sangat diperlukan dan
dituntut dalam menjayakan perkara ini.
Sebagai tambahan, seseorang guru haruslah mengutamakan ciri-ciri tempatan dan
dekat dengan persekitaran murid dalam memilih dan menggunakan bahan-bahan untuk
aktiviti pembelajaran. Ciri-ciri tempatan atau setempat yang dimaksudkan di sini ialah ciri-ciri
yang biasa dilihat oleh murid di persekitaran mereka. Dalam kata lain, perkara-perkara ini
adalah perkara-perkara yang sangat dekat dan diketahui oleh murid. Mengutamakan
pemilihan dan penggunaan bahan bercirikan tempatan ini sudah pasti bertepatan dan
bersesuaian kepada murid-murid kerana mereka akan lebih mudah mengikuti dan
memahami isi pembelajaran yang disampaikan. Penjelasan yang dapat diberikan di sini,
murid akan lebih mudah menjawab dan memberi respons kepada guru apabila diajukan
soalan dalam aktiviti pembelajaran. Contoh ciri-ciri tempatan yang boleh digunakan ialah
apa-apa sahaja yang sering dilihat oleh murid di persekitaran mereka seperti kraf tradisional
yang mereka ketahui.
Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan
tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan
tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada
pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan
seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal
lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi
memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati
standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat
menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang
sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.
Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai
kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit

pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya
dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang
demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan
masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.
Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang
melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan
kemahiran sedia ada saya. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing
Dr Mazlan bin Hj A. Karim atas segala tunjuk ajar yang diberi kepada saya dan rakan-rakan.
Dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang banyak memberi pendapat dan idea
kepada saya dalam menghasilkan tugasan ini.

NUR FARHANA BINTI HASSAN


880822-23-5174
KDPM KDC PRASEKOLAH
AMBILAN NOVEMBER 2013

You might also like