Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

Nama: Low May May

No. Matrik: A149704


Nama Pensyarah: Dr. Mohd. Khalid Bin Mohamad Nasir
UKM MOOC: GGGE1153 Komputer dalam Pendidikan
Perenggan dalam italic merupakan refleksi saya.
Modul 1: Pencarian Maklumat
1. Pencarian Maklumat
Cambah Minda: Bincangkan sejauhmanakah maklumat yang ada dimerata tempat
boleh dicapai, dengan menggunakan pelbagai enjin pencari. Senaraikan 4 enjin carian
maklumat dan fokus cariannya?
Saya dapat mempelajari kaedah pencarian maklumat yang lebih berkesan serta
efisien (Boolean) dan mengetahui tentang enjin carian maklumat dengan lebih
mendalam.
Pada pandangan saya, enjin carian maklumat membolehkan pengguna mencari
maklumat dengan senang, cepat dan teratur. Enjin carian maklumat akan memaparkan
pelbagai jenis maklumat dalam bentuk elektronik seperti video, gambar, artikel, blog,
journal dan sebagainya dengan hanya menaip kata kunci dan prasa dalam ruangan
yang disediakan. Maklumat yang dipaparkan biasanya merentasi seluruh dunia dan
dari pelbagai aspek. Sebagai contoh, kata kunci "English Language" di enjin
pencarian maklumat akan memaparkan hasil carian maklumat yang tidak terkira
(lebih kurang 450,000,000 data). Namun begitu, pengguna boleh mendapat carian
yang lebih spesifik dengan menggunakan kaedah pencarian "Boolean". Kaedah
pencarian "Boolean" menggunakan frasa "AND", "OR" atau menggunakan simbol ("
" atau *). Oleh itu, pengguna boleh mencari pelbagai maklumat dengan lebih mudah.
Contoh 4 enjin carian maklumat:
i) Google - Fokus cariannya adalah umum yang merangkumi pelbagai topik.
ii) Google Scholar - Fokus cariannya adalah bahan ilmiah atau akademik seperti
jurnal dan buku.
iii) JobStreet - Fokus cariannya adalah berkaitan dengan peluang pekerjaan.
iv) IFAC - Fokus cariannya adalah maklumat atau informasi mengenai bidang
perakaunan.
Sebagai kesimpulannya, enjin carian maklumat yang pelbagai mempunyai fungsi atau
fokus carian yang tertentu bagi membolehkan pengguna mendapat maklumat dengan
lebih efisien.

2. Teknik Carian Maklumat


Apakah tatacara carian maklumat yang paling berkesan? kenalpasti apakah jenis
maklumat yang diperolehi apabila pengguna menggunakan teknik
a) ..........OR................. b)............AND.............OR.................... c)
"................................" untuk mencari maklumat berkaitan dengan COMPUTER IN
EDUCATION.
Saya dapat mengetahui bahawa simbol dan perkataan yang digunakan bersama
dengan kata kunci memainkan peranan yang penting dalam carian maklumat yang
kita inginkan. Simbol dan perkataan yang digunakan dapat memudahkan hasil carian
maklumat yang diperlukan.
Pada pandangan saya, tatacara carian maklumat yang paling berkesan adalah
menggunakan simbol "......." bagi carian secara spesifik dan mudah. Penggunaan
simbol "......." juga akan mengurangkan jumlah data yang dipaparkan dan tidak
membebankan pengguna. Namun begitu, simbol-simbol yang lain seperti + dan atau perkataan OR dan AND juga dapat memudahkan carian maklumat mengikut
keperluan. Hasil carian maklumat yang dipaparkan akan berbeza dengan penggunaan
simbol dan perkataan yang tertentu.
a) .......OR.......
Jenis maklumat yang diperolehi dengan menaip computer OR in education di
enjin carian ialah maklumat berkaitan dengan computer dan education secara
berasingan tanpa mempunyai hubungkait atau kedua-duanya sekali mempunyai
hubungkait antara satu sama lain. Sebagai contoh, Wikipedia: Computers in
Education. Maklumat yang dipaparkan boleh didapati dalam bentuk jurnal, gambar,
berita dan laman web.
b) .......AND.......OR.......
Jenis maklumat yang diperolehi dengan menaip computer AND in OR
education di
enjin
carian
ialah
maklumat
berkaitan
dengan computer dan education yang
kedua-duanya
mempunyai
mempunyai
hubungkait antara satu sama lain. Kebanyakkan maklumat yang dipaparkan adalah
dalam bentuk jurnal. Sebagai contoh, Journal of Computers in Education Springer
c) "........."
Jenis maklumat yang diperolehi dengan menaip "computer in education" di enjin
carian ialah maklumat atau laman web yang berkaitan dengan "computer in
education". Setiap hasil carian mempunyai frasa atau kata kunci tersebut. Hal ini
bermaksud carian maklumat telah dilakukan secara terperinci mengikut kata kunci.
Maklumat yang dipaparkan boleh didapati dalam bentuk video, jurnal, blog dan lainlain.
2

3. Tugasan Google
Apakah bentuk maklumat yang diperoleh melalui carian menggunakan Google
Scholar?
Google Scholar merupakan satu alternatif yang sangat berguna kepada pelajar
universiti, pengkaji dan ahli akademik untuk mendapat bahan ilmiah dengan mudah.
Google Scholar merupakan satu alternatif bagi pengguna untuk mendapatkan bahan
ilmiah secara atas talian. Dengan menggunakan enjin carian maklumat di Google
Scholar, pengguna boleh mencari jurnal, buku, tesis dan artikel dengan mudah dan
cepat. Pengguna boleh memasukkan nama penulis, judul buku atau jurnal dan tahun di
enjin carian maklumat bagi mendapatkan bahan yang diinginkan. Selain itu, cara
menulis bibliografi atau rujukan bagi buku dan artikel juga boleh diketahui. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa dengan menggunakan Google Scholar, pengguna dapat
menjimatkan kos dan masa untuk mendapatkan sesuatu bahan ilmiah. Hal ini
demikian kerana kebanyakkan maklumat seperti jurnal dan tesis boleh dimuat turun
secara percuma.
Modul 2: Perbincangan Atas Talian
1. Perbincangan dalam Talian
Anda telah menonton video yang menerangkan tentang siapa, bagaimana, bila, dan di
mana perbincangan dalam talian ini dapat dilaksanakan. Kongsikanlah bersama rakanrakan tentang: TIGA perkara paling menarik tentang perbincangan dalam talian pada
pandangan anda DUA faedah daripada perbincagan dalam talian SATU contoh
platform dalam talian yang boleh anda gunakan.
Saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang perbincangan dalam talian.
Perbincangan dalam talian sememangnya merupakan satu platform yang sangat
berguna dan mempunyai banyak faedah yang boleh dimanfaatkan terutamanya dalam
bidang pendidikan.
Setelah menonton video yang dipaparkan, perbincangan dalam talian sememangnya
merupakan satu platform yang sangat berguna dan penting dalam perkongsian
maklumat dan menimba sesuatu ilmu yang baru.
Pada pandangan saya, tiga perkara paling menarik tentang perbincangan dalam
talian ialah:
1. Perbincangan dalam talian dapat dilakukan dengan mudah, cepat, dan di manamana sahaja. Hal ini bermaksud pengguna hanya perlu log masuk ke dalam forum
perbincangan dalam laman web tertentu untuk memberi pendapat dan berkongsi ilmu.
Aktiviti ini dapat dilakukan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa dengan
capaian internet.
3

2. Perbincangan dalam talian memberi peluang kepada pengguna untuk memberi


pendapat dan pandangan dengan lebih bebas. Hal ini demikian pengguna tidak perlu
bersemuka dengan orang yang ingin dihubung. Mereka boleh berhubung secara dalam
talian. Platform ini menjadi alternatif yang berguna bagi pengguna yang segan untuk
meluahkan pendapat secara komunikasi lisan.
3. Perbincangan dalam talian memberi peluang kepada pengguna untuk medapat
kenalan yang baru. Sebagai contoh, pengguna dapat berkenalan dengan orang yang
mempunyai minat yang sama terhadap sesuatu bidang atau idea yang dikemukan.
Dua faedah yang dapat diperolehi daripada perbincangan dalam talian ialah:
1. Pengguna dapat menimba ilmu pengetahuan yang baru. Hal ini demikian kerana
maklumat yang telah dikongsikan dapat dimanfaatkan dengan baik dan mencetus
idea-idea yang baru dalam sesuatu bidang.
2. Pengguna dapat meningkatkan kemahiran diri terutamanya dalam kemahiran
berkomunikasi dan penggunaan ICT jika aktiviti ini dilakukan secara berterusan.
Sebagai contoh, pengguna akan dapat menguasai teknik pencarian maklumat secara
berkesan menggunakan enjin carian maklumat. Kemahiran komunikasi juga akan
meningkat apabila pengguna berasa selesa untuk menyumbangkan pandangan dalam
forum perbincangan dalam talian.
Satu contoh platform dalam talian ialah Facebook. Pengguna boleh menyetai
menjadi ahli dalam komuniti atau kumpulan yang diminati untuk perkongsian
maklumat dan memberi pandangan.
2. Etika Perbincangan Atas Talian
Terangkan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa anda berbincang
secara atas talian.
Pada pandangan saya, kita harus mengamalkan etika yang baik dalam perbincangan
secara atas talian supaya perkongsian maklumat dan ilmu dapat berjalan dengan
lancar.
Pada pandangan saya, perkara yang boleh dilakukan semasa berbincang secara atas
talian ialah:
1. Baca terlebih dahulu tajuk atau soalan perbincangan sebelum memberi komen. Hal
ini demikian supaya pengguna boleh memahami tajuk perbincangan dengan lebih
mendalam dan mencari maklumat untuk berkongsi bersama.
2. Berkongsi bahan elektronik tambahan seperti artikel, jurnal, video, dan video yang
ditemui kepada ahli-ahli yang lain dalam perbincangan yang sama.

3. Memberi pandangan atau maklum balas kepada komen ahli-ahli sebelumnya.


Sebagai contoh, menyata persetujuan atau tidak kepada idea yang telah diberikan
dan memberi idea atau contoh tambahan.
4. Menghormati ahli-ahli lain dalam sesuatu perbincangan walaupun hanya secara
atas talian.
Perkara yang tidak boleh dilakukan semasa berbincang secara atas talian ialah:
1. Mengutuk ahli-ahli yang lain dalam perbincangan secara atas talian.
2. Memberi komen atau pandangan yang terlalu mengikut perasaan terhadap komen
ahli-ahli yang lain sehingga menimbulkan perselisihan faham atau menguris
perasaan ahli tersebut.
3. Copy and paste komen ahli-ahli yang lain. Hal ini menunjukkan ahli tersebut tidak
menyumbang idea dan pandangan dalam perbincangan secara atas talian.
Modul 3: Pembinaan Bahan Multimedia
1. Aspek Pembinaan Multimedia
Pada pandangan anda, bagaimana elemen multimedia dapat memberi kesan yang
lebih efektif kepada pelajar?
Pada pandangan saya, penggunaaan elemen multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran akan memberi manfaat kepada para pelajar terutamanya dalam
memahami sesuatu topik yang dipersembahkan.
Pada pandangan saya, elemen multimedia sememangnya dapat memberi kesan yang
lebih efektif kepada pelajar terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini demikian kerana multimedia menggunakan elemen-elemen seperti teks, audio,
video, grafik dan animasi untuk menghasilkan satu persembahan maklumat yang
menarik dan interaktif dengan menggunakan komputer. Elemen-elemen seperti grafik
dan animasi dalam persembahan maklumat bukan sahaja dapat menjadikan proses
pembelajaran lebih menarik tetapi pelajar juga dapat memahami sesuatu topik yang
diajar dengan lebih mudah dan mendalam.
2. Prinsip CASPER
Anda telah didedahkan dengan prinsip CASPER. Tugasan anda adalah membina satu
persembahan menggunakan PowerPoint/Prezi/Powtoon dengan mengambil kira
konsep CASPER. SIla kongsi pautan kepada bahan tersebut di bawah ini dan sila beri
pandangan membina kepada hasil bahan rakan-rakan anda.
Pada pandangan saya, prinsip CASPER merupakan satu prinsip reka letak yang
harus diaplikasikan dalam membina sesuatu persembahan elektronik yang menarik
dan dapat menarik minat pengguna. Hal ini seterusnya dapat memastikan mesej
dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
5

Jelaskan beserta dengan contoh, prinsip

C A S P E

R.

Prinsip CASPER merupakan satu prinsip reka letak dalam pembinaan persembahan
elektronik seperti PowerPoint. Prinsip CASPER merangkumi penyusunan media
seperti teks, grafik, audio, video dan animasi pada sesuatu persembahan agar dapat
menarik perhatian dan minat pengguna. Prinsip CASPER merupakan singkatan
perkataan bagi contrast, alignment, simplicity, proximity, emphasis, dan repetition.
Contrast (Perbezaan yang ketara)
Dua bahan atau media yang berbeza haruslah disusun dengan cara yang dapat dilihat
perbezaannya secara ketara. Sebagai contoh, font jenis besar dan jenis kecil atau
grafik kecil dan grafik besar. Contrast dapat menarik perhatian terhadap sesuatu reka
bentuk.
Alignment (Penjajaran)
Setiap item seperti teks atau grafik yang hendak diletakkan dalam muka perisian
perlulah seimbang agar persembahan kelihatan menarik dan kemas. Item juga perlu
mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain. Sebagai contoh, grafik yang
diletakkan tidak bertindih antara satu sama lain atau dengan teks.
Simplicity (Ringkas)
Teks, grafik, dan animasi yang diletakkan perlu ringkas, mudah, dan dapat
merangsang pengguna untuk memahami maksud yang ingin disampaikan. Sebagai
contoh, teks atau huraian yang diberi adalah ringkas dan tidak meletakkan terlalu
banyak grafik sehingga mencetuskan kekeliruan kepada pengguna.
Proximity (Jarak antara objek)
Item-item yang mempunyai kaitan antara satu sama lain perlu dikumpulkan supaya
kelihatan sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah. Item-item yang tidak berkaitan
dipisahkan atau dijarakkan agar tidak bertindih dan dapat dilihat sebagai maklumat
yang berbeza. Sebagai contoh, jarak antara teks dan grafik dalam persembahan.
Emphasis (Penekanan)
Merupakan cara untuk memberi penekanan kepada perkara dan maklumat yang
dianggap penting untuk disampaikan. Elemen sampingan tidak digunakan dengan
terlalu banyak sehingga menarik perhatian dari perkara dan maklumat yang penting.
Sebagai contoh, bentuk teks dan objek.
Repetition (Pengulangan)
Sesuatu mesej yang penting boleh diulang dengan menggunakan media yang lain
seperti teks, grafik, animasi dan video. Hal ini demikian supaya pengguna dapat
memahami dan mentaksir mesej yang ingin disampaikan dengan mudah.

3. Tugasan CASPER
Bina satu persembahan multimedia dengan menggunakan prinsip CASPER dan
kongsikan pautan kepada bahan multimedia anda di bawah ini:
Saya telah menghasilkan video ini dengan menggunakan PowToon dan
mengaplikasikan prinsip CASPER. Maklumat yang dipersembahkan adalah sekadar
perkongsian ilmu bersama.
Computer in Education - How to Be a Good Public Speaker

(Rujuk di Weebly Tugasan CASPER)


Modul 4: Aplikasi ICT dalam Penyelidikan
1. Asas Penyelidikan
Anda semua telah pun melihat video tentang asas penyelidikan bukan?
Proses penyelidikan merupakan satu proses yang harus dijalankan secara
bersistematik dan terancang. Ia bermula daripada mengenalpasti masalah kajian yang
hendak diberi perhatian dalam kajian anda.
Anda juga telah mempunyai ahli kumpulan masing-masing. Dalam ruang yang
disediakan di bawah, sila kongsi tajuk penyelidikan yang anda dan ahli kumpulan
telah rancang dengan memasukkan maklumat ini:
1) Tajuk
Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT): Penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Kalangan Mahasiswa di Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia
2) Penyataan masalah
Menurut Siti Rafidah Muhamat Dawam et al (2009), hasil kajian telah mendapati
masih ramai pelajar yang tidak mahir melakukan tugasan-tugasan mereka menerusi
portfolio, menghasilkan video, menggunakan kemudahan desktop dengan baik,
menggunakan kamera video, aplikasi pengimbas dan sebagainya. Perkara ini
disokong oleh Nooriah Yusof & Zakiyah Jamaluddin (2015) yang menyatakan pelajar
IPTA begitu lemah dalam menguasai kemahiran-kemahiran teknikal dan ICT yang
akan memberikan impak dan kesan kepada kebolehpasaran mereka untuk mencari
bidang pekerjaan yang sesuai di luar sana.
3) Metodologi kajian (gunakan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik)
1. Kajian Kepustakaan
2. Kaedah soal selidik secara atas talian (Google Form)
3. Kaedah Pemerhatian

2. Penggunaan Google Docs untuk tujuan kolaborasi


Sebagai tugasan, anda dan ahli kumpulan hendaklah menghasilkan proposal
penyelidikan berdasarkan tajuk yang telah dipersetujui bersama menggunakan Google
Docs. Masukkan maklumat berkaitan:
1) Tajuk
Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT): Penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Kalangan Mahasiswa di Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia
2) Penyataan masalah
Menurut Siti Rafidah Muhamat Dawam et al (2009), hasil kajian telah mendapati
bahawa masih ramai pelajar yang tidak mahir melakukan tugasan-tugasan mereka
menerusi portfolio, menghasilkan video, menggunakan kemahiran desktop dengan
baik, menggunakan kamera video, aplikasi pengimbas dan sebagainya. Perkara ini
disokong oleh Nooriah Yusof & Zakiyah Jamaluddin (2015) yang menyatakan pelajar
IPTA begitu lemah dalam menguasai kemahiran-kemahiran teknikal dan ICT yang
akan memberikan impak dan kesan kepada kebolehpasaran mereka untuk mencari
bidang pekerjaan yang sesuai di luar sana.
3) Metodologi kajian (gunakan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik)
i. Kajian Kepustakaan
ii. Kaedah soal selidik secara atas talian (Google Form)
iii. Kaedah Pemerhatian
Kemudian, kongsikan pautan (link) Google Dos anda di sini. Jangan lupa masukkan
nama ahli dan salah seorang ahli boleh memuatnaik fail Google Docs seabagi wakil
ahli kumpulan mereka.
Pautan Google Docs:
https://docs.google.com/document/d/14RAHZUwIpP33ovmt3DsHnDSuwfWAKus_
V2KFlMnAXaw/pub
Nama ahli:
Low May May (A149704)
Siti Rafidah Binti Mohd. Tauhid (A156764)

3. Penggunaan Google Forms untuk Membangunkan Soal Selidik


Anda telah melihat tutorial bagaimana menggunakan Google Forms untuk membina
soal selidik.
Anda juga mungkin telah mencuba membangunkan soal selidik menggunaka Google
Forms ini. Sila kongsikan dengan rakan-rakan yang lain di sini tentang apakah
cabaran yang anda hadapi dalam pembangunan soal selidik menggunakan Google
Forms. Selain itu, bagaimanakah anda melihat penggunaan Google Forms ini
mempermudah urusan seseorang penyelidik?
Cabaran yang saya hadapi dalam pembangunan soal selidik menggunakan Google
Forms ialah:
1. Mengambil masa yang agak panjang untuk membina soal selidik kerana perlu
menggunakan aplikasi-aplikasi yang ada dalam Google Forms secara berulangkali
untuk menghasilkan setiap soalan.
Faedah-faedah penggunaan Google Forms dalam menjalankan sesuatu penyelidikan
ialah:
1. Menjimatkan masa dalam kaedah pengumpulan data kerana penyelidik hanya
perlu berkongsi pautan Google Forms kepada para responden melalui laman
sosial dan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam telefon bimbit.
2. Menjimatkan masa dalam kaedah penganalisisan data kerana penyelidik boleh
melihat maklum balas daripada para responden melalui Google Sheets dan carta
pai dan peratusan (%) boleh dilihat melalui Google Forms.
3. Maklumat daripada para responden adalah sulit dan selamat.
Pautan Google Forms:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScLR-7iOsEVJRJSEGSMPrgoYXuxCSd
ZlXaljQYQiEBIKfP09A/viewform
Modul 5: Pengenalan kepada Helaian Hamparan Elektronik
1. Membina Lembaran Kerja
Sila kemukakan masalah anda ATAU sila beri pandangan cara penyelesaian masalah
rakan anda pada ruang ini.
Saya tidak menghadapi sebarang masalah dalam pembinaan lembaran kerja. Video
ke-4 sehingga ke-12 yang dipaparkan telah menjadi panduan yang sangat berguna
dalam aktiviti pembinaan lembaran kerja.
Pautan laman web: http://www.gcflearnfree.org/excel2013/

2. Menggunakan Fitur-Fitur dalam Excel 2013


Sila kemukakan masalah anda ATAU sila respon kepada masalah rakan anda pada
ruang ini.
Pada pandangan saya, Microsoft Excel merupakan satu perisian yang memudahkan
atau membantu kita dalam melakukan analisis data terutamanya dalam pengiraan
dan pembinaan graf.
Pada pandangan saya, Microsoft Excel merupakan satu perisian yang memudahkan
atau membantu kita dalam melakukan analisis data. Hal ini demikian kerana
Microsoft Excel membolehkan kita membuat pengiraan dengan cepat dan mudah
dengan menggunakan fitur-fitur yang ada. Sebagai contoh, kita akan medapat jumlah
sesuatu nilai, purata, mod, sisihan piawai dan lain-lain dengan hanya perlu
menggunakan formula tertentu dalam Microsoft Excel. Kita juga dapat membina graf
dengan mudah menggunakan Microsoft Excel. Bagi saya, fitur-fitur di dalam
Microsoft Excel sedikit rumit. Saya perlu mencuba beberapa kali baru berjaya
menggunakan fitur-fitur tersebut.
3. Menghantar Tugasan
Lembaran kerja yang telah lengkap perlu dihantar untuk penilaian. Sila muat naik
(upload) lembaran kerja anda pada ruang yang disediakan.
Rujuk tugasan 8 dan refleksi minggu ke-13 di Weebly
Modul 6: Analisis Data Kajian
1. Mendapatkan Data Kajian
Sila dapatkan data-data kajian anda, simpan (save) data tersebut di dalam satu folder
dalam Google Drive. Share folder berkenaan dengan pensyarah anda.
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk melakukan aktiviti ini, sila kemukakan
masalah anda dalam sesi perbincangan. Selain itu anda juga perlu turut membantu
rakan anda yang menghadapi masalah sebab "sharing is caring"
Saya telah menyimpan data kajian dengan memuat turun Google Sheets yang
mengandungi jawapan responden ke dalam Google Drive. Selain itu, saya dapat
menganalisis data yang ada dengan baik berpandukan video yang dipaparkan. Pada
pandangan saya, Google Forms sememangnya membantu kita dalam penganalisisan
data dengan mudah dan Google Drive merupakan satu tempat penyimpanan data yang
selamat.

10

2. Analisis Data Kajian


Saya percaya anda telah berjaya mendapatkan data-data kajian anda. Berpandukan
tips yang diberikan dalam video, analisis data kajian anda untuk mendapat jawapan
kepada objektif kajian anda. Seandainya anda menghadapi masalah untuk melakukan
aktiviti ini, sila kemukakan masalah anda di sini.
Penggunaan fitur-fitur dalam Microsoft Excel sememangnya memudahkan proses
penganalisisan data kajian.
Dengan menjadikan video yang dipaparkan sebagai panduan, saya tidak mengalami
masalah dalam menganalisis data kajian saya. Dengan menggunakan function
'COUNTIF' di Microsoft Excel, saya dapat melihat hasil data kajian saya dengan lebih
jelas.
3. Laporan Dapatan Kajian
Sila kemukakan masalah anda ATAU respon kepada masalah anda di sini.
Proses pengumpulan maklumat bagi penulisan kajian literatur merupakan satu
proses yang agak mencabar.
Saya tidak menghadapi masalah dalam proses penyediakan laporan kajian. Masalah
yang dihadapi oleh saya dan rakan saya, Siti Rafidah adalah dari segi pengumpulan
maklumat yang relevan dengan tajuk kajian kami bagi penulisan kajian literatur.
Namun begitu, kami akhirnya berjaya untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan
dalam kajian literatur dan menghasilkan bab tersebut dengan baik.
4. Tugasan: Laporan Kajian
Sila muat naik fail laporan anda di sini:
Rujuk Tugasan 5 di Weebly
Modul 7: Penerbitan Atas Meja (Desktop Publishing)
1. Membina Brosur 3 Lipatan Dengan Word
Anda berpengalaman membina brosur dengan Word? Kongsikan di sini.
Pada pandangan saya, pembinaan brosur yang menarik dengan menggunakan
Microsoft Word juga merupakan satu alternatif yang baik.
Saya tidak pernah membina brosur dengan menggunakan Microsoft Word. Oleh itu,
ini merupakan pengalaman yang baru bagi saya. Saya telah membina satu brosur
mengenai LMS & CMS dengan menonton video yang dipaparkan dan juga video
YouTube yang lain. Pada pandangan saya, pembinaan brosur dengan menggunakan
Microsoft Word adalah lebih lama jika berbanding dengan Microsoft Publisher. Hal
11

ini demikian kerana kita perlu membina kotak dan menggunakan text box.
Penghasilan latar belakang brosur adalah berdasarkan kreativiti sendiri. Walau
bagaimanapun, pembinaan brosur yang menarik dengan menggunakan Microsoft
Word juga merupakan satu alternatif yang baik.
2. Membina Brosur dengan Publisher
Hah...Bagaimana sudah mencuba....senang atau susah berbanding guna Word?
Pada pandangan saya, Microsoft Publisher dapat menghasilkan brosur yang menarik
dengan lebih mudah.
Pada pandangan saya, pembinaan brosur dengan menggunakan Microsoft Publisher
adalah lebih senang berbanding dengan Microsoft Word. Hal ini demikian kerana
Microsoft Publisher mempunyai templates sedia ada yang pelbagai untuk digunakan.
Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa kerana pengguna hanya perlu
memasukkan unsur teks, grafik dan warna. Sama seperti Microsoft Word, Microsoft
Publisher juga dapat menghasilkan brosur yang menarik dengan lebih mudah.
3. Membina Brosur dengan aplikasi lain
Nyatakan perisian lain yang ada tahu untuk membuat brosur atau poster.
MyCreativeShop merupakan satu alternatif perisian lain yang boleh digunakan untuk
membuat brosur dan poster.
Perisian lain yang boleh digunakan untuk membuat brosur atau poster
ialah MyCreativeShop. MyCreativeShop membolehkan pengguna membuat brosur,
poster, risalah, kad nama dan sebagainya dengan mudah secara atas
talian. MyCreativeShop menyediakan lebih kurang 1000 templates sedia ada yang
pelbagai untuk dipilih oleh pengguna mengikut citarasa mereka. Dengan
menggunakan MyCreativeShop, pengguna boleh muat turun hasil kerja dalam bentuk
pdf. dan melakukan perkongsian hasil kerja melalui Facebook, Twitter dan media
sosial yang lain.
Berikut merupakan link ke MyCreativeShop:
https://www.mycreativeshop.com/
Modul 8: Penerbitan Video
1. Papan Cerita (StoryBoard)
Kenapa 'storyboad' penting sebelum kita membuat video? Apa akan terjadi tanpa
storyboard?
Pada pandangan saya, storyboard atau papan cerita perlulah dirancang dengan baik
agar penerbitan video dapat berjalan dengan lancar.
12

Storyboard atau juga dikenali sebagai papan cerita memainkan peranan yang penting
dalam penghasilan video yang baik. Storyboard merupakan himpunan lakaran rupa
bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi multimedia. Hal ini juga
bermaksud storyboard mengambil kira susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau
imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik
bergerak atau media interaktif.
Antara kepentingan storyboard ialah membantu dalam merancang perjalanan cerita
animasi dari satu gambar ke gambar yang lain dan perletakan unsur-unsur yang
mendebarkan serta menarik. Selain itu, storyboard juga membolehkan ahli penerbitan
membuat sebarang perubahan aksi sebelum memulakan proses animasi. Ahli
penerbitan juga boleh mendapat maklum balas daripada orang lain tentang sesuatu
idea dengan menggunakan storyboard. Sebagai kesimpulannya, storyboard
merupakan satu panduan yang penting bagi ahli penerbitan dalam penghasilan video
yang baik.

2. Penggambaran (Shooting)
Pernahkah anda merakam video....? Ceritakan sedikit pengalaman anda di sini....
Aktiviti merakam video merupakan satu pengalaman yang sangat menarik dan
berharga bagi saya.
Saya pernah merakam video dengan menggunakan telefon bimbit mahupun kamera.
Pada pandangan saya, saya lebih suka merakam video dengan menggunakan kamera
kerana kualiti video yang baik dan pixel yang lebih tinggi berbanding dengan telefon
bimbit. Pada kebiasaannya, saya akan merakam video bagi memenuhi keperluan
tugasan atau sesuatu kursus. Saya juga merakam video untuk dijadikan sebagai
kenangan yang berharga pada masa hadapan. Aktiviti merakam video merupakan satu
pengalaman yang sangat menarik dan berharga bagi saya.
3. Penyuntingan (Editing)
Hah...berdasar video tadi, apakah perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa proses
penyuntingan? Dan senaraikan 3 perisian video editing yang anda tahu...
Pada pandangan saya, penyuntingan video merupakan satu proses yang amat penting
untuk menghasilkan video yang berkualiti dan berjalan dengan lancar. Proses
penyuntingan juga dapat menanbahbaik video yang dihasilkan dengan memberi
effects yang bersesuaian untuk menjadikannya lebih menarik.
Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa proses penyuntingan ialah:
1. Menggunakan saiz font tulisan yang terlalu kecil.
2. Menggunakan effects pada video secara berlebihan.
13

Tiga perisian video editing yang anda tahu:


1. Windows Movie Maker
2. Wondershare Filmora
3. VideoPad Video Editor

14

You might also like