Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PERLEMBAGAAN PPIM

Fasal 1 : Nama dan Alamat.


i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama

..........................................................................

......................................................................................................................................
ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini
adalah ............................................................................................................................
.....................................................................................................................................

Fasal 2 : Tujuan Persatuan


i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan.
ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin

murid.

iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan.

Fasal 3 : Keahlian
i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah.
ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.
iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi pelajar bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan.

Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli.


i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam
aktiviti persatuan.
ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan
dalam persatuan.

semua

Fasal 5 : Mesyuarat.
Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk:
- memilih Ahli Jawatan Kuasa persatuan.
- kewangan
- ucapan penangguhan
- cadangan-cadangan
ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada:
a. Pengerusi
b. Setiausaha
c. Bendahari
d. Enam orang AJK
iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun berkenaan.
iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan.
v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli.
vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa.
Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan

i. Pengerusi - menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala

mensyuarat dan

aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.


ii. Setiausaha - menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan
laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan

surat, menulis

persatuan.

iii. Bendahari - bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada kutipan
berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat.

Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan


i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui :
a. wang SUWA (Kokurikulum).
b. sumbangan PIBG.
c. derma daripada ahli dan orang ramai.

ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat

kelulusan pihak

pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.

Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan


i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan

mesyuara agung.

ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar.

Fasal 9 : Tafsiran
i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara
dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai

itu hendaklah

perkara itu adalah

muktamad.

Fasal 10 : Pembubaran
i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir

..................................................
(NAMA & T.TANGAN PENGETUA)

sekolah.

.............................................................
(NAMA & T.TANGAN PEN KANAN HEM)

PENUBUHAN DAN PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PPIM DI SEKOLAH


1. Guru Pemimpin mendapatkan senarai pelajar yang berminat untuk menjadi ahli PPIM.
2. a) Menguruskan pendaftaran penubuhan PPIM sekolah dengan mengisi borang pendaftaran penubuhan
PPIM dalam 5 salinan:
Salinan 1 dihantar terus ke Ibu Pejabat PPIM
(u.p. Setiausaha Kehormat PPIM)
Salinan 2 kepada Setiausaha Perhubungan Negeri
Salinan 3 kepada Setiausaha Daerah
Salinan 4 kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Salinan 5 untuk fail sekolah
b) Borang Pendaftaran boleh diperolehi daripada PPIM Kebangsaan beralamat:
Setiausaha Kehormat,
Pergerakan Puteri Islam Malaysia,
Bangunan Tunku Puan Besar Kursiah,
Jalan Pantai Baru,
Kuala Lumpur.
3. a) Ibu pejabat PPIM akan menghantar surat Pengesahan Pendaftaran, Kad Perakuan Pendaftaran
(Berserta nombor pendaftaran) bersama-sama sukatan pelajaran.
b) Kad Perakuan Pendaftaran dikeluarkan hanya sekali sahaja. Ia merupakan 'PERMIT' dan perlu
disimpan di sekolah dengan selamat. Adalah lebih baik jika dipamerkan di Bilik Kokurikulum.
4. Pendaftaran Ahli:
a) Borang Kebenaran Ibu bapa:
Sebelum didaftarkan kebenaran daripada ibu bapa perlu diperolehi.

b) Borang Ahli (Lampiran F)


Guru Pemimpin perlu mengedarkan Borang Ahli kepada pelajar untuk diisi dan kemudian
disampaikan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri untuk mendapatkan Nombor Pendaftaran.
Keratan borang hendaklah dikembalikan kepada sekolah.
c) Pendaftaran Pensyarah/Guru Pemimpin dan Ahli Tidak Beruniform (Lampiran G)
Guru-guru Pemimpin dan ahli-ahli tidak beruniform perlu mendaftar dengan menggunakan
Borang Permohonan Menjadi Ahli (Tidak Beruniform) - Lampiran G. Borang hendaklah
disahkan oleh Perhubungan Negeri dan keratan hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat PPIM.
5. a) Yuran Ahli
i.

Murid:
Yuran dikenakan RM2.00 setahun
Agihan adalah seperti berikut:Sekolah

70 sen

Daerah

10 sen

Negeri

10 sen

Pusat/kebangsaan
ii.

10 sen

Guru Pemimpin dan Ahli Tidak Beruniform:


Yuran dikenakan RM2.00 setahun
Agihan adalah seperti berikut:Ibu Pejabat PPIM
Perhubungan Negeri/BPG

RM0.50
RM1.50

Yuran hendaklah dijelaskan melalui 'money order/postal order/cek' di atas nama Pergerakan
Puteri Islam Malaysia dan dijelaskan sebelum bulan Mac setiap tahun.
b) Yuran Tahunan (Lampiran I)
Setiap ahli (murid) perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM1.00 dengan menggunakan
Borang Yuran Tahunan (Lampiran I)
Agihan yuran sama seperti (i)
Yuran ahli Tidak Beruniform, Pensyarah dan Guru
Pemimpin adalah sebanyak RM2.00 dan agihan sama seperti (ii)
Perhatian: Pastikan perkara-perkara berikut dihantar kepada:
a) Ibu Pejabat PPIM (Kebangsaan)
i

Borang Penubuhan PPIM - Lampiran E

ii

Senarai nama ahli - Lampiran H

iii Yuran - 10 sen bagi setiap ahli


b) Perhubungan Negeri
i

Borang Penubuhan PPIM - Lampiran E

ii

Borang ahli - Lampiran F

iii Senarai nama ahli - Lampiran H


iv Yuran - 10 sen setiap ahli
c) Perhubungan Daerah
i

Borang Penubuhan PPIM - Lampiran E

ii Senarai nama ahli - Lampiran H


iii Yuran ahli - 10 sen setiap ahli
d) Jabatan Pendidikan Negeri
( u.p. Unit Kokurikulum)
i

Borang Penubuhan PPIM - Lampiran E

ii Surat Pengesahan Pendaftaran dari Ibu Pejabat PPIM

6.

Pembahagian ahli Mengikut Pasukan dan Menamakan Kumpulan


a)

Jumlah ahli setiap pasukan tidak melebihi 40-50 orang dan terdiri daripada beberapa

kumpulan.
b)

Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 10-15 orang.

c)

Nama setiap kumpulan adalah terpulang kepada sekolah berkenaan.

d)

Nama setiap pasukan hendaklah ditentukan oleh negeri masing-masing mengikut format

berikut:Contohnya:
Pada tahun 1988 Sekolah Seri Puteri Kuala Lumpur menubuhkan PPIM dengan ahlinya
seramai 85 orang.

7. Menyediakan Keperluan Asas


Pensyarah Pemimpin/Ketua Guru Pemimpin/Guru Pemimpin /Guru Pemimpin perlu membeli:
a)

Buku Perlembagaan

b)

Bendera PPIM

c)

Kaset lagu PPIM

d)

Lencana Pemimpin dan Puteri

e)

Kad Ahli

f)

Uniform - Kain merah jambu

g)

Buku Panduan Pemimpin

h)
i)

Buku Pengurusan dan Pentadbiran PPIM


Sukatan Pelajaran

8. Menyediakan Keperluan Asas


a)

Buku/Rekod Pendaftaran Ahli - Lampiran K


(Nama dan butir-butir peribadi)

b)

Buku/Rekod Kehadiran Pasukan - Lampiran L

c)

Buku/Rekod Yuran Ahli - Lampiran M

d)

Buku/Akaun (Penyata Kewangan)


Lain-lain Keperluan:
fail-fail
Buku Stok
Cop-cop

9.

Cara Pembahagian Ahli


Pasukan 1 ada 45 orang - Kumpulan 1 - 15 orang
Kumpulan 2 - 15 orang
Kumpulan 3 - 15 orang
Pasukan 2 ada 40 orang - Kumpulan 4 - 15 orang
Kumpulan 5 - 15 orang
Kumpulan 6 - 15 orang

10. Cara Menamakan Pasukan/Kumpulan


Pasukan 1 SSP (M) WPKL/1/88
Kumpulan 1 - Kumpulan Mawar
Kumpulan 2 - Kumpulan Anggerik
Kumpulan 3 - Kumpulan Kemboja
Pasukan 2 SSP (M) WPKL/2/88
Kumpulan 4 - Kumpulan Melati
Kumpulan 5 - Kumpulan Teratai
Pada tahun 1990, bilangan ahli baru bertambah di Sekolah Seri Puteri seramai 40 orang lagi. Ini
bermakna pertambahan 1 pasukan lagi, iaitu 3 kumpulan.

11. Cara Pembahagian Ahli dan Menamakan Pasukan/Kumpulan


Pasukan 3 - SSP (M) WPKL/30/90
Kumpulan 7 - Kumpulan Kenanga - 15 orang

Kumpulan 8 - Kumpulan Matahari - 15 orang


Kumpulan 9 - Kumpulan Cempaka -10 orang
Jumlah ahli baru 40 orang
Dengan lain perkataan, PPIM di sekolah Seri Puteri mengandungi:Bilangan Pasukan - 3
Bilangan Kumpulan - 9
Bilangan ahli PPIM - 125 orang

12. Peringkat Penglibatan


Di peringkat sekolah pula, penglibatan sepenuhnya adakah dengan unit Kokurikulum dan
Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS) yang diwujudkan berdasarkan Pekeliling Iktisas Bil
1/1985 bertarikh 2 Januari 1985.
13. Mengemas kini Rekod dan Pengumpulan Maklumat
i

Statistik
a)

Keahlian
i. Bilangan ahli PPIM, mengikut sekolah/daerah/negeri/kebangsaan.
ii. Bilangan ahli tidak beruniform mengikut sekolah/daerah/negeri/kebangsaan.

b)

Maklumat Guru
i.

Bilangan Guru-Guru Pemimpin, mengikut sekolah/daerah/negeri/kebangsaan.

ii. Rekod guru-guru yang telah menghadiri kursus peringkat


daerah/negeri/kebangsaan.
iii. Rekod guru-guru yang telah mengikuti perkhemahan di peringkat
sekolah/daerah/negeri/kebangsaan.
c)

Lain-lain Maklumat
i.

Rekod Hari Puteri/Tokoh Puteri dan Biodata mengikut tahun.

ii. Rekod aktiviti PPIM


iii. Penyertaan perwakilan PPIM (ahli dan Pemimpin) ke seminar, bengkel, simposium,
perhimpunan, persidangan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
iv. Senarai perwakilan PPIM sebagai Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia dan
Majlis Negeri serta Daerah.
v. Senarai perwakilan ke Mesyuarat Agung PPIM Peringkat Kebangsaan.

vi. Senarai AJK Pentadbir Peringkat Kebangsaan/Negeri/Daerah atau Jawatankuasa


Peringkat Sekolah.

LATAR BELAKANG PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak
secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian
Tinggi di seluruh Malaysia.
Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan
potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T

SEJARAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan
Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang
pertama.
Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada
aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6
Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum
Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Y.A.Bhg.

Toh

Puan

Norashikin

Ismail

dilantik

sebagai

Yang

DiPertua

PPIM

Pertama.

Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan
di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.
Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf Puteri Cemerlang dan Piala
Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.
Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum
(GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.

Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996
bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat
seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh
Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu
pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan
setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.

PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN

Baju kawad
PAKAIAN

SERAGAM AHLI DAN


PEMIMPIN

Baju pemimpin

PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN

Baju Puteri

PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN

Baju riadah

You might also like