Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SERVIS AUTOMOBIL DAN MOTOSIKAL

1.0 PENGENALAN 5S
Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada awal
tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan
persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi
dan

menentukan

kepatuhan

kepada

piawaian

serta

dapat

memupuk

usaha

penambahbaikan yang berterusan. Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat


meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.
Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap dan konsisten juga akan memberi nilai tambah kepada
imej korporat organisasi secara keseluruhan. Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula
diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta
terutama syarikat-syarikat multinasional. Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam
mengamalkan Amalan 5S malah ada di kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi
persijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

2.0 KONSEP AMALAN 5S


Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun
dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan
huruf awalan Syang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik.
Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan
menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan
Sentiasa Amal. Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan
budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai Kaizen dalam Bahasa Jepun.
Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan
terutama dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya,

SERVIS AUTOMOBIL DAN MOTOSIKAL


penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota dalam
organisasi.

3.0 APLIKASI 5S
Pada setiap teknik 3S pertama (SISIH, SUSUN, SAPU), terdapat beberapa panduan yang
diguna pakai bagi menjaga kebersihan tempat kerja, melakukan aktiviti pelupusan,
menyusun barang-barang serta rekod-rekod seterusnya membentuk pasukan kerja yang
baik. Pada peringkat 2S yang terakhir (SENTIASA AMAL, SERAGAM), kita akan melihat
bagaimana kesemua teknik itu dapat dijayakan agar ia menjadi budaya kerja yang
cemerlang.

SISIH

SENTIASA
AMAL

SUSUN

SERAGAM

SAPU

Rajah 1 : Kitaran Amalan 5S


Teknik 5S diguna pakai bagi mewujudkan tempat kerja yang sistematik, teratur, bersih dan
kemas. Amalan ini menjadikan sistem kebersihan lebih efisien, efektif dan memudahkan
tugas harian dan rutin yang akan dilaksanakan. Teknik 5S ini merupakan teknik asas yang
menjurus kepada pelaksanaan aktiviti harian di tempat kerja. Apabila pelaksanaan ini dapat
dibuat, maka setiap individu akan mempunyai rasa tanggungjawab dan sayang pada

SERVIS AUTOMOBIL DAN MOTOSIKAL


organisasi. Amalan ini merupakan amalan yang mudah dilakukan. Selain menggunakan
cara kerja yang bersesuaian ianya akan menghasilkan impak yang lebih praktikal.

3.1 SISIH - SEIRI


SISIH merupakan aktiviti pengasingan dan pembuangan barang yang tidak perlu di
tempat kerja.

Barang-barang seperti sampah dan alatan yang tidak diperlukan serta

tidak perlu proses pelupusan, perlu dibuang oleh pekerja yang bertanggungjawab ke
tempat yang disediakan. Aktiviti SISIH secara berkesan dapat dilakukan dengan
mengasingkan barang yang hendak dibuang dalam tiga kategori seperti berikut:

BAHAN TIDAK
DIPERLUKAN

Bahan

senang dibuang
Bahan ada nilai untuk dijual
Bahan tiada nilai tapi kos tinggi
untuk

tidak

diperlukan

BAHAN
DIPERLUKAN

SISIH

dan

Bahan

mesti disimpan
Bahan kadangkala digunakan
Bahan digunakan selalu

tidak

digunakan

tapi

dihapuskan

Buang serta merta


Cari jalan untuk mengurangkan

Letakkan

berdekatan

tempat

kos dan jalan selamat untuk

penggunaannya
Letakkan jauh sedikit
Mesti
disimpan
berasingan

dihapuskan

dengan pengenalan yang jelas

Rajah 2 : Kaedah SISIH

SERVIS AUTOMOBIL DAN MOTOSIKAL


3.2 SUSUN SEITON
SUSUN merujuk kepada prinsip setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada
barangnya. Penekanan SUSUN tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur,
kemas, berkesan dan selamat. Dengan kata lain, Amalan 5S yang kedua ini bermaksud
menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula
ditempatnya. Selepas melaksanakan SISIH dengan jayanya, barang yang diperlukan
hendaklah diSUSUN mengikut keperluan penggunaan.

Rajah 3 : Kaedah SUSUN

SERVIS AUTOMOBIL DAN MOTOSIKAL


3.3 SAPU SEISO
SAPU adalah tindakan bagi memastikan ruang tempat kerja atau peralatan bersih
daripada habuk atau debu yang boleh menjejaskan fungsi peralatan, kualiti produk dan
kesihatan. SAPU bermaksud membersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada
habuk dan kotoran di lantai, meja, tingkap, pintu, dinding, mesin dan peralatan. SAPU
juga memberi penekanan kepada penjagaan kebersihan bagi memastikan tempat kerja
yang selesa dan selamat untuk peningkatan kualiti kerja dan perkhidmatan. Pembersihan
atau SAPU perlu dilakukan setiap hari bagi memastikan ruang kerja sentiasa kemas dan
bersih.

Rajah 4 : Tindakan Melaksanakan Amalan SAPU

SERVIS AUTOMOBIL DAN MOTOSIKAL


3.4 SERAGAM SEIKETSU
SERAGAM bermaksud sekeadaan, sebentuk dan sewarna sama ada pada ciri-ciri,
susun atur atau peraturannya. Dengan erti kata lain, SERAGAM bermaksud sentiasa
memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa dengan mengamalkan SeiriSeiton-Seiso secara berterusan dan berkesan. Aktiviti 5S diperingkat ini dapat
dilaksanakan dengan mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur dan piawai.

Rajah 6 : Tindakan Melaksanakan Amalan SERAGAM

SERVIS AUTOMOBIL DAN MOTOSIKAL


3.5 SENTIASA AMAL SHITSUKE
SENTIASA AMAL ialah usaha mengekalkan 4 Amalan 5S yang pertama iaitu Seiri,
Seiton, Seiso dan Seiketsu di samping melaksanakan penambahbaikan berterusan di
premis organisasi. SENTIASA AMAL memerlukan komitmen dan penyertaan berterusan
seluruh warga kerja serta disiplin diri bagi memastikan Amalan 5S dapat dilaksanakan
secara berkesan dan cekap. Terdapat beberapa cara untuk melaksanakan SENTIASA
AMAL.
i.

Mematuhi panduan dan piawai yang telah ditentukan oleh pengurusan KDP supaya

ii.

budaya kerja cemerlang itu dapat dipraktikkan.


Mengadakan Audit Dalaman 5S di dalam organisasi. Audit ini adalah salah satu
elemen penting dalam menjayakan Amalan 5S. Ianya dapat memantau piawai 5S
yang sedia ada dan membuat penambahbaikan. Melalui audit ini secara tidak

iii.

langsung kita dapat mengukur tahap amalan 5S.


Menganjurkan pertandingan dalaman seperti pejabat dan persekitaran tempat kerja
terbaik, pekerja contoh dan sebagainya. Ini merupakan satu cara untuk
mendapatkan komitmen dan mengekalkan tanggungjawab mengamalkan 5S. iv)
Menganjurkan lawatan ke organisasi contoh untuk melihat sendiri kejayaan
organisasi lain dalam melaksanakan 5S. Ini akan menyuntik idea dan semangat

iv.

untuk meneruskan aktiviti 5S ini.


Mewujudkan penghargaan dan galakan dalam sebarang aktiviti yang boleh menarik
minat pekerja. Walaupun sedikit dan kecil, namun bagi sesetengah pekerja, ianya
amatlah bernilai sebagai salah satu motivasi dalam melaksanakan dan menghargai
usaha mereka.

SERVIS AUTOMOBIL DAN MOTOSIKAL


4.0 KERJA-KERJA 5S YANG DILAKUKAN DI BENGKEL
Setelah diberi arahan oleh pengajar untuk membuat penambahbaikan 5S di dalam bengkel
automobile, kami telah meneliti setiap sudut bengkel untuk mendapatkan masalah yang
mungkin di hadapi di bengkel tersebut. Kumpulan kami telah memilih untuk membuat dan
menampal semula garisan kuning yang terdapat didalam bengkel automobil tersebut. Kami
berbuat demikian adalah kerana garisan kuning yang sedia ada telah kotor, pudar, dan
terdapat juga yang telah tertanggal. Penampalan garisan kuning tersebut adalah termasuk
dalam salah satu 5s iaitu seragam. Lining (Garisan Kuning) biasanya di buat di :

i) Kawasan Pejabat:

Garisan kuning hanya dibenarkan pada barang movable atau list work in progress

ii) Kawasan Stor:

Perlu menyediakan: parking list bagi mesin-mesin atau perkakas seperti fork, lift,
lifter, tangga dan lain-lain.

Adakan tempat yang sesuai untuk menyimpan alat-alat seperti penyapu, mop dan
berus.

4.1 PERALATAN YANG DIGUNAKAN


i.

Pita Pelekat

SERVIS AUTOMOBIL DAN MOTOSIKAL


ii.

Pisau

4.2 LANGKAH KERJA

LANGKAH 1 : Menanggalkan kesemua pita pelakat garisan yang sedia ada.

LANGKAH 2 : Menampal semula pita pelekat pada garisan yang baru

SERVIS AUTOMOBIL DAN MOTOSIKAL

5.0 LAMPIRAN

5.1 KEADAAN SEBELUM MELAKUKAN 5S

SERVIS AUTOMOBIL DAN MOTOSIKAL

SERVIS AUTOMOBIL DAN MOTOSIKAL

SERVIS AUTOMOBIL DAN MOTOSIKAL


5.2 KEADAAN SELEPAS MELAKUKAN 5S

SERVIS AUTOMOBIL DAN MOTOSIKAL

You might also like