Faktor Kbngkitan Islam (PNJJHN)

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 29

1.

Pengenalan

Menjelang abad ke-20, negara-negara di Asia Tenggara telah dijajah oleh


kuasa-kuasa

Barat,

kecuali

Siam

yang

berjaya

mengekalkan

kemerdekaannya. Sebelum kedatangan Barat, penduduk di Asia Tenggara


sudahpun mempunyai agama. Antara agama yang dianuti adalah seperti
Islam, Hindu, Buddha serta ada yang mengamalkan animisme. Sebelum
membincangkan

faktor

penjajahan

sebagai

faktor

utama

kemunculan

gerakan Islam, terlebih dahulu faktor-faktor kedatangan kuasa-kuasa Barat


akan dibincangkan. Penjajahan kuasa-kuasa Barat di negara yang
majoriti

penduduknya

beragama

Islam

sememangnya

tidak

disenangi. Kedatangan penjajah telah memberi kesan negatif kepada


penduduk tanah jajahan. Keadaan ini seterusnya membawa kepada
Gerakan Islam. Justeru, perbincangan ini memfokuskan kepada faktor
penjajahan Barat sebagai faktor utama kebangkitan gerakan Islam di Asia
Tenggara. Walau bagaimanapun, faktor-faktor lain yang menyebabkan
kebangkitan Islam di rantau Asia Tenggara selain daripada faktor penjajahan
juga dibincangkan. Perbincangan ini hanya memfokuskan kepada tiga negara
yang mempunyai penduduk majoriti penganut agama Islam iaitu Malaysia
(Tanah Melayu), Indonesia dan Filipina.
2.0

Faktor-faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Asia Tenggara

2.1

Ekonomi

Pada

peringkat

awal,

kedatangan

syarikat-syarikat

dan

ejen-ejen

perdagangan Barat tidak menimbulkan cabaran serius kepada cara hidup dan
sistem pentadbiran mahupun nilai sosiobudaya tempatan. Hal ini kerana
tujuan utama kedatangan Barat adalah untuk perdagangan dan keuntungan
urus niaganya. Portugis, Belanda dan British pada mulanya tidak bertujuan
untuk

menguasai

masyarakat

tempatan

dan

memperkenalkan

sistem

pentadbiran dan nilai-nilai sosiobudaya mereka. 1 Perusahaan industri yang


semakin pesat di Britain menyebabkan permintaan terhadap bahan mentah.
1

Kobkua Suwannathat-Pian, Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau, Selangor:


Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 150 dan Nicholas Tarling, Imperialism in
Southeast Asia: A Fleeting, Passing Phase, London: Routledge, 2001, hlm. 36.

Keadaan

ini

menyebabkan

kuasa-kuasa

Barat

berlumba-lumba

untuk

mendapatkan keperluan tersebut dan seterusnya melaksanakan dasar


imperialisme di seberang laut.2
2.2

Politik

Faktor politik sama penting dengan faktor ekonomi. Kemajuan yang pesat
dalam

perusahaan

dan

perdagangan

mendorong

kuasa-kuasa

Eropah

meluaskan pengaruh ke merata dunia termasuk Asia Tenggara. Tujuan


kuasa-kuasa Barat campur tangan ke dalam sistem politik tanah jajahan
adalah untuk melindungi kepentingan ekonominya. Secara tidak langsung,
sistem politik tempatan telah dikuasai oleh penjajah. Selain daripada
mendapatkan bahan mentah, kuasa-kuasa Barat seperti Belanda, Sepanyol,
Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat turut bersaing dalam mendapatkan
tanah jajahan untuk membaiki imej mereka sebagai kuasa besar dunia. 3
2.3

Sosial

Perhubungan yang semakin rapat menyebabkan kuasa Barat mula terlibat


dalam hal-ehwal politik di Asia Tenggara. Sebilangan orang Barat berbangga
dengan kebudayaan dan peradaban, serta pencapaian mereka dalam bidang
sains dan teknologi. Dengan menggunakan konsep Beban Orang Putih,
orang Barat menganggap mereka memikul tanggungjawab yang berat untuk
membantu penduduk dunia mencapai kesejahteraan. Konsep ini mengagungagungkan keupayaan

orang Barat dan memandang rendah terhadap

penduduk tempatan. Orang Eropah mahu menyebarkan kebudayaan mereka


yang dianggap lebih baik dan tinggi nilainya. Orang Perancis menggunakan
dasar Tugas Menyebarkan Tamadun untuk memajukan penduduk bukan
Barat yang dianggap sangat mundur. Mubaligh Kristian pula berperanan
menyebarkan agama kristian kepada penduduk tempatan. 4

Nicholas Tarling, The Cambridge History of Southeast Asia Vol. 3.: From c. 1800 to the
1930s, United Kingdom : Cambridge University Press, 1999, hlm. 1.
Qasim Ahmad, Sejarah Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan. Edisi
kedua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 112-113.
Nicholas Tarling, The Cambridge History of Southeast Asia .Vol.3. from c. 1800 to the
1930s. United Kingdom : Cambridge University Press, 1999, hlm. 1.

3.0

Penjajahan : Faktor Utama Kemunculan Gerakan Islam di Asia


Tenggara

Pada abad ke-19, negara-negara yang berada di bawah belenggu imperialis


sedang

berusaha

untuk membebaskan

negara mereka.

Mereka cuba

memeriksa kembali kelemahan dan berusaha untuk mengembalikan harga


diri mereka. Menurut Kassim Thukiman, ancaman kegiatan imperialisme
adalah antara faktor utama yang mencetuskan gerakan kebangkitan Islam. 5
Pada waktu inilah lahirnya tokoh-tokoh pemikir Islam berusaha agar umat
Islam di seluruh dunia memeriksa kembali kelemahan mereka dan kembali
kepada ajaran Islam yang sebenar. Hal ini disebabkan agama Islam pernah
memberikan sumbangan yang sangat penting kepada pembentukan tamadun
manusia. Justeru, muncul beberapa tokoh reformis Islam seperti Syeikh
Muhammad Abduh, Syed Jamaluddin al-Afghani, Qasim Amin, Muhammad
Rashid Ridha dan Syed Muhammad Khan.6
Menurut Sarji Kaasim (2003), gerakan reformis Islam di Timur Tengah
adalah lanjutan dengan adanya keterlibatan kaum penjajah yang menguasai
negara-negara

Arab.

Semangat

untuk

mengembalikan

kekuatan

dan

kegemilangan agama Islam semakin pudar akibat adanya rasa rendah diri
dalam

kalangan

pemeluknya

dan

permainan

politik

penjajah

yang

menghidupkan kembali semangat assabiyah dalam kalangan bangsa Arab. 7


Kesan Gerakan reformis Islam di Timur Tengah tersebar ke Asia Tenggara,
terutamanya ke Indonesia dan Tanah Melayu. Majalah-majalah yang ditulis
turut dibaca oleh ulama-ulama progresif di kedua-dua negara ini. Misalnya,
penerbitan majalah Al-Manar oleh Mohammad Rashid ditiru oleh reformis
Islam di Malaysia, misalnya Syed Syeikh al-Hadi dengan menerbitkan majalah
Al-Imam (1906-1909).8
Imperialisme Barat merupakan faktor utama yang mencetuskan
kebangkitan Islam di Asia Tenggara. Perjuangan gerakan Islam ini seterusnya
membangkitkan semangat nasionalisme pada awal abad ke-20.
5
6
7
8

Kassim Thukiman, Malaysia : Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor: UTM, 2002, hlm 48.
Sohaimi Abdul Aziz (ed), op. cit., hlm 99-100.
Ibid., hlm. 101.
Sohaimi Abdul Aziz (ed), op. cit., hlm. 101-102.

3.1

Di Tanah Melayu

Di Tanah Melayu, muncul beberapa orang tokoh ulama yang berfikiran


progresif dikenali sebagai Kaum Muda. 9 Perjuangan Kaum Muda ini dikenali
sebagai Gerakan Islah, Gerakan Islah Islamiah atau Pan-Islamisme. Aliran
Salafi10 yang didokong oleh Kaum Muda yang muncul di Semenanjung Tanah
Melayu sekitar tahun 1906 dengan lahirnya majalah Al-Imam di bawah
pimpinan Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin dan dibantu oleh beberapa
orang tokoh lain seperti Syed Syeikh bin Ahmad al-Hadi, Haji Abbas Mohd.
Taha dan Syeikh Muhammad Salim al-Kalali. 11 Kemunculan Kaum Muda ini
kesan daripada penjajahan Barat. Mereka mendapati sebab mereka dijajah
adalah berpunca daripada sikap orang Melayu (Islam) itu sendiri. Akibatnya,
berlaku gerakan Islam yang berusaha menyatukan umat Islam agar bangkit
menentang penjajah di samping memperbaiki kehidupan umat Islam itu
sendiri dalam bidang politik, ekonomi dan pendidikan serta menghayatkan
ajaran

Islam

berlandaskan

syariat

yang

sebenar.

William

Roof

juga

menegaskan kebangkitan Islam di Tanah Melayu adalah tindak balas


penduduk terhadap pihak kolonial.12
Menurut Fadhlullah Jamil (2003), kebangkitan ini melibatkan proses
islah, iaitu usaha untuk memurnikan (memperbaiki) Islam yang diamalkan di
peringkat tempatan daripada pencemaran yang berupa amalan tahyul,
khurafat dan bidaah akibat daripada terdapatnya sinkritisme dan juga
tersebarnya budaya sekular Barat serta pengaruh Kristian melalui sistem
9

10

11

12

Istilah Kaum Muda dan Kaum Tua mula digunakan di Sumatera Barat sewaktu
Perang Paderi 1821-1837. Perang Paderi merupakan perang saudara di antara
golongan penentang adat (Kaum Muda) dengan golongan penegak adat (Kaum Tua).
Ibid., hlm. 116.
Aliran kebangkitan Islam yang berkembang itu bercorak Salaf, iaitu para
pendokongnya mengikuti jejak langkah perjuangan Ahli Salaf (tiga generasi umat Islam
yang terawal). Ahli Salaf merujuk kepada tiga generasi umat Islam yang awal, iaitu
generasi sahabat, tabiin dan tabial-tabiin yang dianggap oleh umat Islam umumnya
sebagai generasi-generasi yang benar-benar mengamalkan ajaran al-Quran dan
Sunnah. Mereka patut dicontohi dalam usaha umat Islam untuk memajukan diri
mereka sendiri. Ibid, hlm. 38.
Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin ialah seorang peranakan Minangkabau, Sumatera
Barat. Ibid, hlm 38.
Clive J Christie, Southeast Asian in the 20th Century, London: I.B Tourist & CO Ltd,
1998, hlm. 17.

pendidikan moden yang diperkenalkan oleh penjajahan British. Sarjana Barat


menganggap gerakan Islah sebagai satu slogan untuk menyatukan umat
Islam bagi tujuan menentang pencerobohan Eropah dan teterusnya mengusir
kuasa penjajah.13
Kaum Muda merupakan reformis peringkat awal di Semenanjung Tanah
Melayu telah terpengaruh dengan pemikiran yang dicetuskan oleh tokohtokoh islah yang muncul di Asia Barat moden, khususnya Syeikh Muhammad
Abduh (1849-1905) yang berasal dari Mesir. Melalui majalah Al-Manar,
lawatan dan pengajian yang diikuti di Asia Barat, para aktivis Islam dari
Semenanjung Tanah Melayu itu telah mendapat aspirasi untuk memajukan
umat Islam tempatan. Hal ini seterusnya menggerakkan mereka ke arah
perjuangan pembebasan daripada penjajah asing. Walau bagaimanapun,
tidak bermakna golongan ini menolak Barat secara total. Sebaliknya, mereka
menyeru kepada ijtihad dan sejajar dengan itu menerima sains dan teknologi
moden serta beberapa aspek daripada kebudayaan Barat seperti memakai
kot dan tali leher dan mempelajari bahasa Inggeris. 14
Walau bagaimanapun, Kaum Muda mendapat tentangan daripada
Kaum Tua.15 Ulama-ulama Kaum Tua mendapat keistimewaan daripada Sultan
di Negeri-negeri Melayu. Majalah yang diterbitkan oleh Kaum Muda tidak
dibenarkan

diedarkan

di

Negeri-negeri

tersebut.

Akibatnya,

gerakan

pembaharuan berkembang di Negeri-negeri Selat. Gerakan Kaum Muda ini


menyeru masyarakat Melayu (Islam) agar dapat menilai sesuatu aspek hidup
dengan akal dan membuat tindakan berdasarkan al-Quran dan al-Hadis.
Perkembangan gerakan Islam boleh dibahagikan kepada dua tahap.
Tahap pertama, bermula sekitar tahun 1906 sehingga penghujung tahun
1930-an. Pada tahap pertama, perjuangan lebih bersifat menyedarkan,
membangunkan dan mengukuhkan konsepsi agama Islam berlandaskan alQuran dan as-Sunnah. Usaha lebih tertumpu kepada usaha memberikan
13
14
15

Sohaimi Abdul Aziz (ed), op. cit., hlm. 37-38.


Ibid.
Ibid., hlm. 116.

pendedahan tentang ajaran Islam sebenar. Pada tahap ini, tugas utama
mereka lebih tertumpu kepada usaha memberikan pendedahan tentang
ajaran Islam yang sebenar. Tahap kedua pula bermula sekitar tahun 1940
hingga tahun 1948. Pada tahap ini, gerakan Islam dibangkitkan dengan
semangat nasionalisme kesan daripada pendudukan Jepun. Pada tahap ini,
mereka sudah bersedia menceburi politik dengan tertubuhnya organisasi
politik bercorak Islam. Persatuan yang wujud kesan daripada Gerakan Islah
ialah Persatuan Islam Pulau Pinang dan Persatuan al-Ilya as-Syariff Gunung
Semanggol, Perak. Organisasi dan parti politik yang ditubuhkan hasil
daripada

gerakan

Islah

ialah

Gerakan

Ansari

Sunnah

Melaka,

Pusat

Perekonomian Melayu se-Malaya (PEPERMAS), Majlis Tertinggi Agama (MATA),


Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR), Hizbul Muslimin (HAMIM) dan Parti Islam
se-Malaya (PAS).16
Penerbitan majalah Al-Imam oleh Kaum Muda adalah sebagai satu
saluran menyindir British kerana British telah menjajah Mesir, Afghanistan,
China dan Tanah Melayu sendiri, sindiran yang dibuat secara kias ibarat
kerana zaman itu adalah zaman penjajahan. 17 Selain British, kebangkitan
gerakan Islam juga disebabkan pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

3.2

Indonesia

Kemunculan gerakan Islam di Indonesia terbahagi kepada dua peringkat.


Penentangan pada tahap pertama ini lebih bersifat kedaerahan dan
dipelopori oleh golongan bangsawan dan golongan agama manakala gerakan
penentangan

pada

peringkat

kedua

pula

dicetuskan

oleh

semangat

nasionalisme kebangsaan. Pada masa yang sama, sebahagian besar rakyat


Indonesia telah memeluk agama Islam dan mengamalkan cara hidup Islam
sebelum kedatangan pihak penjajah Barat Belanda. Oleh yang demikian,
maka adalah tidak menghairankan apabila hampir keseluruhan penentangan
16

17

Mohd. Sarim Hj. Mustajab, Gerakan Islah Islam di Tanah Melayu 1906-1948 dalam
Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah
Malaysia, 1979, hlm. 129.
Kassim Thukiman, Malaysia : Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor: UTM, 2002, hlm.
95.

terhadap penjajah Belanda di Nusantara itu terus-menerus digerakkan oleh


semangat Islam masyarakatnya yang tidak mahu berdiam diri melihat
penindasan yang dilakukan oleh penjajah.
Pada dasarnya, Belanda menjajah Indonesia untuk memonopoli
kekayaan Indonesia demi kepentingan ekonominya. Lantaran itu, dasar-dasar
yang diperkenalkan oleh Belanda seperti Sistem Tanaman Paksa 18, Dasar
Liberal19 dan sebagainya untuk mencapai tujuan ekonomi tersebut yang
kemudiannya telah mengakibatkan berlakunya penindasan kepada rakyat
peribumi. Lantaran itu, mereka mendapat tentangan sengit dari kalangan
rakyat Islam. Dari sudut ini, agama Islam dilihat telah menanamkan
kesedaran kebangsaan dalam jiwa masyarakat tempatan.

3.2.1 Penentangan Tahap Pertama:


Pada tahap awal gerakan Islam ini, penentangannya boleh digambarkan
dengan jelas dalam siri-siri peperangan seperti Perang Paderi (1822-1838),
Perang Jawa, Perang Banjar dan Perang Aceh. Dalam Perang Paderi (daripada
perkataan Pedir di Sumatera) misalnya, masyarakat Islam yang dipimpin
Tunku Iman Bonjol telah menentang Belanda yang mahu meluaskan
pengaruh dengan membantu golongan adat yang ingin berkuasa semula di
negeri mereka. Golongan adat ini tidak berpuas hati kerana Gerakan Paderi
yang dipengaruhi fahaman Wahabi 20 menjalankan gerakan menghapuskan
18

19

20

Sistem Tanaman Paksa atau Culturstelse atau Sistem Rodi Kopi diperkenalkan oleh
kerajaan Belanda pada 1830 oleh Johannes Van den Bosch. Secara ringkasnya, Sistem
ini bersifat menindas kerana petani-petani Jawa bertanggungjawab memperbaiki
kedudukan kewangan Belanda kesan daripada Perang Jawa dan Perang Napoleon.
Selepas Sistem Tanaman Paksa dimansuhkan, Dasar Liberal diperkenalkan demi untuk
kebebasan ekonomi. Tujuan dasar ini adalah untuk memperbaiki taraf hidup petanipetani Indonesia di samping menggalakkan kemasukkan pemodal untuk mengambil
bahagian bagi memajukan ekonomi di Indonesia. Walau bagaimanapun, sistem ini
gagal memperbaiki taraf hidup petani-petani Indonesia kerana terpaksa bekerja di
ladang-ladang dan kilang-kilang milik syarikat swasta dengan gaji yang paling
minimum.
Fahaman Wahabi merupakan salah satu gerakan penting yang mempengaruhi
reformis Islam.
Gerakan ini mendapat pengaruh selepas mereka menawan makkah
pada tahun 1803. Kumpulan Wahabi ini cuba mengembalikan umat Islam ke jalan
Islam yang sebenar yang berpandukan al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad (saw).
Mereka mengisytiharkan jihad ke atas perkara-perkara yang bertentangan denngan
Islam. Pengaruh mereka cepat
tersebar kerana umat Islam dari seluruh dunia
tertumpu di Makkah dan menyebabkan ramai yang mengerjakan haji terpengaruh
dengan ajaran Wahabi ini. Abdullah Zakaria Ghazali et al., Sejarah Asia Tenggara, Asia

masalah sosial yang bertentangan dengan agama Islam seperti berjudi,


minum arak, menyabung ayam dan amalan salah yang lain.
Dalam Perang Jawa atau Diponegoro (1825-1830) oleh Pengeran
Diponegoro, perang ini berpunca daripada tindakan kerajaan Belanda
membina jalan melalui tanahnya dengan membongkar makam keramat, soal
tanah dan taktha. Seterusnya pula Perang Banjar (1854-1864), oleh Pangeran
Antasari pula disebabkan penglibatan Belanda dalam soal takha kerajaan
baginda dan Belanda berniat mahu menghapuskan Kesultanan Banjarmasin.
Hal ini kerana, menurut Abdullah Zakaria Ghazali et al., Pangeran Antasari
mengisytiharkan Banjarmasin sebagai negara Islam dan baginda sendiri
memakai gelaran Amirudin Khalifat al Muminin.21 Selain daripada itu,
gerakan Islam pada tahap awal juga diwakili oleh Perang Acheh (1875-1903).
Dalam perang ini, rakyat Acheh atas nama perjuangan agama Islam telah
berjuang habis-habisaan menentang kehadiran Belanda yang mahu membina
pangkalan perdagangannya dan memaksa rakyat Acheh untuk mengakui
kekuasaan mereka.
Perang Paderi, Perang Diponegoro, Perang Banjarmasin dan Perang
Aceh menyebabkan Belanda hampir muflis. Malahan, dalam peperangan
yang berlaku, banyak para pejuang peribumi Inonesia telah ditawan dan
gugur sebagai pahlawan bangsa serta syuhada disebabkan jihad f sabilillah.
Antaranya

ialah

Sultan

Hasanuddin,

Pangeran

Antasari,

Pangeran

Hidayatullah, Tuanku Imam Bonjol, Pang Nangroe, Cut Meutia Pangeran


Diponegoro dan banyak lagi beserta ribuan pengikut mereka. Secara tidak
langsung, imperialis Belanda sedar bahawa kebangkitan Islam bererti
bangkitnya kesedaran dalam kalangan rakyat untuk membebaskan diri dari
penindasan yakni perjuangan menentang penjajahan. Pendek kata, tidak ada
kekuatan yang paling ditakuti oleh Belanda di Indonesia ini kecuali
kebangkitan Islam yang dibawa oleh rakyatnya. Menerusi pengalaman
mereka, imperialis Belanda sedar bahawa mereka tidak dapat memisahkan
perjuangan atau gerakan anti-penjajahan dengan Islam.

21

Selatan dan Asia Timur 1800-1963, Selangor:Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2004, hlm. 362.
Abdullah Zakaria Ghazali et al., op. cit., hlm. 109.

Pada tahun 1918, Kolonial Belanda mencatatkan berlakunya tentangan


dalam kalangan para petani Islam di daerah Larangan, Bunder. Mereka
menolak untuk membayar pajak kerana berpunca daripada seruan Kyai
Taman yang mengatakan semua tanah adalah milik Tuhan: Tuhan yang
menumbuhkan tanaman dan rakyat tidak harus membayar pajak dan
orang-orang kafir iaitu orang kulit putih, orang Belanda tidak layak
menerima

pajak.22

Secara

tidak

langsung,

penentangan

tersebut

mengambarkan betapa kuatnya pengaruh agama Islam kepada peribumi


Islam Indonesia.
3.2.2 Penentangan Tahap Kedua:
Penentangan pada tahap ini dipelopori oleh semangat nasionalisme yang
bersifat kebangsaan dan bukannya bersifat kedaerahan seperti mana
penentangan gerakan pada tahap pertama. Pada ketika ini, masyarakat Islam
Indonesia mulai sedar akan kepentingan untuk bersatu padu sepenuhnya
tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Pendek kata, matlamat perjuangan
masyarakat Islam Indonesia pada peringkat ini lebih jelas dan teratur. Justeru
itu, Abdullah Zakaria Ghazali et al., mengatakan kemuncak kepada gerakan
nasionalisme di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur ialah gerakan
berorganisasi yang ditubuhkan untuk menyatukan rakyat. 23 Ini bermaksud
semangat tersebut telah membawa kepada penubuhan Sarekat Islam,
Muhammadiyah, Persatuan Muslimin Indonesia dan sebagainya.
Sarekat Islam (SI)24 dipelopori oleh H.O.S Tjokroaminoto pada 1912.
Matlamat penubuhan SI ialah ingin menubuhkan kerajaan sendiri, namun
tujuan ini disembunyikan kerana takut diharamkan oleh penjajah Belanda.
22

23
24

Taufik Abdullah dan Sharon Siddique (editor), Tradisi dan Kebangkitan Islam di Asia
Tenggara, Jakarta: Lembaga Penelitian, Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan
Sosial, 1998, hlm. 129.
Abdullah Zakaria Ghazali et.al, op. cit., hlm. 369.
Sarekat Islam (SI) merupakan parti politik pertama di Indonesia. Ia berasal daripada
Sarekat Dagang Islam. SI muncul daripada semangat anti-cina. Sarekat Dagang Islam
ini diasaskan oleh Haji Samanbudi pada 1911 yang bermatlamat untuk memberi
bantuan kredit dan kemudahan pasaran kepada ahli-ahlinya serta memberi peringatan
kepada masyarakat Jawa tentang niat pedagang Cina
yang bertujuan untuk
menguasai kegiatan ekonomi di Jawa. Wan Abdul Rahman Latif et al.,Sejarah
Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm.
338.

Hakikatnya, SI adalah pertubuhan yang sentiasa mengkritik Belanda dalam


usaha membentuk kerajaan mereka sendiri. Pada tahun 1916, dalam Kongres
kebangsaan yang pertama, SI telah meluluskan usul menuntut kerajaan
sendiri daripada Belanda melalui cara perlembagaan. Seterusnya, pada tahun
1917 pula, dalam Kongres Nasional Kedua, parti tersebut telah menuntut
kemerdekaan secara dengan cara apa pun jika perlu dan menentang
kapitalisme yang menindas rakyat Indonesia. Perjuangan ini menarik minat
dan sokongan golongan nasionalis yang radikal dan agresif (Parti Nasional
Indonesia (PNI) oleh Sukarno (1927) dan Persatuan Muslimin Indonesia
(Permi) yang menjadi parti politik tahun 1932.
Di

samping

itu

Sarekat

Islam

juga

bermatlamat

untuk

mempertahankan agama Islam dan juga golongan muslim, menyebarkan


agama Islam dalam bentuk yang lebih sejati kepada seluruh rakyat Indonesia
sekaligus dapat menyaingi dan menghalang penyebaran agama Kristian oleh
penjajah Belanda.25 SI telah menggunakan agama Islam sebagai lambang
penyatuan dan perpaduan kebangsaan dalam menentang penjajah. SI juga
cuba mendaulatkan Islam dengan menuntut supaya orang Islam diberi
keistimewaan di samping menjamin perkembangan dan penyebaran agama
Islam. Antaranya ialah Kerajaan Belanda diminta membatalkan undangundang

dan

peraturan

yang

telah

menghalang

perkembangan

dan

penyebaran agama Islam. Golongan agama iaitu kiyai-kiyai dan penghulupenghulu perlu diberi gaji tetap dan pusat-pusat pengajian Islam diberi
subsidi.26
Seterusnya ialah pertubuhan Muhammadiyah pada 1912 oleh Kiyai
Haji Ahmad Dahlan. Perjuanganya adalah untuk menyebarkan syiar Islam dan
mengelak ancaman agama Kristian.27 Pendek kata, organisasi ini mempunyai
maksudnya yang sendiri iaitu menyebarkan ajaran Nabi Muhammad s.a.w
kepada penduduk bumiputera Indonesia dan memajukan hal agama Islam
25

26

27

Khairiah Bt. Abd. Hamid, Persamaan dan Perbezaan Sarekat Islam dan Ponyi Dalam
Gerakan Menentang Penjajah, atas talian http://saku30.tripod.com/AT47.htm., 23 Ogos
2010. 1.15 p.m.
Ibid,.
Hamka, Sejarah Perkembangan Pemurnian Ajaran Islam Di Indonesia, Djakarta:
Tintamas 1958.

10

kepada anggota-anggotanya. 28 Selain daripada itu, pertubuhan ini juga


menyeru umat Islam agar tidak mengikut sahaja pendapat golongan alim
ulama tetapi mengkaji sendiri menerusi al-Quran, mengkritik adat-adat yang
bertentangan dengan agama Islam, memainkan peranan penting dalam
pembangunan institusi pendidikan Islam. Bukan itu sahaja, dalam perjuangan
menentang

pihak

Belanda,

pertubuhan

ini

juga

menentang

gerakan

missionari yang menyebarkan agama Kristian. Oleh sebab itu, Deliar Noer
secara

peribadinya

menyatakan

Muhammadiyah

merupakan

sebuah

organisasi sosial Islam yang terpenting di Indonesia sebelum Perang Dunia


Kedua.29
Parti Nasionalis Indonesia juga menggambarkan perjuangan gerakan
masyarakat Islam menentang penjajah Belanda. Parti yang diasaskan oleh
Sukarno ini adalah memperjuangkan kemerdekaan Indonesia. Tambahan
pula, pada ketika itu, Belanda mahu kembali berkuasa di Indonesia setelah
Perang Dunia Kedua tamat. Keinginan Belanda yang ingin menubuhkan
Komanwel Belanda di Indonesia mendapat tentangan menyeluruh daripada
rakyat Indonesia yang baru sahaja diumumkan merdeka oleh Sukarno dalam
United State of Indonesia. Malahan tindakan Belanda di Indonesia juga turut
mendapat kecaman dari negara luar seperti Amerika Syaraikat, India, British,
Australia, Russia dan Polland. Lantaran itu, D.G.E Hall mengatakan Belanda
sangat

berduka

apabila

mendapati

tindakan-tindakan

mereka

telah

menyebabkan dunia luar mengecam mereka.30 Akhirnya Indonesia merdeka


pada 27 Disember 1949.
3.3

Filipina

Kebangkitan Islam di Asia Tenggara dibahagikan kepada dua zaman


penjajahan, iaitu zaman penjajahan Sepanyol dan zaman penjajahan Amerika
Syarikat. Kedua-dua kuasa kolonial ini
3.3.1 Zaman Kolonial Sepanyol 1565-1898
28

29
30

Deliar Noer, Gerakan Moderen Islam di Indonesia 1900-1942 (terj.), Jakarta: Lembaga
Penelitian, Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Sosial, 1988, hlm. 86.
Ibid., hlm. 84.
D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara (terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1981, hlm. 1044.

11

Orang Sepanyol tiba di Cebu, Filipina pada 1565 iaitu sebuah pulau di sebelah
utara Mindanao. Selain daripada menjajah, mereka juga bertujuan untuk
memperluaskan

agama

kristian

serta

mencari

kekayaan

di

bawah

pemerintahan Raja Philip II yang mana namanya kemudian diambil sempena


nama Filipina.31 Sepanyol berjaya menakluki wilayah utara Filipina dengan
mudah

tanpa

sebarang

penentangan.

Namun,

Sepanyol

tidak

dapat

menguasai wilayah selatan dan tentera Sepanyol terpaksa bertempur matimatian melawan kesultanan Islam di wilayah selatan Filipina, iaitu Sulu,
Manguindanau dan Buayan. Dalam peperangan ini, Sepanyol tidak berjaya
menakluki wilayah selatan malah telah menambahkan lagi ketegangan
antara orang Kristian dengan orang Islam Filipina. 32
Pada zaman kolonial, Sepanyol telah menerapkan politik devide and rule
(dasar pecah dan perintah) serta mision-sacre (misi suci Kristianisasi)
terhadap orang-orang Islam. Bahkan orang-orang Islam disebut sebagai
"Moor" (Moro) yang merujuk kepada hal-hal yang buruk. Moor bermaksud
orang yang buta huruf, jahat, tidak bertuhan dan huramentados (tukang
bunuh).33 Pada tahun 1578 M, berlaku satu perang besar yang melibatkan
orang Filipina sendiri.34 Bangsa Sepanyol juga memberi layanan yang buruk
terhadap orang-orang muslim di Semenanjung Iberia. Mereka menyerang
kerajaan Muslim Sulu, Manguindanau dan Manila dengan kejam dan ganas
seperti yang mereka lakukan terhadap penduduk muslim mereka sendiri di
Sepanyol. Akibat daripada itu, orang-orang muslim Filipina (bangsa Moro)
berjuang bagi kelangsungan dan mempertahankan hidup mereka. Sepanyol
tidak pernah berjaya menakluk kesultanan Islam Sulu walaupun dalam
keadaan perang yang terus-menerus.
Agama

Islam

dilihat

sebagai

sumber

kekuatan

dalam

usaha

masyarakat Filipina menentang ancaman Sepanyol. Masyarakat Sulu di


31

32
33
34

Jr. MAJ Thomas G. Wilson, Extending the Autonomous Region in


the Moro Islamic Liberation Front a Catalyst for Peace, USA :
Military Studies, 2009, hlm. 9.
Ibid.
Ibid.
Berlaku peperangan pertama antara Sulu dengan Sepanyol
memperlihatkan kekalahan Sulu dan menyebabkan Sultan Sulu
ufti kepada Sepanyol.

Muslim Mindanao to
School of Advanced

di Jolo, Sulu yang


terpaksa membayar

12

bahagian Selatan Filipina telah menjadikan Islam sebagai tunjang penting


dalam usaha mereka menentang Sepanyol. Sepanyol yang menjalankan
dasar penyebaran dakyah Kristian secara aktif menerima tentangan hebat
daripada Kesultanan Sulu sejak abad ke-16 lagi dan sepanjang tempoh itu,
kesultanan Sulu menjadikan Islam sebagai sumber kekuatan dan penyatuan
rakyatnya. Kebanyakkan konflik yang berlaku diantara Sepanyol dengan
orang Islam adalah disebabkan peranan yang dimainkan oleh golongan
kristian yang melebihi daripada mana-mana badan agama di Filipina telah
berikrar untuk mengkristiankan orang Islam dan juga penduduk-penduduk
yang bukan Islam di Sulu dan Mindanao. 35 Perang Moro36 yang berlangsung
sepanjang

abad

ke-16 hingga

abad

ke-20 membuktikan

hakikat

ini.

Contohnya pada tahun 1578, tentera Sepanyol gagal mengusir orang Moro
dari kawasan mereka di Bandar Jolo di Pulau Sulu kerana penduduknya
semakin benci kepada mereka. Malahan dalam kalangan pejuang Moro telah
timbul satu amalan yang disebut sebagai Juramentado iaitu kesanggupan
mengorbankan nyawa sewaktu berperang dengan Sepanyol. Dari sinilah
kemudian timbul kebencian dan rasa curiga orang-orang Kristian Filipina
terhadap Bangsa Moro yang beragama Islam. Menurut Cesar Abib Majul,
istilah Juramentado bermakna pewira-pewira Islam yang setelah menjalani
upacara keagamaan dan menunaikan sembahyang semalanan dengan
pendeta, pada esok harinya akan menyerbu dan menyerang pelanggarpelanggar Kristian dengan keazaman untuk membunuh seberapa ramai
musuh. Harapan yang tinggi bagi pewira yang sanggup berkorban ini untuk
mendapatkan balasan syurga.37 Semasa pemerintahan Azim ud-Din I, ulamaulama Sulu telah menggalakkan penyerangan juramentados di Sulu pada
tahun 1877 1878 ke atas tentera Sepanyol.

38

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh Sepanyol untuk menghapuskan


pengaruh dan orang-orang Islam. Contohnya, selepas kekalahan Brunei
35
36

37
38

Cesar Abdul Majul, Islam di Filipina, op. cit., hlm. 244.


Perang Moro merupakan peperangan diantara muslim di Filipina atau bangsa Moro
dan Sepanyol yang berlangsung selama tiga abad lebih. Boleh dilihat pada Jr. MAJ
Thomas G. Wilson, Extending the Autonomous Region in Muslim Mindanao to the Moro
Islamic Liberation Front a Catalyst for Peace, USA : School of Advanced Military Studies
, 2009, hlm.10 .
Cesar Adib Majul, op.cit., hlm. 517.
Ibid., hlm. 138.

13

kepada Sepanyol pada 1578, Sepanyol telah mengarahkan Kapten Esteban


Rodriguez de Figueroa untuk pergi ke Sulu dan menuntut ufti daripada
pemimpinnya. Kemudiannya meneruskan perjalanan ke Mindanao untuk
memaksa pemimpin-pemimpinnya. Pada tahun berikutnya (1579), Gabenor
Francisco de Sande telah mengeluarkan arahan kepada Kapten Gabriel de
Rivera untuk mendapatkan maklumat tentang hasil-hasil tanah, waktu
menuai, jumlah penduduk dan penempatan, dan jumlah lombong emas yang
ada.39 Hal ini telah menimbulkan kekhuatiran pemimpin-peminpin Moro.
Antara tindakan kekerasan yang digunakan oleh Sepanyol adalah seperti
membakar masjid-masjid, mengarahkan pemimpin Islam supaya tidak lagi
menerima pelajar-pelajar untuk mendalami Islam, pemusnahan Al-Quran dan
manuskrip Arab serta pemusnahan makam-makam sultan dan mubaligh
Islam.40
Dalam usaha menguasai Pulau Mindanao juga, Sepanyol telah membina
kota

Zamboanga

pada

tahun

1635

dan

menyebabkan

kekalahan

Maguindanao. Kesultanan Maguindanao telah berakhir semasa pemerintahan


Sultan Mangigin (1899-1900), dengan ketibaan tentera Amerika pada tahun
1899 di Filipina.

3.3.2 Zaman Imperialisme Amerika Syarikat


Sepanyol gagal untuk menundukkan Mindanao dan Sulu tetapi Sepanyol
tetap menganggap kedua wilayah itu merupakan sebahagian dari kawasan
takluknya. Secara tidak sah dan tidak bermoral, Sepanyol telah menjual
Filipina kepada Amerika Syarikat sebanyak US$ 20 juta pada tahun 1898 M
melalui Perjanjian Paris. Pada tahun 1896, Presiden Mc. Kinley dari AS
memutuskan

untuk

menduduki

Filipina

untuk

mengkristiankan

dan

membudayakan rakyat. Perjanjian Bates telah ditandatangani pada 20


Agustus 1898 M yang

menjanjikan

kebebasan

beragama,

kebebasan

mengungkapkan pendapat, dan kebebasan mendapatkan pendidikan bagi


Bangsa Moro. Amerika menandatangani perjanjian tersebut adalah untuk
39
40

Cesar Adib Majul, op.cit.,hlm. 120.


Ibid., hlm. 121.

14

mengambil hati penduduk Filipina terutama bangsa Moro bagi mengelakkan


berlakunya pemberontakan. Bangsa Moro masih mempercayai bahawa orang
kristian di Filipina akan cuba untuk menghapuskan budaya dan tradisional
masyarakat Islam dan seterusnya agama Islam itu sendiri. Namun, Amerika
membenarkan

orang

Muslim

menganuti

agama

Islam

asalkan

tidak

mengganggu atau menggugat undang-undang yang dilaksanakan oleh


Amerika di Filipina.41
Amerika berjaya menduduki jajahan Sepanyol ini pada tahun 1899.
Namun, Amerika mendapat tentangan dari kerajaan muslim Sulu. Pada masa
ini juga Amerika menghadapi masalah dengan pemberontakan kaum
revolusioner Filipina Utara di bawah pimpinan Emilio Aguinaldo. Setelah kaum
revolusioner kalah pada tahun 1902 M, Amerika telah campur tangan di
Mindanao dan Sulu. Amerika ingin mewujudkan satu bentuk pentadbiran dan
menggalakkan penduduk-penduduk kristian dari utara dan tengah untuk
berhijrah ke selatan Filipina yang didominasi oleh bangsa Moro. 42 Jika bangsa
Moro tidak memperlihatkan hak milik tanah mereka di Mindanao, orang
kristian Filipina yang berhijrah ini mempunyai hak untuk mengambil dan
mengusahakan tanah tersebut. Dalam erti kata lain, orang Moro akan
kehilangan tanah mereka yang akan diberikan kepada generasi mereka
seterusnya.43 Setahun kemudian (1903 M), Amerika telah menyatukan
Mindanao dan Sulu menjadi wilayah

Moroland

dengan alasan

untuk

memberadabkan (civilizing) rakyat Mindanao dan Sulu. Akibat daripada


tindakan Amerika ini, berlaku pertempuran antara kedua belah pihak.
Sering kali bangsa Moro menyerang dan membunuh tentera dan kem
Amerika secara bersendirian. Hal ini berlaku kerana Sepanyol dan Amerika
telah memandang remeh akan tindakan mereka yang disebut "juramentado"
iaitu yang agak serupa dengan Kamikaze Jepun tetapi tindakan tersebut
adalah lebih agresif. Semangat Juramentado yang begitu kuat dalam
41

42

43

Jr. MAJ Thomas G. Wilson, Extending the Autonomous Region in Muslim Mindanao to
the Moro Islamic Liberation Front a Catalyst for Peace, op.cit., hlm. 13.
Nathan Gilbert Quimpo, The US and the Southern Philippines Quagmire, Australia:
Murdoch University, 2007, hlm. 3.
Jr. MAJ Thomas G. Wilson, op.cit., hlm. 14.

15

kalangan bangsa Moro tidak mampu dipatahkan dengan senjata api Amerika
sendiri. Hal ini telah mendorong Amerika untuk mengunakan senjata yang
lebih canggih dan standard untuk mengalahkan bangsa Moro tersebut. 44
Kesultanan Sulu telah jatuh ke tangan Amerika pada tahun 1914. Pada
tahun 1915, Raja (Sultan) Muslim dipaksa turun tahta, tetapi diakui sebagai
ketua komuniti muslim. Pada tahun 1920, Amerika telah memperkenalkan
Akta 2878 Undang-undang Filipina dimana selatan Filipina kini adalah
dibawah

masyarakat

kristian.

Pada

April

1940

Amerika

berjaya

menghapuskan Kesultanan Sulu dan menggabungkan bangsa Moro ke dalam


Filipina.

4.0

Faktor-faktor lain kemunculan Gerakan Islam di Asia Tenggara

selain
daripada faktor penjajahan
Walau bagaimanapun, selain daripada faktor penjajahan, terdapat juga
faktor-faktor lain yang menyebabkan kebangkitan gerakan Islam di Asia
Tenggara. Faktor-faktor ini akan dibincangkan dengan melihat kepada negara
Malaysia (Tanah Melayu), Indonesia dan Filipina.
4.1

Di Tanah Melayu

Selain daripada faktor penjajahan, faktor ekonomi, pendidikan serta sikap


dan kemunduran orang Melayu pada masa itu adalah antara faktor gerakan
Islam di Tanah Melayu. Kaum Muda membangkitkan kesedaran kepada orang
Melayu melalui penerbitan akhbar-akhbar dan majalah. Misalnya, Al-Imam,
al-Ikhwan, Saudara dan Neraca. Usaha kaum Muda untuk memajukan
pendidikan orang-orang Melayu dapat dilihat melalui penubuhan madrasahmadrasah. Dalam hal ini, peranan salah seorang tokoh reformis iaitu Syed
Syeikh al-Hadi akan menjadi fokus perbincangan.
4.1.1 Ekonomi

44

Joey Silva, Fr. Eliseo Jun Mercado, Jr., OMI, New York: The Synergos Institute, 2002, hlm. 3.

16

Dalam bidang ekonomi, orang Melayu dilihat agak mundur berbanding


dengan kaum lain, khususnya orang Cina. Orang Cina yang dibawa masuk
oleh British telah menguasai ekonomi di Tanah Melayu. Menerusi penerbitan
akhbar-akhbar, Kaum Muda membangkitkan kesedaran orang Melayu ketika
itu. Melalui penulisannya salah seorang tokoh gerakan Islam, iaitu Syed
Syeikh al-Hadi, dapatlah dinilai bahawa beliau tidak memandang serong
terhadap para pedagang tetapi amat khuatir kehadiran mereka menjadi
ancaman kepada orang Melayu di tanah air mereka sendiri.
Walau bagaimanapun, Syed Syeikh al-Hadi kagum dengan usaha dan
kesungguhan para pendatang itu mengejar kejayaan. Beliau juga memuji
tahap kepimpinan yang ada pada mereka (pendatang) dan menyatakan
kehairanan mengapa orang Melayu yang beragama Islam yang sepatutnya
kuat bekerja sesuai dengan ajaran agama, tidak berusaha sekuat orang Cina.
kebanyakan bangsa Cina keluar mereka itu daripada negerinya
datang kemari dengan segulung tikar dan sehelai seluar serta berikat
perutnya.

Kemudian

bekerjalah

mereka

itu

dengan

usaha

dan

pertolongan sekalian orang besar-besar dan orang kaya-kayanya


sehingga menjadi kebanyakan mereka itu tuan tanah, mempunyai
rumah dan kebun, memiliki segala harta, memiliki gedung dan dan
kampung dan menjalankan kebanyakan tempat-tempat perniagaan
dan bank. Maka adakah patut kita sekalian muslimin ini kurang
daripada mereka itu usaha, cerdik, alim, amal, maruah, bertolongtolongan dan berkasih-kasihan setengah dengan sesetengahnya pada
hal kita mengaku diri kita muslimin, percaya konon akan Quran yang
menyuruh kepada tiap-tiap kelebihan.45

4.1.2 Pendidikan
Kaum Muda melihat kehidupan masyarakat Melayu berada dalam dilema.
Mereka masih terbelenggu dengan nilai-nilai tradisional yang konservatif,
sikap hidup yang tertutup, tidak melihat kemajuan dan sistem ekonomi yang
mampan. Mereka takut menghantar anak-anak ke sekolah Inggeris kerana
pembelajaran sekolah ini dikaitkan dengan Kristian yang dinaungi gereja
45

Saudara (20 Oktober 1928) dalam Sohaimi Abdul Aziz (ed), op. cit., hlm. 25.

17

Katolik, Protestan dan Metodis. Ketiadaan nilai ekonomi dalam pelajaran


Melayu dan agama menyebabkan orang Melayu tidak berupaya hidup
standing dengan bangsa lain. Nasib perempuan Melayu tidak diperdulikan
masyarakat. Anak-anak perempuan tidak diberi pendidikan. Fahaman yang
lapuk ini menjadikan kaum wanita sentiasa dipingit, tidak diberi kebebasan
apatah lagi untuk keluar rumah untuk menuntut ilmu. Anak-anak perempuan
yang telah tamat sekolah Melayu akan dicarikan jodoh oleh orang tuanya. 46
Oleh itu, Kaum Muda menyeru agar orang Melayu terus bergerak maju
dalam bidang pendidikan sesuai dengan perubahan dan peredaran zaman.
Melalui penulisan novel, dilihat unsur reformasi Islam yang diperjuangkan
oleh Kaum Muda, khususnya Syed Syeikh al-Hadi yang berunsur emansipasi
wanita.47 Emansipasi wanita Islam merupakan usaha mengembalikan taraf
wanita sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran dan al-Hadis. Menerusi
karyanya berjudul Hikayat Faridah Hanom dan Alam Perempuan, beliau
memartabatkan kaum wanita mengikut acuan Islam. Dalam Islam, tidak
wujud diskriminasi jantina.

48

Bagi mengatasi masalah kelemahan dan kekolotan orang Melayu ini,


golongan Kaum Muda ini telah menggembleng tenaga untuk mendidik
masyarakat. Mereka telah mendirikan madrasah-madrasah. 49

46

Sohaimi Abdul Aziz (ed), op. cit., hlm. 103-104.


Syed Syeikh al-Hadi terpengaruh dengan pemikiran, perjuangan, gaya penulisan dan
cita-cita murni Syeikh Muhammad Abduh dan Qasim Amin. Qasim Amin juga telah
memperjuangkan emansipasi wanita. Kesan daripada perjuangann Syed Sheikh alHadi, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Hajah Aisyah Ghani. AWAS
berperanan membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan wanita Melayu.
Ibid., hlm. 105-107.
48
Ibid.
49
Madrasah Iqbal Islamiyyah di Singapura ditubuhkan pada tahun 1907. Selepas dua
tahun, sekolah ini terpaksa ditutup kerana terdapat perselisihan faham antara para ibu
bapa dan guru. Dengan bantuan Haji Abu Bakar bin Ahmad yang lebih dikenali sebagai
Haji Bachik, Syed Syeikh al-Hadi menubuhkan Madrasah al-Hadi di bandar Kaba,
Melaka pada tahun 1905. Madrasah ini mengajar ajaran Islam yang progresif
berdasarkan pemikiran Syeikh Muhammad Abduh. Selepas tiga tahun, sekolah ini
terpaksa ditutup. Pemikirannya yang mendahului zaman belum dapat diterima oleh
masyarakat tempatan, terutamanya Kaum Tua. Beliau berjaya mengasaskan Madrasah
al-Mashoor Islamiyyah dengan bantuan sahabatnya Haji Bachik, seorang hartawan dari
Melaka. Sohaimi Abdul Aziz (ed), op. cit., hlm. 15. Lihat juga Kassim Thukiman,
Malaysia : Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor: UTM, 2002, hlm 55.
47

18

Walaupun kaum Muda bimbang terhadap barat, tetapi tidak bermakna


mereka menolak secara membuta tuli semua perubahan yang berasal dari
Barat. Unsur-unsur dan kemajuan Barat yang selaras dengan Islam diterima
selagi tidak bertentangan dengan Islam. Misalnya, dalam pendidikan, ilmu
sains dan

pendidikan

Barat

diterima

kerana dianggap

sesuai

dalam

kehidupan seharian.50
4.1.3 Sikap dan kehidupan orang Melayu pada masa itu.
Kaum Muda memberikan kesedaran kepada orang Melayu melalui penulisan
mereka. Dalam hal ini, Syed Syeikh al-Hadi telah menyedarkan orang Melayu
melalui penulisannya melalui majalah Al-Imam, Al-Ikhwan dan akhbar
Saudara. Penulisan Syed Syeikh al-Hadi yang berjudul Al-Imam (1906-1908),
beliau mengambil berat tentang keadaan daif dan masalah-masalah yang
sedang dihadapi oleh orang Melayu. Baginya, kelalaian orang Melayu
berpunca daripada kejahilan yang berleluasa dalam kalangan mereka,
kegagalan orang Melayu hidup berlandaskan agama Islam yang suci angkara
amalan bidaah dan karut serta kegiatan songsang para penjaja agama
serta kepimpinan yang lemah dan tidak bertanggungjawab. 51
Menyedari bahawa masalah utama yang dihadapi oleh orang Melayu
pada zamannya ialah kejahilan, kurang kesedaran dan tiada perancangan
masa depan, Syed Syeikh al-Hadi dan orang-orang yang sependapat
dengannya sering berusaha mengejutkan orang Melayu daripada tidur
nyenyak. Penulisan beliau dalam Al-Ikhwan terutamanya dalam jilid 1 dan
jilid 2 jelas mempamerkan kesungguhan beliau mahu membangunkan
kembali pemikiran dan semangat juang orang Melayu. Berikut merupakan
petikan yang ditulis oleh Syed Syeikh al-Hadi dalam Al-Ikhwan:
Wahai sekalian ikhwan timur yang sedang lenyak di dalam tidurnya.
Wahai sekalian saudara kami yang sedang lina bersedap-sedap di
dalam

keelokan

mimpinya.

Memadalah.

Memadalah.

Memadalah

tidurmu itu kerana telah melampaui semangat sudah daripada


sempadan mengambil kesenangan badan dan hampir-hampir pula
50
51

Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 2003, hlm 402
Sohaimi Abdul Aziz (ed), op. cit., hlm 15.

19

masuk kamu kepada bilangan pingsan atau orang mati yang bernafas.
Bangun

segera.

Sapulah

mata

daripada

bekas

tidurmu

yang

membunuh itu!!...
Pelajaran. Pelajaran. Pengetahuan. Pengetahuan. Leburkan diri kamu
ke dalam kawah pengetahuan dan bantingkan tulang kamu ke atas
landasan pekerjaan52

Sikap dan kehidupan orang Melayu turut menjadi salah satu faktor
yang menggalakan Kaum Muda untuk bangkit dan seterusnya menyedarkan
orang-orang Melayu termasuklah golongan pemimpin dan ulama untuk
mengembalikan memperbaiki hidup mereka serta kembali kepada ajaran
Islam sebenar.
4.1.4 Keagamaan
Syed Syeikh al-Hadi melihat Islam sebagai suatu cara hidup (al-nizam alhayah) yang lengkap lagi maju. Para ulama tradisional melihat Islam sebagai
sempit sehingga dunia yang terbentang luas dikira tidak bererti apa-apa.
Malah ada diantara mereka menganggap dunia ini milik orang kafir sematamata dan bagaikan bangkai umat Islam, Lantaran itu, mereka mengajar Islam
agar menumpukan perhatian kepada soal ibadat dan akhirat semata-mata,
Akibatnya, umat Islam yang terpengaruh dengan ajaran mereka itu menjadi
beku (jumud) dan mundur. Menyedari kepincangan yang melanda orang
Melayu adalah kerana mereka tersalah faham tentang Islam, maka Syed
Syeikh al-Hadi seperti teman-temannya yang lain berusaha memerangi
amalan khurafat, bidaah dan pegangan yang salah. Beliau menolak roh taqlid
yang berkembang di tengah-tengah masyarakat Melayu. Syed Syeikh al-Hadi
menentang

amalan

bidaah

yang

terdapat

pada

ajaran

Tarekat

Naqshabandiyah di Singapura. Di Pulau Pinang, beliau dan beberapa


temannya iaitu Syeikh Abdullah al-Maghribi dan Syeikh Tahir Jalaluddin
berjaya menghapuskan pangaruh ajaran Taslim (Agama Matahari) setelah
menjalankan penyelidikannya selama tiga bulan. 53
52

53

Petikan daripada Al-Ikhwan jilid 1 (16 September 1926) ini diambil dari Sohaimi Abdul
Aziz (ed), Syed Syeikh al-Hadi: Cendekia dan Sasterawan Ulung, Pulau Pinang : USM,
2003, hlm. 18.
Sohaimi Abdul Aziz (ed), op. cit., hlm 46-48.

20

Syed Syeikh ingin membersihkan umat Melayu daripada unsur-insur


kepercayaan terhadap khurafat dan pencemaran yang berlaku melalui
sinkritisme antara Islam dan animisme dan warisan Hinduisme yang wujud
sejak abad ke-13 M. Dalam soal pendidikan, Syed Syeikh al-Hadi juga
menimbulkan beberapa isu tertentu. Beliau menggalakkan umat Melayu
menuntut ilmu selari dengan tuntutan Islam bagi memajukan diri mereka dan
membebaskan diri daripada penguasaan asing. Namun begitu, beliau tidak
mengehadkan pendidikan kepada mangajar subjek-subjek agama sahaja.
Sebaliknya menegaskan yang Islam mangizinkan umatnya mempelajari
semua bidang ilmu. Secara ringkasnya, Syed Syeikh al-Hadi menegaskan
bahawa pendidikan moden adalah penting bagi umat Melayu dan ia patut
merangkumi pendidikan Islam, bahasa Arab, bahasa Inggeris, bahasa Melayu
dan ilmu-ilmu duniawi.54

4.2

Indonesia

4.2.1 Peranan Pendidikan dan Golongan Intelektual


Pendidikan

mempunyai

peranan

dan

sumbangan

yang

besar

dalam

menyedarkan nasib bangsa yang dijajah, mendedahkan kelemahan bangsa


yang dijajah yang ketinggalan dalam semua aspek kehidupan dan memberi
rangsangan kepada golongan terpelajar untuk menentang atau mendesak
penjajah

supaya

melakukan

reformasi

ke

atas

bangsa

yang

dijajah.

Kebiasaanya, golongan-golongan intelektual inilah yang bertanggungjawab


menyedarkan bangsa untuk bangkit menentang penjajahan.
Contoh tokoh intelektual terpenting dalam sejarah Indonesia ialah
Raden

Adjeng

Kartini.

bertanggungjawab

Beliau

menyedarkan

merupakan
bangsa

tokoh

Indoensia

terawal

betapa

yang

pentingnya

pendidikan dalam kehidupan dan menyedari kepincangan sistem pendidikan


yang diberikan oleh kerajaan Belanda. Kepincangan itu secara tidak langsung
membawa

kepada

perasaan

perpaduan

dan

kebangkitan

semangat

nasionalisme. Sistem pendidikan yang diberikan oleh kerajaan Belanda di


54

Sohaimi Abdul Aziz (ed), op. cit., hlm 52.

21

Indonesia ialah untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan penduduk


Indonesia.55 Golongan priyai mendapat pendidikan tersendiri untuk menjawat
jawatan dalam kerajaan dan diasingkan pula daripada rakyat biasa. Pendek
kata, pendidikan yang diberi oleh Belanda terbahagi kepada dua iaitu
Holland-Inlandse School (Kelas Pertama) untuk golongan aristokarat dan
Sekolah Kampung ( Sekolah Kelas Kedua) bagi rakyat biasa.
Untuk memajukan umat Islam, satu reformasi pendidikan Islam
haruslah dibuat. Dalam sistem pendidikian Islam, perkara-perkara seperti
sains moden, tamadun Barat dan Kristian haruslah diajar selain ilmu agama
Islam itu sendiri.56 Malahan, perkara berkaitan soal keadilan sosial dan politik
juga ditekankan. Menurut Abdulah Zakaria Ghazali et al., reformasi Islam
menambah kesedaran bangsa yang dijajah akan pentingnya pembaharuan
dalam negeri.57
4.2.2 Media Cetak dan Karya Sastera
Selain peranan pendidikan dan golongan intelektual, peranan media cetak
dan

karya

sastera

juga

tidak

dinafikan

dalam

membangkitan

dan

menyuburkan gerakan rakyat Islam terhadap penajahan Belanda. Kedua-dua


medium ini berfungsi sebagai pemberi maklumat, menyebar berita dan
menyedarkan rakyat tempatan. Dalam erti kata lain, kedua-duanya adalah
lidah gerakan nasionalisme.
Untuk tujuan itu, majalah Retnodhoemilah telah diterbitkan pada tahun
1895 dan Pewarta Prijaji pada 1900. Kedua-dua majalah ini mengupas
mengenai masalah penduduk Jawa yang semakin ditindas pemerintahan
Belanda, melahirkan kebimbangan mengenai nasib mereka yang ketinggalan
daipada bangsa asing lain dan menyiarkan beberapa berita luar yang bersifat
patriotik seperti Pemberontakan Boxer di negara China. 58 Sementara itu,
karya sastera iaitu novel-novel seperti Siti Nurbaya, Hikayat Kardirun dan

55
56
57
58

Abdullah Zakaria Ghazali et al., op. cit., hlm. 356,


Ibid., hlm 362.
Ibid., hlm 366.
Ibid., hlm 354.

22

Student Hidjo juga mengupas permasalahan dalam masyarakat Inondonesia


yang bukan sahaja ditindas tetapi mengalami kehidupan yang susah.

4.3

Filipina

4.3.1 Dasar Pendidikan


Amerika

telah

mewajibkan

melaksanakan

semua

polisi

of

sekolah-sekolah

attraction

awam

yang

dimana

dasar

diberikan

ini

kepada

masyarakat Islam adalah wajib dihadiri. Kebanyakkan sekolah missionary


yang ditubuhkan adalah di bawah seliaan mubaligh-mubaligh kristian. Akibat
daripada pelaksanaan dasar pendidikan ini, bangsa Moro telah menentang
kerana mengganggap dasar ini adalah untuk mengkristiankan orang Muslim
serta menghakis kebudayaan Islam. Kerajaan Amerika juga telah memberikan
biasiswa Pensionados kepada pelajar-pelajar muslim untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat tinggi di Manila. Pemberian biasiswa ini adalah
bertujuan untuk melahirkan pegawai-pegawai Islam yang dapat bekerjasama
dengan

Amerika.

Namun

demikian,

ini

juga

secara

tidak

langsung

menerapkan kebudayaan Barat ke dalam kebudayaan orang Muslim melalui


pembelajaran di peringkat tinggi. Tetapi masyarakat Islam terpaksa akur
disamping itu ramai juga pemimpin Islam yang bersetuju. Hal ini secara
tiudak langsung mencatuskan gerakan Islam di Filipina.

4.3.2 Dasar Kebudayaan Nasional


Setelah Filipina diberi kemerdekaan pada tahun 4 Julai 1946 oleh Amerika
Syarikat, usaha pemindahan atau imigrasi penduduk Filipina khususnya orang
Kristian di utara dan tengah Filipina masih lagi diteruskan. Antara tahun 1950
dan 1960, pemerintah Filipina melaksanakan dasar Budaya nasional yang
bertujuan untuk mengintergrasikan budaya kaum minoriti ke dalam budaya
Filipina. Penduduk kristian dari utara dan tengah Filipina akan berhijrah ke
selatan Filipina yang didominasi oleh orang Moro. Bangsa Moro beranggapan
budaya

Filipina

bertentangan

yang

dengan

berlandaskan
Islam.

Mereka

budaya
juga

agama

kristian

beranggapan

ianya

adalah
akan

23

menghancurkan atau melenyapkan budaya komuniti bangsa Moro. Malah


kerajaan Filipina sendiri tidak pernah membangunkan ekonomi di kawasan
tersebut. Pemindahan orang-orang kristian ini akan menyebabkan proses
asimilasi dengan masyarakat Islam akan berlaku. 59
4.3.3 Pemerintahan Marcos
Semasa pemerintahan Marcos, berlaku pembunuhan beramai-ramai Jabidah
pada 17 Mac 1968. Peristiwa ini merupakan satu peristiwa kekerasan yang
membabitkan lebih kurang 28 anggota tentera Filipina beragama Muslim
yang terbunuh oleh pejuang orang Kristian di Pulau Corregidor. 60 Hal demikian
kerana keengganan tentera muslim dihantar berperang ke Sabah dalam
operasi Merdeka.61 Peristiwa ini telah mencetuskan masalah besar dan
kemarahan orang Muslim kerana pembunuhan beramai-ramai ini tidak diadili.
Akhirnya, bangsa Moro telah mewujudkan Muslem Independent Movement
(MIM) dan Bangsa Moro Army (BMA).
Moro National Liberation Front (MNLF) telah tubuhkan pada 1972. MNLF
ini dianggotai oleh orang Islam Filipina dan pejuang-pejuang Moro. Isu
tentang kemerdekaan adalah tidak dihiraukan oleh kerajaan Filipina sendiri.
Organization of Islamic Conferences (OIC) telah menerima cadangan kerajaan
Filipina untuk mendapatkan kuasa autonomi terhadap sesuatu kawasan dan
menyakinkan

MNLF

untuk

berjuang

mendapatkan

kemerdekaan

sepenuhnya.62 Perjuangan MNLF yang paling menonjol adalah semasa Marcos


mengistiharkan hukum darurat pada 21 September 1972 dan pelucutan
senjata terhadap bangsa Moro. Konflik antara pemerintah dan bangsa Moro
semakin meningkat antara tahun 1973 sehingga tahun 1976. 63

59

60

61

62

63

Rizasihbudi, Problematika Minoritas Muslim di Asia Tenggara : Kasus Moro, Pattani dan
Rohingya, Jakarta: Puslitbang Politik dan Kewilayahan, LembagaIlmu Pengetahuan
Indonesia, 2000, hlm. 178.
Evolution
of
the
armed
conflict
on
the
Moro
front
dalam
http://hdn.org.ph/wpcontent/uploads/2005_
PHDR/Chapter%202%20Evolution%20of
%20the%20Armed%20Confict%20on%20the%20Moro%20Front.pdf
Amit Pandya & Ellen Laipson, Islam and Politics: Renewal and Resistance in the Muslim
World, Washington: Stimson, 2009, hlm. 13.
Joey Silva, Fr. Eliseo Jun Mercado, Jr., OMI, New York: The Synergos Institute, 2002,
hlm. 4.
Amit Pandya & Ellen Laipson, op. cit., hlm. 14.

24

5.0

Penilaian

Memang tidak dinafikan bahawa faktor penjajahan merupakan faktor utama


yang menyebabkan kemunculan gerakan Islam di Asia Tenggara. Agama
Islam yang dianuti telah menyatukan penduduk Islam supaya bangkit
menentang penjajah. Selepas kuasa-kuasa Barat berjaya menjajah sesebuah
wilayah, secara tidak langsung peribumi akan tertindas di bawah sistem
politik, ekonomi dan sosial yang dilaksanakan. Dasar yang dilaksanakan oleh
penjajah sememangnya menindas penduduk tempatan, terutamanya di
negara

yang

menganuti

agama

Islam.

Bersama-sama

dengan

faktor

penjajahan, pejuang-pejuang Islam bangkit menentang penjajah di samping


memperbaiki keadaan hidup mereka serta menyeru supaya kembali kepada
ajaran

Islam

yang

sebenar.

Justeru,

terdapat

faktor-faktor

lain

yang

mencetuskan gerakan Islam selain daripada faktor penjajahan.


6.0

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, faktor penjajahan adalah utama kemunculan gerakan


Islam di Asia Tenggara. Agama Islam berperanan menyatukan penduduk
supaya bangkit menentang penjajah serta memperbaiki taraf hidupan
mereka. Perlu ditegaskan bahawa penjajahan bukanlah satu-satunya faktor
yang mencetuskan Gerakan Islam di Asia Tenggara.

RUJUKAN
Buku
Abdullah Zakaria Ghazali et al. 2004. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan
Asia Timur 1800-1963. Selangor:Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Cesar Abid Majul. 1988. Islam di Filipina. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Christie, Clive J. 1998. Southeast Asia in the Twentieth Century. New York: I.B
Taurist & Co Ltd.
Hall, D.G.E. 1981. Sejarah Asia Tenggara (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

25

Hamka. 1958. Sejarah Perkembangan Pemurnian Ajaran Islam Di Indonesia.


Djakarta: Tintamas.
Joey Silva. 2002. Jr. Fr. Eliseo Jun Mercado, OMI. New York: The Synergos
Institute.
Kassim Thukiman. 2002. Malaysia: Perspektif, Sejarah dan Politik. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia.
Kobkua Suwannathat-Pian. 1997. Asia Tenggara: Hubungan Tradisional
Serantau. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
MAJ Thomas G. Wilson, Jr. 2009. Extending the Autonomous Region in Muslim
Mindanao to the Moro Islamic Liberation Front a Catalyst for Peace.
USA : School of Advanced Military Studies.
Mohd. Sarim Hj. Mustajab. Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan. 1979.
Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
Nathan Gilbert Quimpo. 2007. The US and the Southern Philippines
Quagmire, Australia: Murdoch University.
Noer, Deliar. 1988. Gerakan Moderen Islam di Indonesia 1900-1942 (terj.),
Jakarta: Lembaga Penelitian, Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan
Sosial.
Pandya, Amit & Laipson, Ellen. 2009. Islam and Politics: Renewal and
Resistance in the Muslim World. Washington: Stimson.
Qasim

Ahmad. 1997. Sejarah Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan


Pemerintahan edisi kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Quimpo, Nathan Gilbert. 2007. The US and the Southern Philippines


Quagmire. Australia: Murdoch University
Rizasihbudi. 2000. Problematika Minoritas Muslim di Asia Tenggara : Kasus
Moro, Pattani dan Rohingya. Jakarta: Puslitbang Politik dan
Kewilayahan, LembagaIlmu Pengetahuan Indonesia.
Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Sohaimi Abdul Aziz (ed). 2003. Syed Syeikh al-Hadi: Cendekia dan
Sasterawan Ulung. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.
Tarling, Nicholas. 1999. The Cambridge History of Southeast Asia Vol. 3: From
c. 1800 to the 1930s. United Kingdom : Cambridge University Press.
Taufik Abdullah dan Sharon Siddique (editor). 1998. Tradisi dan Kebangkitan
Islam di Asia Tenggara. Jakarta: Lembaga Penelitian, Pendidikan dan
Penerangan Ekonomi dan Sosial.

26

Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Internet
Government Of The Republic Of The Philippines-Moro Islamic Liberation Front
Peace Talks: A Bold Move To Counter Terrorism
dalam
http://www.dtic.mil/cgi-bin/GetTRDoc?
Location=U2&doc=GetTRDoc.pdf&AD=ADA44925 8. 2 October 2010.
3.30pm.
http://escolapau.uab.cat/img/programas/desarme/mapa/filipinasi.pdf.
October 2010.
8.44am.

http://www.stanford.edu/group/sjeaa/journal3/geasia2.pdf
The
Political
Economy of the Philippines Under Marcos . 2 October 2010. 9.22 am.
Evolution of the armed conflict on the Moro front dalam
http://hdn.org.ph/wpcontent/uploads/2005_PHDR/Chapter
%202%20Evolution%20of%20the%20Armed%20Confict%20on%20the
%20Moro%20Front.pdf
Khairiah Bt. Abd. Hamid, Persamaan dan Perbezaan Sarekat Islam dan Ponyi
Dalam
Gerakan
Menentang
Penjajah,
dalam
http://saku30.tripod.com/AT47.htm., 23 Ogos 2010. 1.15 p.m.

8.0

Lampiran

27

Syed Syeikh al-Hadi


Syed Syeikh al-

Hikayat Faridah Hanom (karya

Hadi)
Sumber: Sohaimi Abdul Aziz (ed). 2003. Syed Syeikh al-Hadi: Cendekia dan
Sasterawan
Ulung, Pulau Pinang:USM.

Sumber: Sohaimi Abdul Aziz (ed), Syed Syeikh al-Hadi: Cendekia dan
Sasterawan Ulung, Pulau Pinang : USM, 2003, hlm 62 dan 67.

28

Sumber: Sohaimi Abdul Aziz (ed), Syed Syeikh al-Hadi: Cendekia dan
Sasterawan Ulung, Pulau Pinang : USM, hlm 100 dan 43.

29

You might also like