Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

ORIENTEERING

PENGENALAN
Orienteering ialah berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke
tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas.
Orienteeringa dalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi
fizikal dan mental dengan baik.
Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik
kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan
yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut
susunan tertentu.
Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure.
Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country),
pandu arah danacara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai
bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang
eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

SEJARAH / LATAR BELAKANG ORIENTEERING


Ia diperkenalkan dalam kalangan tentera di Sweden pada tahun 1918
Dipopularkan oleh Major Ernst Killander kepada orang awam dengan
mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetitif
Pada 1961, Persekutuan Orienteering Antarabangsa (International Orienteering
Federation-IOF) ditubuhkan di Copenhagen.
Ahli --Bulgaria,Chezchlovakia,Finland,Denmark,Hungary,Jerman,Norway,Sweden
dan Switzerland.
Official European Championship pertama telah diadakan pada tahun 1962.

SEJARAH ORIENTEERING DI MALAYSIA


Mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan Orienteering Pulau
Pinang pada tahun 1983
Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor dan Wilayah
Persekutuan

Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun
1988.
Malaysia bergabung dengan IOF malalui WOA pada tahun 1992
Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) ditubuhkan pada tahun 1994
MOA cawangan negeri Kedah, Johor, Terengganu, Selangor dan Wilayah
Persekutuan dibuhkan pada tahun 1996
MOA cawangan Pulau Pinang dan Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.

JENIS-JENIS ORIENTEERING
Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan
Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara
ini, hanya kaedah Foot-Oyang mudah untuk dilakukan,

Antaranya adalah :Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)


Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
Orienteering Malam (Night Orienteering)
Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
Norwegian Event

FAKTOR-FAKTOR ORIENTEERING DIPERKENALKAN DI MALAYSIA


1)Dijadikan sebagai salah satu aktiviti rekreasi yang popular
2)Sebagai modul dalam pendidikan dan latihan
3)Membina keyakinan diri dan sikap positif
4)Menguji ketahanan mental dan fizikal
5)Boleh digunakan dalam operasi menyelamat

PERALATAN ORIENTEERING
Peta utama ( master plan )
Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk muka bumi bagi sesebuah kawasan yang
dilihat dari udara.
Mempunyai tajuk, kontor,skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan
memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan
berkenaan.
Peta orieentering akan ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan
keterangan kawalan.

PETA ORIENTEERING
KANDUNGAN PETA ORIENTEERING
Tajuk peta
Arah Utara
Skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000
Petunjuk peta
Garisan melaras utara-selatanKredit-kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja

WARNA-WARNA DAN SIMBOL DALAM PETA


Hitam - Ciri-Ciri buatan manusia
Biru

- Ciri-ciri air

Perang - Ciri-ciri kontor dan jalanraya


Putih

- Keadaan tumbuhan; hutan berlari

Hijau

- Keadaan tumbuhan ; hutan berjalan/redah

Kuning - Keadaan tumbuhan ; terbuka

2) KOMPAS

-Kompas ialah alat untuk menjadi dan memberi panduan arah yang mempunyai
jarum magnetic yang
berwarna hitam dan merah serta ditandai dengan ukuran dalam mil atau
darjah. Kompas berfungsi kerana adanya medan mangnetic.

Kegunaan kompas:
Menentukan arah perjalanan
Menyelaraskan peta
Mengira jarak jauh

Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)


Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).

PERALATAN ORIENTEERING YANG LAIN


Jam Randik.
Digunakan untuk mencatatkan masa pertandingan
Wisel
Digunakan ketika ahli kumpulan hilang.
Sepanduk.
Digunakan untuk menandakan tempat berhimpun, garis permulaan dan penamat.
Peti pertolongan cemas.
Peti pertolongan cemas hendaklah disediakan sebagai bantuan awal kepada
peserta yang mendapat cedera ringan.

SEMASA ORIENTEERING
PEMILIHAN KAWASAN
Bentuk Muka Bumi: Untuk menganggarkan masa, pemilihan laluan, cara mengatasi
halangan.

Kemudahan: Maklumat seperti terdapatnya klinik / hospital, balai polis, rumah


tumpangan, kedai yang berdekatan dengan kawasan aktiviti dijalankan.

Secara amnya orienteering dilakukan di kawasan hutan yang tidak mempunyai


semak.

Sebahagian besar kawasan berhutan ini merupakan hutan di mana peserta boleh
berlari kerana aktiviti orienteering memerlukan peserta yang berlari bukannya
merendah di hutan yang tebal lagi bersemak.

Di Malaysia aktiviti ini lazimnya dijalankan di kawasan kebun getah, kebun kepala
sawit, hutan simpan, dan mana2 kawasan yang sesuai.

Tapak rekreasi dan taman tasik sesuai untuk mereka yang baru mencuba aktiviti ini
dan kurang berpengalaman atau untuk latihan

TEKNIK PENYEDIAAN PETA


1.Menentukan titik kawalan diatas peta.
Titik kawalan ialah satu tanda kedudukan yang perlu disediakan diatas peta bagi
menunjukkan kedudukan yang perlu dilawati peserta.
Titik kawalan ini mempunyai ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang
jelas.

2.Melukis landasan laluan diatas peta.


Landasan ini dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta lain.
Landasan ialah petunjuk arah perjalanan peserta dari titik kawalan yang pertama
dan seterusnya sehingga ke titik kawalan yang terakhir.

Tanda tanda titik yang berkenaan landasan.


Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
Titik kawalan dengan tanda bulatan.
Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
Leg adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

Oreinteering berganti-ganti ( belay orienteering)


Orienteering Berganti-ganti ini dijalankan secara berpasukan 3 atau 4 orang.

Setiap ahli dalam kumpulan akan menamatkan landasan sebelum digantikan oleh
rakan sepasukan di satu tempat penggantian yang telah ditetapkan.
Setiap peserta dalam pasukan akan melalui landasan yang berbeza.

TEKNIK ORIENTEERING
TEKNIK SUSUR TANGAN (HANDRAILS)
Memilih laluan yang menggunakan ciri-ciri sebagai panduan pergerakkan seperti
lorong kaki, sungai , pagar dan sebagainya .
Sebelum memulakan pergerakkan cuba perhatikan ciri ciri garisan yang boleh
digunakan sebagai susur tangan.
Pastikan ciri tersebut dapat membawa kita seberapa hampir ke titik kawalan yang
tujui ataupun setidaknya ciri tersebut menghala selari ke arah pergerakan kita
walaupun hanya separuh perjalanan sahaja.

TEKNIK SASARAN
Titik sasaran merupakan satu siri yang jelas untuk digunakan untuk :Titik panduan untuk mengubah arah pergerakkan. Apabila peserta tidak
menggunakan arah kompas tetapi membuat pilihan laluan yang lain seperti
menggunakan ciri garisan dan sebagainya, Perlu membuat pembetulan atau
mengubah arah pergerakan dari masa ke semasa untuk tiba ke titik kawalan.
Oleh yang demikian peserta perlu pastikan satu siri sebagai titik sasaran untuk
dijadikan panduan di mana apabila tiba di titik sasaran tersebut, anda akan
mengubah laluan samada anda akan melaras kompas semula atau menggunakan
pilihan laluan lain.
Cari rujukan/sasaran sebelum tiba dititik kawalan

Titik sasaran juga digunakan sebagi satu siri yang boleh dirujuk untuk mengesahkan
yang anda hampir tiba di titik keadaan ini perlulah yang agak hampir dengan sesuatu
titik kawalan.
Elakkan menggunakan banyak titik-titik sasaran di dalam setiap peringkat
pergerakan anda kerana melengahkan pergerakan.

You might also like