Linus

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kepada

Semua Guru Besar


Sekolah Rendah
Daerah Kinta Selatan

Tuan,
PERMOHONAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM) TAHUN 2017
Dimaklumkan bahawa sub-modul bagi permohonan ABM perjawatan Tahun 2017dibuka mulai
pada 18 Februari 2016 hingga 11 Mac 2016 melalui E-operasi.
2. Dipohon pihak sekolah mengisinya dengan tepat berdasarkan butiran dan arahan yang diberi
supaya waran perjawatan yang dibenarkan nanti tanpa apa-apa ralat.
3. Perkara yang tercatat dari huruf A hingga N perlu diteliti sebelum diisi. Abaikanjika tidak
berkenaan dengan sekolah masing-masing. O adalah bahagian pelaporannya yang juga perlu
disemak dengan tepat sebelum Guru Besar membuat pengesahannya di N.
4. Anggaran jumlah murid untuk tahun hadapan dibawa daripada jumlah murid tahun ini kecuali
jumlah murid tahun satu yang boleh diisi mengikut rasionalnya berpandukan jumlah murid sedia ada
di tahun 1 sekarang. Jumlah murid Prasekolahdiisi sepenuhnya 25 orang bagi satu kelas.
Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan
sila hubungi En Ahmad Azmi bin Ariffin (Penyelia Sekolah Rendah) di talian 017-5095696.
Sekian,terima Kasih.

Berdasarkan Buku
Panduan
dan
Pengoperasian
Program
LINUS yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, edisi cetakan pertama 2011, guru
LINUS & guru pemulihan berperanan seperti berikut:

Peranan Guru LINUS


1. Melaksanakan kursus dalaman kepada semua guru setiap kali
berkursus.
2. Melaksanakan saringan bagi Lisan dan Bertulis dalam tempoh yang
ditetapkan.
3. Mengumpul data bagi mengenal pasti murid LINUS tegar, LINUS dan
arus perdana.
4. Mentadbir kelas dengan baik dan sesuai dengan tahap keperluan
murid.
5. Mengadakan perbincangan dengan FasiLINUS untuk
penambahbaikan dalam pelaksanaan program LINUS.
6. Mengisi data selepas setiap kali saringan ke portal NKRA secara atas
talian mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
7. Mencetak dan menfailkan data yang telah diisi di portal NKRA.
8. Sentiasa mendalami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
9. Menjadi ahli jawatankuasa LINUS sekolah.
Peranan Guru Pemulihan

1. Melaksanakan saringan bagi Lisan dan Bertulis dalam tempoh yang


ditetapkan bersama-sama guru LINUS.
2. Membantu guru LINUS dalam menyediakan media pengajaran.
3. Merancang jadual waktu dan aktiviti untuk murid LINUS tegar dan
murid pemulihan.
4. Mengajar murid LINUS tegar.
5. Menjadi ahli jawatankuasa program LINUS di sekolah.
Peranan Pentadbir Sekolah
1. Mengenal pasti dan menentukan guru LINUS.
2. Membentuk dan melantik jawatankuasa kerja LINUS di sekolah dan
dipaparkan di papan kenyataan.
3. Menyediakan fail-fail pengurusan LINUS.
4. Membuat perancangan tahunan.
5. Memastikan saringan LINUS dilaksanakan mengikut jadual yang
ditetapkan.
6. Memastikan dan mengesahkan data penguasaan murid/keputusan
setiap saringan dimasukkan ke dalam portal NKRA mengikut tempoh
masa yang ditetapkan.
7. Memantau pelaksanaan program LINUS dan menjalankan tindakan
susulan untuk penambahbaikan.
8. Memberi motivasi kepada guru LINUS dan guru pemulihan.
9. Memastikan guru LINUS dan guru pemulihan menggunakan modul
LINUS yang dibekalkan oleh KPM.
10.
Bekerjasama dengan ibubapa/PIBG dalam memberi
kesedaran, maklumat dan kepentingan program LINUS.
11.

Mencerap pelaksanaan PdP guru LINUS dan guru pemulihan.

- See more at: http://cikguhijau.blogspot.my/2012/12/peranan-atau-tugasguru-linus-dan-guru.html#sthash.uOvSmdJ0.dpuf

You might also like