Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Latar Belakang Bendera dan Lambang Negeri-Negeri Malaysia

BENDERA NEGERI SABAH


Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kada 1 : 2. Petak utama dalam bendera
ini luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera. Petak ini berwarna biru salji sebagai
latar belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berada dalam kedudukan
1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah petak utama. Bahagian lain dalam bendera ini
terbahagi kepada tiga jalur warna melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi kaki
bendera. Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah
berwarna merah cili.Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih
melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan
keyakinan. Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara warna nilakandi
melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Lima jenis warna itu melambangkan lima buah
Bahagian Pentadbiran Negeri ini dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

LAMBANG NEGERI SABAH


Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan berwarna kuning
sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru
zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang
berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih
dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu
berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol
berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna
putih.Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di
kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.Lima warna yang
tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon
melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan.
Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan
kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Bentuk
Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

BENDERA NEGERI SARAWAK


Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha
mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah
dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.Warna kuning menggambarkan keagungan
Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang
kaum.Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan
sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.Bintang yang berwarna kuning
bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam
harmonis.Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk
meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

LAMBANG NEGERI SARAWAK


Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang tinggi dengan aspirasi dan
pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik pembangunan".
Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di
dunia.

BENDERA NEGERI TERENGGANU


Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah hitamyang
bermakna rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat
baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

LAMBANG NEGERI TERENGGANU


Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja. Pedang,
Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya
ialah Quran melambangkan Undang-undang. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula
melambangkan keadilan. Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.

BENDERA NEGERI SELANGOR


Empat bahagian yangberwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah iaitu unsur-unsur
yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama
Islam, iaitu agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

LAMBANG NEGERI SELANGOR


Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah
Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya
adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di
bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-pahlawan
zaman dahulu.

BENDERA PULAU PINANG


Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih maksudnya
negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon
dari mana pulau itu mendapat namanya.

LAMBANG NEGERI PULAU PINANG


Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar
Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan
tiang tersebut. Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru
iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel pula
menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.Jalurjalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna yang memberi
makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.

BENDERA NEGERI PERLIS


Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat. Bendera itu maknanya
kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda.

LAMBANG NEGERI PERLIS


Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai tanda
kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.

BENDERA NEGERI SEMBILAN


Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna
rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi
Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

LAMBANG NEGERI SEMBILAN


Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri
Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa
yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya
Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri
dalam gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah
antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.

BENDERA NEGERI MELAKA


Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan
menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan
bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

LAMBANG NEGERI MELAKA


Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah
keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman dahulu. Anak bulan dan
bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana
negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati
riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil
keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

BENDERA NEGERI KELANTAN


Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja. Lambang kebesaran
berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.

LAMBANG NEGERI KELANTAN


Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang
Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa
negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan
kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan
(kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah
memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.
"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri ini.

BENDERA NEGERI PAHANG


Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di
bawah. Kedua-duanya sama lebar.Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan
bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf
Bendahara.Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa
makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan
Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan,
undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada
Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.

LAMBANG NEGERI PAHANG


Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan
taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan
hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang
diperbuat dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu
gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu
perdagangan yang besar.Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya
pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan azimat yang berguna.

BENDERA NEGERI PERAK


Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam.
Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat
Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia
Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

LAMBANG NEGERI PERAK


Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga
padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.Bulan Sabit menandakan Agama Islam
sebagai agama rasmi.Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan
negeri.

BENDERA NEGERI KEDAH

Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi oleh
jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional
negeri dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam.
Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya

LAMBANG NEGERI KEDAH


Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai
pula tanda kekuasaan.

BENDERA NEGERI JOHOR


Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang
berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru
tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

LAMBANG NEGERI JOHOR


Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah
Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang
dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu
mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di
negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada
Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.

You might also like