Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Teknik Pembinaan Soalan Jawapan Dipilih

Soalan jawapan dipilih ialah soalan yang menghendaki pelajar memilih jawapan
yang paling tepat dari senarai pilihan-pilihan jawapan. Pensyarah bukan sahaja
perlu mengemukakan soalan malah perlu menyediakan jawapan yang benar
berserta pilihan-pilihan jawapan yang bertindak sebagai pengacau. Soalan
jawapan dipilih boleh juga dalam bentuk sumbangan pelajar seperti jenis mengisi
tempat kosong. Soalan jenis jawapan dipilih mempunyai aras keobjektifan yang
tingggi kerana soalan ini memerlukan pelajar memberi jawapan yang tepat dan
ringkas yang dapat diperiksa dengan tepat, mudah dan serupa.
a)

Pokok Soalan

Pokok soalan ialah kenyataan yang merujuk kepada sesuatu masalah atau isu
khusus. Sebagai contoh: Apakah pengertian pengujian? Di sini pokok soalan ialah
pengertian pengujian. Pokok soalan mestilah jelas. Gunakan bahasa yang ringkas,
tepat dan mudah difahami. Elakkan dari mengemukakan soalan berbentuk negatif.
Sekiranya perlu, tonjolkan perkataan negatif dengan mengaris, mencondong atau
membesarkan perkataan berkenaan.

b)

Pilihan Jawapan

Pilihan jawapan perlu bersesuaian dengan pokok soalan. Sebagai contoh, jika
pokok soalan menghendaki pelajar menjawab dengan ayat sebagaimana contoh
soalan apakah pengertian pengujian, pilihan jawapan yang diberi mestilah ditulis
dengan menggunakan ayat. Sebaliknya sekiranya pokok soalan menghendaki
pelajar menjawab dengan angka seperti soalan penyelesaian masalah matematik,
pilihan jawapan mestilah dalam bentuk angka.

Oleh kerana pelajar dikehendaki memilih hanya satu pilihan yang paling tepat
sebagai jawapan yang benar, pilihan-pilihan jawapan yang dikemukakan mestilah
saling eklusif dan habisan. Saling eksklusif bermaksud tidak berlaku tindanan
pilihan-pilihan jawapan. Habisan pula bermaksud semua kemungkinan jawapan
diberi.

Satu

kelemahan

utama

soalan

jawapan

dipilih

ialah

ianya

mempunyai

kebarangkalian tekaan yang tinggi. Sekiranya terdapat hanya dua pilihan jawapan,
kebarangkalian jawapan benar berasaskan tekaan ialah 50 peratus. Sekiranya
terdapat 4 pilihan jawapan, kebarangkalian tekaan ialah 25%. Bagi mengelakkan
jawapan benar semata-mata kerana tekaan dan bukannya penguasaan pelajar,
kita digalakkan untuk menyediakan sebanyak mungkin pilihan jawapan.

Memandangkan hanya ada satu sahaja pilihan yang benar, pilihan-pilihan lain
adalah salah. Pilihan-pilihan lain yang salah bertindak sebagai pengacau. Sebagai
pengacau, pilihan lain perlu memainkan peranan sebagai pengacau yang
berkesan. Bukanlah menjadi matlamat mengadakan pilihan-pilihan lain sematamata bagi memenuhi kuota pilihan jawapan. Justeru itu, pilihan yang tidak
berperanan sebagai pengacau yang berkesan seperti semua di atas benar,
semua di atas salah dan tiada jawapan bukanlah pilihan yang berkesan.

Aktiviti 4
Berdasarkan pengalaman anda membina soalan ujian jawapan dipilih yang
dikenali sebagai soalan objektif, jelaskan apakah kelebihan dan kelemahan
menggunakan soalan ujian jawapan dipilih? Sekiranya diberi pilihan, bentuk
soalan ujian yang manakah yang anda lebih gemar membinanya? Bina satu
soalan jawapan dipilih bagi satu tajuk yang anda ajar dengan menggunakan pokok
soalan dan pilihan jawapan berserta pengacau yang sesuai.

You might also like