Minit Mesyuarat Pi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PK07 PengurusanMesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO ONN JAAFAR


MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL 2 (2016)
Tarikh

: 4 April 2016

Masa

: Isnin

Tempat

: Makmal Komputer

Pengerusi

: Pn Siti Zaliha binti Sulaiman

Kehadiran(Bilangan) : 16 Orang (Rujuk Lampiran Kehadiran)


Turut Hadir
1

: Hajah Radziah binti Mahadi

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ummul kitab dan bacaan al-fatihah untuk arwah
suami Ustazah Siti Esah binti Mat Junoh
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Puan Hajah Radziah, Guru Besar
SKDOJ kerana sudi menghadirkan diri dalam mesyuarat Panitia Pendidikan Islam
1.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan ucapan tahniah
kepada Ustaz Zulkhairi dengan kehadiran orang baru dalam keluarga serta
mendoakan semoga Puan Suhaida kembali sihat
1.4 Semua GPI diingatkan supaya sentiasa peka dengan maklumat semasa supaya
tidak ketinggalan. Pengerusi juga membentangkan hasil mesyuarat peringkat zon
sebagaimana berikut
1.4.1 Karnival Pendidikan Islam- tiada pertandingan peringkat zon dan terus ke
peringkat daerah dan keputusan sepakat memilih sekolah tertentu untuk
menyertai pertandingan peringkat daerah iaitu:
i.
Tilawah Al-Quran ; Lelaki (SK Sri Machap)
Perempuan (SK Dato Onn Jaafar)
ii.
Bercerita
; Lelaki (SK Dato Ibrahim Majid)
Perempuan (SK Sri Kencana)
iii.
Hafazan
; Lelaki (Sekolah Islam As-Siddiq)
Perempuan (Sekolah Islam As-Siddiq)
Latihan pusat akan diakan pada 7 April 2016 (khamis) di SK Sri Maju Jaya
yang mana guru terlibat adalah ketua panitia dan seorang jurulatih
1.4.2 Aktiviti Tahunan GPI Peringkat Zon akan diadakan Sambutan Hari Raya
Peringkat Zon di dewan SMK Simpang Renggam pada tarikh yang akan
ditetapkan kemudian
1.5 Pengerusi juga mengingatkan supaya GPI lebih mengutamakan Program
Pendidikan Islam berbanding program lain

HakCiptaTerpelihara SektorJaminanKualiti, JabatanPelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 PengurusanMesyuarat

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh YM Raja Norsilawati bt Raja Salleh
Disokong untuk pengesahan oleh En Nur Ikram b Abd Raub

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1.Tiada perkara berbangkit.

MAKLUM BALAS FOKUS MESYUARAT


4.1. KBS tahun 5 telah dilaksanakan dan berjalan dengan lancar pada tarikh dan
waktu yang sama program 1M1S. Pn Hajah Radziah memaklumkan bahawa
masalah cuaca dijangkan sehingga bulan Jun. Walau bagaimanapun, KBS boleh
diteruskan memandangkan ianya aktiviti dalaman dan bukan aktiviti luar.
4.2 Semua GPI diingatkan supaya mengemaskini buku PAFA kelas masing-masing
dari masa ke semasa
4.3 Tasmik dapat dilaksanakan dengan lancar kerana telah dimasukkan dalam jadual
PdP. GPI perlu menyerahkan rekod tasmik kepada Ustazah Rasyidah untuk
direkodkan ke dalam fail induk. Ketua Panitia mencadangkan supaya rekod
diserahkan 3 bulan sekali kepada penyelaras Tasmik untuk direkodkan. Ketua
Panitia juga mengingatkan kepada semua GPI berkenaan pembahagian guru
dalam jadual seperti berikutL:
Al-Quran (3 masa) - 3 orang guru di dalam kelas
Ulum (2 masa)
- seorang guru di dalam kelas
Tasmik (2 masa) - 3 orang guru di dalam kelas
Jawi (1 masa)
- seorang guru di dalam kelas
Tindakan: makluman
4.4 Ustaz Zulkhairi memaklumkan bahawa kad rekod bacaan AL-Quran dan Iqra
( Kad Khatam) telah diagihkan kepada semua GPI mengikut kelas masing-masing
dan perlu dikemaskini setiap kali PdP Al-Quran dilaksanakan.
Tindakan: semua GPI
4.5 Pengerusi memaklumkan bahawa KCJ akan dilaksanakan 4 kali setahun di mana
KCJ siri 1 akan diadakan pada 9 April 2016 serentak dengan program Kem
Bestari Solat melibatkan semua GPI. Ustaz Ikram mengingatkan agar penyelaras
KCJ dan KBS memastikan kantin sekolah beroperasi pada hari tersebut bagi
memudahkan murid membeli makanan memandangkan belum ada peruntukan

HakCiptaTerpelihara SektorJaminanKualiti, JabatanPelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 PengurusanMesyuarat

makan dan minuman murid.


4.5 Pengerusi mengingatkan semua GPI agar sentiasa menepati masa masuk ke
kelas dan elakkan dari sebarang tingkah laku yang boleh menimbulkan fitnah.
Pengerusi juga mencadangkan supaya semua GPI memastikan semua murid
membaca surah Thoha ayat 1-5 sambil tangan kanan diletakkan didada masingmasing sebelum memulakan PdP bermula bulan April.
Tindakan: semua GPI
5. PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN
5.1 Headcount Semua GPI membentangkan analisa Headcount kelas masingmasing (Rujuk Lampiran)
5.2 KP mengucapkan tahniah kepada semua rakan GPI yang telah berjaya mencapai
sasaran yang telah ditetapkan.
5.3 Puan Hajah Radziah mencadangkan untuk masa akan datang diadakan ujian
bagi matapelajaran Pendidikan Islam dan semua matapelajaran lain bukannya
matapelajaran teras sahaja.
5.4 Program Peningkatan Akademik- KP membangkitkan persoalan bagaimana untuk
meningkatkan pencapaian murid selain latih tubi, guru perlu bertanya atau selidik
latar belakang dan sejarah keluarga murid. YM Raja Norsilawati memaklumkan
murid 6B bernama Shazwan tidak mengaji di rumah, tidak menyiapkan kerja
rumah dan masih iqra 4. Shazwan juga tidak hadir program KCJ. Puan Hajah
Radziah mencadangkan agar diserahkan kepada guru kaunseling.
5.5 Pemantauan solat murid tahun 6 semasa kelas tambahan, Ustaz Anuar
mencadangkan supaya guna surau SMKSR, bagi melancarkan lagi perjalanan
aktiviti solat kerana murid dapat dikumpulkan di satu tempat sahaja dan
memudahkan guru bertugas membuat kawalan. KP memaklumkan jadual guru
bertugas akan diedarkan secepat mungkin iaitu 3 orang setiap hari (seorang
imam dan 2 orang pemantau murid). KP akan berurusan dengan SMKSR untuk
membuat surat memohon kebenaran menggunakan surau pada waktu zohor.
Jika mendapat kebenaran, murid boleh solat disurau bermula hari selasa
(5.4.2016).
5.6 Ustaz Ikram mencadangkan agar murid dilantik untuk menjadi imam solat setiap
hari sebagai memberi latihan kepada mereka. Walau bagaimanapun, Puan Hajah
Radziah berpendapat bahawa takut timbul masalah bila murid yang menjadi
imam berdasarkan pengalaman beliau yang lepas.
5.7 KP memaklumkan tarikh Program Isra dan Mikraj adalah pada 5 Mei 2016. Pn
Hajah Radziah berharap agar ustaz dan ustazah dapat buat sesuatu sebagai
usaha untuk menerangkan hati murid-murid yang sukar belajar dan kalau boleh
khusus untuk murid tertentu. GPI yang ajar tahun 5 dan 6 diingatkan supaya
sentiasa memberi peringatan kepada murid agar makan 5 biji kismis setiap hari.

HakCiptaTerpelihara SektorJaminanKualiti, JabatanPelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 PengurusanMesyuarat

5.8 KP membentangkan anggaran belanja mengurus Panitia Pendidikan Islam.


RM776.35 dibelanjakan.
5.9 Puan Hajah Radziah memaklumkan berkenaan duit panitia yang mana daripada
peruntukan 80%, hanya 64% sahaja diagihkan kepada pihak sekolah menyebabkan
sekolah kekurangan duit. Jika ada guru yang membuat lembaran kerja boleh hantar
kepada En Mohd Noor untuk direzo.
5.10 KP memaklumkan pengurusan papan kenyataan di bawah seliaan Pn Ruhaida
perlu diperbaharui atau dikemaskini info setiap 2 bulan sekali. Buku teks lama boleh
digunakan sebagai bahan maklumat.
Tindakan: Semua GPI
5.11 Pn Hajah Radziah memaklumkan berkenaan pemantauan PdP, setiap guru
hendaklah peka dan rujuk GPK yang bertanggungjawab. Setiap guru juga akan
dipantau sekali sahaja kecuali bagi guru yang mendapat markah 80% ke bawah akan
dipantau 2 kali. GB juga mengingatkan supaya banyakkan latihan dalam buku tulis,
memasukkan lembaran kerja ke dalam fail, buku tulis juga hendaklah sentiasa ditanda
dari masa ke semasa dan beri komen positif kepada murid. GB juga memaklumkan
agar semua guru merujuk instrumen SPSK (PK 06) untuk dapat maklumat tepat
berkenaan instrument pemantauan. Semua guru boleh dapat markah penuh jika
menepati format yang telah ditetapkan. Ulasan guru dalam buku tulis murid juga
sangat penting bagi mendorong semangat murid manakala kelemahan guru pula adalah
tidak memastikan murid membuat pembetulan. Pn Siti Zaliha memaklumkan bahawa
ulasan dalam buku tulis murid boleh ditulis nama murid tersebut supaya murid rasa
seronok dan bersemangat.
5.12 GB memaklumkan berkenaan buku RPH, tajuk hendaklah ditulis rumi supaya
pentadbir boleh faham PdP yang disampaikan.
Tindakan: semua GPI

HAL-HAL LAIN

6.1
GB mengharapkan agar semua GPI dapat mematuhi perubahan jadual waktu
persendirian dan jadual waktu kelas. Manakala abgi GPI yang terlibat dengan Pra
Sekolah dan Pendidikan Khas agar dapat memaklumkan perubahan jadual kelas
perdana tersebut kepada guru Pra Sekolah dan Pendidikan Khas yang terlibat.
6.2
GB juga mencadangkan agar kelas tasmik dilaksanakan pada waktu akhir PdP
(12.10-1.10), supaya murid Pendidikan Moral dapat dilepaskan balik awal. Selain itu,
GB juga memaklumkan bahawa matapelajaran Pendidikan Islam ada dalam
peperiksaan dan menyumbang kepada markah SKPM. Walau bagaimanapun, analisis
Headcount Pendidikan Islam bagi peperiksaan yang lepas menunjukkan keputusan
HakCiptaTerpelihara SektorJaminanKualiti, JabatanPelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 PengurusanMesyuarat

yang baik.
Tindakan: semua GPI
6.3
Pn Zaimah memaklumkan bahawa bilangan GPI sesi petang tidak dapat
menampung jumlah kelas dan murid di mana ada kelas tasmik dan kelas Al-Quran
diwakili seorang GPI sahaja. Selain itu juga, ada GPI yang diarahkan mengajar
Pendidkan Moral.

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.10 tengahari.

Disediakan oleh;
.....................................
( Ruhaida bt Zahari )
Setiausaha

Disemak Oleh;
..............................................

Tarikh : 10 April 2016

HakCiptaTerpelihara SektorJaminanKualiti, JabatanPelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Tarikh : 10 April 2016

You might also like