Ayat Tunggal

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Terdapat dua bentuk susunan ayat dalam bahasa Melayu, iaitu

susunan biasa dan susunan songsang.


2. Dalam susunan biasa, subjek terletak di hadapan ayat
manakala predikat pula terletak di belakang ayat.
3. Ayat songsang ialah ayat yang predikatnya di hadapan dan
subjeknya di belakang.
Ayat Biasa = Subjek + Predikat
Ayat Songsang = Predikat + Subjek
Ayat contoh:
1. Encik Ahmad seorang doktor.(Ayat Biasa)
Seorang doktor Encik Ahmad. (Ayat Songsang)
3. Perempuan itu siapa? (Ayat Biasa)
Siapa perempuan itu? (Ayat Songsang)
4. Kasut adik belum bercuci. (Ayat Biasa)
Belum bercuci kasut adik. (Ayat Songsang)
5. Pokok itu sangat tinggi.(Ayat Biasa)
Sangat tinggi pokok itu.(Ayat Songsang)
* Partikel "-lah" (untuk ayat penyata) dan partikel "-kah" (untuk
ayat tanya) digunakan untuk memberi penekanan
kepada predikat dalam ayat.
5. Ayat songsang boleh dibentuk melalui proses pendepanan,
iaitu:
a) Pendepanan seluruh predikat
b) Pendepanan sebahagian daripada predikat
(a) Pendepanan Seluruh Predikat
Ayat Biasa Ayat Songsang
1. Masakan ibu lazat sekali.
1. Lazat sekali masakan ibu.
2. Baju itu dijahit oleh ibu.
2. Dijahit oleh ibu baju itu.
3. Abangnya seorang pensyarah.- Seorang pensyarah abangnya.
(b) Pendepanan Sebahagian Daripada Predikat

Ayat Biasa Ayat Songsang


1. Kanak-kanak bermain layang-layang di padang itu.(Ayat Biasa)
Bermain layang-layang kanak-kanak di padang itu. .(Ayat
Songsang)
2. Saya akan balik ke kampung esok.(Ayat Biasa)
Akan balik saya ke kampung esok.(Ayat Songsang)
3. Hatinya tersinggung dengan kata-kata kawannya.(Ayat Biasa)
Tersinggung hatinya dengan kata-kata kawannya.(Ayat
Songsang)

Tatabahasa (Ayat Songsang)


Latihan 1
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.
(i) Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.
(ii)Keropok lekor sangat populor di Terengganu kerana rasanya yang enak.
(iii)Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan.
Latihan 2
Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah supaya menjadi ayat bersusunan biasa.
(i) Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.
(ii)Keadaan banjir semakin surut pemberita melaporkan.
(iii)Pada hari raya pertama kami berkumpul di rumah nenek di kampung.
Skema Latihan 1
(i)Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.
(ii)Kerana rasanya yang enak, keropok lekor sangat popular di Terengganu.
(iii)Disebabkan hujan lebat yang berterusan, negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir.
Skema Latihan 2
(i)Bangunan lama di pinggir bandar dirobohkan oleh pekerja.
(ii) Pemberita melaporkan keadaan banjir semakin surut.
(iii)Kami berkumpul di rumah nenek di kampung pada hari raya pertama.

You might also like