Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

1.

0 MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

1.1 Nama dan Alamat Sekolah


Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Talib Karim
Alamat Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Talib Karim, 78000 Alor
Gajah, Melaka
Kod Sekolah

: MEA 0072

No Telefon

: 06 - 5561285

No Faks

: 06 - 5591285

Email

: smkdhtkmea0072@gmail.com

Portal Rasmi

: http://smkdatohajitalibkarim.edu.my

1.2 Lokasi Sekolah


Peta 1: Lokasi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Talib Karim

1.3 Logo, Visi dan Misi Sekolah

Melambangkan kedudukan
sekolah di daerah Alor Gajah
GADING

yang mana ada kaitan dengan


sejarah tempatan.
Melambangkan kejayaan yang
dikecapi tidak akan padam dan

OBOR

sekolah akan berusaha untuk


mempertingkatkan prestasi dari
segi akademik. Obor juga
merupakan lambang cahaya
yang menerangi kehidupan.
Melambangkan ilmu yang
terdapat di sekolah ini akan

BUKU

sentiasa berkembang dari segi


kurikulum dan ko-kurikulum
merupakan sumber ilmu dan
aspirasi untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang.

MERAH : Melambangkan semangat murid-murid sekolah tidak akan padam.

BIRU :

Melambangkan kerohanian keamanan sekolah, melambangkan perpaduan antara


pentadbir, guru-guru, pekerja ibubapa dan para murid SMKDHTK, Ini juga
melambangkan kejujuran dan kemuliaan ahli-ahliny

KUNING : Melambangkan kedudukan sekolah di kawasan Dato naning, merupakan lambang


penuh kasih sayang yang suci murni terhadap sekolah.

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk


MISI

membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

1.4 Lagu Sekolah

Sekolah Dato' Haji Talib Karim


Sentiasa berada di jiwa kami
Melambangkan hasrat cita murni
Kepada mu kami berbakti

Berusaha pasti jaya


Menjadi amalan kami
Agar tercapai kejayaan
Dalam pendidikan dan tatasusila

Berusaha pasti jaya


Menjadi amalan kami
Agar tercapai kejayaan
Dalam pendidikan dan tatasusila
1.5 Bilangan Pelajar
4

Bilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Talib Karim seramai 1119
orang. Bilangan pelajar lelaki seramai 488 orang manakala bilangan pelajar perempuan
seramai 631 orang.
1.6 Bilangan Guru
Sekolah ini mempunyai 105 orang guru yang terdiri daripada 32 orang guru lelaki dan 73
orang guru perempuan. Manakala ia dibantu oleh 15 orang staf sokongan.
1.7 Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Talib Karim memang tidak asing lagi bagi
masyarakat Daerah Alor Gajah. Sekolah ini dulunya dikenali dengan Sekolah Menengah
Kolam Air, diasaskan pada 1hb Januari 1961 sebagai sekolah aliran Melayu. Ia
dinamakan Sekolah Dato Haji Talib Karim sempena nama Ketua Menteri Melaka yang
ketiga. Ia bermula dengan sebuah kelas tingkatan satu yang ditadbir oleh Pengetua
Sekolah Menengah Alor Gajah bersama-sama dengan kelas aliran Inggeris. Kebanyakan
murid yang dipilih ke kelas istimewa (khas) datang dari sekolah-sekolah kebangsaan di
sekitar Alor Gajah seperti Sekolah Kebangsaan Melekek, Sekolah Kebangsaan Parit
Melana dan Sekolah Kebangsaan Alor Gajah.
Apabila

kelas aliran melayu telah bertambah menjadi 5 buah pada tahun 1963,

pemimpin-pemimpin tempatan telah mengemukakan tuntutan kepada Kementerian


Pelajaran Perseketuan Tanah Melayu untuk mendapat bangunan sendiri. Hasilnya sebuah
bangunan baru yang mengandungi 18 buah bilik darjah, 1 pejabat pengetua, sebuah bilik
guru, 2 buah makmal sains, makmal sains rumahtangga dan bengkel seni perusahaan
telah siap dibina pada akhir tahun tersebut. Bangunan baru yang tersegam indah ini telah
dirasmikan oleh YAB Encik Abdul Ghafar Baba, Ketua Menteri Melaka pada 20 Mei
1964.
Sekolah ini semakin berkembang lagi pada awal tahun 1970-an di mana pada tahun
1971 sebuah blok bangunan baru yang mengandungi 8 buah bilik darjah dan sebuah
makmal sains, sebuah pusat sumber serta 2 buah bilik darjah telah dibina dan hasilnya
kelas sains tulen telah dimulakan di sekolah ini pada tahun tersebut. Pada akhir tahun
1970-an dan awal 1980-an sebuah asrama puteri yang menempatkan kira-kira 100 orang
murid dibina pada tahun 1977. Ia diikuti pula dengan kelas tingkatan 6 pada tahun 1980.

Pada tahun 1984 sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan tambahan yang
mengandungi 9 buah bilik darjah lukisan dan sebuah bilik kuliah.
Pada tahun 1989 kerja-kerja pembinaan 3 buah rumah guru SMKDHTK telah
dijalankan pada tahun berikutnya ketiga-tiga buah rumah ini telah diduduki. Pada tahun
1990-an SMKDHTK setapak lagi berubah wajah. Pihak pentadbir telah mengubah suai
bangunan hadapan sekolah dengan mengadakan dataran SMKDHTK dan membesarkan
kantin sekolah.
Pada tahun 1994 sebuah bilik bacaan diadakan di asrama puteri SMKDHTK dan mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan telah ditawarkan di tingkatan 4 sekolah ini dan pada
tahun 2002 sebuah makmal komputer telah dibina berdekatan dengan surau. Diikuti pula
dengan Mata Pelajaran Vokasional diperkenalkan pada tahun 2005. Program Pendidikan
Khas (Masalah Pembelajaran) turut mewarnai panorama SMKDHTK. Program ini mula
bertapak tanggal 5 Januari 2006. Menjelang tahun 2009 sebuah blok bangunan baru
kelas pendidikan khas telah terbina dengan gahnya bersebelahan makmal komputer dan
surau sekolah.
Perkembangan terakhir ialah perubahan aspek fizikal sekolah termasuk penyediaan
kelengakapan ICT di bilik-bilik darjah, pemindahan dan pengubahsuaian pejabat
pentadbiran sekolah, pusat sumber dan makmak-makmal sains. SMKDHTK semakin
anggun dengan pelbagai lakaran mural yang bertemakan pendidikan diteruskan. Semoga
SMKDHTK menapak maju dan terus maju.
1.8 Kejayaan Sekolah
BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

PENCAPAIAN SEKOLAH
2011 - Anugerah Pusat Sumber 4 Bintang (iQ-PSS)
2011 - Anugerah 5 Bintang Smart School Qualification Standards (SSQS)
2012 - Anugerah Pusat Sumber 5 Bintang (iQ-PSS)
2012 - Anugerah 5 Bintang Smart School Qualification Standards (SSQS)
2012 Johan Kuiz Pustakam
2013 - Anugerah Pusat Sumber 5 Bintang (iQ-PSS)
2013 - Anugerah 5 Bintang Smart School Qualification Standards (SSQS)
2014 - Johan Pusat Sumber Cemerlang Daerah Alor Gajah/Masjid Tanah
2014 Johan PSS Cemerlang Peringkat Negeri Melaka
2014 Johan Pertandingan Info Hunt Anjuran Perpustakaan Negara Malaysia
2014 Anugerah Pusat Sumber 5 Bintang (iQ-PSS)
2014 - Anugerah 5 Bintang Smart School Qualification Standards (SSQS)
2014 Tempat ke-6 Pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan
2015 - Johan Pusat Sumber Cemerlang Daerah Alor Gajah/Masjid Tanah
6

15
16
17
18
19
20

2015 - Johan PSS Cemerlang Peringkat Negeri Melaka


2015 - Anugerah Pusat Sumber 5 Bintang (iQ-PSS)
2015 - Anugerah 5 Bintang Smart School Qualification Standards (SSQS)
2015 Johan Pertandingan Laman Blog BMM Online Anjuran Pustakam
2015 - Naib Johan Pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Kebanggaan
2016 Johan Pertandingan Laman Blog Sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka

2.0 ORANISASI DAN PENGURUSAN


SEKOLAH

2.1 Melaporkan Maklumat


Organisasi dan pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Talib Karim adalah
terancang kerana organisasi dan pengurusannya telah dibincangkan dan dibukukan dalam
buku pengurusan sekolah sebagai rujukan dan panduan. Organisasi-organisasi dibentuk bagi
memenuhi keperluan dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mencapai Falsafah
Pendidikan Negara.

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Talib Karim:


8

Memulakan waktu persekolahan pada pukul 7.20 pagi dan tamat


pada pukul 2.40 petang kecuali hari Rabu kerana hari

Kokurikum pada 3.30 ptg


Waktu rehat bagi pelajar menengah rendah pada pukul 10.20
hingga 10.40. Manakala waktu rehat bagi pelajar menengah atas

pada pukul 10.40 hingga 11.00 pagi.


Loceng akan dibunyikan setiap 40 minit sesi pengajaran dan

pembelajaran serta rehat.


Menjalankan ujian untuk menentukan pelajar yang akan

menduduki kelas aliran arab bagi pelajar tingkatan 1.


Bacaan tadarus Quran dan Tazkirah setiap hari di tapak

perhimpunan.
Pelajar melakukan solat zohor berjemaah di surau pada setiap

hari mengikut kelas yang telah ditetapkan.


Pelbagai minggu bahasa akan diadakan seperti bahasa Inggeris.
Motivasi pagi, bacaan doa dan pengumuman diadakan dalam

bahasa Inggeris.
Pada setiap hari Rabu pelajar dikehendaki memakai pakaian unit
uniform masing-masing. Perhimpunan diadakan mengikut badan

uniform.
Pada setiap petang Rabu diadakan perjumpaan unit uniform,
persatuan dan kelab. Perjumpaan diadakan pada pukul sehingga

3.30 petang.
Kelas tambahan bagi kelas peperiksaan awam dan kelas
terancang bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 diadakan pada setiap

hari sehingga minggu terakhir sebelum peperiksaan.


Setiap kelas dibekalkan dengan akhbar pada setiap hari untuk
menggalakkan pelajar mengamalkan budaya membaca serta agar

pelajar sentiasa mengikuti perkembangan semasa.


Pakaian pengawas berwarna biru langit dan pengawas

perpustakaan berwarna kuning.


Pihak sekolah menggunakan perisian bestari yang dibekalkan
oleh smart school. Terutamanya bagi menyimpan maklumatmaklumat pelajar dan guru. Antara program yang dijalankan
seperti pengajaran dan pembelajaran menerusi Frog Vle.

2.2 Carta Organisasi Induk Sekolah

PENGETUA
TN. HAJI ZULKAPLI
BIN HJ OTHMAN

PENYELARAS TING
6

GPK1

GPK HEM

GPK KOKU

PN. ROHAYA BT
OTHMAN

PN NORIYAH BT
LEMAN

CIK HJH NORSIPAH


BT HUSSAIN

GKMP
KEMANUSIAAN

GKMP BAHASA

GKMP SAINS DAN


MATEMATIK

GKMP TEKNIK DAN


VOKASIONAL

PN NOOR AZIZAH
BT MD SOM

EN AZLAN BIN
HASHIM

TN. HAJI HASAN B


SAMAD

PN MARIAM BT
JANTAN

2.3 Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Setiap

PN RAZELA BT

Kompenan

LEMBAGA PENGURUS SEKOLAH.


PENGETUA

PK. PENTADBIRAN

PK.HEM

PK.KO

PK T6

TUGAS PENGETUA
Kewangan dan akaun
1.1 Pendapatan
1.1.1

Menyelenggarakan kutipan yuran-yuran tabung sekolah

1.1.2

Menyelenggarakan berbagai-bagai tuntutan dari kerajaan(gaji,bantuan,biasiswa dan


lain-lain)

1.1.3

Menyelenggarakan pendapatan lain(sewa tanah,sewa bangunan,jualan hasil


10

sekolah,koperasi atau perkhidmatan)


1.1.4

Berikhtiar mendapatkan punca-punca kewangan SUWA (derma untuk projek


khas)

1.2

Perbelanjaan dan pembayaran

1.2.1

Merancang dan menyediakan belanjawan tahunan.

1.2.2

Mengurus menyelenggarakan perbelanjaan dan pembayaran.

1.2.3

Menyelenggarakan tender dansebut harga sekolah.

1.2.4

Mengurus hal-hal mengenai tuntutan pelbagai(wang runcit perjalan dan lain-lain)

1.3 Perakaunan /penyimpanan akaun


1.3.1

Menyeleggarakan akaun-akaun sekolah


a) buku tunai kerajaan
b) buku tunai SUWA
c) buku tunai runcit

1.3.2

Menyelenggarakan dokumen-dokumen berkaitan:


a) dokumen tambahan.
b) dokumen yang menyokong(baucer,resit dll)

1.3.3

Menyelenggara dan menyelia buku stok

1.4 Pengauditan
1.4.1

Menutup buku akaun sekolah pada tiap-tiap tahun dengan menyediakan penyata
pembayaran dan penerimaan.penyata pendapatan dan perbelanjaan serta lembaran
imbangan.
11

1.4.2

Menyelenggara dan menguruskan kewanagan dan akaun asrama(jika ada)

TUGAS PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


Guru Penolong Kanan Pentadbiran bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai
matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.Dengan itu Guru Penolong Kanan

Pentadbiran

bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi pengajaran guru


serta perbelanjaan murid dan dapat menyediakan khidmat Bantuan secukupnya supaya
matlamat dasar pendidikan tercapai.
1. Bidang tugas.
1.1

Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.

1.2

Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.

1.3

Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum pentadbiran


pengurusan guru serta kakitangan sekolah

1.4

Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran


di sekolah .

2. Senarai tugas.
2.1

Kurikulum.

2.1.1

Menentukan perlaksanaan kursus pengajian.

2.1.2

Menentukan rancangan pengajaran harian ,mingguan,penggal dan lain-lain.

2.1.3

Mempastikan perjalan panitia-panitia matapelajaran.

2.1.4

Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan pusat


sumber.

2.1.5

Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber Pendidikan.

12

2.1.6

Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru yang baru
mengajar, guru-guru pelatih maktab di dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.

2.1.7

Menentukan program tv dan radio pendidikan diikuti dengan sebaiknya.

2.1.8

Mengkaji segala jenis program yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan
tindakan susulan.

2.1.9

Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal berkaitan dengan ujian,


peperiksaan dan penilaian serta mencadangkan tindakan susulan.

2.1.10

Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegitan-kegiatan bimbingan dan permulihan.

2.1.11

Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.

2.1.12

Membantu di dalam penentuan bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan dan
kesesuaiannya.

2.1.13

Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan Jadual Waktu
Gantian.

2.2 Pentadbiran
2.2.1
2.2.2

Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru.


Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru serta
kakitangan bukan guru.

2.2.3

Membantu menyenggara dan menyelaras kutipan data @ maklumat dan


perangkaan.

2.2.4

Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan Takwim Sekolah

2.2.5

Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan bukan guru.

2.2.6

Membantu manyedikan anggaran belanjawan tahunan sekolah.

2.2.7

Menyelaras penyelia Penyata Kewangan untuk urusan audit sekolah.


13

2.2.8

Menyelaras pungutan yuran sekolah

2.2.9

Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.

2.2.10

Menjadi penanda tangan kedua-dua cek sekolah.

2.3

Tugas-tugas lain.

2.3.1

Menganggotai jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari semasa ke


semasa.

TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID


Guru Penolong Kanan HEM bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar
Pendidikan Kebangsaan.Guru Penolong Kanan HEM bertanggungjawab mempertingkatkan
disiplin, kebajikan murid dan penetapan nilai-nilai murni.
1. Bidang tugas
1.1

Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan


Penolong Kanan Pentadbiran.

1.2

Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.

1.3

Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pengurusan dan pentadbiran


Hal Ehwal Murid.

1.4

Membantu Pengetua dalam pentadbiran siding petang bagi sekolah-sekolah


yang mempunyai sidang petang.

1.5

Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan


14

sekolah.

2. Senarai Tugas
2.1 Disiplin
2.1.1

Menentukan penerapan amalan dan nilai-nilai yang murni.

2.1.2

Mempastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasa.

2.1.3

Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturanperaturan tatatertib dan salah laku.

2.1.4

Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.

2.1.5

Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

2.2 Bimbingan dan Kaunseling.


2.2.1

Merancang dan menyelaras perlaksanaan program Bimbingan dan Kaunseling

2.2.2

Menyelaras dan menyediakan rekod Bimbingan Kaunseling murid dan


menyediakan laporan yang di perlukan.

2.2.3

Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid


baru.

2.3 Kesihatan dan Kebajikan Murid


2.3.1

Menguruskan kemudahan kesihatan murid.

2.3.2

Mempastikan program-program kesihatan murid berjalan dengan sempurna.

2.3.3

Menyelia penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.

2.3.4

Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.

15

2.3.5

Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan Amalan Makanan dan


Permakanan, Projek Susu sekolah

2.4 Skim Pinjaman Buku Teks


2.4.1

Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kira.

2.4.2

Mengurus kutipan-kutipan

2.5

Kebersihan dan Keselamatan

2.5.1

Membantu di dalam rancangan dan menyelia program bagi keindahan dan kebersihan
Sekolah.

2.5.2

Merancang langkah-langkah keselamatan bersama Pengetua.

2.5.3

Merancang dan melaksanakan latihan kebakaran dan kegiatan yang berkaitan.

3.

Pentadbiran

3.1

Mengurus dan mengemaskini rekod pendaftaran murid.

3.2

Menyemak buku kedatangan harian sidang pagi.

3.3

Menguruskan kemasukkan dan penempatan murid.

3.4

Menguruskan pertukaran sekolah murid.

3.5

Mengurus surat akuan, sijil-sijil murid,surat-surat pengesahan dan pengedaran sijilsijil berhenti sekolah.

3.6

Menyemak buku /kad kemajuan murid dan jadual markah.

TUGAS GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM

16

Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai


matlamat Dasar Pendidikan Negara.Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum bertanggungjawab
meningkatkan penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti ko-kurikulum.
1. Bidang Tugas
1.1

Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua, Penolong Kanan


Pentadbiran dan Guru Penolong Kanan HEM.

1.2
1.3

Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua .


Bertanggungjawab kepada Pengetua di dalam aspek pengurusan kokurikulum
termasuk sidang petang

1.4

Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum.

1.5

Membantu Pengetua di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah


termasuk sidang petang.

2. Senarai Tugas
2.1 Kokurikulum
2.1.1

Sukan dan permainan

a)

Merancang takwim kegiatan sukan dan permainan.

b)

Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan.

c)

Menyelaras aktiviti-aktiviti pakaian seragam di dalam dan di luar sekolah.

d)

Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam dan di luar


sekolah.

2.1.2

Pakaian seragam.
a) Merancang kegiatan pakaian seragam.
b) Mengurus pemilihan untuk kegiatan pakaian seragam.

17

c) Menyelia kegiatan pakaian seragam.


d) Menyelaras aktiviti-aktiviti pakaian seragam di dalam dan di luar sekolah.

2.2.3

Persatuan dan kelab


a) Merancang kegitan persatuan dan kelab.
b) Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab.
c) Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan diluar sekolah.

2.2 Pentadbiran
2.2.1

Menyusun/menyelaras kegiatan kokurikulum.

2.2.2

Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.

2.2.3

Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan kokurikulum telah


diambil.

2.2.4

Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal kokurikulum.

2.2.5

Bertanggungjawab mengenai lawatan lawatan anjuran pihak sekolah.

2.2.6

Menyelaras hari-hari perayaan dan ucapan sekolah.

2.2.7

Menyelaras pembahagian murid-murid ked lam kegiatan kokurikulum serta


meningkatkan tahap pencapaian.

2.2.8

Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.

2.2.9

Memastikan rekod dan data kokurikulum dienggarakan.

2.2.10

Mengurus/menjadi setiausaha mesyuarat guru.

2.2.11

Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung
dengan kokurikulum.

18

2.2.12

Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalm kegiatan


kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.

3. Tugas-tugas lain.
3.1

Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari semasa


ke semasa.

3.2

Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua


dari semasa ke semasa.

PERATURAN AM GURU

Semua guru dikehendaki tiba di sekolah sebelum daripada loceng pertama dibunyikan
dan pulang lima minit selepas tamat waktu akhir.

Apabila tiba sahaja di sekolah, guru dikehendaki menandatangani buku jadual


kedatangan guru setiap hari.

Guru yang tidak dapat hadir bertugas mestilah memaklumkan kepada Pengetua pada
kadar yang paling segera melalui pelbagai media yang munasabah.

Guru yang tidak dapat hadir bertugas mestilah menyerahkan surat cuti sakit atau
mengisi mana-mana borang cuti yang sesuai.

Guru tidak dibenarkan meninggalkan tugas atau keluar dari kawasan sekolah kecuali
setelah mendapat kebenaran Pengetua dan mestilah mencatatkan butiran yang
diperlukan dalam buku yang berkenaan.

Guru mestilah menepati masa untuk masuk ke kelas.

19

Catatan rancangan mengajar hendaklah dibuat dengan lengkap sebagaimana yang


dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan setiap hari dan dihantar untuk disahkan
oleh Pengetua pada setiap hari Ahad.

Guru hendaklah menjalankan P&P dengan kaedah yang paling bersesuaian.

Semasa tidak mengajar (free period), guru hendaklah menjalankan perkara-perkara


yang berkaitan dengan persekolahan sahaja.

Buku latihan/catatan murid hendaklah sentiasa disemak oleh guru dari semasa ke
semasa.

Guru-guru hendaklah sentiasa mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak
yang berautoriti seperti Kerajaan Malaysia, Kementerian Pendidiakan, Jabatan
Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua dan sebagainya dari semasa ke
semasa.

20

3.0 PERANAN PANITIA SEJARAH


SEKOLAH

3.1 PENGURUSAN
Penubuhan sesebuah panitia mata pelajaran berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986
termasuklah:

21

1.
2.

Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-pembelajaran;


Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan

3.

boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran;


Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam)
dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/target yang

4.

ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah;


Mewujudkan semangat berkerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan
atau kelab akademik.

Sesebuah Panitia Sejarah yang baik perlulah diuruskan dan dikelolakan dengan baik.
Pengurusan panitia yang baik termasuklah melalui pengurusan rekod yang bersistematik serta
penetapan hala tuju dan perancangan panitia yang tersusun. Sesebuah panitia mata pelajaran
yang baik haruslah mempunyai perancangan aktivitinya tersendiri yang akan menjadi penentu
hala tuju sesebuah panitia bagi sesebuah tahun atau tempoh tertentu.
PERANAN PANITIA SEJARAH
Peranan sesebuah panitia mata pelajaran ada dijelaskan secara terperinci melalui Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986. Antara peranan sesebuah panitia mata pelajaran termasuklah:
1.

Memperolehi sukatan mata pelajaran terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli

2.

panitia;
Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan.
*(takwim sekarang - hanya dua penggal) Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara

3.

guru dalam suatu tingkatan/darjah dan di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan;
Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh
pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan
pelajaran dan tahap kebolehan mereka;

22

4.

Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan


yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru untuk

5.

dibekalkan di pusat sumber sekolah;


Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang

6.

disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu menubuhkan bank soalan;
Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan
berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan
mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan

7.

pembelajaran;
Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan

8.

mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara ad hoc bila dan jika perlu;


Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak
formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu berkaitan,
seperti masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian

9.

kepada masalah tersebut;


Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti

10.

kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;


Mewujudkan semangat saling berkerjasama dengan persatuan di sekolah dan
menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran

11.

dan pembelajaran;
Berkerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-

12.

panitia di sekolah berhampiran atau sekawasan;


Berkerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah

13.

memajukan pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu;


Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat
dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;
23

14.

Menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat-menyurat
dan rekod-rekod yang berkaitan.

3.2 BILANGAN AHLI


Terdapat 8 orang guru Sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Talib Karim. En
Mazlee Bin Mohd Amin merupakan ketua panitia bagi menengah atas dan Pn Wan Darafenadze
Bt Sulaiman merupakan ketua panitia menengah rendah. Kedua-dua mereka dibantu oleh 6
orang guru sejarah yang lain (Rujuk Carta Organisasi Panitia Sejarah).

3.3 ORGANISASI
CARTA ORGANISASI PANITIA SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
DATO HAJI TALIB KARIM
PENGERUSI
TUAN PENGETUA

NAIB PENGERUSI:
BARISAN GURU PENOLONG
KANAN

KETUA PANITIA MEN ATAS

KETUA PANITIA MEN REN


PN WAN DARAFENADZE BT SULAIMAN
24

AJK
PN NORIYAH BT LEMAN
PN SAADIAH BT JOHARI
TN HJ NOOR AZLIE BIN MANSOR

3.4 PERANCANGAN PANITIA DALAM SETAHUN


BIL

PERANCANGAN PANITIA

Mengadakan kelas tambahan selepas sesi persekolahan setiap hari Isnin, Selasa, Khamis
dan Sabtu.
Bermula jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.
Sabtu bermula 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Mengadakan kelas kecemerlangan (Klinik Sejarah) bagi calon-calon agar berpotensi untuk

lulus. (Calon sederhana dan lemah)


Mengadakan tiga siri perkampungan akademik. Program melatih dan mengajar caloncalon menjawab soalan peperiksaan, khusunya menyentuh teknik menjawab soalan kertas

dua. (Bahagian A dan B)


Mengadakan program teknik menjawab soalan KBAT melibatkan dua aliran yang berbeza

(aliran Sains dan aliran Sastera)


Melaksanakan program solat hajat dan memohon doa restu daripada calon-calon SPM dan

PT3 kepada guru-guru.


In House Training; Penandaan kertas 2 dan 3 untuk guru-guru Sejarah SMKDHTK.

25

4.0 REFLEKSI KENDIRI

26

Refleksi Kendiri
Melalui penglibatan dan pengalaman semasa sehari di sekolah menengah yang diperuntukkan
bagi kehendak universiti ini, pelbagai aspek dapat saya lihat secara terperinci.
4.1 Aspek-aspek positif yang boleh dijadikan panduan
Sepanjang penglibatan diri saya dalam program ROS selama sehari ini saya dapati terdapat
banyak aspek positif yang dapat saya ambil dan dijadikan panduan untuk di masa akan datang.
Antaranya program ini telah :

Memberi peluang kepada saya untuk memahami sekolah sebagai institusi Pendidikan,
peranan guru dalam bilik darjah serta peranan guru dalam melaksanakan sekolah

bestari
Memberi pendedahan awal kepada saya tentang persekolahan dari perspektif seorang

guru
Memberikan pendedahan awal kepada saya berkenaan dengan latar belakang sekolah

seperti mengetahui visi, misi, lagu sekolah dan sejarah sekolah.


Membantu saya berkenaan dengan peranan guru sejarah dalam panitia Sejarah
memandangkan saya merupakan bakal guru sejarah.
27

Memberikan gambar awal kepada diri saya berkenaan dengan perancangan aktiviti

sejarah yang perlu diambil untuk membantu para pelajar.


Membantu saya untuk memahami pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah

menerusi pemerhatian telah dilakukan


Membantu saya menyesuaikan diri dengan masyarakat dan budaya sekolah,

persekitaran sekolah serta iklim bilik darjah


Memberi pendedahan kepada saya bagaimana untuk merancang, menguruskan dan

melaksanakan sesuatu program di sekolah


Membantu saya dalam membina jati diri dan keyakinan diri untuk menjadi seorang
guru yang cemerlang dan berkualiti

4.2 Aspek-aspek yang boleh diperbaiki

Bilik media perlu diperbanyakkan membolehkan guru-guru paktikum khasnya


menggunakan bilik tersebut. Terdapat beberapa kerosakan di dalam bilik media yang

perlu diperbaiki seperti kerosakan sistem suara dan LCD.


Sekolah tersebut kekurangan tempat meletakkan kereta yang berbumbung. Jadi, untuk
mengelakkan sebarang perebutan tempat meletak kereta, perbanyakkannya.

4.3 Aspek-aspek yang menarik perhatian

Setiap pagi terdapat bacaan Quran dan Tazkirah di tapak perhimpunan yang dilihat

sebagai penerapan unsur agama dan akhlak yang baik


Sekolah tersebut memiliki Pusat Sumber yang sangat baik yang telah memenangi

pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan


Pusat sumber beroperasi setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad
Perkhidmatan cetakan percuma kepada para pelajar
Pusat sumber yang sangat kondusif untuk para pelajar menelaah buku di situ.
Di sekolah ini juga, menjalani program pengajaran dan pembelajaran menerusi Frog

Vle.
Terdapat sebuah Galeri Seni Dato Talib Karim yang sangat menarik untuk dikunjungi.
Barang-barang lama milik Dato turut dipamerkan di dalam galeri tersebut.

28

Mempunyai seorang guru yang hebat dalam karya tulisan jawi yang sangat saya

kagumi dan memiliki galeri seni hasil tulisan jawi beliau.


Memiliki sudut yang menarik lain daripada yang lain seperti sudut pengucapan awam
Sekolah tersebut mempunyai landskap yang baik dari segi hiasan, kebersihan dan

sebagainya.
Di samping pencapaian dalam bidang kurikulum, aktiviti ko-kurikulum turut
cemerlang. Kebanyakan aktiviti tersebut berjaya dicapai di peringkat daerah, negeri
dan kebangsaan. Misalnya memenangi Johan dalam Pertandingan Blog peringkat

kebangsaan
Selain itu, murid-murid memberi salam apabila berjumpa dengan guru-guru. Ini

menunjukkan tanda hormat murid kepada guru.


Sikap guru yang mengambil berat mengenai para pelajarnya, di mana mereka akan
berbincang cara untuk membantu pelajar yang bermasalah (terutamanya bermasalah
dalam akademik) apabila bertemu sesama mereka.

4.4 Perancangan saya untuk menjadi guru yang berkualiti

Saya haruslah berilmu pengetahuan yang tinggi. Ini kerana guru adalah memberi dan
menyampaikan maklumat kepada pelajar. Cabaran pada hari ini memerlukan guru

yang memiliki pelbagai ilmu pengetahuan dan kepakaran.


Saya perlu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Di antara ciri-ciri
seorang guru bersahsiah yang baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas
dalam menjalankan tugas, menghormati rakan guru serta pelajar, rajin dan lain-lain.
Nilaitara sahsiah atau tingkahlaku yang baik ini adalah terkandung di dalam Etika dan

Tatasusila Profesion Keguruan.


Untuk menjadi guru yang berkualiti, saya perlu sentiasa menjaga kesihatan diri.
Kesihatan yang baik adalah penting agar dapat menjalankan tugas sebagai guru yang
berkualiti sehingga tamat tempoh perkhidmatan. Saya perlu mengamalkan cara hidup
yang sihat bagi mengekalkan kesihatan yang baik.

29

Dalam perancangan untuk menjadi guru yang berkualiti, saya harus menonjolkan
penampilan diri yang baik sebagai seorang guru, saya sentiasa diperhatikan oleh anak
didik untuk dijadikan contoh tauladan. Cara berpakaian, gaya tutur kata dan tingkah
laku saya mestilah menampakkan keterampilan dan kewibawaan sebagai seorang guru
yang berkualiti. Saya juga perlu sentiasa berpakaian kemas bagi mengekalkan imej
saya sebagai seorang guru yang berkualiti. Saya akan menjaga tutur kata dan tingkah

laku agar menjadi contoh yang baik kepada pelajar.


Saya juga harus mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu
menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar
sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan.

30

You might also like