Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Langkah-langkah menulis ulasan

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat


dalam gambar di bawah, tulis ulasan yang panjangnya di tidak melebihi 90 patah
perkataan.

Tips menjawab soalan .


1. Teliti kehendak soalan.
2. Teliti gambar yang diberi.
3. Pembukaan ulasan. Ini ayat paling sempoi.
" ______1_______ di atas menunjukkan ___________2_________________"
Tempat kosong nombor 1 boleh diisi dengan gambar, carta, poster atau apa-apa
yang sesuai bergantung kepada imej yang diberi.
Tempat kosong nombor 2 perlu diisi dengan tajuk ulasan yang diberi.
Contoh ulasan untuk soalan ini :
" Gambar di atas menunjukkan kesan pencemaran sungai."
4. Isi - gambar ini menyediakan 3 isi yang tersurat.
Isi tersurat pertama.
"Pencemaran sungai mengancam kualiti bekalan air minuman."
Isi tersirat - untuk menulis isi tersirat, sila jawab soalan berikut :

i- mengapa bekalan air minuman terancam ?


Sungai merupakan sumber utama air bersih untuk kegunaan harian masyarakat
Malaysia termasuklah air minuman.
**kegunaan harian boleh ditukarkan kepada kegunaan domestik.
ii- bagaimana bekalan air minuman terancam ?
Seandainya sungai dicemari bermakna bekalan air kita juga dicemari.
iii- apakah kesan bekalan air terancam ?
Hal ini akan menjejaskan kesihatan masyarakat kita.
Cadangan ulasan isi pertama.
"Pencemaran sungai mengancam kualiti bekalan air minuman. Sungai
merupakan sumber utama bekalan air bersih untuk kegunaan domestik.
Seandainya sungai dicemari bermakna bekalan air minuman kita juga dicemari.
Hal ini akan menjejaskan kesihatan masyarakat kita."
Isi tersurat kedua.
"Pencemaran sungai mengakibatkan kepupusan hidupan air"
** hidupan air juga dikenali sebagai hidupan akuatik. Boleh guna perkataan ini.
Isi tersirat - sila tanya bagaimana dan kesan kepupusan hidup air.
- sungai merupakan habitan hidupan akuatik.
- pencemaran sungai akan membunuh hidupan akuatik
- kita akan kehilangan sumber makanan (sumber protien) seperti ikan, udang,
kerang dan siput.
Sila gabungankan kesemua fakta ini supaya menjadi satu perenggan yang
mengandungi 25 patah perkataan.
Isi tersurat ketiga.
"Pencemaran sungai menjejaskan industri pelancongan negara."
Isi tersirat
- sungai merupakan tempat perkelahan dan tempat rekreasi tumpuan pelancong.
- sungai kotor menyebabkan wabak penyakit.
- pelancongan merosot menjejaskan ekonomi negara.
Gabungkan semua fakta ini.
Kesimpulan.
Nyatakan keperluan menjaga sungai. Jika boleh selitkan cogan kata atau

perumpamaan yang sesuai.

Peringatan penting.
- Ulasan ini mesti ditulis dalam satu perenggan sahaja.
- Jangan lupa penggunaan penanda wacana.
- Catatkan jumlah perkataan.

Latihan Ulasan 1
_____________________________________________________________
KELEBIHAN TINGGAL DI BANDAR
Kemudahan dari segi pengangkutan.

Banyak tempat membeli-belah

Banyak tempat percutian dan riadah.

Banyak peluang pekerjaan.

_____________________________________________________________

Cadangan Isi-isi
tinggal di bandar mempunyai banyak kelebihan berbanding di
luar bandar.
kemudahan dari segi pengangkutan - Sistem Transit Aliran
Ringan , komuter, monorel - darjah ketersampaian tinggi
pusat beli-belah - lebih banyak pilihan - mudah dapatkan
barang-barang keperluan
pelbagai tempat percutian dan riadah - taman tema air, taman
rekreasi - destinasi percutian keluarga
menawarkan banyak peluang pekerjaan - mencari rezeki pendapatan untuk menyara hidup
hidup lebih mudah, lebih selesa di bandar

Latihan Ulasan 2

Cadangan isi-isi

Komputer memainkan peranan penting dalam kehidupan


sehari-hari
Menyimpan maklumat - sebarang maklumat berkaitan tugasan,
kerja rumah, kerja kursus dapat disimpan dengan mudah- satu
pangkalan data
Memproses maklumat mengikut keperluan kita - lebih
sistematik
Alat komunikasi - berhubung dengan rakan dan saudara-mara Facebook, Twitter, Skype
Sumber hiburan - tonton video, main pelbagai permainan hilangkan tekanan.

A. Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa


mengubah maksud asalnya.
1. Encik Razak menghantar anak lelakinya ke sekolah berasrama.

2. Mereka telah menyusun kerusi dan meja di dewan kuliah umum


pada pagi tadi.

3. Bapa saya selalu membersihkan semak samun di belakang rumah


pada setiap bulan.

4. Ibu telah menyelimutkan adik yang kesejukan itu dengan sehelai


kain.

5. Semua murid telah menyetujui cadangan Cikgu Abdullah itu.


6. Pustakawan di perpustakaan Universiti Industri Selangor itu
sedang mengelaskan buku kepada beberapa kategori.
7. Saya menaiki bas Ekspres Maju untuk ke Kuala Lumpur.

8. Pekedai itu menjual alat-alat tulis di kedainya.

9. Awak telah meminjam buku cerita saya pada minggu


lepas.

10. Saya akan mengemaskan bilik adik setiap pagi, sebelum


saya pergi ke sekolah.

B. Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa


mengubah maksud asalnya.
1. Ibu yang sedang berehat di beranda kuambilkan segelas air.

2. Program Nilam dilancarkan oleh pihak sekolah sejak tahun 2006


lagi.

3. Kanak-kanak yang hilang itu telah berjaya ditemukan oleh pihak


polis pada pagi Ahad kelmarin.

4. Kesalahan dalam kes itu diakui oleh gadis pendatang asing itu.

5. Rumahnya sering dikunjungi oleh saudara-mara pada setiap


hujung minggu.
6. Keropok-keropok yang telah dipotong nipis-nipis itu telah dijemur
oleh pekerja-pekerja di kilang pemprosesan keropok itu.

7. Bilik tidur ibu telah saya kemaskan pagi tadi.


8. Pentas di dewan itu telah kami hias dengan cantiknya.

9. Kereta Encik Borhan yang rosak itu telah dibaiki oleh Kamal.

10. Pesalah itu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh
mahkamah.

You might also like