Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

BANK SOALAN KERTAS 1

SAINS TAHUN 6
SAINS BAHAN : PENGAWETAN MAKANAN

KB 1 Aplikasi
1. Emak Salmah kehabisan cuka semasa sedang memasak.
Antara bahan berikut,yang manakah boleh digunakan untuk menggantikan cuka bagi
bagi masakannya?
B

C
D

P5 Pengkaedahan
2. Maklumat berikut menunjukkan proses mengetin nanas
J- Masukkan nanas ke dalam tin dan tuangkan air gula ke dalam tin
K- Paterikan tin
L- Kupas nanas dan potong dalam bentuk kubus
M- Panaskan tin
Pilih urutan yang betul
A. L , J , M , K
B. L , K , M , J
C. M , J , L , K
D. M , L , K , J

P5 Pengkaedahan
3. Maklumat berikut menunjukkan langkah-langkah dalam proses penjerukan buah betik.
Langkah ke -iii tidak dinyatakan
i - Kupas kulit dan bersihkan buah betik
ii - Masukkan buah betik ke dalam bekas
iii -
iv - Tutup bekas dengan ketat dan biarkan selama seminggu

Apakah langkah ke-iii ?


A. Tuangkan air masak
B. Titiskan sedikit minyak
C. Titiskan bahan pewarna
D. Tuangkan larutan gula pekat

P1 Fakta
4. Rajah menunjukkan satu kaedah pengawetan bahan makanan

Apakah kelebihan kaedah ini ?


A. Makanan lebih sedap dan segar
B. Makanan tidak mudah rosak dan kekal segar
C. Makanan tahan lebih lama dan mudah disimpan
D. Makanan tahan lebih lama dan kos pengeluaran murah

P1 Fakta
5. Rajah menunjukkan sejenis makanan yang mempunyai tarikh luput pada kotaknya.

Jamaliah perlu menyemak tarikh luput sebelum membeli makanan itu untuk
memastikan makanan itu
A. berkhasiat

B. sedap dimakan

C. boleh disimpan

D. masih selamat dimakan

P5 Pengkaedahan
6. Seorang nelayan mendapat hasil tangkapan ikan yang
banyak. Beliau ingin menyimpan sebahagian ikan itu untuk beberapa hari.
Bagaimanakah nelayan itu boleh mengelakkan ikannya daripada menjadi cepat busuk?
A Bubuh garam pada ikan
B Bersihkan ikan dengan air
C Bungkuskan ikan dengan plastik gelap
D Simpan ikan dalam almari yang tertutup

P3 Pengelasan
7. Rajah menunjukkan tiga jenis makanan

Apakah kaedah yang paling sesuai untuk mengawet makanan R, S dan T ?

R
Penjerukan
Pengasapan
Salutan lilin
Pemasinan

A
B
C
D

S
Pengeringan
Pemasinan
Pempasteuran
Pengetinan

T
Pembotolan
Pengetinan
Penjerukan
Pembungkusan Vakum

P5 Pengkaedahan
8. Rajah menunjukkan satu karton telur ayam

Apakah cara terbaik untuk memastikan telur-telur itu tahan lebih lama?
A

Pemasinan

Pengeringan

Penjerukan

Penyejukan

P6 Prinsip
9. Rajah menunjukkan satu aktiviti untuk mengawet makanan

Antara berikut,yang manakah menunjukkan prinsip bagi aktiviti itu?

Menjadikan makanan lebih ringan

Menjadikan makanan lebih sedap

Menyingkirkan udara daripada makanan

Menyahkan kelembapan daripada makanan

P3 Pengelasan
10. Rajah menunjukkan tiga jenis makanan R , S dan T.

Manakah cara yang betul untuk mengawet makanan-makanan itu.


Pendinginan

Penyejukbekuan

Pemasinan

P1 Fakta
11. Rajah menunjukkan sejenis buah.

Keadaan manakah yang paling sesuai digunakan untuk mengawet buah itu?
J- Pelilinan

L Pengasapan

K- Penjerukan

M- Penyejukbekuan

A. J dan K

B. L dan M

C. J dan L

D. K dan M

P5 Pengkaedahan
12 Maklumat berikut menunjukkan satu proses pengawetan makanan.

Makanan dibasmi kuman sebelum dibungkuskan dalam bekas kedap udara

Udara dikeluarkan dari bungkusan atau bekas

Mikroorganisma tidak boleh hidup tanpa udara

Apakah jenis pengawetan makanan di atas?


A

Pembungkusan vakum

Pempasteuran

Pengeringan

Pengetinan

K3 Ekstrapolasi
13 Rajah di bawah menunjukkan penyiasatan tentang pengawetan makanan.

Telur di dalam balang menjadi rosak selepas 5 hari. Apakah yang boleh dilakukan untuk
menjadikan telur tersebut tahan lebih lama?
A

Biarkan penutup balang terbuka

Gunakan lebih banyak air

Tambah jumlah garam

Susun semula telur

JAWAPAN
1. B
2. A
3. D
4. C
5. D
6. A
7. B
8. A
9. D

10. B
11. C
12. A
13. C

You might also like