Trial Pa p2 by TKB 2016

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Bahagian

[ 15 markah ]

Jawab semua soalan


1.

Nyatakan tujuan dasar Negara digubal


[ 4M ]

(i)

.
(ii)

..
(iii)

.
(iv)

.
2.
Jelaskan dua langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk
memperkukuh
penghayatan prinsip Rukun Negara dalam kalangan generasi muda.
[ 4M ]
(i)

..

..
(ii)

.
3.

Pelan pembangunan lima tahun menetapkan sasaran perkembangan


makro-ekonomi dan juga saiz serta peruntukan untuk program
pembangunan negara.
Huraikan cabaran yang dihadapi dalam menjayakan Rancangan Malaysia

ke-10
[4 M ]

(i)

..

(ii)

4.

Antara langkah kerajaan untuk merealisasikan Wawasan 2020 adalah


melalui penswastaan. Bagi mencapai sasaran ke arah negara
berpendapatan tinggi, sektor swasta berperanan memacu pertumbuhan
ekonomi Negara.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan penswastaan?
[ 1M ]

.
(b) Nyatkan dua matlamat kerajaan memperkenalkan Dasar Penswastaan
[ 2M ]
i.

..
ii.

..
Bahagian B
[20 markah]
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5.
Berdasarkan kepada
maklumat di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkann prestasi calon SPM dalam subjek Kesusasteraan Melayu mengikut peratus
calon lulus dan gagal dan jumlah calon berdaftar di Malaysia pada tahun 2006 hingga 2010.

Minat pelajar kepada subjek berbentuk naratif dan literasi klasik semakin berkurang.
Fenomena ini berlaku apabila bermula pelaksanaan dasar 60:40 dan implimentasi secara
menyeluruh pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pada awal
2000-an. Kekurangan calon dalam subjek ini juga berpunca daripada kurang minat pelajar,
selain itu mereka juga berangggapan tiada jaminan dalam pasaran kerja.
Setiap tahun jumlah calon yang berdaftar dan mengambil subjek Kesusasteraan
Melayu peringkat SPM dari tahun 2006 hingga 2010 semakin merosot. Seramai 40924
orang calon SPM yang berdaftar subjek ini pada tahun 2006 dengan peratus lulus sebanyak
71.1% manakala calon yang gagal pada tahun yang sama sebanyak 28.9%.
Jumlah keseluruhan calon yang berdaftar pada tahun 2007 menurun sebanyak 2243
orang berbanding tahun sebelumnya membuktikan kebanyakan pelajar tidak minat subjek
tersebut. Peratus kelulusan pada tahun 2007 sebanyak 68.1% manakala calon yang gagal
pula sebanyak 31.9%. Peratus calon gagal yang dicatatkan pada tahun ini adalah yang
tertinggi dalam tempoh 2006 hingga 2010. Peratus calon gagal pada tahun 2008 pula lebih
rendah berbanding tahun sebelumnya dan peratus lulus pada tahun 2008 pula sebanyak
70.4% daripada jumlah keseluruhan calon yang mendaftar subjek tersebut seramai 35605
orang.
Pada tahun 2009, bilangan calon daftar SPM dalam subjek Kesusasteraan Melayu
menurun sebanyak 4.85% berbanding tahun 2008. Peratus calon gagal pada tahun 2009
sebanyak 24% berbanding 76% yang lulus, manakala pada tahun 2010 peratus kelulusan
calon yang mengambil subjek ini sebanyak 79.4% berbanding 20.6% yang gagal pada
tempoh yang dinyatakan. Jumlah keseluruhan calon mengambil subjek Kesusasteraan
Melayu pada tahun juga merosot seramai 2969 orang berbanding tahun sebelumnya.
Walaupun peratusan calon lulus mencatatkan peningkatan dari segi angka, namun
pada hakikatnya jumlah calon mengalami penurunan antara 1500 orang hingga 3000 orang
dari tahun 2006 hingga 2010. Dalam tempoh subjek ini terus dipinggirkan, masih terdapat
beberapa pensyarak IPTA yang mengharapkan kerajaan membina pelan tinndakan
komprehensif untuk menambat minat pelajar dalam subjek tersebut.

(Sumber: dipetik daripada Buletin Pendidikan, UKM 2011)

6.Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk membandingkan


kemasukan warga asing daripada pelbagai negara ke Malaysia antara tahun 2002 dengan
2003.
Malaysia ialah sebuah negara yang aman dan mesra pengunjung. Pelbagai jenis pas
dan visa telah dikeluarkan kepada pelawat-pelawat asing seperti pas pengajian, pas lawatan
kerja sementara, pas tanggungan dan sebagainya.
Pada tahun 2002, daripada sejumlah 6 691 332 orang pelawat asing, warga
Singapura merupakan pelawat yang paling ramai menyeberang sempadan Malaysia, sama
ada untuk tujuan melancong, bekerja atau tinggal (terutamanya di Johor Bahru). Jumlahnya
ialah 3 925 598 orang atau 58.67%. Begitu juga pada tahun 2003, jumlahnya terus

meningkat lagi menjadikannya 5 463 552 orang berbanding jumlah keseluruhan sebanyak
8 341 393 orang. Bagi warga Indonesia pula, kebanyakan mereka mengambil pas lawatan
kerja sementara untuk suatu tempoh tertentu. Pada tahun 2002, data yang direkodkan ialah
seramai 1 247 003 orang dan meningkat sebanyak 24.88% pada tahun 2003
kepada 1 557 240 orang.
Sementara itu, kemasukan pelawat Australia dan China menunjukkan penurunan.
Pada tahun 2002, kemasukan warga Australia hanyalah berjumlah 239151 orang, iaitu
sebanyak 3.57% berbanding warga China sebanyak 537 400 orang, iaitu 8.03%. Walaupun
penurunan kemasukan warga Australia sebanyak 41746 orang, penurunan kemasukan
warga China lebih ketara, iaitu sebanyak 12.58% kepada 469 772 orang untuk tempoh
selepas tahun 2002. Pengurangan kemasukan pelancong China dikaitkan dengan
terdapatnya gambaran yang kurang tepat tentang agensi pelancongan yang tidak
bertanggungjawab terhadap kemasukan warga China ke Malaysia.
Dalam kalangan pelawat asing warga Bangladesh, sebahagian besarnya memiliki
pas lawatan kerja sementara atau pas tanggungan. Pada tahun 2003, jumlahnya ialah
36 438 orang, iaitu pertambahan sebanyak 13003 orang berbanding tempoh sebelumnya.
Pertambahan sebanyak 26 215 orang warga India yang memasuki Malaysia pada tahun
2003, ternyata menunjukkan angka lebih tujuh kali ganda berbanding warga Bangladesh
pada tahun tersebut. Pada tahun tersebut pelawat warga India ke Malaysia berjumlah
270 074 orang.
Kemasukan pelawat asing warga Jepun turut membantu sektor pelancongan.
Kebanyakan mereka masuk ke Malaysia pada musim sejuk di Jepun. Selain itu,
penganjuran pelancongan berasaskan sukan seperti Formula 1 dan GP Jepun di Litar
Sepang turut mempengaruhi kehadiran mereka. Pada tahun 2002, jumlah kemasukan
mereka adalah seramai 474886 orang berbanding seramai 346912 orang pada tahun 2003.
Secara keseluruhannya, jumlah kehadiran pelawat asing di Malaysia daripada
pelbagai negara di dunia menunjukkan peningkatan dari segi jumlahnya. Kehadiran yang
semakin ramai ini boleh membantu peningkatan ekonomi negara sama ada dengan
kemasukan pertukaran mata wang asing atau sumbangan mereka dalam pelbagai bidang
pekerjaan sama ada kolar biru atau kolar putih.
(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada
Jabatan Imigresen, 2005)
BAHAGIAN C
[25 Markah]
Pilih satu tajuk daripada tajuk di bawah,dan tulis karangan yang panjangnya
antara 300 hingga 350 patah perkataan
7.
Mengamalkan nilai kesopanan dan kesusilan merupakan suatu tuntutan
dalam Rukun Negara. Huraikan kepentingan dan langkah-langkah yang berkesan
untuk menggandakan semangat tersebut dalam kalangan masyarakat.

8.
Pembentukan Model Baru Ekonomi (MBE) Negara adalah bertujuan untuk
meningkatkan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Ulas kenyataan
tersebut.

You might also like