Kuiz Pentadbiran Buruh

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

1.0

Pengenalan

Kawalan tatatertib merupakan salah satu daripada elemen dalam pengurusan sumber manusia
yang penting. Matlamat kawalan tatatertib adalah bagi membentuk sikap yang positif dan
mencegah diri daripada berlakunya penyelewengan kerana matlamat akhir adalah untuk
membangunkan kakitangan yang berkualiti, berintegriti dan bermotivasi. Pihak Berkuasa
Tatatertib harus menyedari hakikat ini dan bertanggungjawab menguruskan tindakan tatatertib
dengan adil dan berkesan. Sekiranya hukuman yang dikenakan terlalu berat dan tidak setimpal
dengan kesalahan kakitangan (kecuali buang kerja) ini akan menjatuhkan motivasi kakitangan
berkenaan dan jika hukuman terlalu ringan, tindakan tatatertib itu tidak berkesan dan tidak
menjadi pengajaran kepada kakitangan dan pegawai lain.

2.0

Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib

Peraturan mengenai tatakelakuan dan tatatertib bagi anggota perkhidmatan awam adalah
diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Secara keseluruhannya peraturan-peraturan ini mengandungi peruntukan-peruntukan berikut:
a) Peraturan-peraturan mengenai tatakelakuan (code of conducts) serta larangan/kesalahan
b)
c)
d)
e)

khusus;
Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib;
Prosedur dan tatacara tindakan tatatertib;
Hukuman tatatertib;
Peruntukan pelbagai yang berkaitan

SOALAN KUIZ
3.0

Kajian Kes
1

215729

GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

Arjuna adalah sebuah syarikat dibawah milik kerajaan (GLC) mempunyai seramai 5000 pekerja.
Di syarikat tersebut ada kesatuan sekerja yang mewakili golongan pekerja. Setiap tahun ada di
kalangan pekerja yang bersara dan sebagai sebuah syarikat yang mengenang jasa pekerja akan
menganugerahkan sebuah jam tangan. En. Hadi seorang pegawai dari Jabatan Sumber Manusia
telah di amanah untuk memberi jam tangan kepada golongan persara dan telah dihadapkan ke
penal siasatan tatatertib kerana telah memberi jam tangan kepada balu seorang kakitangan yang
telah meninggal dunia. Sebagai ahli panel tindakan tatatertib tuan/puan diminta mengadili kes ini
dan memberi fakta sama ada En. Hadi bersalah atau tidak bersalah.

JAWAPAN KUIZ
4.0

Penentuan Kes

Menerusi Lembaga Tatatertib Syarikat Arjuna, saya sebagai salah seorang Ahli Panel tindakan
Tatatertib (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai Kuasa mengenakan Hukuman Ringan dan
Serius selain Buang Kerja atau Turun Pangkat). Jika seseorang pegawai didapati tidak jujur atau
tidak amanah, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut
dikenakan hukuman ringan dan serius selain buang kerja atau turun pangkat selaras dengan Akta
Kerja 1955 Seksyen 14 dan Common Law (Prinsip Keadilan Asasi).
Mengikut Peraturan 36(1), jika Pengerusi Lembaga Tatatertib Syarikat Arjuna menentukan
bahawa kesalahan yang diadukan itu adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman yang lebih
ringan daripada buang kerja atau turun pangkat dan setelah berpuas hati wujud suatu kesalahan
tatatertib, Lembaga Tatatertib Syarikat Arjuna akan memajukan surat pertuduhan kepada En.
Hadi untuk membuat representasi pembelaan diri dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan

2
215729

GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

surat pertuduhan itu. Seterusnya Lembaga Tatatertib Syarikat Arjuna hendaklah menimbangkan
representasi pegawai tesebut serta membuat keputusan/ hukuman ke atas pegawai

5.0

Wujud/ Tidak Wujud Suatu Kesalahan Tatatertib

Sebagai Ahli panel tindakan Tatatertib Syarikat Arjuna dan para Ahli Panel yang lain (Pihak
Berkuasa Tatatertib yang mempunyai Kuasa mengenakan Hukuman Ringan dan Serius selain
Buang Kerja atau Turun Pangkat) telah menimbang kes ini di bawah selaras dengan Akta Kerja
1955 Seksyen 14 dan Common Law (Prinsip Keadilan Asasi) berpuas hati wujud suatu kesalahan
tatatertib iaitu kesalahan ringan.

6.0

Fakta Pertuduhan

Bahawa En. Hadi merupakan pegawai daripada Jabatan Sumber Manusia di Syarikat Arjuna,
semasa bertugas sebagai Pegawai di Jabatan Sumber Manusia beliau diberi kuasa dan amanah
untuk memberi hadiah jam tangan kepada golongan pesara. Pertuduhan yang di kenakan kepada
En. Hadi adalah menyalahgunakan kuasa, tidak jujur dan tidak amanah kerana telah memberi
jam tangan kepada balu seorang kakitangan yang telah meninggal dunia semasa berkhidmat di
Syarikat Arjuna.
Tuan dengan itu telah melanggar Garis Panduan Pemberian Hadiah di Dalam Syarikat Arjuna
yang menyatakan seperti berikut; seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberikan dan
tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain untuk menerima atau
memberikan bagi pihaknya apa-apa hadiah, sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya,
daripada atau kepada mana-mana orang yang meninggal dunia semasa berkhidmat, atau
kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyai

3
215729

GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

kaitan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan tugas rasminya. Perbuatan tuan
itu boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah atau berkelakuan dengan
apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah iaitu melanggar
Kod Etika Syarikat Arjuna, Oleh itu, sebagai seorang balu tidak layak menerima jam tangan bagi
pihak suami beliau ianya hanya untuk pesara syarikat Arjuna sahaja. Perbuatan En. Hadi boleh
diertikan sebagai telah melanggar Garis Panduan Pemberian Hadiah di dalam Syarikat Arjuna
dan boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah dan cuai dalam menjalankan tugas iaitu telah
melanggar salah laku samada Ringan atau Serius yang menyatakan seperti berikut: Seseorang
pegawai tidak boleh
(i)

Tidak bertanggungjawab;

(ii)

Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan
dengan munasabah sebagai ingkar perintah dan.

(iii)

7.0

Cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

Antara Salahlaku Ringan dan Serius Bergantung Kepada Jenis Pekerjaan dan
Industrian:
(i)

Kategori

ini

meliputi

kelakuan-kelakuan

seperti

ingkar

(disobedience),

ketidakhadiran, tidak turut arahan (insubordination) dan lain-lain lagi. Dalam


pertimbangan keadaan keingkaran, adalah secara tersirat dalam kontrak
perkhidmatan di syarikat Arjuna seseorang pekerja akan mematuhi arahan-arahan,
tetapi ini tidak bermakna menurut secara membuta tanpa mempersoalkannya
dalam semua keadaan. Perlu diingatkan ialah arahan-arahan tersebut haruslah di

4
215729

GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

ikut serta munasabah dan boleh di kenakan tindakan tatatertib di bawah peraturan
(ii)

Syarikat Arjuna Ringan atau Serius sekiranya di dapati bersalah.


Akan tetapi adalah adil untuk memberhentikan seseorang pekerja disebabkan
ketidakhadirannya termasuk juga Kecuaiannya. Cuai dan salah guna kuasa boleh
menjadi isu di mana ianya jarang dilihat sebagai sebab yang wajar atau adil dalam
pemberhentian seseorang pekerja. Ianya hanya wajar jika perkara itu berterusan
atau selepas amaran telah diberi. Walau bagaimanapun, Akta Kerja tidak
mentakrifkan makna salahlaku. Oleh itu, Saya sebagai Ahli Panel Tatatertib
pengertiannya hanya dapat diambil daripada kes-kes yang diputuskan oleh
Syarikat Arjuna. Adalah mustahak untuk diingatkan bahawa persoalan salahlaku
adalah persoalan fakta. Maka dengan itu sukar untuk dibuat satu prinsip yang
khusus bagi menentukan sama ada seseorang pekerja itu telah melakukan
salahlaku atau tidak. Setiap kes perlu diteliti faktanya.

Terdapat beberapa prinsip atau keadaan yang mewujudkan salahlaku:


a. Rangkaian atau rentetan tindakan yang ingkar kepada perintah Syarikat Arjuna yang
sah, walaupun setiap tindakan tersebut kecil sahaja, boleh menyebabkan salahlaku;
b. Hanya satu perbuatan salahlaku boleh membawa pemecatan, dengan syarat perbuatan
tersebut adalah disengajakan dan serius.

Terdapat beberapa contoh perbuatan salahlaku Ringan dan Serius yang membawa kepada
pemberian amaran kepada pekerja:
a. Tidur semasa menjalankan tugas;
b. Cuai dalam menjalankan tugas;
5
215729

GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

c. Mencuri harta Syarikat atau pekerja lain;


d. Mabuk semasa bekerja;
e. Tidak menurut perintah Syarikat yang sah.
f.
8.0

Mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada En. Hadi

Pihak Syarikat Arjuna perlu mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada En. Hadi di atas kesalahan
salah laku guna kuasa yang di kenakan keatas beliau dan saya sebagai Ahli Panel tindakan dan
Ahli Panel yang lain akan membuat penilaian samaada jawapan yang diberikan di dalam surat
tunjuk sebab memuaskan atau tidak.
Sesuatu pertuduhan tatatertib hendaklah jelas serta mengandungi fakta dan butir-butir yang
spesifik berhubung perbuatan salah laku yang pegawai itu dipertuduhkan serta peruntukan manamana peraturan yang dilanggar. Perbuatan serta kesalahan tersebut hendaklah dikaitkan dengan
mana-mana peruntukan peraturan tatakelakuan yang berkenaan yang dinyatakan di bawah
Peraturan 4,Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Surat
pertuduhan tatatertib hendaklah ditandatangan oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib Syarikat
Arjuna atau Ahli Lembaga Tatatertib Syarikat Arjuna LTT bagi pihak Pengerusi.

9.0

Peranan Kesatuan Di Dalam Pertuduhan En. Hadi

Memandangkan En. Hadi adalah seorang ahli kesatuan sekerja di Syarikat Arjuna beliau mestilah
memaklumkan kepada kesatuan sekerja dan mempunyai hak untuk memohon bantuan daripada
kesatuan bagi pertuduhan yang di kenakan keatas beliau langkah-langkah yang perlu diambil
oleh En. Hadi ialah:

6
215729

GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

(i)

En. Hadi perlu berjumpa mana-mana pegawai kesatuan yang sah di Syarikat Arjuna
untuk memaklumkan pertuduhan yang dikenakan keatas beliau untuk mendapatkan

(ii)

khidmat bagi membantu menyelesaikan masalah yang di alami beliau.


Pihak kesatuan akan melantik seorang pegawai untuk mewakili En. Hadi dalan urusan
siasatan dan pendakwaan oleh Pegerusi Lembaga Tindakan Tatatertib Syarikat

(iii)

Arjuna.
Sebagai Ahli kesatuan sekerja di syarikat Arjuna En. Hadi mestilah memberi
kerjasama kepada kesatuan di dalam keterangan yang betul bagi pertuduhan yang di
kenakan kepada beliau maklumat yang betul kepada pegawai kesatuan akan

(iv)

menyenangkan proses untuk membantu dalam proses siasatan dan pendakwaan.


Kegagalan En. Hadi memberi maklumat yang tidak lengkap dan tepat akan
mengakibatkan

pegawai

kesatuan

tidak

dapat

memberi

hujah-hujah

bagi

membahaskan pertuduhan yang dikenakan keatas En. Hadi


10.0

Proses Siasatan

Hak untuk mendapatkan siasatan dalaman domestic inquiry sebelum di kenakan tindakan, En.
Hadi telah dituduh atas kesalahan salah guna kuasa semasa beliau berkhidmat di Jabatan Sumber
Manusia di Syarikat Arjuna Siasatan Dalaman Domestic Inquiry. Harmoni Perhubungan Industri
keadilan menuntut sebagai orang yang dituduh beliau berhak mendapatkan siasatan dalaman bagi
menentukan beliau betul-betul bersalah sebelum di jatuhkan hukuman apabila pihak Syarikat
Arjuna mendakwa bahawa pekerja telah melakukan salahlaku kerja, natural justice memerlukan
bahawa pekerja diberikan hak didengar dan hak menghadapi dakwaan ini di hadapan satu panel
yang berkecuali.
Di dalam kes ini En. Hadi yang telah dituduh atas kesalahan salah guna kuasa di syarikat Arjuna,
hak untuk mendapat Siasatan Dalaman (DI), dan hak ini perlu diberikan melalui undang-undang.

7
215729

GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

Hak untuk pekerja yang didakwa melakukan salahlaku kerja untuk diwakili ahli kesatuan sekerja
atau pekerja pilihan mereka sendiri juga harus dijamin. Sebagai salah seorang Ahli panel di
dalam Syarikat Arjuna perlulah memastikan dokumen-dokumen dan kertas siasatan yang lengkap
sebelum membuat dan menjatuhkan hukuman kepada En hadi supaya tiadak ada unsur-unsur
yang lain timbul semasa siasatan dan juga tidak menimbulkan kes berat sebelah. Bagi
menjalankan proses siasatan ianya perlu beberapa prosedur seperti:

10.1

Maklumat Kes

Memandangkan kes ini kes serius saya sebagi Ahli Panel tindakan dan Panel yang lain
mestilah mendapat maklumat-maklumat yang lengkap supaya tidak belakunya kes berat
sebelah, maklumat itu ialah:
a) Maklumat butir-butir kes kesalahan yang di lakukan oleh En. Hadi secara teliti
dan maklumat pengadul yang di terima untuk melakukan siasatan.
b) Maklumat rakaman saksi-saksi seperti rakan sekerja, balu kepada kakitangan
yang telah meninggal dunia, tempat berlakunya kes, masa, barang-barang
butir dan lain-lain sebagai butir yang kukuh.

10.2

Masalah yang timbul apabila siasatan dalam diadakan

Masalah timbul sama ada Syarikat Arjuna perlu mengadakan siasatan dalaman terlebih
dahulu atau menunggu keputusan Ahli Panel Tindakan atas kes itu. Kesalahan salah guna
kuasa yang dilakukan oleh En. Hadi di tempat kerja atau melibatkan Syarikat Arjuna atau
pekerja lain merupakan kesalahan salahlaku Ringan Dan Serius. Selepas diputuskan
dalam kes ini En. Hadi., bahawa Saya sebagai Ahli Panel tindakan tatatertib dan Ahli
panel yang lain boleh, dengan tujuan untuk menjaga disiplin dan keharmonian di tempat
8
215729

GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

kerja, menjalankan siasatan terlebih dahulu, iaitu sebelum kes itu dibicarakan dan
diputuskan oleh Pegerusi Lembaga Tindakan Tatatertib Syarikat Arjuna. Meskipun
Pegerusi Lembaga Tatatertib Syarikat Arjuna kemudiannya membebaskan pekerja itu, ini
tidak bermakna Pegerusi Lembaga Tindakan Tatatertib Syarikat Arjuna mesti meneruskan
perkhidmatan pekerja. Pekerja masih boleh dipecat atas keputusan badan penyiasatan
dalaman.
Di samping itu, jika En Hadi didapati bersalah oleh Pegerusi Lembaga Tindakan
Tatatertib Syarikat Arjuna, ini tidak semestinya dijadikan sebab yang wajar atau adil
untuk memberhentikannya. Ianya hendaklah munasabah supaya perbuatan salah laku
iaitu salah guna kuasa yang tidak berkaitan dengan kerjanya tidak dijadikan sebagai
alasan dalam pemberhentian. Sebaliknya, bukti yang kukuh tetapi tidak cukup untuk
dibawa kepada dakwaan mungkin cukup untuk diberikan amaran bertulis.

11.0

Representasi Pegawai

En. Hadi boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib
Syarikat Arjuna dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut
sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan kod etika Syarikat Arjuna. En. Hadi
pegawai di Jabatan Sumber Manusia telah mengemukakan representasi seperti berikut:
(a)

Pegawai menyatakan bahawa jam tangan yang diberikan bukanlah di atas


kepentingan beliau, bahkan ia adalah di atas keperimanusiaan oleh semua
kakitangan pesara;

9
215729

GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

(b)

Pegawai menyatakan bahawa beliau terlepas pandang akan kewujudan peraturan


dan Kod Etika Syarikat Arjuna yang menghendaki setiap pemberian perlu
dimaklumkan serta mendapat kebenaran Ketua jabatan; dan

(c)

Pegawai memohon supaya hukuman beliau diringankan memandangkan beliau


membuat kesalahan pertama kali dan telah berkhidmat lama serta bakal bersara
pada pertengahan tahun hadapan.

12.0

Ulasan Ketua Jabatan Syarikat Arjuna

Ketua Jabatan Syarikat Arjuna dalam ulasannya menyatakan:


(a)

Ketua Jabatan Syarikat Arjuna memaklumkan bahawa pegawai di Jabatan Sumber


Manusia En. Hadi, adalah bertanggungjawab dalam pengurusan jabatan termasuk
urusan penerimaan dan pemberian sumbangan daripada pihak tertentu;

(b)

Dalam kes En. Hadi, Ketua Jabatan Syarikat Arjuna berpandangan perkara ini
perlu diberi perhatian yang serius bagi membendung ianya akan menular kepada
kakitangan yang lain; dan

(c)

Ketua Jabatan Syarikat Arjuna juga menyarankan agar tindakan tatatertib diambil
terhadap Pegawai En. Hadi supaya menjadi pengajaran kepada pegawai-pegawai
lain.

13.0

Keputusan Lembaga Tindakan Tatatertib

10
215729

GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

Di dalam Jawatankuasa Panel Siasatan Pegawai En. Hadi didapati BERSALAH di atas
pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman AMARAN BERTULIS mengikut peraturan dan
Kod Etika Syarikat Arjuna asas-asas pertimbangan keputusan:
(a)

Pegawai En. Hadi, tidak secara langsung menafikan pertuduhan tetapi mengetahui
bahawa pemberian hadiah kepada balu seorang kakitangan yang telah meninggal
dunia adalah salah laku mengikut peraturan di Syarikat Arjuna;

(b)

Sebagai seorang pegawai di Jabatan Sumber Manusia, En. Hadi, sepatutnya sedia
maklum tentang keperluan melaporkan pemberian dan memohon kebenaran
Ketua Jabatan Syarikat Arjuna ke atas pemberian tersebut; dan

(c)

Sebagai pengajaran kepada pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan yang
sama.

13.1

Keputusan Tatatertib
Keputusan/hukuman tatatertib hendaklah diberitahu kepada En. Hadi dan
hendaklah terus dilaksanakan sewajarnya meskipun ada rayuan dibuat terhadap
keputusan/hukuman itu. Surat keputusan tersebut hendaklah mengandungi fakta
yang tepat serta dapatan bersalah (finding of guilt) En. Hadi atas pertuduhan yang
telah dihadapkan. Surat keputusan juga hendaklah menyatakan peluang bagi
membuat rayuan ke atas keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib
Perkhidmatan Awam,dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat
keputusan itu.

14.0

Rayuan Pegawai En. Hadi


11

215729

GMGM3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

Perkara mengenai rayuan tatatertib adalah diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Lembaga


Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993 [P.U.(A) 396]. Mana-mana pegawai yang terkilan dengan
keputusan Lembaga Tatatertib (LTT) Kementerian/Jabatan boleh merayu terhadap keputusan
tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam (LRTT) Hak Merayu
[Peraturan 14].

Pegawai En. Hadi, boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh
Lembaga Tindakan Tatatertib Syarikat Arjuna. Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada
Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai
menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan
Kod Etika Syarikat Arjuna dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tindakan Tatatertib Syarikat
Arjuna. Pegawai En. Hadi, tidak mengemukakan apa-apa rayuan terhadap keputusan Lembaga
Tindakan Tatatertib.

12
215729

You might also like