Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

KURSUS:

SASTERA ALAM SEKITAR (LMCR1222)


TAJUK TUGASAN:
ULASAN KARYA FILEM DEEPWATER HARIZON: ANALSIS PUNCA TUMPAHAN
MINYAK YANG MENJEJASKAN ALAM SEKITAR
NAMA PENSYARAH:
DR MAHARAM BINTI MAMAT
DISEDIAKAN OLEH:
NORNAJIHAH BINTI MD NOR (A149596)
SYAMSYATHUL MARDIAH BINTI AKHBAR ALI (A150135)
ANIS MUSRYIDA BINTI HALMI (A149440)
ANIS ATHIRAH BINTI ABDULL RAHIM( A149263)
SALIHAH BINTI ZAINAL ABIDIN (A148754)
IZZAH SAFIAH RAIHANA BINTI MOHD GHAZALI (A161110)
NURUL SYAFIQAH BINTI MOHD RADZI (A161182)

PUSAT CITRA UNIVERSITI


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SENARAI KANDUNGAN

BIL
1.0

KANDUNGAN

HALAMAN

Latar belakang

1.1

Tujuan kajian

1.2

Permasalahan kajian

1.3

Skop kajian

1.4

Kaedah kajian

2.0

Sorotan kajian lepas

3.0

Dapatan kajian

2
38

3.1

Punca berlakunya tumpahan minyak di


pelantar Deepwater Harizon

3.2

Unsur alam sekitar dalam Filem Deepwater


Harizon

10

4.0

Perbincangan

11 13

5.0

Penemuan dan kesimpulan

14

Bibliografi

16

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


Dalam menjalankan kajian untuk memenuhi keperluan kursus, filem
Deepwater

Horizon

telah

menjadi

pilihan untuk

dikaji

dengan

lebih

mendalam. Filem yang diadaptasi berdasarkan kejadian sebenar di Teluk


Mexico, Amerika Syarikat telah diterbitkan untuk memberi pendedahan
sekaligus memaparkan kembali kisah yang telah berlaku kepada dunia.
Tambahan pula, filem ini membawakan kepada penonton tentang kehidupan
sebenar mereka yang bekerja atau menceburkan diri dalam bidang
pengeluaran minyak dari dasar laut. Kesusahan dan aktiviti rutin harian
pekerja ini boleh dianggap seolah mereka berada di dunia lain lantaran lokasi
tempat pelantar minyak yang terletak di tengah-tengah laut yang jauh
dengan kehidupan manusia lain. Mereka yang mempunyai kemahiran tinggi
sahaja mampu mengendalikan pekerjaan ini. Oleh yang demikian, pemilihan
untuk mengkaji filem Deepwater Horizon merupkan suatu langkah bijak
untuk mengetahui dengan lebih mendalam realiti perkara yang berlaku.
Banyak perkara yang dipertontonkan dalam filem sehingga merungkai
banyak hal yang tidak pernah diketahui sebelum ini.
1.1 TUJUAN KAJIAN
Kajian yang dihasilkan bertujuan untuk mengenalpasti punca tumpahan
minyak yang berlaku di pelantar minyak Deepwater Horizon Teluk Mexico,
Amerika Syarikat.
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Kelemahan dan kecuaian manusia dalam mengendalikan sesuatu perkara
membawa kerosakan kepada alam sekitar termasuk alam semula jadi dan
nyawa manusia.
1.3 SKOP KAJIAN

Kajian berkisar tentang filem Deepwater Horizon dengan melihat bagaimana


letupan berlaku di pelantar minyak dasar laut itu. Dengan itu, pengkaji
menganalisis punca yang menyebabkan berlakunya letupan dengan melihat
elemen yang dipaparkan dalam filem.
1.4 KAEDAH KAJIAN
Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah melalui
kaedah kualitatif. Pertama sekali, tontonan yang dibuat di panggung wayang
Alamanda, Putrajaya memberi kefahaman yang lebih jelas. Dengan itu,
perbincangan juga dilakukan untuk menganalisis berkenaan dengan segala
maklumat yang terdapat dalam filem Deepwater Horizon. Melalui analisis
yang dilakukan, dapat mencetuskan idea yang bernas serta menambah
kefahaman untuk dibincangkan dalam tugasan ini. Di samping itu, kajian
juga menggunakan sumber rujukan yang berkaitan dengan tajuk kajian
dengan

buku-buku

yang

mengulas

berkenaan

alam

sekitar

serta

pencemaran. Dengan membaca serta membuat tinjauan literatur terhadap


beberapa filem yang pernah diterbitkan dan

mempunyai kaitan dengan

tajuk kajian menjadikan tugasan ini lebih mudah untuk dilaksanakan.


2.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS
Analisis yang dibuat berdasarkan filem The Runner arahan Alchemy,
terdapat beberapa persamaan yang boleh dilihat antara kisah ini dengan
kisah benar Deep Water Horizon berkenaan tumpahan minyak yang berlaku.
Filem ini mengisahkan tentang peristiwa bencana alam yang berlaku iaitu
tumpahan minyak milik Syarikat British Petroleum (BP) yang terjadi pada
tahun 2010. Filem dibintangi oleh Colin Pryce yang merupakan seorang ahli
politik yang membantu masyakarat sekitar teluk yang ditimpa bencana. Dia
adalah seorang ahli politik yang sangat disegani dalam masyarakat. Colin
Pryce berusaha sedaya upaya membantu warga sekitar akibat dari perisiwa
tumpahan minyak tersebut. Namun usahanya telah diganggu oleh beberapa
masalah yang berlaku iaitu dia terbabit dengan skandal percintaan serta

masalah yang berlaku dalam keluarganya yang mengakibatkan kariernya


sebagai ahli politik perlahan-lahan musnah.
Tambahan pula, beliau tenggelam dengan harta kemewahan dan
wanita yang datang silih berganti dalam hidupnya. Akibat daripada
kelalaiannya dalam menunaikan tanggungjawab yang diberikan membawa
daripada tujuan untuk membantu masalah yang berlaku diabaikan. Seperti
filem Deep Water Horizon, filem ini juga memaparkan kemusnahan akibat
letupan di pengkalan minyak yang menjejaskan alam sekitar dan ekosistem
di samping banyak nyawa yang terkorban. Jika dilihat persamaan filem ini
ialah, kemusnahan yang berlaku adalah berpunca daripada sikap manusia
yang tamak dan rakus dengan kemewahan dunia dan mementingkan diri
sendiri daripada tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Seterusnya, berdasarkan kepada kes kebakaran pelantar minyak yang
dilakukan oleh tentera Iraq ketika berundur daripada Kuwait setelah
melakukan serangan. Tragedi ini berlaku pada tahun 1991. Akibatnya telah
membawa kepada pencemaran apabila asap tebal menyelubungi ruang
udara. Oleh yang demikian, seorang pakar untuk memadamkan kebakaran
telah dipanggil iaitu Red Adair untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
Air laut dipam untuk memadamkan kebakaran di telaga minyak tersebut.
Atas kepakaran beliau dengan menggunakan konsep segi tiga api telah
berjaya memadamkan kebakaran tersebut.
Namun begitu, isu yang dilihat ialah sikap manusia yang bertindak
dengan melulu mungkin boleh disifatkan atas dasar dendam kemarahan
telah menyebabkan membawa kepada kemusnahan yang besar. Pihak Iraq
yang mementingkan diri dengan bertindak membakar telaga minyak Kuwait
suatu perkara yang tidak wajar kerana ianya membawa buruk terhadap alam
sekitar. Kebakaran mengambil masa yang lama untuk dipulihkan serta
kerugian yang besar terpaksa dihadapi oleh kerajaan Kuwait tambahan pula

keadaan persekitaran yang terdiri daripada permukaan gurun yang panas


dan kering.( John Coad 2011: 27)
3.0 DAPATAN KAJIAN
Setelah menonton dan menganalisis

filem Deepwater Horizon yang

merupakan arahan Peter Berg, dapat dilihat bahawa filem ini memberi
banyak maklumat serta pengetahuan yang baru. Filem biografi yang
berdasarkan daripada sebuah kejadian letupan pelantar minyak terburuk di
US pada tahun 2010 ini mendapat respon positif sewaktu ditayangkan di
Toronto International Film Festival pada 13 September 2016. Sebelum ini,
sebenarnya telah muncul juga satu filem yang menyentuh tragedi yang
sama iaitu The Runner. Berbeza dengan The Runner, filem Deepwater
Harizon memberikan gambaran bagaimana keadaan yang terjadi sewaktu
letupan berlaku di atas pelantar.
Tuntasnya, peristiwa yang berlaku pada tanggal 20 April 2010 ketika
waktu itu lewat petang di pesisiran lautan Gulf of Mexico. Para pekerja shif
pagi

yang

keletihan

sedang

bersiap

untuk

berehat

di

kabin

dan

sebahagiannya pula sedang duduk berehat di Galley Area. Mike dan


beberapa krew dihantar ke sebuah pelantar minyak di Mexico untuk
menjalankan pemeriksaan. Sewaktu tiba, beberapa perkara mencurigakan
berlaku dan menimbulkan situasi tegang antara pengendali pelantar Syarikat
Transocean dan pemiliknya Syarikat British Petroleum (BP).
Rentetan itu, mereka meninggalkan satu situasi buruk kepada shif
seterusnya iaitu bacaan tekanan dalam telaga meningkat secara tiba-tiba.
Namun

selepas

mereka

membuat

ujian

tekanan

dan

perbincangan,

kesimpulan yang diambil ialah tiada apa-apa masalah pada telaga dan ring.
Hakikatnya, interpretasi yang dilakukan adalah salah.

Lalu pekerja shif

malam mengambil alih bilik kawalan dan rig minyak seperti biasa untuk
memastikan operasi menggerudi berjalan lancar.Tanpa disedari, sejumlah
gas telah meresap keluar melalui derrick floordan mengeluwap dengan

cepat di sekitar dinding dan lantai pelantar minyak akibat cuaca malam yang
sejuk.
Pada malam itu, sistem pengesan gas yang dipasang gagal berfungsi
dengan

baik dan kebocoran gas mulai merebak ke kawasan berbahaya.

Tiba-tiba, beribu-ribu meter padu air lumpur bersama gas dan minyak
mentah memancut keluar dari bawah laut ke atas platform Deepwater
Horizon tanpa amaran siren kecemasan. Pancutan lumpur dari perut bumi
yang

bertekanan

sangat

tinggi

itu

menyebabkan

beberapa

pekerja

penggerudian minyak yang sedang menjalankan tugas di bawah derrick


tower tercampak.
Mereka tidak tahu apa yang berlaku di dalam well tube beribu-ribu
meter ke bawah dasar laut. Pancutan air lumpur menyebabkan bahan bakar
yang sensitif ini merebak ke bahagian bilik enjin dan percikan yang berpunca
dari enjin telah mencetuskan letupan dahsyat dan bebola api memenuhi
ruang udara Teluk Mexico, sehingga dilaporkan ia boleh dilihat dari jarak 60
km. Letupan pertama, mengakibatkan para pekerja dihujani dengan serpihan
kaca dan besi, dan gelombang letupan telah menyebabkan ada pekerja yang
tercampak dan tercedera teruk.
Dalam masa yang sama, minyak mentah dan gas terus memancut
keluar dari well tube meskipun ada pekerja yang cuba untuk mengaktifkan
sistem blowout preventer (BOP). Makanya, api terus marak dan letupan demi
letupan bebola api kian rancak, pekerja-pekerja yang masih hidup berusaha
untuk mencari jalan keluar dari bilik enjin, bilik kawalan dan bilik kediaman.
Asap hitam memenuhi ruang udara yang boleh menyesakkan nafas dan
menghalang penglihatan. Bahang panas kesan letupan bahan bakar minyak
dan gas tidak menyediakan pilihan lain selain daripada para penghuni
Deepwater Horizon terpaksa terjun dari lantai pelantar setinggi 60 kaki terus
ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.

Kebakaran tidak dapat dikawal lagi dan platform Deepwater Horizon


musnah sepenuhnya. Dalam laporan siasatan penuh, dilaporkan bahawa
banyak rantaian faktor yang menjadi punca kepada bencana. Pelbagai
tanggapan masyarakat dan dunia berkaitan dengan tragedi letupan ini.
Impak letupan membawa kepada penjejasan kepada industri pelancongan,
perikanan pesisir pantai dan laut dalam. Perkara yang utama juga adalah
kemusnahan ekosistem alam seperti tumbuhan dan hidupan laut, serta
burung dan ikan yang mati akibat terpalit dengan minyak mentah yang
pekat. BP sebagai pihak yang bertanggungjawab, terpaksa membayar ganti
rugi yang berjumlah berbilion-bilion US dolar.
Namun begitu, jika diteliti setiap platform telaga minyak itu

mesti

mempunyai kawasan yang mempunyai tahap keselamatan yang berbeza.


Terdapat

zon yang paling bahaya sehingga kepada zon tidak bahaya.

Berdasarkan kepada gambaran yang dapat dilihat daripada

pelantar

Deepwater Horizon, zon bahaya macam drilling well, flare tower, dan
engine room terletak di kawasan sebelah kiri, manakala zon kurang bahaya
seperti living quarters, control room, helideck, dan yang paling penting
sekali ialah master area dan lifeboat duduk di kawasan sebelah kanan.
Biasanya akan ada dinding kalis api untuk memisahkan zon bahaya dengan
zon kurang bahaya supaya jika berlaku letupan atau kebakaran, impaknya
lebih rendah dan masih ada masa penampan untuk menyelamatkan diri.
Dalam filem Deepwater Horizon, menampilkan krew yang hebat dari
para karekter termasuk Jimmy Harrel (Kurt Russel), Caleb Holloway (Dylan O
Brien) dan Andra Fleytas

(Gina Rodriguez). Namun begitu, watak yang

menjadi hero dalam ialah Mike William yang dibantu dengan watak Mark
Wahlberg yang merupakan seorang pekerja yang amat komited. Mike
membawa watak ini dengan baik. Dalam filem ini, Mike mempunyai isteri
dan seorang anak perempuan. Mike merupakan seorang suami dan baik
kerana tidak lupa untuk menghubungi isterinya ketika berada di atas

pelantar minyak. Malahan itu, Mike juga merupakan seorang yang kawan
yang baik kerana ketika berlaku letupan Mike berusaha memujuk Rina
Rodriguez agar terjun daripada pelantar tersebut agar mereka tidak menjadi
mangsa letupan.
Kejujuran dan tanggungjawab yang tinggi perlu kerana ianya bukan
hal kecil malah nyawa kepada sesebuah negara. Misalnya, dalam filem ini
menunjukkan Mike Williams merupakan seorang ketua yang berkredibiliti
ketika mengetuai misi ini. Hal ini kerana, beliau tidak berpuas hati apabila
pihak atasan enggan untuk membuat ujian simen yang telah dihasilkan.
Malah, beliau sanggup berjumpa dengan pihak atasan untuk menyuarakan
pendapatnya. Peristiwa ini menunjukkan bahawa Mike William adalah
seorang ketua yang bertanggungjawab. Beliau juga merupakan seorang
yang jujur kerana tidak mahu bersubahat dengan pihak atasan apabila
mereka tidak ingin menjalankan ujian simen tersebut.

Pihak pengelola kapal tambang dengan pelangganya iaitu syarikat BP


saling berselisih pendapat, dimana pihak pengelola kapal memaksa untuk
melakukan uji terhadap simen, sedangkan pihak BP memaksa untuk mula

melakukan perlombongan, hal ini kerana sudah terlewat daripada jadual


yang telah ditetapkan. Setelah melakukan beberapa pengujian, akhirnya
penambangan mulai dilakukan. Tanpa diduga, suatu adegan paip tambang
bocor dan kebakaran mulai merebak seluruh kapal kilang Deepwater Horizon
benar-benar berlaku dan sangat menakutkan.

Adegan yang sangat deskriptif dan mengerikan dalam filem


Deepwater Horizon memang diangkat dari kisah nyata, namun beberapa
plot yang terjadi sebahagian juga hanyalah dramatik. Letupan gas yang
terus

berlanjutan

membuat

suasana

menjadi

sangat

mencengkam.

Kekacauan yang terjadi membuat para krew kapal tambang menjadi panik
dan

saling

berebut

menyelamatkan diri.

untuk

naik

ke

atas

kapal

keselamatan

untuk

10

Apa yang dialami oleh para pengebor minyak dalam tragedi Deepwater
Horizon menjadi suatu aksi yang dramatik kepada penonton yang melihat.
Suara latar aliran minyak dalam paip-paip, dan ledakan gas dari bawah laut
amat ngeri kerana seolah menantikan klimaks dari bencana besar yang
tercatat sejarah ini.

Meskipun keuntungan diperoleh banyak menerusi kegiatan industri


minyak mentah, namun mereka tamak untuk mengeluarkan modal untuk

11

membaiki kemudahan yanga ada. Sebab kesilapan kecil itulah terjadinya


tragedi kebakaran Deepwater Horizon selama 86 hari yang meragut 11
nyawa. Filem ini jelas menunjukkan sikap ketamakan manusia menyebabkan
berlakunya tragedi yang memberi impak yang besar kepada alam sekitar.
Selain kematian nyawa, tragedi ini juga menyebabkan berlaku tumpahan
minyak yang mungkin menjadi salah satu malapetaka alam sekitar paling
dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat.

3.1 Punca Berlakunya tumpahan minyak dalam filem Deepwater


Horizon
Setelah analisis dilakukan, terdapat beberapa punca yang jelas telah
dikenalpasti. Dalam konteks punca pencemaran boleh disifatkan samaada
ianya atas faktor semula jadi

atau faktor manusia. Manusia merupakan

komponen penting dalam ekosistem kerana manusia adalah organisma yang


dominan. Kedominanan itu membolehkan manusia mengawal dan mengubah
ekosistem dan kesan tindakannya juga lebih ketara berbanding dengan
organisma lain. Kedominanan ekologi manusia kian meningkat dengan
berkembang pesatnya teknologi. Manusia boleh mengekploitasi teknologi
dengan lebih dahsyat jika tidak terkawal untuk kepentingan mereka. Melalui
teknologi juga manusia mengubah alam sekitar dengan skala yang berlipat
ganda

sehingga

mengganggu

keseimbangan

dan

kestabilan

ekologi

semulajadi ( Haliza Abdul Rahman & Rapeah Suppian 2013: 18)


Melihat pula kepada sudut punca yang membawa kepada tumpahan
minyak seperti yang dikisahkan dalam Filem Deepwater Horizon. Pertama
sekali ialah penilaian atau tafsiran yang salah krew yang sedang bertugas.
Dapat dilihat bahawa apabila pekerja di bilik kawalan silap menafsirkan
bahawa kebocoran tidak berlaku. Justifikasi yang dibuat adalah bladder
effect di dalam tiub telaga sahaja yang bermasalah namun bahagian lain
yang bermasalah. Kejadian yang baru dikenalpasti pada waktu pertukaran
shif menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut dan sukar dikawal apabila

12

pekerja lain pula yang mengendalikan sistem tersebut untuk waktu


seterusnya. Maka, tekanan meningkat naik dengan mendadak sebelum
berlaku kebocoran yang membawa kepada letupan tangki minyak.
Selain

itu,

kegagalan sistem pengesan

membawa bahaya yang besar.


gagal untuk menghantar

gas

ketika

tempoh

itu

Sistem yang tidak berfungsi dengan baik

maklumat supaya peralatan serta sistem

pengendalian yang kritikal dimatikan terlebih dahulu. Oleh yang demikian,


para pekerja tidak mendapat petanda yang membolehkan mereka bertindak
cepat meskipun keadaan boleh dikawal lagi pada awal-awal kebocoran itu.
Di samping itu, sistem penggera am yang menjadi alatan utama di
pelantar tersebut tidak berfungsi sepenuhnya. Secara umumnya, apabila
sesuatu sistem gagal untuk beroperasi dengan baik maka peranan sistem
penggera am yang menjadi keutamaan untuk memberi maklumat kepada
semua krew yang sedang berada di pelantar tersebut. Akan tetapi keadaan
ini menjadikan para pekerja tidak mengetahui keadaan bahaya yang sedang
berlaku.
Tambahan pula, punca yang dilihat ialah sistem pencegahan

yang

menghalang minyak untuk keluar secara berlebihan gagal berfungsi dengan


baik. Meskipun hakikatnya kapal ini telah menjejak usia yang panjang,
namun segala penyelenggaraan sangat penting untuk mengelakkan masalah
yang lebih besar berlaku.
Akhir sekali, punca yang besar atau dominan merupakan sikap
manusia itu sendiri. Sikap manusia yang tamak atau mengambil jalan
singkat dengan tujuan untuk berjimat walhal sebaliknya yang berlaku.
Syarikat British Petroleum (BP)

yang bertindak untuk tidak mengeluarkan

kos memeriksa peralatan serta sistem tangki lumpur. Apabila sistem tidak
berfungsi dengan baik maka kerja-kerja pengeluran minyak tidak dapat
dijalankan

seperti

yang

dijadualkan.

Sebelum

itu

juga,

penggerudian minyak telah ditangguhkan selama 43 hari.

kerja-kerja
Maka kos

13

kerugian yang berjuta terpaksa ditanggung kerana minyak tidak dapat


dikeluarkan untuk diproses dan seterusnya dijual kepada pengguna.
3.2 Unsur Alam Sekitar Dalam Filem Deepwater Horizon
Dalam kajian ini, unsur alam sekitar yang dapat dikenalpasti ialah
pencemaran yang memusnahkan hidupan lain. Tumpahan minyak yang
membunuh ikan, tumbuhan laut serta hidupan air lain sudah pasti berlaku.
Lapisan minyak yang menutupi permukaan air laut menyebabkan terumbu
karang rosak. Oksigen untuk hidupan dalam laut juga terbatas malah
tercemar dengan lumpur minyak tersebut.
Alam sekitar yang dicemari dengan asap letupan serta lumpur minyak
sudah pasti berlaku. Ekosistem yang terjejas membawa bahaya jika tidak
diselamatkan kerana banyak pula perkara lain atau masalah yang akan
berlaku. Contohnya, dalam filem Deepwater Horizon terdapat satu babak
yang lebih fokus kepada pesanan yang hendak disampaikan iaitu berkenaan
dengan isu ekosistem yang terjejas namun tiada komen yang panjang. Babak
sekitar berdurasi 30 saat itu menunjukkan bahawa ekosistem terganggu
dengan letupan yang berlaku.
Selain itu, penghasilan bunyi yang kuat dengan pancutan minyak
daripada dasar laut, jeritan krew petugas yang terlibat sewaktu letupan,
keadaan huru-hara serta pelbagai bunyi letupan daripada alatan di pelantar
minyak yang bertindak balas dengan menghasilkan api yang kian marak.
Semua ini dapat diklasifikasikan sebagai suatu keadaan yang melibatkan
unsur alam.
Tambahan pula, melihat pula kepada unsur dominan iaitu manusia
yang mengendalikan sistem dan mereka yang terpaksa berhadapan dengan
situasi tersebut. Seramai 11 orang yang mati atau menjadi korban akibat
gagal menyelamatkan diri ketika letupan menjadi suatu mimpi yang
mengerikan bagi krew pelantar Deepwater Harizon yang lain kerana mereka

14

menyaksikan detik cemas itu. Rentetan itu, ramai mangsa yang bertekad
unutk meninggalkan industri minyak dan gas buat selamanya.

4.0 PERBINCANGAN
Menurut takrifan yang telah dipersetujui oleh Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (1972) telah mentakrifkan alam sekitar sebagai suatu aset
atau simpanan sumber-sumber alam sekitar sama ada berbentuk material
dalam kelompok masyarakat atau populasi tertentu, pada waktu dan tempat
tertentu serta dapat menyempurnakan dan memenuhi keperluan manusia
dari masa ke semasa. Selain itu, didefinisikan juga dalam Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 bahawa alam sekitar mrupakan faktor fizikal disekeliling
manusia termasuk tanah, air, atmosfera,iklim, bunyi, bau, rasa, faktor biologi
haiwan dan tumbuhan serta sosial. Manakala seorang Panel Pencemaran
Alam Sekitar Amerika Syarikat

(1986) mengatakan bahawa alam sekitar

sebagai keseluruhan faktor sosial, biologi, fizikal dan kimia yang membentuk
persekitaran manusia.( Haliza Abdul Rahman & Rapeah Suppian 2013: 2)
Berdasarkan

kepada

filem

Deepwater

Horizon,

isu

yang

ingin

dibincangkan lebih fokus kepada kesilapan manusia yang menjejaskan impak


sosial iaitu keselamatan, kesihatan dan juga persekitaran. Apabila manusia
gagal untuk mengawal sistem yang dikendalikan, maka operasi sesuatu
mesin itu juga gagal kerana asas ciptaan teknologi itu juga daripada
kecerdikan akal manusia yang dikurniakan dan atas izin-Nya. Meskipun
penggunaan teknologi yang canggih, namun manusia turut berdepan dengan
risiko yang lebih dahsyat hakikatnya jika sekiranya teknologi itu yang
mengawal kehidupan manusia.

15

Oleh yang demikian, dalam kajian ini berdasarkan pemerhatian dapat


dijelaskan juga bahawa perkara pokoknya adalah kesilapan manusia yang
membawa bencana. Hal ini dapat dirungkaikan seperti yang terdapat dalam
firman Allah s.w.t seperti berikut:

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut
Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya
Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari
balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya
mereka kembali (insaf dan bertaubat).

(Surah ar-Rum: ayat

41)
Maka, jelas bahawa manusia kadangkala terpaksa menerima bencana
atas perbuatan tangan manusia itu sendiri. Meskipun kita melihat ianya
kesilapan

sebahagian

daripada

kita

sahaja,

namun

hakikatnya

tanggungjawab ini dipikul oleh setiap individu. Misalnya seperti dalam


industri pengeluaran minyak, masalah yang berlaku lebih kompleks dan
kritikal akan berlaku jika tidak dikawal dengan baik. Perbelanjaan yang besar
dalam pengendalian

sudah pasti malah syarikat yang bertanggungjawab

perlu bersedia dalam mengendalikan dan perlu lebih peka dengan sebarang
masalah kerana perkara yang tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila
masa. Kadang kala, untuk menghasilkan sesuatu yang besar sudah pasti
memerlukan usaha yang besar.

Angka korban seramai 11 orang yang

16

ditontonkan dalam filem tersebut apabila seorang pekerja krew yang


memanggil nama setiap pekerja pelantar dan terdapat individu yang tidak
ada pada akhirnya. Maka korban nyawa sudah pasti malah semua pekerja
bertindak untuk tidak lagi bekerja di pelantar minyak.
Seperti yang diketahui umum, industri minyak merupakan suatu
sumber asli yang menjadi pendapatan utama sesebuah negara. Akan tetapi
jika sesuatu perkara buruk berlaku pasti kesannya juga mampu membawa
kerugian yang lebih besar. Dalam mengekstrak minyak, apabila mata gerudi
sampai ke takungan minyak, maka minyak akan memancut ke permukaan.
Tekanan bawah tanah yang tinggi menyebabkan minyak naik. Tekanan ini
perlu dikawal dengan segera iaitu jurutera yang bertugas perlu memasang
pam dengan segera untuk membawa minyak naik.( John Coad 2011: 14).
Dalam kenyataan ini menunjukkan bahawa peranan manusia masih penting
dalam mengawal atau menjalankan sesuatu tugas meskipun penggunaan
teknologi canggih telah digunakan. Tanggungjawab dan amanah perlu dalam
tujuan mengelakkan sebarang perkara yang buruk berlaku.
Risiko yang tinggi bagi mereka yang bekerjaya di pelantar minyak
merupakan suatu pertaruhan antara hidup dan mati kerana kawasan
pelantar minyak sememangnya berisiko dalam menghadapi bahaya atau
nahas buruk jika pengendalian tidak dilakukan dengan teratur. Semua ini
dapat dilihat seperti kisah-kisah atau peristiwa yang pernah berlaku dan
banyak iktibar boleh dipelajari. Meskipun mereka yang bekerja di pelantar
ditawarkan dengan pendapatan yang lumayan namun banyak perkara yang
perlu dikorbankan seperti meninggalkan keluarga, tempoh masa kerja yang
lama serta risiko nyawa terutamanya yang tiada ganti. Maka semua ini
memerlukan kepada kekuatan fizikla serta emosi. Jika dilihat dalam filem
tersebut,

ditayangkan

bahawa

pekerja

pelantar

yang

menghubungi

keluarganya melalui aplikasi skype sahaja. Ini menunjukkan bahawa mereka


tidak bertemu selalu dan mungkin juga disebabkan keadaan kedudukan
pelantar minyak yang terletak jauh daripada kehidupan manusia lain.

17

Oleh itu, kita sebagai manusia yang betanggungjawab perlu untuk


menjaga kebersihan serta kesejahteraan alam sekitar. Banyak perkara perlu
dijaga agar generasi akan datang mampu merasai nikmat dan anugerah
tuhan yang bernilai. Tidak semua sumber yang telah hilang akan kembali lagi
dan mungkin akan memakan masa yang lama untuk tumbuh kembali. Alam
semula jadi perlu penjagaan yang wajar kerana ianya menjadi tempat
mencari rezeki, berlindung sebagai tempat tinggal dan banyak lagi. Sesuai
dengan firman Allah SWT seperti ayat yang berikut




"Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah

kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau
melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat
baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik
kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan
janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah
tidak

suka

kepada

orang-orang

(Surah al-Qashash 28: 77)

5.0 PENEMUAN DAN KESIMPULAN

Yang

berbuat

kerosakan

".

18

Menerusi analisis filem Deepwater Horizon, dapat dirumuskan bahawa


bencana yang menimpa manusia merupakan suatu yang berpunca daripada
manusia itu sendiri. Letupan di pelantar minyak Deepwater Horizon yang
dahsyat meninggalkan kesan yang yang besar bukan sahaja alam semulajadi
namun nyawa manusia turut menjadi korban. Mangsa yang terlibat
merupakan krew yang bekerja di pelantar itu tidak menyangka suatu yang
buruk berlaku kerana letupan berlaku dalam tempoh yang singkat. Jika
dilihat punca yang menyebabkan letupan semuanya berasaskan kepada
kegagalan

manusia

samaada

dalam

mengendalikan

sistem,

capaian

maklumat, perbincangan dalam menghadapi masalah dan sebagainya.


Kegagalan dalam mengawal semua ini menyebabkan sistem atau tangki
minyak mengalami tekanan yang tinggi sehingga memaksa minyak itu
keluar memancut dari salurannya.
Maka, apabila keadaan tidak terkawal lalu semua sistem sukar untuk
dikelolakan dan letupan berlaku dengan cepatnya menyebabkan keadaan
menjadi huru-hara dengan semua krew lari menyelamatkan diri. Namun,
terdapat

juga

yang

menjadi

mangsa

korban

sehingga

akhirnya

membangkitkan rasa fobia kepada pekerja lain sehingga mereka mengambil


keputusan untuk meninggalkan kerjaya di pelantar minyak tersebut.
Pengorbanan dan kesusahan sebahagian orang lain kadangkala tiada yang
mengendahkannya. Baka kata pepatah Melayu bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Mungkin tragedi ini disifatkan sebagai
kesan daripada tindakan Syarikat Bristish Petroleum (BP) yang enggan
menjalankan

kerja-kerja

membaik

pulih

kapal

tangki

minyak

yang

sepatutnya dilakukan kerana mengenangkan kerugian yang ditanggung


akibat tidak dapat beroperasi dalam tempoh tersebut.
Marcapada kini, hubungan perniagaan dan alam sekitar tidak diberi
perhatian sepenuhnya. Dengan kata lain, ukuran akhir prestasi syarikat ialah
keuntungan jangka pendek

yang berbentuk wang ringgit, bukannya pada

masyarakat dan alam sekitar. Walhal sepatutnya sesuatau perniagaan yang

19

dijalankan

perlu

meneropong

dengan

lebih

jauh

ke

hadapan

untuk

membolehkannya memenuhi kehendak dan cabaran alam sekitar yang


semakin

penting.(Mohd

keengganan

syarikat BP

Rafi

Yaacob).

Boleh

digambarkan

bahawa

untuk membaiki masalah sistem di pelantar

Deepwater Horizon atas dasar kepentingan yang lebih mengutamakan


keuntungan

untuk

mengelakkan

kerugian

jika

tidak

menjalankan

penggerudian minyak. Akan tetapi, akibatnya lebih besar dan dahsyat


sehingga menjadi tragedi besar dalam sejarah Amerika Syarikat.
Meskipun impak letupan Deepwater Horizon tidak ditayangkan dalam
filem ini, namun banyak pengajaran yang boleh dipelajari. Kemusnahan
hidupan laut serta ekosistem marin yang menjadi sumber penting manusia
dalam

perubatan,

mengurai

bahan

buangan,

mengekalkan

suhu,

mengimbangi atmosfera yang sihat dan sebagainya. Hidupan marin juga


merupakan sumber kehidupan kepada manusia iaitu sumber makanan,
bahan mentah, perubatan dan rekareasi (Haliza Abdul Rahman & Rohasliney
Hashim 2010).
Justeru itu, kesan kepada persekitaran juga pasti berlaku seperti
pencemaran

udara,

pencemaran

air,

korban

nyawa

manusia,

kos

pembersihan yang tinggi dan sebagainya merupakan kesan yang perlu di


tanggung daripada letupan Deepwater Horizon. Pencemaran udara boleh
diertikan sebagai bendasing udara termasuk asap, jelaga, habuk, gas-gas
dan bahan radioaktif

yang terpancar daripada pembakaran ( Zaini Ujang

1997 :70). Realitinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa dengan akibat
daripada letupan pelantar minyak
udara.

semua unsur ini dibebaskan ke ruang

Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa punca tumpahan minyak di

pelantar tersebut berpunca daripada tangan-tangan manusia yang sekaligus


kesannya berbalik juga kepada manusia itu sendiri sebagai elemen alam
sekitar sebagaimana menurut definisi istilah.

20

BIBLIOGRAFI
Al-Quran al-karim
Haliza Abdul Rahman & Rapeah Suppian. 2013. Pencemaran Alam Sekitar
dan Kesihatan
Awam. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Haliza Abdul Rahman & Rohasliney Hashim. 2010. Pemeliharaan dan
Pemuliharaan Alam
Sekitar di Malaysia. Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang.
John Coad. 2011.Why Science Matters: Finding and Using Oil.Heinemen
Library: Oxford.
Mohd Rafi Yaacob. Prosiding Perkem VI, jilid I(2011) 389-399.
Environmental Issues,
Challenges and Business Responses in Malaysia in the 21 st
Century: Towards a
Sustainable Development. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) :
Fakulti
Keusahawanan Perniagaan.
Zaini Ujang.1997. Pengenalan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala
Lumpur.

You might also like