Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

NASI LEMAK

Nasi lemak merupakan salah satu makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya sebagai
sarapan pagi. Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada penggunaan santan untuk memasak
nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat
melayu tradisional. Oleh itu, Nasi Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam nasi yang
membuatkan rasa nasi itu berlemak. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan
bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Kini, pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak
seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu.

LEMANG

Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang dijual sepanjang tahun,
tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya Aildilfitri. Semua orang daripada
pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini. Lemang merupakan hidangan istimewa di
Malaysia. Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang
diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik

dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak .

Kaedah memasak yang menggunakan buluh

ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.


OTAK-OTAK

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan


sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu Otakotak Terengganu dan Otak-otak Johor. Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau
daun nipah. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai
untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan
daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Otak-otak lebih
enak dimakan ketika masih panas.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA


KUIH BULAN

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim
Luruh. Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam
diameter dan 4-5 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak
agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur itik masin. Kuih bulan adalah

kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Kuih Bulan diperbuat
daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning
telur masin di tengahanya. Banyak jenis inti boleh dijumpai di kuih bulan tradisional mengikut budaya
setempat. Terdapat beberapa jenis inti yang terdapat dalam kuih bulan adalah pes biji teratai, pes kacang
manis dan lain-lain.

ZONG ZI

Zongzi atau biasa disebut Ba Tzang adalah makanan tradisional Cina yang terbuat dari beras
ketan dan dibungkus dengan daun buluh sertu dikukus dan digantung untuk dikeringkan. Zongzi
biasa disajikan pada tradisi perayaan Duanwu atau Festival Perahu Naga yang jatuh pada hari ke
5 dalam bulan ke 5 dalam kalender Lunar untuk memperingati wafatnya Qu Yuan, seorang
penyair dari zaman kerajaan Chu. Menurut legenda, Qu Yuan gagal memperingati kaisar dan
para pejabat istana untuk menghentikan perang saudara yang sedang terjadi kala itu. Qu Yuan
lalu membuat puisi yang berisikan kesedihan dan kekhawatirannya terhadap peperangan di tanah
air mereka. Setelah puisi itu selesai, ia melompat ke sungai Miluo. Orang-orang mencuba
menyelamatkannya dengan melempari bungkusan-bungkusan nasi dengan maksud memberi
makan para ikan agar mereka tidak memakan mayat Qu Yuan. Nah, bungkusan-bungkusan nasi
itulah yang kemudian dikenal dengan nama Zongzi atau Ba Tzang. ang disambut pada hari ke 5
dalam bulan ke 5 kalender Lunar.
KUIH BAKUL

Kuih Bakul atau Nian Gao ialah makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk
seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris
dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Makanan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada
masa perayaan ini kerana namanya Nian Gao di mana perkataan go berbunyi sama dengan
perkataan yang bermaksud tinggi melambangkan erti semakin tahun semakin tinggi atau
ringkasnya setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan. Sungguhpun pelbagai jenisnya,
namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan,
dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk
mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang
didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kontonis dari Guangdong.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA
MURUKKU

Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepinya berasal dari India
Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat
berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang
dibuat dan murah kosnya. Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai atau Urad dhal dan
Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas
menggunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus.
Murukku dibuat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun
cara pemutaran.

ROTI CANAI

Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat
masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh
sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak
khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti canai sedap
dimakan bersama dal, kari dan sambal.
TOSAI

Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai,
dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai
cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia
terutamanya kaum India.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di
restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi
atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.Tosai dimakan dengan
pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya, sambar, sambal dari buah-buahan, acar India, kari
ayam atau daging kambing dan lain-lain. Tosai diisi dengan kentang dan bawang yang telah di
goreng sehingga ranggup.

You might also like