Resensi Jurnal

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

SUBJEK:

SKMK 2093 FILEM MELAYU

TAJUK:

RESENSI JURNAL :
PENGISIAN BUDAYA DALAM FILEM MELAYU
Rosini Jonit. 2007. Pengisian Budaya dalam Filem Melayu. Jurnal Skrin Malaysia 4 :
137-150. Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. NUR AFIFAH VANITHA


BINTI ABDULLAH

DISEDIAKAN OLEH:

FADHLI HARIZ BIN FAYAHET (P85040)

PUSAT PENGAJIAN BAHASA, KESUSASTERAAN DAN


KEBUDAYAAN MELAYU
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGISIAN BUDAYA DALAM FILEM MELAYU


Rosini Jonit. 2007. Pengisian Budaya dalam Filem Melayu. Jurnal Skrin Malaysia 4
: 137-150. Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

PENGENALAN

Jurnal ini membicarakan tentang persoalan pengisian budaya dalam filem-filem Melayu
dengan memberi penekanan kepada peranan karyawan filem dalam melahirkan filemfilem yang bersifat nasional menjadi kompleks kerana penghasilan sesebuah filem itu
berkait rapat dengan pasaran, seni dan masyarakat. Karyawan filem digesa agar
menyumbang budaya positif sejajar dengan Kebudayaan Nasional sebagai panduan bagi
pengisian budaya dalam karya filem mereka agar dapat membantu melahirkan generasi
masyarakat Malaysia yang berilmu dan berupaya untuk membangunkan Malaysia. Jurnal
ini juga meneliti persoalan-persoalan ini dengan membincangkan kedudukan dan
hubungan budaya dengan filem Melayu serta cabaran-cabaran yang mengiringinya dan
dibahaskan dalam rangka interaksi dan juga kontradiksi antara tiga sisi, iaitu masyarakat,
seni dan kuasa pasaran.

MASYARAKAT DAN KEBUDAYAAN NASIONAL

Masyarakat dan kebudayaan tidak dapat dipisahkan kerana pada keseluruhannya ia


merupakan cara hidup manusia. Storey (1997) dalam An Introduction to Cultural Theory
and Popular Culture memberikan tiga definisi kebudayaan iaitu, pertama, budaya secara
am merupakan proses perkembangan intelektual, kerohanian dan keindahan yang boleh
dikaitkan dengan penghasilan produk dan karya seni indah serta karya seni kesusasteraan
hasil para intelektual. Kedua, kebudayaan menceritakan tentang cara kehidupan yang
khusus dan definisi yang ketiga, kebudayaan digunakan untuk merujuk kepada kerjakerja kesenian dan artistik.
Malaysia mempunyai mesyarakat majmuk iaitu Melayu, Cina, india dan pelbagai
etnik lain di mana semuanya bebas mengamalkan budaya masing-masing. Walaupun
begitu, Malaysia menggalakkan ciri budaya universal demi perpaduan yang terpancar
dalam mukadimah Rukunegara yang menyeru masyarakat supaya hidup dalam suasana
aman dan harmoni dengan menghormati dan menghayati budaya masing-masing.
Wawasan 2020 juga ada menyebut mengenai kepentingan perpaduan dalam cabaran-

cabaran yang digariskan iaitu membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta
menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, menikmati kehidupan bersama yang
sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah bangsa
Malaysia dengan rasa taat dan pengabadian yang tidak berbelah bagi terhadap negara.
Hal ini seterusnya menjelaskan tuntutan negara ke arah identiti nasional yang
kemudiannya meminta agar kegiatan kesenian berteraskan kebudayaan nasional
diperhebat dan untuk berbuat demikian, strategi yang selaras dengan wawasan
kebangsaan perlu dirangka. Jika ia berjaya dijalankan, maka tahap 'budaya pinggiran'
akan menjadi 'budaya popular' dan seterusnya berkembang menjadi budaya tinggi yang
memberi petunjuk petunjuk kemajuan peradaban manusia dalam dunia milenium ketiga.
Kebudayaan sukuan boleh diamalkan tetapi ia perlulah dintegrasikan dengan kebudayaan
sukuan lain lalu membentuk kebudayaan kebangsaan yang akan memberi identiti yang
khusus untuk Malaysia. Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada Ogos 1971 telah
membentangkan tiga prinsip kebudayaan negara iaitu, Kebudayaan Kebangsaan Malaysia
itu hendaklah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini; unsur kebudayaan
lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan, dan
Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Tiga
prinsip tersebut diharap mampu berkembang dan dibentuk untuk diterima oleh rakyat
serta mampu mencetuskan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia.

FILEM MELAYU

Filem Melayu bermula di zaman kegemilangannya iaitu 50-an ketika zaman Tan Sri
P.Ramlee kemudian sedikit malap dan kini dilihat kembali bangun setelah tertubuhnya
FINAS di manaindustri hiburan diberi lebih perhatian oleh kerajaan. Sejarah
perkembangan filem Melayu memang amat panjang, namun penghasilan filemnya masih
di tahap lama lagi kecuali beberapa filem yang ditangani oleh U-Wei Haji Saari, Erma
Fatimah, dan Adman Salleh. Rata-rata filem melayu hanya mensasarkan kepada satu-satu
kaum sahaja khususnya Melayu.
Media filem amat penting dalam pembinaan tamadun seperti pentingya Sastera
Nasional justeru perlulah ia diangkat agar menjadi filem nasional atau filem kebangsaan.
Karyawan perlu lebih serius dalam menghasilkan filem supaya dapat menyumbang
kepada

pembentukan

kebudayaan

kebangsaan

berketerampilan dalam menuju negara maju.

dan

melahirkan

masyarakat

Apa yang paling penting dalam menghasilkan filem nasional ialah ia mestilah
mempunyai nilai sepunya masyarakat Malaysia. Pertama, kandungannya perlulah berkait
dengan cita-cita patriotisme dan nasionalisme Malaysia. Kedua, karya tidak boleh hanya
tertumpu kepada satu masyarakat atau kaum sahaja. Ia haruslah merangkumi semua iaitu
bangsa Malaysia. Karya juga perlualah bebas stereotaip dan rasis. Maksudnya, filoem
nasional perlu ada segala nilai baik yang memberi imej nasional dan membangkitkan
kesedaran secara kolektif. Seterusnya, wahana penyampaiannya ialah bahasa. Filem
nasional perlulah mengutamakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Filem nasional
dalam Bahasa Kebangsaan mempunyai isi kandungan yang bersifat nasional dan
progresif yang merupakan satu prinsip pentakrif pembinaan bangsa dan identiti nasional.
Filem nasional seharusnya mendorong dan mengembangkan lambang-lambang
pemersatu, serta berfungsi sebagai penyalur dan pembina peradaban Malaysia yang
moden.

RUMUSAN

Apa yang paling penting dalam sesebuah filem bukanlah hasil kutipan yang bernilai
jutaan ringgit tetapi nilai intelektual dan budaya ilmunya untuk khalayak. Filem Melayu
perlu satu anjakan paradigma. Perubahan yang dimaksudkan adalah dengan mengambil
langkah dari sekarang bagi melahirkan filem nasional yang lebih besar dan lebih penting
bagi pembinaan nasion dan memenuhi wawasan negara. Industri filem harus ada panduan
dalam mengkelaskan filem. Dalam hal ini, konsep kebudayaan nasional harus dijadikan
panduan kerana kebudayaan nasional itu diletakkan dalam konteks sejarah dan geografi
dalam satu gagasan dan kemudiannya diletakkan dalam wadah projek nasional yang lebih
besar dan lebih tinggi yang disebut sebagai wawasan 2020, visi yang dicita-cita dan
impikan negara. Para karyawan perlulah mengahsilkan filem yang lebih besar atau filem
nasional bagi memenuhi aspirasi negara.
Seterusnya, filem dari Malaysia akan dikenali dengan ciri-ciri tempatan yang unik
seperti filem Iran, di mana pun ditayangkan, dunia tahu itu adalah filem nasional Iran.
Masalahnya, industri perfileman Malaysia dihambat dengan penerbit dan pengarah yang
dikuasai oleh pasaran dan audien yang rendah cita rasanya. Khalayak lebih suka dengan
filem ringan dan hanyalah hiburan semata-mata. Filem nasional diaanggap genre yang
terlalu berat, memerlukan khalayak berfikir dan akhirnya ia tidak menjadi pilihan ramai.
Siapakah yang bertanggungjawab untuk menukar citra filem tempatan?

Pengarah sesebuah filemlah bertanggungjawab menentukan citra filem tempatan.


Dalam menghasilkan filem, mereka harus memilih sama ada untuk tunduk kepada kuasa
pasaran, atau mengikut runtunan hati untuk berkreatif dan berinovasi, dan dapat
mencetuskan minda masyarakat bagi memenuhi aspirasi negara. Jika pengarah gagal
mengubah citarasa khalayak, pengarah boleh dianggap mempunyai sifat ekorima atau
tailism, iaitu tunduk kepada pasaran. Pengarah juga perlulah menimba ilmu sebanyak
mungkin dalam menghasilkan filem nasional. Ilmu yang dimaksudkan bukan sahaja ilmu
formalyang diajarkan di institusi pengajian tinggi malah juga merangkumi ilmu informal.
Ilmu formal itu penting tetapi jangan sehingga wujud fenomena diploma disease atau
credentialism, yang menentukan hanya orang yang punya ijazah atau diploma sahaja
yang boleh menjadi pengarah.
Seseorang pengarah perlua ada budaya ilmu yang berkait dengan budaya saintifik
yang membawa maksud pemikiran seseorang itu objektif dan rasional. Bersifat saintifik,
bermaksud segala pendapat berasaskan kenyataan yang tepat, empirikal, rasional dan
logikal, bukan berasaskan desas desus, khabar angin, berita surat layang, dan ketahyulan.
Mereka yang memiliki nilai saintifik, ialah mereka yang menghargai pencapaian sains
dan teknologi.
Dari definisi 'budaya' dan 'ilmu' tadi maka budaya ilmu itu membawa maksud
budaya saintifik atau scientific culture ataupun sebagai pelakuan, tabiat, cara, dan
pemikiran seseorang itu yang objektif dan rasional. Pengarah juga perlu bijak
menampilkan kemajuan teknologi dalam karya filem di samping memberi tumpuan
tehadap ciri-ciri filem nasional. Teknologi informasi menjadi salah satu petunjuk
kemajuan peradaban dalam dunia milenium yang ketiga dan pada era ini kehidupan
manusia banyak ditentukan dan dipengaruhi oleh arus budaya yang berkaitan dengan
perkara teknologi informasi seperti komputer, televisyen, video dan filem. Malaysia
seperti negara membangun yang lain amat responsif terhadap bidang aplikasi teknologi
informasi dan komunikasi seperti Koridor Raya Multimedia (MSC). Pengkarya filem
tempatan haruslah belajar dari teknologi filem antarabangsa bukan hanya mengikut
budaya barat yang meminggirkan budaya nasional. Jangan sesekali kita meniru apa
sahaja yang dibuat barat hanya untuk mendapat keuntungan yang cepat.
Kebanyakan pengkarya yang tidak berfikiran saintifik ini tidak mahu bersusah
payah dengan inovasi kreatif dan hanya ingin mengambil jalan mudah untuk mengaut
keuntungan. Hal ini juga menyebabkan khalayak masih di takuk lama dan enggan
menerima genre filem nasional. Kita haruslah berfikir untuk menampilkan identiti sendiri

dalam filem tanpa meniru gaya atau format filem-filem barat. Para karyawan perlu
mengubah car berfikir dan cara bekerja. Jika cara bekerja para karyawan masih tidak
bebas, dan tetapi sebaliknya terikat dengan cara lama, maka tidaklah menghairankan jika
filem jarang mempersoalkan perkara yang sudah terbiasa dan diterima umum yang
dianggapnya sudah jelas kelihatan keuntungannya.
Ketidakimbangan antara logika masyarakat, logika seni, dan logika pasaran tidak
akan selesai kecuali timbulnya gelombang pemikiran baru. Gelombang pemikiran baru
seharusnya datang dari para warga di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pendidikan perlu
memastikan supaya kuasa pasaran itu tidak menentukan sepenuhnya sistem pendidikan,
khususnya pendidikan kesenian, kerana selain daripada negara (state) menjadi patronnya,
IPT juga haras memainkan peranannya sebagai patron seni pada peringkat institusi
(lembaga). Peranan karyawan menjadi bererti sekiranya dalam menentukan jenis filem
yang mahu diterbitkan berpandukan wawasan yang dapat menjuruterakan atau
merekayasakan pemikiran para anggota masyarakat untuk mencapai tahap pemikiran
baru.
Karya seni yang berperanan sekadar pemangkin transformasi sosial tanpa estetika
setidak-tidaknya dianggap karya propaganda, sementara karaya seni yang amat
berestetika tetapi isinya tidak berilmu tidak lebih daripada perhiasan semata-mata.
Melalui wacana ilmiah, maka ketidakimbangan antara tuntutan-tuntutan seni,
masyarakat, dan pasaran dapat diselesaikan. Ertinya, melalui proses dialektika, iaitu
kaedah yang menimbang gagasan-gagasan yang berlawanan itu dengan tujuan mencapai
satu penyelesaian, maka keduadua seni dan pasaran dapat tertanam kembali dalam
masyarakat, seperti yang seharusnya dan tidak lagi berkepil-kepilan lagi. Sintesis
demikian mampu dilaksanakan melalui wacana ilmiah.

You might also like