Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

PERMATA Negara

Jabatan Perdana Menteri


W101 Tingkat 1, Blok 3440,
Enterprise Building One (EBI),
Jalan Teknokrat 3, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel: 603-8319 4000 Faks: 603-8319 4001

setiap anak

PERMATA

Program Asuhan dan Didikan Awal


Kanak-Kanak Permata Negara

permata negara

LIRIKLAGUPERMATA
Semenjak di dalam kandungan lagi
Dibekalkan tuhan bakat tersendiri
Seawal usia perhatian harus diberi
Dewasanya kelak teguh peribadi

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

Kanak-kanak PERMATA berharga


Jika digilap pasti bercahaya
Umpama benih disemai dibaja
Kecenderungannya usah dipersia

Kanak-kanak PERMATA bahagia


Kamilah harapan Malaysia tercinta
Siapa kami di masa hadapan
Asasnya didikan serta dorongan

Kanak-kanak PERMATA bahagia


Kamilah harapan Malaysia tercinta
Siapa kami di masa hadapan
Asasnya didikan serta dorongan
Pencipta : Pak Ngah
Lirik : Habsah Hassan

ISIKANDUNGAN
Seulas Pinang 02 Bagaimana Kami Bermula 03 Falsafah dan Fokus PERMATA Negara 06
Rasional PERMATA Negara 07 Struktur Kurikulum PERMATA Negara 08
Teknik Pembelajaran PERMATA 10 Keistimewaan Program PERMATA 08
Struktur Pelaksanaan Program PERMATA Negara 12

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

PERMATA NEGARA

SEULASPINANG
SalamSejahteradanSalam1Malaysia
Alhamdulillah Program PERMATA kini telah dilaksanakan di 25 buah
lokasi dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri, agensi-agensi
kerajaan dan juga komuniti-komuniti setempat.
Program PERMATA menawarkan satu alternatif
dalam asuhan dan didikan awal kanak-kanak di
bawah umur lima tahun kepada rakyat Malaysia.
Pendekatan dibuktikan di beberapa buah negara
maju telah berupaya merangsang perkembangan
pesat kebolehan intelek, kognitif dan komunikasi
kanak-kanak serta meningkatkan kestabilan
emosi mereka. Penekanan ini diberi kepada
rangsangan minda dengan kaedah meneroka,
mencuba dan mengalami (experimentation,
exploration and experiential) melalui permainan.
Pendekatan ini amatlah bersesuaian dan
menyeronokkan kanak-kanak dan perkembangan
positif program ini telah dapat dilihat pada
anak-anak setelah satu tempoh dalam Program
PERMATA.

Salam hormat.
Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
Pengerusi Jawatankuasa
Kerja Penyelarasan Program PERMATA

Ucapan terima kasih dan penghargaan saya


rakamkan untuk semua pihak yang telah samasama meluangkan masa dan mencurahkan
khidmat bakti bagi melaksanakan program ini.
Setitik budi tuan setinggi gunung intan bagi
saya dan anak-anak PERMATA. Saya berdoa
agar usaha murni kita diberkati Allah Subhanahu
Wataala dan bersama membawa perubahan
positif berpanjangan kepada kehidupan anakanak di masa hadapan.
Adalah menjadi harapan saya juga agar program
ini mendapat sokongan padu yang berterusan
dari semua pihak.

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

PERMATA NEGARA

BAGAIMANAKAMIBERMULA
Setiap Anak PERMATA Negara
Penggerak utama yang mendorong kepada
tercetusnya idea untuk menjalankan Projek
Perintis PERMATA Negara ini datangnya
daripada Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah
Mansor bersama kumpulan beberapa orang
profesional, pendidik, ahli akademik, pakar
perubatan, pegawai polis, peguam, pegawaipegawai kerajaan bagi membincangkan
cadangan penyelesaian kepada masalah dan
gejala sosial yang kian melanda para remaja
yang sungguh membimbangkan. Perbincangan
profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran
dan latar belakang ini telah senada bahawa
proses pembentukan insan yang cemerlang
seharusnya dimulakan sejak awal lagi dan
ianya akan lebih berkesan sekiranya dimulakan
sejak lahir. Inilah yang telah membawa kepada

lahirnya sebuah konsep yang begitu murni iaitu


dengan menganggap bahawa setiap anak yang
dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini
adalah sebutir permata untuk negara yang akan
bersinar menerangi kegemilangan negara di
masa akan datang. Dari ini lahirlah Setiap Anak
PERMATA Negara bagi menzahirkan suatu
hasrat untuk memastikan setiap anak sejak dari
awal lagi mendapat peluang permulaan hidup
yang terbaik.
Dari situ tercetus idea untuk melaksanakan
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak
PERMATA bagi memberi peluang khususnya
kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun
untuk mengalami proses pembelajaran awal
yang berkualiti dalam suasana pembelajaran
yang menyeronokkan.

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

PERMATA NEGARA

BAGAIMANAKAMIBERMULA

Kanak-kanak berumur 0-4 tahun adalah satu


kumpulan yang amat penting dan mereka mesti
melalui satu proses perkembangan yang teratur.
Sebagai modal insan yang sangat bermakna

Maka dengan itu Projek Perintis PERMATA


Negara mula dilaksanakan pada tahun 2007,
hasil dari pemerhatian yang dibuat pada
program asuhan dan didikan awal kanak-kanak

kepada masa depan negara, perlu ada satu

di negara-negara maju seperti Perancis, Amerika

program atau perancangan yang teratur, fokus


dan bersepadu daripada mereka mula lahir hingga
memasuki alam persekolahan sebagai satu strategi

Syarikat, Australia dan New Zealand. Daripada


pemerhatian, didapati negara-negara maju telah
lebih awal memberikan penekanan kepada

nasional, tambahan pula banyak negara-negara


lain di dunia terutamanya negara-negara maju
sudah menjadikan pendidikan awal kanak-kanak
sebagai satu pelan nasional yang bersepadu.

kaedah pembelajaran yang menyeronokkan


dan didikan mengikut kecenderungan kanakkanak terbabit.

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

Sehubungan itu, kurikulum PERMATA telahpun


digubal dengan diadaptasi dari model Pen
Green Centre sebagai contoh amalan terbaik
dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya
masyarakat setempat dan Falsafah Pendidikan
Negara bagi memantapkan lagi kandungannya.
Tema Setiap Anak PERMATA Negara juga
telah dipilih untuk menggambarkan kesungguhan
kerajaan dan agensi-agensi pelaksana untuk
menggubal satu dasar pendidikan awal kanakkanak yang bersepadu dan menyeluruh. Hasil
dari kesungguhan ini, Dasar Asuhan dan Didikan
Awal Kanak-kanak Kebangsaan juga telah
diluluskan oleh kerajaan ke arah menyediakan
pendidikan yang sempurna dan berkualiti dan
menyeluruh kepada kanak-kanak.

Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis


Program PERMATA Negara, pelaksanaannya
telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh
negara bagi memastikan lebih ramai anak akan
mendapat peluang untuk diberi permulaan terbaik
dalam kehidupan mereka sebagai persediaan
menghadapi cabaran masa hadapan.

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

PERMATA NEGARA

FALSAFAHDANFOKUSPERMATANEGARA
Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan
potensi SETIAP ANAK PERMATA NEGARA secara holistik bagi
mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan
kerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti.

Program PERMATA Negara memfokuskan


pada asuhan dan didikan awal untuk kanakkanak yang memenuhi kriteria berikut:
i.

Berumur satu hingga empat tahun

ii.

Menetap di pinggir atau luar bandar

iii.

Keluarga berpendapatan rendah

iv.

Berbilang kaum dan agama

Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah


penting dalam pembelajaran anak-anak dan
mempunyai matlamat secara keseluruhannya
untuk meningkatkan kesediaan kanakkanak memasuki alam pra dan sekolah
rendah dengan persediaan pelbagai aspek
perkembangan.
Fokus kepada merangsang perkembangan
holistik dan intervensi awal kanak-kanak dari
lahir hingga ke usia pra persekolahan.

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

PERMATA NEGARA

RASIONALPERMATANEGARA

a.

Kajian pembangunan psikopatologi


terhadap perkembangan sel-sel otak
bahawa terdapat satu tempoh kritikal
dalam pembelajaran di peringkat awal umur
kanak-kanak di mana lebih banyak sinaps
dapat dibentuk dan dikekalkan sekiranya
sel-sel ini dirangsang dari peringkat awal.

b.

Bukti dari kajian neurosains menunjukkan


3 tahun pertama adalah penting dalam
perkembangan otak kanak-kanak.

c.

Dengan rangsangan yang betul dalam


keadaan ceria dan gembira, otak kanakkanak akan berkembang segar.

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

PERMATA NEGARA

STRUKTURKURIKULUMPERMATANEGARA

90%

perkembangan otak

kanak-kanak berlaku dengan pantas


semasa MEREKA BERUMUR DI BAWAH
5 TAHUN.

Tahap-tahap Kritikal Dalam Perkembangan Kanak-kanak


11-12 tahun

5 tahun

Penguasaan Bahasa Kedua

Perkembangan Motor

Lahir

Penglihatan

1 tahun

Kawalan Emosi

2 tahun

Pergantungan Sosial

3 tahun

Perbendaharaan Kata Asas

4 tahun

Matematik dan Logik

6 tahun

Kebolehan Muzikal

Motor Halus

7-10 tahun

Belum lahir
(Sumber: Eliot, 1999)
Perkembangan fizikal dan mental kanakkanak bermula sejak dari dalam kandungan
lagi.
Setelah dilahirkan, hubungan emosi
dan sosial yang dibina dengan mereka
memainkan peranan penting ke arah
pembentukan personaliti mereka yang
tenang, aman dan penyayang.

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

Perkembangan perbendaharaan kata


kanak-kanak boleh dipertingkatkan
sekiranya mereka selalu dilayan bercakap.
Perkembangan perbendaharaan kata
kanak-kanak dalam bahasa kedua juga
bermula sejak mereka bayi lagi.
Perkembangan deria penglihatan kanakkanak berlaku di paras maksimum
semasa mereka berumur 2 tahun dan di
peringkat umur ini juga mereka sudah
boleh dirangsang untuk berfikir dan
menyelesaikan masalah.

a.

Mirip kepada program seumpamanya


yang dilaksanakan di negara-negara maju
contohnya the United Kingdoms Sure
Start/United States Head Start

b.

Program Asuhan dan Didikan Awal kanakkanak yang komprehensif untuk kanakkanak 1 hingga 4 tahun dan menekankan
kepada penglibatan ibu-bapa dan komuniti
setempat dalam proses pembelajaran
kanak-kanak

c.

Mendorong kebolehan dan potensi


kanak-kanak
Belajar melalui bermain
Menghayati muzik dan seni, nyanyian
dan pantun, tarian dan lakonan
d.

Kurikulum ini digubal dengan berpaksikan


falsafah pendidikan kebangsaan Malaysia
serta mengandungi enam bidang
pembelajaran dalam model konseptual
seperti berikut:-

Memberi penekanan kepada pembangunan


kanak-kanak secara keseluruhan (holistik)
dalam aspek kemahiran kognitif, sosioemosi, berkomunikasi dan fizikal. Antara
lain ciri-ciri penting dalam kurikulum ini
ialah: Kasih sayang dan belaian
Interaksi dan komunikasi
Pemikiran dan bacaan
Memberi kuasa (empowerment) kepada
kanak-kanak melalui pembelajaran
secara bebas

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

PERMATA NEGARA

TEKNIKPEMBELAJARANPERMATA
Teknik pembelajaran PERMATA menekankan pada rangsangan minda kanak-kanak melalui kaedah
meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini sesuai untuk mewujudkan
perasaan minat dalam diri kanak-kanak melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

Belajar melalui bermain

Fizikal

Awal Matematik dan Pemikiran Logik

Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

Kreativiti dan Estetika

Sahsiah, Sosio-emosi dan Kerohanian

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

PERMATA NEGARA

SEULASPINANG
KEISTIMEWAANPROGRAMPERMATA

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak

a)

Aktiviti pembelajaran yang dirancang


oleh pendidik mengikut kreativiti mereka
untuk dilaksanakan bersama bayi dan
kanak-kanak bersesuaian dengan tahap
perkembangan dan kebolehan kanakkanak mengikut peringkat umur mereka

b)

Garis panduan diberikan kepada Pendidik


PERMATA bagaimana merancang aktiviti
untuk merangsang proses pembelajaran
yang efektif berdasarkan kepada 6
komponen pembelajaran berkait dengan
perkembangan seimbang dan holistik

c)

d)

memainkan peranan penting dalam


Program PERMATA, di mana komitmen
dalam penglibatan aktif dan berterusan
mereka dipastikan melalui satu surat aku
janji bahawa mereka akan menyumbang 4
jam sebulan kepada aktiviti-aktiviti Pusat
Anak PERMATA Negara. Antara aktiviti
yang boleh mereka melibatkan diri ialah:
berbincang dan menilai perkembangan
kanak-kanak;
m e m b e r i m a k a n , m e m a n d i k a n ,
membaca, bercerita dan memasak
dengan kanak-kanak;

Penekanan diberikan kepada kombinasi


dan kesepaduan antara kualiti penjagaan
asas kanak-kanak dan penggarapan
elemen pendidikan yang diterap secara
tidak langsung melalui aktiviti dan amalan
harian pusat asuhan
Tertumpu kepada bagaimana untuk
menggarap potensi semula jadi yang
ada dalam diri seseorang kanak-kanak.
Ini bertujuan untuk melahirkan anak-anak
yang:

menyertai lawatan sambil belajar


bersama kanak-kanak
menyertai program kesihatan dan
kaunseling; dan
memastikan kesinambungan kaedah
pembelajaran PERMATA semasa di
rumah.
f)

Pelaksanaan program PERMATA adalah


secara bersepadu dengan penglibatan
ibu bapa, komuniti dan pelbagai agensi
dalam konteks pengasuhan, kesihatan,
pemakanan dan kaunseling. Ia merupakan
satu kolaborasi yang efisien dengan
kerjasama para pakar dan profesional
dalam pelbagai bidang berkaitan kanakkanak

g)

Menitikberatkan aspek keselamatan dari


semua sudut

h)

Menitikberatkan peningkatan kemahiran


profesional pendidik yang mendidik anakanak selaras dengan teori perkembangan
kanak-kanak dari pakar-pakar asuhan
dan didikan awal kanak-kanak diiktiraf di
dunia

Holistik dan seimbang


Mempunyai akhlak dan sahsiah yang
mulia
Berintelek tinggi
Mahir berkomunikasi dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris
Bijak bergaul
Sihat jasmani
Suci rohani
e)

Penglibatan ibu-bapa sebagai pemangkin


asuhan dan didikan kanak-kanak di mana
kesinambungan pengasuhan perkembangan
dan pendidikan di pusat asuhan dan
di rumah adalah ditekankan. Ibu-bapa

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

PERMATA NEGARA

STRUKTURPELAKSANAANprogramPERMATA
CARTA PELAKSANAAN PROGRAM PERMATA

PERMATASeni

PERMATAInsan

PERMATANegara PERMATAPintar

Majlis Pelaksanaan Program


PERMATA
Pengerusi
Y.A.B. Dato Sri Mohd. Najib
Tun Haji Abdul Razak
Fungsi
melaksanakan dan
merancang strategi
pelaksanaan Programprogram PERMATA.
Keahlian

PERKASARemaja

Menteri
Menteri Pelajaran, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Menteri Pengajian Tinggi, Menteri
Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan
Kebudayaan, Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat;
Agensi
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakil,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau
wakil, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan,
Jabatan Perdana Menteri atau wakil, Naib
Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Naib
Canselor Universiti Sains Islam Malaysia, Naib
Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris;
Ahli yang dilantik
Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor,
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan
PERMATA, Pakar Kanak-kanak (Child
Development), Pakar Kanak-kanak (Child
Psychology), Persatuan TASKA, Wakil badanbadan bukan kerajaan, Persatuan Pelajar Pintar.
Urus setia : PERMATA Negara, Jabatan
Perdana Menteri

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

PERMATA NEGARA
Agensi
PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri
Objektif
memberi khidmat keurusetiaan kepada Majlis dan Jawatankuasa
di bawahnya;
PERMATA
Remaja
menyelaras penubuhan Pusat Anak PERMATA Negara
secara
projek perintis bagi setiap negeri;
mengurus pelaksanaan dan pengoperasian 25 Pusat Anak
PERMATA Negara sedia ada yang bertaraf projek perintis di
seluruh negara;
memberi khidmat pengurusan dan sokongan dalam pelaksanaan
Program PERMATA Negara.
Kumpulan Sasar
Anak 1 - 4 tahun

PERMATA Pintar
Agensi
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Objektif
Mengenal pasti pelajar pintar, cerdas, dan berbakat seawal mungkin
supaya potensi dan kebolehan mereka dapat dibangunkan secara
optimum.
Kumpulan Sasar
Pelajar umur 9 15 tahun

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

PERMATA NEGARA

STRUKTURPELAKSANAANprogramPERMATA
PERMATA Seni
Agensi
PERMATA Seni Koir di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
dan PERMATA Seni Muzik di Istana Budaya
Objektif
Mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai bakat dan
tahap potensi yang tinggi dalam bidang seni supaya dapat
mempertingkatkan kecemerlangan mereka.
Kumpulan Sasar
Pelajar umur 8 12 tahun

PERMATA Insan
Agensi
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Objektif
Melahirkan ilmuwan agama, tenaga profesional, teknokrat dan saintis
yang memahami, menghayati dan mengaplikasikan al-Quran sebagai
perundangan hidup.
Kumpulan Sasar
Pelajar Sekolah Agama Rendah berumur 7 12 tahun

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

PERKASA Remaja
Agensi
Kem Perkasa Remaja, Komuniti PERKASA Remaja, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM)
Objektif
Mengupayakan/memperkasakan remaja melalui pendekatan yang
holistik dalam konteks pembangunan remaja.
Kumpulan Sasar
Individu 18 25 tahun

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

PERMATA NEGARA

PUSATANAKPERMATANEGARA

INT 16

PERMATA PRES
Putrajaya

PERMATA Pu
trajaya

PERMATA Ch
ini
Pahang

PERMATA Mempaga
Pahang

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

Jaya
PERMATA Subang
Selangor

s
ala Bata
TA Kep
PERMA u Pinang
Pula

PERMATA Chembong
Negeri Sembilan

PERMATA Ta
mbun
Tulang, Perlis

PERMATA Dungun
Terengganu

PERMATA NEGARA

PUSATANAKPERMATANEGARA

PERMATA Pasir Mas


Kelantan

PERMATA Batu
Johor

PERMATA Dengkil
Selangor

PERMATA Bu
kit Peringgit
Melaka
Bercham
PERMATA
Perak

Pahat
PERMATA Tuaran
Sabah

PERMA

TA Bes
out
Perak

ahan
Kota Samar
PERMATA
Sarawak

PERMATA Bagan Pinang


Negeri Sembilan

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

PERMATA NEGARA

PUSATANAKPERMATANEGARA

PERMATA Parit
r
Guntong, Joho

PERMATA Felda
Raja Alias
Negeri Sembila
n

PERMATA Felda Chiku


Kelantan

Program Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara

PERMATA Ku
ala Ketil
Kedah

PERMATA Felda
Tenggaroh
Johor

eh
da Kert
TA Fel u
PERMA
n
a
g
Tereng

PERMATA Felda Chiku


Kelantan

PERMATA Jeli
Kelantan

PERMATA Felda Tenggaroh


Johor

You might also like