Professional Documents
Culture Documents
BM - Koleksi Contoh Ulasan Bergambar
BM - Koleksi Contoh Ulasan Bergambar
Antara kesan vandalisme ialah kerosakan telefon awam. Hal ini akan
menyusahkan orang ramai kerana mereka tidak dapat menggunakan
telefon awam ketika kecemasan. Sebagai contoh, kebanyakan telefon
awam di kawasan kediaman, sekolah atau pusat beli-belah telah
dirosakkan oleh golongan yang tidak bermoral. Sesungguhnya, ibu bapa
seyogianya memberikan pendidikan agama dan pendidikan moral kepada
anak-anak sejak mereka kecil lagi. Hal ini demikian kerana pendidikan
agam dan moral dapat menghalang anak-anak daripada terlibat dalam
gejala vandalisme. Sebagai tamsilan, pendidikan agama dan moral
banyak mendidik anak-anak supaya menghargai harta benda sama ada
di rumah ataupun di tempat awam.
(94 patah
perkataan)
ULASAN 1
Cara-cara untuk memupuk keluarga bahagia ialah setiap anggota
keluarga seharusnya menjalankan peranan masing-masing. Hal ini dapat
memastikan sesebuah keluarga itu berfungsi. Sebagai contoh, isteri
menjaga hal ehwal rumah, manakala suami bekerja dan anak-anak pula
bersekolah. Sementelahan, ibu bapa juga patut menjadi pendengar yang
baik kepada anak-anak. Hal ini merupakan satu peluang keemasan bagi
anak-anak untuk meluahkan masalah, berbincang masalah dan akhirnya
bersama-sama menyelesaikannya. Sebagai tamsilan, sekiranya anakanak menghadapi masalah dalam pelajaran, ibu bapa boleh mendengar
luahan anak-anak dan seterusnya mencari jalan penyelesaian untuk
membantu anak-anak.
(85
patah perkataan)
ULASAN 2
Cara-cara untuk memupuk semangat kejiranan ialah penduduk
seharusnya mengadakan aktiviti gotong-royong. Hal ini dapat
mengeratkan hubungan silaturahim dan membolehkan mereka berkenalkenalan sesama penduduk. Sebagai contoh, semua penduduk
bekerjasama menyapu sampah, memotong rumput dan mencuci
longkang. Sementelahan, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjungmengunjungi dalam kalangan rakyat. Hal ini membolehkan kita
mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai
2
Contoh 2:
aktiviti ini, kita akan menjadi lebih sihat dan cergas. Di samping itu,
makan mengikut waktu secara terancang juga penting. Kesimpulannya,
amalan pemakanan amat penting, bak kata mutiara badan cergas, otak
cerdas.
(84 patah
perkataan)
Selain itu, kita juga perlu menjaga kesihatan. Hai ini bagi mengelakkan
kita diserang penyakit ketika menghadapi peperiksaan. Langkah ini boleh
diambil dengan menjaga pemakanan terlebih dahulu.
Seterusnya, kita juga memerlukan rehat yang secukupnya. Kita mesti
mendapatkan tidur yang berkualiti antara enam hingga lapan jam sehari.
Langkah ini penting dalam memastikan kecergasan badan.
Izharnya, banyak langkah yang boleh diambil sebagai persediaan
menghadapi peperiksaan. Langkah ini perlu dipraktikkan supaya kita
lebih bersedia menjawab soalan dalam peperiksaan.
(120 patah
perkataan)