Contoh Proposal Horriah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TAJUK : SUMBANGAN PENGHULU AWI DI KAMPUNG SEGEDUP, KUCHING,

SARAWAK ( 1980-1998)

1.0

Pengenalan :

Penghulu Awi atau nama sebenarnya, Hj Sawi Hj Yusup dilahirkan di Kampung


Tanjung Palei, Kuching, Sarawak pada tahun 1915. Beliau telah dilantik oleh pihak Kerajaan
Negeri menjadi penghulu di Kampung Segedup pada tahun 1980. Sepanjang memikul
tanggungjawab sebagai penghulu selama 18 tahun, banyak sumbangan yang telah beliau
curahkan kepada penduduk setempat , khususnya sudut sosio-politik dan telah membawa
perubahan besar kepada Kampung Segedup, baik dari sudut pembangunan fizikal, mahupun
dalam pembangunan rohaniah.
2.0

Objektif kajian :

2.1 Mengenalpasti
Segedup

sumbangan Penghulu Awi sebelum menjadi penghulu di Kampung

2.2 Mengenalpasti sumbangan Penghulu Awi di Kampung Segedup sebagai penghulu dari
tahun 1980-1989
2.3 Mengenalpasti sumbangan Penghulu Awi di Kampung Segedup sebagai penghulu dari
tahun 1989-1998
3.0

Permasalahan kajian :

3.1 Persoalan kajian ini ialah untuk mengkaji ketokohan Penghulu Awi yang dianggap
seorang legenda di Kampung Segedup
3.2 Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mencari faktor-faktor yang menyumbang
kepada ketokohan Penghulu Awi
3.3 Persoalan lain yang ingin diketengahkan oleh kajian ini ialah untuk merungkai cabaran
cabaran yang dihadapi oleh Penghulu Awi sepanjang beliau menjadi penghulu dan
bagaimana beliau menangani cabaran-cabaran ini.
4.0

Skop Kajian

Kajian ini tertumpu kepada sumbangan tokoh Penghulu Awi di Kampung Segedup yang
terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar Kuching dari tahun 1980 sehinggalah 1998,
apabila tokoh ini telah meninggal dunia.

5.0

Kepentingan Kajian

Kajian ini pada pendapat saya amat penting


5.1

untuk mengenegahkan sumbangan tokoh tempatan yang banyak memberi sumbangan


kepada komuniti setempat

5.2

untuk menambah khazanah sejarah tempatan agar boleh menjadi bahan rujulan di
masa depan

5.3

untuk mengenang jasa tokoh ini agar tidak dilupakan oleh generasi baru di Kampung
Segedup

6.0

Kajian Terdahulu

Meskipun tiada satu buku pun yang telah ditulis mengenai tokoh ini, namun saya telah
menggunakan beberapa buah buku untuk rujukan, misalnya Nazran Harun, Panduan
Penyelidikan dan Pendokumentasian Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 2012 . Saya
menggunakan buku ini untuk menentukan kaedah penyelidikan terhadap tokoh yang saya kaji
ini. Selain itu saya juga menggunakan kajian tesis Mohd Zaidel Osman, Sejarah Suambangan
Penghulu Abdullah Jabal di Kampung Datuk (1905-1925), Universiti Sarawak Malaysia,
1991. Saya merujuk tulisan ini untuk mebuat perbandingan dan meneliti sumbangan
penghulu di negeri ini

7.0

Kaedah Kajian

7.1 Kaedah Perpustakaan : saya akan melawat perpustakaan untuk mencari buku-buku,
jurnal-jurnal dan bahan berkaiatan tentang tokoh kajian
7.2 Kaedah Temubual : saya akan membuat temujanji dengan tokoh dan orang yang
mengenali tokoh untuk mendapat maklumat tentang tokoh
7.3 Kaedah Pemerhatian/Lawatan : saya akan melawat Kampung Segedup untuk melihat
sendiri pembangunan yang telah dibuat oleh tokoh yang saya kaji

8.0 Pembahagian Struktur Esei

Kajian ini akan dibahagikan kepada :


8.1

Pengenalan

Bahagian awal ini akan membincangkan latar belakang tokoh, Penghulu Awi dengan
membincangkan biografi beliau secara ringkas dan seterusnya membincangkan serba sedikit
hala tuju kajian ini
8.2

Isi

Isi kajian
ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian . Bahagian pertama akan
membincangkan sumbangan Penghulu Awi kepada komuniti di Kampung Segedup sebelum
beliau menjadi penghulu . Bahagian kedua pula akan membincangkan sumbangan , faktorkejayaan dan cabaran Penghulu Awi sebagai penghulu di Kampung Segedup dari tahun
1980-1989. Bahagian ketiga kajian ini pula akan membincangkan sumbangan, faktor
krjayaan dan cabaran yang dihadapi oleh Penghulu Awi dari tahun 1990-1989.
8.3

Kesimpulan

Bahagian ini akan menyimpul akan ketokohan Penghulu Haji Awi dengan mengenegahkan
keistimewaan tokoh ini

9.0

Penutup

Pada keseluruhannya, bolehlah dikatakan kajian saya terhadap ketokohan Penghulu Awi di
Kampung Segedup dapat menghidupkan kembali nostalgia penduduk setempat dalam
menghargai sumbangan tokoh ini yang tidak terkira banyak nya dalam membawa komuniti
ini menjadi terkenal dan dikagumi oleh masyarakat luar.

Bilbiografi
1.

You might also like