MODUL 5.1.4 & 5.1.5 Februari 2016 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

MODUL 5.1 : 5.1.4 & 5.1.5


Standard
kandungan:
Standard
pembelajaran:

Masa:

5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi


5.1.4 Menganalisis elemen reka bentuk dalam
sistem fertigasi.
5.1.5 Menilai lakaran reka bentuk baharu sistem
fertigasi.
120 minit

NOTA RUJUKAN

5.1.4 Elemen Reka Bentuk Dalam Sistem Fertigasi Baharu


Elemen reka bentuk ialah unsur-unsur yang ada untuk menghasilkan idea
awal rekaan secara lakaran. Tujuannya adalah untuk membolehkan
pembuat memahami maksud idea yang digambarkan oleh pereka.
Terdapat enam elemen reka bentuk iaitu :
1. Garisan
Garisan boleh menjadi lurus atau melengkung, terang atau gelap
dan tebal atau nipis. Garisan boleh dijadikan jalinan tekstur,
pembentukan objek dan bayangan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

2. Bentuk
Sesuatu yang mengisi ruang secara geometri seperti bulat, persegi
atau gabungan. Bentuk ini terhasil dalam dua dimensi (2D) atau
tiga dimensi (3D). Sekiranya dilukis dalam bentuk 2D, kesan objek
boleh ditonjolkan melalui bayangan dan pantulan cahaya. Bagi
bentuk 3D, kesan bentuk yang terhasil adalah melalui paksi Z
(ketiga) dan bayangan.
Fungsi bentuk adalah untuk
memperlihatkan keseluruhan pandangan objek.
3. Tekstur
Kualiti sesuatu permukaan sama ada kasar, licin, lembut, keras,
berkilat dan sebagainya.
4. Saiz
Merujuk kepada ukuran ruang yang digunakan pada sesuatu
bentuk. Saiz dalam lukisan dipengaruhioleh jarak, biasan dan
kedudukan.
5. Warna
Warna ialah pantulan cahaya daripada sesuatu objek.
Ia
mempunyai empat ciri utama iaitu warna primer, warna sekunder,
keamatan dan nilai.
Warna berfungsi memberi maklumat
komunikasi kepada individu yang melihat dan memberi tindak balas
terhadapnya. Ia juga menggambarkan suhu, harmoni, keselesaan
dan suasana.
6. Arah
Semua garisan mempunyai arah, sama ada menegak, melintang
atau menyerong. Garisan melintang mewakili ketenangan dan
kestabilan.Garisan
menegak
memberi
kesan
keterujaan,
keseimbangan dan kepekaan.Garisan menyerong mewakili
pergerakan atau tindakan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

5.1.5 Penilaian Lakaran Reka Bentuk Baharu Sistem Fertigasi


Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada kriteria seperti berikut:
1. Kecenderungan Inovasi, Kreativiti dan Keaslian Reka Bentuk
Kreativitiidea dalam menghasilkan rekabentuk atau kaedah baru atau
fungsinya diperbaikiuntuk memberi manfaat dalam penggunaan
2. Kandungan Unsur Simbolik, Emosi, Estetika dan Penampilan
Daya penarik produk yang boleh mempengaruhi pengguna atau
membawa mesej tertentu yang memberikan nilai tambah kepada
produk dan pengguna. Ciri-ciri mesra alam yang terdapat pada
rekabentuk produk, samada melibatkan pengguna atau persekitaran.
3. Kecenderungan Fungsi dan Praktikal
Kekuatan bagi memenuhi sasaran penggunaan, keperluan semasa
dan penyelesaian masalah.
4. Kekuatan Kualiti dan Kebolehpasaran
Idea rekabentuk dapat menerangkan kebolehan pembuatan,
rupabentuk, penggunaan bahan, teknologi dan kebolehpasaran.
5. Ergonomik
Mengimbangi interaksi penggunaan di antara pengguna dan
persekitaran dengan produk secara fizikal atau psikologi (contoh :
keselesaan, memudahkan penggunaan atau ciri-ciri keselamatan)

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID


1. Murid telah mempelajari tajuk elemen reka bentuk dan
lakaran reka bentuk.

KEPERLUAN BAHAN
1.
2.
3.
4.

Lakaran reka bentuk


Kertas mahjong
Pen Marker
Blue Tack

KEPERLUAN PERALATAN
1. LCD / Projector / Viewer
2. Komputer / Chrome Book

AKTIVITI
Menganalisis Elemen Reka Bentuk Dan Menilai Lakaran Reka Bentuk
Baharu Dalam Sistem Fertigasi

Set Induksi Guru menunjukkan satu contoh lakaran reka bentuk sistem
fertigasi.
Murid diminta menyatakan elemen-elemen reka bentuk
yang digunakan dan membuat penilaian secara
menyeluruh terhadap reka bentuk sistem fertigasi yang
ditunjukkan.
Murid memberi jawapan secara lisan.
Rujuk Aktiviti 1

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Langkah 1

Januari
2016

1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk


pelajaran hari ini.
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap
kumpulan diberi lakaran reka bentuk sistem fertigasi yang
berbeza.
3. Murid dikehendaki membuat analisis elemen-elemen reka
bentuk yang digunakan dalam sistem fertigasi.
4. Murid diberi masa 25 minit untuk berbincang dan
mendapatkan maklumat.
5. Murid membuat pembentangan hasil kerja dan masa
yang diperuntukkan selama 15 minit untuk membuat
pembentangan.
6. Guru membuat ulasan.
RujukAktiviti 2 dan Penilaian 1

Langkah 2

1. Guru mengedarkan jadual atau senarai semak Penilaian


Reka Bentuk Baharu Sistem Fertigasi.
2. Berdasarkan lakaran reka bentuk yang dihasilkan, murid
dikehendaki menilai lakaran reka bentuk baharu yang
telah dibuat menggunakan senarai semak.
3. Guru dan murid berbincang hasil analisis yang diperolehi.
RujukAktiviti 3 ,Penilaian 3 dan Lampiran 1

Penutup

Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran


yang telah dipelajari.
Murid melengkapkan Jadual KWL.
Rujuk Lampiran 1
5

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

AKTIVITI 1
Menyatakan Pengetahuan Sedia Ada
Arahan : Murid diberi masa selama 10 minit
1. Guru menunjukkan satu contoh lakaran reka bentuk sistem fertigasi.

2. Murid diminta menyatakan elemen-elemen reka bentuk yang


digunakan dan membuat penilaian secara menyeluruh terhadap reka
bentuk sistem fertigasi yang ditunjukkan.
3. Murid memberi jawapan secara lisan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

AKTIVITI 2
Menganalisis Elemen Reka Bentuk Dalam Sistem fertigasi
Arahan : Murid diberi masa selama 40 minit
Kerja Berkumpulan
1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
diberi lakaran reka bentuk sistem fertigasi yang berbeza.

3. Murid dikehendaki membuat analisis elemen-elemen reka bentuk yang


digunakan dalam sistem fertigasi.
4. Murid diberi masa 20 minit untuk berbincang dan mendapatkan
maklumat.
5. Murid membuat pembentangan hasil kerja dan masa yang
diperuntukkan selama 8 minit untuk membuat pembentangan.
6. Guru membuat ulasan.
7

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

AKTIVITI 3
Menilai Lakaran Reka Bentuk Baharu Sistem Fertigasi
Arahan : Murid diberi masa selama 60 minit

Kerja Individu
1. Guru mengedarkan jadual atau senarai semak Penilaian Reka Bentuk
Baharu Sistem Fertigasi.
2. Berdasarkan lakaran reka bentuk yang dihasilkan daripada aktiviti
murid subtopik 5.1.3, murid dikehendaki menilai lakaran reka bentuk
baharu yang telah dibuat menggunakan senarai semak.
3. Guru dan murid berbincang hasil analisis yang diperolehi.
Rujuk Lampiran 2

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

PENILAIAN 1
Mencari dan Mengumpul

MAKLUMAT
Berdasarkan gambar produk dibawah, huraikan setiap elemen
bentuk sistem fertigasi berikut:
Elemen
Produk

Bentuk

reka

Saiz

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

PENILAIAN 2
Mencari dan Mengumpul

MAKLUMAT
Berdasarkan gambar produk dibawah, buat penilaian reka bentuk sistem
fertigasi sedia ada digunakan seperti dalam jadual di bawah.
Reka Bentuk 1

Reka Bentuk 2

Produk
Penilaian

Kecenderungan Inovasi,
Kreativiti dan Keaslian Reka
Bentuk
Kandungan Unsur Simbolik,
Emosi, Estetika dan
Penampilan
Kecenderungan Fungsi dan
Praktikal
Kekuatan Kualiti dan
Kebolehpasaran

Ergonomik

10

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

LAMPIRAN 1
Lampiran Jadual KWL

Nama Murid :
Tingkatan

Tajuk

:
JADUAL KWL

Pengetahuan (K) Apa yang perlu dipelajari (W)

Pembelajaran (L)

*Bahagian pembelajaran (L) diisi selepas sesi PdP berakhir selepas guru
membuat rumusan

11

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

LAMPIRAN 2
Aplikasi

Penyelesaian

KBAT

KBAT

SENARAI SEMAK
PENILAIAN REKA BENTUK BAHARU SISTEM FERTIGASI
Arahan : Tandakan ( ) pada kriteria-kriteria yang memenuhi spesifikasi
penilaian yang dibuat.

Kriteria

Kecenderungan Inovasi,
Kreativiti dan Keaslian
Rekabentuk

Kandungan Unsur Simbolik,


Emosi, Estetika dan
Penampilan

Kecenderungan Fungsi dan


Praktikal

Kekuatan Kualiti dan


Kebolehpasaran

Ergonomik

Baik

Memuaskan

Lemah

Sangat
Lemah

Rujukan:
12

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

Laman Web :
1. http://infopertanianonline.blogspot.my/2011/03/struktur-pelindunghujan-sph.html
2. http://ebuletin.mardi.gov.my/buletin/05/Cili%20Fertigasi.pdf
3. http://www.gmpeladang.com.my
4. https://fazaraicreative.wordpress.com/1-3-elemen-elemen-rekabentuk/

Bahan Rujukan :
1. Mahamud, S., Jamaludin, S., Mohamad Roff, M.N., Ab Halim, A.H.,
Mohamad, A.M. dan Suwardi, A.A. (2009). Manual teknologi fertigasi
penanaman cili, rockmelon dan tomato, 94 hlm. Serdang: MARDI
2. Tn. Hj Ghazali bin Muda GM Peladang (2004). Modul Teknologi
Penanaman Secara Fertigasi : 3
3. Masrule Hamid (2008). Panduan Langkah Demi Langkah Menjana
Pendapatan Dari Pertanian Moden Menggunakan Sistem Fertigasi :
Info Strategi Publisher
4. Modul Rekabentuk : Majlis Rekabentuk Malaysia
5. Yaseer Suhaimi, M., Mahamud, S. dan Mohamad A.M. (2012).
Penanaman cili secara fertigasi terbuka. Buletin Teknologi MARDI Bil.
1: 89 95 Yaseer Suhaimi, M., Mahamud, S. dan Mohamad, A.M.
(2012a). Penyediaan anak benih cili yang seragam. Buletin Teknologi
MARDI Bil. 1: 85 88
6. En. Ismail Rosdi (2015). Penilaian Kriteria Reka Bentuk. MRM-Majlis
Reka Bentuk Malaysia.

13

You might also like