Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

Pernyataan manakah yang merujuk kepada kehendak manusia?


A
Siti mengambil sarapan sebelum pergi ke sekolah
B
Encik Maniam mengadakan majlis perkahwinan anak sulungnya
C
Puan Munirah membelikan motosikal berkuasa tinggi untuk anaknya
D
Encik John membawa anaknya yang sakit ke hospital

2.

Manakah yang berkaitan maksud pengeluaran?


A
Mengagihkan barang dan perkhidmatan kepada pengguna
B
Menumpukan kepada suatu kegiatan produktif menguntungkan pengguna
C
Menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk keperluan pengguna
D
Menjual dan membeli barang untuk mendapat keuntungan

3.

Rajah di bawah ini menunjukkan cabang pengeluaran.


Pengeluaran

Perusahaan

Perdagangan

Manakah yang mewakili X?


A
Operator yang bekerja di kilang
B
Petani menanam sayur-sayuran
C
Guru mengajar di kelas
D
Pemborong menghantar barang kepada peruncit
4.

Manakah faktor pengeluaran yang merupakan daya penggerak utama dalam sesuatu proses
pengeluaran
A
Tanah
B
Buruh
C
Modal
D
Usahawan

5.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis pengkhususan


Encik Sahar bekerja sebagai peguam di Kuala Lumpur sementara
adiknya, Cik Sarah bertugas sebagai guru di Sandakan, Sabah
Pilih jenis pengkhususan yang terlibat
A
Pengkhususan mengikut proses
B
Pengkhususan mengikut profesion
C
Pengkhususan mengikut kawasan
D
Pengkhususan mengikut pendidikan

6.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan jenis bantuan perniagaan yang digunakan oleh Encik

SULIT

Michael.
Encik Michael menggunakan pinjaman sebanyak RM500 000 untuk mengubah suai premis
perniagaannya supaya ruang lebih luas. Beliau juga membeli sebuah lori bagi mengelak risiko
kelewatan penghantaran barang.
Apakah jenis bantuan perniagaan yang terlibat?
I
Insurans
II
Pergudangan
III
Pengangkutan
IV
Perbankan
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
7.

Perniagaan dalam negeri dijalankan


A
antara penduduk di dalam sesebuah negara
B
antara penduduk di luar negara
C
antara penduduk luar negara yang berbeza
D
antara sempadan sesebuah negara

8.

Apakah kelebihan perniagaan runcit kecil-kecilan?


A
Menanggung liabiliti terhad
B
Mengamalkan pengkhususan
C
Membeli barang secara pukal
D
Mempunyai kos overhed yang rendah

9.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu bentuk lain peruncitan.


Kebenaran atau hak diberi kepada peniaga untuk menjual barang di bawah jenama syarikat induk
Bentuk perniagaan runcit tersebut ialah
A
francais
B
e-dagang
C
pesanan mel
D
jualan langsung

10.

Keadaan manakah yang membolehkan fungsi pemborong diambil alih?


A
Pasaran baharu di luar negara ingin diterokai oleh pengeluar
B
Pengeluar melantik ejen sendiri untuk memasarkan keluarannya
C
Barang keluaran tidak tahan lama dan pengeluar perlu mengedarkannya segera
D
Pengeluar memerlukan tunai segera dan memperolehnya dengan lebih cepat jika menjual
barang terus kepada pelanggan

11.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis dokumen perniagaan.


2

SULIT

Dokumen yang digunakan untuk meminta bayaran sebelum


barang dihantar kepada pembeli
Penjual membenarkan pembeli mencuba dan menguji barang
terlebih dahulu

Apakah dokumen tersebut?


A
Nota debit
B
Nota kredit
C
Invois Proforma
D
Nota kiriman
12.

Manakah yang merupakan kelebihan jualan konsainan kepada konsaini?


A
Hak milik barang niaga dipegang oleh konsainor
B
Boleh memulangkan barang yang tidak habis dijual
C
Perlantikan konsaini sebagai ejen akan meluaskan pasaran
D
Perlu menyediakan tempat atau ruang jualan yang luas

13.

Apakah kepentingan perniagaan antarabangsa kepada negara?


A
Mempelbagaikan pilihan pengguna
B
Menambahkan peluang pekerjaan
C
Meningkatkan hubungan antarabangsa
D
Membolehkan pengeluaran berskala besar-besaran

14.

Cik Juriah , warganegara Malaysia bekerja sebagai jururawat di Arab Saudi.


Apakah aktiviti tersebut bagi Malaysia?
A
Eksport nyata
B
Import nyata
C
Eksport tak nyata
D
Import tak nyata

15.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan halangan dalam perniagaan antarabangsa?
I Bahasa yang digunakan
II Tingkat teknologi pengeluaran
III Kos pengeluaran yang ditanggung
IV Mata wang yang digunakan
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV

16.

Maklumat yang berikut berkaitan program yang membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Pembekalan komponen secara vendor


3
Membantu industri berat mendapat
komponen secara berterusan

SULIT

Namakan program tersebut.


A
Rantaian industri
B
Pembangunan pemasaran
C
Pembangunan infrastruktur
D
Penyelidikan dan pembangunan
17.

Maklumat yang berikut berkaitan cara memulakan perniagaan


Syarikat United Berhad telah membeli Syarikat Aman Sdn. Bhd. dengan nilai
RM5 juta
Nyatakan kaedah memulakan perniagaan tersebut.
A
Pengambilalihan
B
Warisan
C
Memulakan sendiri
D
Perkongsian

18.

Milikan perniagaan manakah yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan?


A
Milikan tunggal
B
Koperasi
C
Syarikat berhad
D
Perbadanan awam

19.

Maklumat yang berikut berkaitan Encik Razley.


Pada 1 Mac 2007, Encik Razley membeli sebuah rumah dengan harga RM280 000. Dia
menyewakan rumah itu mulai 1 Julai 2007 dengan kadar RM1 000 sebulan. Pada 30 April
2008, dia menjual rumah itu dengan harga RM320 000.
Hitung jumlah pulangan yang diperoleh atas pelaburan Encik Razley.
A
RM10 000
B
RM30 000
C
RM40 000
D
RM50 000

20.

Antara yang berikut, manakah yang perlu diambilkira oleh seseorang pelabur sebelum membuat
pelaburan?
I
Pulangan atas modal
II
Keadaan ekonomi semasa
III
Kecairan pelaburan
4
SULIT

IV
A
B
C
D

Risiko pelaburan
I , II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV

21.

Pernyataan manakah yang menerangkan fungsi bank pusat?


A
Mengeluarkan dan mengawal mata wang negara
B
Menjadi jurubank kepada syarikat korporat
C
Memberikan pinjaman kepada orang ramai
D
Membiayai projek mega yang dilaksanakan oleh badan korporat

22.

Apakah kelebihan menyimpan dalam Akaun Simpanan Tetap?


A
Jumlah minimum simpanan yang rendah daripada simpanan biasa
B
Pelanggan boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa
C
Kadar faedah lebih tinggi daripada simpanan biasa
D
Pelanggan diberikan buku cek

23.

Cek dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu


I cek perintah
II cek terbuka
III cek pembawa
IV cek berpalang
A
I dan II
B
I dan III
C
II dan IV
D
III dan IV

24.

Pemfaktoran banyak memberi faedah kepada peniaga kerana .


I
Masalah aliran tunai dapat dikurangkan
II
Masalah hutang lapuk dapat dikurangkan
III
Membolehkan peniaga menjual secara kredit
IV
Tidak perlu menyimpan stok yang banyak
A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV

25.

Situasi manakah yang merupakan risiko boleh diinsuranskan?


A
Rumah Aflah runtuh akibat gempa bumi
B
Pekerja di kedai Ah Seng pecah amanah
C
Tanaman Encik Roslan musnah akibat banjir
D
Produk baharu Syarikat Azila gagal mendapat sambutan daripada orang ramai
Maklumat yang berikut berkaitan Puan Norkiah.

26.

Insurer telah membatalkan polisi insurans hayat Puan Norkiah kerana beliau tidak
menyatakan dalam borang cadangan bahawa dia pernah menghidap penyakit
kencing manis walaupun penyakitnya terkawal sekarang
5

SULIT

Polisi insurans tersebut dibatalkan kerana Puan Norkiah tidak mematuhi prinsip ..
A
kepentingan boleh insurans
B
penuh percaya mutlak
C
ganti rugi
D
doktrin sebab hampiran
27.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor-faktor penentuan premium insurans hayat?
I Jantina insured
II Umur insured
III Pendapatan insured
IV Tempat tinggal insured
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV

28.

Apakah unsur yang dielakkan dalam insurans secara Islam tetapi terdapat dalam insurans biasa?
I Unsur riba
II Unsur maisir
III Unsur murabahah
IV Unsur gharar
A
I, II dan III
B
I, II, dan IV
C
I, III, dan IV
D
II, III dan IV

29.

Manakah yang merupakan ciri pengangkutan jalan raya?


A
Ruang muatan yang luas
B
Tambang yang murah untuk jarak yang jauh
C
Fleksibel dari segi arah perjalanan
D
Sesuai untuk mengangkut barang-barang pukal dan berat

30.

Kargo manakah yang sesuai diangkut dengan kapal terbang?


A
Besi
B
Arang batu
C
Kayu balak
D
Jongkong emas

31.

Manakah yang bukan faktor yang perlu dipertimbangkan apabila memilih jenis pengangkutan?
A
Jarak
B
Kos insurans
C
Jenis barang
D
Kesegeraan

32.

Syarikat FNC Berhad hendak mengirimkan surat panggilan mesyuarat agung tahunan kepada
6
SULIT

semua ahli di seluruh negara. Pihak syarikat mahu menjimatkan masa untuk melekatkan setem
pada jumlah surat yang banyak.
Apakah perkhidmatan Pos Malaysia Berhad yang boleh digunakan?
A
Frangki
B
Datapos
C
Mel berinsurans
D
Perkhidmatan beg berkunci
33.

Apakah perkhidmatan komunikasi yang membolehkan panggilan telefon dibuat dari daratan di
Malaysia ke kapal di Lautan Atlantik?
A
Telefon bimbit
B
Teleks
C
MAYPAC
D
Radio maritim

34.

Manakah yang merupakan kepentingan gudang berbon kepada kerajaan?


A
Mencegah perbuatan melarikan cukai barang
B
Menghalang kemasukan barang persendirian
C
Menghindar kemasukan barang berbahaya
D
Membanteras aktiviti menyorok barang

35.

Mengapakah promosi penting dalam proses pemasaran barangan pengguna?


A
Menghasilkan produk yang dapat memenuhi kehendak pengguna
B
Menghadapi persaingan daripada bilangan pengeluar yang ramai
C
Menentukan harga dan saluran agihan yang sesuai
D
Menjamin keuntungan yang tinggi

36.

Pernyataan manakah yang menerangkan publisiti?


A
Penyampaian maklumat daripada seorang individu kepada individu yang lain
B
Penyampaian maklumat tentang barangan oleh pihak yang tidak berkaitan dengan produk
C
Pengagihan barangan daripada pengeluar kepada pengguna akhir secara sistematik
D
Proses memberitahu, memujuk dan mempengaruhi pengguna supaya membeli sesuatu
keluaran

37.

Antara yang berikut , faktor manakah yang perlu dipertimbangkan oleh peniaga semasa memilih
media pengiklanan?
I
Keuntungan jualan
II
Sasaran pengguna
III
Jenis barangan
IV
Luas pasaran
A
I, II dan III
B
I, II dan IV
7

SULIT

C
D
38.

I, III dan IV
II, III dan IV

Maklumat yang berikut merujuk kepada fungsi sebuah agensi.

Memberikan kemudahan latihan dan pengurusan


Memberikan kemudahan pembiayaan

Apakah agensi tersebut?


A
Majlis Amanah Rakyat ( MARA)
B
Perbadanan Produktiviti Negara (NPC)
C
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negara (PKEN)
D
Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad (MIDF)
39.

Yang berikut adalah hak-hak seseorang pengguna, kecuali


A
Hak mendapat maklumat tentang sesuatu barang
B
Hak untuk mendapat ganti rugi untuk barang yang rosak
C
Hak untuk menyuarakan pendapat dan pandangan
D
Hak untuk memulangkan barang yang dibeli secara bayaran tertunda

40.

Manakah perkara yang tidak penting apabila pengguna membeli barang?


A
Mengetahui sebab membeli sesuatu barang
B
Menentukan masa untuk membeli barang
C
Mengenal pasti tempat yang sesuai untuk membeli
D
Jumlah barang keperluan yang dibeli
KERTAS SOALAN TAMAT

SULIT

You might also like