Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN PERASMIAN

YBHG. DATO HJ. AHMAD PHESAL BIN HJ. TALIB


Ketua Setiausaha, Kementerian Wilayah Persekutuan Dan
Kesejahteraan Bandar
Forum Local Agenda 21 (LA 21) Putrajaya Bertajuk Peranan
Dan Penglibatan Corporate Social Responsibility (CSR) Dalam
Menyokong Pelaksanaan Local Agenda 21 Putrajaya
5 Julai 2011, Hotel Putrajaya Shangri-La
YBhg. Tan Sri Samsudin bin Osman,
Presiden Perbadanan Putrajaya
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Local Agenda 21
(LA 21) Putrajaya
Yang Berusaha,
Tuan Haji Omairi bin Hashim
Pengarah Perancangan Bandar
merangkap Setiausaha Jawatankuasa Induk Local Agenda 21
(LA 21) Putrajaya
Mr. CV Healy
Pengurus Besar, Hotel Putrajaya Shangri-La,
Pegawai-pegawai kanan Kementerian Wilayah Persekutuan
dan Kesejahteraan Bandar
Pegawai-pegawai Kanan Perbadanan Putrajaya
Wakil-wakil Kementerian dan Jabatan Kerajaan,
Wakil-wakil syarikat swasta daripada kalangan Pengerusi,
Pengarah Urusan, Pengurus Besar dan Pengurusan Kanan.
Rakan-rakan Kongsi LA 21 Putrajaya yang terdiri daripada
Wakil-wakil Persatuan Penduduk dan wakil badan bukan
kerajaan (NGO),
1

Dan seterusnya rakan-rakan media yang dihormati sekalian


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam
Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
1.

Terima kasih kepda Perbadanan Putrajaya kerana


menjemput saya untuk merasmikan forum yang penting
ini. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan
Bandar menyokong penuh program LA 21 untuk
ditingkatkan ke satu tahap sehingga ianya menjadi satu
norma perkongsian di antara komuniti tempatan, pihak
berkuasa tempatan dan sektor swasta di dalam
menggerakkan
aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan
di
Putrajaya.

Y.Bhg. Tan Sri/ Dato-Dato/ Datin-Datin / Tuan-tuan dan Puanpuan sekelian,


2. Pemerhatian global kepada isu-isu pemeliharaan alam
sekitar telah menjadi keutamaan dalam menjamin
kesejahteraan perbandaran bagi dekad ini.
3. Sumbangan serta penglibatan Corporate Social
Responsibility (CSR) dalam inisiatif pemeliharaan alam
sekitar, serta menyumbang kepada program-program
kesejahteraan komuniti seperti kempen green living,
amalan kitar semula, amalan gaya hidup sihat komuniti
dan pelbagai program komuniti lain, merupakan normanorma dan amalan yang baik yang telah dipraktiskan
secara meluas oleh syarikat syarikat perniagaan dan
konglomerat dalam memenuhi etika dunia perniagaan di
Malaysia dan juga di luar negara.
4.

Boleh dikatakan semua pihak berkuasa tempatan di


Malaysia telah menggalakkan konsep pembangunan
mampan yang menitikberatkan pertumbuhan ekonomi
perbandaran yang pesat di samping mengambilkira
kepentingan komuniti setempat dan pemeliharaan alam
sekitar.
2

5.

Dalam masa yang sama juga Kerajaan juga secara


konsisten telah menggalakkan sektor korporat dan
syarikat syarikat perniagaan untuk mengamalkan good
corporate citizenship yang melibatkan aspek CSR
khususnya dalam membantu untuk meningkatkan kualiti
hidup, menangani isu-isu pencemaran alam sekitar,
pengurusan guna tanah secara bersepadu dengan
kesimbangan ekologi perbandaran. Semua usaha ini
sebenarnya menyumbang ke arah usaha Malaysia ke
arah menyahut pelaksanaan Agenda 21, yakni
persepakatan yang telah dipersetujui oleh kebanyakan
negara dalam United Nations bagi mencapai
pembangunan
mampan
yakni
sustainable
development.

6.

Boleh saya katakan sehingga ke hari ini , kita boleh


berbangga kerana negara kita Malaysia telah pun
menunjukkan kemajuan yang menggalakkan dalam
inisiatif ke arah pembangunan mampan ini. Gabungan
usaha antara sektor swasta dan badan-badan bukan
kerajaan (NGOs) yang telah berganding bahu
bekerjasama menjayakan program-program kesedaran
alam sekitar telah meluas di seluruh negara. Malah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya, kempen-kempen kesedaran alam sekitar dan
kempen tanaman pokok serta pengindahan kawasan
merupakan program yang lazim dianjurkan oleh pihak
berkuasa tempatan dengan kerjasama sektor swasta dan
juga NGO.

Y.Bhg. Tan Sri/ Dato-Dato/ Datin-Datin / Tuan-tuan dan Puanpuan sekelian,


7.

Dalam merealisasikan Agenda 21 yang dipersetujui


semasa Deklarasi Rio De Janeiro , Brazil 1992, semua
pihak berkuasa tempatan di seluruh dunia termasuk
Malaysia telah pun melaksanakan Local Agenda 21.
Local Agenda 21 bertujuan untuk melaksanakan
3

pembangunan mampan di peringkat tempatan. Begitu


juga di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar, di mana semua agensi pihak
berkuasa tempatan di bawah Kementerian ini telah pun
melaksanakan Local Agenda 21.
8.

Pelaksanaan Local Agenda 21 adalah konsep yang


menekankan penglibatan tiga pihak iaitu Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT), komuniti, dan sektor swasta. Sokongan
sektor swasta memang salah satu elemen penting dalam
menjayakan pelaksanaan LA 21. Konsep LA 21 ini boleh
dijayakan lagi
dengan adanya penglibatan sektor
korporat dan swasta melalui tanggungjawab sosial
korporat (CSR).

Sidang Hadirin di Hormati Sekelian,


9.

Dalam merealisasikan Putrajaya sebagai sebagai bandar


contoh, semestinya semua prinsip prinsip pembangunan
mampan termasuk usaha pemeliharaan alam sekitar dan
cabaran menjadikan Putrajaya Bandar Teknologi Hijau
dapat menjana kualiti hidup bandar yang lebih baik.
Program-program pemeliharaan alam sekitar, dan
program-program kesejahteraan komuniti menerusi
konsep LA 21 Putrajaya boleh dicorakkan selaras dengan
Visi dan Misi Kementerian Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar.
Dalam hal ini penglibatan
komuniti setempat dan sokongan padu dari sektor
korporat dan swasta serta NGOs diharapkan dapat
menjayakan lagi pelaksanaan LA 21 Putrajaya .

10.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada


semua wakil sektor korporat dan swasta yang hadir hari ini
untuk mengambil peluang daripada penganjuran forum
ini untuk terlibat sama menjayakan program-program LA
21 Putrajaya menerusi tanggung jawab sosial korporat
(CSR) masing-masing. Saya amat berharap selepas forum
ini semua CSR leaders
dapat menyokong semua
program-program Local Agenda 21 Putrajaya samada
4

program yang menyokong pemeliharaan alam sekitar,


program green living, kempen kitar semula dan lain-lain
community-based program di Putrajaya ini.
11.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan


syabas kepada pihak Perbadanan Putrajaya di atas
usaha menjayakan penganjuran forum ini.

12.

Akhir kata, Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya


dengan ini merasmikan Forum Peranan Dan Penglibatan
Corporate Social Responsibility (CSR) Dalam Menyokong
Pelaksanaan Local Agenda 21 Putrajaya.

13.

Semoga segala usaha kita ini dipermudahkan dan


diberkati Allah Taala.

Sekian, Wabilliahitaufik Wal Hidayah.


Wassalamualaikum w.b.t.

You might also like