Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

2.

0 Langkah-langkah penyediaan JSU


Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual
Spesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:

1. Menkaji sukatan pelajaran


Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh
maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan
sukatan pelajaran perlu dianalisis terlebih dahulu untuk menentukan kepentingan
setiap tajuk kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman
pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam
pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan
tajuk-tajuk lain juga diambil kira. Sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk melihat
sejauh mana kesukaran sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan
bagi sesuatu tajuk tersebut.

2. Menganalisis objektif pengajaran


Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran
ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu
diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana
2

yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan berdasarkan
kepada Taksanomi Bloom yang mengandungi enam peringkat. Maklumat-maklumat
di atas adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan
ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Biasanya
JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya
mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang
biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran
yang mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.

3. Menentukan bilangan soalan


Langkah yang ketiga dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan.
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain
objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah
soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan
sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi
markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan
pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan.
Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan
jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran
ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan
bahasa murid dan lain-lain

4. Menentukan jenis soalan


Langkah yang keempat adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah
menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang
ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai
berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang
bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecedasan murid.

.
3

You might also like