Mesyuarat Guru Smkaj Bil 4

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MESYUARAT GURU BIL.

4/2016
Tarikh

: 10.05.2016 (Selasa)

Masa

: 2.30 petang

Tempat

: Alorian Wawasan

Pengerusi

: Pn. Nor Azlin Binti Ahmad (Pengetua SMKAJ)

HADIR
1. Pn. Nor Azlin Ahmad
(Pengetua SMKAJ)
2. Pn. Nurul Aznim Mohd Razalli (P.K. Pentadbiran)
3. En. Harun Arrashid Ahmad (P.K. HEM)
4. Pn. Nor Fadzilah Mat Zain (P.K Kokurikulum)
5. En. Rusli Abdullah
(G.K. Bahasa)
6. En. Sulaiman Rahmat
(G.K. Sains & Matematik)
7. En. Rosli Halip
(G.K. Kemanusiaan)
8. Pn. Siti Hawa Abd. Razak
(G.K T/Vokasional)
9. Pn. Adiroh Hassim
10. Pn. Aishah Ramli
11. En. Ayub Said
12. En. Azizan Abd Wahab
13. En. Azman Ali
14. Pn.Basariah Noor Mohamad
15. Pn. Edarofida Ngah
16. Pn. Emily Shafirah Zamrud
17. En. Hanazlah Jalaluddin
18. Pn. Zuheida Zainol
19. Pn. Haniza Amran
20. Pn. Hindun Saari
21. En. Ismail Ahmad
22. En. Izad Mohd Ali
23. En. Jasri Che Ani
24. Pn. Mahyom Mat Ali
25. Pn. Maimunah Mohd Zakir
26. Pn. Marhanu Muhammad
27. En. Mohd Hadzari Abd. Rahman
28. En. Mohd Redzwan Khosiam
29. En. Mohd Kamil Remli
30. En. Mohd Noor Efendi Samsu
31. En. Mohd Shahrul Izwan Zakaria

32. En. Mohd Yaakob Abd Talib


33. En. Mohd Zamri Ibrahim
34. En. Fauzi Abd. Hamid
35. Pn. Nadiah Husna Abu Kassim
36. Pn. Nazimah Mansor
37. Pn. Nora Kasim
38. Cik Muna Shafiqah Fazan
39. Pn. Noraida Naseri
40. Pn. Norazini Abdul Aziz
41. Pn. Norhaizan Harun
42. Pn. Noor Hayati Manap
43. Pn. Ooi Kim Lee
44. Pn. Pauziahani Md Rashid
45. Pn. Raganeswari Ramasamy
46. En. Reezal Hamid
47. Pn. Rohaiza Othman
48. Pn. Roshidah Hj.Awang
49. En. Saleh Ali
50. Siti Aishah Mohd Dani
51. Pn. Siti Khadijah Wahab
52. Pn. Suhaili Ghazali
53. Taharah Abd Hamid
54. Pn. Wan Maheran Mahmood
55. Pn. Yusnita Yusof
56. En. Yusoff Man
57. Pn. Zaidatulaini Ahmad Sokri
58. Cik Zanariah Maaz
59. En. Zolkifli Muslim

GURU TIDAK HADIR BERSEBAB


1.
2.
3.
4.

Pn. Azizah Harun


Pn. Bashirah Ahmad
Pn. Fadzilah Darus
Pn. Hafizah Mahadzir (CB)

5.
6.
7.
8.

Pn. Mashetoh Hashim


Pn. Norazizan Abdullah
Pn. Normala Hashim
Pn. Noor Fadzilah Saidun (CB)

9. Pn. Nurana Baharuddin (CB)


10. Pn. Puan Bee Im
11. Pn. Roslina Mohammad
12. Pn. Ruhaya Hashim
13. Pn. Ruzita Abd Rahman
14. Pn. Sabariah Abd. Majid
15. Pn. Salmah Che Ros

16. Pn. Sobrina Abd. Samad


17. En Shahabuddin Abu Bakar

1.0

PERUTUSAN PENGERUSI

1.1

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Nor Azlin binti Ahmad. Beliau memulakan mesyuarat
dengan Bismillah dan bacaan ummul kitab.

1.2

Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat guru perlu diadakan sekurang-kurangnya empat


kali setahun. Sebagai pengetua yang baharu di sekolah ini beliau merakamkan penghargaan
kepada guru-guru SMKAJ kerana memberi komitmen yang baik semasa mantan pengetua
sehingga dapat menjenamakan SMK Alor Janggus ke tahap yang membanggakan sehingga
ke peringkat kebangsaan.

1.3

Fokus pertama dalam PPPM (G1;2013-2015) sudah hampir dipenuhi oleh mantan pengetua
iaitu ke arah menyediakan prasarana yang lengkap kepada warga sekolah khususnya pelajar.

1.4

Pengetua memaklumkan fokus kedua adalah memastikan visi dan misi sekolah dicapai, iaitu
dari sudut pencapaian akademik, kemenjadian murid dan sahsiah.

2.0

LAPORAN PIHAK ATASAN

2.1

Pada 9.5.2016 telah diadakan ceramah bertajuk Integriti dan Rasuah oleh Ketua Penolong
Pengarah Kanan Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. En. Izham bin Ibrahim menjelaskan;

2.2

Sektor pendidikan antara tiga bidang utama terdedah kepada ketidakpatuhan integriti dan
rasuah.
Matlamat SPRM mengadakan road Show menggalakkan integriti (kejujuran), memantau
kepatuhan SOP dan kepertanggungjawaban sektor awam dan penjawat awam.
Penekanan terhadap integriti Organisasi
Maksud integriti melakukan kerja dengan terbaik, boleh dipercayai, menepati janji, apabila
dibayar gaji, lakukan kerja sebaik mungkin, jangan curi tulang.
Integriti menyentuh persoalan nilai, sikap dan pendirian hidup seseorang, di dalamnya
terdapat elemen-elemen - nilai amanah, boleh dipercayai, jujur, taat dan mempunyai sifatsifat peribadi yang teguh, dapat mennghalang daripada pengaruh dan perbuatan negatif
seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
Peningkatan integriti merupakan proses evolusi yang memerlukan perubahan sikap dan
iltizam dalam diri seseorang.
Tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan Kod Etika, Piagam Pelanggan, sistem atau
proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik.
Perlu sentiasa ditegaskan,diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi sehingga menjadi
kebiasaan dan budaya organisasi.
Ciri-ciri integriti amanah, jujur/benar,keikhlasan/ketelusan,adil,bijaksana, tegas, komitmen,
setia, tidak mudah terpengaruh, dan bersyukur.
Cabaran integriti kurang motivasi, kurang cekap, salah guna kuasa, penyelewengan,
complaints, tiada kualiti, tidak beretika, conflict of interest, kelemahan sistem dan prosedur,
dan palsukan dokumen.
Pelaksanaan PBPPP satu taklimat khas akan diadakan pada 18 Mei 2016 (Rabu). Mulai
tahun 2016, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan menggunakan PBPPP sebagai asas
penilaian prestasi.
Makluman dan tindakan

3.0

: Semua guru

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


Dicadang oleh :

En. Jasri bin bin Che Ani

Disokong oleh :

En. Mohd Zamri bin Ibrahim

4.0

PERKARA BERBANGKIT

4.1

Hari Anugerah Cemerlang dan Bintang telah selesai, tetapi post mortem perlu dibuat supaya
ada penambahbaikkan pada masa hadapan.

4.2

Dialog prestasi Panitia yang belum mengadakan dialog prestasi ialah Bahasa Melayu,
Sains, dan Teknik Vokasional. Pn Pengetua menegaskan bahawa dialog prestasi penting
untuk merancang program intervensi bagi menyelesaikan masalah pembelajaran pelajar
serta membantu mencapai target. Panitia dapat merancang program intervensi untuk
membantu pelajar. Bagi panitia yang belum mengadakan dialog prestasi, boleh dibuat dalam
Mesyuarat Panitia Ke-2.

4.3

Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 ditangguhkan.


Tindakan dan makluman

: Guru-guru terlibat dan semua guru

5.0

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

5.1

Peperiksaan Pertengahan Tahun (AR2). Pn. Pengetua mengingatkan guru-guru mematuhi


masa pemeriksaan skrip jawapan murid, markah perlu diisi dalam SAPS sebelum atau pada
5 Jun 2016. Guru-guru juga perlu membuat analisis item dan post mortem untuk kelas yang
diajar.

5.2

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) off line bagi tingkatan 1-3. Guru-guru perlu membuat
PBS off line dan melekatkan borang transit di dalam buku rekod atau fail mudah akses.

5.3

Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPM Pemantauan sedang berjalan. Panitia yang terlibat
perlu menyediakan Fail Pengrusan PBS Panitia, Fail Calon dan lain-lain. Guru-guru yang
menghadapi masalah dengan pelajar yang tidak menyelesaikan kerja kursus perlu
memaklumkan kepada pihak pengurusan untuk diambil tindakan.

5.4

PAJSK dan Psikometrik Guru-guru perlu up date. Psikometrik sepatutnya sudah melepasi
fasa pertama.
Tindakan dan makluman

: Semua guru

6.0

PROGRAM EMUS

6.1

EMUS untuk tingkatan 3 dan 5 akan dijalankan pada minggu pertama Cuti Pertengahan
Tahun. Puan Nurul Aznim Mohd Razalli meminta guru-guru meneliti jadual EMUS (rujuk
jadual). Setiap guru akan menjalankan EMUS sekali sahaja selama dua jam. Panitia akan
menyediakan pelajar mengikut kumpulan pencapaian. Tingkatan tiga, tiga kumpulan
pencapaian, manakala tingkatan lima, empat kumpulan pencapaian (subjek teras). Panduan
penetapan kumpulan berpandukan markah AR1. Bahan-bahan akan disediakan oleh guru
setiap kumpulan, dan satu salinan perlu diserahkan kepada SU Akademik untuk simpanan
PK Pentadbiran.

6.2

Pn. Pengetua mengingatkan guru-guru memastikan pengisian program dapat memberi


makna dan impak yang positif kepada murid PT3 dan SPM.
Tindakan dan makluman

: Ketua panitia dan semua guru

7.0

PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI

7.1

Pn. Pengetua memaklumkan kepada guru-guru bahawa agenda PKB merupakan agenda
yang wajib ada dalam semua mesyuarat.

7.2

PKB dalam pencerapan PdP guru-guru yang belum dicerap atau terlepas waktu
pencerapan boleh back dated maklumkan kepada pencerap untuk dibuat kemudian. Ini

adalah bertujuan untuk mengelak daripada pencerap memberi markah yang tidak sesuai
dengan kejadian sebenar. Guru-guru akan dicerap dua kali setahun.
Tindakan dan makluman

: Semua guru

8.0

HAL-HAL LAIN

8.0

Budaya Tutup Sekolah Guru-guru waktu akhir perlu memastikan semua perkara yang
berkaitan Budaya Tutup Sekolah dilaksanakan, tutup register, dan serah kunci-kunci bilik
khas bagi guru yang ada bilik khas.
Tindakan dan makluman : Guru masa akhir, guru tingkatan dan Ketua Panitia

8.1

Pemakaian tanda nama Pengetua meminta guru-guru memakai tanda nama kerana
pemakaian tanda nama ada dalam peraturan, lagipun beliau masih baru dan belum kenal
semua guru.

8.2

Pn. Pengetua meminta semua guru mengetik Kad Perakam Waktu terutamanya pada waktu
pulang. Guru-guru perlu patuh pada ketepatan masa bekerja.

8.3

Cuti Rehat Khas dan Cuti Sakit (MC) Guru-guru yang ingin mengambil CRK perlu
memaklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu tetapi dalam kes-kes kecemasan guru-guru
boleh menelefon Pn. Pengetua sendiri. Sijil cuti sakit perlu diserah kepada pengetua
sekiranya beliau ada di sekolah.

8.4

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, - Diuruskan oleh OST dengan kerjasama pengawas
dan kepimpinan pelajar. Pn. Pengetua memaklumkan bahawa Hari Guru akan disambut
pada 16 Mei 2016. Beliau meminta wakil OST berbincang tentang tentatif program
dengannya.

8.5

Pengisytiharan harta penjawat awam Guru-guru yang cukup syarat untuk TBBK dan yang
akan bersara perlu mengemas kini pengishtiharan harta dalam HRMIS.
Tindakan dan makluman

8.6

: Semua guru

Minit Curai Guru-guru yang berkursus / bermesyuarat / bengkel perlu mengisi borang minit
curai selepas tiga hari bekerja. Tujuannya adalah supaya pengetua maklum tentang kursus
atau bengkel yang dihadiri oleh guru. Tindakan susulan seperti mengadakan kursus dalaman
dapat dilakukan.
Tindakan dan mskluman

: Guru yang berkenaan

8.7

Keselamatan di sekolah Semua guru mesti menitikberatkan aspek keselamatan semasa


aktiviti sama ada semasa PdP di luar kelas. Ini adalah peringatan dan tindakan guru-guru
supaya dapat mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini.

8.8

Permohonan mengadakan aktiviti lawatan. Guru-guru yang berhajat membuat lawatan


dinasihatkan menangguhkan dahulu aktiviti sehingga selepas PT3 kecuali atas arahan.

8.9

Kursus Ithink Dalam Talian Guru-guru boleh exsplore secara berkumpulan


untukmemudahkan guru-guru data memberi bimbingan
Tindakan dan makluman

8,10

Mesyuarat Panitia Kali Ke-2 perlu diselesaikan sebelum Cuti Pertengahan Tahun. Jadual
akan dikeluarkan.
Tindakan

8.11

: Semua guru

: Ketua Panitia

Program Pencegahan dan Anti Merokok Panel Penasihat Klinik Alor Janggus dengan
kerjasama SMK Alor Janggus akan mengadakan ceramah, kuiz dan pameran.

Tindakan
8.12

: Pn. Noraida Naseri

Ketidakhadiran Pelajar ke Sekolah Pengetua meminta guru-guru tingkatan mengambil


tindakan dengan mengeluarkan surat amaran mengikut ketetapan. Pelajar-pelajar yang diberi
surat peringatan perlu menghadiri sesi kaunseling bersama kaunselor. Kaunselor perlu buat
kajian tindakan mengapa pelajar ponteng sekolah
Tindakan dan makluman

: Guru tingkatan dan kaunselor

8.12

Buku Rekod Mengajar Pengetua mengingatkan guru-guru supaya menulis buku rekod dan
menghantar ke pejabat untuk dicap dan disemak oleh kumpulan pentadbir. Pn. Pengetua
akan menyemak Buku Rekod Mengajar guru-guru mengikut unit secara berperingkat.

8.13

Latihan Kebakaran PK Hem. memaklumkan latihan kebakaran akan diadakan pada 24 Mei
2016 oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. Guru-guru tingkatan perlu memastikan semua
butiran maklumat pelajar lengkap ditulis dalam Buku Rekod Kehadiran Pelajar dan dibawa
bersama semasa sesi latihan.
Tindakan dan makluman

; Guru tingkatan dan semua guru

8.14

Pn. Nor Fadzilah Mat Zain meminta guru-guru menyiapkan fail persatuan/kelab/unit, papan
kenyataan, perancangan taktikal secepat mungkin atau selewat-lewatnya 12 Jun 2016.

8.15

Pn. Pengetua memngingatkan guru-guru menghantar soalan untuk dicetak lebih awal atau
mengikut jadual supaya peperiksaan berjalan lancar.
Tindakan dan makluman

:Semua guru

Ucapan Penangguhan
Pn. Pengetua berharap guru guru dapat memberi sokongan keseluruhannya untuk
merealisasikan apa yang dihasratkan oleh mantan pengetua kerana, beliau telah menyiapkan
prasarana yang baik dan tugas Pn. Pengetua dan guru-guru adalah mencapai target
kecemerlangan sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang

Laporan disediakan oleh,

Disemak oleh,

(MAHYOM BINTI MAT ALI)

(RUSLI BIN ABDULLAH)

Setiausaha
Mesyuarat Guru
SMK. Alor Janggus

Guru Kanan Bahasa


SMK Alor Janggus

You might also like