Sub Papan Suis

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT

NAMA : MOHAMMAD SHAHIZWAN BIN SAHUKI


KURSUS : 1 DVM ETE
NO. I/C :
TAJUK : SUB PAPAN SUIS
N.PENSYARAH : EN. MOHD NOOR BIN SA'DAN

PENGHARGAAN
Assalamualaikum
Pertama sekali, bersyukur kehadrat ilahi kerana limpah dan kurnianya dapat juga saya
menyiapkan tugasan saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk sub papan
suis. Tugasan ini amat penting buat saya kerana ia merupakan sebahagian daripada
kerja kursus saya.
Selain itu, ucapan terima kasih juga akan ditunjukkan kepada kedua-dua ibubapa yang
saya hormati selama-lamanya. Mereka sentiasa memberi dorongan,sokongan,galakan
dan tunjuk ajar sepanjang saya melakukan kerjakursus in sehinggalah selesai.
Di samping itu,penghargaan juga diberikan kepada kepada pensyarah saya iaitu En.
Mohd Noor Bin Sa'dan kerana dia memberi banyak tunjuk ajar kepada saya semasa
saya membuat kerja kursus ini.
Tambahan lagi, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepadarakan-rakan
saya iaitu Muhd Faqih , Amir Ikhwan dan Muhd Taqiuddin yang sudi membantu saya
semasa saya mengalami masalah dalam kerja kursus.
Akhir sekali , pengharagaan juga diberikan kepada semua responden yang sudi
menjawab soalan-soalan saya dan memberi banyak maklumat kepada saya untuk
menyelesaikan kerja kursus ini.

ISI KANDUNGAN

Bil.

Isi kandungan

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Penghargaan
Isi kandungan
Spesifikasi penggunaan sub papan suis
Jenis-jenis sub papan suis
Binaan sub papan suis
Litar sub papan suis
Jenis-jenis kemasukan bekalan
Lokasi sub papan suis
Keperluan bilik suis
Pembumian Sub Papan Suis Dan Papan Suis
Utama
Ujian Penyelenggaraan Sub Papan Suis
Kabel kemasukan utama dan bekalan
Rujukan
Lampiran

11.
12.
13.
14.

Spesifikasi Penggunaan Sub Papan Suis.

Bil. Muka surat

1. Peti sub papan suis biasanya akan diletakkan di tiap-tiap tingkat bagi
bangunan bertingkat atau tiap-tiap bahagian didalam sesuatu kilang. Cabangcabang litar seperti litar kuasa, litar lampu, kawalan motor, litar-litar pencegah
kebakaran akan mengambil bekalan daripada sub papan suis utama.
2. Sekiranya papan suis utama terletak jauh daripada sesuatu beban, sub papan
suis hendaklah dipasang bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan
mengadakan sistem kawalan ke beban tersebut.
3. Sub papan suis direka bagi mengelakkan gangguan bekalan sekiranya terdapat
mana-mana bahagian pepasangan dalam bangunan mengalami gangguan
bekalan atau terdapat aktiviti penyelenggaraan pepasangan.
4. Ia juga dapat menjimatkan kos pemasangan kabel dan mengurangkan susutan
voltan sekiranya terdapat beban baban besar dalam pepasangan elektrik.
5. Sub papan suis adalah papan suis yang mendapat bekalan utamanya dari PSU.
Perkataan sub adalah relatif sebab ada papan suis yang saiznya lebih besar dari
PSU di tempat lain. Sub di sini bermakna lebih kecil dari Papan Suis Utama.
6. Sub papan suis digunakan untuk bangunan atau beban yang berada agak jauh
dan terasing dari papan suis utama. Ini adalah untuk menjimatkan kabel dan
memudahkan kerja-kerja kawalan senggaraan.
7. Di dalam sub papan suis (sub-switch board) terdapatnya perkakas suis untuk
tujuan kawalan dan perlindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu
ON atau OFF di Sub-SB. Alat dan komponen perlindungan utama yang
mengawal dan melindungi keseluruhan pemasangan ditempatkan di sini.
8. Peranan, saiz fizikal dan fungsi sub papan suis adalah bergantung kepada
keupayaan membawa arus, kegunaan Sub-SB itu sendiri serta apakah yang
hendak dikawalnya. Ada sesetengah Sub-SB hanya mengawal beban elektrik
yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik.

Jenis-Jenis Rekabentuk Sub Papan Suis Dan Papan Suis

Umumnya ada terdapat dua jenis sub papan suis dan papan suis utama yang biasa
digunakan iaitu

1. Jenis melekat di dinding ( wall mounted ).

2. Jenis Cubicle.

Jenis melekat di dinding biasanya untuk pemasangan kecil iaitu kurang daripada 150
ampere, manakala jenis cubicle untuk pepasangan sederhana dan pemasangan besar.

Binaan Sub Papan Suis Dan Papan Suis Utama

Bagi jenis cubicle binaan sub papan suis dan papan suis utama menggunakan rangka
utama yang akan menyokong berat segala peralatan yang terdapat di dalam papan
suis. Kekuatan rangka hendaklah minima 10G berbentuk U section channel.
Rangka yang baik adalah dari jenis berlubang-lubang dengan saiz yang sesuai dan
dengan jarak 25mm supaya tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Jenis ini
dipanggil jenis modular di mana ia boleh ditambah dan dibesarkan dengan mudah
iaitu dengan menyambung sahaja rangka tambahan.
Di sekeliling bahagian luar ditutup dengan kepingan logam dengan tebal tertentu
(tebal minima 14G di bahagian belakang dan tepi papan suis). Palang bas pembumian
dengan keratan rentas yang mencukupi dipasang di bahagian bawah sebelah dalam
papan suis meliputi keseluruhan sistem pembumian.

Terdapat Tiga Bentuk Binaan Sub Papan Suis Dan Papan Suis Utama

1. Tiada kompartmen iaitu tiada dinding pemisah di antara bahagian-bahagian


dalam sub papan suis dan papan suis utama
2. Sebahagian berkompartmen iaitu sebahagian sahaja dipisahkan daripada yang
lain.
3. Sepenuhnya berkompartmen iaitu semua bahagian diasingkan.

Jenis mana yang kita mahukan bergantung kepada keperluan, kesesuaian, tahap
keselamatan dan harga yang perlu kita bayar. Jenis yang paling baik dan mahal ialah
setiap komportmen dalam PSU diasingkan dengan dinding logam supaya apabila
berlaku percikan api bahagian lain tidak terlibat.Selain mahal ianya juga berat.
Jenis sederhana baik hanya memisahkan sebahagian sahaja kompartmen terutama
bahagian yang menempatkan pemutus litar udara (ACB), kerana disinilah selalunya
berkemungkinan besar berlaku percikan api elektrik.
Jenis yang paling mudah dan murah ialah tiada langsung pemisah di antara
kompartmen di dalam PSU tersebut.

Litar Sub Papan Suis Dan Papan Suis Utama.

Terdapat beberapa litar pendawaian sub papan suis seperti:1.


2.
3.
4.
5.

Litar kemasukan utama


Litar Keluaran ke beban
Litar sekunder
Litar kawalan perlindungan
Litar lampu penunjuk satu fasa

Rajah 1 : litar skematik sub papan suis

Rajah 2 : Gambarajah

sub papan suis jenis


cubicle

Rajah 3 : Gambarajah skematik sub papan suis 3 fasa

Jenis-Jenis Kemasukan Bekalan

Rekabentuk papan suis adalah mengikut kemasukan bekalan dan keperluan beban
pepasangan. Ini adalah betujuan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan
keselamatan. Berikut adalah rekabentuk jenis kemasukan papan suis utama:1. Papan Suis Utama Satu Kemasukan.
2. Papan Suis Utama Dua Kemasukan.
3. Papan Suis Utama Satu Kemasukan dari bekalan pihak pembekal serta satu
Papan Suis Utama Kecemasan Automatik .( EMS Board ).

Lokasi Papan Suis

Di antara lokasi yang sesuai untuk bilik suis adalah:


1. Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi mengurangkan
perbelanjaan submains dan kabel.
2. Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air.
3. Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi dan
senggaraan mudah dijalankan.
4. Ditempatkan didalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci

Keperluan Bilik Suis

Diantara keperluan bilik suis adalah:


1. Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik.
2. Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proff netting
supaya serangga tidak dapat masuk.
3. Ruang kosong berukuran minima 2.5kaki dibahagian belakang dan minima 4.5
kaki dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerja senggaraan .
4. Mempunyaisaluran-saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan keluar
kabel.
5. Bilik suis hendaklah dilengkapkan dengan alat pemadam api jenis gas yang
dibenarkan seperti CO2.
6. Lampu biasa,lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah yang
mencukupi hendaklah disediakan di dalam bilik suis.
7. Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai hendaklah dipaparkan
didalam bilik PSU.

Pembumian Sub Papan Suis Dan Papan Suis Utama

Pembumian merupakan sambungan yang dibuat antara logam sub papan suis dan
bumi. Ia bertujuan untuk memberi keselamatan kepada pengguna daripada bahaya
renjatan elektrik di mana arus rosak dapat mengalir terus kebumi dan memudahkan
pelantikan serta merta alat geganti rosak kebumi semasa berlaku kerosakan arus
kebumi. Sistem pembumian yang dijalankan adalah jenis sistem TN-S dimana
pengalir bumi dari papan suis disambungkan terus ke bahagian rangka sub papan suis.

Ujian Penyelenggaraan Sub Papan Suis Dan Papan Suis Utama.

Mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 beberapa ujian perlu dijalankan pada


papan suis untuk memastikan pemasangan itu betul-betul selamat semasa digunakan.
Ujian semasa penyelenggaraan yang dijalankan seperti ujian semasa tanpa bekalan
dan ujian semasa ada bekalan.
Ujian ujian tersebut adalah :1. Ujian keterusan alat-alat
2. Ujian keterusan pengalir
3. Ujian keterusan pengalir bumi
4. Ujian keterusan litar kawalan dan litar sekunder.
5. Ujian rintangan penebatan
6. Ujian suntikan utama
7. Ujian suntikan sekunder
8. Ujian tekanan
9. Ujian bekalan 3 fasa
10. Ujian turutan fasa

Kabel kemasukan utama dan keluaran

Terdapat beberapa kaedah pemasangan kabel pada sub papan suis seperti penyediaan
sesalur kabel bawah tanah dan dulang kabel atau trunking. Sekiranya rekabentuk
pepasangan sub papan suis dan papan suis utama jenis cubicle terdapat banyak kabel
keluaran, penggunaan kabel berperisai dan pelbagai teras adalah amat sesuai dipilih
dengan menggunakan sesalur kabel bawah tanah. Saiz dan keupayaan kabel boleh
dirujuk pada kertas penerangan kabel atau jadual pepasangan kabel elektrik (MS IEC60364) atau buku manual pengilang kabel.

RUJUKAN

Internet:
www.google.com/sub_papan_suis
www.google.com/slideshare+sub+papan+suis
www.google.com/scribd=sub=papan=suis

LAMPIRAN

You might also like