Professional Documents
Culture Documents
Minuman RBTS
Minuman RBTS
Minuman RBTS
MINUMAN
Badan kita memerlukan air sekurang-kurang 2-3 litre air sehari. Air boleh diperolehi
daripada minuman dan makanan yang kita makan seperti sup, buah-buahan dan
minuman. Minuman ialah cecair yang boleh memuaskan dahaga, merangsangkan
badan dan memberi khasiat kepada tubuh badan kita.
5.1
Pengenalan
Minuman boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu (i) menyegar dan menghilang
dahaga pada hari panas; (ii) memberi khasiat untuk tumbesaran; dan (iii)
merangsang yang menyebabkan tubuh kita menjadi aktif dan menambah selera
untuk makan. Minuman juga membantu proses pencernaan dan melarutkan bahanbahan buangan di dalam badan.
1.1.1 Minuman Menyegarkan
Minuman ini dihidang dalam keadaan sejuk untuk memuaskan dahaga dan
menyegarkan. Minuman ini boleh dihidang sebelum atau selepas makan dan pada
bila-bila masa. Minuman dari buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi banyak
vitamin, garam galian dan karbohidrat dalam bentuk gula dan juga sebagai bahan
pelawas. Contoh minuman sejuk adalah air limau nipis, air nenas, air lamnit, jus
tomato dan jus keret.
Syarat penyediaan minuman buah-buahan/sayur-sayuran.
i.
ii.
Buat sirap terlebih dahulu iaitu dengan mencairkan gula dengan air panas dan
sejukkan. Sirap panas memusnahkan vitamin.
iii.
Rendam kulit limau nipis atau kasturi atau lemon yang berhiris dalam sirap panas
untuk memberi rasa lebih sedap.
iv.
Perah air buah atau kisar dan tapis. Sejukkan di dalam peti sejuk.
v.
vi.
Gunakan bekas kaca atau tembikar kerana bekas logam akan memberi tindak balas
dan mempengaruhi rasa minuman.
Resipi Air Nenas
1 biji buah nenas yang kecil
3 camb. gula
1 litre air
air batu
Cara membuatnya
1. Sediakan sirap bersama daun pandan dan sejukkan.
2. Kupas nenas, buangkan semua matanya
3. Potong nenas untuk mendapatkan 12 kiub, yang selebihnya parut dan perah airnya
ke dalam sebuah bekas.
4. Perahkan limau, tapis dan tuangkan air nenas ke dalam jag bersama sirap.
5. Masukkan air dan sejukkan
6. Hidang bersama kiub nenas dan air batu dan hirisan limau.
1.1.2 Minuman Berkhasiat
Susu dan koko merupakan minuman yang berkhasiat. Koko mengandungi kanji, asid
folik, besi dan lemak dan sangat sesuai untuk kanak-kanak dan pesakit. Susu pula
mengadungi vitamin A, B, protein, lemak dan besi. Susu senang dihadam oleh itu ia
sangat sesuai untuk bayi, kanak-kanak, pesakit, ibu mengandung dan orang-orang
tua.
Jenis-Jenis Susu
i.
Susu segar
Susu ini diperolehi dari lembu dan tidak boleh diberi kepada bayi kerana terlalu
keras. Susu ini perlu dimasak atau melalui proses pensterilisasi sebelum diminum
untuk membunuh bakteria dan menahannya daripada masam. Contoh susu Dutch
Lady,
ii.
Susu cair
Separuh daripada air dalam susu ini disejatkan menjadi pekat dan kemudian
ditinkan. Susu ini mengandungi lebih lemak dan boleh dicairkan dan tidak sesuai
untuk bayi atau pesakit. Susu ini digunakan dalam masakan seperti membuat kek,
puding, salad dan aiskrim. Contoh susu Ideal, Carnation dan F&N.
iii.
Susu pekat
Lebih daripada setengah daripada air dalam susu disejatkan dan dicampurkan
dengan gula untuk memaniskannya dan mencegah pembiakan bakteria. Susu ini
tdak sesuai untuk bayi kerana mengandungi banyak gula dan ia digunakan dalam
masakan atau minuman. Contoh susu Milk Maid, F&N da Teapot.
iv.
Susu tepung
Semua kandungan air dalam susu disejatkan meningalkan pepejal berderai dalam
bentuk tepung. Susu ini boleh disimpan lama di tin kedap udara. Susu tepung perlu
dibancuh dengan air dan sesuai untuk makanan bayi, ibu mengandung, paskit dan
orang-orang tua. Contoh susu Dumex, Lactogen dan Promil.
Resipi Air Koko
2 camt. koko
1 litre air
Air Teh
Teh mengandungi bahan perangsang theine yang sesuai untuk masa keletihan dan
bahan tanin
mengandungi florida. Daun teh perlu disimpan dalam bekas yang bersih, kedap
udara dan letak di tempat sejuk.
berperisa dan teh segera. Teh hijau mengandungi lebih banyak tanin
Penyediaan air teh.
a. Panaskan tekoh dengan mencurahkan air panas ke dalamnya sebelum menuangkan
air mendidih.
b. Gunakan air mendidih dan biarkan terseduh selama 3-4 minit. Jangan biarkan daun
teh terlalu lama kerana daun teh akan mengeluarkan tani yang menyebabkan teh
rasa pahit dan hidang dengan segara.
c. Hidang teh dengan susu panas dan gula berasingan di atas dulang. Tuangkan susu
ke dalam cawan sebelum menuangkan air teh supaya susu bercampur dengan baik
dengan teh.
II
Air Kopi
Kopi mempunyai bahan perangsang kafein. Terdapat pelbagai jenis kopi, iaitu serbuk
kopi rasa lebih pahit, kopi segera tidak perlu ditapis dan kopi de-caffeinated yang
kandungan kafein telah dikurangkan.
Penyediaan air kopi
a. Panaskan tekoh dengan mencurahkan air panas ke dalamnya sebelum menuangkan
air mendidih.
b. Gunakan air mendidih dan tuangkan terus ke dalam tekoh. Jangan biarkan air kopi
mendidih di atas dapur kerana ia akan menyebabkan rasa pahit.
c. Biarkan kopi terseduh selama 10 minit dan tapiskan sebelum menuangkan ke dalam
tekoh jika mengguna kopi sebuk.
d. Hidang teh dengan susu panas dan gula berasingan di atas dulang.
A. DESERT
Desert atau pencuci mulut adalah makanan sampingan yang dihidang selepas
makan utama.
5.2
Pengenalan
Desert dibahagikan kepada tiga jenis iaitu (i) panas; (ii) sejuk; dan (iii) dingin beku.
Desert dihidangkan selepas makan tengah hari atau malam untuk melengkapkan
atau menyeimbangkan hidangan. Desert juga akan memberi pelbagai warna pada
hidangan dan menghilangkan rasa muak.
Desert hendaklah seimbang ataupun lengkap denga hidangan-hidangan lain.
Sekiranya hidangan lain sudah berlemak, perlu dipertimbangkan hidangan desert
yang kurang berlemak.
5.2.1 Desert panas
Desert panas hendaklah segera dihidang sebaik sahaja deserat tersebut disediakan
supaya rasa dan rupanya tidak terjejas. Contoh desert panas yang akan terjejas
apabila dibiarkan terlalu lama di meja hidangan ialah souffle akan jatuh, pisang
goreng akan hilang kerangupannya dan pankek (crepe) akan menyerap sos.
Contoh resipi desert panas.
Bubur Pulut Hitam
2 camb. pulut hitam
2 pt. Air
sedikit garam
Cara membuatnya
1. Bersihkan dan cuci pulut. Masak perlahan di dalam periuk yang berisi air dengan
daun pandan hingga lembut.
2. Perah 1 pt. santan.
3. Masukkan santan, gula dan sedikit garam ke dalam periuk yang berisi pulut tadi.
Masak sehingga pulut kembang. Rasa.
4. Hidangkan semasa ia masih panas.
5.2.2 Desert Sejuk
Desert sejuk terdiri dari kastard, jeli, puding, tat, kek dan mousse. Desert ini dihidang
dalam acuan kecil dan dihias dengan buah-buahan, coklat, kekacang, krim atau sos.
Contoh resipi desert sejuk
Kastard Karamel
Karamel:
100 gm. gula pasir
30 ml air
Kastard:
4 biji telur
500 ml susu
Hiasan:
120 gm. koktel buah
makan tengah hari. Aiskrim, sundae adalah sherbet contoh desert dingin beku.ontoh
resipi desert dingin beku.
Mango Sherbet
150 gm gula kastor + 175 ml air - untuk sirap dan sejukkan
300gm isi buah mangga
60 ml. jus oren
Hiasan:
2 hiris mangga
4 scoop aiskrim
1. Bahan yang digunakan untuk membuat desert merupakan bahan yang mudah
dicemari bakteria yang boleh menyebabkan keracunanan makanana terutama
sekali telur dan susu.
2. Desert panas perlu dihidang pada hari disediakan. Jangan disimpan lebih
daripada sehari
3. Desert sejuk boleh disimpan dalam peti sejuk dan ditutup dengan kertas
logam atau bekas yang bertutup supaya makanan tidak menjadi kering dan
mengelakkan dari jangkitan bau makanan lain.