Bab 7 - 8 (Hubungan Etnik)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 48

HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN

MENANGANI CABARAN

Selepas mempelajari bab ini, pelajar harus dapat:


1. Menerangkan peri pentingnya perpaduan

dan integrasi sebagai prasyarat utama


untuk kestabilan politik dan kesejahteraan sosial.

2. Menjelaskan dasar dan pelan tindakan untuk perpaduan dan integrasi di Malaysia.
3. Menjelaskan

faktor-faktor pembinaan dan acuan jati diri rakyat Malaysia.

4. Menghuraikan cabaran-cabaran hubungan etnik di Malaysia.

Malaysia ialah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum atau lebih
dikenali sebagai masyarakat majmuk. Situasi ini memerlukan negara memberi
perhatian terhadap kewujudan hubungan etnik yang mantap dalam kalangan rakyat.
Apatah lagi bagi sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama,
bahasa, budaya dan etnik. Maka, persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi
amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya memastikan
pembangunan negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Hal ini ditegaskan
oleh Tun Abdul Razak, iaitu perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara
dapat disalurkan kepada usaha memajukan negara dan bukan digunakan untuk
menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian (Mauzy, 1983).

Antara kekuatein Malaysia ialah hakikat bahawa semua golongan etnik utama
telah terlibat dalam ruang budaya tempatan sejak awal-awal lagi. Misalnya, golongan
Baba atau pun dikenalisebagai Peranakan mewakili golongan imigran Cina pertama
ke negara ini dan telah lama sebati dengan masyarakat tempatan, Mereka
memainkan peranan penting dalam memperkaya khazanah kebudayaan negara
kita. Golongan Baba telah menerima dan mengasimilasikan tiga kebudayaan,
iaitu kebudayaan Cina, Melayu dan Barat dan ini menjadikan budaya mereka
sangat unik. Mereka telah mempelopori penerbitan surat khabar, majalah dan

IIODUL HUBUNGAN ETNIK

buku di negara kita. Malah surat khabar Melayu dengan huruf Roman telah mereka
terbitkan se awal 1894. Golongan Baba juga telah memperkaya warisan persuratan
Melayu dengan menterjemahkan karya-karya terkenal Cina ke dalam bahasa
Melayu. Sumbangan dan kegiatan persuratan mereka adalah antara terawal di
negara kita. Misalnya dari tahun 1889 hingga 1950, mereka telah menterjemahkan
dan menerbitkan hampir 68 karya dari China ke dalam bahasa Melayu. Jumlah
yang lebih besar lagi telah mereka hasilkan dalam karya asli dalam bahasa
Melayu.
Sumbangan orang lndia pula, khususnya dalam budaya dan falsafah politik Melayu
mempunyaisejarah yang panjang. Kerajaan-kerajaan Melayu awal menerima pengaruh
yang kuat daripada kebudayaan lndia. Pengaruh yang jelas dalam memperkaya
kebudayaan Melayu dapat dilihat melalui kata pinjam (loan words) daripada bahasa
Sanskrit. Dari segi sumbangan agama, ramai sarjana mempercayai bahawa lslam
telah dibawa ke Alam Melayu oleh saudagar-saudagar dari lndia. Kemudiannya,
pada zaman kebangkitan nasionalisme, pengaruh daripada nasionalisme lndia sangat
kuat terasa diTanah Melayu. Nasionalisme ini khususnya, tersebar melalui lndonesia
dan terpancar dalam karya-karya para nasionalis, misalnya lbrahim Haji Yaakob.
Para nasionalis kemudiannya juga pernah menyatakan bahawa mereka mendapat
pengaruh kuat daripada nasionalis lndia.
Kerajaan amat sedar bahawa terdapat hubungan sosial yang kuat dalam kalangan
pelbagai golongan etnik di Malaysia. Pelbagai usaha telah diambil untuk terus
mengekalkan kekuatan ini dan membina masyarakat yang lebih adil dari segi
struktur sosial dan ekonominya.

Banyak pihak yang merasakan hubungan etnik masih lagi rapuh dalam dimensidimensi tertentu. OIeh itu, usaha mengukuhkan hubungan antara etnik secara
holistik adalah amat mencabar. Gagasan retorik dan simbolik semata-mata hanya
akan menghasilkan dampak yang superfisial sahaja. Maka pelan tindakan memupuk
dan memperkasakan hubungan antara etnik bersandarkan teras yang telah dibina
oleh arkitek negara yang terdahulu, iaitu Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia.
Semangat Rukun Negara dan perlembagaan sering dirujuk sebagai batu tanda
dalam dasar-dasar kerajaan ke arah pembinaan masyarakat berbilang etnik dan
budaya yang bersatu. Dengan kedudukan politik yang secara relatifnya kuat dan
stabil, Kerajaan telah beriltizam merancangkan dan melaksanakan pelan tindakan
untuk mengeratkan perhubungan antara etnik ke arah memperkukuh perpaduan
nasional.
120

HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN MENANGANI CABARAN

7.2.1 Rukun Negara


Rukun Negara yang dirumus berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam
untuk membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul telah diperkenalkan
pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara digubal oleh Majlis Perundingan Negara
berasaskan tujuan menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat
perpaduan antara kaum ekoran Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini dilihat oleh
ramai penganalisis sebagai jelmaan daripada ketegangan hubungan etnik yang
sebahagiannya berpunca daripada jurang sosioekonomi yang luas antara golongan
Bumiputera dengan bukan Bumiputera. Oleh itu, Rukun Negara dengan prinsipprinsip yang bertunjangkan semangat Perlembagaan diharapkan dapat membentuk
jati diri rakyat negara ini sebagai satu Bangsa Malaysia. Rukun Negara dijadikan
sebagai pedoman dan hala tuju serta pengimbang tara dalam merancang program
pembangunan negara. Secara lebih khusus, Rukun Negara merupakan ikrar yang
menjadi acuan bagi integrasi nasional, pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi
negara. Mukadimah dan lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut:

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita


hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu
masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsipprinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara


Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

121

r
MODUL HUBUNGAN ETNIK

Secara keseluruhan, dalam konteks pembangunan politik, Rukun Negara dengan


jelas menyatakan cita-cita untuk membina negara bangsa, iaitu negara dan bangsa
Malaysia yang warganya bersatu padu, mengamalkan cara hidup yang demokratik,
melaksanakan keadilan sosialdan berfikiran terbuka. Dalam konteks pembangunan
ekonomi pula, secara jelas Rukun Negara menggariskan bahawa sains dan teknologi
menjadi asas kepada ekonomi berasaskan perindustrian yang akhirnya akan
melahirkan masyarakat yang progresif.
Lima prinsip yang mendukung Rukun Negara dapat diterjemahkan seperti berikut:
t.

Kepercayaan kepadaTuhan. Prinsip ini bermaksud rakyat negara ini ialah


manusia yang beragama dan mempunyai sistem kepercayaan. lslam
merupakan agama Persekutuan. Agama lain turut diberi kebebasan untuk
diamalkan. Melalui kehidupan beragama, rakyat akan menjadi manusia
berakhlak mulia, jujur, berakomodatif, dan bantu-membantu antara satu
sama lain tanpa mengira kaum.

il.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Yang di-Pertuan Agong ialah lambang
kedaulatan dan perpaduan negara. Rakyat mestilah taat setia kepada baginda

dan negara. Kedudukan raja-raja telah termaktub dalam perlembagaan.


Kesetiaan kepada raja ialah lambang perpaduan seluruh rakyat.
lil.

Keluhuran Perlembagaan. Rakyat harus menghormati dan mematuhi


Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi dalam negara.
Perlembagaan melindungi hak rakyat serta menjamin kemakmuran dan
perpaduan negara. Seseorang rakyat tidak boleh menyoal kesetiaan rakyat
yang lain berdasarkan keturunan kaum.

iv.

Kedaulatan Undang-Undang. Keadilan dalam masyarakat dijamin oleh


undang-undang. Setiap rakyat tidak kira kaum atau agama adalah sama
rata disisi undang-undang. Rakyat mesti menghormatidan mematuhi undangundang negara.

v.

Kesopanan dan Kesusilaan. Rakyat negara ini hendaklah mempunyai akhlak


yang mulia. Dengan akhlak yang mulia akan wujud sifat-sifat positif yang
lain seperti saling menghormati antara satu sama lain, jujur, amanah, taat,
bekerjasama, dan berakomodatif. Pengamalan nilai-nilai positif ini akan
mewujudkan semangat kekitaan (esprit de corps). Natijah daripadanya akan
membawa kepada suasana harmoni dan seterusnya keamanan negara akan
berkekalan (Mahdi Shuid dan Mohd.Fauziyunus, 2OOZ).

122

HUBUNGAN ETNIK, INTEGMSI DAN MEMNGANICABARAN

7.2.2 Dasar-Dasar Pembangunan Negara


Dasar-dasar pembangunan negara secara umumnya dirancang selaras dengan
nilai-nilai sosioekonomi, politik, sumber kekayaan, aspirasi masyarakat serta
persekitaran global. Sifat sesuatu dasar itu lazimnya dinamik dan akan melalui
proses penilaian secara berterusan sehingga dapat berubah-ubah mengikut
perubahan nilai masyarakat dan juga pucuk pimpinan. Dalam merancang dan
merealisasikan sesuatu dasar bagi maksud membangunkan negara, asas yang
selalu menjadi tumpuan ialah mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Matlamat
dasar lazimnya untuk memenuhi sesuatu objektif tertentu seperti pembangunan
dan pengagihan sumber-sumber ekonomi, menyediakan perkhidmatan awam,
memupuk kestabilan politik dan ekonomi, mengawal keselamatan negara serta
memelihara kebaji kan masyarakat.
Dalam konteks hubungan etnik, dasar-dasar pembangunan negara merujuk kepada
usaha kerajaan bersama dukungan rakyat untuk melakukan perubahan dalam
aspek sosial, kebudayaan, politik, dan ekonomi secara yang seimbang dan adil bagi
semua kaum. Perkara ini dapat diperhatikan dengan jelas dalam intipati tiga pelan
pembangunan negara yang utama seperti dalam rajah berikut:

ERA DASAR EKONOMI BARU


(1e71

- 1eeo)

Memperbetul ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara


kaum dan wilayah

Mempertingkat penglibatan kaum Bumiputera dalam bidang perniagaan

dan perusahaan

ERA DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL


(1ee1

- 2000)

Mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang


bersatu padu dan adil

Mewujudkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan perindustrian


Bumiputera

123

i,ODUL HUBUNGAN ETNIK

ERA DASAR WAWASAN NEGARA

(2001

2010)

Mewuiudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan


makmur

Meningkatkan daya tahan dan daya saing ekonomi Malaysia

7.2.9 Dasar Ekonomi Baru


Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 antara lain disebabkan oleh
jurang ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum yang sangat luas. Kajian
daripada banci penduduk tahun 1970 mendapati 49.3 peratus daripada semua
keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis
kemiskinan. Daripada jumlah semua keluarga miskin 86 peratus berada di kawasan
luar bandar dan 14 peratus di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut
kaum pula menunjukkan kaum Melayu paling tinggi iaitu 64.8 peratus, kaum lndia
pula pada kadar 39.2 peratus, manakala kaum Cina pula mencatatkan kadar
kemiskinan paling rendah iaitu 26.0 peratus. Kaum-kaum lain pula mencatatkan
kadar kemiskinan 44.8 peratus.
Kedudukan agihan kekayaan sumber-sumber negara juga menunjukkan jurang
yang tidak seimbang. Pecahan pemilikan Bumiputera perseorangan dan agensi
amanah ialah RM279.6 juta (4.3 peratus), iaitu Bumiputera perseorangan memiliki
RM1,68.7 juta (2.5 peratus), manakala pegangan agensi amanah Bumiputera
sebanyak RM110.9 juta (1.6 peratus). Pegangan kekayaan kaum bukan Bumiputera
pula sebanyak RM2,233.2 juta (32.6 peratus), manakala warga asing memiliki
kekayaan sebanyak RM4,051.3 juta (59.2 peratus).

Statistik di atas memaksa Kerajaan melancarkan satu program pembangunan


bersepadu dan menyeluruh. Program ini dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru
(DEB) dengan sasaran tempoh masa 20 tahun, iaitu bagi tempoh 1971 - 1990.
DEB dilancarkan melalui Rancangan Malaysia Kedua 1971 - 1975.
Matlamat utama DEB ialah mencapai perpaduan negara dengan membetulkan
ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah (termasuk
antara kawasan di wilayah yang sama). DEB dilaksanakan menerusi strategi
serampang dua mata: membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun

124

HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN MENANGANI CABARAN

semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan


pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

7.2.4 Dasar Pembangunan Nasionat


Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah berakhir pada tahun 1990 dan telah berjaya
membangunkan negara pada tahap yang memberangsangkan walaupun berhadapan
dengan pelbagai cabaran dari dalam dan luar negara. Namun demikian, dalam
dimensi tertentu matlamat yang ingin dicapai melalui DEB masih lagijauh daripada

sasarannya. Lantaran itu, masa yang lebih panjang diperlukan untuk


merealisasikannya. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan pada
tahun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) 1991 - 2000
telah digubal berasaskan DPN.
Matlamat DPN adalah untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewlludkan
masyarakat yang bersatu padu dan adil. Sepefti DEB, matlamat akhir DPN adalah
untuk memupuk perpaduan negara. Matlamat ini penting kerana perpaduan
masyarakat merupakan akar tunjang kepada kestabilan sosial dan politik yang
menjadi prasyarat mengekalkan pertumbuhan serta pembangunan negara yang
berterusan. Gagasan DPN merupakan pemangkin negara ke arah menjadikan
Malaysia sebagai negara maju. DPN juga digerakkan di atas landasan yang
kukuh ke arah membentuk pembangunan seimbang yang meliputi aspek keadilan
sosial, nilai, etika dan moral mengikut acuan tempatan. Natijahnya, hingga kini
kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan dan keberkesanan pentadbiran serta
pertumbuhan ekonominya tetap mampan.

Strategi DPN untuk mencapai sasaran di atas masih lagi bersandarkan strategi
yang telah dibina oleh DEB, iaitu serampang dua mata. DPN telah mengambil
kira pencapaian DEB dengan pertimbangan kejayaan yang telah dicapai dan
kegagalan yang dialami semasa pelaksanaannya. DPN telah memperkasakan
pendekatannya dengan memasukkan beberapa dimensi baharu dalam pelan
tindakan, iaitu:

i.
ii.

Penegasan terhadap pembasmian kemiskinan dengan dua tumpuan utama,


iaitu menghapuskan kemiskinan tegar (hardcore poverty) dan mengurangkan
kemiskinan relatif;
Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan

dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah


meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam
kegiatan ekonomi;

125

iii.

Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam

proses

penyusunan

semula masyarakat; dan

iv.

Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk


sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan
pengagihan yang saksama.

Tahap kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia telah turun daripada 16.5
peratus pada tahun 1990 kepada 7.5 peratus pada tahun 1999. Jumlah isi rumah
miskin dilaporkan telah berkurangan sebanyak kira-kira 39 peratus kepada 351,000
pada tahun 1999. Namun demikian, jurang kemiskinan antara kawasan bandar
dengan kawasan luar bandar masih lagi ketara seperti dalam jadual 7.1.
Jadual 7.1: Kadar Kemiskinan

2004

1999

Kadar
Kemiskinan

Malaysia

Bandar

Luar
Bandar

Malaysia

Bandar

Luar
Bandar

8.5

3.3

14.8

5.7

2.5

11.9

409.3

86.1

823.2

311.3

91.6

219.7

(peratus)

Bil. lsi rumah


miskin (ribu)

Sumber: Diadaptasi daripada jadual 16-1 Rancangan Malaysia


Kesembilan 2006 - 2010

Statistik ini menunjukkan bahawa kadar kemiskinan di kawasan luar bandar yang
majoriti penduduknya kaum Melayu masih tinggi. Kadar kemiskinan mengikut
negeri pada tahun 2004 secara bandingan menunjukkan Kelantan (10.6 peratus),
Terengganu (15.4 peratus), Sabah (23 peratus), Kedah (7 peratus) dan Perlis
(6.3 peratus) (Rancangan Malaysia Kesembilan). Negeri-negeri ini merupakan
negeri paling ramai penduduk kaum Melayu dan Bumiputera.
Walau bagaimanapun, statistik inisecara bandingan menunjukkan terdapat kemajuan
ke arah mencapai matlamat dasar yang telah dirangkakan dalam DPN. Senario
ini menjadi satu cabaran kepada negara ke arah mewujudkan sebuah masyarakat
Malaysia yang maju secara menyeluruh selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
126

HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN MENANGANI CABAHAN

7.2.5 Perspektif Wawasan 2O2O


Wawasan 2020 juga merupakan respons kepada perkembangan ekonomi, sosial
dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa. Matlamat
terakhir yang ingin dicapai ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang
benar-benar maju menjelang tahun 2020. Wawasan 2O2O menitikberatkan
pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi. Malaysia
harus menjadi negara maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan
dan kebudayaan. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, kita hendaklah mencapai
kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi,
keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai
sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan terhadap
bangsa sendiri.

Bagi merealisasikan Wawasan 2020 ini sembilan cabaran telah dikenal pasti
untuk dihadapi:
t.

Membentuk negara Malaysia yang bersatu padu serta satu Bangsa Mataysia
yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara;

Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju


dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan
gagah menghadapi pelbagai masalah;
ilt.

Membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokratik yang matang,


yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul, berasaskan

muafakat dan musyawarah, dan dapat dicontohi oleh banyak negara


membangun;

Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya, dengan


para warganegaranya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang
utuh, dan didorong oleh standardetika paling tinggi;
Mewujudkan sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal dan toleran,
dengan setiap rakyat Malaysia bebas mengamarkan adat, kebudayaan dan
kepercayaan agama masing-masing, dan pada masa yang sama meletakkan
kesetiaan mereka pada satu negara;
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang berdaya
cipta dan berpandangan jauh, yakni masyarakat yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik
dan teknologi masa depan;
127

IIODUL HUBUNGAN ETNIK

vii.

Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah


masyarakat yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri;

viii.

Membentuk sebuah masyarakat yang adil ekonominya, yakni masyarakat


yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil lagi saksama;
dan

ix.

Membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu


menghadapi persaingan, bersifat dinamik dan mempunyai daya ketahanan.

Kesemua cabaran yang dinyatakan di atas jelas memperlihatkan bahawa Wawasan


2020 merupakan satu rangka kerja tindakan bagi semua pihak iaitu kerajaan dan
rakyat sebagai satu entiti yang berpadu. Wawasan 2020 yang memandang jauh
ke hadapan amat menekankan pengisian modal insan yang diterjemahkan melalui
program pendidikan, aspek kejiwaan iaitu sikap dan nilai yang unggul, sains dan
teknologi yang terkini dan perancangan yang sistematik dan dinamik.

7.2.6 Dasar Pendidikan Kebangsaan


Dasar Pendidikan Kebangsaan secara jelas mengarah kepada landasan yang
tepat demi mewujudkan masyarakat yang harmonis. Hal ini adalah kerana asas
yang dijadikan landasan dasar dalam orientasi dan falsafah pendidikan negara
menggunakan acuan tempatan, contohnya dari segi bahasa pengantar, sukatan
mata pelajaran dan kurikulumnya. Perkara ini terkandung dalam Penyata Razak
tahun 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. Dasar pendidikan
ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman
Talib. Laporan ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian,
sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji
semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaik pelaksanaannya supaya
matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin
serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara
dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan pada tahun 1979.
Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dinyatakan dalam pendahuluan
kepada Akta Pelajaran 1961, iaitu:
"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam
Ordinan Pelaiaran 1957ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan
yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonorni, dan politiknya..."

128

HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN MENANGANI CABARAN

Matlamat ini dinyatakan secara umum tetapidalam melaksanakannya, Kementerian


Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956dan Laponn Rahman
Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah
berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi. Seterusnya,
matlamat ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan
bidang tugasnya ditetapkan. Keadaan ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar
Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara inidalam
jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
berdisplin dan terlatih.

Kurikulum yang dilaksanakan pada hari ini pada peringkat sekolah rendah dan
sekolah menengah adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
dinyatakan seperti berikut:

"Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu,


untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."

(Kementerian Pendidikan Malaysia,

gg6)

*.$tftara strategi yang telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan ialah:
t.

Menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama;


Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua

jenis sekolah;

Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;


Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
V.

Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan


pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;

vi.

Menyediakan peluang pendidikan asas selama sembiran tahun;

vii.

Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan


mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada
kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau
pedalaman;
129

i,ODUL HUBUNGAN ETNIK

viii.

Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah


(KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada
tahun 1983 yang menjurus kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1988;

ix.

Memperluas pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan semula


kurikulum sekolah vokasional pada tahun 1978;

x.

Mempelbagai dan m6mperbanyak kemudahan pendidikan pada peringkat


universiti;

xi.

Mempertingkat pendidikan kerohanian, moral dan

xii.

Menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa lnggeris sebagai mata pelajaran


yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang seumpama
bagi pembelajaran bahasa- bahasa lain seperti bahasa Mandarin dan bahasa
Tamil; dan

xiii. Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin, seperti


pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri lslam dan
lain-lain (lNTAN, 1 994).
Bagi melahirkan ruang fizikal dan bukan fizikal yang dapat memupuk perpaduan
nasional dari peringkat awalterutama di sekolah-sekolah, kerajaan telah merangka,
memperkenalkan dan melaksanakan secara berperingkat beberapa langkah. Antara

lain, kerajaan telah memperkenalkan sekolah wawasan yang bertujuan untuk


menyediakan satu ruang sosial yang memberikan kesempatan kepada pelajar
daripada pelbagai kumpulan etnik untuk berinteraksi dan seterusnya menjalin
hubungan yang harmonis.
Kerajaan juga telah memperkenalkan Rancangan lntegrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP) iaitu kerjasama antara sekolah pelbagai aliran dalam semua program
pelajar dan guru. Empat objektif utama RIMUP adalah untuk menggalakkan
penyertaan guru dan murid dalam kegiatan bersama; mewujudkan sikap kerjasama
dan tolong menolong; melahirkan persefahaman dan bertolak ansur antara murid
pelbagai kaum di sekolah; dan berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan
kepakaran untuk kegiatan khas. Langkah ini diharapkan mampu meningkatkan
lagi hubungan etnik dalam kalangan pelajar.

Langkah terbaru yang diambil oleh kerajaan ialah menawarkan mata pelajaran
bahasa Tamil dan bahasa Mandarin sebagai mata pelajaran elektif di sekolah
aliran kebangsaan. Penawaran mata pelajaran tersebut diharapkan dapat memberi
peluang kepada para pelajar daripada etnik lain untuk mempelajari bahasa Tamil

HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN MENANGANI CABARAN

dan bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua. Pendedahan kepada kedua-dua


bahasa tersebut diharapkan dapat menjadi pemangkin terhadap proses interaksi
dan integrasi antara kaum. Di samping itu, penguasaan terhadap bahasa Tamil
atau bahasa Mandarin dapat menjadi nilai tambah kepada pencapaian akademik
para pelajar.

Kerajaan juga telah memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan


2001 - 2010 yang bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat yang saksama
melalui peningkatan paras pendapatan dan kualiti hidup untuk golongan
berpendapatan rendah dan mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik
dan kawasan. Empat teras utama pelan tersebut ialah meningkatkan akses kepada
pendidikan; meningkatkan peluang pendidikan yang lebih saksama; meningkatkan
kualiti pendidikan; dan meningkatkan kecemerlangan pengurusan pendidikan. Bagi
tempoh 2001 - 2004, Kerajaan telah membina 234 buah sekolah rendah baharu
bagi meningkatkan enrolmen dalam kalangan pelajar luar bandar. Bilangan sekolah
menengah pula meningkat daripada 1,723 kepada 1,961 dengan 57 peratus terletak
di kawasan luar bandar. Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program
untuk membantu para pelajar dari keluarga miskin termasuk Rancangan Makanan
Tambahan, Program Susu Sekolah, Skim Baucar Tuisyen dan Skim Pinjaman
Buku Teks.

Secara keseluruhan, dalam konteks hubungan antara etnik, Dasar Pendidikan


Kebangsaan dengan acuan tempatan berada di atas landasan yang tepat untuk
membawa generasi masa hadapan sebagai generasi yang bersatupadu. Pendekatan
yang dibawa oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan berbentuk holistik. Dasar ini
selaras dengan dasar semasa ke arah pembinaan insan yang unggul.

Bagaimanakah pula jati diri acuan Malaysia? Perlukah acuan ini diibaratkan sebagai
"salad bowl" dalam meraikan kepelbagaian? Ataupun menjadikan Rukun Negara
sebagai pancasila yang lebih penting daripada agama ataupun bersatu berasaskan
nilai etika yang difikirkan sejagat? Untuk cuba menjawab persoalan tersebut, kita
rujuk kembali kepada ajaran agama-agama tradisional tentang komposisi manusia.
Manusia terdiri daripada empat aspek utama yang jelas, iaitu jasmani, afektif,
kognitif dan rohani. Penyatuan pada peringkat kerohanian adalah mustahil kerana
kesamaan ajaran agama biasanya pada etika dan moral, bukannya pada persoalan
kerohanian seperti syurga dan neraka, masa depan roh, asal-usul roh, hubungan
roh dengan Tuhan, hakikat ketuhanan dan hakikat makhluk ghaib khususnya.
131

MODUL HUBUNGAN ETNIK

Penyatuan hanya boleh pada peringkat kesedaran yang mencetuskan kemahuan


memilih untuk bersatu. Penyatuan pada peringkat kognitif atau pemikiran intelek
lebih wajar kerana kita hanya boleh bersatu jika kita ada ilmu tentang penyatuan,
iaitu kita tahu makna penyatuan, dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan
sesuatu perkara dalam hubungan etnik. Penyatuan pada peringkat afektif, khususnya
emosi, tidak kurang pentingnya kerana hubungan etnik hanya boleh berlaku dengan
baik jika agen hubungan etnik itu suka untuk bersatu, bukan sekadar memilih
untuk bersatu di samping tahu tentang perpaduan.
Hubungan etnik pada peringkat jasmani yang khusus pula adalah mustahil kerana
hanya boleh dilakukan menerusi institusi kekeluargaan. Hubungan etnik fizikal
yang lain daripada itu hanyalah berbentuk kerjasama lizikal dalam sesuatu
organisasi, iaitu jasmani sebagai satu aspek mekanikal dalam sesuatu sistem.
Oleh itu, dari segi fizikal, hubungan etnik yang kelihatan ialah aktiviti yang boleh
dikategorikan sebagai aktiviti penyatuan. Berdasarkan pertimbangan ini, sebarang
acuan yang hendak diketengahkan di negara ini perlu menghasilkan agen hubungan
etnik yang memilih, tahu, suka dan melakukan aktiviti-aktiviti dalam kerangka
hubungan etnik nasional, iaitu yang jiwa dan raganya mempunyai inbrtace dengan
gagasan hubungan etnik nasional. Sebarang pelan strategik yang diutarakan perlu
mengambil kira kesepadanannya dengan keempat-empat aspek utama itu, baik
dari segi pengembangan, pendidikan dan pencegahan.
Persoalan seterusnya berkenaan acuan Malaysia dalam menangani perbezaan
dalam hubungan etnik ialah perlukah kita meraikan perbezaan ataupun mengiktiraf
perbezaan? Meraikan perbezaan tidak harus dikelirukan dengan mengalakkan
perbezaan. Sebuah keluarga tidak boleh bersatu jika tidak ada kesefahaman
tentang perkara-perkara dasar. Kita boleh sahaja berbeza dari segi tizikal, bahkan
sewajarnya berbeza, tetapi tidak sewajarnya berbeza pada pilihan, pengetahuan,
kesukaan dan kerjasama dalam aktiviti hubungan etnik. Meraikan perbezaan
harus di dalam lingkungan manifestasi fizikal, seperti fesyen pakaian, makanan,
permainan dan produk inovasi, tetapi bukannya pada setiap perbezaan itu hendak
diraikan.

Apakah kita hendak meraikan golongan homoseksual atau pakaian terbaharu


yang keterlaluan dan bertentangan dengan anjuran semua agama di negara ini?
Jika kita meraikan semua perbezaan maka tidaklah ada integrasi kerana integrasi
itu membawa maksud inclusivityyang mestilah boleh diterima oleh masyarakat
umum. Jika tidak, penerimaan unsur yang tidak inclusive itu hanya akan mencairkan
hubungan etnik yang sedia ada kerana mengetepikan kemahuan majoriti. Yang
mencairkan hubungan etnik juga adalah daripada akibat terlalu banyak perbezaan
tertentu, kerana yang sejagat itu dikongsi bersama oleh manusia sejagat.
132

HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN MENANGANI CABARAN

Kita perlu juga mengenal pasti jenis perbezaan yang hendak diraikan itu, misalnya
pakaian dan makanan yang pelbagai dan bukannya meraikan fahaman kenegaraan
yang pelbagai ataupun idealisme-idealisme yang menghuru-harakan masyarakat
ataupun ledakan emosi yang tidak tekal demi meraikan kepelbagaian. Kemahuan
majoriti amat penting kerana tanpanya tidak ada kerjasama yang menyeluruh.
Kerjasama ini dilakukan demi kebaikan semua pihak.

Acuan ini sewajarnya menghasilkan tindakan yang baik dan betul. Kerjasama ini
semestinya berpadanan dengan kontrak sosial kerana menjadi sesuatu yang
dipersetujuidan didokumenkan. Adunan hubungan etnik inisewajarnya mengandungi
unsur-unsur penyatuan yang mencetuskan dan memudahkan kerjasama dalam
sesuatu sistem masyarakat. Unsur-unsur ini boleh diamalkan dalam pelbagai
bentuk misalnya kelab sukarela, badan amal dan persatuan ibu-bapa dan guru
dengan menjadikan hubungan etnik dan integrasi sebagai acara tahunan.
Perbincangan tentang hubungan etnik pada peringkat negara perlu mengambil
kira unsur-unsur yang mewujudkan sebuah negara. Selain adanya Perlembagaan
sebagai kontrak sosial yang menjadi panduan semua rakyat dan menjadi 'lembaga'
kepada negara, negara terjadi dengan adanya hubungan yang baik antara pelbagai
masyarakat. Sebagai contoh, bagaimanakah kita hendak memastikan adanya
hubungan masyarakat yang baik antara masyarakat di Kota Kinabalu ataupun
Kuching dengan Kuala Lumpur ataupun Pulau Pinang yang boleh mengukuhkan
sebuah negara? Masyarakat pula terbentuk apabila ada hubungan kejiranan yang
baik antara beberapa keluarga.
Dalam konteks ini projek Rukun Tetangga, adalah bertujuan bukan hanya mengerat
hubungan kejiranan tetapi yang lebih penting untuk mewujudkan lntegrasi Nasional.
Pada peringkat yang lebih asas pula, Tabika Perpaduan akan dapat mengikis
lebih awal lagi prasangka perkauman yang diwarisi daripada keluarga. Keluarga
terbentuk apabila ada hubungan yang baik antara beberapa individu. lndividuindividu itulah seharusnya menjadi agen hubungan etnik untuk memastikan adanya
hubungan etnik pada peringkat masyarakat dan seterusnya negara. Maka, agen
hubungan etnik mempunyai tahap-tahap fungsi hubungan etnik yang pelbagai, iaitu
sebagai agen hubungan etnik peringkat diri sendiri, keluarga, jiran, masyarakat dan
negara.

Menerusi merekalah budaya hubungan etnik yang mencetuskan perpaduan boleh


dibentuk, budaya yang berpaksikan kepada wawasan yang dikongsi bersama,
disokong oleh media massa dan dasar kesederhanaan yang membawa kepada
keseimbangan. Keseimbangan ini perlu kerana sebarang aspek budaya, jika
133

ITIODUL HUBUNGAN ETNIK

diekstremkan tanpa berpandukan kontrak sosial sedikit sebanyak boleh


mengakibatkan keretakan integrasi nasional. Ketidakseimbangan ini termasuklah
semangat perkauman yang mengatasi semangat kebangsaan, semangat kenegerian
yang mengatasi semangat ke-Malaysiaan dan semangat keakuan mengatasi
semangat kekitaan.

Dengan mengambil kira faktor-faktor di atas, bolehlah diketengahkan bahawa


adunan hubungan etnik menurut acuan Malaysia seharusnya mengandungisekurangkurangnya tujuh unsur iaitu;

7.3.1 Keazaman Politik


Pemimpin ada niat untuk menginstitusikan hubungan etnik. Bertolak daripada niat
ini maka tercetus kemahuan dan kesukaan serta aktiviti yang disengajakan dalam
bentuk pelan tindakan yang berkesan, berlaku sebagai akibat adanya niat itu.
Niat ini dicetuskan oleh kesedaran tentang peri pentingnya hubungan etnik yang
harmonis.

7.3.2 Khalayak Kritikal


Adanya satu badan induk yang menjadi faktor pemangkin kepada semua program
hubungan etnik dan integrasi, yang melibatkan seramai mungkin rakyat, yang
merupakan khalayak kritikal. Dalam konteks ini, Jabatan Perpaduan Negara
dan lntegrasi Nasional (JPNIN) dipertanggungjawabkan menangani masalah integrasi
dan diperkukuh lagi menerusi lnstitut Kajian dan Latihan lntegrasi Nasional (lKLlN)
yang dalam proses mengeluarkan agen-agen integrasi nasional.

7;,3.3 Kekukuhan Ekonomi


Hubungan etnik, integrasi dan perpaduan hanya boleh terhasiljika ada keperluan
asas untuk suruival manusia dipenuhi, iaitu makanan untuk meneruskan kehidupan.
Manusia sanggup membunuh untuk mengelak daripada mati dan manusia mahu
lebih daripada tidak mati. Hal ini menyebabkan faktor ekonomi memainkan peranan
penting dalam menentukan kejayaan dan keberkesanan hubungan etnik yang
wujud di Malaysia. Pengajarannya telah terpahat daripada peristiwa 13 Mei 1969.

7.3.4 Agama lslam


Memandangkan majoriti penduduk Malaysia adalah beragama lslam, adalah wajar
supaya asas hubungan etnik dan integrasi nasional itu serasi dengan majoriti
penduduk dan juga boleh diterima oleh kebanyakan penduduk lain. Cabarannya
134

HUBUNGAN ETNIK, INTEGMSI DAN MENANGANICABAMN

di sini adalah untuk mengetengahkan ketamadunan lslam supaya boleh dikongsi


bersama oleh semua rakyat negara ini. Bahkan daripada perspektif lslam pula,
Allah SWT menjadikan pelbagaijenis manusia supaya boleh kenal-mengenaldan
berbuat baik antara satu sama lain. Dialog antara agama yang intensif boleh
dibuat dalam kerangka ini.

7.3.5 Wawasan yang Dikongsi


Wawasan yang dikongsi bersama kerana yang hendak diintegrasikan itu semestinya
mempunyai visi yang sama tentang hala tuju dan hasil integrasi. Dalam konteks
ini, Wawasan202O adalah amat relevan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
yang bersatu padu dan benar-benar maju daripada pelbagai aspek.

7.3.6 Penggunaan Sains dan Teknologi


Amerika Syarikat ialah negara yang besar namun semangat keAmerikaan rakyatnya
begitu tinggi sekali kerana adanya integrasiyang berkesan menerusi penggunaaan
sains dan teknologi yang intensif khususnya dalam bidang teknologi, maklumat
dan komunikasi (lCT) di samping pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan
(R&D) yang sangat tinggi berbanding negara-negara lain di muka bumi ini. Jarak
1600 km di antara Putrajaya dengan Kota Kinabalu dan 1120 km di antara Putrajaya
dengan Kuching masih kecil berbanding dengan kedudukan kebanyakan bandar
besar di Amerika Syarikat.

Penggunaan MyKad untuk mengatasi masalah imigresen menunjukkan dengan


jelas betapa teknologi dapat menangani masalah hubungan etnik dan integrasi
nasional dengan berkesan tanpa melibatkan aspek perundangan yang menjadi
halangan. Antara penggunaan yang boleh difikirkan dan diketengahkan adalah
dengan meningkatkan interaksi virtualdengan penggunaan teknologitanpa wayar
3G, penerbangan yang lebih murah dan perkongsian laman web.

7.3,7 Menerima Perbezdan antara Agama


Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini, kepelbagaian agama perlu
diterima dan diakui. Perbezaan inilah yang perlu dihormati dan kerana perbezaan
inijugalah perlunya sikap dan amalan bertolak ansur. Walaupun setiap agama itu
berbeza, namun terdapat banyak persamaan dalam persoalan yang menyentuh
mengenai etika dan moral seperti tidak melakukan rasuah, menepati.masa,
berintegriti dan sebagainya.

135

MODUL HUBUNGAN ETNIK

Untuk kita lebih memahami isu yang berkaitan dengan persoalan jati diri di atas dan
hubungannya dengan cabaran terhadap perkembangan hubungan etnik, kita akan
meneliti dengan lebih lanjut sejarah awal hubungan etnik di Malaysia.

Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk, tentulah tidak boleh lari daripada
menghadapi cabaran hubungan etnik. Cabaran ini boleh dibahagikan berasaskan
tiga faktor penting, iaitu:

i.
ii.
iii.

Cabaran sosial, ekonomi dan politik kepentingan antara etnik;

Cabaran nilai antara etnik; dan


Cabaran globalisasi.

7.4.1 Cabaran Kepentingan antara Etnik dari Aspek Sosial

i.

Pemisahan Fizikal
Pemisahan fizikal yang berlaku dalam masyarakat negara ini wujud akibat
daripada kesan dasar "pecah dan perintah" yang diamalkan oleh British.
Keadaan ini menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau
berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih kerap, khususnya mereka yang
tinggal dalam wilayah yang berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal
yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terlalu luas
mengakibatkan kesukaran untuk berinteraksi. Hal yang sama juga berlaku
antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang terpisah
oleh Laut China Selatan. Pemisahan penempatan atau fizikal ini bukan sahaja
merenggangkan perhubungan dan interaksi dalam kalangan anggota setiap
etnik tetapi memperkuat lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme. Keadaan
ini seterusnya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan
kejahilan dalam kalangan ahli sesuatu golongan etnik terhadap golongan
etnik yang lain.

ii.

Sistem Pendidikan yang Berasingan


Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan tersendiri. Pelajar Melayu
belajar di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa Melayu. Orang lndia pula
belajar di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi pelajar
Cina, mereka belajar di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Mandarin.
Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan
136

l,,r..ri,rililtillittllti,tlw,',:u,,,";.,i.,.r:i,rEr.i,,.,.

.,.,.r,.,1,,"r. ,,.,,,.,,,.,,.",

..

HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN MENANGANI cABAIi/qN

perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan untuk memupuk


integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Keadaan ini menyebab't<an
interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama.
Namun, dari segi kurikulumnya adalah sama bagi semua jenis sekolah. Justeru,
program RIMUP boleh digunakan bagi mengeratkan lagi interaksidan perpaduan
antara etnik seawal usia pelajar.
il1.

Polarisasi dalam Kalangan pelajar


Bidang pendidikan merupakan mekanisme penting dalam pembentukan insan
yang beretika, bermoral, berakomodatif, berbudaya ikram, penyayang dan
sebagainya. walaupun integrasi kaum pada peringkat prasekolah khusJsnya
Tadika Perpaduan adalah baik, tetapi keterasingan pada peringkat sekolah
rendah dan kerenggangan pada peringkat sekolah menengah serta institusi
pengajian tinggi awam (tPTA)iinstitut pengajian tinggi swasta (lprs)
masih
wujud. situasi ini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia.

tv.

Kontrak Sosial
Kontrak sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan
dalam merangka perlembagaan. Namun, isu ini sering kalitimbul dan ditimbulkan
oleh pihak tertentu yang boleh membawa kepada kerenggangan hubungan
etnik di Malaysia. Antara isu yang kerap kali dibangkitkan ialah kedudu[an
istimewa orang Melayu, kedudukan agama lslam, bahasa Melayu, dan isu
kemasukkan pelajar ke lprA dan pelbagai lagi (pelan Tindakan irerpaduan
dan lntegrasi Nasional 2005 - 2010).

7.4.2 cabaran Kepentingan antara Etnik dari Aspek Ekonomi

i.

Penguasaan Ekonomi

Dalam sektor ekonomi, terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan
ekonomi. Kebanyakan orang Merayu menguasai sektor
fertanian yang
memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Orang
Cina umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan
perdagangan dan berteknologi moden. Dampaknya, wujud jurang pendapatan
yang ketara dan ketidakseimbangan pendapatan turut berlaku. Tiap-tiap
golongan etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan
lebih besar
daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomiyang wuJuo. perbezaan
dan penguasaan ekonomi oleh sesuatu golongan etnik din wujudnya jurang
pendapatan antara etnik merupakan cabaran yang sering ,erb"*a
t<epaoa
ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk.
137

MODUL HUBUNGAN ETNIK

Hal ini telah dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kedua, iaitu perpaduan
negara tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang
lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui
penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian
manfaat daripada pemodenan dan pertumbuhan ekonomi. Perpaduan negara
tidak boleh dipupuk andainya sebahagian besar penduduk kekal miskin dan
jika peluang pekerjaan produktif yang mencukupi tidak diwujudkan untuk
tenaga buruh yang kian meningkat.

ii.

Perbezaan Pekerjaan Berdasarkan Sektor Ekonomi


Penguasaan ekonomi membawa kepada pengenalan pekerjaan mengikut etnik

atau mewujudkan perbezaan dari segi pekerjaan. Setiap golongan etnik


dikelaskan mengikut sektor ekonomi tertentu seperti pertanian, perniagaan,
perindustrian dan pentadbiran awam. Hal ini lebih ketara semasa penjajahan
British apabila orang Melayu kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian,
nelayan dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Kebanyakan orang Cina
terlibat dalam sektor perniagaan dan perlombongan. Sebilangan besar orang
lndia pula merupakan buruh di estet. Walaupun perbezaan ini mula berkurangan,
namun masih terdapat perbezaan mengikut sektor ekonomi berdasarkan
kumpulan etnik. Perbezaan pekerjaan ini menghalang interaksi antara kaum
yang luas. Perkara ini akan memperkukuh lagi semangat perkauman.

7.4.3 Cabaran Kepentingan Antara Etnik dari Aspek Politik


Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan
semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etniktertentu dibuattanpa mengambil
kira kepentingan semua pihak. Tambahan pula, jika isu perkauman sepefti bahasa,

kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi diperalat oleh sesuatu


pihak untuk mendapat sokongan rakyat, maka tindakan ini tidak akan menyumbang
ke arah masyarakat yang bersatu padu.

7.4.4 Cabaran Nilai antara Etnik


Perbezaan darisegiagama, bahasa dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat
majmuk. Masing-masing kaum Melayu, cina dan lndia mempunyai agama, bahasa
dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap

kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Hal ini
menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang
138

HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN MEMNGANI CAMFAI{

sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan natijah akhimya akan
mewujudkan polarisasi antara etnik. Cabaran dari segi kepentingan nilai iniakan
mewujudkan masalah yang lebih besar sekiranya fahaman etnosentrisme itu
dijadikan pegangan dalam masyarakat.

7.4.5 Cabaran Globalisasi


Proses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi
dan politik barat sejagat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat
Malaysia. Semenjak orang Barat memulakan era penjajahan mereka di Timur
pada abad ke-15, mereka tidak berhenti untuk mendominasi masyarakat lain.
Melalui penjajahan, mereka membawa pemikiran bahawa tamadun mereka lebih
tinggi dan mengetengahkan bahawa bangsa lain kurang bertamadun.

Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dalam rangka nilai dan kebebasan
manusia yang dipegang pada masa kini, maka mereka memperjuangkan pula
hak asasi manusia. Barat membawa masuk pengaruh dari segi ideologi, budaya
hedonisme dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologiyang memusnahkan
dan sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua manusia. Melalui globalisasi
juga mereka mengeksport segala macam keburukan yang merosakkan negara dan
alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksploitasian sumber manusia dan bahan
mentah.

Malaysia tidak terkeluar daripada pengaruh ini kerana arus pembaratan dan
globalisasi terlalu mendesak. Maka tidak dapat tidak, globalisasi ialah faktor
perubah budaya yang amat kuat dan pantas. Jika diperhatikan secara mendalam,
secara tidak langsung, gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhur dan pemikiran

Barat diterima secara halus ke dalam masyarakat. Globalisasi dalam bentuk


yang terselindung dan tersirat adalah lanjutan daripada proses penjajahan budaya
pada abad ke-19 dan berupaya melemahkan tradisi sendiri serta menjadi penghalang

kepada pembinaan jati diri dan tamadun Malaysia.


Ketiga-tiga cabaran di atas sekiranya tidak dibendung dan dikawal, akan menjurus
kepada pembentukan semangat perkauman yang mendalam, menimbulkan
prasangka dan mengukuhkan lagifahaman etnosentrisme. Keadaan ini seterusnya
akan memberi kesan kepada hubungan etnik, integrasi, perpaduan, mudah terjadinya
konflik dan lebih parah lagi mengundang rusuhan kaum. Situasi ini ditambah lagi
dengan beberapa persepsi yang kurang tepat tetapi menjadi pegangan dan terus
dipercayai oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia (Sanusi Osman, 1987).

139

MODUL HUBUNGAN ETNIK

Rentetan sejarah Malaysia membuktikan bentuk hubungan etnik di Malaysia


mengalami turun-naik seperti Rajah 7.1. Rajah 7.1 menunjukkan bentuk hubungan
kaum di Malaysia sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah pengenalan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sentiasa mengalamiturun naik mengikut kategori
baik, sederhana dan dingin.

Sederhana

PendudukanJepun Era Kemerdekaan 13 Mei 1969

Sumber: Diubahsuai daripada Nazaruddin Hj. Mohd. Jali et aI.,2001,


Kenegaraan dan kewarganegaraan, Petaling Jaya: Prentice Hall.

Rajah 7.1: Bentuk Hubungan Etnik di Malaysia sejak Zaman


Kesultanan Melayu Melaka sehingga DEB.
Tragedi 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam negara yang menunjukkan bahawa
pelaksanaan dasar pada masa lampau tidak mencukupi dan kurang berkesan
dalam menghadapi tekanan masalah perkauman yang kian meruncing. Peristiwa
13 Mei terjadi kerana perjalanan kempen pilihan raya yang dipenuhi dengan isuisu perkauman dan sensitif seperti bahasa, agama dan kedudukan istimewa orang
Melayu. Hal ini ditegaskan oleh Tun Tan Siew Sin, iaitu pilihan raya telah
membuktikan bahawacara paling mudah untuk memancing undi adalah dengan
mengapi-apikan isu perkauman (Sfraits Times,l Ogos 1969.)

Keadaan ini juga disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam ekonomi. Orang


Melayu semakin bimbang dan tidak selamat disebabkan oleh jurang perbezaan
yang wujud antara mereka dengan orang bukan Melayu, terutamanya dalam
bidang pendidikan dan ekonomi. Pada penghujung Julai 1969, majalah Far Eastern
Economic Review mencatatkan pandangan Tun Abdul Razak bahawa punca yang
140

HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN MENANGANI CABARAN

menyebabkan rusuhan bulan Mei ialah kemarahan orang Melayu terhadap


ketidakadilan ekonomi. Hal ini menunjukkan cita-cita orang Melayu untuk
memperbaiki status ekonomi mereka supaya setanding dengan ekonomi bukan
Melayu tidak menjadi kenyataan seperti yang dijangkakan.
Meskipun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, namun keganasan
etnik dalam apa bentuk sekalipun, tidak seharusnya terjadi dan wajib dihindari.
Setiap rakyat Malaysia harus memainkan peranan masing-masing dalam
memastikan konflik perkauman tidak berlaku lagi serta menyumbang ke arah
menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

Hubungan etnik, perpaduan dan integrasi nasional merupakan perkara yang sangat
penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik, perpaduan

dan integrasi ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling
bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang
telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Usaha-usaha yang diambil bagi
mengukuhkan lagi hubungan etnik, perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh
setiap lapisan masyarakat. Usaha-usaha yang telah diambil sama ada dari segi
ekonomi, politik dan sosial ternyata berhasil membawa masyarakat kepada
pemupukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi. Usaha-usaha ini pula
diasaskan kepada penghayatan lslam, perkongsian kuasa, semangat akomodatif
yang tinggi, rela berkorban dan persefahaman yang utuh dalam kalangan masyarakat

Malaysia. Jika ini dihayati dan diinsafi, maka Malaysia boleh merealisasikan
Wawasan 2020 seperti yang dirancangkan.

1. Terangkan kepentingan

perpaduan dan integrasi sebagai prasyarat utama untuk


kestabilan politik dan kesejahteraan sosial di Malaysia.

2.

Jelaskan dasar-dasar dan pelan tindakan Kerajaan untuk memupuk perpaduan


dan integrasi di Malaysia.

3. Jelaskan faktor-faktor pembinaan dan acuan jati diri rakyat Malaysia.

4. Huraikan cabaran-cabaran

utama dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia.


141

AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Selepas mempelajari bab ini, pelajar harus dapat:

1.

Menghuraikan pendekatan lslam Hadhari dalam konteks hubungan etnik.

2. Menjelaskan pendekatan

lslam Hadhari dalam menyatupadukan masyarakat


berbilang kaum seiring dengan nilai-nilai sejagat yang diamalkan oleh agamaagama lain di Malaysia.

3. Menerangkan bahawa terdapatnya perbezaan agama

di Malaysia yang perlu


pada
yang
dihormati dan
masa
sama terdapatnya nilai-nilai sejagat yang boleh
dikongsi bersama.

Satu aspek penting yang menjadi penanda jati diri masyarakat Malaysia ialah
agama. Kepelbagaian agama dalam kalangan pelbagai penduduk Malaysia
merencamkan lagi pola perbezaan jati diri yang sedia ada seperti bahasa, warna
kulit, adat resam dan lain-lain lagi. Hakikat bahawa agama merupakan penanda
jati diri yang kuat telah diakui oleh para pemimpin kita sejak awal lagi. Misalnya,
prinsip Rukun Negara yang pertama telah menegaskan bahawa "Kepercayaan
Kepada Tuhan" ialah sebahagian daripada cara hidup rakyat Malaysia tanpa
mengira latar belakang agamanya.
Memandangkan agama mampu menjadi isu yang membara jika tidak ditetapkan
sempadan yang jelas, terutamanya dalam masyarakat kita yang pelbagai, para
penggubal Perlembagaan Malaysia telah mengutarakan dengan jelas perihal
mengamal agama masing-masing. Perkara 3 Ceraian (1) telah menegaskan agama
lslam sebagai agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan

dengan aman dan damai di negara ini. Perlembangan Malaysia juga


memperuntukkan bahawa setiap agama lain berhak menubuh dan menyelenggara

badan-badan keagamaannya untuk menyebarkan agamanya kepada ahli-ahli

MODUL HUBUNGAN ET]iIK

masyarakatnya dengan syarat tidak disebarkan dalam kalangan orang lslam atau
berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan
awam atau akhlak ahli-ahli masyarakat. lnilah sebabnya kita dapati pertubuhanpertubuhan agama subur berkembang di Malaysia dan menjadikan negara kita
lebih berwarna-warni. Lebih daripada itu, masyarakat yang menjunjung agama
ialah masyarakat yang diharapkan mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi.

Agama lslam memberi penekanan penting kepada keamanan, baik dengan diri
sendiri, dengan umat sendiri mahupun sesama umat manusia. lnilah sebabnya
tiada paksaan dalam menganut agama lslam. Hal ini terpancar dalam ayat suci
al-Quran, misalnya surah al-Baqarah ayat 256, "Tidak ada paksaan dalam menganut
agama, sesungguhnya telah jelas petunjuk itu daripada kesesatan ". Malah agama
lslam menerima pluralisme umat manusia dengan positif dalam ayat yang bermaksud:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu


dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu pelbagai
bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di
sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan
yang lebih keturunan dan bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan
kamu)."

(Surah al-Hujurat 49:1 3)

Nilai-nilai murni yang bersifat universal bermanfaat kepada masyarakat tanpa


mengira latar belakang agama. lnilah antara hasil terbaik yang dapat dikongsi
bersama dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Bertolak daripada
pandangan inilah Kerajaan pernah berusaha menerapkan nilai-nilai murni sejagat
dalam pentadbiran negara, khususnya melalui Dasar Penerapan Nilai-nilai lslam.
Nilai-nilai universal seperti inijuga dapat ditemui dalam agama-agama lain yang
diamalkan di Malaysia. Misalnya, sifat mencintai keamanan dan setia kawan sesama
manusia tanpa sebarang perbezaan ialah tema yang utama dalam kebanyakan
agama utama dunia. Nabi lsa misalnya mengutarakan konsep ini dengan mudah
sebagai "Love thy neighbor as thyself " dan ini mampu menghindari kepincangan
hubungan sesama manusia sekiranya dihayati sepenuhnya. Lebih daripada 589
tahun sebelum Nabi lsa, Gautama Buddha mengutarakan tema yang sama dengan
144

AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

menekankan belas kasihan kepada semua makhluk dan kehidupan di dunia.


Kitab veda agama Hindu yang tertua, iaitu Rig veda mengungkapkannya sebagai
Loka Samastha Sukino Bhavantu yang bermaksud "semoga semua mahkluk di
dunia hidup bergembira dan bebas" dan ayat ini diucapkan oleh berjuta penganut
Hindu setiap hari ketika mereka beribadat. Ajaran Konfusianisme juga menekankan
tema yang sama untuk memastikan warga Cina ketika itu dapat hidup secara
harmonis. Agama-agama lain dunia seperti Jainisme, Sikhisme, Bahai, Taoisme
dan lain-lain juga sarat dengan tema persaudaraan sejagat umat manusia dan
kepentingan untuk hidup secara aman damai.
Petikan-petikan yang dinyatakan di atas menunjukkan betapa universalnya
penghargaan agama-agama utama dunia terhadap keamanan. Malah keuniversalan
ini bukannya satu kebetulan kerana istilah "lslam" darisegietimologinya bermaksud
"keamanan". Para penganut agama yang menghayati agama mereka akan menjadi

insan yang mencintai keamanan. Malah selain keamanan, nilai-nilai universal


yang lain seperti bantu-membantu antara satu sama lain, sikap bermaaf-maafan,
membanteras kemiskinan, menghormati ilmu pengetahuan dan mencintai keadilan
sosial adalah sebahagian daripada nilai sejagat yang dikongsi bersama oleh
agama-agama utama di Malaysia. Keadaan initelah menjadi satu kekuatan dalam
pemahaman masyarakat kita untuk menghargai keamanan dan nilai-nilai universal
yang lain.
Bertolak daripada hakikat di atas, eloklah diamati beberapa agama utama yang
diamalkan di negara kita berdasarkan faktor demografi. Agama-agama utama
yang mampu dibincangkan dalam konteks ini ialah agama lslam, Buddha, Hindu
dan Kristian, yang masing-masing telah lama bertapak dalam Alam Melayu. Apa
yang lebih menarik, agama-agama initelah wujud secara aman damai dan tiadanya
sejarah yang merujuk kepada peperangan antara agama seperti yang berlaku di
tempat lain. Yang ketara hanyalah penentangan terhadap golongan penjajah Barat
sejak abad ke-16lagi. Apakah rahsia bagi semua agama ini berdamping dan
wujud secara aman dan damai? Kuncinya terletak pada ajaran agama-agama ini
sendiri dan sifat mencintai keamanan dalam kalangan pelbagai bangsa yang
mgnetap di Alam Melayu. Seterusnya perbincangan akan menjurus kepada inti
pati beberapa agama utama yang diamalkan di negara kita untuk sama-sama
kita memahaminya.

145

MODUL HUBUNGAN ETNIK

8.2.1 Agama lslam

lslam ialah sebuah agama yang diturunkan di Mekah dan ia tersebar ke seluruh
dunia termasuklah di Alam Melayu. Terdapat pelbagai pendapat dalam kalangan
sariana mengenai kedatangan lslam ke Alam Melayu, amnya, dan Malaysia
khususnya. Pendapat yang disepakati mengenai kedatangan lslam ke Alam
Melayu sehingga kini ialah lslam mula bertapak di Pasai-Perlak, sekarang terletak
di Sumatera, pada abad kesembilan masehi. Manakala kedatangan lslam ke
Malaysia pula bermula pada awal kurun keempat belas masehi iaitu pada tahun
130g masehi di negeriTerengganu Darul lman. Pendapat ini berdasarkan kepada
jumpaan batu bersurat Terengganu yang mencatatkan tarikh tersebut.
Terdapat juga di kalangan para sarjana yang mengatakan lslam paling awal
bertapak di Malaysia ialah di negeri Kedah atau Pahang. Namun, pandangan ini
masih memerlukan kajian lanjut untuk mencari fakta-fakta yang lebih kukuh bagi
menyokong pandangan tersebut. Ertinya, lslam sudah bertapak sangat lama di
Alam Melayu ini dan semenjak itu sentiasa menjadi agama anutan majoriti penduduk
Alam Melayu dan Malaysia. Maka, tidak hairanlah bermula tahun 1957 Malaysia
telah meletakkan agama lslam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya, semenjak tahun 1963 dikenali
sebagai Perlembagaan Malaysia. Selanjutnya, bahagian ini akan membincangkan
makna lslam secara ringkas.

Perkataan lslam berasal daripada perkataan Arab "salima" yang bermaksud


antaranya ialah keamanan, ketulenan, penyerahan dan ketaatan. Dari segi
keagamaan, perkataan lslam bermaksud penyerahan kepada Kehendak Tuhan
dan ketaatan kepada Undang-undangNya. Agama lslam ialah sebuah agama
yang berpegang kepada kepercayaan hanya kepada satu Tuhan sahaja yang
dikenali dengan nama Allah yang bersifat dengan sifat Maha Esa. Dari segi
bidang kajian Falsafah Agama prinsip seperti ini dikenali sebagai kepercayaan
monotheisme yang bererti kepercayaan hanya kepada satu Tuhan sahaja. Hubungan
antara makna asal, iaitu dari segi bahasa, dan makna keagamaan sangat kuat
dan jelas. Hanya melalui penyerahan kepada Kehendak Tuhan dan kepatuhan
kepada Undang-undangNya sahaja seseorang akan mencapai kedamaian yang
sebenar dan ketenangan berpanjangan yang tulen.

lslam telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad untuk seterusnya
disebarkan kepada seluruh manusia di alam ini. Kesemua ajaran dan arahan
yang berbentuk konseptual dan praktikal mengenai lslam yang diturunkan oleh
Allah kepada Nabi Muhammad telah dikumpulkan dan dibukukan yang kemudiannya
146

AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

dinamakan sebagai al-Quran. lsi kandungan al-Quran merupakan seratus peratus

kata-kata Allah dalam bentuk ajaran dan arahan. Tidak ada satu pun perkara
yang ditokok-tambah oleh Nabi Muhammad atau sesiapa juga di dunia ini kerana
ianya tidak dibenarkan oleh Allah. Keadaan ini akan kekal berterusan begitu
sehingga hari kiamat kerana apa-apa juga usaha untuk mengubah al-euran sama
ada dalam bentuk penambahan ataupun pengurangan pasti akan gagal kerana
Allah telah berjanji bahawa al-Quran akan terus dipelihara ketutinannya oleh
Allah sendiri.
Berdasarkan perbincangan dalam perenggan di atas maka jelas bahawa agama
lslam bukanlah agama ciptaan Nabi Muhammad atau manusia. lanya agama
wahyu yang diturunkan oleh Allah. Oleh itu, suatu kesilapan besar jika seseorang
itu menggelarkan lslam sebagai "Muhammadanisme,,atau ,,Muhammadan,,sebagai
mana yang sering wujud dalam penulisan-penulisan di Barat. Penggunaan istilahistilah "Muhammadanisme" atau "Muhammadan" menggambarkan lslam itu agama
ciptaan Nabi Muhammad. lni merupakan pandangan yang sangat salah kerana
lslam merupakan agama ciptaan Allah bukannya Nabi Muhammad. lslam juga
bukan merupakan salah satu daripada isme-isme yang ada kerana isme merupakan
aliran kepercayaan dan ketidakpercayaan yang dicipta oleh manusia.

Nabi Muhammad hanyalah seorang manusia yang tidak kekal di dunia ini

sebagaimana manusia-manusia lain juga. Cuma, beliau telah dipillih oleh Allah
sebagaimana manusia yang sangat istimewa untuk menyampaikan lslam sebagai
agama kepada seluruh manusia di dunia ini. Beliau merupakan manusia paling
sempurna yang pernah hidup di dunia ini sepanjang zaman dan, oleh itu, paling
layak menjadi contoh kepada sesiapa sahaja.

lslam adalah agama yang diturunkan oleh Allah SWT untuk umat manusia
seluruhnya. Tarikh permulaan penciptaan lslam telah bermula semenjak zaman
nabiAdam lagi. lslam telah wujud sebagaimana yang kita kenali sekarang semenjak
dari permulaannya dan akan terus kekal demikian sehingga akhir mas".
Daripada perbincangan di atas kita boleh memahami bahawa al-euran merupakan
sumber rujukan yang paling utama dan penting untuk memahami ajaran dan
arahan yang terdapat dalam agama lslam. Oleh kerana Nabi Muhammad merupakan
insan teristimewa dan paling rapat dengan Allah maka Nabi Muhammad merupakan
manusia yang paling memahami dan mengerti segata kandungan ajaran dan arahan
yang terdapat dalam al-Quran. Maka baginda ialah manusia yang paling layak
untuk menterjemah dan mentafsir al-Quran serta menyampaikan lslam kepada
seluruh manusia. Oleh itu, segala aktivitiyang Nabi Muhammad lakukan berkaitan

',

,0,

MODUL HUBUNGAN ETNIK

dengan pengajaran dan penyebaran ajaran dan arahan lslam telah dikumpulkan
dan dibukukan yang kemudiannya dinamakan sebagai Hadis. Oleh yang demikan,
al-Quran dan Hadis merupakan dua sumber utama dalam lslam. Sesiapa sahaia
yang ingin mengetahui, mempelajari dan memahami lslam mesti merujuk kepada
dua sumber utama ini.

Orang-orang lslam wajib beriman dan percaya kepada ajaran dan perintah
sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis. Keimanan dan kepercayaan
tersebut kemudiannya dimanifestasikan pula melalui amalan-amalan yang
diperaktikkan dalam kehidupan harian sepertisembahyang, puasa, zakal, hajidan
sebagainya. Selain daripada kewajipan beriman dengan al-Quran dan Hadis, orangorang lslam juga wajib beriman dengan dua jenis rukun dalam lslam iaitu Rukan lman
dan Rukun lslam. Jika salah satu daripada perkara-perkara yang terdapat dalam
Rukun Iman dan Rukun lslam tersebut diragui oleh sesiapa sahaja di kalangan orangorang lslam maka seseorang bukan lagimerupakan seorang lslam.
Kedua-dua jenis rukun ini ialah kesimpulan daripada seluruh ajaran dan perintah yang
terdapat dalam al-Quran dan Hadis. Terdapat enam perkara yang wajib diimani dalam
Rukun lman. Keenam-enam perkara ini mewakiliaspek-aspek konseptualyang yang
menjadi asas kepada ajaran lslam. Enam perkara dalam Rukun lman ialah:
t.

ii.
iii.

iv.

vi.

Beriman
Beriman
Beriman
Beriman
Beriman
Beriman

kepada Allah
kepada Rasul
kepada kitab-kitab Allah
kepada Malaikat
kepada Hari Kiamat
kepada Qada'dan Qadar

Manakala lima perkara yang terkandung dalam Rukun lslam pula ialah sebagaimana
berikut:

ii.

Mengucap dua kalimah syahadah yang bermaksud: "aku naik saksi bahawa
tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah" dan "aku naik saksi
bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
Menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam

iii.

Menunaikanzakal

iv.

Menunaikan puasa dibulan Ramadhan


Menunaikan haji kepada yang mampu dari segi kewangan
dan kesihatan

V.

148

AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Selain dua sumber utama yang menjaditunggak ajaran agama lslam sebagaimana
yang telah dijelaskan diatas iaitu al-Quran dan Hadis, terdapatdua lagisumberutiama
yang turut menjadi rujukan untuk memahami agama lslam. Dua sumbertersebut
ialah pendapat yang telah disepakati oleh majoriti ulama yang dikenalisebagai ljmak
Ulamak dan Qiyas. Secara harfiah Qiyas bermaksud membandingkan sesuatu.
Secara konseptual pula Qiyas bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh oleh
ulama untuk menghasilkan hukum-hukum baru bagi konteks ruang

8.2.2 Agama Buddha


Buddha dalam bahasa Sanskrit bermaksud'Yang bebas daripada kejahilan" (Entightend
one). lnilah gelaran kepada pengasas agama Buddha, Siddharta Gautama Buddha
yang lahir di Nepal pada kira-kira tahun 563 Sebelum Masihi (SM). Agama Buddha
telah berkembang dan memainkan peranan utama dalam kehidupan rohaniah penduduk
di Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara, negara China, Korea dan Jepun. Agama
Buddha adalah antara agama yang terawal bertapak di Alam Melayu dan masih
terus diamalkan. Di Malaysia, misalnya, agama Buddha merupakan antara agama
utama dalam kalangan masyarakat Cina.

Apakah antara ajaran utama agama Buddha? Agama Buddha pertamanya


menekankan Empat Kebenaran Mulia mengenai alam. Kebenaran-kebenaran ini
ialah:

i.
ii.
iii.

Penderitaan atau kesengsaraan hidup adalah lumrah alam;


Penderitaan manusia berpunca daripada nafsu untuk memperoleh kekayaan
dan keseronokan (pleasures);

Bagi mengelakkan penderitaan, seseorang itu harus mengatasi nafsunya;


dan

iv.

Bagi mengatasi nafsu, seseorang itu haruslah mengikuti Jalan Mulia Berlapis
Lapan (Noble Eightfold Path). Jalan Mulia Berlapis Lapan yang disarankan
merangkumi pandangan yang betul, niat yang betul, pertuturan yang betul,

tindakan yang betul, punca pencarian yang betul (right livelihood), usaha
yang betul, tumpuan yang betul (right concentration) dan pertimbangan yang
betul (right m i ndful ness).
Sekiranya peraturan-peraturan yang tersebut di atas dipatuhi, manusia dapat
melepaskan diri daripada pengabdian kelahiran semula (bondage of rebirth) dan
mencapai nirwana (keadaan ketika roh mencapai ketenangan atau kebahagiaan
yang abadi).

149

MODUL HUBUNGAN ETNIK

8.2.3 Agama Hindu


Agama Hindu (juga dikenali dalam bahasa Sanskrit sebagai Sanatana Dharma
yang bermaksud "undang-undang abadi") telah bermula di lndia sejak kira-kira
tahun 3500 SM. Agama Hindu mula bertapak di Alam Melayu sejak abad pertama
masihi. Fengaruh agama Hindu sangat kuat di dunia Timur dan dipercayai telah
menjadi penyebab kepada kebangkitan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara.
Pengaruh Hindu dapat dilihat dalam bidang pentadbiran, bahasa dan adat resam
masyarakat Asia Tenggara.

Agama Hindu tidak mempunyai pengasas atau satu kitab suci. Ajaran Hindu
terawal terkandung dalam empat kitab Veda yang ditulis dalam bahasa Sanskrit
iaitu Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda dan Atharva Veda. Karya-karya ajaran
agama Hindu terkemudian yang terkenal ialah Upanishads dan Bhagavad Gita.
Orang Hindu menyembah pelbagai dewa yang sebenarnya merupakan penjelmaan
satu Tuhan yang sama. Tiga dewa utama mereka yang dipanggil Trimurthiialah
Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah).
Antara konsep utama agama Hindu ialah Dharma (tugas dan tanggungjawab setiap
insan), Samsara (putaran berulang kelahiran, kehidupan, kematian dan kelahiran
semula), Karma (perbuatan atau kelakuan seseorang semasa hidup yang akan
menentukan kehidupannya di akhirat) dan Moksha (kebebasan dari putaran kelahiran
dan kematian). Matlamat utama para penganut agama Hindu ialah untuk mencapai
Moksha. Keempat-empat konsep ini dapat dihayati dengan memilih dan
mengamalkan jalan yang menuju kesempurnaan. Mengikut agama Hindu, terdapat
empat jalan yang dapat dipilih untuk mencapai kesempurnaan iaitu Raja Yoga
(melalui tafakur mengenai tuhan), Jnana Yoga (melalui ilmu suci mengenai kebenaran
alam), BhaktiYoga (melalui rasa cinta kasih pada Tuhan) dan Karma Yoga (melalui
perlakuan sempurna).

8.2.4 Agama Kristian


Agama Kristian hadir dalam Alam Melayu bersama-sama dengan kedatangan
orang Barat ke rantau ini. Pada peringkat awal, orang Barat dari Semenanjung
lber, khususnya orang Portugal dan Sepanyol memperkenalkan agama Kristian
kepada penduduk Alam Melayu. Mereka membawa mahzab Katolik. Kemudian
pada awal abad ke-17, orang Belanda memperkenalkan agama Kristian mahzab
Protestan di Alam Melayu (terutamanya di lndonesia). Kini kira-kira 9.1 peratus
daripada jumlah penduduk Malaysia menganut,agama Kristian.

150

AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Pengasas agama Kristian ialah Jesus Christ yang dilahirkan di bandar


Bethlehem,
Palestin pada kira-kira tahun 6 SM. Kitab suci penganut Kristian iaitu
Bibte yang
dibahagi kepada dua iaitu Otd Testament dan New Testamenf. lkutan kepada
Ten Commandments dan sifat serta perilaku Jesus Christ yang tiada
cacat celanya
merupakan panduan utama penganut Kristian. Penganut Kristian mempercayai
Jesus Christ mati di salib.

Terdapat empat prinsip utama dalam ajaran agama Kristian:

i.
ii.
iii.
iv.

Terdapat satu tuhan yang merupakan pencipta seluruh alam.


Berpegang kepada konsep trinity iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan tuhan
"Holy Spirit';
Ajaran Jesus hendaklah sentiasa diikuti. Manusia harus mencintaiTuhan
serta
melayan semua orang secara adil dan hidup secara aman damai; dan

Setiap orang akan diadili oleh tuhan berasaskan tingkah lakunya di dunia.
Seorang Kristian yang taat kepada agamanya akan menikmati kehidupan
abadi selepas rnati manakala seorang yang berdosa akan menghadapi
kesengsaraan abadi. Ajaran asas agama Kristian terdapat datam dua
rukun
utama, iaitu cintailah ruhan dengan seluruh jiwa ragam u (Love thy God
with all thy heart, thy soul, and thy mind); dan cintiilah jiranmu seperti
kamu mencintai diri sendiri (Thou shall tove thy neighbour as thyself).

Selaras dengan lslam sebagai agama rasmi di Malaysia kerajaan telah

memperkenalkan "lslam Hadhari" sebagai satu pendekatan baharu


dalam memacu
agenda pembangunan negara ke arah merealisasikan negara maju
berdasarkan
acuan sendiri sebagaimana yang termaktub dalam Wawasan ZO2O. pendekatan

lslam Hadhari diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato,Seri


Abdullah Ahmad Badawi di perhimpunan Agung uMNo kari ke-55 pada

23
September 2003. lslam Hadhari bukanlah satu ajaran atau mazhab baharu
tetapi
ialah satu pendekatan bagi menjelaskan kepada masyarakat tentang
kesempurnaan
ajaran lslam seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad sAW. Tambahan puta,
pendekatan lslam Hadhari yang menitikberatkan keharmonian
hubungan etnik ini
telah pun wujud pada zaman awal lslam lagi. Pada zaman awal lslam
tersebut
Nabi Muhammad sAW terah memeterai perjanjian dengan perbagai kumpuran

151

MODUL HUBUNGAN ETNIK

etnik yang mendiami kota Madinah sebagaimana yang digambarkan dalam Piagam
Madinah (sebuah perlembagaan negara bertulis yang pertama di dunia). Di samping
itu, lslam Hadharijuga merupakan satu pendekatan yang ingin membawa kemajuan
kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira etnik dan anutan agama mereka.
Oleh itu, lslam Hadhari sebagai satu pendekatan juga harus difahami oleh semua
lapisan masyarakat terutamanya di negara seperti Malaysia yang bersifat multietnik
agar tidak disalahtafsirkan sehingga menjadi isu yang boleh membawa kepada
perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pendekatan lslam Hadhari bertujuan menjana kemajuan manusia untuk pembangunan
tizikal, spiritual, pembangunan insan, pembangunan ilmu demi kemajuan hidup di
dunia dan di akhirat. Sepuluh prinsip yang diperkenalkan dalam Pendekatan lslam
Hadhari akan memberi kebaikan kepada semua masyarakat tanpa mengira agama.

Bagi mereka yang beragama lslam, prinsip-prinsip tersebut menepati maqasid


syariat (tujuan-tujuan syariah) terutama dalam menyelamatkan agama, nyawa,
akal, keturunan dan harta.
Pendekatan lslam Hadhari akan memberi kebaikan terutama dalam konteks
hubungan etnik di negara kita. Pendekatan lslam Hadhari seperti Kerajaan Adil
dan Beramanah, Rakyat Berjiwa Merdeka, Penguasaan llmu Pengetahuan,
Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif, Kehidupan Berkualiti,
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita, Keutuhan Budaya dan Moral,
Pemeliharaan Alam Semula Jadi dan Kekuatan Pertahanan perlu dihayati bagi
melahirkan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu.

8.3.1 Makna "Hadhari"


Perkataan Hadhari bermaksud "yang bertamadun" atau "lslam yang menekankan
aspek tamadun" (Civilisational lslam). Menurut Malik Bennabi (seorang pemikir
dan ahli teori sosial lslam), istilah hadharah membawa maksud keseimbangan
kemajuan antara aspek material dan spiritual. Justeru, lslam Hadhari ditakrifkan
sebagai lslam yang mempunyai sifat-sifat kemajuan ketamadunan tinggi yang
menekankan peri pentingnya kedua-dua aspek fizikal (material) dan spiritual. Hal
ini bererti, pembangunan ketamadunan yang hendak dicapai itu ialah pembangunan
ketamadunan yang seimbang dan lestari tanpa berat sebelah kepada aspek fizikal

dan material semata-mata sebagaimana yang diperjuangkan dalam agenda


pembangunan tamadun Barat. Dengan perkataan lain, lslam Hadhari menekankan
nilai-nilai positif (seperti keadilan, keamanan dan berkasih sayang) selaras dengan
makna hadhari. Penanda aras makna dan tujuan pembangunan dan kemajuan
yang dihasratkan dalam pendekatan lslam Hadhari berbeza dengan penanda aras
152

AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

pembangunan dan kemajuan pendekatan Barat. lslam Hadhari menyasarkan


kebahagiaan manusia itu sendiri sebagai penanda aras manakala pendekatan
Barat pula meletakkan kemajuan ekonomi sebagai penanda aras pembangunan
dan kemajuan tamadun.

8.3.2 Tujuan dan Pendekatan lslam Hadhari


Tujuan utama pengenalan pendekatan lslam Hadhariadalah untuk mempe(g9g!<!m
umat lslanlsupaya berupaya menghadapi p-e]Dggai"cabaf.fl-1.9unia-ser,nasa. Namun
demikian, pendekatan lSlam Hadhari tidak hanya melibatkan bangsa Melayu dan
umat lslam sahaja, tetapi meliputi keseluruhan masyarakat di Malaysia. Hal ini
jelas terbayang dalam isi lslam Hadhari:

"Menjadikan Malaysia sebuah negara lslam contoh mengikut acuan


sendiri. Begitu juga dengan misi Pendekatan Islam Hadhari, iaitu bagi
melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan
pendekatan lslam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan
berimbang" .
(JAK|M,2005)

lslam Hadhari merupakan suatu pendekatan pembangunan dan tadbir urus


masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada
perspektif tamadun lslam (JAKIM, 2005). Pernyataan ini selari dengan kenyataan
YAB Perdana Menteri Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menjelaskan
bahawa pendekatan lslam Hadhari menjurus kepada pembinaan peradaban.
Pendekatan tersebut bertujuan melahirkan individu dan masyarakat lslam yang
mempunyai kekuatan kerohanian, akhlak, intelektual, material, mampu berdikari,
berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif, memandang tinggi budaya integriti,
membenci rasi.rah dan melaksanakan sistem penyampaian pentadbiran negara
yang cekap kepada semua rakyat tanpa mengira golongan etnik. Justeru, lslam
Hadharidapat menjana kecemerlangan ummah dan seterusnya membina peradaban
dan ketamadunan insan yang meliputi aspek jasmani dan rohani.
i

Bagi sesebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum adalah penting bagi
kerajaan melaksanakan konsep keadilan dan beramanah dalam pemerintahan
negara. Kerajaan yang adil dan beramanah ialah sebuah kerajaan yang menjalankan
pemerintahan tanpa melihat'pada keturunan, warna kulit, kaum, kedudukan, miskin
kaya atau perbezaan agama. Setiap golongan etnik mendapat peluang menikmati
kemakmuran negara. Begitu juga, perjalanan pentadbiran kerajaan harus
berlandaskan nilai-nilai positif seperti bersikap amanah dan adil dalam melaksanakan
tugas dan menolak amalan yang buruk seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

153

MODUL HUBUNGAN ETNIK

8.3.3 Ke arah Membentuk Masyarakat Hadhari


Hari ini kita hidup dalam sebuah dunia global. Global dalam erti kata pemampatan
ruang dan masa, hasil daripada penciptaan teknologi maklumat dan komunikasi
moden. Dunia kini seakan-akan menjadisemakin sempit dan tanpa batasan sempadan
seolah-olah kita hidup dalam sebuah desa sejagat. Apa yang berlaku beribu-ribu

kilometer daripada negara kita, kini kita rasakan bagaikan berlaku di sebelah
rumah kita. Dengan kata lain, globalisasi merupakan satu fenomena yang telah
membentuk wajah baharu dunia. Negara-negara membangun seperti Malaysia
perlu menangani cabaran globalisasi dalam pelbagai dimensi hidup secara berhatihati dan bijaksana.
Untuk terus mampu bersaing dengan negara-negara lain yang membangun, Malaysia
seharusnya memantapkan kestabilan ekonomi dan politik, mengukuhkan ketahanan

budaya dan ikatan sosial dalam kalangan masyarakat dan komuniti agar arus
globalisasi tidak akan mengakibatkan penerusan agenda pembangunan sosial
negara menjadi pincang. lnilah cabaran besar yang perlu ditangani secara penuh
bijaksana oleh para pemimpin negara.
Sebagai masyarakat beragama, kita tidak seharusnya hanya menumpukan perhatian
kepada usaha memperkasa ekonomi semata-mata, tetapi kita juga perlu bergerak
untuk membina keutuhan moral dan akhlak bangsa. Kita perlu maju dan berjaya

dalam acuan kita sendiri. Apa gunanya kita maju dari segi ekonomi sekiranya
masyarakat ini runtuh dari segi moralnya. Gabungan moral yang tinggi serta
ekonomi yang mantap merupakan tunjang kepada pembinaan masyarakat Hadhari.
lnilah yang sedang disasarkan oleh negara kita sekarang.
Matlamat utama pembentukan masyarakat Hadhari adalah untuk membangunkan
warga Malaysia menurut acuan kita sendiri yang berasaskan masyarakat cemerlang,
gemilang dan terbilang melalui Sepuluh Prinsip Utama yang telah digariskan oleh
Perdana Menteri, iaitu:

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT;


Kerajaan yang adil dan beramanah;
Rakyat yang berjiwa merdeka;
Penguasaaan ilmu pengetahuan;
Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif;
Kehidupan berkualiti;

154

AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

vii.

Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita;

viii.

Keutuhan budaya dan moral;

ix.
x.

Pemeliharaan alam semula jadi; dan


Kekuatanpertahanan.

Jelaslah bahawa prinsip pertama lslam Hadhari, iaitu, "Keimanan dan ketakwaan
kepada Allah SWT'berteraskan pegangan asas penganut agama lslam di Malaysia.
Namun kita juga memperakukan bahawa setiap agama di Malaysia (selain lslam),
juga mempunyai pegangan spiritual masing-masing. Sembilan prinsip pendekatan
lslam Hadhari berikutnya ialah prinsip-prinsip yang selaras dengan nilai-nilai sejagat
yang diamalkan oleh agama-agama lain.
Umumnya, prinsip-prinsip yang digariskan tersebut jelas menggambarkan bentuk
masyarakat dan negara yang ingin diwujudkan. Kerajaan ingin mewujudkan sebuah
masyarakat yang progresif, aman dan makmur dengan keadilan yang merata.
Dalam hal ini, prinsip yang ketujuh di atas sangat berkaitan dengan topik yang
sedang dibincangkan. Sebagaimana yang dijelaskan dalam buku Pendekatan
lslam Hadhari: Satu Penjelasan yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan lslam
Malaysia (JAKIM), hasrat pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita dinyatakan
seperti berikut:

"...Pendekatan lslam Hadhari memberi kemuliaan insan itu kepada


setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti
atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara.
Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal.
Dalam lslam ia terkandung dalam Maqasid as-Syariah. Oleh itu tidak
boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atas alasan menjadi kumpulan
kecil atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak
tersebut adalah salah dari segi undang-undang".
(JAKIM, 2oo5)
Jika prinsip ini dihayati sepenuhnya oleh seluruh warganegara maka adalah sesuatu
yang tidak mustahil Malaysia akan menjadi negara contoh yang utama di dunia
dalam merealisasikan keharmonian hubungan multietnik. Di samping itu, satu

lagi perkara yang juga sangat penting diperhatikan dan dihayati ialah prinsip
ketujuh inijuga menekankan penghormatan besar perlu diberikan kepada setiap
agama yang sama-sama berkongsi ruang dalam negara ini.
"Penganut setiap agama wajib hidup dalam suasana saling menghormati
antara sesama agama dan tidak ada pihak yang boleh memandang
155

MODUL HUBUNGAN ETNIK

rendah dan memperkecil kepercayaan dan amalan agama orang lain.


Perbuatan memandang rendah dan mengkhianati agama lain tidak boleh
sama sekali wujud dalam kalangan orang lslam kerana bertentangan
dengan pokok ajaran lslam itu sendiri."
(JAK|M, 2005)
Dalam usaha mencapai cita-cita murni tersebut, banyak perkara yang perlu kita
lakukan dan kadangkala terpaksa kita korbankan. Dalam usaha melahirkan rakyat
yang berjiwa merdeka umpamanya, menuntut kita berfikiran terbuka dan bersedia
menerima pandangan orang lain. Tegasnya, setiap anggota masyarakat seharusnya
saling berlapang dada menerima perbezaan pendapat.

8.3.4 Realiti Kehidupan Masyarakat Kini dan Kaitannya Dengan Pendekatan


lslam Hadhari serta Hubungan Etnik
Pendekatan lslam Hadhari yang hendak disampaikan amat komprehensif dan
menyeluruh dan sewajarnya dilaksanakan secara jujur dan berterusan dalam
dunia ini sekiranya manusia sejagat ingin hidup dalam satu dunia yang sejahtera dan
aman. Keadaan ini selaridengan kehendak dan hikmah kejadian manusia yang dicipta
dalam kepelbagaian bangsa, kaum dan suku, lelaki dan wanita agar saling mengenali,
berkasih sayang, tolong menolong antara satu dengan yang lain bukan untuk berpecah
belah dan bermusuh-musuhan.
Untuk mencapai hasrat dan aspirasi ini, maka seluruh umat manusia perlu mempelajari
dan memahami sosiobudaya sesuatu kaum dan bangsa lain secara lebih mendalam.
Pembangunan ilmu mengenai hubungan etnik menjadi faktor penting yang boleh
menyatukan Dunia Timur dan Dunia Barat. Bahkan kecemerlangan ilmu di Baghdad

dan di Andalusia pada suatu ketika dahulu tidak dimonopoli oleh bangsa Arab
sahaja tetapi juga oleh bangsa-bangsa lain.
Sekalipun perkongsian ilmu dan kerjasama dalam segala bidang pengetahuan
antara manusia telah dapat mewujudkan kemajuan manusia sejagat selari dengan
konsep Pendekatan lslam Hadhari, namun begitu sikap tamak dan mementingkan
diri sendiri sesetengah pihak boleh mencetuskan pergeseran, permusuhan dan
perpecahan. Hal ini akan membantut.usaha memaju dan membangunkan negara.
Pendekatan lslam Hadhariyang menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, bukan
hanya untuk kelompok dan golongan tertentu sahaja, malah perlu dikuasai oleh
semua bangsa tanpa dibatasi oleh sempadan geografi. Hal ini menunjukkan sikap
akomodatif lslam dalam mendapatkan ilmu tanpa ada perbezaan antara masyarakat
lslam dan bukan lslam.
156

AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Selain itu, prinsip kerajaan yang adildan amanah menjadi pemangkin dan pendorong

ke arah tercetusnya sistem ekonomi agar kekayaan negara dapat diagihkan


secara adildan saksama. Tindakan ini merupakan satu instrumen penting bagaimana
pembahagian kekayaan dan harta dapat diwujudkan untuk melahirkan sebuah
masyarakat yang bersatu padu.

Walaupun prinsip keimanan dan ketakwaan kepada Allah ditekankan dalam


masyarakat Hadhari, initidaklah bermakna kebebasan beragama disekat. Manusia
yang berilmu seharusnya tahu membezakan antara kebenaran dan kebatilan.
Kefahaman terhadap konsep patriotisme yang membawa maksud sayang akan
bangsa dan negara adalah selari dengan prinsip rakyat yang berjiwa merdeka
sebagaimana saranan dalam Pendekatan lslam Hadhari. Amalan ini perlu dihayati
dalam konteks hubungan etnik agar dapat mengelakkan daripada berlakunya
penindasan dan penjajahan ekonomi dan politik demi mengekalkan kedaulatan
negara yang dicintai. Sekiranya masyarakat tidak memiliki jiwa yang merdeka,
akan menyebabkan berlakunya penjajahan sama ada secara langsung atau tidak
ke atas sesebuah negara. Akibatnya masih banyak negara di dunia ini terjajah
dan terbelenggu dengan krisis ekonomi dan politik yang begitu serius, dan dengan
mudah mencetuskan kekacauan kaum, perang saudara serta kehadiran kerajaan
boneka penjajah dengan segala kekejaman dan dasar kuku besinya. Kehadiran
penjajah pada hakikatnya tidak disenangi terutama dalam kalangan anak watan
yang mempunyai semangat cinta kepada negara atau tanah air mereka.

Kehidupan yang berteraskan akidah, syariah dan akhlak lslam merupakan satu
tuntutan dalam pendekatan lslam Hadhari untuk umat lslam di Malaysia. Umat
yang memenuhi hak dan tanggungjawab sosial perlu mengatur hubungan dan
pergaulan hidup yang sesuai dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh lslam.
Mereka mengatur hubungan dan pergaulan sesuai dengan kehendak dan tujuan
syariat demi melahirkan keharmonian dalam masyarakat, terutama dengan jiran
tetangga. Perlu ditekankan bahawa prinsip-prinsip ini sesuai sekali dengan nilai
sejagat agama lain di Malaysia yang masing-masing berteraskan konsep spiritualiti
masing-masing. Peraturan, adab dan asas yang dimaksudkan termasuklah perkaraperkara berikut:

157

MODUL HUBUNGAN ETNIK

8.4.1 Berkenal-kenalan
Asas pertama dalam membina kehidupan sosial masyarakat lslam ialah berkenalkenalan kerana menjadi fitrah manusia untuk hidup, berkasih sayang dan saling
berhubung antara satu dengan yang lain. Manusia dicipta dengan wujudnya kaum
lelaki dan perempuan serta yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik.

Manusia dijadikan paras rupa dan warna kulit yang berlainan supaya mereka
berbaik antara satu dengan lain agar mereka dapat hidup bersama dalam keadaan
aman dan sejahtera, bukan untuk bermusuh-musuhan. Bermusuhan antara satu
dengan lain tidak akan mendatangkan keuntungan kepada mana-mana pihak.
Berkenalan yang dimaksudkan tidak terbatas kepada nama atau tempat tinggal,
yakni lebih jauh daripada itu, malah mengetahui kedudukan seseorang, corak
kehidupan seharian, budaya bangsa atau etnik asaldan sebagainya. Hal berkenaan
hanya akan dapat diketahui apabila wujudnya kehidupan mesra dan saling mengenali
antara satu sama lain.

8.4.2 Persefahaman
Asas kedua dalam hubungan hidup bermasyarakat ialah saling memahami antara
satu sama lain, lebih-lebih lagi dalam masyarakat majmuk. Tujuannya ialah untuk
mencapai kehidupan yang harmonis dan sejahtera.
Persefahaman boleh diamalkan dalam konteks hubungan etnik metalui cara berikut,
iaitu:
t.

Perlu saling mengenali antara satu dengan yang lain; dan

ii.

Berpegang teguh kepada ajaran agama dan mengamalkan nilai-nilai hidup


murni.

Amalan tersebut dapat dilaksanakan melalui program kemasyarakatan seperti


gotong-royong, beriadah atau bersukan. Program-program sedemikian membolehkan
anggota masyarakat berkenal-kenalan antara satu sama lain. Sikap memahami
antara satu sama lain sangat penting. Keadaan ini dapat memudahkan masyarakat
untuk saling menasihati dan tegur-menegur sekiranya terdapat kecacatan atau
kelemahan dan seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama.

158

AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

8.4.3 Bekerjasama
Asas ketiga dalam mewujudkan hubungan sosial yang memantapkan kehidupan
bermasyarakat ialah wujudnya kerjasama, tolong-menolong dan saling membantu
antara satu sama lain dalam kehidupan masyarakat majmuk. Bekerjasama dalam
masyarakat pelbagai etnik bertujuan ke arah kebaikan, mengelakkan musibat
demi mencapai kepentingan bersama.

Pertolongan boleh diberikan dalam pelbagai bentuk: tenaga, harta dan masa.
Bentuk pertolongan ini sememangnya bergantung kepada kemampuan seseorang.
Kerjasama dalam bentuk sumbangan tenaga dapat diberikan kepada mereka
yang memerlukan seperti membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan
atau kesulitan. Pertolongan dalam bentuk harta benda merangkumi bantuan
kewangan dan barang-barang keperluan seharian. Pertolongan juga wujud dalam
bentuk pengorbanan masa untuk bersama-sama dengan mereka yang memerlukan.
Antara contohnya ialah kerjasama dalam halyang memberi manfaat seperti memberi
nasihat, tunjuk ajar, kuliah, ceramah dan sebagainya.

8.4.4 Persaudaraan
Menurut Kamus Dewan (2005), persaudaraan bermaksud perhubungan seperti
bersaudara atau pertalian yang rapat sekali ibarat isi dengan kuku. Pendekatan
lslam Hadhari menganjurkan konsep hidup bersandarkan kepada persaudaraan
atas dasar beriman dan bertakwa. Hal ini disebabkan hubungan berasaskan
unsur-unsur tersebut lebih bernilai daripada hubungan yang berdasarkan kebendaan,
pertalian darah, kesukuan atau yang lebih bersifat duniawi.
Dalam persoalan ini, Abdullah Nasih Ulwan (seorang ilmuan lslam) menyifatkan
persaudaraan sebagaisuatu ikatan kerohanian yang melahirkan perasaan mendalam
dalam diri seseorang tentang belas kasihan, cinta kasih dan penghormatan diri.
Setiap orang terikat antara satu sama lain dengan pertalian akidah lslam, ikatan
iman dan takwa. Justeru, pendekatan lslam Hadhari dalam konteks hubungan
etnik menekankan konsep persaudaraan bukan sahaja dalam bentuk kata-kata,
tetapi juga dengan perasaan yang penuh jujur dan ikhlas. Mengasihi saudara itu
seperti mengasihi diri sendiri.

8.4.5 Berkasih Sayang


Berkasih sayang merupakan salah satu sifat kemanusian yang sewajarnya disemai
dan dibajai dalam sanubari setiap anggota masyarakat. Kesan daripada lahirnya
sifat kasih sayang akan timbulnya rasa cinta bukan sahaja terhadap diri dan
159

MODUL HUBUNGAN ETNIK

anggota keluarga terdekat tetapijuga kepada seluruh warga masyarakat walaupun


berlainan kaum dan agama. Sifat kasih sayang mampu mengikat hubungan
kemesraan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Apabila hati dengan hati
bertaut erat, hilanglah sifat bermusuhan, benci-membenci dan dengki-mendengki
antara satu sama lain.

8.4.6 Saling Menjamin


Asas kehidupan bermasyarakat juga ialah sentiasa bersedia untuk saling melindungi
antara satu dengan yang lain. Keadaan ini melahirkan rasa tanggungjawab dalam
diri setiap anggota masyarakat untuk membantu ahli masyarakat yang lain ketika
mereka menghadapi kesusahan atau memerlukan pertolongan. Hal ini bersesuaian
dengan situasi masyarakat lslam yang dibangunkan atas dasar keadilan dalam
semua aspek kehidupan.

Asas ini dapat disempurnakan melalui nafkah keluarga, zakat, sedekah-sedekah


yang tidak diwajibkan oleh undang-undang seperti wakaf dan kerjasama yang
erat dalam masyarakat. Pendekatan lslam Hadhari mengemukakan dua prinsip
kerjasama, iaitu:
i.

Kerjasama umum, iaitu setiap individu bertanggungjawab untuk menjamin


mata pencarian orang lain mengikut kemampuannya; dan
Prinsip jaminan sosial, iaitu tanggungjawab negara menjamin sesuatu tingkat
kemakmuran bagi semua warga negara. Anggota masyarakat akan berasa
selamat dengan jaminan tersebut. Mereka juga berasa aman dan hubungan
yang baik dalam masyarakat dapat ditegakkan menerusi pengukuhan institusi
adat. lnstitusi adat Melayu yang berteraskan adat bersendi syarak, syarak
bersendi kitab Allah (al-Quran) hendaklah diperkukuh agar dapat mempertahan
warisan seni budaya Melayu yang beradat dan bersopan, di samping
menghormati adat resam semua kaum bagi menjaga keutuhan budaya dan
moral.

Saling menjamin juga tidak akan dapat terlaksana secara berkesan kecuali individu
yang terlibat melaksanakan sepenuh tanggungjawabnya. Pelaksanaan itu melibatkan
sekurang-kurang tiga peringkat utama: peringkat individu, peringkat keluarga, dan

peringkat masyarakat. Pada peringkat individu, setiap individu harus menjaga


dan menyediakan diri sendiri untuk menjadi seorang yang baik. lndividu tersebut
mempersiapkan diri dengan sifat-sifat terpuji dan membuang sifat-sifat tercela.
lndividu tersebut tidak melakukan perkara buruk dan merosakkan dirinya dan
seterusnya merosakkan masyarakat. Setiap individu mesti berperangai baik kepada
individu lain.
160

AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Pada peringkat keluarga, setiap individu harus menjaga hubungan baik dengan
kaum kerabat, terutamanya ibu bapa. Mereka hendaklah memenuhi hak,
tanggungjawab dan kewajipan sebagai anak dengan membelanjakan harta benda
untuk ibu bapa. Pada peringkat masyarakat pula, setiap individu sewajarnya menjaga
hubungan baik dengan masyarakat. Antara jaminan atau tanggungjawab yang
dapat dilakukan adalah dengan menolong mereka yang lemah dan membantu
orang yang miskin.

8.5 APLIKASI HUBUNGAN

ETNIK DALAM KEHIDUP


MASYARAKAT MALAYSIA

Segala asas hubungan sosial yang harmonis dan berteraskan prinsip-prinsip lslam

Hadhari serta nilai-nilai keagamaan sejagat yang dibincangkan di atas dapat


diwujudkan melalui langkah-langkah berikut:

8.5.1 Kemesraan dalam Berkomunikasi


Bertegur sapa dengan memberi salam atau ucap selamat, mengukir senyuman
ketika bertemu, sifat dan sikap lemah lembut, penyayang dan memberi perhatian
sewaktu bercakap merupakan asas perhubungan yang baik dan dapat menimbulkan
perasaan "kemesraan". Sikap sombong seperti bermasam muka dan memandang
rendah terhadap orang lain merupakan sikap negatif yang boleh merenggangkan
hubungan hendaklah dihindari.

8.5.2 Budaya Ziarah-Menziarahi


Hubungan mesra juga dapat diwujudkan melalui budaya ziarah-menziarahi atau
kunjung-mengunjungi. Adab-adab ziarah hendaklah dijaga. Waktu untuk berziarah
hendaklah sesuai agar suasana harmoni berterusan. Keizinan hendaklah diperoleh
terlebih dahulu serta memberi salam kapada penghuni yang dikunjungi. Sekiranya
tuan rumah tidak bersedia untuk menerima tetamu, segeralah beredar kerana itu
lebih baik untuk memelihara hubungan mesra dalam jangka masa panjang.

8.5.3 Mengambil Berat


Mengambil berat merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan
bermasyarakat. Sikap mengambil berat bukan bererti mencari keburukan dan
161

I'ODUL HUBUNGAN ETNIK

kesilapan seseorang tetapi merupakan sikap yang boleh membina ikatan mesra
dan kasih sayang melalui nasihat dan teguran membina. Kepekaan dan keperihatinan
yang berlaku dalam masyarakat adalah simbol wujudnya kasih sayang dan
tanggungjawab sosial dalam kalangan anggota masyarakat.

8.5.4 Memulia dan Menghormati Seseorang


Perbuatan saling hormat-menghormati dan memuliakan antara satu sama lain
merupakan resipi terbaik mewujudkan kemesraan dalam masyarakat. Seseorang
itu memperoleh kemuliaan atas dasar kemanusiaan, bukan warna kulit, kaum dan
agama, bukan juga berdasarkan kebangsawanan ataupun keturunan.

8.5.5 Menghormati Jiran


Mengikut Kamus Dewan (2005) definisi jiran ialah orang yang tinggal berhampiran
dengan rumah sendiriyang dikenali sebagai "orang sebelah" atau tetangga. Ditinjau
dari sudut pendekatan lslam Hadhari dalam konteks hubungan etnik, jiran itu
ialah "orang yang ada hubungan dengan anda dalam sesuatu kawasan, tinggal
berdekatan, iaitu bilangan rumah sebanyak 40 rumah dari penjuru timur, barat,
utara dan selatan di sekeliling rumah anda".

Selain itu, menurut perspektif Jabatan Perpaduan Negara, jiran merupakan,


"... jika anda tinggal di sesuatu kawasan perumahan yang mempunyai
identitinya sendiri, umpamanya Kampung Kerinci, maka seluruh kampung
itu dikira sebagai jiran".
(Jabatan Perpaduan Negara, 1987)

Keseluruhan perkataan "jiran" meliputi dua aspek, iaitu manusia (jiran itu sendiri)
dan ruang lizikal atau lokasi tempat tinggal yang berdekatan yang boleh dihubungi
dalam satu kawasan kediaman. Budaya hidup orang Melayu yang sesuai dengan
ajaran lslam sangat mementingkan kehidupan berjiran kerana ketika kecemasan,
kenduri dan peristiwa-peristiwa lain, orang pertama yang dihubungi ialah jiran.
Bahkan budaya tolong-menolong, bantu-membantu atau "ringan tangan" seperti
dalam urusan kenduri-keddara, kemalangan, kematian dan sebagainya tidak pernah
luput. Hubungan sosial dalam kehidupan kini banyak terjalin melalui hubungan
berikut:

i.
ii.

Hubungan menerusi tempat kerja;


Hr;bungan menerusi institusi;
162

AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

iii.

Hubungan menerusi adat istiadat

iv.

Hubungan menerusi aktiviti politik;

V.

Hubungan menerusi aktiviti kebajikan;

vi.

Hubungan menerusi aktiviti sosial; dan

vii.

Hubungan menerusi aktiviti rekreasi.

Berdasarkan fakta di atas jelaslah bahawa konsep kejiranan melahirkan semangat


kerjasama antara satu sama lain. Tegasnya, semangat kejiranan merupakan
sikap berbaik-baik melalui tingkah laku positif yang wujud dalam kalangan penduduk
sesuatu kawasan.

Aktiviti yang membawa kepada integrasi sosial adalah penting dalam konteks
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik. Semangat kejiranan
seharusnya merupakan suatu sikap dan tanggungjawab mempertingkat serta
memelihara keadaan atau suasana agar wujud keamanan dan keharmonian dalam
kalangan penduduk pelbagai kaum etnik. Mengikut Jabatan Perpaduan Negara,
semangat kejiranan dapat dipupuk berasaskan unsur-unsur seperti berikut, iaitu:

i.

seseorang itu berasa megah dan sayang kepada kawasan atau tempat
tinggal;
Kenal-mengenal, kerap bertemu dan bertolong-tolongan antara jiran tetangga;

Penduduk menganggap diri mereka sebagai satu masyarakat;

iv.

Penduduk bertanggungjawab terhadap keharmonian dan keamanan dalam


kawasan sejiran mereka; dan

v.

Penduduk bermuafakat untuk menjalankan satu-satu tindakan bagi faedah


bersama.

Selain itu, banyak lagi yang boleh disenaraikan sebagai aspek-aspek aplikasi
hubungan etnik dalam kehidupan bermasyarakat seperti layanan yang baik terhadap
jiran tetangga, menjaga hak jiran, kebajikan dan keadilan, memberi saraan hidup
kepada sanak saudara dan jiran, merapatkan hubungan silaturahim, memelihara
adab-adab dalam perbahasan dan membudayakan amalan ziarah-menziarahiantara
satu dengan yang lain.
Nabi Muhammad SAW merupakan teladan kepada segala teladan yang baik tentang
pengamalan sifat bertolak ansur dalam pergaulan hidup bermasyarakat. Baginda
163

fMODUL HUBUNGAN ETNIK

mengajar umatnya agar bersikap akomodatif terhadap sesama jiran tetangga.


Sikap akomodatif ini dilakukan baginda dengan caraberziarah, bermurah hati,
bersikap mulia, melakukan kebaikan, dan mengambil sikap memberi dan menerima
antara satu sama lain.

Amalan Nabi Muhammad SAW sepatutnya menjadi ikutan kepada kita semua,
lebih-lebih lagi dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum. Amalan baginda itu
jika dipraktikkan dalam kehidupan dapat melahirkan masyarakat yang harmonis
dan bersatu padu. Konsep inilah yang dituntut dalam pendekatan lslam Hadhari
seperti mana yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia supaya lslam tidak
dilihat dalam bentuk keganasan dan pelampau agama.
Lantaran itu, dalam konteks masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
etnik dan agama, institusi agama merupakan pemangkin ke arah membina integriti
individu, masyarakat dan negara. Pembinaan integriti ini dapat diterapkan dalam
pengurusan pelbagai institusi lain termasuk pendidikan, media, ekonomi, politik
dan pentadbiran dengan berlandaskan nilai-nilai murni sejagat yang dikongsi bersama
dalam setiap agama seperti lslam, Buddhisme, Hinduisme, Kristian, Sikhisme,
Taoisme dan fahaman Konfusianisme. Hal ini bertujuan bagi menzahirkan
keharmonian antara etnik melalui pemahaman terhadap nilai-nilai sejagat tersebut
di Malaysia dengan mengetengahkan nilai-nilai murniyang dikongsi bersama seperti
amanah, jujur, ikhlas, keadilan dan keharmonian.

::::::.,:.:5gp*USAN![A

$EEBAG*I ,siffi1g

Kehidupan bermasyarakat bukanlah tuntutan sosial semata-mata tetapijuga menjadi


fitrah manusia secara semula jadi, yang berasaskan "keimanan dan ketakwaan
kepada Allah SWT'bagi orang lslam dan spiritualiti yang teguh bagi yang bukan
lslam sekali gus nilai-nilai keagamaan sejagat. Perhubungan dan kerjasama pelbagai
golongan etnik akan dapat melahirkan satu suasana kehidupan yang aman dan
harmonis.

8.6.1 Memenuhi Tuntutan Hidup


Dalam memenuhi tuntutan hidup, kita semua perlu bekerjasama antara satu sama
lain. Kerjasama tersebut penting bagi memenuhi keperluan hidup sama ada dalam
bentuk kebendaan atau memenuhi keperluan bagi mendapatkan perkhidmatan.

164

AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

8.6.2 Tidak Bergantung pada Orang Lain


Pendekatan lslam Hadhari menganjurkan agar manusia berlumba-lumba mengerjakan
kebaikan. Keamanan dan keharmonian ialah tuntutan naluri manusia;tiada manusia

yang suka kepada perkelahian, pembunuhan, kehancuran dan kemusnahan


walaupun gejala tersebut itu sentiasa wujud dan kadang-kala berterusan dan
berpanjangan. Perkara ini berlaku kerana ada pihak yang kerap memanipulasi
demi kepentingan sendiri dan bersikap terlalu bergantung kepada pihak yang
lain.

Pendekatan lslam Hadhari menjelaskan tujuan peradaban lslam adalah sematamata untuk menjalin hubungan kasih sayang dan membebaskan manusia walaupun
berlainan kaum, etnik dan warna kulit daripada belenggu penjajahan fizikal dan
mental.

I
I

I
I
I

I
I
I
I
I
I
I

t
I

Rakyat Malaysia yang berada dalam sebuah negara yang aman dan damai amat
bernasib baik kerana pembangunan negara dalam pelbagai bidang seperti politik,
sosial, ekonomi dan sebagainya telah ditangani dengan baik oleh pihak pemerintah.
Kesepakatan tiga etnik terbesar negara ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957 membolehkan rakyat menikmati kuasa politik
yang sama rata dengan dasar perkongsian kuasa. Begitu juga dasar pengagihan
kekayaan, pembangunan masyarakat yang adil di sisi undang-undang, amalan
demokrasi serta kontrak sosial antara pelbagai kaum menghasilkan keharmonian
masyarakat Malaysia.
Usaha dan langkah kerajaan dalam hal seperti ini seharusnya ditonjolkan dengan
sebaik-baiknya untuk generasi baharu dan akan datang, agar mereka benar-

benar dapat memahami perjuangan para perintis kemerdekaan dan semangat


bertolak ansur yang ditanam oleh mereka yang terdahulu demi kesejahteraan
rakyat dan negara ini. Konsep perkongsian kuasa, pengagihan pendapatan negara
secara adil, peluang pendidikan yang sama antara kaum, kebebasan beragama
yang dijamin oleh perlembagaan negara, perlindungan terhadap kaum minoriti
dan terkini pendekatan lslam Hadhari serta dasar-dasar yang lain, telah dapat
menjamin keharmonian rakyat berbilang kaum dan etnik di negara kita.

165

MODUL HUBUNGAN ETNIK

Menurut Pendekatan lslam al-Quran, kehadiran pelbagai golongan etnik di Malaysia


merupakan satu rahmat dan anugerah Tuhan selaras dengan ayat al-Quran dalam
surah al-Hujurat ayat 13. Usaha Kerajaan dalam memperkenalkan Pendekatan
lslam Hadhari juga seharusnya diperjelaskan dengan sebaik-baiknya agar dapat
diterima dengan kefahaman yang jelas dalam kalangan para pelajar khasnya dan
rakyat Malaysia umumnya. Di samping itu, perlu diperjelas bahawa masyarakat
lslam di Malaysia berpegang kepada fahaman Sunnah wal-Jamaah dan bermazhab
Syafii.

Di Malaysia, agama merupakan satu institusi yang cukup penting dalam kehidupan
setiap rakyatnya. Agama bukan sahaja menjadi pegangan kerohanian dan spiritualiti
untuk semua rakyat Malaysia yang beragama, tetapijuga merupakan faktor yang
menentukan jati diri sesuatu kaum. Misalnya, setiap anggota etnik Melayu daripada
segi Perlembagaan Persekutuan ialah penganut agama lslam, majoriti etnik lndia
beragama Hindu dan selainnya. Agama lslam juga ialah agama rasmi Persekutuan
tetapi kedudukan agama-agama lain tetap diperakukan dan mempunyai tempatnya
sendiri.

Justeru, perkongsian harmoni alau co-existence, nilai-nilai agama lslam dan nilai
agama lain di Malaysia yang mempunyai banyak persamaan dari segi nilai-nilai
sejagat yang diterima dan diamalkan, merupakan asas yang kukuh untuk membina
sebuah masyarakat bersatu padu dari segi hubungan etnik. Kadang-kadang kita
lupa bahawa kejayaan material yang telah dicapai di Malaysia perlu digenapkan
dengan nilai-nilai yang bukan material, khususnya, nilai-nilai keagamaan. Dengan
cara ini diharapkan wujud nanti pembangunan modal insan yang seimbang.
Pendekatan lslam Hadhari dalam kehidupan masyarakat pelbagai golongan etnik
di Malaysia boleh diterima sebagai suatu usaha kerajaan untuk menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum. Pemahaman terhadapnya bukanlah suatu yang sukar
bagi masyarakat lslam dan bukan Islam, sekalipun daripada pelbagai etnik atau
kaum. Pelaksanaannya juga tidak sukar sekiranya kita dapat menghayati nilainilai murni dengan cara bersungguh-sungguh dan mempunyai kefahaman bahawa
sebahagian besar daripadanya dikongsi bersama oleh semua agama dalam bentuk
nilai-nilai sejagat.

Pendekatan lslam Hadhari dalam konteks perhubungan etnik tidak seharusnya


menjadi polimik dalam kalangan para ilmuwan dan cendekiawan yang cintakan
kebenaran. Percanggahan pandangan dalam kaiangan mereka boleh membantutkan
166

AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

usaha-usaha kerajaan dalam menyatupadukan masyarakat. Walaupun sesetengah


pihak cuba memperkecilkan pendekatan lslam Hadhari yang diperkenalkan oleh
kerajaan, namun tindakan mereka tidak sepatutnya mematahkan semangat untuk
menjadikannya sebagai konsep hidup bagi masyarakat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum.

Pendekatan Islam Hadhari sentiasa sesuai dalam konteks hidup bermasyarakat.


Pernyataan ini berdasarkan sejarah dan sirah Rasulullah SAW yang telah berjaya
membina masyarakat daripada pelbagai golongan etnik dan mereka dapat hidup
aman dan damai. Selain itu, pendekatan ini menekankan sikap bertolak ansur
terutamanya dalam kehidupan pelbagai kepercayaan kerana manusia dijadikan
dengan pelbagai bangsa dan etnik. Dalam hal ini, mereka diseru supaya
mengamalkan asas-asas hidup bermasyarakat dan mengaplikasikannya dalam
kehidupan. Salah satu daripada keistimewaan tamadun alau hadharah lslam ialah
bersifat terbuka dan menerima apa sahaja kemajuan selagi tidak bertentangan
dengan syariat lslam.

Di sinilah, letaknya salah satu kekuatan pendekatan lslam Hadhari yang


menghendaki kemajuan sama ada bersifat kebendaan atau spiritual. Pendekatan
lslam Hadhari juga menekankan kemajuan ilmu yang menjadi teras kepada
kehidupan manusia untuk maju tanpa memilih bangsa dan warna kulit. Umat
lslam juga disuruh menyebarkan ilmu yang dimiliki dan mereka juga tidak dihalang
menuntut ilmu daripada sesiapa sahaja asalkan ilmu yang dituntut itu mendatangkan
kebaikan yang sebenar.

Huraikan pendekatan dan sepuluh prinsip lslam Hadhari.


Jelaskan pendekatan lslam Hadharidalam menyatupadukan masyarakat berbilang
kaum seiring dengan nilai-nilai sejagat yang diamalkan oleh agama-agama
lain di Malaysia.

't67

You might also like