Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROGRAM

MAJLIS MAKAN MALAM


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR
PADA 22 OKTOBER 2016(SABTU) bersamaan dengan 21 MUHARRAM 1438

1.

PENGENALAN
MAJLIS MAKAN MALAM SMK SG BESAR 2016 dengan bertemakan
Sayangmu Sejuta Erti, Budimu Sejuta Memori adalah merupakan salah
satu projek yang dirancangkan oleh Unit Akademik di bawah Tn Hj. Abdul Malek
bin Jailani, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sg Besar.
Ia berlandaskan konsep menawarkan meja makan malam kepada
kumpulan sasaran tertentu seperti ibubapa, guru-guru, orang perseorangan,
sektor swasta dan institusi tertentu. Pendapatan yang diperolehi hasil daripada
penawaran meja tadi adalah datangnya daripada pembelian meja, penajaan
dan sumbangan ikhlas daripada kumpulan sasaran tadi.
Projek ini dirangka bagi menyediakan satu tabung kewangan yang kukuh
demi untuk membiayai pelbagai aktiviti meningkatkan lonjakan Saujana
Akademik murid dan meningkatkan pembangunan prasarana sekolah serta
mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/ penjaga. Dalam
sistem dunia yang semakin canggih dan materialistik, kedudukan kewangan
yang kukuh adalah merupakan penggerak utama dalam setiap aktiviti yang
dirancangkan. Tanpa wang, cita-cita hanyalah sebuah khayalan.
Selama ini sumber kewangan untuk program Lonjakan saujana
Kecemerlangan Akademik hanya menerima sumbangan daripada ibu bapa dan
penjaga murid-murid. Latar belakang keluarga yang terdiri daripada golongan
berpendapatan rendah dan sederhana, membatasi kemampuan kewangan
persatuan.
Oleh itu, adalah diharapkan dengan usaha dan inisiatif yang jitu serta
bersungguh-sungguh, matlamat untuk mengukuhkan kewangan untuk program
akademik dan yang berkaitan melalui program makan malam ini akan tercapai.
Keutuhan dan kestabilan tabungan ini membolehkan program akademik
dan yang berkaitan bergerak cergas dalam usaha membantu sekolah dan muridmurid dari aspek pembangunan intelek, rohani dan jasmani.
Dalam kejayaan yang ingin dicapai maka setiap individu yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak, mestilah benar-benar memahami ,
menghayati dan melaksanakan setiap peranan yang dipertanggungjawabkan di
bahu masing-masing dengan sempurna dan berkesan.
Faktor keprihatinan diri dan accountability yang mendalam mampu
memotivasikan setiap individu yang terlibat bergerak ke hadapan ke arah
memaksimakan usaha demi menjamin kejayaan program ini.

2.

3.

4.

OBJEKTIF
2.1

20% - untuk membiayai pembelian jubah untuk Ketua Panitia,guru dan


murid.

2.2

20% - untuk pembiayaan program Lonjakan Saujana Akademik.

2.3

20% - untuk meningkatkan prasarana sekolah.

2.4

20% - untuk membiayai pembinaan Wakap PdP luar bilik darjah

2.5

20% - untuk menambah dana tabungan PIBG SKBTP

2.6

Disamping itu, program ini juga bertujuan memupuk hubungan dengan


lebih erat melalui kerjasama dan jalinan kemesraan antara pihak sekolah
dengan ibubapa.

RASIONAL
3.1

Sikap ingin memajukan diri dapat diwujudkan melalui kemudahan yang


diterapkan dalam insfrakstruktur Pusat Sumber Sekolah.

3.2

Kerjasama yang terjalin melalui pelaksanaan program dapat dieratkan


antara ibubapa dan guru-guru.

3.3

Perpaduan antara dua pihak dapat dikukuhkan dengan persefahaman


yang terjalin.

3.4

Bekas pelajar yang telah Berjaya boleh menyumbang kepada Lonjakan


Saujana dalam bidang akademik dan kokurikulum.

TARIKH PELAKSANAAN
21 OKTOBER 2016 ( SABTU ) bersamaan dengan 21 MUHARRAM 1438 M

5.

TEMPAT PELAKSANAAN
DEWAN BESTARI SMK SUNGAI BESAR & PADANG BESTARI

6.

MASA PELAKSANAAN
08.00 malam hingga 11.30 malam

7.

PENGLIBATAN
6.1
6.2
6.3
6.4
6.5
6.6

AJK PIBG
Guru-guru
Murid-murid
Ibubapa-ibubapa
Orang Perseorangan
Institusi-institusi swasta.

8. JAWATANKUASA INDUK / PELAKSANA


PENASIHAT
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
SETIAUSAHA
BENDAHARI
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM
Penyelaras Projek
Naib Penyelaras Projek
AJK Pemasaran
AJK Sambutan & Protoko
AJK Makanan
AJK Buku Program/ Dokumentasi
AJK Penajaan
AJK Cenderamata & Nombor Bertuah
AJK Persembahan
AJK Logistik & Persiapan Pentas
Bacaan Doa
Pengacara majlis
AJK Kebersihan
AJK Seranta
9.

TENTATIF ATURCARA ROGRAM


8.00 malam
8.15 malam
8.30 malam

11.00 malam

Para tetamu mengambil tempat


Ketibaan VVIP,VIP dan tetamu
Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar
Ucapan Yang Di Pertua PIBG
Ucapan Perasmian oleh Penaung
Penyampaian Cenderahati
Jamuan
Persembahan Murid-murid
Cabutan Nombor Bertuah
Penyampaian Cenderahati
Menyanyi dan bergambar beramai-ramai
Majlis Bersurai

10.

ANGGARAN PENDAPATAN & PERBELANJAAN PROGRAM


10.1

Pendapatan : Target/sasaran RM100,000.00


Jumlah meja
a)
Meja VVIP
b)
Meja VIP
c)
Meja Biasa

10.2

Perbelanjaan Makanan

10.3

a)
Menu Utama
b)
Jumlah Perbelanjaan Makanan
Bahan Pelbagai
a)
b)
c)
d)

Banner
Cenderamata
Persembahan
Khemah
Jumlah Perbelanjaan Pelbagai

11.

10.4

Buku Program

10.5
10.6

Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan


Pendapatan Perbelanjaan ( Untung Bersih )

PENUTUP

Dalam teori Pengurusan Projek, terdapat beberapa kriteria yang perlu diambil
berat oleh pihak pengurusan. Antaranya ialah perancangan, pengelolaan, pelaksanaan,
pengarahan, pengawalan, penilaian dan pelaporan. Semua aspek yang disebutkan tadi
adalah berkaitan antara satu sama lain. Tercicir salah satu daripadanya maka akan
pincanglah perjalanan projek yang dirancang.
Selain daripada ciri-ciri tadi, kita juga mestilah berkemampuan bekerja secara
kolektif dan bersungguh-sungguh dalam segala hal. Pepatah Berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing mestilah sentiasa mengiringi jiwa setiap daripada kita. Setiap masalah
mestilah diambil berat dan dihalusi serta dirundingi sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Setiap tindakan mestilah cepat,tepat dan bersesuaian.
Dalam hal ini, Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Seandainya kita
sahaja yang bersungguh-sungguh tetapi kumpulan sasaran iaitu ibubapa, orang
perseorangan, guru-guru dan syarikat swasta yang diharapkan membantu kita bersikap
negatif maka semua akan menemui kebuntuan.
Oleh itu adalah sangat penting, kumpulan sasaran perlu bersama-sama bergerak
cergas menghulurkan tangan memberikan sumbangan dalam bentuk sokongan moral
dan material. Ini adalah kerana sebagai sebuah komuniti, setiap orang daripada kita
berkewajipan membantu membina asas kecemerlangan bagi anak-anak yang bakal

mewarisi kepimpinan Negara. Aspirasi kerajaan untuk mencapai matlamat Wawasan


2020 dan melahirkan Masyarakat Penyayang tidak akan tercapai tanpa adanya
penyertaan aktif semua pihak.
Akhir kata, saya percaya sekiranya kita mampu menghapuskan fahaman
presentisme yang merantai kita daripada bersikap proaktif maka tidak mustahil,
objektif kita untuk memperolehi pendapatan demi kecemerlangan pembangunan rohani
dan jasmani diri murid-murid serta keutuhan hubungan antara pihak PIBG, Guru-guru,
ibubapa-ibubapa dan pihak sekolah akan tercapai melalui Projek Malam Amal ini.
Saya juga yakin dengan berkat pertolongan daripada Allah s.w.t serta usaha
yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak akan membolehkan setiap orang
daripada kita mampu menghela nafas lega dan mengukir senyuman berjela di akhir
projek ini nanti. InsyaAllah.

Disediakan oleh,
(NOR HAPIZAH BT HARUN)
Setiausaha Akademik

Disemak dan diluluskan oleh,


(TN HJ ABDUL MALEK BIN JAILANI )
Penolong Kanan Pentadbiran

You might also like